JUNGLE
tracking. Setelah kalah dalam
pertandingan menyanyi, perempuan terpaksa dan dipaksa dengan relahati mengikuti
denda yang telah dibuat atas persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Pada
mulanya aku tak kesah sangat dan tak ambik tahu langsung hal itu. Namun apabila
mendengar sendiri gerangan yang bakal jadi partner
aku itu adalah ‘dia’, memang hangin satu badan!
“Aku nak tukar pasangan.” Kataku pada Hakim
selepas breakfast.
“Perjanjian telah dibuat. Tak adil la kalau aku
sesuka hati tukar.” Ujar Hakim senada.
“Tapi aku tak nak berpasangan dengan dia tu!”
geramku meluap-luap.
Hakim tarik sengih. “Okey apa. Partner ngan tunang kot. Barulah
perasaan sayang makin membara. Feel
lebih sikit.” Wah! Kemain puitis budak nama Hakim Badri ni.
Eee! Kecik
beso kecik beso je aku tengok budak ni. Rasa nak cepuk-cepuk dalam perigi.
“Hoi! Jangan nak meraban boleh tak?! Now
aku tak kira. Aku nak tukar partner!
Kalau tak, aku tak nak join langsung game mengarut ni. Aku nak balik!”
ugutku.
Hakim cuak. Uiks, nak balik? Ai, takkan merajuk
sampai nak balik? Tak syok lah! “Mai.. Mai.. okey jangan balik. Kau tanya
Farhan dulu sama ada dia setuju nak berpisah dengan buah hati kesayangan dia
ni. Kalau dia say okay, then kami pun
okey.” Balasnya selamba. Keningnya dinaikkan beberapa kali. Saja tekan
perkataan berpisah. Kasi sentap sikit hati aweks
comel ni. Muahaha!
Ngilu telinga dengar Hakim bercakap. Saja nak
kenakan aku. Ciskek! Takpe. Aku akan buat mamat senget tu patuh arahan aku. Dia
pun bukannya nak sangat satu grup dengan aku. Berani kerat jari. Err.. kuku
jari je!
“Okay fine!”
Hakim tergeleng kepala. Nafas lega dihembus
perlahan. Apa pun tak boleh! Ada juga manusia yang tak nak berpasangan sama
tunang sendiri. Pelik betul.
Langkah kuatur ke khemah perkongsian mamat senget
dan Izuan. Disaat semua orang sibuk mengemas barang sendiri, aku anggap ini
kesempatan yang baik. Tak ada siapa perasan apa yang bakal aku buat. Hee… bukan
benda jahat. Ajak berbincang je. Bincang laa sangattt! Ini satu arahan!
“Err…” baru nak panggil, tuan empunya diri sudah
keluar terlebih dahulu memeranjatkan aku. Freeze!
Farhan juga terkejut. Tegak badan melihat sekujur tubuh di hadapan khemah.
Uuuu… nasib tak putus urat kentut!
“Buat apa kat sini?” soal Farhan tegas.
Tengok tu! Belum apa-apa dah tegang. Macam ni nak
segrup sama aku? Minta maaflah. Baik aku sekumpulan dengan monyet daripada dia!
Cebikku meluat.
“Aku nak say
something kat kau. Important.”
Jawabku meleweh-leweh. Selebihnya rasa terkejut mula hilang. Bosan. Nak aje aku
blah dari sini. Mengapalah aku
ditemukan dengan manusia ala-ala alien???
Kening pemuda itu ternaik menandakan aku menerus
bicara.
“Aku nak kau bagitau diorang yang kau tak nak
satu kumpulan dengan aku. Bagilah alasan apa-apa pun. Yang penting bantah.”
tuturku laju senafas lalu berpaling ingin memula langkah namun kaki terhenti
sebaik sahaja dia bersuara.
“Tu je?” Sarkastik punya soalan! Farhan
membetulkan topi di kepala. “Aku ingat penting la sangat. Sampai sanggup datang
khemah. Rupa-rupanya….”
Bingkas aku menoleh. Nafas kencang. Mata bertukar
tajam. Hati bagai dikoyak rabak. “Rupa-rupanya apa? Kau nak cakap yang aku ni
terhegeh-hegeh kat kau la kiranya? Ke kau nak cakap budak muka buruk ni saja
suka-suka tayang muka hodoh dia depan khemah kau macam takde maruah takde harga
diri? Macam tu ke?” bengangku kian membara. Makin lama makin menyampah dengan
dia. Salah aku dia cari, salah sendiri buat tak nampak. Perasaan yang sama
sewaktu pertama kali aku ketemunya. Perlanggaran di hadapan bilik pentadbiran
hingga siku tercalar. Pertemuan di tangga hampir-hampir aku tumbuk muka
kacaknya bersaksikan Aizat sebelum pulang ke dorm. Perasaan benci!
