Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Sunday, 15 September 2013

Ketua Pengawas VS Tunang 47

BAB 47

MASA berganti masa. Hari berganti hari. Tuan empunya badan masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas saja peristiwa hitam itu berlaku. Sudah dua minggu dia koma. Dan setiap kali itu jugalah ahli keluarganya tidak putus-putus berdoa agar anak mereka ‘hidup’ kembali seperti sediakala.

Tombol pintu dipulas perlahan. Kedengaran merdu sekali bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di dalam kamar hospital. Puan Hanani tekun membaca surah yassin ditepi katil anaknya itu. setiap hari pasti dia akan melawat dan menyedekahkan pahala buat anaknya yang dikasihi sepenuh hati.

“Assalamualaikum,”

Puan Hanani mengangkat muka tatkala pintu terkuak dari luar. Senyuman terukir di hujung bibir. “Waalaikumussalam. Dah lama sampai?”

“Baru aje, ma.” Farhan tunduk menyalami ibunya. Dia duduk di hujung birai katil. Wajah yang sedang lena beradu itu direnung tidak berkelip.

“Ada apa-apa perubahan, mama?”

“Buat masa ni belum lagi, angah. Kita berdoa aje la semoga dia cepat sembuh dan sedar semula. Angah dah makan?” lembut dia bertanya.

Farhan angguk. “Baru lepas makan dengan papa dekat kafe tadi. Uncle pun ada sekali. Aunty mana, ma?” matanya melilau mencari Puan Husna. Selalunya wanita murah senyuman itu sentiasa disamping mama.

“Mama Husna pergi solat. Sekejap lagi adalah. Angah nak baca yassin?” pelawa Puan Hanani.

Farhan angguk. “Han nak ambil wudu’ kejap.” Baru saja dia bangun, mesin ditepi meja katil berbunyi. Puan Hanani menoleh lalu berdiri. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang.

“Tittttttttttttt..... tittttttttttttttttt....”

Mata Farhan memaku pada mesin jangka hayat itu. Nombornya bertukar-tukar. Malah titik garis itu juga berubah menjadi senada. Tiba-tiba dada pesakit berombak laju. Puan Hanani meletakkan yassin dikatil. Wajah anaknya dipandang cemas.

“Farhan! Panggil doktor lekas!!”

Farhan terus saja berlari keluar. Bahagian kaunter dituju. Kebetulan doktor yang merawat Humairah ada disitu.

“Doktor! Pesakit bilik 1A....” dia tidak mampu untuk menyambung ayatnya. Akibat panik, dia tidak dapat menyusun ayat.

“Nurse!”

Doktor itu memahami lantas memanggil jururawat di situ. Mereka berlari masuk ke bilik 1A. Waktu itu juga kelibat Puan Husna yang sedang berjalan dari blok surau kelihatan. Puan Hanani segera memanggil.

“Kenapa Nani?”

“Maira... tadi mesin tu bunyi..... dada dia berombak.... doktor dah masuk dalam. Sekarang dia tengah periksa Maira.”

“Allah, janganlah diapa-apakan anakku.” Puan Husna memanjatkan doa pada Ilahi. Dia belum bersedia untuk menghadapi hakikat itu. Bahunya dipaut Puan Hanani.

“Sabarlah, Na. Kita berdoa supaya anak kita selamat dalam lindungan Allah.”

Farhan menghantar mesej pada Tengku Umar. Dua minit kemudian kelihatan figura papanya bersama abah Humairah. Langkah kian laju mendekati mereka bertiga.

“Macam mana keadaan Mai?” cemas nada suara Encik Syakir. Dilihat isterinya berwajah muram.

“Doktor tengah periksa dekat dalam tu. Tiba-tiba aje dada dia berombak kuat masa Nani baca yassin tadi.” cerita Puan Hanani.

Encik Syakir meraup muka dengan tangan. Nafasnya ditarik perlahan. Cemas dia apabila diberitahu Umar bahawa anaknya dalam keadaan kritikal. Mujur saja dia telah menyudahkan solat.

Pintu bilik terkuak dari dalam. Mata masing-masing menala ke raut muka doktor tampan itu.

