“FARHAN is my ex-boyfriend.”
Aku ternganga. Benarkah apa yang aku dengar ini?
“Kami bercinta hampir 3 tahun. Farhan teramat
sayangkan saya. Dan dia dah berjanji akan sambung belajar dengan saya selepas
habis SPM nanti.”
Aku terpempan. Hati bagai dicucuk dengan sembilu.
Pedihnya mendengar luahan gadis di hadapannya ini. Kenyataan yang bias merobek
hati. Aku akui aku sudah mula sayangkan Farhan tapi takkan aku nak biarkan
gadis ini terus dihantui peristiwa silam? Dia seperti menyesal dengan apa yang
dia lakukan terhadap Farhan. Sangat menyesal! Dari riak wajahnya yang sayu itu
hatiku menjadi belas. Namun rasa kecewa tetap ditangga teratas.
“Saya tinggalkan dia sebab keluarga. Dan saya
tahu, dia masih cintakan saya seperti dulu. Cuma dia tak mahu tunjuk perasaan tu saja. Egonya tinggi melangit.” Aku pejam mata rapat-rapat. Hati semakin
lama semakin dihiris dengan belati yang tajam.
“Saya ada satu permintaan. Boleh awak tunaikan?”
Nazatul memandang wajahku dengan penuh pengharapan. Nada suaranya juga seakan
mahu meminta pertolongan dariku.
Aku agak gementar. Jantungku berdegup kencang.
Permintaan? Permintaan apa? Terasa makin berat kepalaku ini menanggung
kesakitan.
“Apa dia?” soalku perlahan. Tangan sedaya upaya
kugenggam erat bagi menyalur kekuatan. Jangan aku pitam sudahlah.
“Tinggalkan Farhan untuk saya.”
Dumm!
p/s 1 : agak - agak ada scene ni tak? agak - agak ending kpvst mcm mana ek? berpisah atau bersama? korg mesti suka farhan dan nazatul kan? muahaha ketawa kejam!!!
p/s 2 : ni bukan entry bab 51 ya... ni lmbt lg rasenye.. miss saje je tulis..
p/s 3 : bab 51 minggu depan pulak eh... nnt miss fengsan.. kikiki
Xsukanya nazatul tu.....cian kat mai. Miss panjanag lagi cite ni....
ReplyDeleteX suka nazatul dng farhan
ReplyDeleteSian humaira jangan mengalah.
oh my...klo mai pngsn...kte pn ble pngsn skli bce..
ReplyDeleteAdehh
ReplyDeleteLAH REBUT " LAKK
ReplyDelete