Sangat-sangat! Hilang segala impian yang kuharapkan selama ini.
Farhan terus terdiam. Terkedu barangkali. Mulut
tak ada insurans betul. Kesian Mai.
“Aku sedarlah siapa aku. Tak payah kau nak ingatkan
banyak kali. Kedatangan aku kat sini bukan suka-suka buang masa. Aku datang
cuma nak beritahu kau supaya kata tak setuju pada diorang kalau diorang tanya
sama ada kau nak segrup dengan aku atau tidak. Itu sahaja! Aku tahu la aku siapa.
Takkan terhegeh-hegeh dekat manusia bongkak macam kau!” bentakku kasar seraya
berlalu pergi.
Mata dipejam serapat mungkin mengumpul kekuatan.
Cuba mengurangkan perasaan geram terlebih dos dalam jiwa. Inilah yang paling
hendak aku elakkan jika bertemu dua mata. Kejadian yang langsung tak diingini
telah pun berlaku. Aku rasakan suatu pembaziran mengikut mereka dalam misi
perkhemahan ini. Apa yang aku dapat selama duduk di hutan ini hanyalah sakit
hati, geram, benci, marah, menangis. Gembira? Hanya seketika. Benarlah orang
kata golongan pendiam adalah yang selalunya menangis. Golongan yang suka tidur
sebenarnya kekosongan. Itulah aku! Lebih bagus duduk rumah tolong mama tumbuk
belacan. Gerutu hati.
“Han, korang dah bincang ke pasal pertukaran
pasangan? Mai ada cakap tak?” muncul Hakim diikuti Ashraff, Khairul dan Aizat
dari arah belakang setelah bayang-bayang gadis itu hilang dalam tempoh 2 minit
tadi. Izuan pula entah ke mana.
Farhan menoleh terperanjat. Kuss semangat! Bila
masa bebudak ni datang? Senyuman pantas diukir menghilang gusar. Muka innocent mereka meyakinkan Farhan tiada
siapa terdengar dan lihat kejadian teruna dan dara tadi. “Kami segrup.”
“Alhamdulillah!” Masing-masing memanjat syukur.
Aduh, takde dah pening-pening kepala nak fikir perihal pasangan nak satu ini.
Nak terbelah otak fikir masalah depa!
Nak lari dari aku? You never win. Bisik Farhan.
BERBAKUL sumpah seranah terpacul dari celah
bibir. Bengang bertapak di hati. Lain dirancang, lain jadi. Dan sebagai hukuman
atas syarat sendiri, aku mengetip kuku sambil bersila di atas tanah. Nasib hari
ini hari Khamis. Sunat. Sambil-sambil tu, mata mengerling pemuda itu. Diam aje
selama bersama denganku pagi tadi. Tak dengar langsung suara segak dia itu.
Bila aku bangun, baru dia bangun. Bila dia pula bangun, aku ikut sama. Cuma
pergerakan agak lambat. Jarak antara kami lebih kurang 10 kaki. Baguslah. Masing-masing
buat hal sendiri. Aman dunia. Kalau tak melaser memanjang. Alah, lagipun buat
apa dia nak bercakap dengan muka buruk ni. Mama… sedih.
Kurang lima minit berehat, dia berdiri. Memandang
panorama sekeliling sebelum tunduk merenung gadis yang enak bersila buat gaya
macam hutan tu ada share dengan family sendiri.
“Lama lagi ke?” Barulah suara macho high class kedengaran mengatasi suara
burung-burung yang berkicauan di sana sini. Metafora terlebih..
Aku mendongak. “Kenapa?” Balasku kasar. Dengan
dia tak adanya nak sopan santun. Gangster sudah!
“Just asked.”
Eleh.. nak blah tu blah je la. Aku boleh cari jalan
sendiri! Omelku.
“Bayar nazar ke tadi?” soal Farhan seraya memeluk
tubuh. Bosan kut lama senyap. Tiada geng diajak berborak.
Gulp! Oii.. macam mana dia tahu aku punya
nawaitu? “Pagi tadi nak potong tapi tak sempat. Ni je masa terluang.” Bohongku.
Kelihatan dia senyum senget. Ah! Tak lain tak
bukan hendak memerli la tu. Aku buat bodoh. Eh, buat apa bercakap dengan dia!
Diam Mai! Zip mulut.
“Kau rasa perlu ke?”
Huh? Keningku ternaik sebelah.
“Tak ada la. Just…
amazing. Selalu diam aje bila ada aku. Berbual pun sama Izuan and others. Almost three days berada dekat sini, boleh dibilang guna jari
berapa kali kau sedekahkan air liur untuk aku seorang. Kadang buat aku macam
tak nampak aje. Ni terlebih detail
pula beritahu. Something weird just
happen, I guess.” Tenang dia berucap lalu bersandar di sebatang pokok.
