BAB51
LAMAN Yahoo ditutup. Tangan
diudara manakala badan digeliatkan hingga berdetup detap bunyi tulang. Mulut
sedari tadi asyik menguap tak berhenti namun kerana tuntutan kerja dia sanggup
tak tidur malam. Tugas utama setiap hari adalah email. Setiap pagi dan malam,
Farhan akan melihat email yang masuk ke akaunnya. Tentunya ada kerja untuk
setiap post. Lebih-lebih lagi selepas dia memegang jawatan ketua pengawas.
Masalah tak pernah berkesudahan. Mula-mula masuk dalam bidang pengawas ini, dia
hanya tanam dalam diri ingin mendisiplinkan pelajar dan membantu guru
membanteras masalah-masalah vandelisme sebab Farhan amat bencikan vandelisme.
Tetapi lama kelamaan exco pengawas menaikkan pangkatnya sebagai setiausaha
pengawas diawal tingkatan tiga. Cikgu Badri melihat prestasinya semakin lama
semakin meningkat. Setiap anak buah dibawah seliaannya begitu disiplin dan
mendengar kata. Jadi tak salahlah pilihan guru lelaki berusia 55 tahun itu
menjadikan anak muda itu sebagai headprefect sekolah.
Muka dicuci dahulu sebelum
mengambil wudhu’. Saat itu dia terbayang ‘jiran sebelah’ biliknya. Maha suci
Allah yang mencantikkan makhlukNYA. Sebetulnya dia tidak dapat melupakan
bagaimana rupa gadis itu yang tak bertutup aurat. Sangat cantik. Natural beauty
tanpa secalit mekap pun. Hatinya bergetar tak menentu.
“Astaghfirullah! Apa yang kau
fikirkan ni, angah? Sedar angah! Sedar. Dia bukan muhrim kau!” segera bibirnya
beristighfar kembali ke jalan yang lurus.
Lampu utama dipadam dan lampu tidur
dinyalakan. Kepala direbah ke bantal. Fikirannya terlayang pula pada perempuan
yang melanggar dirinya di pasar malam. Nazatul Shyafiqa… satu nama yang sudah dibuang
jauh sejak peristiwa itu terjadi. Kenapa kau muncul depan aku selepas apa yang
berlaku? Mata dipejam rapat. Cuba mencari
kekuatan.
Allah, kenapa aku perlu
ingatkan perempuan itu lagi? Dia dah lenyap dalam hidup aku! Jangan sesekali
fikir benda dah lepas, Han. Tumpukan pada masa depan kau. Humairah adalah masa
depan kau! Dia tu kenangan silam kau aje. Hatinya berkata. Pada waktu itu juga,
telefonnya berdering. Farhan tercelik lantas meraba dibawah bantal.
Private
number…
Farhan mengecilkan mata. Hilang
sudah pasal Nazatul. ‘Sape pulak la yang call orang tengah malam ni?’ omel Farhan.
Telefon itu berhenti berdering. Tak sampai lima saat, ia berbunyi semula.
Farhan terus tekan butang hijau.
“Hello…”
“Assalamualaikum. Who’s on the
line?” sengaja Farhan menggunakan bahasa Inggeris. Manalah tau tuptup orang Australia
tetiba call. Entah-entah along. Sekarang makin ramai yang menggunakan private
number baik dalam negara mahupun luar negara.
“Err… waalaikumsalam,” suara
perempuan kedengaran. Lunak merdu suaranya.
“Boleh saya bercakap dengan
Tengku Amirul Farhan?” lahhhh… pandai cakap Melayu rupanya. Buat penat je aku
dok speaking tadi. Tapi … eh! Macam mana dia tahu nama aku? Farhan kehairanan. Siapa
agaknya? Kawan sekolahkah?
“Siapa ditalian sana?” penuh
berhemah Farhan menutur kata.
“Err… betulkan ini nombor
telefon Amirul Farhan?” si penyoal menyoal lagi buat kali kedua.
