Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Saturday, 14 September 2013

Ketua Pengawas VS Tunang 46

BAB 46

“FARHAN!” Aku pantas berlari ke arahnya lalu menolak tubuh itu ke tepi dengan kasar. Satu pergerakan yang sangat pantas menembus masuk hingga terasa nyilu di setiap pembuluh darah.

“Arkkk!”

Dua hamba Allah terdiam. Masing-masing seakan tidak percaya apa yang sedang terjadi. Apit Kochai berdiri tanpa suara dari jauh. Dia meramas kepala dengan kasar. Pandangan tidak percaya akan apa yang berlaku. Farhan melopong besar. Darah yang memancut keluar dari tubuh Humairah mematikan bicaranya. Serta merta tubuhnya mengeras.

“Allah...” Kaki yang lemah tidak berdaya untuk aku pertahankan lagi sementelah kesakitan itu terlalu sukar untuk aku ceritakan. Perlahan-lahan tubuhku melorot jatuh ke tanah dengan rasa sakit yang mencengkam dan menjalar. Bagai racun berbisa yang disuntik ke tubuh.

“Mai!!!” jerit Farhan kuat. Dia bingkas bangun ke arahku yang sedang terlentang di atas tanah dengan berlumuran darah. Farhan mencabut dengan laju parang yang menembus masuk ke perut tunangnya sekuat hati lalu dicampak parang itu ke sebelah! Farhan memangku kepala Humairah di ribanya. Pipi gadis itu di tepuk berkali-kali. Jantungnya berdegup kencang. Nafasnya tidak teratur. Namun mata Humairah tetap pejam. Dahi tunangnya berkerut-kerut menahan sakit yang hanya dia dan Allah Azza Wajalla yang mengetahui.

“Allah...”

“Mengucap Mai...” rintih Farhan. Dan tanpa diduga air mata lelakinya menitis lalu jatuh ke wajah Humairah satu per satu. Ingin saja dia memekik selantangnya agar didengari mereka di sekitar hutan ini datang memberikan pertolongan. Pipi Humairah yang memerah dek darah yang terpancut keluar dari perutnya itu dipandang dengan mata berkaca. Pipi putih bersih itu ditepuk berkali-kali.

“Bangun, Mai... jangan buat aku macam ni... Mai!” tiada apa dapat menggambarkan perasaannya tika ini. Dia tidak menyangka Humairah akan menolak tubuhnya. Sangkanya, Humairah berlari ke arahnya kerana ingin memeluk tubuhnya. Namun apa yang dilihat begitu perit sekali untuk dia hadapi.

Terasa seluruh wajahku basah dek air mata Farhan yang menitis. Bau darah semakin menyengat di hidung. Mungkin ini kali terakhir aku melihat dia... kali terakhir mendengar suaranya... kali terakhir melihat dia menangis.... hanya kerana aku.... nafas ditarik perlahan. Perut yang sakit semakin terasa bisanya. Darah yang keluar tidak aku hiraukan lagi. Mata tegak ke atas.

Ya Allah, andai ini adalah cara kematianku, aku redha ya Allah... andai masaku telah sampai, aku mohon kau ampunkan segala dosa-dosa yang telah aku lakukan selama mana hidup aku di muka bumiMU. Mutiara jernih mengalir perlahan dihujung mata. Saat itu begitu jelas terpampang wajah seluruh ahli keluargaku.  Mama, ampunkan Mai. Ampunkan Mai, abah. Semoga kita berjumpa di syurga Allah yang indah walaupun Mai tahu Mai takkan mampu untuk masuk ke syurga itu malahan Mai amat takut untuk masuk neraka Allah. Redhakan pemergian Mai... Bibirku yang terbuka sedikit membuatkan Farhan segera menggoncang tubuhku sekuat tenaganya. Seakan dapat merasakan sesuatu. Kelakuan Humairah yang seakan mahu terpejam itu membuatkan dirinya ketakutan!

“Mengucap Mai! Mengucap!”

Asyhaduallailahaillallah wa asyhaduannamuhammadarrasulullah...  sebuah taman cukup cantik bersama sebuah mahligai emas yang begitu indah terpampang jelas di mata. Aku ternampak wajah tok wan dan mak su tersenyum riang di taman mempesonakan itu. Lambaian mereka menggamit rasa rindu yang begitu menggebu di hati. Fiya datang tok wan... Fiya datang mak su... Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Mata terkatup rapat. Nadi terhenti. Tiada lagi gerakan tubuh. Hanya tinggal jasad di muka bumi...

“Humairahhhhh!!!!!” Farhan meraung sekuat hati.

Dan pada ketika itu, Apit Kochai terduduk lemah. Dia telah melakukan kesalahan kedua...




LANGIT mendung sedari awal subuh. Seperti mengetahui akan berlaku sesuatu dan dapat membaca isi hati manusia yang mendung dengan pemergian seorang hamba Allah yang dikasihi. Bacaan talkin oleh imam kedengaran sayu ditelinga mereka. Puan Husna merembeskan air mata kesedihan dan kekecewaan di bahu opah yang turut hiba dengan pemergian cucunda tersayang. Puan Hanani, ibu kepada Farhan turut sama menangis dengan pemergian bakal menantunya itu. Tengku Umar memeluk bahu Encik Syakir yang membisu. Encik Syakir tertunduk lemah disebelah imam. Airmatanya sudah kering akibat menangis semalaman. Matanya juga bengkak. Batu nisan anak perempuannya disentuh sebelum menunduk sayu. Tidak dapat digambarkan perasaan peritnya kehilangan seorang anak. Yana mengaminkan doa imam sambil mengesat lelehan air mata dan hingus. Dia seakan tidak percaya tetapi itulah yang dijanjikan Allah untuk setiap hambaNYA. Achik tersenggut-senggut menahan tangisan sejak dihospital tadi. Ciuman di pipi Humairah masih terasa kelembutannya di bibir manis achik. Wajah kakaknya juga disentuh buat julung kalinya sementelah mereka asyik bergaduh. Kak Maira sungguh cantik. Yana menggosok perlahan belakang tubuhnya. Achik merebahkan kepala ke bahu kakaknya sambil menahan esakan.

Saudara Humairah juga kelihatan dalam acara pengkebumian itu. Masing-masing hanya memandang dan mengaminkan doa imam. Tidak terkecuali kawan-kawan dan guru-guru gadis itu. Sesampai saja Wana di tanah perkuburan itu, kakinya terasa lembik tidak bermaya untuk bertahan sementelah melihat Humairah telah disemadikan di ‘rumah’ yang hakiki. Dia terpaksa dipapah D, Aisyah dan Iman. Kenangan terindah yang terjalin antara mereka kukuh diingatan Wana. Hamburan airmata membasahi tanah perkuburan itu. Geng aspura turut sama berada di situ bagi menyaksikan ‘rumah baru’ untuk rakan tersayang, Humairah. Memerah mata mereka dek menangis.

Izuan menahan getar dan sebak dalam jiwa tatkala melihat Humairah buat kali yang terakhir. Terasa sekejap saja masa berlalu. Persahabatan yang lama terjalin sejak kecil antara mereka masih dirasakan terlalu awal bagi Izuan. Humairah sudah menghadap Ilahi. Dia tidak akan lupa bagaimana dia ketemu dengan pasangan itu bersama penjenayah yang dikehendaki. Dia terlambat tiba di lokasi itu. Kesal dia tidak berpenghujung! Kelu lidah dia seketika. Peristiwa ngeri dan pasti akan menjadi titik hitam buat lelaki bernama Farhan,

Masing-masing menumpu ke arah Farhan yang diam tidak berkutik. Selepas saja mengkafankan jenazah, Farhan bersiap sedia untuk solat jenazah. Dan paling tidak disangka, dia menitiskan air mata sesudah selesai solat. Sesekali kelihatan dia menggenggam erat jemarinya hingga timbul urat-urat. Siapa yang tahu hatinya teramatlah duka dengan pemergian tunang yang baru disayangi hatinya itu. Darah yang mengalir ditubuh Humairah adalah saksi untuk segala-galanya. Sudah takdir Tuhan, dia kehilangan Humairah buat selama-lamanya. Dendam pada lelaki bernama Apit Kochai tidak akan pernah padam! Selagi hayatnya masih ada, dia akan terus membenci lelaki itu! Lelaki yang sudah meruntuhkan kebahagiaan dirinya! Lelaki yang telah membunuh Humairah!

Para hadirin sudah beransur pulang. Yang tinggal hanyalah ahli keluarga terdekat. Puan Husna menyiram air mawar bersama taburan bunga rampai untuk kesekian kalinya. Hampir saja dia terjelepok kerana tidak dapat menyedari hakikat anaknya tiada.

“Mai! Jangan tinggalkan mama! Jangan tinggalkan mama, nak....” raung Puan Husna tidak tertanggung lagi. Bergelen-gelen air matanya keluar bagai empangan pecah. Puan Hanani dan Encik Syakir memujuk Puan Husna agar bertenang. Sesudah itu mereka membawanya pulang. Yana sempat berpaling ke belakang, “Selamat tinggal, kakak. Bersemadilah kakak dengan aman. Yana sentiasa akan ingat pesan kakak. Yana pergi dulu... esok Yana datang lagi jumpa kakak. Yana sayang kakak....” rintihnya seorang diri. Dia berjalan pulang ke kereta bersama deraian air mata yang tiada henti.

Izuan bangun lalu menyarung selipar. Dia kemudian menepuk bahu Farhan yang sedari tadi duduk di atas tikar mengkuang itu. “Dahlah, Han. Jom kita balik. Langit dah makin gelap. Esok kita datang melawat Mai lagi.” Ujarnya tenang.