Merenung raut wajah gadis yang sudah berubah rona.
Ek eh… dah ditanya, aku jawab la. Karang orang
fikir gila pula cakap sensorang. “Okey lepas ni budak muka buruk ni takkan
cakap sepatah pun. Case closed!”
putusku. Kuku diketip sampai habis.
Farhan tersentap. Mai… jeritnya menahan pedih.
****
ANAK panah yang
melekat di pokok dipandang. Huh. Checkpoint
7. Ini yang terakhir… “Putera!”
Teriakan Ashraff di belakang membuatkan Putera
memaling tubuh. “Apa?”
“Last arrow
ke?” Isyh! Semak ni bikin kaki aku gatal la. Adeh…
“Haah. Adoi… penatlah. Dah tu semua checkpoint aku kena mark. Kau bukan nak tolong. Jalan dah la lambat mengalahkan pompuan. Kenapalah aku ditakdirkan berpasangan
dengan lelaki? Dengan kau pulak tu. So
bored!” rungut Putera. Peluh yang merenik di muka dilap pada lengan baju.
Basah dah pakaian aku! Musyuk tau.
Ashraff cekak pinggang. Cis! Penghinaan kurasa
tika ini. “Apa dia? Aku kurang dengar la. Bosan? Sebab aku jadi partner kau?” Ada juga yang kena smackdown kat sini karang. Lengan baju
dilipat-lipat sampai bahu. Bunga-bunga silat nak keluar dah ni. Jaga-jaga Cik
Salmah!
Putera mencebik. Eleh.. “Kalau ya kenapa? Tak
puas hati?” perlinya lagi. Kali ini Ashraff tak tunggu lama. Terus dicekup
kepala Putera dan diletak di bawah ketiaknya yang dah berpeluh sakan semenjak
tadi. Menjerit kuat Putera. Cis! Ketiak bau asem!
Perut Ashraff digeleteknya hingga ketawa mengekek-kekek budak tu. Bergelut
punya bergelut sampai tak perasan mereka telah melanggar anak panah yang tergantung
di pokok sebentar tadi. Sepatutnya anak panah itu ke kiri! Tapi kini sebaliknya.
Anak panah itu berubah ke arah kanan.
“Dah la! Jom blah.
Karang lambat. Sekarang dah pukul berapa. Confirm
bebudak tu ramai yang dah sampai. Haus ni.” Mereka berdua menyusuri jalan untuk
ke tapak kem semula tanpa melihat perubahan yang membawa kepada kecelakaan.
****
SEDANG berjalan, terasa
kian berdenyut. Aku tahankan aja. Boleh lagi ni. Jalan macam biasa. Jangan
mengada! Pujukku. Akan tetapi makin lama aku bergerak, makin sakit membuatkan
aku terpaksa berhenti seketika. Mama, sakit…
“Kenapa berhenti?” soal dia di belakang. Aku
toleh sekilas.
“Tali tercabut.” Dalihku. Pura-pura mengikat
walhal nak tengok kaki. Perlahan-lahan kasut dibuka lalu membelek tumit apabila
tak disedari Farhan yang sibuk melihat flora dan fauna. Tumit melecet. Aduh
sakitnya! Macam mana nak jalan ni? Nak beritahu dia? Tak nak ah! Kang tak
pasal-pasal kata aku mengada, konon nak bermanja, menggedik dengan dia. Choi!
“Berdarah ke?” Suara itu menerpa corong telinga
bikin aku terperanjat. Farhan dah mencangkung di sebelah. Kakiku direnung. Dada
dihambat debar.
Erk! “Err, tak. Sengal je.” jawabku spontan.
Dekat sangat ni. Minyak wangi dia mencucuk rongga hidung. Tahulah mahal!
“Nak minyak?” tanya Farhan. Aku menggeleng laju.
“Nope. Aku okey.” Tegasku. Aku sarung
semula kasut ke kaki. Jangan harap aku akan tampak lemah di matanya.
Farhan keluarkan minyak angin dari beg galas lalu
disua padaku. Terpinga-pinga aku dibuatnya. “Sapu kat tumit tu.” arahnya.
“Tak apa. Bukan sakit sangat pun.” Tolakku
sengaja buat suara kasar. Nak bagi dia bosan.
“Sapu!” tegasnya lagi. Aku merengus. Suka memaksa
laa dia ni! Dengan geram aku meregut botol minyak tanpa memandangnya yang
sedang merenungku tak berkelip. Biarlah nak kata aku perempuan tak kenang budi
ke perempuan tak macam perempuan ke. Biar! Stoking kuleraikan lalu menyapu
tumit yang kelihatan memerah.
“Lain kali guna kasut tapak rata. Bukan fit di
bahagian tumit.” Pesanan Farhan aku buat tak dengar.
