Menyingkap
perasaan hati seorang gadis yang inginkan cinta sejati. Namun kerana saiz
fizikalnya yang besar menyukarkan dirinya untuk maju ke depan malah sering diejek oleh kaum yang
sama jenis dengannya apatah lagi dengan kaum Adam.
‘Pertemuan
pertama’ mereka di shopping complex telah membuatkan fikiran Aryana menjadi
gila. Apa tidaknya, dia memaksa lelaki itu berlakon sebagai tunangnya untuk
mengelakkan diri dari promoter bernama Syamim yang selalu mengacau Aryana.
(gambar hiasan)
“Encik,
maafkan saya. Saya tak sengaja terlanggar encik. Ampun, encik. Ampun!”
“Saya tak tahu apa
dosa saya sampai saya terjatuh dilanggar awak.”
Setelah
detik pertemuan pertama itu, ditakdirkan Ilahi, mereka sekali lagi bertemu
ketika Aryana sedang bersedia untuk ditemuduga bagi pekerjaan kosong di
syarikat itu.
Matanya
mereka bertentangan. Aryana gosok mata beberapa kali. Apa dia tak salah tengok?
Lelaki depan dia ini sejibik sejibon dengan lelaki yang diminta menjadi ‘tunangan
palsunya’ di supermarket tiga bulan lepas.
“Cik
Aryana, perkenalkan, ini Tuan Muhammad Faiq Affan, pengurus syarikat ini.”
Faiq???
Aryana terlopong besar. Pengurus besar??? Lututnya seakan longgar mendengar
nama itu. Bukankah dia dengan sesuka hati menggelar pemuda di depannya itu
dengan nama ‘Faiq’ sewaktu mereka menyamar sebagai tunang? Aryana meneguk liur.
“Dan
Tuan Faiq akan menemuduga Cik Aryana sebentar lagi.” Kata setiausaha tersebut.
Aryana rasa nak pengsan.
Hari
demi hari, kelakuan Aryana menarik perhatian Faiq. Kelam kabut Aryana sering
menimbulkan perasaan lucu dalam atmanya. Sedar tak sedar, dia menyukai gadis
itu. Rancangan utama berjalan seperti biasa.
“Tolong
pilihkan cincin untuk saya.” Pinta Faiq.
Aryana
ternganga. “Encik Faiq ini sihat ke tidak?”
“Saya
akan sihat sekiranya awak turuti apa yang saya suruh.” Bersahaja Faiq menutur.
Hajat
dihati menyunting gadis itu untuk dibuat teman sepanjang hayat akhirnya
dimakbulkan Allah. Dalam pada itu, sahabat-sahabat Faiq sudah tentunya tak puas
hati. Bagi mereka, Faiq berhak dapat yang lebih baik. Malah sudah beberapa kali
Faiq bertemu dengan wanita yang mereka perkenalkan. Semuanya bekerjaya dan cantik belaka. Tapi Faiq tetap memilih
perempuan gemuk itu juga!
Rancangan
rapi dibuat. Mereka menghasut Faiq supaya Faiq membencikan Aryana. Padanya Aryana
langsung tak sepadan dengan Faiq yang tampan. Hari demi hari, bulan bertukar
bulan, Faiq termakan kata-kata sahabat baiknya. Dia mula menyakiti hati Aryana.
Mencemuh, menghina dan mengherdik sudah tentu termasuk dalam list hariannya. Sehinggakan
Aryana tidak berdaya nak angkat muka jika mereka berselisihan.
“Kita
memang tak sepadan. Awak putera raja, saya hanya kuli diraja. Tak akan pernah sama
duduk, tak akan sekali sama tinggi. Darjat kita teramatlah berbeza, Encik Faiq.
Saya tak sanggup nak tahan rasa hati ini lagi. Daripada kita terus bertelagah,
cemuh dan menghina, adalah lebih baik Encik Faiq lepaskan saya.” –Nuralya Aryana
Faiq
mula tak keruan selepas melihat Aryana murung kerana ibunya sudah kembali ke
rahmatullah. Hatinya sayu melihat isterinya menitiskan air mata. Hendak saja
didakap wanita itu, akan tetapi dia tidak mampu melakukannya setelah Aryana
membina tembok besar China untuknya sesudah mereka tidak sebilik lagi semenjak dua bulan lalu.
“Maafkan
abang, Aryana.”
“Awak
tak pernah buat salah pada saya. Perlu ke minta maaf?”
Jawapan
sarkastik setiap hari yang diucapkan isterinya merobek hati Faiq. Dia berdosa kerana
tidak mengizinkan wanita itu pulang ke kampung menjenguk ibu mertuanya yang
sakit. Dia sengaja ingin mendera hati wanita itu. Sudahnya dia sendiri yang
terdera selepas mendengar khabar ibu mertuanya meninggal dunia melalui telefon
bimbit.
Apa
yang perlu Faiq lakukan? Adakah peluang kedua buat Tuan Muhammad Faiq Affan untuk gadis bernama
Nuralya Aryana setelah apa yang dia lakukan terhadap wanita yang dicintainya? Adakah Aryana akan mengampunkan dosanya?
nota kaki : ok disebabkan Miss CS dah up entry kpvst (lega rasanya) so, yg nie enovel baru drpd Adieya + Miss CS = bergabung meletop! Haha. Baru sinopsis je! Adieya tengah tak ada kerja skrg. Tiba2 je idea nak buat cerita ni keluar. So Dieya minta buah fikiran Miss CS. So tggu la ya lpas kpvst habis mungkin atau miss nak selit2 teaser dulu psl KITA TAK SEPADAN ni. Lagi satu enovel KASIH TAK BERBALAS kan? Haa yang ni KITA TAK SEPADAN. Hahaha :p kompem korg pening... amekaww~
:: Admin Adieya ::
Soalan: enovel ni dh d upload ke belum
ReplyDelete