-- Farhan terpengaruh --
“PUTIH putih melati. Merah merah delima. Siapa yang baik hati pasti kuterima… aaaa… putih putih melati… merah merah delima siapa yang baik hati pasti kuterima…” Ashraff menyanyikan lagu yang sedang meletup-letup dari corong radio itu.
“PUTIH putih melati. Merah merah delima. Siapa yang baik hati pasti kuterima… aaaa… putih putih melati… merah merah delima siapa yang baik hati pasti kuterima…” Ashraff menyanyikan lagu yang sedang meletup-letup dari corong radio itu.
“Ash, please stop! Bingit telinga aku la.” Farhan
menegur. Dari tadi dia tak senang nak
menyiapkan kerja sekolah akibat lontaran vocal Ashraff seperti mesin padi itu. Sangat
tak sesuai bila menjerit apatah lagi menyanyi. Out terus! Kalau dia jadi juri, sudah lama dia beri kata-kata pedas. Jika tidak, dia akan menyingkirkan Ashraff daripada terus membanjirkan pentas!
“Han, lagu ni meletup kot sekarang. Semua layan apa. Kau
sorang je yang macam monyet bawah pokok sena.” Entah apa-apa yang Ashraff
melalut. Peribahasa pun salah! Beberapa pelajar yang sedang menelaah dalam dorm itu
ketawa mendengar kata-kata Ashraff.
Farhan mencebik. Baginya tiada faedah dengar lagu
seperti itu. Lagu zaman sekarang semuanya pasal cinta. Dah tu liriknya merepek.
Itu belum tambah lagi dengan fenomena K-Pop. Farhan sendiri hairan. Kenapa bahasa
Korea yang tak termasuk dalam list ‘perlu belajar’ itulah yang mereka belajar? Baginya
berbelit-belit lidah nak menyebut. Di rumah, Fareez tak sudah-sudah dengan
Super Junior. Siap buat style rambut seperti penyanyi berkumpulan itu. Muka yang
tak pernah di’berus’ dengan pencuci muka, akhirnya membuat keputusan untuk
membersihkan wajah. Katanya untuk menjaga dan merawat kulit. Farhan bertambah
pelik. Janganlah Aina turut sama meniru gaya Wondergirls. Memang akan di'fire' cukup-cukup.
“Putih putih melati… merah merah delima… siapa yang
baik hati pasti kuterima…aaaaa!!!” jeritan Ashraff yang menggila menyentak
lamunan Farhan. Sekilas temannya itu dijeling tajam. Ashraff buat tak tahu.
Izuan sedari tadi hanya memerhatikan gelagat
rakan-rakannya. Nak tergelak pun ada jugak. Ashraff tak sudah-sudah dengan ‘putih
melatinya’ manakala Farhan tak sudah-sudah membentak tak puas hati. Apa yang
mampu, Izuan hanya menggelengkan kepala. Macam-macam kerenah!
“Assalamualaikum geng!” Aizat memberi salam.
“Waalaikumussalam.” Semua penghuni dorm itu menjawab.
“Kau ni dah kenapa, Ash?” berkerut dahi Aizat apabila
melihat Ashraff seperti tiada tulang belakang. Berjoget-joget di almari pakaian
sambil berulang-ulang kali menyebut ‘putih putih melati’.
“Kawan kita sorang tu dah angau dengan budak perempuan
nama Melati.” Sengaja Farhan menguatkan suaranya agar tuan punya badan dengar. Tak
habis-habis dengan melati la, delima la. Lepas ni entah apa yang keluar. Dahlia,
orkid, mawar?
"Melati? Budak mana tu?" Aizat ternganga.
Ashraff menjongket kening. “Jeles ke, bro? Okeylah. Kita
kasi settle ini problem. Lu amek Delima. Wa amek Melati. Tutup kes. Sorang dapat
satu. Adil. Amacam?” seloroh Ashraff selamba.
Dorm itu bergema dengan gelak ketawa usai Ashraff menyakat
ketua pengawas itu. Aizat yang tadinya tak memahami akan apa yang berlaku kini
baru sedar. Dia terbahak-bahak ketawa bersama Izuan.
Farhan buat muka. “Tak ingin aku!” bergema lagi tawa
daripada penghuni-penghuni ini. Kalah Pontianak. Nampak gayanya spesies hantu
ini kena pencenlah jawabnya sebab dah ada pengganti seperti kengkawannya ini.
Farhan tidak mempedulikan itu semua lantas meneruskan
kembali kerja sekolahnya yang terbengkalai. Ashraff melagukan semula bait-bait
lirik itu dengan kuat, seperti mahu mengacau ketenteraman Farhan. Alah, saja je
kacau. Kadang-kadang dengan Farhan ini boleh release tension. Farhan bukanlah
tegas sangat sebenarnya. Dia boleh diajak bergurau.
Farhan hanya mampu menggelengkan kepala apabila
mendapati Aizat, Affendi, Qayyum, Fuad dan Izuan turut sama menyanyikan lagu tersebut
sekuat hati sampai nak pecah suara. Tergelek sana tergoyang sini. Nak kasi anak tekan terjojol keluar
gamaknya. Desis Farhan. Namun begitu setelah berulang kali mendengar lagu
tersebut, secara tak sedar Farhan turut sama mengikuti rentak lagu tersebut
perlahan-lahan seraya menganggukkan kepala.
Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
Kerna kau tak seputih melati
Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan tuk berbagi kasih
Kerna kau tak seperti melati… ooo…
Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati pasti kuterima…
P/s : entri kali ini adalah sekadar suka-suka miss nak bagi disebabkan kebosanan ya amat sangattttt... so miss reka cerita menggunakan watak kpvst sebagai tempat melepaskan bosan sambil dengar lagu MELATI+DELIMA ini. hihi hope enjoy :)
Wahh Lama tak dengar lagu ni 😂😂
ReplyDeletePergh...lagu ni lamanya dah x dengar😂😂
ReplyDeleteSbb kita dari masa depan..
DeleteSaya Dari masa depan ! HAHAHAHAHA
ReplyDeleteHai geng geng masa depan 😂
ReplyDeletehai guys saya dari masa depan
ReplyDeletehai dri masa lps :3 ha kantoi baca komen aq !! 😌😌
ReplyDeleteUWU
ReplyDeleteOk ternyanyi sekali 🤣
ReplyDeletemarila nyanyi bersama sama😂😂
DeleteDari masa depan...... Wahhh lama tak dengar lagu ni
ReplyDeleteramai btul dri masa dpn yee
ReplyDeleteSaya dari masa depan
ReplyDeletehi saya paling latest dari masa depan hehe
ReplyDeleteoemji hello saya pun dari masa depan
DeleteEh ada geng dari masa depan laa, haii . 😂
ReplyDelete