Aku diam tak menjawab. Cepat-cepat aku sapu dan
pulangkan semula kepadanya. “Thanks
anyway.” Ucapku tak ikhlas. Tali kasut diikat semula.
Farhan menggeleng saja. Cakap terima kasih pun
nak marah-marah. Dia memasukkan semula botol minyak ke dalam beg galas. Baru
saja berdiri, aku bersuara lagi membuatkan tunduk merenung.
“Lain kali duduk jauh-jauh sikit. Kang termuntah
pulak tengok muka buruk ni.” sindirku pedas kaw-kaw dan menerus perjalanan
meninggalkannya yang jelas tergamam. Berubah terus airmuka Farhan. Sentap!
Rasa nak tarik je budak ni dalam pelukannya. Biar
kena peluk! Senyap sikit mulut tu. Tapi Han, Mai jadi macam ni pun sebab kau.
Kalau kau tak mulakan, semua ni takkan terjadi. Kutuk akal. Farhan pasrah.
Redha aje la. Apa nak buat. Dah sayang… Semua berpunca dari mulut.
Kami berjalan lagi hingga terjumpa satu lagi anak
panah. Memandangkan kami grup terakhir, anak panah itu perlu di bawa pulang
sekali. Farhan mencabut anak panah warna merah itu lalu dimasuk dalam beg. Dia
pandang aku yang kelihatan gelisah.
“Kenapa?” soalnya hairan.
“Betul ke ikut kanan?” soalku ragu-ragu. Tengok
macam semak sangat kawasan itu. Yang belah kiri nampak tenang je. Hesy! Biar
betul?
Farhan pandang keduanya. “Betullah tu.” Aku
membuntuti Farhan hingga jauh ke dalam sana dengan dikelilingi lalang yang
meninggi hingga menenggelamkan separuh badanku yang rendang comel molek ini.
Sesuatu tidak enak bertandang di hati. Kenapa ya?
“AKHIRNYA…! Penantian suatu penyeksaan,” Iman
melepaskan lelah. Botol air diteguk rakus macam dah sepuluh hari tak minum.
“Mana yang lain? Tak sampai lagi ke?” Soal Aisyah
mengambil tempat disebelah Iman. Iman menggeleng. Tak larat nak bercakap!
Tak lama menunggu, seorang demi seorang muncul.
Muka semua jangan cakaplah. Macam panjat gunung aje lagaknya! Letih ya amat.
Dalam pada itu, Wana di khemah berasa tidak selesa sejak dia baring sebentar.
Berulang kali dia minum air. Baca selawat dan beberapa potong ayat. Dada
digosok perlahan namun rasa itu tetap hadir.
Isyh! Tak boleh jadi ni. Getusnya. Segera bangun
keluar. Kumpulan rakan perempuan dihampiri. “Semua dah ada ke?” tanya Wana
senada. Wajah di biasakan agar tak terlihat garis-garis tidak enak.
“Mai je belum sampai lagi. Tak silap aku Mai
berpasangan dengan Farhan. Dorang group
terakhir.” jawab D.
Wana terdiam sejenak. Belum tiba? Eh lamanya!
Sekarang dah pukul berapa? Ada apa-apa terjadi dekat mereka ke? Atau sesat? Tak
kut. Papan tanda ada. Wana menitip sabar. Tampak dia terlalu beremosi walhal
mereka selamat sejahtera. Sejujurnya dia bimbang tentang Mai. Hanya dia seorang
saja yang tahu perihal hubungan pasangan itu. Kalau apa-apa terjadi pada Mai,
dia takkan berdiam diri. Humairah sudah diibaratkan kembar Wana.
“Entah-entah dorang sesat tak?” Terpacul ayat itu
dari bibir celoteh Iman membuatkan Wana yang baru nak bergerak ambil telefon
bimbit terkedu. Darahnya terus berderau naik ke kepala.
****
AGAK lama perjalanan hingga aku tak terdaya lagi.
Badan melorot jatuh di atas tanah tanpa sempat ditahan. Farhan terkejut. Pantas
didekati gadis itu.
“Kau okey tak ni?” cemas suara Farhan. Bahu gadis
bertudung merah jambu disentuh.
“Takk… larat…”
Farhan membuka penutup air mineral lalu didekatkan
ke bibir gadis itu. Aku meneguk tanpa segan silu. Berdeguk-deguk masuk ke
kerongkong hingga meleleh ke mulut. Tak kira malu dah! Terlalu penat dan
dahaga.
“Thanksss.” Ucapku setelah mendapat sedikit
tenaga. Itu pun masih tercungap-cungap tarik nafas. Mati macam ni… bilalah nak
sampai?! Kaki makin berdenyut tetap aku pertahan.
Farhan duduk di sebelahku. Dia mengeluarkan
sebungkus roti coklat dan vanila. “Nak yang mana?” tanya dia. Aku mengerut dahi
tanda tak faham.
