Assalamualaikum
semua ^^ Sementara Miss CS belum
masukkan apa-apa entry , Dieya nak up satu entry boleh ? Heee :D Jgn marah tau
pembaca sekalian.
Dieya nak up
satu entry about LAGU. Lagu ni first time Dieya dengar time waktu prep kat
asrama. Masa tu grup kita orang senyap2 pasang radio. Volume paling rendah kita
orang bukak. Masing-masing kena pasang telinga tajam2 lah kalau nak dengar. And
of course Dieya orang yang paling dekat dengan radio. First dengar macam tak
best je tapi lagu tu kira boleh masyukkk lah jugak sebab waktu tu memang kita
orang mengantuk gila! :3
Time part
nak masuk chorus tu , Dieya buat tak tahu je lah. Terus sambung buat nota
sejarah. Sampai tiba ayat “…aku tak
mudah untuk mencintai…” Dieya dah terdiam. Radio tu Dieya pandang je macam
nak telan. Haha! “…aku tak mudah mengaku
kucinta…” feeling Dieya dah rasa lain tau. “…aku tak mudah mengatakan aku jatuh cinta…” masa ni Dieya terfikir
seseorang. Nak tahu siapa?
That guy is
TENGKU AMIRUL FARHAN! Yezza! Tap! Tap! Tiba-tiba
je terlintas dekat fikiran nama tu. Terus tak jadi tulis nota. Dieya bayangkan
raut wajah Farhan. Farhan nyanyi lagu ni untuk Humairah sambil pegang guitar. Cara
Farhan meluahkan isihati dia dengan gunakan lirik lagu tu. And masa tu dekat
tepi pantai. Wow! Tapi , kan ke Farhan tu hatibatu? Ego tinggi melangit! Haha! Sorry
tau. Dieya sebenarnya nak meluahkan perasaan stress dan tak puas hati sebab
Farhan tak nak cakap yg dia dah fall in love dengan Maira. Selalu buat tak tahu
je. Relax je sampai kadang-kadang Dieya rasa Izuan a.k.a sepupu Farhan tu macam
ada hati dekat Maira je. Hehe! Sampai sekarang Farhan tak siasat siapa yg bagi
coklat dekat Mai, kan? Jangan2 dia tak? Ngehehe ;) kalau betul tekaan Dieya ,
miss cs kena belanja Dieya makan Secret Recipe! Haha. Gurau je miss ;)
And last , Dieya
terfikir macam mana pengakhiran cerita ni. Yang utama dlm fikiran Dieya “diorg
ni kawin ke time last?” haha! Opsss terfikir jauh pulak. Ngeee :D .. Dan Dieya
terfikir gak cerita ni mungkin tergantung macam tu aje. Maksud Dieya tajuk
cerita ni Ketua Pengawas vs Tunang kan? So mungkin tak ade scene2 dorg kawin or
yg sama waktu dengannya ;) (patah hati. kuciwa.) Hanya sampai setakat tunang je. Ke miss ade nak buat
e-novel baru utk time dorg ke gerbang perkahwinan pulak kan? Who knows? Haha.
Dieya memang suka merepek dan fikir jauh. Tapi apa-apa pun terpulang pada miss.
Dieya akan follow je cerita dari miss sampai kengkawan Dieya merungut kat Dieya
bile miss nak masukkan cerita baru. Dieya hanya jawab “awat dok kalut sangat? tunggu
ja lah. Tak lari pun blog miss cs tu” padahal dlm hati Dieya pun ckp benda yg
sama. Kenapa miss lambat up entry? Hehehe sorry miss. Inilah sebab kalau dh
ketagih dgn cerita cinta romantic + sweet + comedy! Kalah ketagih game candy crush. Ngehehe :) Miss tetap the best! Hope miss
cepat sihat dan menyambung menulis. Majulah penulis untuk Negara! Peace J
nota kaki : lagu tu adalah Sampai Menutup Mata
:: Admin
Adieya ::
insyallah dieya, citer nie pasti ada sambungannya... dlu ada jg kak nini, miss iman dan miss asya usik2 bab nk buat sambungan sampai diorg Kawin dan Masuk U tp xtau lah miss nk buat sambungan ke x
ReplyDelete