Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Sunday 10 August 2014

Soulmate Forever Bab 16

AKU MENGUAP malas. Bersenang-lenang di katil sendiri sungguh la heaven. Lagi lagi cuti. Apalagi? Qada’ tidur sebanyak mungkin! Tapi belum sempat nak qada’ setengah jam, dah ada orang teriak macam orang gila di luar pintu. Mengacau ketenteraman betullah! Pantang orang nak hidup bahagia sendirian. Bebelku.

“Nak apa?” tanyaku bosan bila tengok Yana tayang muka sesuci lebaran.

“Nak ‘melawat’ kakak sulung yang dikasihi.”

Aku mencebik. Melawat la sangat. Ada udang di sebalik kuey teow goreng. “Hari-hari tengok muka kau. Boring,” omelku lalu baring menelentang di katil.

Yana cekak pinggang.

“Apa? Boring? Ewah! Ewah! Sesedap oren je ngate orang eh? Bangunlah kak. Mama dah bising kat bawah tu,” Yana menggerakkan tubuh kakaknya yang dah macam tong drum. Aduh! Makan apa sampai berat sangat nak bangun lahai kakak aku ni…

“Alaa Yana je la. Akak mengantuk la.” Rungutku mengeraskan badan. Bantal kututup ke muka.

“Hey! Semalam dah puas tidur, kan? Akak tidur awal semalam. Pukul 9 dah masuk bilik. Sekarang mengantuk lagi?” MasyaAllah kakak aku nan sorang ni! Betullah sifat malas makin menebal dekat diri dia tu. Ingatkan time cuti begini boleh luangkan masa bersama keluarga. Hampeh!

Aku mengajuk cakapnya. Bla.. bla.. bla.. macam nenek tua. Opah pun tak ngomel gitu. “Bukan ada apa-apa pun hari ni. Sama je macam semalam. Kelas memasak off hari ini atas perintah kakak.” Kataku lagak CEO di rumah sendiri.

Yana ketawa mengekek.

“Berangan jadi mem besar.” Aku turut sama tergelak.

“MasyaAllah! Allahurabbi!” Gelak tawa terhenti serta merta apabila terdengar suara mama menyebut kalimah Allah di muka pintu. Uiks.. bila masa mama kat situ?

“Mama suruh bangkit kakak. Yana boleh join sekali ya?” Mencerlang mata mama melihat anak keduanya tersengih sambil buat simbol peace. Aku dah ketawa sakan dalam hati. Padan muka! Padan muka!

“Yana dah kejut tadi. Kakak tak mau bangkit. Dia kata kelas memasak hari ni off, mama.” Adu Yana. Mukaku berubah kelam. Aiyer.. Sempat mengenakan aku.

Mama bercekak pinggang. Apa? Off? “Amboi, sesuka hati tak nak belajar! Tak kira. Pergi turun bawah sekarang. Jangan nak malas.” Suruh mama seraya berlalu dari situ.

Yana tekup mulut tahan ketawa manakala aku buat muka geram sejurus bayang mama tidak kelihatan lagi. “Ini semua Yana punya pasal!”

“Eh! Apa pula Yana. Akak yang malas bangun.” Ejeknya lagi. Eee.. geram!

“Kau…!” Baru nak cekik lehernya, Yana dah lari keluar dulu sambil menjelir lidah. Siap kau!

Aku menyikat rambut lalu menyanggulnya seperti biasa. Lambat-lambat setiap pergerakan. Alahai malasnya! Selepas semua kelihatan sempurna, barulah aku turun ke dapur. Kelihatan Yana dan mama sedang berbual sambil menyediakan bahan untuk masak.

“Ma, puteri kayangan dah turun. Agaknya dah dapat hidayah kut.” Mengekek Yana ketawa apabila melihat muka aku dah macam The Hulk. Mama turut sama senyum.

“Kau nak telan sawi ni mentah-mentah, dik? Meh sini akak suapkan penuh kasih sayang,” gertakku mencapai sawi hijau di atas meja. Ini sudah lebih! Suka sangat naikkan temperature aku laa…

“Sudah… Yana pun sama aje naik. Mai tolong mama potong bawang yang mama dah asingkan tepi sawi.” Aku akur. Bawang kukupas sambil bibir melagukan Tanya Sama Hati. Mata mengerling Yana yang pantas menyiang sotong. Wah! Hebat adik aku. Dah boleh kahwin dah ni. Aku? Mimpi je la. Potong bawang pun terkial-kial walhal dah beberapa hari practice. Failed!

“Ma, ada orang tukan, diakan happy semacam je sejak balik camping.” Yana mahu membongkar rahsia. Bulat mata aku!

“Iya? Siapalah gerangan tu ya?” Mama pun sama mengusik di sinki. Yana tergelak kecil.

“Ala, orangnya tak jauh dari sini.” Yana hampir gelak guling-guling bila aku angkat pisau dan hunus padanya. Beranilah cakap! Aku kerat lidah kau macam sotong.

“Mama.. dah siap. Macam mana nak masak sayur sawi ni?” bingkas aku memintas. Heh. Kalau tunggu lama, dalam kain pun terkeluar semua cerita. Mama mendekati aku.

“Haa pandai pun potong sawi. Macam nilah anak perempuan mama.” Puji mama seraya mencium pipiku. Aku tersipu-sipu malu. Adeh, segan! Memerah muka. Yana senyum nakal. Nak perli la tu. Bluekk!

“Nak masak sawi ni senang aje. Ada dua cara. Pertama tumbuk bawang besar, bawang putih dan ikan bilis. Lepas tu tumis dalam kuali.” Ujar mama. Aku mengangguk faham.

“Yang kedua?”

“Kalau malas sangat, potong aje bawang-bawang ni lepas tu tumis. Jimat masa. Cuma kecantikan tu tak samalah macam cara pertama tadi. Nampak bersepah sikit dalam mangkuk bila makan nanti.”

“Kat warung, kedai-kedai semua tu Mai tengok mana ada diorang tumbuk. Bawang besar-besar dalam mangkuk lagi.” Tuturku spontan.

Mama senyum. “Sebab mereka kena cepat. Pelanggan makin ramai. Masa sangat penting. Jadi diorang pilih cara kedua. Pun boleh sebenarnya. Ada do’s and don’t.”

“Wah! Kemain omputih mama.” Kami meledak tawa. Mama tunjukkan cara memasak. Mula-mula tuang minyak sampai nampak asap sikit. Lepas tu tumis bawang yang dah dipotong tadi. Takut-takut aku tuang bahan ke dalam kuali panas. “Auw! Mama sakit…” aduhku kesakitan bila minyak terpercik ke tangan. Waaaa! Merah tangan saya! Pedih…

Mama menggeleng saja. Lemah semangat betul lahai anak nan sorang. “Ala sikit je. Basuh dengan air sikit hilang sakit nanti.”

“Kesian dia… sakit ea?” sakat Yana di meja. Apalah kakak aku ni. Tu pun nak jerit. Alahai… lemah jiwa raga betullah.

Sadap you!”

Yana mengekek gelak.

“Lepas dah lama sikit masak, nampak tak minyak tu pecah?” Aku angguk. “Baru masukkan air semangkuk. Masukkan fishball atau fishcake kalau nak sedap. Restoren biasa letak ajinomoto dan kiub pati. Tapi tak boleh makan selalu sebab mudarat.” Aku angguk lagi. Melihat cara mama tersangatlah simple rupa-rupanya masak sayur ni. Aku je yang ketinggalan zaman. Inilah padah malas belajar. Hailah.. anak sapelah tu.

“Mama, dah didih.” Ujarku sambil menunjuk kuah yang mendidih.

“Bahan terakhir… kita masukkan sayur. Sayur ni tak boleh letak awal-awal dan terlalu lama nanti dia layu dan lembik. Tak rangup bila makan. Okey, lepas tu kita taruk sikit garam sebagai perasa.” Mama taburkan secubit garam dan aku sebagai pembantu tak bertauliah mengacau sayur hingga garam larut. “Taraa.. dah siap.” Mama tutup api gas. Rasa nak tergelak bila dengar mama sebut taraa.

Aku tepuk tangan. Yeay!

“Okey kelas memasak dah tamat. Mai nak tengok tv.” Belum sempat aku menjauh, tanganku ditarik membuatkan aku mengeluh lemah.

“Ehh… nanti dulu. Siapa kata dah habis? Sekarang belajar masak nasi, ya sayang.” Mama memaksa secara berlembut penuh senyuman lemak berkrim. Oh mama! Superhebat menghalang anakmu lari dari kelas memasak. Huhu!

Yana sengih-sengih kambing. Kelakar tengok muka tak rela Kak Mai kena tahan dengan mama. Goodjob, mama! Kikis sifat malas Kak Mai tu. Asyik membongkang, makan tidur je tau!

Selesai makan tengahari, aku mengeliat malas di sofa. Penatnyaaaa… lenguh urat sendi. Kaki diurut perlahan. Teringat muka mencuka waktu disuruh belajar masak mama tadi. Nak tergelak sendiri. Walaupun tak suka tapi Alhamdulillah aku dah tahu basic nak masak sesikit. Takde la kuno sangat. Setakat ni dah kenal mana satu garam gula. Hiks!

“Ai.. masak pun penat ke?” usik Yana. Aku buat tak tahu. Tak nak kawan 5 minit! Tadi dia dah banyak gelakkan aku. Bertuah punya adik! Nasib baik achik tak ada sebab ada kem bina sahsiah diri di sekolah. Jikalau tidak, mungkin dengan dia sekali join si kakak Yana kesayangan membahan aku sampai lebam. Cis!

“Sedap anak abah masak hari ni.” Muncul abah lalu mengusap kepalaku membuatkan aku terkebil-kebil seketika. “Manade sedap. Mama yang masak. Mai baru belajar.”

“Tapi Mai ada sumbang tenaga juga kan masa masak tadi. Mama beritahu abah tadi Mai sediakan bahan. Kira Mai masak la tu.” Abah beria memuji. Aku senyum malu. Yana menjuih bibir. Kade-kade(mengada) Kak Mai ni. Chait! Aku jongket kening double jerk pada Yana. Tengok, abah puji kakak. Kau hado? Haha!

“Oh ya. Sebelum abah terlupa. Uncle Umar ada bilang pada abah yang dia nak buat kenduri tahlil hujung minggu ni.” Mendengar saja perkataan kenduri, hatiku keluh kesah. Alamak! Ini mesti nak suruh orang pergi ni. Hisy! Tamau la. Dah tu Uncle Umar lagi. Argh stress! Orang nak rehat-rehat kat rumah.

“Yeke, bang? Na tak tahu pun.” Tegur Mama bersama sepinggan kek lapis Sarawak lalu diletakkan atas meja kaca. Pantas aku mencekut satu tanpa segan silu. Ngap! Abah dan mama menggeleng kepala. Perangai masyaAllah! Kalau mertua nampak ni entah bagaimanalah reaksi mereka. Siap bersila atas sofa. Tsk tsk!

“Abang lupa nak cakap. Umar pun baru cerita dua hari lepas. Ni yang abang teringat ni. Dia jemput kita semua.”

Yana berkali-kali menyenggol pinggang bikin aku bengang. Pahanya kugutis membuatkan dia menjerit mengejutkan abah dan mama yang enak menikmati kek.

“Kenapa ni?” soal mama hairan.

Aku jongket bahu tanda tak tahu. “Entah Yana ni. Tersampuk kut dok jerit sensorang. Gila ea?” ejekku. Yana memuncung. Auw! Sakitlah. Sungguh kurang diajar kakakku ini. Berani dia cubit paha gebu miliknya? Dah tu pura-pura tak tahu. Eee geram! “Takde pape. Ada semut gigit.” Bohong Yana. Kak Mai jahat! Tak nak kawan 2 minit hmph!

“Abah… ma… ermm.. boleh tak majlis tu… Mai tak pergi? Bolehkan?” pintaku manja lalu mengerdip mata. Tolonglah beri pelepasan. Mai tak nak pi! Mai tak mahu jumpa Farhan! Rasa nak pekik sekuat hati biar seluruh taman dengar.

Abah dan mama berpandangan sebelum serentak menggeleng. Keputusan muktamad! Aku pamer muka tak puas hati. Ini tidak adil… tidak adil… tidak adil bagiku. Kan dah terkeluar lagu Yuna. Habislah! Punah segala harapan. Yana di sisi menaikkan thumbs up secara perlahan-lahan. Yes! Padan muka Kak Mai. Balasan! Silap orang la kalau nak lari pun. Bakal keluarga mertua tu. Yana sengih kemenangan.


PETIKAN gitar semakin kuat kedengaran menyebabkan langkah Fareez bertukar arah. Tombol pintu dipulas perlahan. Mata meliar mencari tubuh sang abang dalam keadaan bilik yang suram. Hanya lampu tidur terpasang. Mananya? Mata Fareez tertancap pada pintu balkoni yang terbuka lapang. Tampak susuk tubuh seseorang sedang duduk sambil memangku gitar.

Seumur hidup aku
Ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk oleh dua wanita
Punyai ciri selama ini kucari
Berbeza wajah ayunya tetap asli

Fareez menyendeng bahu kiri ke pintu sambil tangan kanan sembunyi dalam kocek. Hanya memerhati gerak geri angah yang leka memetik gitar hingga tamat.

So? Siapa pilihan angah?”

Tersentak Farhan! Pantas dia menoleh sebaik mendengar suara Fareez begitu dekat di corong telinga. “Bila kau masuk?”

Start angah nyanyi sampai habis.” Fareez sengih tak bersalah. Kepala digaru. “Biasanya kalau duduk sorang-sorang ni ada masalah jiwa. Main lagu jenis jiwang karat. Ada masalah cintakah wahai abang kedua hamba?” Fareez mengusik nakal.

Farhan tersenyum kecil. “Memang orang yang nyanyi semua ada masalah jiwa ea?”

“Emm tak semua but certain people yang suka alone ni merisaukan banyak pihak. Takut nanti cakap sensorang payah pula mama ngan papa kelak.”

“Mende kau merepek ni, Reez?” Tak faham Farhan. Amenda entah yang dia meraban. Kepala masuk air cakap berbelit-belit. Fareez sengih.

“Lagu yang angah main tadi tu… siapa pilihan angah? Di sana atau di sini?”

Its just a song.”

But song membawa peranan yang sangat penting. Ia seakan melodi hati seseorang.”

Explain.” Pinta Farhan malas-malas.

“Di sana… Nazatul. Di sini… your fiancé.” tekan Fareez. Kepala genius pun nak kena terangkan ke? Walaweh!

Who’s my fiancé?” soal Farhan acuh tak acuh sambil menunduk petik gitar.

Fareez ketap bibir. Ai… nak bergurau pun agak-agak ah. Dah lupa tunang sendiri ke? “Kang Reez rembat kang!” ugutnya.

Farhan mencerun tajam. Ada hati nak caras orang punya! “Dah lama hidup ke?”

Fareez menyengih. Haa… tahu pun sayang. Ingat dah lupa tunang. Heh angah ni! Buat cuak je.

“Motif kau masuk bilik angah ada apa-apa ke?” tanya Farhan tukar topik. Tetiba menceroboh kamar beradu dia apa kes. Ni tak lain nak bergosip la tu. Heh!

“Salah ke adikmu ini masuk ke kamar beradumu wahai abang keduaku?” Farhan buat muka. Geli! Melankolik sungguh.

“Tadi mama panggil tapi angah tak nyahut. Tu yang Reez naik ni. Meh adik habaq mai kat abang.” Fareez baru teringat tujuan dia masuk ke sini. Dia melabuhkan punggung ke kerusi bersebelahan Farhan. “Esok mama suruh angah bawa mama ke rumah Aunty Husna.”

Tak berkedip mata si abang. Seakan lambat pick-up. “Aaa..gain?” Dah sejak bila Farhan bertukar gagap ni… terkejut kot.

“Mama suruh angah bawa mama ke rumah Aunty Husna esok.”

“Kenapa pulak?”

“Nak nikahkan terus kut.” Mengekek dia ketawa apabila melihat perubahan ketara Farhan.

“Ada yang kena lepuk dengan gitar ni kang.” Gertak Farhan tak puas hati. Suka memain la budak ni.

“Eleh gurau sikit pun tak boleh. Manalah Reez tahu. Tanyalah mama. Mungkin nak prepare barang kenduri. Mama kan kalau ada orang teman lagilah bermacam idea keluar.” Mereka berdua senyum mengerti. Memang itu realitinya. Aunty Husna + Mama Nani = Gandingan Meletops!

“Reez rasakan, ngah. Mama mesti ajak Kak Mai sekali.” Tutur Fareez sambil mengerling Farhan yang tunduk buat-buat tak faham.

“Takdenya budak tu nak ikut.” Farhan kenal sangat sifat Humairah. Minah tu bukan stok shopping. Waktu zaman sekolah dulu pun bila outing dia perhatikan Humairah kurang berbelanja. Hanya beli barang bila diperlukan sahaja. Jenis berjimat. Satu sudut positif yang dilihat Farhan.

Fareez juih. “Belum cuba belum tau. Kalaulah dia tahu angah yang datang, agak-agak camne reaksi dia ek?” Fareez mengetuk dagu guna jari. “Bayangkannn…”

Farhan senyum seraya menjongket kening. Amukan kingkong betina bakal berlaku!



DENGAN hati yang tak rela, aku melangkah masuk ke pintu gerbang kompleks beli-belah. Walaupun sejuk namun dalaman panas membahang. Sudahlah dipaksa ikut, selepas tu dipaksa duduk seat depan, then disuruh berjalan-jalan dulu dengan mamat tu di samping menunggu mama dan Mama Nani cari barang. Arghhhhh! Stress! Balik duduk rumah tidur lagi syok!

Laju-laju aku jalan menuju ke bangku kosong yang baru ditinggalkan sebuah keluarga. Aku henyak punggung dengan kasar.

“Pakaian dah tip top tapi perangai…. masyaAllah.” Sindir Farhan mula duduk di hujung bangku.

“Suka hati aku la! Tak payah nak sibuk.” Desisku. Ada je yang tak kena di mata dia. Sumpit jugak nanti kang!

Farhan hanya mampu menggeleng kepala. Agak dah ini yang bakal terjadi. Kingkong betina dah mengamuk! Redha aje la. Bukan tak biasa pun, kan. Suasana sepi sebelum telefonnya berdering nyaring mengganggu kententeraman aku yang sedang mencuci mata memandang kedai handphone. Err sebenarnya… sibuk tengok pekerja dia. Hensem giler! Hehe. Kut Farhan terperasan memang mati la aku jawabnya!

“Lama ke, ma?” Jeda. “Okey, mama. Assalamualaikum.”

Farhan tutup telefon lalu memandang aku yang kebetulan merenungnya. “Mama kata dia mungkin lambat sebab nak cari banyak barang. So… mama suggest kita berdua jalan-jalan. Dengan syarat… mesti aku temankan. Dan aku yang akan tentukan mana kita nak pergi.”

Ayat terakhir sangat menyesak dada. Bagai nak meletup. Terketap-ketap bibir menahan kemarahan yang bakal melanda. Ini melampau!

“Aku boleh jalan sorang-sorang.” Dan aku bukan orang suruhan kau… sambungku dihati.

“Memang kau boleh jalan sorang. Tapi hari ni berteman. Dengan aku. Faham?” satu satu Farhan menyebut. Dah keluar dah gaya ketua pengawas dia. Memaksa!

“Eeeeee! Kenapalah kau suka kongkong hidup aku?!” geram aku dibuatnya. Nak gila dah. Mulalah nak isytihar perang ke tujuh belas! Dari dulu asyik ikut telunjuk dia je. Ini tak adil! Farhan senyum sinis.

“Bila aku kongkong? Tapi kalau kau rasa terkongkong, baguslah. Senang bila dah kahwin nanti. Baru kau tahu aku macam mana orangnya. Malah lebih dari ni aku mampu buat. Bukan takat kongkong. Aku kunci semua pintu. Mana kau nak lari?” Farhan cuba menakut-nakutkan aku yang dah tak keruan bila sebut pasal kahwin. Ngeee.. nyilu telinga. Memerah muka kerana mula fikir yang bukan-bukan.

“Gila!”

“Suka hati nak kata apa. Tahulah nanti…” Farhan tahan gelak bila aku buat muka semacam. Takut ke? Haha!

“Malas nak layan!” terus saja aku bangkit menapak ke depan. Meninggalkan mamat dah kemaruk nak kahwin sangat tu jauh di belakang. Biar dia! Mental agaknya. Farhan pula setia membuntuti dari belakang. Tak lepas memandang perempuan bertudung merah itu berjalan macam nak marathon satu mall. Atau lebih tepat, melarikan diri darinya! Dia masih tersenyum di belakang mengenang raut wajah Humairah yang memerah tatkala dia menyebut bab kahwin. Lucu betul. Tapi cute. Farhan senyum lagi.

“Humairah!”

Tiba-tiba langkahku termati. Jantung berdegup kencang. Suara itu!

“Humairah!” Satu lembaga manusia berpakaian kasual sedang melambai terhadap Humairah yang jelas kaku di pertengahan laluan. Mati! Hanya itu yang terpacul keluar dari bibir. Dengan laju aku berpatah balik namun secara tak sengaja hidung berlaga dengan bahu Farhan yang kebetulan berhenti betul-betul di belakang aku. Cekap Farhan memegang lenganku sebelum sempat cabut lari.

“Kenapa?” soalnya pendek. Muka Mai seakan pucat. Hati terdetik sesuatu.

“Lepaskan aku!”

“Asal muka pucat?” Farhan menyoal lagi.

“Tolonglah lepaskan aku. Aku nak balik!” rayuku rasa nak menangis. Genggaman Farhan begitu kuat hingga tak mampu untuk dileraikan.

Berkerut dahi Farhan. Seakan ada sesuatu yang melanda perasaan gadis itu. Kenapa dia takut sangat? Muka tampak gelisah. Farhan dapat rasakan badan Humairah menggeletar.

“Kenapa ni? Ada apa-apa ke?” tanya Farhan bernada lembut. Seperti hendak memujuk. Entah mengapa kelopak mata terasa basah. Hati meruntun sayu.

“Humairah!” Terdengar lagi suara itu memanggil buatkan diri ini kembali gelisah. Makin lama makin mendekat. Aku pandang Farhan. Berharap sangat akan pertolongannya tika ini.

“Mai…” Farhan pelik sungguh melihat kelakuan gadis itu harini. Macam ada yang tak kena.

“Humairah. Kenal saya lagi tak?” Tiba-tiba muncul seorang pemuda yang berpakaian kasual tadi menegur kami secara berdepan setelah beberapa kali teriakannya tidak kusambut. Aku kaku tak bergerak. Liur ditelan kesat. Pandangan terpaku pada pemuda yang menegur tadi.

“Sape ek?” Aku buat-buat lupa.

“Saya Baihakki la. Takkan dah lupa kut. Saya banyak kali panggil nama awak tadi.” ramah Aki bertanya tanpa mempedulikan lelaki yang berada di sebelah gadis pujaan hatinya. Walaupun hati berombak laju nak tanya gerangan pemuda di sebelah. Rasanya dia tak pernah jumpa lelaki di sebelah si pujaan hati. Kalau tak silap, kejadian di kafe dulu orang lain. Fikiran Aki mula negatif.

“Err..maaf la. Tak berapa nak ingat.” Jawabku gugup. Dah lama tak rasa perasaan begini. Tambahan, di hadapan Farhan. Takkan nak mengaku Baihakki tu suka kacau aku masa kat kolej? Apa pula tanggapan Farhan nanti? Baru nak berbaik dah bergaduh semula.

Baihakki kerut kening. Aik? Lupa? Muka hensem macam ni boleh pulak dinyah dari ingatan? Baru berapa minggu tak jumpa terus lupa. Sadis! Nak meraung aje rasa. “Takkan tak ingat? Saya kan selalu…” belum sempat dia menghabiskan ayat, aku potong lelaju.

“Err maaf ya. Saya ada hal lain penting la. Pergi dulu. Assalamualaikum. Jom, Han.” Dalihku ingin cepat lari dari situ tatkala melihat perubahan ketara Farhan. Muka seriusnya menyimpan seribu maksud. Gulp! Dari tadi diam saja. Entah awal-awal tadi dia senyum ke tidak, wallahualam. Tetapi bahang mula terasa.

“Balik dulu,” Farhan hulur tangan. Adab sopan perlu dijaga. Walaupun dia rasa semacam berhadapan dengan lelaki yang baru dikenali itu. Pandang tunang orang bagai nak telan apa kes. Lu nak caras wa punya ke? Langkah mayat wa dulu. Tetapi Farhan buat cool je. Kita tengok apa kesudahan. Farhan macam tahu aje apa yang bermain di fikiran pemuda bergelar Baihakki tu. Dari cara mata merenung Humairah, Farhan tahu lelaki itu sukakan Humairah! Jawapan Humairah tadi seakan ragu-ragu baginya. Ada apa dengan mereka???

Baihakki lambat-lambat sambut. Sebolehnya dia nak saja tumbuk muka lelaki yang berani bawa lari pujaan hatinya. Tapi depan Mai, takkan nak buat kot! Jatuh saham. Prinsip hidupnya, dia akan sentiasa nampak baik depan Mai. Barulah peratus meningkat! Semakin berang Baihakki jadinya apabila Farhan bertindak menarik tangan Mai lalu menapak meninggalkannya. Mai pula seakan merelakan. Sudahlah tak say bye-bye… lagi berdesing telinga bila terdengar suara pemuda sebelah Mai sebut, “Jom, sayang…”

Penumbuk dikepal erat. Urat di dahi timbul menegang. “Aku mesti siasat budak tu!” tekad Aki.


SUASANA sepi di dalam kereta. Farhan sudah beritahu Mama Nani yang dia hendak ke masjid dan membawa anak perempuan Aunty Husna sekali. Aku akur meskipun hati terdetik seribu rasa. Radio terpasang tak diendahkan. Masing-masing buat hal sendiri. Aku lebih senang pandang luar. Panorama yang mengasyikkan. Bangunan tinggi mencecah langit kutenung tanpa perasaan.

“Ada apa-apa yang aku perlu tahu sepanjang aku takde kat Malaysia?”

Gulp! Dia dah mula dah. “Manade pape.” Jawabku perlahan.

“Aku rasa ada apa-apa.” Tekan Farhan seraya memusing stereng ke kanan.

Terdiam aku tak terkata. Bila Farhan dah start jadi ketua pengawas balik, sure aku kelu lidah. Nak tipu memang tak dapat la! Tapi takkan nak beritahu hal sebenar? Nak ke mengaku yang aku upah Fareez sebagai kekasih sementara di kafe dulu demi mengelak dari terus dikacau Aki?? Aje gila la kan! Kang berperang dua beradik, aku juga yang susah! Dituduh mahu kedua-duanya padahal ianya sekadar lakonan semata.

“Budak tadi tu classmate ke?” soal Farhan lagi bila Mai tak jawab pertanyaannya.

Aku geleng kepala.

