Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Sunday, 15 June 2014

Soulmate Forever Bab 13



PAGI nan indah. “Pagi ni kita bersenam dulu yuk!”  Ashraff mengetuai acara aerobik-tak-berapa-nak-sama-sangat. Macam-macam gaya disuruh buat. Bukan banyak peluh keluar, tapi banyak gelak! Entah apa-apa entah Ashraff. Dia siap suruh kitorang gelek dan kalau boleh lembut mengancam bak Mas Idayu. Gila!

“Kau hendak sangat kena sembelih, Ashraff?” tempikku kasar. Burung yang baru hinggap didahan pun cabut lari bila dengar suara guruh aku tau! Ini yang nak marah ni.

“Entahnya. Nak bagi pinggang aku patah teruk? Ingat aku punya kidneys ni ada jual kat pasaran gelap?” Bengang Iman. Heh!

“Tak mau buat la. Segan,” tutur Aisyah lembut.

“Gila ke hapa budak ni!” Wana membentak. Ada yang bakal di tinju kang.

Ashraff menyengih. “Haa boleh pun bersuara. Tadi muka berkerut je. Macam banduan tahanan tau tak. Aku saja buat gitu nak tengok respon korang. Ni mesti tak suka exercise pepagi, kan? Mana tak lemak spare part melambak. Pemalas bersenam.” Rakan-rakan lelaki ketawa terbahak-bahak sampai terduduk menahan perut tegang.

Kami yang perempuan dah naik hantu. Asap kepul-kepul atas kepala. Lemak spare part?! Tak nampakkah kami punyalah langsing?! Kuajaq ler tu! Dedaun kering sekitar kami kaut kemudian lempar atas kepala bebudak lelaki yang syok ketawa tak ingat dunia.

Terdiam mereka. Uh! Kami pula yang gelak! Haha.

“Wei, ape ni?” marah Putera. Rambutnya penuh daun. Terasa keras di kepala buat dia sentuh menatang itu. Ranting kayu? Pun dibaling? Sadis!

“Kitorang takde pun baling apa-apa kat korang,” cemik Khairul. Habis baju kena kesan tanah. Baru mandi tak sampai setengah jam kot.

Kami berlima sengih busuk. “Alololo… sedih lahai. Tu la. Gelakkan kitorang lagi. Itu baru sikit balasan. Lain kali buatlah selalu gelak kuat-kuat dalam hutan. Biar gajah, singa, harimau, serigala semua keluar.” Wana tayang isyarat padan muka.

Bebudak aspura mencebik. “Usik sikit touching lebih. Girls always like this. Boring.” Ejek Syafiq.

Wana pantas cekak pinggang. “Hey, kau jangan nak mula perang ea!” Kecik besar kecik besar aje tengok apek ini.

So?” Syafiq tenang berpeluk tubuh. Jom cucuk temperature dia!

Wana dah berasap satu badan. Berkepul-kepul keluar dari celah lubang terbuka. Memang ada yang bakal jadi lauk santapan malam! Mata Syafiq dan Wana berlaga bagaikan arus elektrik.

Calm dow, guys.” Kami cepat meleraikan bahang-bahang perang dunia kesepuluh mereka itu.

Okay now aktiviti apa yang nak dimula dahulu?” Aku pantas mengubah topik. Makin dibiarkan makin menjadi-jadi pula budak dua ekoq tu. Kang tak pasal-pasal ada kes gorilla dan tarzan dalam hutan. Famous Cherating you alls!

“Kita pusing-pusing kat kawasan hutan berdekatan sahaja hari ini. Explore apa yang patut. Tengok selok belok hutan. Esok baru start jungle trekking and another games.”ujar Ashraff dengan kening terangkat berkali-kali.

Another games?” soalku terasa rahang nak jatuh bergolek. Mainan amenda pulak ni?! Cukuplah aku terdera malam semalam dengan permainan sengal ya amat.   Ni nak tambah lagi?? Mama, Mai nak balik!

