Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Monday, 28 October 2013

Ketua Pengawas VS Tunang Bab 52

KELAS Pendidikan Jasmani telahpun bermula. Tapi bayang guru langsung tak kelihatan. Masa ini adalah yang paling sesuai untuk tidur. Dahlah puasa. Takkan nak bersenam pulak kan? Inilah dia kalau syaitan dah hasut. Orang suruh banyakkan buat amal ibadat, dia boleh tidur. Mai… Mai…

“Oi! Bangunlah. Boleh pulak tidur.” Kata D apabila melihat aku menyembamkan muka ke meja.

“Ngantuklah.”

“Macamlah kau kerja buruh. Orang lain pun puasa juga tau.” perli D.

“Dia kan kerja shif malam. Jadi burung hantu. Time orang tidur, dia pergi layan chess sampai 2 pagi. Bijak sangat macam tulah jadinya.” Sindir Wana pula. Dia berlalu ke meja Anisa untuk meminjam nota.

“Kau main chess tengah-tengah malam?” terbeliak biji mata D.

Aku angkat muka sikit dari meja. Mata kuyu aku tunjukkan. “Please kasi tidur kejap. Gila ngantuk. Nanti aku jawab soalan kau lepas aku bangun. Swear!” aku angkat dua jari. Kepala diletak semula ke meja. Emmm nyum nyum sedapnya tidur…

D hanya mampu menggeleng kepala. Tak boleh nak kata apa dah. Dia menyambung melukis bunga di sketch book. Sesekali dia mewarna bunga tersebut dengan pensil warna. D seorang yang berbakat tapi tak nak tonjolkan. Katanya sekadar hobi biasa. Kalau aku, dah lama tukar kelas. Duduk kelas seni mengembangkan bakat. Tapi D tamau!

“Assalamualaikum.” Khairul memberi salam. Seisi kelas menjawab. “Geng, kita dapat jadual baru. Tapi kali ini tak ada subjek PJ dan Sivik start mulai esok.”

“Lahhh...”

“Apa sehhh…”

“Bosannya tak ada PJ dengan Sivik.” Omel Putera.

“Haah. Kenapa tak ada dua subjek tu?”

“Subjek tu je la yang boleh bagi aku masa untuk tidur.” Syafiq, Khairul dan Hakim geleng kepala serentak apabila mendengar bait-bait ayat Putera. Tidur aje tau! Sama la macam seorang perempuan dekat belakang ni haa! Haha.

“Pengetua nak kita fokus pada subjek penting only. So kita kena study dan banyakkan buat latihan untuk lapan subjek penting sahaja. Kalau tak puas hati, boleh jumpa pengetua. Aku cuma sampaikan amanah aje.” Khairul tidak mahu cakap banyak. Tambahan lagi bulan puasa. Nanti tekaknya kering siapa yang susah? Dia juga. Dia mula menulis jadual tersebut di papan putih dengan marker pen ditangan. Kalau bagi kertas macam tu aje dekat bebudak ni, confirm kertas itu akan terkoyak tak sampai lima saat disebabkan berebut nak copy dulu. Belajar dari pengalaman.

“Dan untuk pengetahuan korang, kita akan bergabung dengan kelas 5 Al-Bukhari untuk subjek Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Guru tetap sama. Ianya akan start esok. Ini pun arahan pengetua.”

Tersirap darah aku dibelakang. Sepantas kilat aku bangun. Mulut ternganga. Pandangan tak percaya dihala ke muka Khairul. Khairul yang faham tersenyum nakal. Keningnya dijongket berkali-kali. Habislah kau, Mai! Nampaknya jodoh kau kuat dengan ketua pengawas.

Pelajar lain mula berbisik. Helena dan kuncunya teramatlah girang. Riak suka berseri-seri dimuka. Setiap minggu dapat jumpa headprefect. Aku pandang Wana, Iman, Aisyah dan D. Kebetulan mereka memalingkan wajah menghadap aku. Masing-masing dengan riak tak percaya.

“Mai...” kata D.

“Pend. Islam (PI) dan Add Math (AM) wei?” Sampuk Iman. Wana dan Aisyah tersenyum-senyum kambing.

