WAKTU menginjak senja. Masing-masing dah
kepenatan. Aku dah naik semput berjalan. Farhan pula kulihat tersandar di
pokok. Tak kira berapa banyak keringat mengalir. Agak dah berpuluh baldi kut.
Apa yang pasti kami tersangat letih! Tubuhku melorot jatuh ke tanah.
“Aku tak larat,” ujarku tercungap-cungap tarik
nafas. Jantung rasa nak tercabut!
“Tahan sikit, Mai.” Dia pun nak putus nafas aku
tengok.
“Kita dah makin jauh.” Setahu aku jalan ke tapak
perkhemahan tiada curam dan naik bukit. Malah tiada semak samun. Ini bukan
takat semak, dah bermacam-macam benda jumpa. Silap-silap benarlah kata Farhan
sebentar tadi ada binatang buas! Huwaaa!
Nak balikkkk!
“Sabarlah. Nanti jumpa.” Berulang kali ayat itu
diutarakan namun tak jugak ketemu. Ini yang buat aku bertambah bengang! Ayat
lain takde ke?
“Berapa lama nak tunggu?? Berapa lama nak cari??
Hari dah makin naik! Takkan selamanya nak duduk kat sini?! Kau cakap
senanglah!” marahku sambil tercungap-cungap tarik nafas.
Farhan angkat kening. Aik? Cakap gitu pun nak
sentap. Bagi nasihat bukan nak dengar. Degil! Kutuk Farhan di hati. “Okey kalau
kau pandai sangat selok belok hutan ni, go
ahead.” Tukas Farhan. Mendidih je laa hati aku dengan minah ni. Suka sangat
nak marah-marah. Relax-relax dulu tak
boleh ke? Kang aku cium kau nanti, trauma pulak kang. Sabar Han… dia perempuan.
Aku membentak sendirian. Takkan la aku nak kena
pergi seorang? Tamau! Dia ni langsung tak ada ciri-ciri seorang hero la! Huh.
Aku peluk tubuh.
Kriukk.. kriukkk..
Oh oh! Alamat tak baik. Isyh! Waktu-waktu macam
nilah dia berbunyi. Rasa nak tanam muka aje! Bahang malu tak usah cerita.
Berganda-ganda malu hari ini. Cis! Balance
roti perisa vanila aku keluarkan lalu habiskan bagi mengalas perut. Hmm…
laparrrr! Tak ada pizza delivery ke
dalam hutan begini? Huhu.
Farhan sembunyi senyum. Kantoi... Hati nakal
Farhan mengata.
“Dah jom before
gelap.” Ajak Farhan. Seluar berdebu ditepuk. Aku bangun malas-malas.
Penatnyaaaa…! Apalah nasib terkurung bersama dia! Ini semua salah dia! Dia
punca! Asal jumpa dia je macam-macam jadi kat aku. Tension! Bebelku.
Baru setapak dua melangkah, kedengaran guruh
membuatkan kami berdua segera memandang ke langit. Oh mama! Jangan cakap hujan
akan turun! Doaku dalam hati. Memang tadi cuaca mendung. Namun sebaik aku
berkata sedemikian, hujan turun renyai-renyai. Mamaaaaaaa!
“Cepat!” Farhan menarik tangan aku lalu berlari
bersamanya mencari kawasan teduhan. Lintang pukang aku lari bila terdengar
bunyi guruh lagi. Sesampai sahaja di bawah sepohon pokok rendang berdaun lebat,
hujan mula turun lebat. Kami yang dibawah pokok juga basah kuyup walau
dilindungi daun. Aku menahan sejuk sambil peluk tubuh. Gigi beberapa kali
diketap. Ya Allah! Selamatkanlah kami.
Farhan tak sampai hati melihat Humairah menggigil
kesejukan. Lagi pun baju Humairah dah basah teruk hingga menampakkan
lekuk-lekuk tubuh yang tak sepatutnya dilihat. Jaket ditanggal lantas disangkut
pada bahu gadis itu. Aku menoleh tergamam.