“Nak suruh kami kalah lagi? Gitu?” sindirku. Urat-urat muka menegang.

“Jangan kata games hantu-hantu ea. Aku sekeh kau 44 kali sehari,” ugut Wana keras. Pantang tau!

Ashraff sengih lebar sebelum menggaru tengkuk. Dia seakan teragak-agak nak mengungkap tapi bila tengok muka kawan-kawan macam beruk nampak tenuk sedang enak menelan pisang. Tenung tajam oww! Oh, mata korang ni betullah ada laser…

Erm… if i said…yes?”

“Ashraffffff!!!”


KAMI mengelilingi sekitar hutan berdekatan tapak khemah. Puas sudah belasah Ashraff. Bunyi macam ganas, kan? Takde la belasah mana pun. Kasi alter sikit rambut. Atas dasar kreatif dan inovatif yang dimiliki Aisyah, ranting kayu dan dedaun kering disatukan lalu dijadikan mahkota istimewa. Memang tergelak terbahak-bahak bila tenung muka Ashraff masam mencuka kena pakai mende alah itu sepanjang hari. Denda!

“Wei, azab la pakai ni. Sakit tau kepala aku.” Ashraff merungut geram. Ranting dan daun mencucuk dahi dan kepalanya. Minta maaf pun tak dilayan. Sedihnyaaa…!

Aku yang berada dua langkah di belakangnya senyum sinis seraya berkata, “Lain kali buatlah lagi ya, Encik Ashraff. Syah relahati bikin mahkota dari alam flora khas buatmu seorang.”

Sekali lagi ketawa pecah. Ashraff ketap bibir. Geram! Farhan yang berada di depan turut ukir senyum segaris.

Handsome la, Ash. Nampak charming sangat,” usik D. Pipi Ashraff panas membahang. Dia tunduk ke bawah. Eheks! Malu-malu kucing ke?

“Uuuuuu… Ash dah pandai jiwang karat. Pipi kaler pink oik!” sakat Hakim tak lepas peluang. Ketara kot perubahan budak sorang ni. Dah pandai malu-malu gajah.

“Aku rasa macam secocok korang berdua. DianAshraff=Diana+Ashraff. So sweet,” ejek Khairul sebaik berhenti di air terjun.

D pantas meluru ke arah Khairul yang baru selesai melipat kaki seluar. Masa untuk berendam dan membalas dendam! Yeah! Tanpa Khairul sedar, D tahu-tahu saja sudah ada di belakang. Belum sempat Khairul pusing, terasa diri melayang.

Bedebush!

So sweet, kan? Mandi air terjun?” perli D. Dia kesat tangan di seluar. Puas hati!

“Siap kau eh, D!” Khairul meluru naik. D cepat-cepat lari. Dah main kejar-kejar pula berdua sebab nak tolak masuk dalam air. Yang kesiannya, Iman. Terpaksa jadi orang tengah.  Antara kawan dan buah hati. Tsk tsk…

Sambil-sambil itu, aku merakam beberapa gambar menarik. Alam semulajadi. Melihatkan akar-akar pokok yang besar membuatkan aku terdiam kelu seketika. “Besarnya ciptaanMU.” Tak terfikir bagaimana akar sebesar itu boleh hidup dan membiak di seluruh hutan. Kekuasaan Tuhan tiada tandingan. Manusia terbatas akalnya.

“Mai, hang tak mau main ayaq ka?” Iman dah start loghatnya. Aku menggeleng. Nak mandi ramai-ramai? Aje gila la kan. Malu setahun tak hilang agaknya.

“Ke kau malu sebab Farhan pun ada kat sini. Sporting la, Mai. Kau kenal diaorang macam mana. Luar dan dalam.” Iman menekan ayat ‘kenal’ bagi meyakinkan Humairah.

