BAB28
PENAT photoshoot
dari petang sampai ke malam. Mujur sempat solat maghrib dan isyak tadi. Kata
mama biar penat sekaliharung. Lepas tu rehat puas-puas. Sekarang hanya bantal
yang menanti. Tapi bila difikir sejenak, serta merta mata segar kembali. Makkk!
Malam ni tidur rumah belah lelaki. Habislah! Mana nak lari?!?!
“Mai ikut Farhan balik kan malam ni?” tanya mama
sejurus selesai segalanya. Ruang lobi masih sudah seperti keadaan biasa. Tiada
lagi hiasan perkahwinan. Semuanya sudah ditanggalkan petang tadi oleh pekerja
hotel. Aku pandang mama. Minta belas kasihan.
“Jangan nak mengada!” gertak mama. Dia faham
renungan mata itu. Nak elak la tu!
“Maaaaa..” rayuku.
“Mai isteri Amirul. Ingat. Tempat isteri di sisi
suami.” Aku cemberut. Uhuk uhuk. Mai nak ketiak mama. Aci tak?
“Mirul balik dulu, mama.” Muncul Farhan seperti
tahu-tahu saja kami berbual tentang dia. Farhan kelihatan segak dengan t-shirt oren
dan seluar jeans biru gelap. Dengan inai di jarinya menampakkan lagi ketampanan
yang susah nak ditulis. Imejnya sangat awesome!
Simple but perfect. Dia tunduk
menyalami tangan ibu mertua sebelum pulang ke kediaman.
“Mai, ingat pesan mama.” Bisik mama ke telingaku
saat kami berdakapan erat. Aku angguk malas. Mai nak ketiak mama! Boleh tak aku
nak jerit??!?!
Kami beriringan ke Myvi bersama dua buah bagasi.
Satu milikku dan satu lagi milik suamiku. Lambaian tangan pada mama menjadi
sebak apabila kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan hotel. Mutiara
jernih dikesat guna jemari berinai.
“Cengeng,” ejek Farhan.
“Biarlah. Mama orang.” Desisku perlahan. Sedu
kutahan.
“Mama awak, mama abang juga tau.” Tekan Farhan.
Aku merajuk tiga minit sama dia. Hmph! Farhan
sedar aku tarik muka bila dia ejek aku cengeng tapi dia buat tak nampak aje.
Sampai hati abang. Uhuuuuu…
“Dah la tu. Esok kan boleh jumpa lagi.” Pujuk
Farhan bila isterinya asyik mengesat airmata yang mengalir di pipi. Sedih
sangat.
“Orang rindu mama.” Lirihku sayu.
“Tak rindu abang?” Aku menjelingnya sekilas. Erk?
Cemburu ke?
“Jeles ke?”
“Of course!”
Tenang dia memandu kenderaan pada waktu malam. Spontan aku tergelak kecil.
Farhan kalih pandang lalu menguntum senyum manis.
“Kan comel kalau senyum gelak camtu.” Puji sang
suami membuatkan pipi bertukar tona. Jemari Farhan didekatkan ke pipiku yang
sejuk lalu digesel perlahan. Aku terkelu lidah. Kaku tidak bergerak akibat
terkejut dengan kelakuan tiba-tiba sang suami.
“Abang dah lama impikan saat macam ni,” Hati
dingin ais. “Kalau dulu abang selalu terbabas sebab tak dapat tahan nafsu. Iman
abang tak kukuh walaupun duduk jauh dari Mai.” Hati meruntun pilu. Terkenang
perpisahan 2 tahun itu cukup berat untuk aku meninggalkannya lagi.
“Abang… Mai nak tanya boleh?” soalku cuba menutup
keresahan di dada.
“Tanya apa, sayang?” Lembut dia menjawab.
Tertelan liur aku. Mak aih abang… janganlah buat suara seksi macam tu. Luruh
hati isteri abang ni.
“Kita dah kahwin. Err…” Bibir kuketap. Macam mana
nak tanya eh? Idea idea! “Ermm… nanti Mai sambung belajar dekat sini. Abang
dekat sana. Emm… macam mana?” teragak-agak bertanya.