“Macam mana keadaan anak saya, doktor?” Puan Husna meluru bertanya.

Doktor itu menunduk sebelum mengangkat muka. “Saya harap puan dan yang lain bersabar dan diharap kuat untuk menghadapi apa yang berlaku selepas ini.”

Encik Syakir terpempan. “Apa maksud doktor?” jantungnya berdegup kencang.

Doktor bertag nama Zulfikar itu seakan sukar untuk menjelaskan. “Kami minta maaf.....”



Sebulan kemudian...

LOCENG sekolah berbunyi menandakan telah tiba waktu rehat. Masing-masing melonjak gembira kerana perut sedari tadi berbunyi. Kriukk sana... kriukk sini... hailah! Tak menyempat betul.

Wana pandang sepi kerusi kosong disebelahnya. Setelah sebulan dia menyambung pelajarannya di sekolah, kerusi itu sentiasa kosong tidak bertuan. Setiap hari dia akan membersihkan tempat belajar Humairah walaupun tiada sekuman debu hama. Tiada siapa dibenarkan duduk di kerusi itu. Hormati roh Humairah! Dan dia akan berpuas hati jikalau rutian hariannya itu berjalan lancar. Seakan wujudnya Humairah di situ seperti biasa menemani harinya yang sunyi. Rasa rindu menggebu di dada.

“Wana, apa yang kau menungkan lagi tu?” tegur D.

“Mai...”

“Wana, benda tu dah berlalu, kan. Tak usahlah kau ingat-ingat lagi.” Pujuk D.

Wana mengeluh. “Susah aku nak lupakan, D. Peristiwa tu berlaku terlalu cepat untuk aku. Aku sayang dia... aku rindu dia...” luah Wana perlahan. Sebak bertandang dihati.

D menggosok perlahan bahu Wana. “Sudahlah. Yang penting sekarang kita kena bersyukur dan teruskan hidup. Kalau Mai dengar, mesti dia marah. Dahlah. Jom pergi makan? Kawan-kawan dah tunggu dekat kantin.” Ajak D ingin menceriakan hidup Wana yang suram akhir-akhir ini.

Wana mengangguk malas. Dia bangun lalu berjalan menuju ke suis kipas. Tap! Kipas dimatikan. Langkah dihala ke kantin. Aisyah dan Iman melambaikan tangan. D membalas.

“Weh, lamanya korang! Tak lapar ke? Aku ni dah setengah pinggan habis tau!” ujar Iman. Raut wajah D dan Wana dipandang bersilih ganti.

“Takkan kau tak tahu Kak Wana kita ni macam mana.” Balas D seraya mengenyit mata.

Aisyah merenung Wana yang muram. “Wana, benda tu kan dah berlalu. Jangan dikenang lagi.” Lembut suaranya menutur. Tangannya menyentuh tangan gadis itu.

Wana tongkat dagu. “Aku still tak boleh lupa, Syah. Kau ingat senang ke? Ni soal hidup mati tau! Bukan macam main game menang kalah. Ni soal nyawa.”

Tiga gadis terdiam. Masing-masing hanya mampu mengeluh. Wana kalau sudah bercakap, mereka yang lain hanya mampu terdiam membisu. Sudahnya, makanan dalam pinggan dihabiskan.

Kelihatan figura Aizat dicelah-celah lautan manusia di lorong kantin bahagian lelaki. Segera Wana memekik. Iman yang sedang minum terus tersedak. Aduhh.. pedih hidungnya! Wana dijeling geram.

“Zat, sini kejap!”

Aizat menoleh mencari gerangan yang memanggil nama sedapnya. Lambaian Wana dipandang. Dia mengisyaratkan sekejap. Selepas membayar, dia segera ke meja gadis itu.

“Haa ada apa?”

“Dah habis ke jaga?”

“Belum. Kejap lagi sambung balik lepas habis rehat. Kenapa?” soal Aizat sambil menyedut air milo aisnya.

“Dia macam mana?”

“Dia okey. Aku tengok bersungguh dia jawab paper Sejarah tadi. Suruh rehat sekejap tamau. Dia cuma rehat time makan ubat je. Lepas tu dia continued paper.” Jelas Aizat lagi. Teringat akan pelajar itu membuatkan hatinya dipagut pilu. Bersungguh dia hendak menghabiskan exam walhal guru-guru kata tidak usah pun. Dia tetap nak juga! Katanya dia nak jawab periksa macam kengkawan dia yang lain. Jiwa kental betul!

Lega hati Wana mendengarnya. Kesian dia. Kalau tidak kerana peristiwa hitam itu, pasti dia sudah menghabiskan exam dan sekarang bersedia untuk hadapi trial pulak.

“Kau janganlah risau. Aku, Hakim dengan bebudak ni akan pantau dia. Okeylah aku gerak dulu. Byeeee....” Aizat tersengih lalu berpaling. Sempat dia melambaikan tangan namun dibalas dengan tumbukan Wana. Wana tetap garang! Berubah terus  perwatakan Wana. Makin bertambah ganas!

“Dah. Habiskan makan cepat. Waktu nak habis ni.” Tegur Aisyah setelah melihat rakan-rakannya termenung. Iman dan D cepat-cepat suap makan dalam mulut. Wana sambung termenung. Tergeleng kepala Aisyah.



“KELAS! Cikgu Badri suruh pergi perpustakaan. Bawa buku nilam sekali.”

Mereka beratur seperti gerabak keretapi lalu berjalan lenggang kangkung mak limah menuju ke perpustakaan. Kasut disusun di rak kemudian beratur sekali lagi untuk menulis nama di buku pelajar.

“Awak semua boleh baca buku. Penuhkan dalam buku nilam. Lepas tu hantar pada saya. Nanti saya hantar pada Cikgu Namisah. Jangan bising!” tegas Cikgu Badri.

Pelajar 5 Al-Raudhah pun mulalah bersepah-sepah dekat dalam library. Kebetulan pula terjumpa dengan segelintir bebudak kelas 5 Al-Bukhari di meja paling belakang. Bebudak aspura pun apa lagi. Mulalah ‘berkampong’ di situ. Iman dan D tidak terkecuali.

“Han mana?” tanya Putera pada Aizat yang sedang membelek fail yang bertimbun depan mata.

“Dekat dalam. Sekarang turn dia pulak. Turn aku dah habis.” Jawabnya selamba.

“Dia okey jawab periksa?” soal Khairul pula. Jari ligat memutar pen. Tajuk hari ini berkaitan dia!

“Okey cuma tadi kelam kabut sikit la. Dia kata tempat luka tu berdenyut dan mencucuk-cucuk.”

“Then?” Giliran Syafiq menyampuk.

“Takkan kau tak tahu? Cemas la mamat sorang tu.” Ketawa kecil terbit antara mereka.  Farhan sayangkan Mai!

Sedang mereka bergelak ketawa, pintu kaca tinted dibelakang mereka dibuka seseorang. Terpacul wajah yang dicari selama ini.

“Mai!!!!”

Terjerit mereka semua melihat aku. Aku? Terkedu sekejap. Terkebil-kebil bijik mata. Kena sampuk ke apa kengkawan aku ni?

“Shhhhhhh!!” Cikgu Badri buat tanda senyap. Masing-masing spontan tutup mulut.

Wana terus berlari ke arahku. Tanganku dicapai lalu digenggam erat. “Dah habis ke Mai?”

Aku angguk. Nak jawab tekak rasa perit pulak. Sudahlah tadi dikerah makan ubat dengan naga jadian tu! Fed-up betul! Mengganggu konsentrasi aku nak jawab periksa je! Dah tu, dia duduk betul-betul depan aku. Hilang segala jawapan yang dikarang dalam otak.

“Mai, sinilah.” Putera mengosongkan kerusi disebelahnya. Aku berjalan perlahan-lahan ke kerusi tersebut. Kotak pensil diletak atas meja. Wana tarik kerusi di meja sebelah lalu diletakkan di sebelahku.

“Mai, tadi Zat kata perut kau mencucuk lagi. Teruk ke?” Syafiq sekadar bertanya. Sudah lama dia tidak berbual dengan gadis comel itu. Rindu sesangat weh!

