BAB 47
MASA berganti masa. Hari berganti hari.
Tuan empunya badan masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas saja
peristiwa hitam itu berlaku. Sudah dua minggu dia koma. Dan setiap kali itu
jugalah ahli keluarganya tidak putus-putus berdoa agar anak mereka ‘hidup’
kembali seperti sediakala.
Tombol pintu dipulas perlahan. Kedengaran
merdu sekali bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di dalam kamar hospital. Puan
Hanani tekun membaca surah yassin ditepi katil anaknya itu. setiap hari pasti
dia akan melawat dan menyedekahkan pahala buat anaknya yang dikasihi sepenuh
hati.
“Assalamualaikum,”
Puan Hanani mengangkat muka tatkala pintu
terkuak dari luar. Senyuman terukir di hujung bibir. “Waalaikumussalam. Dah
lama sampai?”
“Baru aje, ma.” Farhan tunduk menyalami
ibunya. Dia duduk di hujung birai katil. Wajah yang sedang lena beradu itu
direnung tidak berkelip.
“Ada apa-apa perubahan, mama?”
“Buat masa ni belum lagi, angah. Kita
berdoa aje la semoga dia cepat sembuh dan sedar semula. Angah dah makan?”
lembut dia bertanya.
Farhan angguk. “Baru lepas makan dengan
papa dekat kafe tadi. Uncle pun ada sekali. Aunty mana, ma?” matanya melilau mencari Puan Husna.
Selalunya wanita murah senyuman itu sentiasa disamping mama.
“Mama Husna pergi solat. Sekejap lagi
adalah. Angah nak baca yassin?” pelawa Puan Hanani.
Farhan angguk. “Han nak ambil wudu’ kejap.”
Baru saja dia bangun, mesin ditepi meja katil berbunyi. Puan Hanani menoleh lalu berdiri.
Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang.
“Tittttttttttttt.....
tittttttttttttttttt....”
Mata Farhan memaku pada mesin jangka hayat
itu. Nombornya bertukar-tukar. Malah titik garis itu juga berubah menjadi
senada. Tiba-tiba dada pesakit berombak laju. Puan Hanani meletakkan yassin
dikatil. Wajah anaknya dipandang cemas.
“Farhan! Panggil doktor lekas!!”
Farhan terus saja berlari keluar. Bahagian
kaunter dituju. Kebetulan doktor yang merawat Humairah ada disitu.
“Doktor! Pesakit bilik 1A....” dia tidak
mampu untuk menyambung ayatnya. Akibat panik, dia tidak dapat menyusun ayat.
“Nurse!”
Doktor itu memahami lantas memanggil
jururawat di situ. Mereka berlari masuk ke bilik 1A. Waktu itu juga kelibat
Puan Husna yang sedang berjalan dari blok surau kelihatan. Puan Hanani segera
memanggil.
“Kenapa Nani?”
“Maira... tadi mesin tu bunyi..... dada dia
berombak.... doktor dah masuk dalam. Sekarang dia tengah periksa Maira.”
“Allah, janganlah diapa-apakan anakku.”
Puan Husna memanjatkan doa pada Ilahi. Dia belum bersedia untuk menghadapi
hakikat itu. Bahunya dipaut Puan Hanani.
“Sabarlah, Na. Kita berdoa supaya anak kita
selamat dalam lindungan Allah.”
Farhan menghantar mesej pada Tengku Umar.
Dua minit kemudian kelihatan figura papanya bersama abah Humairah. Langkah kian
laju mendekati mereka bertiga.
“Macam mana keadaan Mai?” cemas nada suara
Encik Syakir. Dilihat isterinya berwajah muram.
“Doktor tengah periksa dekat dalam tu.
Tiba-tiba aje dada dia berombak kuat masa Nani baca yassin tadi.” cerita Puan
Hanani.
Encik Syakir meraup muka dengan tangan.
Nafasnya ditarik perlahan. Cemas dia apabila diberitahu Umar bahawa anaknya
dalam keadaan kritikal. Mujur saja dia telah menyudahkan solat.
Pintu bilik terkuak dari dalam. Mata
masing-masing menala ke raut muka doktor tampan itu.
“Macam mana keadaan anak saya, doktor?”