“Aku tau kau lapar. Memang aku bawa spare. Nak yang mana? Vanila atau
coklat?” Farhan bertanya lagi bila mana aku membisu sahaja.
Aku dengan rasa malu menggunung terus mencapai
roti perisa vanila. Menyesal kerana tertinggal air dan sedikit makanan padahal
dah prepare. Cis! Nampak benar aku
dah nyanyuk. Tak lama lagi nama aku naik untuk tempahan seterusnya ke hospital
bahagia. Kan dah terhutang budi.
“Roti kau aku ganti nanti.” Farhan kalih pandang.
“Tak payah. Berapa sen sangat roti ni.” Juihku.
Yalah, orang kaya. Setiap sen tak berharga. Semua pandang wang kertas je.
Spesies berharta memang gitu. Kutukku.
Sepi dua tiga minit… hanya kedengaran unggas dan
kicauan burung…
“Jauh lagi ke?” Teragak-agak aku bertanya setelah
beberapa minit berlalu. Farhan sekadar jongket bahu.
“Aku rasa kita makin jauh je dari dorang. Tak
jumpa satu anak panah pun. Sebarang tanda pun tak nampak.” Lemah badan. Wana!
Tolonglah temui aku kat sini…. Huwaaa!
“InsyaAllah ada. Mungkin depan sikit ada anak
panah.” Sambung Farhan lagi. Namun hatinya hendak berkata, kita dah tergolong
dalam kumpulan sesat Mai. Anak panah untuk jungle
tracking ini sebenarnya dah sampai ke kemuncak. Ada 7 sahaja seperti yang
diberitahu Izuan semalam. Dan anak panah terakhir tadi ialah yang ketujuh! Dia
sendiri bingung nak cari jalan keluar. Sewaktu berjalan tadi, dia asyik menelek
telefon kut kut ada coverage mendail
nombor Izuan. Namun hampa! Farhan tak sampai hati nak beritahu tatkala Humairah
kelihatan sangat lemah. Kalau dia cakap kang banjir pula hutan! Dan ada sesuatu
yang buat hatinya berasa tak sedap. Peristiwa lama berulang berlayar di minda
membuatkan Farhan sentiasa berjaga di persekitaran.
“Aku takde selera.” Plastik roti kulipat. Farhan geleng
kepala. “Habiskan. Nanti lapar.” Lembut dia nasihat. Aku tetap tak mahu.
“Pagi tadi kau jamah nestum 3 in 1 je, kan?
Sekarang dah petang. Perut masuk angin nanti.” Aku ternganga. Uiks! Macam mana
dia tau aku sarapan benda tu je tadi?
“Aku nampak kau curi-curi keluar ambik air
panas.” Jelas Farhan seperti tahu-tahu apa yang bermain di fikiran Humairah.
Aku tercengang. Menghendap! Dah takde kerja lain nak buat ke?
Lima minit berlalu pergi… Farhan pun dah selesai
makan. Kami bersandar di batang pokok secara bertentang. Memandang sekitar.
Penuh hidupan menghijau. Berehat sebentar sebelum memulakan aktiviti.
“Kau lagi berapa tahun nak habis U?” Tiba-tiba
Farhan bertanya setelah sepi antara kami.
Aku kerut dahi. Apahal pulak nak tau? “Setahun.”
“Dah list nak ambik praktikal dekat mana?” Banyak
tanya pulak.
“Belum.”
“Dah prepare nak kahwin?” Bulat bebola mata. Eee…
apeni?! “Mereng ea?” marahku. Tetiba tanya soalan luar alam apehal!
Farhan senyum sinis. “Manalah tahu dah ada calon lain.”
Ayat terakhirnya mengguris hati. Aku tak membalas apa-apa dan ambil langkah
diam. Sakit hati je yang dapat.
“Kalau dah ada yang lain, beritahu aku. Senang
aku nak kasitau family kita.” Sengaja ditekan word family ingin mengingatkan gadis itu masih mempunyai hubungan
dengannya. Sesekali harus diajar! Sampai bila nak ikut je, kan? Meh sini Abang
Amirul ajar bahasa hati.
“Kau bila pulak nak kahwin dengan Nazatul?” Aku
balas balik. Mencerlung matanya mendengar soalan aku. Aik? Nak marah? Bukan ke
kau dengan dia sekarang?
What?! “Nonsense,
Mai!” Farhan membangkang kuat. Terkejut aku! Badan terhinjut menahan gugup
tatkala dia menjerit sebegitu.
“So, kau tiada hak untuk tahu apa yang berlaku
kat aku. Aku nak kahwin ke aku nak belajar ke hapa!” bidasku lagi. Farhan
senyum sinis. Takde hak?
“Kau lupa ea? Tak ingat dah yang kau masih
memegang status tunangan orang? Tunang kepada lelaki bernama Tengku Amirul
Farhan Tengku Umar! Selagi cincin belum dipulangkan semula, kau hak aku
walaupun bukan sepenuhnya. Sebahagian dari keluarga aku. Faham?” bengang Farhan
menjadi-jadi. Baru hari ini nampak dia punya marah menggila. Selalu cool semedang. Timbul urat-urat di dahi
tatkala dia marah.
Makin lama makin bernanah telinga dengar. Dia
bercakap pasal hak? Habis tu hak aku untuk bersuara mana? Dasar mulut longkang!
“Hal aku dah takde kaitan dengan kau. Kau sendiri yang cakap macam tu kan?”
balasku tak puas hati. Walhal hati mengia setiap pertuturan katanya.
“Memang aku cakap macam tu. Tapi sesudah kita
putus secara rasmi. Sekarang yang tahu hal pemutusan tunang ni cuma kau dan
aku. Mama papa aunty uncle langsung tak tahu. Sampai bila nak biar?
Bertahun-tahun lagi? Sampai bila kau nak seksa perasaan orang? Perangai kau
daripada zaman sekolah dulu hingga sekarang tak berubah, Mai. Suka buat
keputusan melulu, terburu-buru dan pentingkan diri. Selfish!” tegang aje suara Farhan. Merah muka menahan marah atas
kedegilan Humairah yang suka ikut kepala sendiri.
Mataku bergenang. Sedihnya. Pedih hati apabila
dituduh selfish. Aku buat semua tu
pun sebab sayangkan kau tahu tak?! Aku nak yang terbaik untuk kau! “Salah aku
kau nampak? Salah kau tak nampak?” hamburku tak tertahan. Biar semua habis
sini. Senang cerita!
“Salah apa? Apa yang aku buat? Kau yang minta
putus padahal kau tahu kita boleh move on.
Baru lagi! Kau tahu aku baru habis exam,
time tu juga kau minta putus. Kau tak
pernah fikir langsung hati dan perasaan orang lain!” bidas Farhan nada tinggi.
Perlahan-lahan air mata menits ke pipi. Aku
menyeka guna jari. Farhan melihat berasa belas. Dalam hati banyak lagi yang nak
diperkatakan tapi melihat keadaan Humairah, hatinya jadi lemah. Titisan jernih
yang mengalir seperti ais di dalam badan. Lenyap terus rasa amarah.
“Aku minta maaf, Mai. Takde niat pun nak buat kau
menangis. Tapi aku perlukan jawapan. Jawapan yang tertangguh selama 2 tahun.
Tempoh tu cukup lama untuk hati aku bertahan, Mai. Macam bayang-bayang. Selalu
ikut mana aku pergi tapi susah untuk pegang.” Tutur Farhan.
“Aku tahu aku salah. Aku yang mulakan. Tapi aku
dah janji dengan Nazatul. Kau lebih layak dengan dia. Aku serba kekurangan. Aku
takde apa-apa yang istimewa pun.” teresak-esak aku menangis.
Farhan mendengus. Lagi lagi budak tu! “Tolong
jangan sebut nama dia lagi boleh tak?” Muak dengar nama perempuan itu
disebut-sebut. Aku diam menekur ke tanah. Air mata disekat perlahan.
“Aku pun tak perfect,
Mai. Aku juga manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Sepatutnya kau tanya aku
dulu. Bukan tuduh melulu.”
“Aku minta maaf,” pintaku dengan rasa rendah
diri. Banyak khilaf aku pada pemuda di hadapan ini. Meninggalkannya
terkapai-kapai mencari sebuah jawapan selama 2 tahun. Membuatkan semuanya
menjadi salah faham. Aku yang mencetuskan huru hara!
“Aku boleh maafkan kau. Tapi bersyarat,”
Terdongak kepala memandang Farhan yang tika itu sedang merenung wajahku. Timbul
suatu rasa di pangkal benak.
“Syarat apa?” Aku lap air mata dengan hujung
tudung. Malu pulak rasa menangis depan lelaki. Farhan pulak tu! Adehh..
“Kau still
nak putuskan hubungan atau move on?”
Err… alamak! Soalan bahaya. Silap pilih terancam
nyawa. Satu jawapan merubah dunia. Melihatkan segalanya sudah terjawab, malu
pulak rasa nak cakap ya. Tapi kalau tak cakap, kang aku pula yang patah hati!
Tak rela menangis lagi. Huhu! Ecehhh gatal Mai noh!
“I’m
waiting…” meleret suara Farhan buat aku sesak dada. Aduh… suara dia gegar
iman kot! Aku tarik nafas sedalamnya. Susahnya soalan ini lahai…! Bagilah
soalan SPM ke PMR ke tak pun UPSR. Senang sikit den nak jawab. Perlahan-lahan aku angguk kepala dan segera menunduk
semula. Aku yakin pipi aku dah macam buah tomato. Macam ni ke rasa bahagia?