“Macam mana apa?” Aik aku soal dia. dia soal aku
balik.
“Tak la. Abang dekat Aussie. Orang kat sini. Err…
macam mana hubungan kita… errr…” Tak tahu nak cakap apa sebenarnya. Malu
teramat sangat! Pipi dah seperti buah tomato.
Farhan senyum senget. Nak kenakan akulah tu.
Hish! “Kenapa? Takut berpisah dengan abang ke?” usiknya nakal.
Aku pandang tempat lain. “Manade!” bohongku.
“Yeke takde? Jangan sampai mengigau melalak cari
abang dah la.” Giat dia menyakat tak sudah. Aku paling tubuh lalu tenung luar
tingkap. Orang cakap baik-baik, dia usik usik pulak. Tahu tak apa perasaan
seorang isteri bila ditinggalkan suami.
“Lah, tak payah la touching. Abang gurau je. Pasal tu sayang tak usah risau. Abang dah
plan dah semua tu. Tinggal proceed je.” jelasnya bila aku tak
menyahut. Tahu takut aku merajuk!
“Proceed
apa? Maksud abang?” Serius tak paham. Entah apalagilah yang dia rancang tanpa
pengetahuan aku. Misteri benar.
“Nanti sayang tahu la tapi bukan sekarang okay?
Sekarang sayang cuma fokuskan untuk proceed
malam ni aje.” Matanya dikenyitkan nakal membuatkan darah serta merta menyerbu
ke muka. Tertelan liur. Gulp!
“Eeeee gatalnya!” Lengannya yang tak beralas itu
kucubit geram. Haa amek! Merenyam ya! Inilah dia lelaki. Eee geramnyaaa! Menyeringai
kesakitan Farhan. Nasib tak melayang kereta ke lane orang lain. Bisa yang oiii! Mahu sebulan lebam tak hilang.
BILIK TIDUR.
Sungguh la aku gerun tika menjejakkan kaki ke
mahligai mewah ini. Pada saat semua orang sudah masuk tidur, yang menanti
kepulangan kami hanyalah Mama Nani dan Papa Umar saja. Fareez, Aina, Along
Firhad dan Kak Indah sudah terlampau mengantuk. Seharian mereka tolong untuk
melancarkan majlis resepsi. Kasihan juga pada mama dan papa mertuaku. Tidur
lewat semata-mata mahu menyambut ketibaan menantu baru. Antara terharu dan
sedih. Yang mana ea?
“Esok kita buat majlis sambut menantu ya?” Mama
Nani mengusap pipi kananku.
“Majlis lagi? Banyak betul majlis,” Papa Umar
menyakat isterinya. Mama Nani jeling manja.
“Tak apalah mama. Tak payah buat majlis.”
Tolakku. Haih. Banyak benar majlis nak buat. Lepas ni apa pulak? Cukur jambul
cucu? Gulp!
“Maksud mama, kita buat makan-makan esok sebab
nak sambut keluarga baru. Hari ini semua penat kan. Mama faham.” Kami berbalas
senyum. Tak tahu nak bual apa. Rasa kekok tetiba. Orang baru dalam keluarga
yang mewah sungguh janggal apatah lagi mendapat gelaran baru diusia muda. ‘Puan’
Nur Saffiya Humairah, isteri kepada Tuan Tengku Amirul Farhan. Hah amekaw!
Tambahan lagi Farhan duduk di sebelah dengan tangan kiri di depang belakang
kerusi hampir mengena bahu kiriku. Tubuh bagi begitu rapat. Ada yang nak kena
siku perut gamaknya!
Selepas lima belas minit berbual kosong, mama
menyuruh kami beristirahat. Hari juga jauh malam. Nak dekat pukul 12.30 malam!
Gila ah! Mata aku juga dah semakin sepet. Demi hormat pada mertua, kugagahi jua
untuk celik mata.