“Again who’s speaking?” tegas
suaranya. Farhan rasa dirinya dipermainkan. Siapa makhluk Allah yang menelefon
dia ni? Dah tu daripada tadi tak sudah-sudah menanyakan dirinya sama ada dia
Farhan atau bukan. Takkan pelajar perempuan kelasnya? Setahu dia, tidak pernah
sekalipun dia memberi nombornya pada mereka. Hanya tertentu saja. Sekilas jam
loceng dipandang.
Terdengar tawa dari gadis itu.
“Tekalah.”
Farhan menitip sabar dalam jiwa.
Kalau tidak, macam kelmarin. Habis pintu ditumbuknya! Nak main-main dengan aku
pulak. Tahu tak orang nak tidur? Isk ada jugak yang suka jadi burung hantu. Dengusnya.
“Cik, dah jauh malam. Saya nak
beristirehat. Dan please jangan kacau saya. Saya tak ada masa nak melayan loyar
buruk cik.”
Berdas-das peluru berpandu
keluar dari mulutnya membuatkan gadis itu terkedu.
“Eh, nantilah dulu. I … err
saya belum habis cakap lagi ni.” Dari pengamatannya Farhan seakan tahu siapakah
yang menelefonnya itu. Dahi disentuh dengan jari. Minah ni lagi!
“Tengku Ammylea Ruhaila…”
ujarnya senada + dingin. Tiada lagi lembut-lembut seperti diawal perbualan.
Ammy sudah tersentak. Aik?
Macam mana Han tau? Ahh, misi penyamaran gagal! “Err… siapa yang you… eh awak
sebut tadi tu?” dia masih berdolak-dalih.
Farhan mulai bosan. Dah
tersasul pun masih nak menipu lagi. Manusia… manusia… “Tak payah nak berdrama
lagi. Mana kau dapat phone number aku?!” keras nada suara Farhan. Fikirannya
ligat memikir dari manakah gadis gedik-gedik itu dapat nombornya. Aizat? Tak
mungkin. Izuan, lagilah tak sebab dia kenal sepupunya bagaimana. Ashraff?
Takkan la? Bebudak aspura? Bukankah mereka anti dengan Diva Babe?
“Err...” Ammy sudah keluh
kesah. Apa dia nak jawab? Takkanlah dia nak cakap yang dia curi-curi ambil
dalam telefon bimbit Cikgu Badri sewaktu guru itu ke tandas. Dan sayang sekali
telefonnya ditinggalkan merata. Peluang itu amat cerah buat gadis bernama
Ammylea.
“Err… I curi-curi ambil dari
smartphone Cikgu Badri.” Jujur Ammy berkata.
“Kau mencuri?!” nada suara
Farhan mencapai oktaf tinggi. Ammy kejung. Hinanya dia dituduh seperti itu!
Tepat pulak tu. Kepala yang gatal digaru. “Err.. hehehe…” dia tersengih malu. Jantung macam nak terkeluar daripada badan apabila Mr.Headprefect menjerit. Boleh pekak jadinya.
Dahi diurut. ‘Habislah…’ keluh Farhan
sendiri.
SAHUR. Semua sedang menikmati
hidangan. Senyap meja makan tanpa suara. Mungkin masih lagi mengantuk. Yang
steady Papa Umar, Mama Nani, Farhan, Yana dan aku. Aina, achik dan Fareez
tersengguk-sengguk di meja makan. Mujur je tak tersembam. Mahu penyek batang
hidung agaknya nanti. Aku pun sebenarnya mengantuk tapi terpaksa gagahkan diri
depan orang. Lebih-lebih lagi depan Farhan. Sudahlah dia duduk bertentangan
dengan aku! Free-free je kena sindir nanti kalau aku tertidur depan dia.
Sudahlah peristiwa semalam masih belum dapat aku lupakan. Sebolehnya aku tak
mahu bertemu mata dengan dia. Nak nyorok bawah meja kalau muat! Malu gila kalau diingatkan. Tapi keadaan
memaksa kami berjumpa. Tanpa aku sedar, mata seseorang melirik ke arahku sambil
menjamu selera.
Selepas selesai cuci pinggan
walaupun ditegah berulangkali oleh Mama Nani, aku naik semula ke tingkat atas.