“Angguk tu kategori mana?” usik Farhan nakal.
Erk! Tergigit lidah. “Err… yang tu la..” gugupku.
Allahurabbi! Kenapa dada aku bagai nak pecah ni? Berpeluh badan. Dia ni pun
tanya macam-macam. Eee aku backhand nanti baru tau!
“Yang tu yang mana?” Saja main tarik tali. Julung-julung
kali nak tengok Nur Saffiya Humairah malu-malu kucing. Hati Farhan tercuit
dengan keletah Humairah.
“M.O.” jawabku tersipu-sipu malu. Makin melebar
senyuman Farhan. Alhamdulillah… semua dah berakhir!
ORANG kata jangan ketawa banyak nanti berduka.
Jangan terlalu menangis nanti buta. Aku ni kategori mana? Baru beberapa jam
berbaik, kami bergaduh semula. Farhan punya balasan bagi setiap pertanyaan aku
sangatlah menyakitkan hati. Cis! Baik aku buat jarak balik. Sebal!
“Aku rasa kita dah
sesat.” Ujarku rasa nak nangis.
“Memang kita dah sesat.”
Balasan selamba Farhan membuatkan aku terkejut
lantas memandangnya tajam. Farhan relax
je bermain telefon bimbit sambil berjalan.
“Kau cakap apa?”
“Kita memang dah sesat.” Ulang Farhan. Gigi
kuketap. Geram. Waktu-waktu begini boleh pula dia main-main! Farhan kerlingku.
Dia tutup handphone.
“Kalau kau ingat aku main-main, terpulang. Tapi aku
kena beritahu kau yang kita memang dah sesat sejak tadi lagi. Anak panah
terakhir tadi ialah anak panah ketujuh. Tapi aku tak berapa nak ingat jalan
balik ke kem.”
“Tak mungkin la!” jeritku tak puas hati. “Kau
sengaja, kan?” Tepat jari telunjuk ke batang hidungnya. Farhan tenung aku bagai
nak telan. Nak je patah-patahkan tengkuk dia tu eee!
“Selama ni aku main-main ke?” tegas Farhan.
Kelu lidahku dari bicara selanjutnya. Mama, Mai
sesat lagi! Betul-betul aku nak meraung. Warghhhhh!!
Peristiwa lama berlayar di ingatan. Heartbeat tiba-tiba berdetak laju. Ya
Allah, janganlah ada spesies Apit Kochai lagi. Tolonglah aku ya Allah. Tanpa
sedar aku memegang perut. Bekas parut lama masih ada…
“Doa banyak-banyak takde binatang buas dalam
hutan ni.” selamba aje dia bercakap gaya tiada apa-apa. Padahal hati dah gelak
tergolek.
Aku tarik nafas. Cuba melawan rasa takut yang
hadir. Kejap menoleh kiri, kejap kanan. Nafas makin kencang.
“Aku nak keluar dari tempat ni!” gesaku lalu berpatah
balik ke belakang. Apa nak jadi pun jadilah! Aku nak balik! Belum menjauh,
serta merta pergelangan tanganku direntap kuat.
“Kau nak pergi mana?” keras nada suara Farhan.
Marah dengan kelakuan aku yang suka terburu-buru buat keputusan. Tadi dah elok
dah. Sekarang nak buat hal! Ada juga yang kena peluk ni kang.
“Aku nak blah!
Aku tak nak duduk dalam hutan ni!” jeritku sepuas hati. Tangan cuba direntap
kembali namun Farhan menguat pegangan hingga tubuhku tertarik sama mendekatinya.
Aku menelan liur. Nafas lelaki ini serasa hangat di pipiku membuatkan aku
pandang tempat lain.
“Kau.Tak.Boleh.Pergi.Tanpa.Aku.Faham?”
satu per satu Farhan menutur.
“Aku boleh pergi tanpa kau,” sahutku pantas.
Kepala kudongak menentang anak matanya. Ingat aku tak berani laa? Heh! Ini
Humairah la. Kalau dulu memang aku pengecut tetapi sekarang… err… berani sikit.
Lama kami bertentang mata hingga aku terleka melihat ciptaan terindahNYA. Warna
hazel kegemaran aku… Warna mata dia…
“Puas tenung aku face-to-face?” usiknya membuatkan aku tersedar semula. Wajah
bertukar rona merah. Aduh, panas! Macam mana aku boleh lalai ni? Serta merta
aku menarik tangan dari pegangannya. Malu! Malu! Haish! Kenapalah aku boleh
leka? “Jangan pegang-pegang aku la!” marahku cuba menutup malu yang bermukim di
hati.
Farhan tunduk, sedar dia terlepas pandang hal
yang satu itu. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa laju jantung mengepam tatkala
ditengok sebegitu. Mata dia… bulat. Pipi dia merah. Comel. Senyum Farhan dalam
hati.