Farhan mengangkat kedua-dua bagasi lalu mengorak
langkah ke bilik peraduan kami sebagai suami isteri yang sah. Mulanya memang
aku kaku habis. Nak masuk ke tak? Nak atau tak? Jikalau lari, bermoral tak
perangai? Hati berbolak balik di hadapan pintu.
“Kenapa tercegat aje tu? Masuklah.”Tegur Farhan
bilamana aku statik bagai tiang bendera negeri. Tanpa sempat dicerna otak,
terasa tangan ditarik ke kamar ini. Pintu bilik ditutup rapat lalu dikunci.
Gulp! Hati mulai resah.
“Nak jadi tiang letrik?” perlinya. Aku diam tak
menjawab. “Ke malu masuk bilik abang?” Memang!
Kedengaran keluhan panjang terbit dari bibir suami makin meresahkan
jiwa. Mai… baru kahwin dah buat dia keluh kesah. Tak baik tau. Nasihat hati.
Farhan memegang pergelangan tanganku seraya
menarik aku duduk disebelahkan di birai katil. Aku membuntuti tanpa menyumbang
suara langsung. Macam orang dipukau. Kami diam seminit dua. Farhan mengambil
kesempatan ini untuk merenungku. Tanpa segan silu. Tanpa perasaan malu. Kerana?
Aku sah miliknya. Kini Farhan bisa menarik nafas lega oleh sebab Humairah sudah
ada dalam genggaman. Tiada siapa dapat merampas gadis itu dari pegangannya
lagi.
Jemari runcing yang berada dalam tautan suami
kupandang dengan hati menggebu. Serius badan sejuk! Rasa macam duduk kat tempat
bersalji. Dingin. Nak dongak kepala akan tetapi perasaan malu seratus peratus
menyelubungi diri membuatkan aku mengambil keputusan menunduk.
“Kenapa malu-malu ni? Tak sudi ke pandang wajah
suamimu yang encem mengalahkan Aaron
Aziz ni?” Spontan aku tergelak mendengar usikan Farhan.
“Perasan!”
“Apa pulak? Betullah. Abang lebih handsome dari
pelakon tu tau. Kenapalah semua orang suka dia? Berlakon biasa aje.” Wah!
Kemain mengkritik.
“Sebab orang nampak keistimewaan dia. bukan macam
abang.” Alang-alang kutuk, baik aku kenakan dia sesekali.
Farhan tarik muka. “Amboi! Sedar tak suami kat
sebelah ni? Kemain puji melambung lelaki lain.”
Erk! Hai… dah tua pun nak merajuk. “Alaa…
janganlah merajuk.” Lengannya kupaut. Mata berkelip manja. Hilang debaran malu
tadi kini disusuli ketawa dan senyuman manja.
Farhan tak menjawab sebaliknya terus ke almari
pakaian. Seluar pendek separas lutut dikeluarkan. T-shirt oren tadi diganti
dengan t-shirt pagoda putih. Dia buat tak layan aje aku kat sini. Karang Mai
balik kang! Tengok tu. Selamba aje. Merajuk sangat ke?
Aku bangkit lalu bergerak perlahan-lahan
menghampirinya. Tanpa sempat memikir baik buruk, tubuhnya kupaut. Tersentak
Farhan!
“Abang merajuk ke?” soalku manja.
“Manade.” Jawabnya. Tegang nada suara. Eleh. Sulking ler tu.
“Alaa janganlah marah. Mai puji saja-saja je
tadi. Abang nak tau satu benda tak?”
“Hmm.”
“Mai tak suka tengok pelakon Malaysia berlakon.”
Berkerut dahi Farhan. “Sebab?”
“Sebabnya mereka tak sekacak abang,” Ayat pergh!
Tak menahan. Tapi memang benar. Suami aku kacaknya tak setanding orang lain.
Hanya untuk aku.
Farhan senyum sambil mengusap lenganku yang
melekap di perutnya. “Pandai ea pujuk abang? Nak merajuk lagilah lepas ni.”
Farhan meleraikan pautan lantas menarik aku ke dalam dakapannya. Kepala
kuselesakan di dadanya. Wangi. Bau Farhan menenangkan.
Aku mencebik. “Mengada tau! Cubit kang.” Ugutku.
Farhan gelak mengekek. Ubun-ubun kepala isterinya
dikucup. Pelukan makin dieratkan. Jantung disatukan nadanya. Indahnya alam
perkahwinan. Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan aku perasaan bahagia ini.
Dan malam itu malam yang sangat indah buat pasangan suami isteri ini.
Diharapnya zuriat yang bakal lahir di rahim si ibu akan menjadi anak soleh dan
solehah, mengikut suruhan Allah dan mematuhi nasihat ibu bapanya. Segala yang
terjadi adalah kenangan tak kira pahit atau manis dan akan disemat di fikiran
untuk anak-anak yang bakal lahir. Moga ikatan yang terbina antara Nur Saffiya
Humairah dan Tengku Amirul Farhan kekal hingga akhir hayat. Amin ya rabbal
alamin.
*TAMAT*
p/s: assalamualaikum semua… dengan ini secara
rasminya…. Soulmate Forever sudah sampai ke penghujungnya. Terima kasih atas
sokongan dan dorongan sahabat-sahabat sekalian. Sungguh tak terucap hati untuk
berterima kasih pada korang kerana menyukai cerita sempoi dan ‘senget’ ini. Waktu
mula-mula lakar Ketua Pengawas VS Tunang dulu, hati tak rasa apa. Sekadar
membelasah sesuka hati. Tapi tak sangka pembaca terima dengan hati
berbunga-bunga. Again… thank you so much.
Dan… lepas ni Farhan dan Maira hanya tinggal
kenangan. Hehe. Dah takde dah entry pasal diorang lagi. Tapi kalau miss rajin,
miss up la mana-mana part sebagai pengubat rindu. KALAU RAJIN LAH YE. HIHIHI.
Sekarang memang busy gila. Sorry to all of you yg menunggu lama utk baca entry.
Miss keje syif. As a student in nursing, miss skg byk masa di hospital. Laptop
dan handphone jarang dipegang. Selalu pegang thermometer dan pen dan pesakit.
Hahaha! So kalau nampak miss online kat twitter tu maknanya itu masa cuti miss
la tu. Masa untuk rehat-rehat. Dan hari ini miss cuti. So bolehlah update entry
baru. Hehe.
Alahai sedihnye cerita mai dan farhan dah abis.thanks miss cs sbb buat sy slalu trtunggu2 untk membaca entry sterusnya.hope lpas ni ada lg crita yg sempoi but sweet n cute.
ReplyDeleteAla DA habis.. anyway thanks miss sbb update...
ReplyDeleteSuka sangat farhan n mai
Uwao uwao......
ReplyDeletemiss asal tamat sampai sini...
Nak lagi cerita mai ngan farhan..
Miss smbg lar lgy.. Huhuhu.. Wt yg se pnye.. Pnjg2.. Dye ade ank.. Psnie msty rndu mai&farhan.. °_°
ReplyDeleteWaa miss thanks....
ReplyDeletefina
best 3x.
ReplyDeleteEmmmmm.....dh abisssss.....napelah cpt sgt...rindulah han dn mai pas nihhhh.....ohhh tidakkkkkk....
ReplyDeleteLaaaa...akak writer...dah abis ke?! Nk lagi pasal mai n farhan...pleeeaaasssseee???
ReplyDeleteEyqa follow cerita pasal Mai n Farhan nie dari KPVST lagi >< memang deabak gile cite yg miss update >< i loike♥
ReplyDeletePlease sambung lg miss x puas lah..lagi² slpas diorg kahwin nie..please ya sambung utk perminat farhan n mai :-) :-)
ReplyDeleteBest cta ni. ..ade smbungn lgi tk ?
ReplyDeleteAla dh habis ke...miss sambung lg boleh x rasa x puas la
ReplyDeletealaaaa....dh hbis ke?? hurmm... btw...best sgt cter nii... rinduuulah kat mai&han nntii.. huhuhuuu... nnti bt lagi cter yg sweet mcm ni ye miss!!
