Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Tuesday, 29 October 2013

E-novel : KITA TAK SEPADAN

SINOPSIS




Menyingkap perasaan hati seorang gadis yang inginkan cinta sejati. Namun kerana saiz fizikalnya yang besar menyukarkan dirinya untuk maju ke depan malah sering diejek oleh kaum yang sama jenis dengannya apatah lagi dengan kaum Adam.

‘Pertemuan pertama’ mereka di shopping complex telah membuatkan fikiran Aryana menjadi gila. Apa tidaknya, dia memaksa lelaki itu berlakon sebagai tunangnya untuk mengelakkan diri dari promoter bernama Syamim yang selalu mengacau Aryana.
(gambar hiasan)



“Encik, maafkan saya. Saya tak sengaja terlanggar encik. Ampun, encik. Ampun!” 

 “Saya tak tahu apa dosa saya sampai saya terjatuh dilanggar awak.” 

Setelah detik pertemuan pertama itu, ditakdirkan Ilahi, mereka sekali lagi bertemu ketika Aryana sedang bersedia untuk ditemuduga bagi pekerjaan kosong di syarikat itu.

Matanya mereka bertentangan. Aryana gosok mata beberapa kali. Apa dia tak salah tengok? Lelaki depan dia ini sejibik sejibon dengan lelaki yang diminta menjadi ‘tunangan palsunya’ di supermarket tiga bulan lepas.

“Cik Aryana, perkenalkan, ini Tuan Muhammad Faiq Affan, pengurus syarikat ini.”

Faiq??? Aryana terlopong besar. Pengurus besar??? Lututnya seakan longgar mendengar nama itu. Bukankah dia dengan sesuka hati menggelar pemuda di depannya itu dengan nama ‘Faiq’ sewaktu mereka menyamar sebagai tunang? Aryana meneguk liur.

“Dan Tuan Faiq akan menemuduga Cik Aryana sebentar lagi.” Kata setiausaha tersebut. Aryana rasa nak pengsan.

Hari demi hari, kelakuan Aryana menarik perhatian Faiq. Kelam kabut Aryana sering menimbulkan perasaan lucu dalam atmanya. Sedar tak sedar, dia menyukai gadis itu. Rancangan utama berjalan seperti biasa.

“Tolong pilihkan cincin untuk saya.” Pinta Faiq.

Aryana ternganga. “Encik Faiq ini sihat ke tidak?”

“Saya akan sihat sekiranya awak turuti apa yang saya suruh.” Bersahaja Faiq menutur.

Hajat dihati menyunting gadis itu untuk dibuat teman sepanjang hayat akhirnya dimakbulkan Allah. Dalam pada itu, sahabat-sahabat Faiq sudah tentunya tak puas hati. Bagi mereka, Faiq berhak dapat yang lebih baik. Malah sudah beberapa kali Faiq bertemu dengan wanita yang mereka perkenalkan. Semuanya bekerjaya dan cantik belaka. Tapi Faiq tetap memilih perempuan gemuk itu juga!

Rancangan rapi dibuat. Mereka menghasut Faiq supaya Faiq membencikan Aryana. Padanya Aryana langsung tak sepadan dengan Faiq yang tampan. Hari demi hari, bulan bertukar bulan, Faiq termakan kata-kata sahabat baiknya. Dia mula menyakiti hati Aryana. Mencemuh, menghina dan mengherdik sudah tentu termasuk dalam list hariannya. Sehinggakan Aryana tidak berdaya nak angkat muka jika mereka berselisihan.

“Kita memang tak sepadan. Awak putera raja, saya hanya kuli diraja. Tak akan pernah sama duduk, tak akan sekali sama tinggi. Darjat kita teramatlah berbeza, Encik Faiq. Saya tak sanggup nak tahan rasa hati ini lagi. Daripada kita terus bertelagah, cemuh dan menghina, adalah lebih baik Encik Faiq lepaskan saya.” –Nuralya Aryana

Faiq mula tak keruan selepas melihat Aryana murung kerana ibunya sudah kembali ke rahmatullah. Hatinya sayu melihat isterinya menitiskan air mata. Hendak saja didakap wanita itu, akan tetapi dia tidak mampu melakukannya setelah Aryana membina tembok besar China untuknya sesudah mereka tidak sebilik lagi semenjak dua bulan lalu.

“Maafkan abang, Aryana.”

“Awak tak pernah buat salah pada saya. Perlu ke minta maaf?”

Jawapan sarkastik setiap hari yang diucapkan isterinya merobek hati Faiq. Dia berdosa kerana tidak mengizinkan wanita itu pulang ke kampung menjenguk ibu mertuanya yang sakit. Dia sengaja ingin mendera hati wanita itu. Sudahnya dia sendiri yang terdera selepas mendengar khabar ibu mertuanya meninggal dunia melalui telefon bimbit.


Apa yang perlu Faiq lakukan? Adakah peluang kedua buat Tuan Muhammad Faiq Affan untuk gadis bernama Nuralya Aryana setelah apa yang dia lakukan terhadap wanita yang dicintainya? Adakah Aryana akan mengampunkan dosanya? 





nota kaki : ok disebabkan Miss CS dah up entry kpvst (lega rasanya) so, yg nie enovel baru drpd Adieya + Miss CS = bergabung meletop! Haha. Baru sinopsis je! Adieya tengah tak ada kerja skrg. Tiba2 je idea nak buat cerita ni keluar. So Dieya minta buah fikiran Miss CS. So tggu la ya lpas kpvst habis mungkin atau miss nak selit2 teaser dulu psl KITA TAK SEPADAN ni. Lagi satu enovel KASIH TAK BERBALAS kan? Haa yang ni KITA TAK SEPADAN. Hahaha :p kompem korg pening... amekaww~

:: Admin Adieya ::

1 comment: