Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Saturday, 14 September 2013

Teaser kpvst 6

Teaser 46 (ii)


LANGIT mendung sedari awal subuh. Seperti mengetahui akan berlaku sesuatu dan dapat membaca isi hati manusia yang mendung dengan pemergian seorang hamba Allah. Bacaan talkin oleh imam kedengaran sayu ditelinga mereka. Puan Husna merembeskan air mata kesedihan dan kekecewaan di bahu opah yang turut hiba dengan pemergian cucunda tersayang. Encik Syakir tertunduk bisu disebelah imam. Airmatanya sudah kering akibat menangis semalaman. Matanya juga bengkak. Batu nisan anak perempuannya disentuh sebelum menunduk sayu. Tidak dapat digambarkan perasaan peritnya kehilangan seorang anak. Yana mengaminkan doa imam sambil mengesat lelehan air mata dan hingus. Achik tersenggut-senggut menahan tangisan sejak dihospital tadi. Ciuman di pipi Humairah masih terasa kelembutannya di bibir manis achik. Yana menggosok perlahan belakang tubuhnya. Achik merebahkan kepala ke bahu kakaknya sambil menahan esak.

Saudara Humairah juga kelihatan dalam acara pengkebumian itu. masing-masing hanya memandang dan mengaminkan doa imam. Tidak terkecuali kawan-kawan dan guru-guru gadis itu. Sesampai saja Wana di tanah perkuburan itu, kakinya terasa lembik tidak bermaya untuk bertahan sementelah melihat Humairah telah disemadikan di ‘rumah’ yang hakiki. Dia terpaksa dipapah D, Aisyah dan Iman. Kenangan terindah yang terjalin antara mereka kukuh diingatan Wana. Hamburan airmata membasahi tanah perkuburan itu. Geng aspura turut sama berada di situ bagi menyaksikan ‘rumah baru’ untuk rakan tersayang, Humairah.

Izuan menahan getar dan sebak dalam jiwa tatkala melihat Humairah buat kali yang terakhir. Terasa sekejap saja masa berlalu. Persahabatan yang lama terjalin sejak kecil antara mereka masih dirasakan terlalu awal bagi Izuan. Humairah sudah menghadap Ilahi. Masing-masing menumpu ke arah Farhan yang diam tidak berkutik. Sesekali kelihatan dia menggenggam erat jemarinya hingga timbul urat-urat. Siapa yang tahu hatinya teramatlah duka dengan pemergian tunang yang baru disayangi hatinya itu. darah yang mengalir ditubuh Humairah adalah saksi untuk segala-galanya. Sudah takdir Tuhan, dia kehilangan Humairah buat selama-lamanya. Dendam pada lelaki bernama Apit Kochai tidak akan pernah padam! Selagi hayatnya masih ada, dia akan terus membenci lelaki itu! Lelaki yang sudah meruntuhkan kebahagiaan dirinya!

Para hadirin sudah beransur pulang. Yang tinggal hanyalah ahli keluarga terdekat. Puan Husna menyiram air mawar bersama taburan bunga rampai untuk kesekian kalinya. Hampir saja dia terjelepok kerana tidak dapat menyedari hakikat anaknya tiada.

“Mai! Jangan tinggalkan mama! Jangan tinggalkan mama, nak....” raung Puan Husna tidak tertanggung lagi. Bergelen-gelen air matanya keluar bagai empangan pecah. Puan Hanani dan Encik Syakir memujuk Puan Husna agar bertenang. Sesudah itu mereka membawanya pulang. Yana sempat berpaling ke belakang, “Selamat tinggal, kakak. Bersemadilah kakak dengan aman. Yana sentiasa akan ingat pesan kakak. Yana pergi dulu... esok Yana datang lagi jumpa kakak. Yana sayang kakak....” rintihnya seorang diri. Dia berjalan pulang ke kereta bersama deraian air mata.

Izuan bangun lalu menyarung selipar. Dia kemudian menepuk bahu Farhan yang sedari tadi duduk di atas tikar mengkuang itu. “Dahlah, Han. Jom kita balik. Langit dah makin gelap. Esok kita datang melawat Mai lagi.” Ujarnya tenang.


“Kau baliklah dulu dengan yang lain. Aku nak duduk sini.” Balas Farhan perlahan. Buku Yassin ditangannya dibuka. Setelah membaca basmalah, kedengaran suara merdunya membaca ayat-ayat suci itu. Serentak itu juga, hujan turun renyai-renyai. Seperti turut hiba dan bersedih dengan pemergian Humairah. Tanpa disedari, air mata lelakinya jatuh satu per satu di pipi.


p/s : nak full sila tunggu ya... hee :)

1 comment:

  1. Oh!!!tolong jngan mati..!!harap ni mimpi farhan je!!!~sob~sob~

    ReplyDelete