Teaser
46 (ii)
LANGIT
mendung sedari awal subuh. Seperti mengetahui akan berlaku sesuatu dan dapat
membaca isi hati manusia yang mendung dengan pemergian seorang hamba Allah. Bacaan
talkin oleh imam kedengaran sayu ditelinga mereka. Puan Husna merembeskan air
mata kesedihan dan kekecewaan di bahu opah yang turut hiba dengan pemergian
cucunda tersayang. Encik Syakir tertunduk bisu disebelah imam. Airmatanya sudah
kering akibat menangis semalaman. Matanya juga bengkak. Batu nisan anak
perempuannya disentuh sebelum menunduk sayu. Tidak dapat digambarkan perasaan
peritnya kehilangan seorang anak. Yana mengaminkan doa imam sambil mengesat
lelehan air mata dan hingus. Achik tersenggut-senggut menahan tangisan sejak
dihospital tadi. Ciuman di pipi Humairah masih terasa kelembutannya di bibir
manis achik. Yana menggosok perlahan belakang tubuhnya. Achik merebahkan kepala
ke bahu kakaknya sambil menahan esak.
Saudara
Humairah juga kelihatan dalam acara pengkebumian itu. masing-masing hanya
memandang dan mengaminkan doa imam. Tidak terkecuali kawan-kawan dan guru-guru
gadis itu. Sesampai saja Wana di tanah perkuburan itu, kakinya terasa lembik
tidak bermaya untuk bertahan sementelah melihat Humairah telah disemadikan di ‘rumah’
yang hakiki. Dia terpaksa dipapah D, Aisyah dan Iman. Kenangan terindah yang
terjalin antara mereka kukuh diingatan Wana. Hamburan airmata membasahi tanah
perkuburan itu. Geng aspura turut sama berada di situ bagi menyaksikan ‘rumah
baru’ untuk rakan tersayang, Humairah.
Izuan
menahan getar dan sebak dalam jiwa tatkala melihat Humairah buat kali yang
terakhir. Terasa sekejap saja masa berlalu. Persahabatan yang lama terjalin
sejak kecil antara mereka masih dirasakan terlalu awal bagi Izuan. Humairah
sudah menghadap Ilahi. Masing-masing menumpu ke arah Farhan yang diam tidak
berkutik. Sesekali kelihatan dia menggenggam erat jemarinya hingga timbul
urat-urat. Siapa yang tahu hatinya teramatlah duka dengan pemergian tunang yang
baru disayangi hatinya itu. darah yang mengalir ditubuh Humairah adalah saksi
untuk segala-galanya. Sudah takdir Tuhan, dia kehilangan Humairah buat
selama-lamanya. Dendam pada lelaki bernama Apit Kochai tidak akan pernah padam! Selagi hayatnya masih ada, dia
akan terus membenci lelaki itu! Lelaki yang sudah meruntuhkan kebahagiaan
dirinya!
Para
hadirin sudah beransur pulang. Yang tinggal hanyalah ahli keluarga terdekat. Puan
Husna menyiram air mawar bersama taburan bunga rampai untuk kesekian kalinya. Hampir
saja dia terjelepok kerana tidak dapat menyedari hakikat anaknya tiada.
“Mai!
Jangan tinggalkan mama! Jangan tinggalkan mama, nak....” raung Puan Husna tidak
tertanggung lagi. Bergelen-gelen air matanya keluar bagai empangan pecah. Puan
Hanani dan Encik Syakir memujuk Puan Husna agar bertenang. Sesudah itu mereka
membawanya pulang. Yana sempat berpaling ke belakang, “Selamat tinggal, kakak. Bersemadilah
kakak dengan aman. Yana sentiasa akan ingat pesan kakak. Yana pergi dulu... esok
Yana datang lagi jumpa kakak. Yana sayang kakak....” rintihnya seorang diri. Dia
berjalan pulang ke kereta bersama deraian air mata.
Izuan
bangun lalu menyarung selipar. Dia kemudian menepuk bahu Farhan yang sedari tadi duduk di atas tikar
mengkuang itu. “Dahlah, Han. Jom kita balik. Langit dah makin gelap. Esok kita
datang melawat Mai lagi.” Ujarnya tenang.
“Kau
baliklah dulu dengan yang lain. Aku nak duduk sini.” Balas Farhan perlahan. Buku
Yassin ditangannya dibuka. Setelah membaca basmalah, kedengaran suara merdunya
membaca ayat-ayat suci itu. Serentak itu juga, hujan turun renyai-renyai. Seperti
turut hiba dan bersedih dengan pemergian Humairah. Tanpa disedari, air mata
lelakinya jatuh satu per satu di pipi.
p/s : nak full sila tunggu ya... hee :)
Oh!!!tolong jngan mati..!!harap ni mimpi farhan je!!!~sob~sob~
ReplyDelete