“Kali ni aku memang tak dapat nak tolong.” Wana mengangkat tangan. Dari riak wajah mereka sudah tahu. Lutut aku jadi lemah. Semakin aku elak, semakin menjadi-jadi pulak. Apakah ini semua harus berlaku? Aku nak jerit boleh tak?!?




“APESAL kena gabung?!” serius aku tak puas hati. Dari pagi sampai ke tengahari aku asyik aim Khairul aje. Kesian mamat tu kena kacau dengan aku. Tapi aku lagi kesian. Jiwaragaku terseksa! Kenapa? Kenapa? Kenapa?

“Mai, penatlah nak ulang benda yang sama. Aku pun puasa jugak.” Keluh Khairul. Serius tekak dia dahaga sekarang. Kena pula menjawab pertanyaan Humairah yang boleh dikatakan ‘meroyan’ pada waktu ini hanya disebabkan kelas mereka akan bergabung dengan kelas Al-Bukhari untuk Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan.

“Aku pun puasa jugak tapi yang ni dikira tahap kritikal punya problem tahu tak?!” hamburku lagi.

“Kalau kau nak bom aku, baik kau lupakan. Sebab aku dapat info ni pun daripada pengetua. Nah, baca sendiri.” Jadual baru itu diserahkan pada aku. Dengan kasar aku tarik lalu baca bait-bait ayat yang tertera di situ. Nak menangis pun ada! Huwaa... mengapa harus begini?

* Dengan ini, sukacita dimaklumkan bahawa kelas 5 Ar-Raudhah akan bergabung dengan kelas 5 Al-Bukhari untuk subjek penting SPM mengikut jadual baru yang telah ditetapkan -- (Pendidikan Islam > Ustazah Haslinda dan Additional Mathematics > Puan Noorasyikin.) -- *

“Apa yang kritikal problemnya ni? Daripada tadi lagi aku nampak. Serabutlah korang ni.” D mencelah. Muka jejaka ‘kacak’ kelasnya dipandang satu per satu.

“Kau tanyalah Cik Puan Saffiya Humairah ni, Puteri Diana. Dia yang ada problem sebenarnya.” Khairul membalas bersama jeliran lidah. Eee! Aku sumpit jugak mamat ni karang.

“Apa kau nak risau, Mai? Setiap minggu dapat jumpa buah hati. Kira okeylah tu.” Hakim mengusik. Khairul tergelak. Putera yang sedang mengemas pensilbox bersiul nakal.

Pemadam di atas meja aku baling ke muka Hakim. Mengaduh dia. “Sakitlah wei!” marahnya.

“Nasib baik pakcik sempat ngelak.” Sampuk Putera disebelah. Aku menjelingnya. Buat lawak pulak! Tak kelakar la, der. “Jangan sampai aku buat pemadam papan putih tu jadi lontar peluru, bro.” sindirku. Putera sengih kerang busuk. Serta merta dia angkat dua tangan ke udara. Surrender!

“Tapi okey apa kalau kita bergabung dengan kelas dia orang. Tuah kau tau tak? Dahlah AM kita sentiasa low marks. Kita antara student yang terkenal + tercorot untuk Additional Mathematics tahun ini. Selalu dijadikan sasaran para guru. Kelas kita terkenal hanya kerana AM. So masa nilah kita belajar dengan dia orang. Curi ilmu dia orang. Bebudak AB (Al-Bukhari) semua power-power beb.” Syafiq bersuara sambil menenggek di meja Hakim.

“Betul! Aku sokong cakap Syafiq.” Iman menyampuk dari arah belakang. Semua berpaling. Dia buat symbol kedamaian. Serta merta Khairul cergas. Buah hati mari…

Aku menjeling tajam. Sibuk je!

“Dan dalam masa yang sama kita boleh minta dia orang tolong ajarkan kita untuk subjek-subjek lain yang kita tak faham. So,  jom rebut peluang ni!” bersemangat Iman dibuatnya. Siap menumbuk langit dengan tangan kanan.

“Gaya macam dia orang je yang terror. Bebudak kelas kita pun terror jugak apa?” Desis Khairul. Dia cemburu Iman melebihkan student AB dari AR. Terasa abang…

Semua sudah senyum-senyum kambing. “Ada orang jeles laaaa…” sakatku. Semua tergelak kecuali Iman yang terpinga-pinga. Terkebil-kebil bijik mata. Khairul mengerlingku sebelum tunduk pandang pensilboxnya. Mestilah jeles! Dok sibuk puji orang lain. Gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut nampak. Tak adil!

