BAB 46
“FARHAN!” Aku pantas
berlari ke arahnya lalu menolak tubuh itu ke tepi dengan kasar. Satu pergerakan
yang sangat pantas menembus masuk hingga terasa nyilu di setiap pembuluh darah.
“Arkkk!”
Dua hamba Allah terdiam.
Masing-masing seakan tidak percaya apa yang sedang terjadi. Apit Kochai berdiri
tanpa suara dari jauh. Dia meramas kepala dengan kasar. Pandangan tidak percaya
akan apa yang berlaku. Farhan melopong besar. Darah yang memancut keluar dari
tubuh Humairah mematikan bicaranya. Serta merta tubuhnya mengeras.
“Allah...” Kaki yang
lemah tidak berdaya untuk aku pertahankan lagi sementelah kesakitan itu terlalu
sukar untuk aku ceritakan. Perlahan-lahan tubuhku melorot jatuh ke tanah dengan
rasa sakit yang mencengkam dan menjalar. Bagai racun berbisa yang disuntik ke tubuh.
“Mai!!!” jerit Farhan
kuat. Dia bingkas bangun ke arahku yang sedang terlentang di atas tanah dengan
berlumuran darah. Farhan mencabut dengan laju parang yang menembus masuk ke
perut tunangnya sekuat hati lalu dicampak parang itu ke sebelah! Farhan
memangku kepala Humairah di ribanya. Pipi gadis itu di tepuk berkali-kali.
Jantungnya berdegup kencang. Nafasnya tidak teratur. Namun mata Humairah tetap
pejam. Dahi tunangnya berkerut-kerut menahan sakit yang hanya dia dan Allah
Azza Wajalla yang mengetahui.
“Allah...”
“Mengucap Mai...” rintih
Farhan. Dan tanpa diduga air mata lelakinya menitis lalu jatuh ke wajah
Humairah satu per satu. Ingin saja dia memekik selantangnya agar didengari
mereka di sekitar hutan ini datang memberikan pertolongan. Pipi Humairah yang
memerah dek darah yang terpancut keluar dari perutnya itu dipandang dengan mata
berkaca. Pipi putih bersih itu ditepuk berkali-kali.
“Bangun, Mai... jangan
buat aku macam ni... Mai!” tiada apa dapat menggambarkan perasaannya tika ini. Dia
tidak menyangka Humairah akan menolak tubuhnya. Sangkanya, Humairah berlari ke
arahnya kerana ingin memeluk tubuhnya. Namun apa yang dilihat begitu perit
sekali untuk dia hadapi.
Terasa seluruh wajahku
basah dek air mata Farhan yang menitis. Bau darah semakin menyengat di hidung.
Mungkin ini kali terakhir aku melihat dia... kali terakhir mendengar suaranya...
kali terakhir melihat dia menangis.... hanya kerana aku.... nafas ditarik
perlahan. Perut yang sakit semakin terasa bisanya. Darah yang keluar tidak aku
hiraukan lagi. Mata tegak ke atas.
Ya Allah, andai ini
adalah cara kematianku, aku redha ya Allah... andai masaku telah sampai, aku
mohon kau ampunkan segala dosa-dosa yang telah aku lakukan selama mana hidup
aku di muka bumiMU. Mutiara jernih mengalir perlahan dihujung mata. Saat itu
begitu jelas terpampang wajah seluruh ahli keluargaku. Mama, ampunkan Mai. Ampunkan Mai, abah. Semoga
kita berjumpa di syurga Allah yang indah walaupun Mai tahu Mai takkan mampu
untuk masuk ke syurga itu malahan Mai amat takut untuk masuk neraka Allah.
Redhakan pemergian Mai... Bibirku yang terbuka sedikit membuatkan Farhan segera
menggoncang tubuhku sekuat tenaganya. Seakan dapat merasakan sesuatu. Kelakuan Humairah
yang seakan mahu terpejam itu membuatkan dirinya ketakutan!
“Mengucap Mai! Mengucap!”
Asyhaduallailahaillallah
wa asyhaduannamuhammadarrasulullah... sebuah taman cukup cantik bersama sebuah
mahligai emas yang begitu indah terpampang jelas di mata. Aku ternampak wajah
tok wan dan mak su tersenyum riang di taman mempesonakan itu. Lambaian mereka
menggamit rasa rindu yang begitu menggebu di hati. Fiya datang tok wan... Fiya
datang mak su... Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Mata
terkatup rapat. Nadi terhenti. Tiada lagi gerakan tubuh. Hanya tinggal jasad di
muka bumi...
“Humairahhhhh!!!!!”
Farhan meraung sekuat hati.
Dan pada ketika itu,
Apit Kochai terduduk lemah. Dia telah melakukan kesalahan kedua...