“Adalah sikit. Tapi aku okey je. Orang lain pulak yang lebih-lebih.” Balasku sebal. Mata kujeling pada Farhan yang kebetulan muncul di muka pintu tinted itu. Farhan merenungku tajam. Wah! Lama tak tengok muka bengis dia tu.

“Tu tandanya Farhan sayangkan kau.” Sengaja ditekan perkataan ‘sayang’.

"Betul! Betul! Betul!" Iman menyakat. D tersengih nakal. Aisyah tersenyum kecil.

Aku merenung Putera dan Iman dengan pandangan maha tajam. Kalau aku telan budak dua ekoq ni sekarang jangan tanya kenapa la kan! “Please la! Geli tekak aku tau tak?!” bidasku tidak mahu mengalah walhal hati tercuit dengan kata-kata Khairul.

Serentak mereka ketawa terbahak-bahak namun ketawa itu terbantut bila figura Cikgu Badri muncul di sisi Syafiq. Semua telan liur.


“Saya suruh buat apa tadi?” 

Ouh! Ouh! Petanda tak baik. Tengok muka garang Cikgu Badri sudah kutahu apa yang akan berlaku selepas ini. Mesti kena denda punya. Aku? Semestinya akan dikecualikan. Alasan sakit. Takkan Cikgu Badri nak denda jugak, kan? Muehehe...



p/s : sorry ea klu entry yg ni tak best... miss ngantuk sgt nie... fening2 lalat kepala nie haa... layan adik2 comel > fana, izzaty, hak memasukkan entry hak miss! ekekeke.... gurau je k :p fana jgn lpe add fb izzaty! ekeke... :p

p/s : okey mai x mati... die cume koma je... yg dkt kubur tuu cume mimpi mai dlm koma... tu yg dada dia berombak tiba2... hehehe 

p/s : next entry tggu bulan depan... muehehe

24 comments:

  1. ish miss ni.. terkejut taw. ingat mai dah meninggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alalala cian ain... trkejut ea? hehehe nnt miss wat lg suspen...

      Delete
  2. Bikin saspen betol....jantung dh dupdap2 je bace n3...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe nnt akan ade n3 yg lg 'dupdap2'! :D

      Delete
  3. ya allah . menakutkan je lah miss ni . saje bagi org saspen . air mata da bercucuran da tadi . huhu :)

    ReplyDelete
  4. Fuh! Td. Nanges ingtkn mai mati.... kesian han.. miss nnti ade x n3 psl kai gan han kawen.. hehe sje tanye.. miss buat suspend lgi tau..

    ReplyDelete
  5. Saya punyalah menangis ingat mai dah mati tadi

    ReplyDelete
  6. dh bnyak kali baca pon still lg kalau baca bab ni air mata still lg mngalir😅😂🤭 over betul🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  7. even saya dah baca cerita ni berpuluh kali dari tahun 2017 ke 2018 tah TAPI PART MAI MATI TU AKU NANGIS LELEH LELEH WEH

    ReplyDelete
  8. X habistu yg 'menghadap Ilahi' semua tu ap, aduhh saya konfiuss skrang ni 😭✨😂

    ReplyDelete
  9. ya allah bazir air mata aku 😭

    ReplyDelete
  10. 1st nyah nangis sebab baca novel :) , last ii , mai idup lagi 🥰

    ReplyDelete
  11. Penat mengelap air mata yg Tak henti2 nih..sampai pening kepala dibuatnya😩✋

    ReplyDelete
  12. Hok alohh suspen bebenau 🤣

    ReplyDelete
  13. Suka baca, nampak betapa sayangnya Farhan kat Mai.. so sweet.. 😆❤️

    ReplyDelete
  14. Allahuakbar plot twist author 😭 kenot brain laa 💔

    ReplyDelete
  15. bagi balik air mata aku huwaaa

    ReplyDelete
  16. Pulang balik air mata akuuu hmmmm😭

    ReplyDelete
  17. nasib tak nanes 😔

    ReplyDelete
  18. Aq jes nk tau je ape yg dr tu bagitau Weii:∆

    ReplyDelete