“Macam mana boleh kenal?” Serupa polis pencen dia menanya.

Library,” suaraku makin ke dalam. Serius aku tak selesa dengan situasi ini!

Study group ke?”  Aku geleng lagi menidakkan. Farhan hela nafas lalu menarik handbrake setiba di traffic light.

“Aku bukan saja-saja tanya. Aku bukan nak menyibuk. Dari cara aku pandang dia, dia macam ada niat tak baik dekat kau. Hati-hati dengan orang yang kau tak kenal.” Pesan Farhan.

“Aku pun tak ingin nak kenal dia.” tegasku. Dasar playboy ingat aku sukalah? Please la! Sambungku di hati.

“Niat kau aku tak tahu. Hanya kau dan Allah je yang tahu. Tapi aku mohon, tolong jaga maruah dan nama sendiri. Kalau apa-apa yang buruk terjadi, nama kau juga yang susah untuk dibersihkan semula. Nama keluarga dah tentu terpalit apatah lagi nama orang yang kau kenali. Kepercayaan orang mula menghilang.” Terpegun aku dengar setiap butir katanya. Ada ayat penegas di dalamnya namun nada yang dilontarkan sangat lembut hingga aku tak terkata. Merenung dan terus merenung dirinya.

Farhan toleh kiri bila tunangnya diam tak membalas. Pandangan kami bertemu. Bagaikan ada arus elektrik yang membuatkan aku tak mahu pandang tempat lain melainkan mata menikamnya sebelum dikejutkan dengan bunyi hon kereta dari arah belakang. Lampu mula menghijau.

Farhan cepat tekan minyak dan pandu seperti biasa menuju arah masjid. Aku bingkas toleh ke tingkap lalu menggaru hidung. Makkkk! Kenapalah aku boleh terlepas tengok anak teruna orang sampai lagu tu? Memalukan betullah! Dasar muka tembok tau kau ni Mai! Kenapa? Kenapa? Kenapa? Jeritku sekuat hati.





SELESAI mandi, aku duduk di katil mengadap laptop yang terpasang sedari tadi. Melihatkan kelip-kelip di skrin membuatkan aku pantas tekan butang di papan kekunci. Laman sesawang Facebook menunjukkan ada 10 notifications yang masih belum dibuka sepanjang hari ini. Aku belek satu per satu sebelum ke notify terakhir. Aiyaaaakkk!

Tengku Farhan tagged you in a post.

Aku cepat-cepat buka statusnya. Terbuntang biji mata sebaik melihat ada gambar aku disitu sambil tunduk makan chicken chop. Waaaa! Bila masa dia ambik gambar? Setahu aku dia pun menunduk je waktu makan. Mana ada pegang handphone atau kamera. Lagu buat aku ternganga hingga gajah pun muat ialah apabila likers menjadi 298 person. Gilaaaaa! Dua ratus tu bukan sikit! Butang komen pun nak dekat seratus. Kebanyakannya terkejut apabila lelaki yang selama ini tegas rupa-rupanya sudah berpunya. Ramai mula mengusik termasuklah kengkawan sekolah. Makkkkk!

@Pidos007 – Da berpunya ke? Tahniah dude!
@Safwan – Lawa awek :D
@Jonathan_Joe – Finally! She’s so beautiful. Take care of her.
@F-Ayie - @Jonathan_Joe, betoi la apa yg hang detect. Haha…
@Jonathan_Joe – Rite? Dia saja je hiding from us. Kita tengok sejauh mana @TengkuFarhan going on his ‘hide and seek’ itu. Haha!

@F-Ayie – Betulx3!
@TuanHakimTuanBadri – Waaaa! Gambo kwn aku ade kat cini!!! @Saffiya_Humairah .
@Wana – Amboix2! Dia makan xajak kita L
@AnakDurani_Putera – Wah! Makan sedap. Berdua pulak tu! Kat mana weh @TengkuFarhan ???
@Khai94 – Korang dating ekkkk? Hehehe @Saffiya_Humairah dah pandai sekarang… senyap2 je ngan kami ekkk… touching ah cenggini!
@Ajat-Aizat – Kompang dipalu… pengantin malu… duduk bersanding… tersipu malu… ahahaha!! Tahniah bro. One moves and moves… :D

Wargghhhhhh! Tengok! Diorang dah fikir yang bukan-bukan! Apa nak buat ni? Aku garu kepala. Isyh! Gilalah budak ni! Apalah yang dia ngigau sampai upload gambar aku. Kan diorang dah mengusik. Farhan pula tak menjawab sebarang pertanyaan. Entah dia tengok entahkan tidak. Takkan aku nak menyibuk pulak kat situ? Lagilah diorang kata aku macam-macam. Mama, tolong Mai! Farhan buli Mai!!!

Tit tit…

Bunyi mesej kedengaran. Telefon bimbit kucapai dari meja kecik sebelah kepala katil.

+Assalam. Brg kau trtinggl dlm bonet kereta.

Farhan! Baru sebut nama dia, terus mesej. Aku cepat-cepat balas. Geram punya pasal!

-Nape upload pic aku?!? 

Sending

Tit tit… +Upload apa?

Eeee! Tengok tu. Saja je kan nak naikkan darah manis perisa vanila aku! Cucuk dengan lidi satay kang jadi Kassim Selamat kau nanti. Memain pulak!

-Apsal up pic aku tgh mkn?!? Bila masa kau ambik hah?!? Padam sekarang!

Farhan di sana senyum lebar. Oh… maknanya dia dah tengok la tu. Haha! Mesti bilik dah rasa bergegar nak runtuh. Farhan gelak dalam hati.