ReplyDeletebest sgt crite ni,double sweet mai n farhan,next time buat crite lg sweet tau... ;)
ReplyDeleteakak bile nak sambong!!!best gile kot citer ni
ReplyDeleteBILe nak sambung cerite ni miss..
ReplyDeleteRindu mai ngan farhan
miss plezzzz sambung miss rindu dengan mai
ReplyDeletemiss... asal tak terbit novel terus!! best kut!! walaupun miss baru lagi dlm dunia penulisan, tapi ada gaya yg tersendiri!! setakat hari ini, dh 4,5 kali duk ulang baca...x puas!! harap miss dapat buat sambungan pasai depa ni lagi.... gud lukkk!
ReplyDeleteAssalamualikum miss.... nape miss x terbit kan novel.....best sanagt....miss novel miss memang gempak miss....dh hampir 7-8 kali bace novel ni.....novel lainn 2 ke 3 kali jee...itu bermaksud novel ni 'berhantu' ia boleh buat kita macam ketagih...huhuhu....haritu sy promot kat kangkawan diaorg cakap best...and asal penulis nii x terbitkan novel.....pastu kawan yg x bace sbb dia takde internet cakap...nk sangat bace sbb kawan2 lain dh ketagih novel ketua pengawas vs tunang n soulmat forever..so i hope that miss boleh jadikan cerita ini sebagai novel....miss Nanti kalau nk dijadikan buku try hantar kat karya seni...oh ye ... gabungkan sf ngan kpvst eh...hihihi ...btw good luck....for the next novel .....
ReplyDeletesekian
sorry typo
Betul3 ...... best sangat ..... saya pun dah habis baca sampai 5-6 kali dah .... ������
DeleteMiss , nak baca tentang pengalaman farhan and maira kat Aussie . Please? ?
ReplyDeleteMiss,sambung laa lagi ceritee nie...saya suka sangat...hehehe..saya rasa ceritee nie mmg terbaik...
ReplyDeleteMiss, ad dua persoalan yg x berjwb dlm novel ni.
ReplyDelete1. Siapa yg bgi surat n coklat kat maira?
2.mcmne dgn aki? X kn terlepas mcm tuu je??
PLEASE JAWAB. BERLEGAR2 DI OTAK SOALAN NI
Miss...saya still rasa mcm x lengkap..(nak lagi sebenar nye) ... Betul kata forever exol_sone ....
ReplyDelete1.sape yg kasi mai coklat
2.aki macam mana nanti
3.mai study kat mana...Han study kat mana
......
Cer miss try buat cerpen... Mesti awesome!!!!.... Miss cerita balik tentang diorang...study mana and anything else.... Okey miss chaiyookkk
Alaa dh abis ke? Lum puas lg lh miss..trylah bt cerita lain plk..
ReplyDeleteAlaaa..dan habis..bestlah cerita ni miss..saya suka cerita ketua pengawas vs tunang tu..santai..best Sgt..tulis lah cerita Lain lagi eh miss
ReplyDeleteuwaaaa ni kali ke tiga baca novel ni. KENAPA SAYA TAK PERNAH PUAS MISS? PLEASE SAMBUNG. SAYA MERAYU GILA GILA
ReplyDeleteuwaaaa ni kali ke tiga baca novel ni. KENAPA SAYA TAK PERNAH PUAS MISS? PLEASE SAMBUNG. SAYA MERAYU GILA GILA
ReplyDeleteSaya dah kali ke 4 khatam😂😂💖💖💖
ReplyDeleteSambung lah lagi sampai dapat anak ke
ReplyDeleteDri start bca sengih2,marah,nangis...
ReplyDeleteMasuk laa apa yg nk disampaikan
BEST GILERR DOOH CERITAAA NII TK PRNH MUAK BACA , asik reread je heheheh 💟💟🤭 selamanya farhanXmai
ReplyDelete