“Pakai ni. Nanti demam.” ujar Farhan lalu
berpaling arah lain.
Aku menyarung jaket coklat. Fuhhh! Sejuknya
subhanallah! Namun dalam pada itu terbit rasa kasihan. Farhan pula yang
kelihatan menahan sejuk. Sudahlah dia berT-shirt lengan pendek sahaja. Basah
kuyup lagi. Tapi sanggup serahkan jaket untuk aku semata-mata tak mahu aku
demam. Aku kalau kena hujan sikit pun dah demam inikan pula hujan lebat. Inilah
insan antibodi lemah…
Dummmmm!!
Petir kuat menyambar membuatkan badanku terhinjut
sedikit. Jantung laju tak terkata. Ya Allah, tolonglah kami. Tak henti-henti
aku berdoa. Berulang kali tapak tangan digosok namun kesejukan melampau
membuatkan geseran tidak menjadi. Aku dah terketar-ketar. Badan kurapat ke
tubuh orang sebelah. Berharap dapat merasa sedikit bahang kepanasan. Janganlah
aku demam, please. Desisku.
“Farhan,” panggilku di saat sudah tak terdaya
menahan. Terlampau sejuk! Dah rasa macam kabus di Cameron Highlands!
Dia menoleh dengan wajah basah kuyup. Aku
pandangnya dengan pandangan mengharap. “Sejuk…” hanya itu yang mampu aku
ungkapkan. Mohon dia melakukan sesuatu. Mustahil nak suruh dia cari kayu dan
buat unggun api pada waktu hujan lebat begini.
Farhan memandang Humairah. Mohon gadis itu faham.
‘Maafkan aku, Mai. Aku terpaksa.’ Tanpa dipinta saja dirangkul tubuh ini bagi
memanaskan badan. Tambahan lagi bibir Humairah sudah berubah biru. Dapat Farhan
rasakan tubuh Humairah menggeletar. Tidak pasti sama ada ketakutan atau
kesejukan. Petir bersabung lagi mengejutkan kami berdua.
“Kemam bibir, Mai!” Aku menurut katanya. Kepalaku
sandar ke celah lehernya untuk keselesaan. Mamaaa… Mai nak mama…
Dummmmm!!
Kilat memancar lagi. Bersabung guruh dan petir
menandakan hujan tak akan berhenti dalam waktu terdekat. Waktu itu tubuh
Humairah bagaikan terhenti denyutan jantungnya. Tak bergerak! Farhan
mengeratkan pelukan. Dia perlu memanaskan Humairah! “Aku ada Mai. Bertahan.”
Air hujan menitik lebat ke wajahnya namun hanya dibiarkan saja. Asalkan gadis
itu tidak mengapa-apa. Asal Mai selamat.
PENCARIAN diteruskan meskipun hujan. Entah
bagaimanalah pasangan itu menghadapi saat getir begini. “Humairahhh!”
“Farhannnn!”
“Humairah!”
Izuan meraup muka yang kebasahan. Dia terduduk
kepenatan di bawah pokok. Hari sudah mulai gelap. Hujan sedari tadi tak
berhenti. Mata dipejam menahan pelbagai rasa. Hati menangis sendu. Han… kau kat
mana? Mai… Mai di mana? Ya Allah tolonglah beri petunjuk di manakah mereka
berdua berada. Sudah sejam pencarian dilakukan namun tiada sebarang jawapan. Ya
Allah, janganlah diapa-apakan mereka. Jagalah mereka. Rintih Izuan. Dia bimbang
Farhan dan Humairah diapa-apakan oleh penjahat. Dalam hutan begini
berkemungkinan berlaku kerana hal lalu memberi tamparan hebat buat mereka
semua.