LANGIT mendung sedari
awal subuh. Seperti mengetahui akan berlaku sesuatu dan dapat membaca isi hati
manusia yang mendung dengan pemergian seorang hamba Allah yang dikasihi. Bacaan
talkin oleh imam kedengaran sayu ditelinga mereka. Puan Husna merembeskan air
mata kesedihan dan kekecewaan di bahu opah yang turut hiba dengan pemergian
cucunda tersayang. Puan Hanani, ibu kepada Farhan turut sama menangis dengan
pemergian bakal menantunya itu. Tengku Umar memeluk bahu Encik Syakir yang
membisu. Encik Syakir tertunduk lemah disebelah imam. Airmatanya sudah kering
akibat menangis semalaman. Matanya juga bengkak. Batu nisan anak perempuannya
disentuh sebelum menunduk sayu. Tidak dapat digambarkan perasaan peritnya
kehilangan seorang anak. Yana mengaminkan doa imam sambil mengesat lelehan air
mata dan hingus. Dia seakan tidak percaya tetapi itulah yang dijanjikan Allah
untuk setiap hambaNYA. Achik tersenggut-senggut menahan tangisan sejak
dihospital tadi. Ciuman di pipi Humairah masih terasa kelembutannya di bibir
manis achik. Wajah kakaknya juga disentuh buat julung kalinya sementelah mereka
asyik bergaduh. Kak Maira sungguh cantik. Yana menggosok perlahan belakang
tubuhnya. Achik merebahkan kepala ke bahu kakaknya sambil menahan esakan.
Saudara Humairah juga
kelihatan dalam acara pengkebumian itu. Masing-masing hanya memandang dan
mengaminkan doa imam. Tidak terkecuali kawan-kawan dan guru-guru gadis itu.
Sesampai saja Wana di tanah perkuburan itu, kakinya terasa lembik tidak bermaya
untuk bertahan sementelah melihat Humairah telah disemadikan di ‘rumah’ yang
hakiki. Dia terpaksa dipapah D, Aisyah dan Iman. Kenangan terindah yang
terjalin antara mereka kukuh diingatan Wana. Hamburan airmata membasahi tanah
perkuburan itu. Geng aspura turut sama berada di situ bagi menyaksikan ‘rumah
baru’ untuk rakan tersayang, Humairah. Memerah mata mereka dek menangis.
Izuan menahan getar dan
sebak dalam jiwa tatkala melihat Humairah buat kali yang terakhir. Terasa
sekejap saja masa berlalu. Persahabatan yang lama terjalin sejak kecil antara
mereka masih dirasakan terlalu awal bagi Izuan. Humairah sudah menghadap Ilahi.
Dia tidak akan lupa bagaimana dia ketemu dengan pasangan itu bersama penjenayah
yang dikehendaki. Dia terlambat tiba di lokasi itu. Kesal dia tidak berpenghujung! Kelu lidah dia seketika. Peristiwa ngeri dan pasti akan menjadi titik
hitam buat lelaki bernama Farhan,
Masing-masing menumpu ke
arah Farhan yang diam tidak berkutik. Selepas saja mengkafankan jenazah, Farhan
bersiap sedia untuk solat jenazah. Dan paling tidak disangka, dia menitiskan
air mata sesudah selesai solat. Sesekali kelihatan dia menggenggam erat
jemarinya hingga timbul urat-urat. Siapa yang tahu hatinya teramatlah duka
dengan pemergian tunang yang baru disayangi hatinya itu. Darah yang mengalir
ditubuh Humairah adalah saksi untuk segala-galanya. Sudah takdir Tuhan, dia
kehilangan Humairah buat selama-lamanya. Dendam pada lelaki bernama Apit Kochai
tidak akan pernah padam! Selagi hayatnya masih ada, dia akan terus membenci
lelaki itu! Lelaki yang sudah meruntuhkan kebahagiaan dirinya! Lelaki yang
telah membunuh Humairah!
Para hadirin sudah
beransur pulang. Yang tinggal hanyalah ahli keluarga terdekat. Puan Husna
menyiram air mawar bersama taburan bunga rampai untuk kesekian kalinya. Hampir
saja dia terjelepok kerana tidak dapat menyedari hakikat anaknya tiada.
“Mai! Jangan tinggalkan
mama! Jangan tinggalkan mama, nak....” raung Puan Husna tidak tertanggung lagi.
Bergelen-gelen air matanya keluar bagai empangan pecah. Puan Hanani dan Encik
Syakir memujuk Puan Husna agar bertenang. Sesudah itu mereka membawanya pulang.
Yana sempat berpaling ke belakang, “Selamat tinggal, kakak. Bersemadilah kakak
dengan aman. Yana sentiasa akan ingat pesan kakak. Yana pergi dulu... esok Yana
datang lagi jumpa kakak. Yana sayang kakak....” rintihnya seorang diri. Dia
berjalan pulang ke kereta bersama deraian air mata yang tiada henti.
Izuan bangun lalu
menyarung selipar. Dia kemudian menepuk bahu Farhan yang sedari tadi duduk di
atas tikar mengkuang itu. “Dahlah, Han. Jom kita balik. Langit dah makin gelap.
Esok kita datang melawat Mai lagi.” Ujarnya tenang.
“Kau baliklah dulu
dengan yang lain. Aku nak duduk sini.” Balas Farhan perlahan. Buku Yassin
ditangannya dibuka. Setelah membaca basmalah, kedengaran suara merdunya membaca
ayat-ayat suci itu. Serentak itu juga, hujan turun renyai-renyai. Seperti turut
hiba dan bersedih dengan pemergian Humairah. Tanpa disedari, air mata lelakinya
gugur satu per satu di pipi.