“Kau baliklah dulu dengan yang lain. Aku nak duduk sini.” Balas Farhan perlahan. Buku Yassin ditangannya dibuka. Setelah membaca basmalah, kedengaran suara merdunya membaca ayat-ayat suci itu. Serentak itu juga, hujan turun renyai-renyai. Seperti turut hiba dan bersedih dengan pemergian Humairah. Tanpa disedari, air mata lelakinya gugur satu per satu di pipi.




RUMAH itu sepi, se-sepi hati penghuninya. Kamar Humairah dituju. Tombol pintu dipulas. Suasana hening. Bau anaknya itu masih lagi semerbak di dalam bilik. Begitu kemas dan teratur seperti dua minggu sebelum. Mama tersandar lemah di pintu. Terbayang wajah ceria dan nakal mengena Humairah jika dia memasuki bilik ini. Ada saja kelakuannya yang mencuit hati. Aksi anaknya sedang termenung, ketawa sambil baca komik,  dan terngiang-ngiang juga suara Humairah di telinga.

“Mama, Mai nak bilik colour purple tau!” perbualannya dengan Humairah suatu ketika dahulu.

Mama tersenyum. “Kenapa tak nak warna pink?” saja dia mengusik.

Humairah memuncung. “Eee tak sukalah! Geli! Macam perempuan! Mai nak warna purple jugak! Pink kasi dekat Yana. Dia memang suka warna tu kan? Kalau Mai... sorry!” bidasnya lancar menerbitkan tawa halus Puan Husna.

Humairah memuncung lagi. Kepalanya diusap perlahan oleh tangan seorang ibu. “Habis tu Mai bukan perempuan ke?”

“Mestilah Mai perempuan. Tapi tidak pada warna geli tu! Katakan tidak pada pink!”


Air mata membasahi pipinya buat kali ke berapa entah. Dia sendiri sudah tidak larat mahu mengira. Biarlah kalau dia hendak menangis sehingga buta sekalipun. Sudah tiada erti lagi baginya sesudah kehilangan Nur Saffiya Humairah. Bingkai gambar anaknya dipandang dengan mata berkaca. ‘Mama rindu sayang....’


p/s : ini dia entry utk bab 46... miss tak reti buat cite sedih dan seram... so lyn je la eh.. *tutup mata dengan lima jari*

35 comments:

  1. Erkkk...mai mati ke??..alaaaa... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tamatlah riwayat hidup mai... hehehe jgn sedih okey Cik Sarina... tggu episod strusnya... ;)

      Delete
  2. ke ke ke kemspe?????? huawrgh sedihnye......air mate xbrhnti dh nie....smpai hati..katekan ini semua mimpi TT.TT

    ReplyDelete
  3. ala mairah dah mati...tak syok ler..tak buat ke macam mairah ni mimpi2 ker,mengigau ke???baru macam boleh nafas lagi nk bace...hehehe...cadangan je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik? slme ni tak bernafas ke bile baca? haha nk tau ni betul ke tak, tggu next episod ea :)

      Delete
  4. Mai mati ke?x best la canni...hmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  5. tlg la kate ni mimpi semate mate....

    ReplyDelete
  6. tak ini semua tipu!!! mai tak boleh mati!!! dia kene kahwin dengan farhan!!! mai tak mungkin mati

    ReplyDelete
  7. 7 kali baca, 7 kali jugak nangis😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaaaaaa nangis teruk setiap kali ulanggg baca walaupun dh tahu jalan cerita dia aaaaa

      Delete
  8. Aku yang datang dari wattpad ehehehe

    ReplyDelete
  9. Tak jemu baca citer ni 😢rindu mai ngn farhan ,hope sangat admin sambung menulis balek

    ReplyDelete
  10. t-tak ni semua t-tipu kann , takkan la heroin m-matii .

    ReplyDelete
  11. Ramainya yang datang daru masa depan...

    ReplyDelete
  12. Saya pon dari masa depan😂😂 hai🤣

    ReplyDelete
  13. please air mata ni murah sangat hahshshahha letih bye nananges

    ReplyDelete
  14. DARI SENYUM :) , TROS SEDIH "),
    ALLAHU 😭😭

    ReplyDelete
  15. Walaupun ni kali kedua baca, tetap nangis 😭

    ReplyDelete
  16. Katakan tidak kepada kematian Mai dlm citer ni.. 😭😭😭

    ReplyDelete
  17. Berulang kali baca novel ni best nak mampus

    ReplyDelete
  18. Ya Allah, air mata x renti jatuh ni 😭 sian nye dekat Farhan ya Allah 😭😭😭😭😭💔

    ReplyDelete
  19. maiiiii huwaaaaaa aku dah nangis mcm org gilaa dah niii

    ReplyDelete
  20. Mai mati ke😭

    ReplyDelete
  21. maiii!!!!😭😭😭😭

    ReplyDelete
  22. maiii!!!!😭😭😭😭

    ReplyDelete
  23. Mata saya bengkak nak gi sekolah esok ni kak astaghfirullah 😭

    ReplyDelete