Saat mencelik mata, ada sesuatu menarik
perhatiannya. Bingkas Izuan berdiri lalu menggapai benda itu di atas rumput
yang basah. Eh? “Ini bukan ke plastik roti yang Han bawa pagi tadi?” Teringat
Izuan.
“Banyaknya
roti,” usik Izuan.
“Buat
spare.” Jawab Farhan.
Betul! Plastik roti perisa vanila itu memang
kepunyaan Farhan! Dia nampak dengan jelas pemuda itu memasukkan roti ke dalam
beg galas. Ini bermakna Farhan lalu kawasan ini!
“Guys!”
teriak Izuan. Semua berkumpul. Muka tak payah cakap. Lencun habis! “Aku yakin
Farhan dan Mai lalu kawasan ni. Ini plastik roti Farhan.” unjuk Izuan. Semua
berpandangan.
“Mesti ada dekat-dekat sini. Jom cari!” Semua
bersemangat mencari apabila sudah berjumpa petunjuk. Terima kasih Ya Allah!
TUBUH longlai itu dipapah hingga ke tempat yang
dituju. Humairah masih pengsan. Badannya juga panas. Farhan membetulkan jaket.
Kepala Humairah diletak atas bahu kanannya. Farhan melunjur letih. Mujurlah
hujan reda. Jikalau tidak entah bagaimana dia dan gadis ini. Mungkin sama-sama
pengsan agaknya! Sudahlah berat. Adoi…
“Umm… ma… ma…” Terasa tubuh Mai bergerak
membuatkan Farhan menoleh ke kanan. Matanya masih terpejam namun bibirnya
terbuka dan menyebut sesuatu.
“Maa… Maa…”
“Mai, bangun.” Pipi gadis itu ditepuk perlahan.
“Mai kau demam ni.” Humairah langsung tak bergerak tetapi bibirnya masih
menyebut mama. Farhan hela nafas. Sabar Mai. Aku akan cari ikhtiar lain. Perut
berkeroncong terpaksa dibiarkan berlapar. Apa pun tak ada sekarang! Biskut
lemak pun dah habis dimakan. Air nak hilang haus pun tiada. Air terjun jauh
dari gapaian. Haih. Farhan pejam mata.
“Han…” Klik! Celik mata Farhan.
“Han… kau.. kat... mana? Aku… rindu… aku… sayang…
kau… aku.. nak.. kau…” berulang kali aku mengucap perkataan keramat itu dalam posisi
meracau membuatkan jantung Farhan laju berdegup. Air liur ditelan kesat. Wajah
gadis polos itu dipandang. Pelbagai rasa timbul di benak. Ingin saja
dikhabarkan tadi bahawa dia masih sayang pada Humairah, masih cintakan Humairah
dan tak pernah melupakan walau sedetik. Mahu aje dia beritahu dia membaca
setiap post di inbox Facebook; luahan
hati Humairah dan menunggu gadis ini meluahkan secara berdepan dengannya. Ingin
saja dia cakap yang dia terima salam kemaafan Humairah walau hatinya tergores
atas apa yang berlaku 2 tahun lalu. Susahnya memendam. Lagi susah kalau tak
diucapkan. Seksa jiwa raga. Mujurlah semuanya sudah berubah seperti sediakala.
“Aku kat sini, Mai. Sentiasa ada di samping kau.
Aku pun sayang kau.” Farhan terus-terusan merenung sampai tertidur keletihan.
“JUMPA?” Soal Izuan yang tak pernah kenal erti
putus asa. Hari dah jauh malam. Yang lain menggeleng tidak.
“Kejap. Rehat dulu. Aku penat.” Termengah-mengah
Syafiq. Yang lain turut duduk kelelahan.
“Mana dorang ni? Takkan boleh hilang macam tu
je.” Khairul membentak. Nyamuk hinggap pun buat tak nampak je.