RUMAH itu sepi, se-sepi
hati penghuninya. Kamar Humairah dituju. Tombol pintu dipulas. Suasana hening. Bau
anaknya itu masih lagi semerbak di dalam bilik. Begitu kemas dan teratur
seperti dua minggu sebelum. Mama tersandar lemah di pintu. Terbayang wajah
ceria dan nakal mengena Humairah jika dia memasuki bilik ini. Ada saja
kelakuannya yang mencuit hati. Aksi anaknya sedang termenung, ketawa sambil
baca komik, dan terngiang-ngiang juga
suara Humairah di telinga.
“Mama, Mai nak bilik colour purple tau!”
perbualannya dengan Humairah suatu ketika dahulu.
Mama tersenyum. “Kenapa tak nak warna pink?”
saja dia mengusik.
Humairah memuncung. “Eee tak sukalah! Geli! Macam
perempuan! Mai nak warna purple jugak! Pink kasi dekat Yana. Dia memang suka
warna tu kan? Kalau Mai... sorry!” bidasnya lancar menerbitkan tawa halus Puan
Husna.
Humairah memuncung lagi. Kepalanya diusap
perlahan oleh tangan seorang ibu. “Habis tu Mai bukan perempuan ke?”
“Mestilah Mai perempuan. Tapi tidak pada warna
geli tu! Katakan tidak pada pink!”
Air mata membasahi
pipinya buat kali ke berapa entah. Dia sendiri sudah tidak larat mahu mengira. Biarlah
kalau dia hendak menangis sehingga buta sekalipun. Sudah tiada erti lagi
baginya sesudah kehilangan Nur Saffiya Humairah. Bingkai gambar anaknya
dipandang dengan mata berkaca. ‘Mama rindu sayang....’
p/s : ini dia entry utk bab 46... miss tak reti buat cite sedih dan seram... so lyn je la eh.. *tutup mata dengan lima jari*
Erkkk...mai mati ke??..alaaaa... :'(
ReplyDeletetamatlah riwayat hidup mai... hehehe jgn sedih okey Cik Sarina... tggu episod strusnya... ;)
Deleteke ke ke kemspe?????? huawrgh sedihnye......air mate xbrhnti dh nie....smpai hati..katekan ini semua mimpi TT.TT
ReplyDeletealaaaa jgn nangis ...
Deleteala mairah dah mati...tak syok ler..tak buat ke macam mairah ni mimpi2 ker,mengigau ke???baru macam boleh nafas lagi nk bace...hehehe...cadangan je...
ReplyDeleteaik? slme ni tak bernafas ke bile baca? haha nk tau ni betul ke tak, tggu next episod ea :)
DeleteMai mati ke?x best la canni...hmmmmmmmmm
ReplyDeletetlg la kate ni mimpi semate mate....
ReplyDeletetak ini semua tipu!!! mai tak boleh mati!!! dia kene kahwin dengan farhan!!! mai tak mungkin mati
ReplyDelete7 kali baca, 7 kali jugak nangis😭😭
ReplyDeleteSamaaaaaa nangis teruk setiap kali ulanggg baca walaupun dh tahu jalan cerita dia aaaaa
DeleteAku yang datang dari wattpad ehehehe
ReplyDeletesama hehe
DeleteSama HAHAHAHAHAH
DeleteTak jemu baca citer ni 😢rindu mai ngn farhan ,hope sangat admin sambung menulis balek
ReplyDeletet-tak ni semua t-tipu kann , takkan la heroin m-matii .
ReplyDeleteWyhhh aq nangisssssss
ReplyDeleteNangis teruk 😭😭
ReplyDeleteRamainya yang datang daru masa depan...
ReplyDeleteSaya dari masa depan😂
ReplyDeleteSaya pon dari masa depan😂😂 hai🤣
ReplyDeleteRamainye Dari masa depan
Deleteplease air mata ni murah sangat hahshshahha letih bye nananges
ReplyDeleteDARI SENYUM :) , TROS SEDIH "),
ReplyDeleteALLAHU 😭😭
Walaupun ni kali kedua baca, tetap nangis 😭
ReplyDeleteKatakan tidak kepada kematian Mai dlm citer ni.. 😭😭😭
ReplyDeleteNi prank ni😆😆😭😭
ReplyDeletemmg pon😭
DeleteBerulang kali baca novel ni best nak mampus
ReplyDeleteYa Allah, air mata x renti jatuh ni 😭 sian nye dekat Farhan ya Allah 😭😭😭😭😭💔
ReplyDeletemaiiiii huwaaaaaa aku dah nangis mcm org gilaa dah niii
ReplyDeleteMai mati ke😭
ReplyDeletemaiii!!!!😭😭😭😭
ReplyDeletemaiii!!!!😭😭😭😭
ReplyDeleteMata saya bengkak nak gi sekolah esok ni kak astaghfirullah 😭
ReplyDelete