“Err jangan salah faham… maksud aku macam subjek AM. Kan ke kita ni semua ni cukup-cukup makan je bila exam.” Iman garu kepala. Dia bingung. Aku ada tercakap yang salah ke?

Aku menepuk bahunya. “Tak apa, Iman. Kami faham. Cuma kau kena terangkan pada seorang mamat ni je.”

“Betul! Betul! Betul!” ujar D seraya mengangguk.

“Nak jelaskan tu kena cara lembut sikit. Macam makwe pujuk pakwe.” Syafiq tak ketinggalan.

“Guna ayat power tau. Kasi tangkap leleh.” Putera dan Hakim mengasak. 

Cemberut muka Iman. “Korang ni!” dia menayangkan buku lima. Serentak kami ketawa terbahak-bahak. Ek eleh… malu-malu pula dia. Khairul perlahan-lahan senyum dan kemudian turut sama tergelak.

“Amboi! Amboi! Bukan main gelak sakan ya sampai saya beri salam pun tak menyahut? Tak ingat ke sekarang bulan puasa? Ke awak-awak ni tak puasa?” Cikgu Tania sudah bercekak pinggang di muka pintu kelas. Seisi kelas terdiam. Kami telan liur kesat. Sepi. Kata orang-orang dulu malaikat lalu. Tapi nampak ke malaikatnya?

Cikgu Tania berjalan ke meja guru lalu menghempaskan beg tangannya dengan kuat. Dia memandang tajam seorang demi seorang pelajar kelas ini. Semua telan liur. Seakan dapat rasa sesuatu bakal berlaku.


“Semua berdiri atas kerusi! Ketuk ketampi 50 kali! Sekarang juga no excuse!” 




AMMY menendang pintu tandas sekuat hati. Dia tak puas hati. Semakin dia perah otak mencari idea untuk merapatkan hubungannya dengan ketua pengawas itu, semakin mereka berjumpa. Berita yang baru didengar dari mulut Rini buatkan hatinya panas.

"You nak buat apa sekarang, Ammy?" Shereen menyoal sambil menempek bedak dipipi.

"I've no idea anymore!" dia menjerit seperti orang kerasukan. 

"Tapi semalam you dah call dia, kan?" Adryana bertanya.

"Yes! Memang I call dia tapi you tak dia tu..... eeee! Dia boleh tidur time I tengah bercakap! Eeee! I geram sangat-sangat!" Ammy membentak. 

Semalam sewaktu dia lancar berbual dengan Farhan, tiada balasan yang diterima. Pemuda itu senyap saja. Dia seperti orang gila dalam kamarnya kerana menjerit memanggil nama lelaki itu. Tetap tiada sahutan. Itu tandanya Farhan sudah tidur. Dia pun mematikan telefon bimbit. Perasaan geram serta tak puas hati bercampur menjadi satu. Ammy check baki kreditnya. 

"Mak aihhh??!" Matanya bagai nak terjojol keluar. "RM2.50 only???!!! Habis RM50 yang papa masukkan. Huwaaa... Oh nooooooo! Farhannnnnn!!!!!!"

Habis segala teddy bear dan bantal dalam biliknya dibaling. Pagi tadi sewaktu bibik datang untuk mengejutkannya, dengan bibik sekali terperanjat. Bilik dah jadi tongkang pecah! 

"You takkan nak biarkan Farhan dengan perampas tu selalu berjumpa? You tak sakit hati?" Kata-kata Merlissa seperti simbahan minyak tanah terhadap api yang sedang marak. Ammy mencerlung tajam ke anak mata anak buahnya. 

"Kalau I jadi you, dah lama I bagi Farhan nasi kangkang. Tak pun I bagi minyak pemisah supaya dia orang terpisah." selamba dan lancar kata-kata Merlissa seperti tiada rasa bersalah.

"Emm I pun fikir benda yang sama, Ammy. Takkan you setiap hari nak perah idea? Kalau I, ia sesuatu yang amat membosankan. Urgh!" sampuk Rini pula dengan muka jeliknya.