“Aku yakin dorang tak pergi jauh. Mengikut
perkiraan aku, dia salah laluan. Sepatutnya di point terakhir dia ikut kiri untuk laluan balik ke tapak kem. Kalau
terus jalan mati. Dia mesti belok kanan. Sama ada dia memang nak ke kanan atau arrow yang salah. Ni mesti ada yang
sabotaj.” Tajam mata Izuan memerhati setiap rakannya yang tekun mendengar.
Ashraff dan Putera meneguk liur.
“So
maksud kau dia ke arah kanan? Sini la?” tunjuk Syafiq. Izuan angguk.
“Jom!” semua bergerak seperti yang diarahkan.
Ashraff dan Putera dah tak tahu nak cakap apa. Memang salah mereka!!! Baru
teringat pergelutan siang hari memungkinkan badan atau tangan mereka terlanggar
anak panah itu.
Tajam mata melingas kiri dan kanan menggunakan torchlight. Semua berdoa dalam hati agar
tak terjumpa apa-apa yang menyeramkan.
Tiba di satu kawasan, langkah Izuan mati. Semua
di belakang ikut sama berhenti. Aizat merenung Izuan. “Kenapa, bhai?” bisiknya.
Bulu roma meremang.
“Itu bukan ke….?” Mati kata-katanya sebaik
melihat pasangan yang sedang tidur di sebatang pokok. Humairah terlentok di
bahu Farhan manakala pemuda itu lebih senang bersandar tegak. Lampu suluh
dihala ke situ.
“Eh! Tu Farhan ngan Mai laa!” jeritan Ashraff
bukan sahaja memeranjatkan yang lain malah mengejutkan Farhan yang sedang lena.
Terpisat-pisat matanya melihat manusia berjarak 10 kaki darinya.
“Yang kau jerit dekat telinga aku tu kenapa?!”
bengang Khairul. Habis diluku kepala Ashraff. Putera menarik nafas lega.
Akhirnya!
“Korang,” serak-serak basah suara Farhan. Seksi. Auw!
“Han! Kau okey tak?” Izuan meluru kepadanya.
Farhan angguk. Mata Izuan beralih pada gadis bertudung merah jambu yang tidur
pulas dengan jaket milik Farhan. “Dia demam kena hujan.” Kata Farhan seperti
tahu apa yang bersarang di fikiran sepupunya.
“Kau okey tak ni, Han? Demam ke?” Putera menawar
diri membantu. Sebab dia bersalah! Huhu. Mati dia kalau semua tahu punca
sebenar adalah dia!
“Aku okey. Takde pape. Tolong bawa beg aku.”
Aizat cepat mengambil beg galas milik bekas ketua pengawas itu. “Hairan aku.
Macam mana kau boleh tersesat sampai ke sini. Semua ikut arrow, kan?” Pelik bin ajaib.
“Aku ikut la. Last
arrow ke kanan.” Balas Farhan.
“Kanan? Eh, kau silap ni. Last arrow ke kiri.” Syafiq membetulkan.
“Kanan. Aku sampai je kat checkpoint tu arrow ke
kanan. Takkan aku nak memain pula.” Tekan Farhan. Ashraff dan Putera diam tak
berkutik.
“Dah la. Benda dah jadi. Yang penting korang
berdua selamat.” Aizat menjadi orang tengah. Bingit telinga dengar gaduh-gaduh
ni. Apa pun syukur!
Farhan tepuk bahu Humairah.
“Mai…bangun. Kita balik.” Aku mencelik mata
separuh saja. Fening-fening lalat! Buka
je mata, aku tengok ramai yang tengah merenung aku. Siapa yang datang memalam
buta ni? Cahaya torchlight yang
dipanah betul-betul ke wajahku amat menyakitkan mata. Aku buka mata sekali
lagi. Ek eh! Ramainya. “Ada buat kenduri ke?” soalku mamai.
Semua pecah ketawa. “Mai, kita orang datang ni.
Jom balik. Kau demam tu.” ujar Aizat bersama sengihan. Boleh kata kenduri?