“Kalau kau tak nak beritahu aku mana jalan
pulang, aku boleh cari sendiri!” getusku.
Farhan angkat kening. Mencabar kredibiliti aku
nampak! “Silakan… kau boleh tanya daun, batu, kayu, pokok dan segala benda
dalam hutan ni.” jawab Farhan bernada sarkastik.
Aku ketap bibir. Oh, kau cabar aku ea? Takpe.
Kita tengok. “Batu-batu, mana erk arah nak keluar dari tempat ni? Kau mesti
tahu kan? Yalah, ada manusia pun tak boleh nak tolong. Tahu nak marah-marah
orang. Nak arah-arah orang sesuka hati. Agaknya kau lebih bijak dari otak
manusia, kan?” tanyaku pada batu besar yang terdapat di situ.
Berubah air muka Farhan. Cis! Perli la? Budak ni
kan suka sangat naikkan darah manis aku. Nasib tunang sendiri. Kalau tak, dah
lama kena tinggal! Gerutu Farhan.
“Orang kata dalam hutan jangan terlalu berlagak,
mulut kena jaga dan kena selalu hati-hati sebab banyak….” mati habis ayat
selanjutnya apabila Humairah merapatkan tubuh ke badannya. Heee takut ke?
Farhan tahan gelak. Gelihati tengok muka gabra Humairah. Tadi kemain berani.
“Banyak aaapa?" gagapku. Maakkkkk! Janganlah
kata banyak ‘menatang’ itu. Itulah. Mulut cabul sangat!
"Banyak pokok."
Ternganga aku seketika. Pokok??? Cis! Dia
main-mainkan aku! Aku menjauhinya dengan perasaan bengang. Aku ingatkan apalah
tadi. Tak guna betullah! Nak je debik muka dia. Tak pun sumpit. Eeee geramnya
subhanallah…
Farhan sengih nakal. Haha! Kelakar kot tengok
muka pucat Mai. Mesti fikir lain tu. Indahnya dunia kenakan orang sekali
sekala. Sekarang Farhan dah ada hobi baru. Mengusik budak penakut tapi berlakon
gangster! Hehe.
“Now
ikut aku. Kita cari jalan keluar. Jangan berpecah. Sentiasa ada di belakang
aku. Ingat, hutan tak sama macam kebun.” Nasihat Farhan.
Aku menjuih bibir. Memanglah hutan tak sama ngan
kebun. Ejaan pun berbeza. Apalah! Nampaknya aku harus buat jarak balik antara
kami. Dia ini memang menyakitkan hati! Huh. Macam manalah hidup berdua dengan
dia nanti? Setiap hari kena check
temperature. Suhu naik turun tak menentu! Hailah…
***
DUA JAM berlalu namun yang ditunggu tak kunjung
tiba bikin resah hati rakan-rakan. Pelik pun iya. Takkan sesat kut? Petunjuk
sudah diberi. Mungkinkah sesuatu telah terjadi pada mereka berdua?
Ditangkapkah? Atau telah diterkam binatang berbisa? Astaghfirullahalazim.
“Aku nak pi cari depa.” Khairul tekad. Apa nak
jadi pun jadilah!
“Haah. Aku pun sama.” Aizat bangun.
“Me too!”
Syafiq volunteer.
“Kita tunggu dulu. Mana tahu sekejap lagi dorang
tiba.” Cadang Hakim cuba menutup keresahan yang melanda jiwa
sahabat-sahabatnya.
“Sampai bila nak tunggu? Wei, jungle tracking ni mengikut perkiraan
aku tak sampai 3 jam tau kalau ikut anak panah! Aku kenal sangat Farhan. Dia
takkan saja-saja nak bawa Mai terokai hutan. Ni mesti ada apa-apa ni. Aku tak
sedap hati dari tadi laa.” Bangkang Khairul.
Semua terdiam. Ada benar kata-kata lelaki berbaju
merah itu.
“Tapi kita tak boleh buat keputusan sendiri.
Kalau semua pergi then siapa nak jaga
khemah? Kut kut la dorang sampai tapak khemah waktu kita semua cari depa. Macam
mana?” Putera mencuba nasib. Waktu itu dia teringat sesuatu. Dia dan Ashraff….?
“Kita berpecah! Beberapa orang duduk sini tunggu.
Perempuan especially. Jangan ke
mana-mana! Biar lelaki sahaja yang cari. Karang apa-apa berlaku susah. Dua tiga
orang lelaki jaga sini. Yang lain ikut.” Putus Izuan sedari tadi menjadi pendengar.
Serius betul air muka lelaki yang digelar pendiam di sekolah itu. Ini antara
hidup dan mati. Farhan dan Humairah harus dicari sampai jumpa! Ini sudah jadi
kes hilang!
Putera dan Ashraff menelan liur.
No comments:
Post a Comment