Puan Husna meluru bertanya.
Doktor itu menunduk sebelum mengangkat
muka. “Saya harap puan dan yang lain bersabar dan diharap kuat untuk menghadapi
apa yang berlaku selepas ini.”
Encik Syakir terpempan. “Apa maksud
doktor?” jantungnya berdegup kencang.
Doktor bertag nama Zulfikar itu seakan
sukar untuk menjelaskan. “Kami minta maaf.....”
Sebulan
kemudian...
LOCENG sekolah berbunyi menandakan telah
tiba waktu rehat. Masing-masing melonjak gembira kerana perut sedari tadi
berbunyi. Kriukk sana... kriukk sini... hailah! Tak menyempat betul.
Wana pandang sepi kerusi kosong
disebelahnya. Setelah sebulan dia menyambung pelajarannya di sekolah, kerusi
itu sentiasa kosong tidak bertuan. Setiap hari dia akan membersihkan tempat
belajar Humairah walaupun tiada sekuman debu hama. Tiada siapa dibenarkan duduk
di kerusi itu. Hormati roh Humairah! Dan dia akan berpuas hati jikalau rutian
hariannya itu berjalan lancar. Seakan wujudnya Humairah di situ seperti biasa
menemani harinya yang sunyi. Rasa rindu menggebu di dada.
“Wana, apa yang kau menungkan lagi tu?”
tegur D.
“Mai...”
“Wana, benda tu dah berlalu, kan. Tak
usahlah kau ingat-ingat lagi.” Pujuk D.
Wana mengeluh. “Susah aku nak lupakan, D.
Peristiwa tu berlaku terlalu cepat untuk aku. Aku sayang dia... aku rindu
dia...” luah Wana perlahan. Sebak bertandang dihati.
D menggosok perlahan bahu Wana. “Sudahlah.
Yang penting sekarang kita kena bersyukur dan teruskan hidup. Kalau Mai dengar,
mesti dia marah. Dahlah. Jom pergi makan? Kawan-kawan dah tunggu dekat kantin.”
Ajak D ingin menceriakan hidup Wana yang suram akhir-akhir ini.
Wana mengangguk malas. Dia bangun lalu
berjalan menuju ke suis kipas. Tap! Kipas dimatikan. Langkah dihala ke kantin.
Aisyah dan Iman melambaikan tangan. D membalas.
“Weh, lamanya korang! Tak lapar ke? Aku ni
dah setengah pinggan habis tau!” ujar Iman. Raut wajah D dan Wana dipandang
bersilih ganti.
“Takkan kau tak tahu Kak Wana kita ni macam
mana.” Balas D seraya mengenyit mata.
Aisyah merenung Wana yang muram. “Wana,
benda tu kan dah berlalu. Jangan dikenang lagi.” Lembut suaranya menutur.
Tangannya menyentuh tangan gadis itu.
Wana tongkat dagu. “Aku still tak boleh
lupa, Syah. Kau ingat senang ke? Ni soal hidup mati tau! Bukan macam main game
menang kalah. Ni soal nyawa.”
Tiga gadis terdiam. Masing-masing hanya
mampu mengeluh. Wana kalau sudah bercakap, mereka yang lain hanya mampu terdiam
membisu. Sudahnya, makanan dalam pinggan dihabiskan.
Kelihatan figura Aizat dicelah-celah lautan
manusia di lorong kantin bahagian lelaki. Segera Wana memekik. Iman yang sedang
minum terus tersedak. Aduhh.. pedih hidungnya! Wana dijeling geram.
“Zat, sini kejap!”
Aizat menoleh mencari gerangan yang
memanggil nama sedapnya. Lambaian Wana dipandang. Dia mengisyaratkan sekejap.
Selepas membayar, dia segera ke meja gadis itu.
“Haa ada apa?”
“Dah habis ke jaga?”
“Belum. Kejap lagi sambung balik lepas
habis rehat. Kenapa?” soal Aizat sambil menyedut air milo aisnya.
“Dia macam mana?”