+Ooo kau dh tgk la? Cute kan? Anak tikus mkn chicken chop.

Terbeliak biji mata aku membaca bait-bait ayatnya. Anak tikusssss?! Kurang asam punya orang! Macam nak tercabut button keypad aku tekan akibat tak tertahan bengang pada lelaki bernama Farhan.

-Habis kau tu apa? Anak monyet mkn aiskrim pisang!

Hmmph! Padan muka kau. Kenakan aku lagi. Teringat Farhan memesan order selepas solat di masjid. Dia tak nak makan benda lain melainkan aiskrim pisang. Entah apalah yang best sangat dengan aiskrim tu pun aku tak tahu. Tapi dia boleh sendawa hanya dengan menjamah makanan sejuk tersebut. Aku yang makan chicken chop pun terasa nak tambah lagi. Terkebil-kebil biji mata tengok dia enak menelan aiskrim. Nasib kacak. Gulp!

Farhan ketawa berdekah. Dia betulkan sandar di kepala katil sebelum menyambung taip mesej.

+Mkn benda yg sihat takpe. Mkn ayam & lada byk boleh memudaratkan kesihatan. Ckp je la kau jeles tgk aku mkn aiskrim.

Aku juih bibir. Euww! Please la nak jeles bagai. –Sory mister headprefect. Xde makna nak jeles! :p

Farhan senyum sendiri. Headprefect… kenangan mengusik jiwa. Jawatan yang membuatkan dirinya dikenali ramai. Jawatan yang telah mencetuskan beberapa peristiwa yang tak diingini. Bukan dia mahu mempopularkan diri sendiri tetapi ia satu tanggungjawab untuk membentuk rakan-rakan lain berdisiplin dan punctual pada sesuatu perkara penting. Tetapi secara tak sengaja, ia membawa kepada kecelakaan. Jika terkena padanya, Farhan rela terima. Namun segala musibah itu melanda pada Humairah yakni tunangnya atas dasar iri hati oleh teman sekolah. Ammy entah kemana menghilang dia tidak tahu. Luqman Harez dikatakan telah dimasukkan ke pusat pemulihan bersama kuncunya. Tengku Hadzriq atau lebih dikenali Eriq telahpun sambung belajar di University of Leiden. Semua ada kehidupan masing-masing. Jauh berubah dari dahulu…

“Abang,” terjengul wajah comel Aina dibalik pintu yang sedikit terbuka. Farhan tutup handphone lalu menggamit adik kesayangannya ke mari. Balasan tunangnya tidak dijawab. Aina lompat naik ke katil.

“Abang buat apa tu?” soal Aina sambil memeluk lengan Farhan. Dari dulu, dia suka sekali menempel pada Farhan. Kalau disuruh pilih yang mana satu abang tersayang, dia akan memilih Farhan. 

“Abang mesej kawan abang. Aina kenapa tak tidur lagi ni?”

“Aina tak boleh tidur. Mata tak nak tutup. Penat dah Aina suruh tutup tapi dia tak mau,” Celoteh Aina. Farhan gelak halus. Rambut adik perempuannya diusap sayang.

“Mama papa dah tidur?” Aina angguk. “Abang Fareez?” Pun sama angguk. “Aina nak tidur dengan abang ke?” tanya Farhan. Gelagat Aina mudah diramal.

“Nakkkk!” jerit Aina gembira. Farhan buat isyarat senyap. Spontan Aina tutup mulut. Mereka berdua ketawa mengekek.

“Abang,” panggil Aina.

“Hmm?”

“Aina nak kakak.” Terdiam Farhan sejenak.

“Kawan-kawan Aina semua ada kakak. Kakak amek kat sekolah. Kakak bawak jalan-jalan. Aina nak juga ada kakak.” Lirih suara si kecil itu meruntun hiba hati Farhan. Aina sedang membesar. Jadi apa yang dia lihat di persekitaran, itu yang dia mahukan.

Farhan berdeham sebelum memula bicara. Kepala Aina dipangku ke paha. “Aina nak tahu satu cerita tak?” Inilah masanya. Walaupun masih kecil, tak sepatutnya disorokkan lagi. Bila dah besar, dia sendiri akan faham.

Aina angguk mahu.

“Sebelum Aina lahir, sebelum abang lahir, sebelum Abang Fareez lahir… Aina ada seorang kakak.” Terkebil-kebil mata si kecik.

“Masa tu mama mengandungkan kakak. Kakak anak kedua selepas along. Panggil kak ngah.”

“Mana pergi kakak Aina?” soal Aina tak sabar.

Farhan telan liur. Rasa bersalah melilit tangkai hati. Perlukah dia cerita selanjutnya? Tapi Aina semakin membesar. Akal mula memikir. Dia berhak tahu, teguh hati. Farhan tarik nafas lama sebelum dilepaskan. “Kakak Aina ada. Tetapi di syurga.” Pujuk Farhan lembut.

“Syurga?”

“Ya. Syurga. ALLAH lebih sayangkan kakak. ALLAH tak nak kakak banyak buat dosa di dunia. Tapi satu hari nanti Aina akan jumpa kakak. Kakak tunggu Aina di pintu syurga.”

Aina terkedu. Lama mata memaku Farhan yang mula mendapat kekuatan untuk beritahu hal sebenar. Setelah sekian lama membisu dan merahsiakan perkara ini, masanya telah tiba untuk diuraikan. Memang selama ini mama dan papa merahsiakan perkara ini. Mereka tak mahu mengingati kembali apa yang sudah terjadi dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Tetapi sejarah tetap sejarah. Pahit untuk dikenang. Kebenaran tetap pasti.