Biasalah orang sakit kan. Pang pang alang.
Aku pandang mereka kelam-kelam. Erk? Balik mana?
Wajah Farhan kucari. “Balik mana?” Dah macam orang hilang ingatan pun iya
jugak. Sungguh kelakuan Humairah comel di mata Farhan.
“Balik khemah. Dorang dah jumpa kita. Jom.”
Farhan menarik lengan jaket menyuruh aku berdiri. Baru saja bangun tegak,
tubuhku melayang jatuh ke depan. Mujur sempat disambut Farhan. Kalau tak, dah
cantik dah muka kena selut.
“Wan dukung nak?” tawar Izuan. Kesian Mai… tampak
lemah sangat. Tak berdaya langsung.
Belum sempat aku jawab, ada orang dah volunteer. “Its okay. Aku dukung.” Laju Farhan mengendong aku membuatkan mata
semua terbeliak.
KEESOKAN hari on
the spot semua mahu pulang. Wah! Betapa gembiranya aku sampai nak lompat
bintang. Err...tapi tak boleh sebab nanti diorang perasan dan ingat aku dah
sihat. Haha! Aku demam biasa-biasa je. Tapi yang buatkan aku rasa nak operate muka adalah kerana beberapa
kejadian memalukan bersama pemuda yang sama-sama sesat dengan aku tu. Warghhh!
Rasa nak timbus dalam tanah bila teringat momen-momen itu.
“Mid sem
nanti kita camping lagi ea?” usik
Hakim.
Membulat mata aku. “Tak hingin!” Meledak tawa
semua orang.
Barang-barang disusun dalam bonet kereta. Aku
mengesat peluh sambil memerhati gelagat mereka. Panasnya! Pening kepala apabila
matahari memancar ke kulit. Berdenyut-denyut. Walaupun demam beransur pulih
namun bahang mentari serasa hangat di wajah. Nak pengsan!
“Ai..berdiri je? Tak nak tolong ke?” Giat Si
Hakim ni menyakat. Dari tadi lagi, tak habis-habis mengenakan aku.
“Tadi suruh aku duduk diam-diam. Lepas tu bila
aku tak tolong kau bising.” Sindirku sedas dua. Hakim sengih.
“Alaa kau ni cepat noh nak marah. Relax la.
Angin selalu tak baik untuk kesihatan. Kesian baby dalam perut tu.” Buntang biji mata aku. Baby?!! Ini dah lebih.
“Kau teringin sangat ke nak makan penumbuk sulung
aku? Aku sumpit kau nanti!” bentakku geram. Eee! Saja nak kasi aku marah tau
pepagi. Baby dikatanya?! Nak kata aku gemuk la?! Aku telek perut. Buncit ke?
Alaaa habislah…!
“Pagi-pagi tak payah buat muka masam.” Perli
Farhan kebetulan muncul di bonet bersama
beg pakaiannya. Hakim naikkan thumbs up
perlahan-lahan sebelum cabut lari bila tengok aku dah merah muka macam udang
panggang.
“Sukatilah!” balasku kasar. Farhan merenungku
pedas. Eleh…tak takut. Blueekk! Mata melilau cari kekasih hati. Wana kuhampiri.
“Babe,
kita naik kereta Khai nak? Aku nak duduk dengan Iman, D ngan Syah.” Pintaku.
“Aku on
je. Tapi apa pulak kata budak berdua tu nanti. Kau tu under treatment. Perlu rawatan lanjut.” Wana gelak besar. Aku
memuncung. Faham sangat makna rawatan selanjut. Cis!
“Mai!” Pada waktu yang sama Izuan teriak nama
sedap aku. Ahaks! Aku mengeluh malas. Muka bosan ditayangkan.
“Haa… aiyork! Dah panggil. Tak ada chance la kau nak lari.” Sakat Wana di
belakang. Aku mencebik meluat. Huh! Sakit hati kita.