Perkiraanku, azan subuh belum berkumandang lagi. Naklah tidur sekejap. Mulut
pun terkuap-kuap dari tadi. Sesampai saja di tangga yang teratas, spontan
kakiku statik tidak bergerak. Gulp!
Farhan sedang duduk di sofa ruang
tamu tingkat tiga itu dalam keadaan bersandar. Matanya terkatup rapat. Dadanya
berombak perlahan. Aku terkebil-kebil pandang dia. Tidur dalam keadaan duduk?
Kenapa tak masuk bilik terus? Punyalah dekat tak sampai beberapa langkah je
pun. Ni mesti dasar pemalas ni. Omelku.
Tapikan, dia nampak cute je
tidur macam tu. Macam... macam masa dia jaga aku dekat hospital masa aku
pengsan. Isk, kalaulah ada handphone dah lama aku rakam muka dia ni. Innocent
gila! Sedar tak sedar, aku berdiri lama di tangga sambil tersenyum mengamati
setiap inci wajahnya yang sedang lena itu. Hati serta merta cair.
Tap!
Mata Farhan tercelik. Aku
tersentak. Alamak! Dia sedar ke aku perhatikan dia?! Farhan renung aku. Mencicit
aku lari masuk dalam bilik lalu dikuncikan. Aku tersandar di pintu. Dada
kupegang dengan kedua belah tangan. Jantung berdegup kencang. Nafasku tarik
perlahan-lahan sebelum aku menutup muka dengan tapak tangan.
“Mak!! Apesal la aku boleh
tenung dia macam tu tadi?! Ish kau ni suka malukan diri sendiri la, Mai!” aku
kutuk diri sendiri. Pipi kutepuk bagi meredakan perasaan tersebut. Patutnya aku
masuk terus dalam bilik tadi. Pergi tengok dia buat apa?! Kan dah malu! Mama!!
Diruang tamu, Farhan
tersenyum-senyum. Dia bukan tidur sebenarnya. Saja duduk dekat ruang tamu itu.
Tak elok tidur selepas makan. Nanti gemuk. Sebab itu dia relaxkan badan di sofa
sambil menunggu azan subuh. Tapi tak sangka pulak gadis itu akan naik ke atas
ke bilik dan yang paling tak menahan apabila Humairah duk intai dia yang
disangkakan tidur nyenyak. Rasa nak je dia senyum tadi melihat wajah tunangnya
yang comel mengenakan pijama lengan panjang berwarna maroon itu. Dia geleng
kepala. Mai.. Mai... teringat kejadian semalam buatkan senyumannya bertambah.
BAGASI aku bawa turun. Peluh
yang meleleh dikesat dengan hujung tudung. Tiba masa untuk pulang ke asrama
semula. Badan disandar pada body Estima. Keluhan dilepaskan. Bersedia untuk
memerah otak belajar... Pandangan kulontar ke halaman rumah sementara menunggu Mama
Nani dan Papa Umar mengunci pintu. Aina daripada tadi tak mahu berganjak
dariku. Ke mana saja aku pergi pasti akan ada dia. Katanya nanti kakak dah
balik, Aina tak ada kawan. Habis pipi montok dia aku cubit. Geram!
Yana dan achik duk ralit
bergambar menggunakan kamera Fareez. Mamat tu pun melayan aje! Tahulah
menggatal dengan adik aku! Pandai ambil
peluang. Huh. Yang gambar aku tak nak ambil pulak, hatiku mendongol geram.
Sedap aku berangan sambil
memandang halaman rumah yang indah itu, terasa bagasiku ditarik. Aku tersentak.
Terlepas lima jari dari tempat pemegang tatkala tangan Farhan menarik bagasi
tersebut. Dadaku tiba-tiba berdebar. Farhan buat tak peduli aje. Seperti tiada
perasaan! Bagasi aku ditarik lalu diletakkan bersebelahan beg Adidasnya dalam
bonet kereta. Kemudian dia menutup bonet dengan cermat. Peluh yang menitis di
dahinya dibiarkan jatuh. Kenapa aku rasa dia semakin kacak walaupun dia
berpeluh? Ouh tidak Mai. Kau kena pakai speck lepas ini! Aku berdeham.