“Dia okey. Aku tengok bersungguh dia jawab
paper Sejarah tadi. Suruh rehat sekejap tamau. Dia cuma rehat time makan ubat
je. Lepas tu dia continued paper.” Jelas Aizat lagi. Teringat akan pelajar itu
membuatkan hatinya dipagut pilu. Bersungguh dia hendak menghabiskan exam walhal
guru-guru kata tidak usah pun. Dia tetap nak juga! Katanya dia nak jawab periksa macam kengkawan dia yang lain. Jiwa kental betul!
Lega hati Wana mendengarnya. Kesian dia. Kalau
tidak kerana peristiwa hitam itu, pasti dia sudah menghabiskan exam dan
sekarang bersedia untuk hadapi trial pulak.
“Kau janganlah risau. Aku, Hakim dengan bebudak ni akan pantau dia. Okeylah aku gerak dulu. Byeeee....” Aizat tersengih
lalu berpaling. Sempat dia melambaikan tangan namun dibalas dengan tumbukan
Wana. Wana tetap garang! Berubah terus
perwatakan Wana. Makin bertambah ganas!
“Dah. Habiskan makan cepat. Waktu nak habis
ni.” Tegur Aisyah setelah melihat rakan-rakannya termenung. Iman dan D
cepat-cepat suap makan dalam mulut. Wana sambung termenung. Tergeleng kepala
Aisyah.
“KELAS! Cikgu Badri suruh pergi
perpustakaan. Bawa buku nilam sekali.”
Mereka beratur seperti gerabak keretapi
lalu berjalan lenggang kangkung mak limah menuju ke perpustakaan. Kasut disusun
di rak kemudian beratur sekali lagi untuk menulis nama di buku pelajar.
“Awak semua boleh baca buku. Penuhkan dalam
buku nilam. Lepas tu hantar pada saya. Nanti saya hantar pada Cikgu Namisah. Jangan
bising!” tegas Cikgu Badri.
Pelajar 5 Al-Raudhah pun mulalah
bersepah-sepah dekat dalam library. Kebetulan pula terjumpa dengan segelintir bebudak
kelas 5 Al-Bukhari di meja paling belakang. Bebudak aspura pun apa lagi. Mulalah
‘berkampong’ di situ. Iman dan D tidak terkecuali.
“Han mana?” tanya Putera pada Aizat yang
sedang membelek fail yang bertimbun depan mata.
“Dekat dalam. Sekarang turn dia pulak. Turn
aku dah habis.” Jawabnya selamba.
“Dia okey jawab periksa?” soal Khairul
pula. Jari ligat memutar pen. Tajuk hari ini berkaitan dia!
“Okey cuma tadi kelam kabut sikit la. Dia kata
tempat luka tu berdenyut dan mencucuk-cucuk.”
“Then?” Giliran Syafiq menyampuk.
“Takkan kau tak tahu? Cemas la mamat sorang
tu.” Ketawa kecil terbit antara mereka. Farhan
sayangkan Mai!
Sedang mereka bergelak ketawa, pintu kaca
tinted dibelakang mereka dibuka seseorang. Terpacul wajah yang dicari selama
ini.
“Mai!!!!”
Terjerit mereka semua melihat aku. Aku? Terkedu
sekejap. Terkebil-kebil bijik mata. Kena sampuk ke apa kengkawan aku ni?
“Shhhhhhh!!” Cikgu Badri buat tanda senyap.
Masing-masing spontan tutup mulut.
Wana terus berlari ke arahku. Tanganku dicapai
lalu digenggam erat. “Dah habis ke Mai?”
Aku angguk. Nak jawab tekak rasa perit pulak.
Sudahlah tadi dikerah makan ubat dengan naga jadian tu! Fed-up betul! Mengganggu
konsentrasi aku nak jawab periksa je! Dah tu, dia duduk betul-betul depan aku. Hilang segala jawapan yang dikarang dalam otak.
“Mai, sinilah.” Putera mengosongkan kerusi
disebelahnya. Aku berjalan perlahan-lahan ke kerusi tersebut. Kotak pensil
diletak atas meja. Wana tarik kerusi di meja sebelah lalu diletakkan di
sebelahku.
“Mai, tadi Zat kata perut kau mencucuk
lagi. Teruk ke?” Syafiq sekadar bertanya. Sudah lama dia tidak berbual dengan
gadis comel itu. Rindu sesangat weh!