“Nak apa?” tanyaku lemah sebaik tiba di Honda
City. Lemah urat sendi segala.
“Kenapa tak masuk dalam kereta? Kan panas ni. Mai
tu demam.” Kata Izuan dah serupa abah. Aku memuncung. “Bosan la.” Izuan senyum
manis.
“Mai naik dengan kitorang ea?” Izuan mengajak. Makin
panjang muncung mulutku. Dah agak! “Emm.. Wan.. kalau Mai nak naik kereta Khai
boleh tak?” pohonku.
“Mai kan demam lagi. Lagi pun ramai sangat dalam
kereta Khai tu. Takut tak comfortable.”
Tegah Izuan lembut. Mana perempuan tak cair dengar suara dia. Lainlah orang tu.
Cakap asyik nak menyindir je. Sentap hati mak!
“Eh! Tak demam dah. Betul. Dah sejuk.” Aku
meyakinkan dia tapi boleh pula sedut hingus. Nampak sangat tak sihat! Izuan
hampir ketawa.
“Wan okey je tapi Han yang suruh Mai naik kereta
dengan kami. Kalau apa-apa jadi kat Mai, dia yang susah.” Erk! Farhan suruh?
Aku cari wajah itu. Dia leka menelefon seseorang. Mustahil!
“Takkan la?” “Betul.” Angguk Izuan.
“Lagipun Mai tanggungjawab Han. Kalau family Mai tahu Mai demam dan Han tak
jaga, Han juga yang kena jawab. Kan Han dah janji dengan Aunty Husna jaga Mai
dulu.”
Eee.. apakehal pulak dia yang jawab? Family tanya aku, aku la jawab! Entah
pape entah! Eee… berbulu telinga! Muncungku menjadi-jadi tatkala disuruh duduk
di depan. Muka seposen tadi tak jalan langsung. Sungguh menyedihkan. Huwaa! Manakala Wana pula dah lari masuk
kereta Khairul. Ini yang aku nak marah ni! Kurang asam! Dia pulak lari
tinggalkan aku seorang diri kat sini. Tempatnya digantikan Hakim. Tunggu kau,
Wana. Bila dah sihat nanti, aku siang kau macam ikan kembung!
Sebaik masuk dalam kereta, jantung dup dap dup
dap. Gementar! Tangan sejuk mengalahkan pengantin baru. Dah la aircond kuat. Kulit tebal ke apa dorang
ni. Kepala mulai pening. Seat aku
betulkan ke belakang sikit untuk keselesaan diri. Lagu pula membosankan! Entah
stesen radio mana Izuan petik aku tak pasti. Lagu mendayu-dayu merepek mana
dicekutnya. Haih. Baru nak tukar frekuensi, tertancap kelibat Farhan seakan
mahu masuk bahagian pemandu sambil berbual dengan seseorang. Cepat-cepat aku
baring semula dan katup mata.
Dari mata kecik, Farhan sedang memandang handsfree ke telinga. Topi dibuka lalu
diletak atas dashboard. Motif? Tak
tahu. Nak nampak lagi tampan kot. Takut rambut rosak. Eh, tapi rambut dia
pendek. Ah tak kisahlah! Satu per satu kelakuannya menggamit perhatianku. Tali
pinggang ditarik. Matanya mengerling aku. Opss! Tutup mata rapat-rapat.
Agak lama menanti apa yang dia nak buat. Dia
perasan ke aku sebenarnya bukan tidur? Ah matilah! Peluh mula merenik di dahi.
Satu bau harum yang agak kuat menerpa hidung membuatkan aku terkedu seketika.
Eh? Apesal rasa berbahang je ni? Jangan jangan? Jantung macam nak gugur.
Beranilah dia buat apa-apa, aku kuntau sekali!
Zapp! Zapp!