“Kakak mati ke, abang?” pertanyaan yang memeranjatkan Farhan. Dilihat mata Aina bergenang. Farhan tergamam. Perkataan ‘mati’ meregut hatinya.

“Abang… Aina tanya ni…” gesa Aina bila mana abangnya diam sahaja tak menjawab. Dia nak tahu kesudahan cerita. Kenapa tak beritahu Aina ada kakak? Kenapa semua diam?

Perlahan-lahan Farhan angguk kepala. Aina tersebik-sebik sebelum menangis. Tubuh Farhan dipeluk erat melampias tangisan.

“Kenapa kakak pergi tinggalkan Aina? Kenapa mama tak bagitahu Aina ada kakak?” tersedu-sedu dia bertanya.

“Bukan mama tak mahu beritahu. Mama tak nak Aina sedih macam sekarang. Kakak  meninggal sebab lemas dalam perut mama. Terlalu lama duduk dalam perut mama sebelum sempat mama bersalin. Aina jangan menangis. Kan abang kata ALLAH lebih sayangkan kakak. Abang pun sayangkan kakak.” Farhan usap belakang badan Aina yang tak berhenti merintih. Kasihan. Anak sekecil ini begitu mahukan kasih sayang seorang kakak. Patutlah dia rapat dengan Humairah. Dia mahu rasa kasih sayang Humairah yang digelar kakak. Dia nak seperti orang lain. Punya keluarga lengkap. Dari sudut luaran, orang akan nampak keluarga kami bahagia dan punya segalanya tapi dari sudut dalaman, bermacam ragam dan kekurangan.

“Walaupun kakak tak ada di dunia lagi, tapi abang, mama papa semua ada. Aina ada Kakak Maira. Kakak Maira kan sayang Aina. Kakak Maira adalah kakak Aina.” Mendengar nama Humairah, barulah Aina terpujuk dan berhenti menangis. Farhan mengesat pipi adiknya yang basah dengan airmata. Hatinya tersentuh. Aina baru berusia 8 tahun. Apa yang dia tahu? Mungkinkah dia akan mengingati semula cerita ini pada usia 17 tahun kelak? Apakah dia akan mengingati semula bahawasanya dia pernah mempunyai seorang kakak kandung? 

“Abang… janji tau. Abang kahwin dengan Kakak Maira cepat-cepat tau."

"Hah? Kenapa pulak?" bingung Farhan. Apa kes budak kenit ni memalam suruh dia kahwin cepat-cepat. Kepala terhantu dekat simen ke? Tadi beria melalak.

Aina senyum riang. "Aina nak kakak ada kat rumah ni. Aina nak peluk kakak. Walaupun kakak Aina dah tak ada kat dunia lagi tapi Aina ada Kakak Maira, Kakak Yana, Kaklong dan Kakak Sara.” tutur Aina lagi.

Farhan tak terkata. Hanya pandang raut wajah yang bertukar ceria itu. Bijak akalnya berfikir. Ma... Han dah beritahu pasal ni. Mama jangan risau. Anak mama tak apa-apa. Han pasti, Aina mampu terima. Kepala Aina digosok perlahan.



p/s: assalamualaikum… maaf kerana lambat up entry. Miss sibuk la, sayang. Hehe. Here new entry. Miss rasa inilah entry paling tak best sepanjang miss up Soulmate Forever. Hukhuk! Oh ya... pasal entry last tu yg pasal kakak farhan tu miss tambah ya... farhan mmg punya kakak tp dorg xsempat jumpa sbb meninggal waktu masih baby lg :) Kalau sudi, bacalah. Kalau tak sudi, skip ke blog lain. Blog Hani Farihaaa ke kan? Ekekek.. kalau sempat, miss up lg satu. Tp rasa mcm tak sempat ja. Hari lain pulak ya. Have fun, guys! :D 

16 comments:

  1. yeahhh.... finally ada entry baru.. penat intai tiap2 hari... tenkiuuu

    ReplyDelete
  2. Besstt cute je scene FB tu miss nak tau kisah nazatul ngn farhan cam na depa boleh couple...

    ReplyDelete
  3. eh eh ada selit nama kita pulak daaaahhh

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaaaa.....xsbr tunggu entri setrusnya.....tq

    ReplyDelete
  5. Best2!!! Cpt2 lar dyeowg kwin!! Ade baby skli yerk! Setia menanti..

    ReplyDelete
  6. Best2!!! Cpt2 lar dyeowg kwin!! Ade baby skli yerk! Setia menanti..

    ReplyDelete
  7. wuwuwu~~~~best laa novel nih keep on writing ye miss ... ^_^...


    -A.S.I.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup best sangat2!!!! :D


      -N.A.N.-

      Delete
    2. yup sokong tuh.... I give you miss 5 star....


      -N.A.A.-

      Delete
  8. :)... :) .....sy tngu Bab seterusnya ok......

    ReplyDelete
  9. Sambung lg akak writer...next entry pleaseee...

    ReplyDelete
  10. best la..spe kate xbest...dh nk pcah prot glak td..keep it up!!!!

    ReplyDelete
  11. best!!x sbr tunggu next entry......

    ReplyDelete
  12. Miss...jgnlah lama sgt....xsbr nk tunggu...jgnlah ape2 trjd antara mai dn frhn....ye...

    ReplyDelete
  13. missssssssss ~~~
    cepat la sambung !!!!!! excited membaca nie ����

    ReplyDelete
  14. kemain aina HAHAHAH

    ReplyDelete