“Baju abang sama la dengan baju
kakak!” Aina tiba-tiba menjerit. Serentak semua memandang ke arah kami.
Aku tunduk pandang baju kurung
merah bertanah putih itu. Kemudian aku pandang baju ‘orang’ itu. Err... macam
mana boleh sama ni? Tapi tadi masa aku lalu dekat bilik mamat tu, aku ternampak
baju warna oren dibirai katilnya sewaktu hendak turun ke bilik Yana. Aku amat
pasti baju tu la yang dia pakai tadi masa aku naik semula ke bilik. Ternampak
dia sebab dia tak tutup pintu okey! Tak sengaja. Ke aku yang buta warna? Kebingungan melanda
diri.
Farhan buat selamba aje. Langsung tak ambil
kisah pasal ‘baju’. Tapi siapa tahu hatinya tersenyum. Fareez tersenyum nakal
bersama dua adik perempuanku lalu mengambil peluang dengan snap banyak-banyak
gambar angah dan tunang. Yana turut tak terkecuali tangkap gambar guna
handphonenya. Aku sekeh juga kepala dia ni kang! Papa Umar dan Mama Nani
senyum-senyum dari tadi.
“Dari tadi mama perasan. Tapi
nak tegur takut Maira kecil hati pulak. Sepadan...” ujar Mama Nani bersama
senyuman manisnya. Memerah mukaku menahan malu apabila Papa Umar tergelak
kecil.
“Cepatlah nampaknya bau nasi
minyak,” usik Papa Umar. Serta merta Farhan tersedak. Terbatuk-batuk dia
menahan perit tekak. Papa ni.... getus hatinya.
“Angah tak puasa eh sampai
batuk-batuk?” sakat Fareez. Terus saja kepalanya diluku Farhan. Fareez
menggosok dengan mulut terkumat kamit.
“Angah!”
Farhan senyum senget seraya
menjongket kening. “Kalau kau nak rasa penumbuk angah pula hinggap dekat kepala
kau, teruskan dengan niat suci murni kau tu. Jangan ingat angah tak tahu.”
Ugutnya keras. Fareez menjuihkan bibir. Itupun nak sentap. Tak sporting betul!
Gementar tubuhku sewaktu hendak
menaiki kereta itu apatah lagi mamat itu seperti menunggu giliran aku masuk.
Yana dan achik awal-awal lagi sudah mengambil tempat dibelakang. Aina mengambil
tempat diribaan Mama Nani. Hanya aku seorang aje makhluk yang tak naik-naik
lagi! Sadis sungguh. Perlahan-lahan aku naik Estima tanpa pandang dia yang
tenung aku sebiji seperti penyiasat di tepi kereta. Terasa setiap inci tubuh
aku ditilik lelaki itu. Cucuk dengan garfu nanti!
Sebelah kaki telah berpijak
pada tempat pemijak. Aku melonjak badan untuk naik. Erk? Asal tak boleh naik? Aku
cuba lagi mendorongkan badan supaya naik. Tetap tak boleh! Apa kes ni?!
‘Aisey, apehal pulak tak boleh
nak naik ni? Jangan buat malu. First time naik Estima ni. Mai, cuba lagi!’
berpeluh-peluh satu badan dibuatnya.
Yana dan achik ketawa melihat aku
tak dapat naik. Aku mengisyaratkan dengan mata. Tolonglah! Gelak pulak! Karang
aku backhand, dikata dera pulak. Yana berganjak ke depan sikit, cuba untuk
tarik tanganku tapi ada satu tangan menolak dari belakang membuatkan aku
berjaya naik dan duduk dengan selamat. Erk? Sape tolak aku? Takkan angin kut? Jangan kata dia……
hati sudah tak keruan.
“Apehal yang susah sangat nak
naik, kak? Nasib baik ada Abang Amirul.” soal Yana perlahan sewaktu Abang Amirul menyorong kerusi ke
belakang lalu duduk dan menutup pintu kereta. Aku membetulkan duduk. Pura-pura
tak ada apa-apa yang berlaku. Tangan dikipas ke muka. Apesal tiba-tiba rasa
panas sangat ni? Aircond tak buka ke?