Bunyi tali pinggang ditarik lalu disemat pada
kuncinya membuatkan aku sedikit lega. Oooh dia cuma tolong pakaikan. Aduhhh…
aku pikir apa tadi. Baru aje nak buka mata, dahi terasa hangat. Eh? Apa pulak
ni?!
Aku pantas celik mata. Tangan Farhan dah mendarat
di dahi. Aku pandangnya minta penjelasan. Suka-suka hati je landing tangan kat tubuh aku!
“Panas lagi dahi ni. Nanti aku beli 100plus.
Minum banyak-banyak.” Ujarnya seraya menarik tangan apabila pintu kereta
belakang dibuka. Izuan dan Hakim mula memenuhkan seat belakang. Aku betulkan
duduk. Pura-pura bangun kononnya.
“Han, nanti singgah R&R yang ada Petronas
tau. Aku nak buang air.” Pesan Hakim.
“Hmm.” Itu je dia jawab. Sakit hati, kan?
Siapalah yang sanggup nak kahwin dengan dia. Akulah tu. Uwaaa!
Gear bertukar. Minyak press perlahan. “Bismillah..” Dan perjalanan pun bermula. Tak sabar
nak balik rumah. Harap-harap kereta ni tak meletop kerana kepanasan punggung
aku. Macam-macam hal berlaku di sini. Kalau aku cerita dekat Yana mahu dia
gelak kuat-kuat. Minah tu bukan boleh percaya. Achik pun sama. Heh!
“Mai tidur ke? Senyap je.” sahut Izuan bila mana hanya
seorang gadis dalam kereta itu diam. Bingkas mata kukatup rapat.
Farhan toleh kiri dua saat sebelum pandang depan.
“Tidur dah.”
“Hmmph! Budak tu kuat tidur. Pantang dapat
aircond, gajah lalu sebelah pun tak sedar.” Berderai tawa dalam kereta itu
membingitkan telinga aku. Kurang asam betullah dorang ni! Aku buka sikit mata.
Farhan kulihat sedang tersenyum sambil memandu. Cis! Geramnyaaaaaa!
p/s : Assalamualaikum semua... here new entry. Maaf lama xupdate. Busy so much mengalahkan perdana menteri Afrika. Wakakaka! Mana yg baik diikut, mana yang buruk diikut jangan. Selamat menjalani ibadah puasa yep! (Ikhlas dari Farhan khas utk perempuan shj. Haha!)
waaa ,, lamanya tunggu tau ! haha . hmm nice .. tp kenapa background tulisan warna merah gelap lau on dengan fon ? pinar mata @.@
ReplyDeleteheee thank youuuu, dear >___< miss dah tukar. haha! try2 je. sorry tau :)
Deleteakhirnya ada juga bab yang ditunggu2... sukanya rasa.. miss bab 16 jangan lambat sangat tau
ReplyDeleteheee thank youuuuu kak nini... 4 the support n idea... bab 16? errr... *pengsan*
Deleteakak writer nk lagi..entry ni memang awesome!! daebak!! terbaik la!! farhan sweet sgt..saya suka! saya suka! akak,, buatlah entry sterusnya cpat skit tau..tq kak
ReplyDeleteSis beb 16 jgn lama sngat Ok
ReplyDeletebest 3x.
ReplyDeleteBest2x..dh makin romantik farhan ni....sukanya...
ReplyDeleteAkak sambung la lagi..x sabar ni..pleaseeee
ReplyDeleteAkak bile nk update ? Lama tggu ni !!!
ReplyDeleteAkak sambung lagi :)
ReplyDeleteKak bile nk sambung ?? X sabar ni ...
ReplyDeleteMiss, bila nk smbung nie?? :'(
ReplyDelete#lapairmata
Miss bilateral black sambung?
ReplyDeleteBila nk smbung .....dh lme usha blog ni...next entry cik writer
ReplyDeletemiss.... cepatla continue ....
ReplyDeletelucu yg bwh tu tp farhan suwit 😓😓🙏🏻
ReplyDelete