"Maksud you?"

"Senang saja. Jumpa bomoh then calit dekat Farhan. Tak sampai sehari, dia akan gila bayang dekat you. Percayalah cakap I ni." Rini seakan menghasut Ammy yang sedang kebuntuan. Melihatkan Ammy seperti sedang berfikir, dia mencucuk lagi jarumnya supaya tiba ke garisan penamat.

"I tahu mana nak cari bomoh handal." Merlissa dan Adryana menaikkan thumbs up pada Rini. Rini tersenyum bangga. Kecuali Shereen yang seakan tidak menggemari penggunaan bomoh itu.

"Err girls, I bukan tak setuju dengan cadangan you all tapi I rasa macam keterlaluan sangatlah dengan guna bomoh ni." Shereen bersuara akhirnya.

"Hey, bukan idea you tapi idea I! So you jangan nak menyibuk pulak!" jerkah Rini.

"Betul tu! Kalau you tak mahu join lagi kumpulan ni, you boleh get out la!" Merlissa menolak tubuh Shereen menjauhi mereka berempat.

"Shut up!!!" 

Semua terdiam. Ammy berjalan ke hulu ke hilir tanpa memikirkan waktu belajar berjalan pantas meninggalkan dirinya. Dia lebih rela duduk dalam tandas yang menjadi tempat jin dan syaitan daripada menimba ilmu. 

Rini, Merlissa dan Adryana menjeling Shereen yang terkulat-kulat di depan mereka itu.

"Hah! I ada satu rancangan." Mata Diva Babe bercahaya apabila melihat ketuanya tersenyum maut. 

"Apa dia? Beritahulah I!" Adryana tak sabar. Ammy berpeluk tubuh. Senyuman jahat masih tersungging di bibir. Nanti kau Humairah! 

"Rini, nanti you beritahu I lokasi rumah bomoh handal tu." Rini tersenyum lebar. Cadangannya diterima baik oleh ketuanya. Senyuman mengejek menghiasai bibirnya tatkala terpandang akan wajah Shereen yang tidak percaya dengan apa yang didengarnya tadi. 

"Okay now lets go!" Ammy, Merlissa dan Adryana keluar dari tandas tersebut. Tinggallah Rini dan Shereen berdua.

"You jangan cuba nak spoilkan plan kita orang okey? Kalau I dapat tahu you yang pecahkan rahsia ni, memang you dengan family you hidup merempat! I swear!" jerkah Rini lagi. Shereen menunduk muka tatkala Rini meninggalkannya seorang diri.

'Ya Tuhan, apa yang perlu aku lakukan? Bomoh? Ouh perlukah aku berdiam diri atau menasihati mereka? Tapi jikalau aku dihalau dari keluarga Rini bagaimana?' Shereen mengeluh lemah. Sungguh dia tidak berdaya untuk melawan. Cagaran kali ini tersangatlah melampau. Keluarga dipertaruhkan. Dimanakah adik-adiknya akan duduk nanti? Shereen melepaskan hamburan tangis di dalam toilet itu tanpa menghiraukan sesiapa yang lalu lalang.


p/s : haiiii new entry marathon ! hope enjoy :) 

p/s : entry 53??? dua bulan akan dtg haha :p

9 comments:

  1. ape kejam sgt nie smpi ber bomoh bagai.. jahat tol amy tu... harap2 farhan x kene lah sihir tu

    ReplyDelete
  2. kecikl-2 dah pandai bomoh pulak....

    ReplyDelete
  3. idl them af 🙄🙄🙄🙄🙄

    ReplyDelete
  4. main bomoh " lakk minah gedhik nihhhh ☺️🔪

    ReplyDelete
  5. Woi Diva² sekalian.. ape bomoh² ni? Tak pikir dosa ke?

    ReplyDelete
  6. Shereen.. aku rasa mesti ade org lain yg lebih baik nk tolong kau.. tak payah mntk tlg ngan Rini tu lagi.. Rini tu tak ikhlas.. n jangan takut tegakkan kebenaran..

    ReplyDelete
  7. Main bomoh lakkk... Haih... Bak kata p.ramlee "dah tua pon bodo"

    ReplyDelete