“Entah. Manalah akak tahu. Dah
tak boleh nak naik.” Balasku selamba walhal dalam hati ini bagai nak meletup.
Yana pelik. Akan tetapi dia
seperti dapar rasakan sesuatu. Dia segera mendekatkan mulut ke telinga aku. “Gementar
eh ada orang tu? Sebab tu susah nak naik.” Usik Yana ditelinga. Aku tenung
tajam. Nak makan kasut aku la budak ni!
“Manade!” pahanya aku cubit.
Yana tergelak kecil. Matanya dikenyitkan nakal. Aku pandang tempat lain. Malas
nak layan.
“Bismillah…” terdengar suara
Papa Umar menyebut ayat itu. Kereta pun bergerak meninggalkan kawasan perumahan
orang-orang kaya...
“MAI! Rindunya dengan kau!”
tubuhku didakap kemas oleh Iman.
“Me too! Muaah! Mmmuaahhh!” D
juga tak terkecuali.
“Wei! Wei! Apa ni? Panaslah.
Syuh syuh...” berderai tawa kami. Aisyah yang sedang memunggah barang
menghampiriku.
“Selamat kembali.” Kami berlaga
pipi. Satu lagi ajaran yang aku dapat. Berlaga pipi jika bertemu. Nampaklah
gaya perempuan sikit. “Macam mana rumah tunang? Nyenyak tidur?” usik Aisyah.
Aku buat muka toya. “Syah,
please jangan spoilkan mood aku.” Urgh! Soalan itu ditanya pada aku? Takde
soalan lain ke? Tanyalah dah makan ke belum? Sihat ke tak? Ini pergi tanya tidur
nyenyak? Apakah?
“Of course nyenyak, Syah. Dapat
serumah dengan kekasih hati. Nasib je aku tak panggil kadi mai terus rumah
Farhan. Kalau tak, dah sah dah pun.” Sampuk Wana di muka pintu. Senyuman nakal
bermain dibibirnya.
“Uuuuuuuuuu....” serentak
mereka membunyikan dan tergelak besar melihat air mukaku yang berubah merah.
“Wahhh nyenyak eh??? Sikit pun
tak beritahu kami. So feeling-feeling la dekat rumah ehem-ehem tu eh?” sakat D
tak mahu ketinggalan. Dia memandangku atas bawah seperti mata keranjang. Aku
cucuk dengan lidi satay baru tau!
"Manade la." balasku senada.
“Mesti ada adegan ala-ala
Hindustan, kan?” mengekek Iman ketawa apabila wajahku bertukar menjadi hijau
pula. Hindustan? Nehi.
“Bukan setakat Hindustan, Iman
oii. Dia siap golek-golek dekat taman bunga lagi. Dah macam Autumn In My
Heart.” Berdekah-dekah Wana, Iman dan D gelak. Aisyah tersenyum nipis. Gelihati
barangkali.
Aku ketap gigi. Jari dikepal.
Wajah Wana yang sedang menjongket kening ditenung tajam. “Wana, kau dah rindu
sangat dengan penumbuk aku ke?!” berangku. Suka sangat naikkan darah tinggi aku
yang tak berapa nak tinggi ni. Tending sampai ke Marikh juga minah ni karang.
“Haah rindu.” Balas Wana
selamba. Dia sengaja mencucuk sarang tebuan... dan sekejap lagi tentu...
“Arghhhh!!!” bergegar asrama
dengan jeritan Humairah yang mampu meruntuhkan bangunan. Puasa tak puasa,
Humairah tetap monster! Haha.
p/s : here entry 51. sorry up lmbt. kesulitan amat dikesali. hehe hope enjoy :)
best2.. cepat sambung ea.. x sabo lah nk tggu :-)
ReplyDeleteAlah... cepatlah sambung.. tak sabar nak bace nie. Please. Please pleaseee.. nest sgt. =D
ReplyDeleteEee.. Ammy ni nak aku belasah dia ckup², jangan kacau hidup orang yg dah bertunang lah!!! 🔥🔥🔥
ReplyDelete