“Adalah sikit. Tapi aku okey je. Orang lain
pulak yang lebih-lebih.” Balasku sebal. Mata kujeling pada Farhan yang
kebetulan muncul di muka pintu tinted itu. Farhan merenungku tajam. Wah! Lama tak
tengok muka bengis dia tu.
“Tu tandanya Farhan sayangkan kau.” Sengaja
ditekan perkataan ‘sayang’.
"Betul! Betul! Betul!" Iman menyakat. D tersengih nakal. Aisyah tersenyum kecil.
Aku merenung Putera dan Iman dengan pandangan maha tajam. Kalau aku telan
budak dua ekoq ni sekarang jangan tanya kenapa la kan! “Please la! Geli tekak aku tau tak?!” bidasku
tidak mahu mengalah walhal hati tercuit dengan kata-kata Khairul.
Serentak mereka ketawa terbahak-bahak namun
ketawa itu terbantut bila figura Cikgu Badri muncul di sisi Syafiq. Semua telan liur.
“Saya suruh buat apa tadi?”
Ouh! Ouh! Petanda
tak baik. Tengok muka garang Cikgu Badri sudah kutahu apa yang akan berlaku selepas ini. Mesti kena denda punya. Aku? Semestinya akan
dikecualikan. Alasan sakit. Takkan Cikgu Badri nak denda jugak, kan? Muehehe...
p/s : sorry ea klu entry yg ni tak best... miss ngantuk sgt nie... fening2 lalat kepala nie haa... layan adik2 comel > fana, izzaty, hak memasukkan entry hak miss! ekekeke.... gurau je k :p fana jgn lpe add fb izzaty! ekeke... :p
p/s : okey mai x mati... die cume koma je... yg dkt kubur tuu cume mimpi mai dlm koma... tu yg dada dia berombak tiba2... hehehe
p/s : next entry tggu bulan depan... muehehe
buat suspen jelah miss ni...
ReplyDeletehehehe
Deleteish miss ni.. terkejut taw. ingat mai dah meninggal.
ReplyDeletealalala cian ain... trkejut ea? hehehe nnt miss wat lg suspen...
DeleteBikin saspen betol....jantung dh dupdap2 je bace n3...huhu
ReplyDeletehehehe nnt akan ade n3 yg lg 'dupdap2'! :D
Deleteya allah . menakutkan je lah miss ni . saje bagi org saspen . air mata da bercucuran da tadi . huhu :)
ReplyDeleteFuh! Td. Nanges ingtkn mai mati.... kesian han.. miss nnti ade x n3 psl kai gan han kawen.. hehe sje tanye.. miss buat suspend lgi tau..
ReplyDeleteSaya punyalah menangis ingat mai dah mati tadi
ReplyDeletedh bnyak kali baca pon still lg kalau baca bab ni air mata still lg mngalir😅😂🤭 over betul🤣🤣🤣
ReplyDeleteeven saya dah baca cerita ni berpuluh kali dari tahun 2017 ke 2018 tah TAPI PART MAI MATI TU AKU NANGIS LELEH LELEH WEH
ReplyDeleteX habistu yg 'menghadap Ilahi' semua tu ap, aduhh saya konfiuss skrang ni 😭✨😂
ReplyDeleteAISH DC PRANK KOTT AHAHAHAHAHHA
Deleteya allah bazir air mata aku 😭
ReplyDeleteItu lah nasib tak buta lagi.
Delete1st nyah nangis sebab baca novel :) , last ii , mai idup lagi 🥰
ReplyDeletePenat mengelap air mata yg Tak henti2 nih..sampai pening kepala dibuatnya😩✋
ReplyDeleteHok alohh suspen bebenau 🤣
ReplyDeleteSuka baca, nampak betapa sayangnya Farhan kat Mai.. so sweet.. 😆❤️
ReplyDeleteAllahuakbar plot twist author 😭 kenot brain laa 💔
ReplyDeletebagi balik air mata aku huwaaa
ReplyDeletePulang balik air mata akuuu hmmmm😭
ReplyDeletenasib tak nanes 😔
ReplyDeleteAq jes nk tau je ape yg dr tu bagitau Weii:∆
ReplyDelete