Aku kelu. Terdiam di situ tidak bergerak. Fikiran melayang pada kata-kata Iman. Betul juga. Aku dah kenal mereka. Sejak dari sekolah. Perangai semua dah masak. Mereka ibaratkan kawan perempuan kaum yang perlu dilindungi. Tak pernah sejentik pun mereka menyentuh seinci tubuh kami. Sebab itulah aku sayang sangat-sangat dengan persahabatan ini. Tetapi… hubungan tetap hubungan.

“Okey la. Tapi aku tak mandi tau.” setujuku. Mereka bersorak keriangan. Aku senyum nipis.

Kaki juntai di air jernih. Sejuk! Lepas puas berjalan lihat sekitar kawasan yang berdekatan dan tempat jungle trekking, kami berehat sebentar di sini. Kelihatan rakan-rakan yang lain bukan main gumbira mandi. Perasaan seronok membuak di dada. Kat kolej mana dapat semua ini. Iman, D dan Wana awal-awal tercebur dalam air sebab geng-geng nakal iaitu Syafiq, Khairul, Putera, Hakim dan Ashraff menyimbah air ke muka dan seluruh badan gadis bertiga itu sampai lencun. Syafiq paling kuat menyakat dengan menarik kaki Wana sampai seluruh badan masuk dalam air. Kemudian gelak terbahak-bahak. Mahu minah tu tak marah!  Berperang jugalah di situ.

Aku geleng kepala. Tsk tsk tsk! Kamera di tangan aku angkat lalu merakam gambar mereka. Gambar Aisyah sedang tersenyum melihat rakan-rakan lain turut aku rakam. Terkejut dia!

“Curi-curi ea?” Dia mencuit pinggangku. Aku mengelak sambil tergelak.

“Bila lagi nak ambik. Izuan dah lama nak gambar kau, Syah. Inilah masanya.” Keningku dijongket berkali-kali.

Pipi Aisyah merona merah. Pantas lenganku dicubit. “Isyh apa ni!” marahnya. Aku ketawa mengekek. “Malu ea? Izuan dah lama suka kat kau tau, Syah.” Usikku. Makin ketara perubahan di raut wajah gadis putih bersih itu. Menebal malu kut. Dia menggutis lengan dan pinggangku untuk menyembunyikan keresahan di tapak hati. Aku gelak lagi.

“Syah, aku nak ambik gambar kat situ jap tau. Kau duduk sini ea.” Pintaku selepas tawa reda. Aisyah angguk mengia.

Langkah kuhala arah kawasan strategik untuk mengambil gambar. Tambahan pula dekat sangat dengan penuruan air terjun namun kawasan itu amat dalam. Sangat cantik untuk jadi gambar kenangan. Kamera didekat ke mata belah kanan. Klik! Klik!

Kemudian aku pusing membelakangi gunung air terjun lalu menangkap gambar sendirian. Syok sendiri! Macam-macam gaya aku buat. Budak tak pernah jumpa kamera macam inilah jadinya! Haha! Mulut muncung bak Donald Duck, mulut senget, sengih nampak gigi, senyum tutup mulut, kerut hidung, kerut kening dan pelbagai lagi sebelum dikejutkan dengan dehaman seseorang. Kerana terkejut membuatkan aku bingkas berpaling ke belakang.

Shocked!

Erk?! Dia?! Macam mana dia boleh ada kat situ? Bukankah tadi dia ada bersama-sama dengan yang lain? Konspius aku seketika. Ternganga mulut. Jari telunjuk kugigit menghilangkan gusar dan debaran di dada.

“Walau secantik mana pun suatu tempat……..”

“Kau nak cakap apa sebenarnya?” potongku laju. Aku yakin sangat apa yang keluar dari mulutnya itu pasti ayat yang bakal merobek hati perempuan aku.

Farhan terdiam sejenak. Muka serius Humairah dipandang sebelum bersuara. “…kalau muka dah buruk, gambar yang diambil tu pun tetap tak akan cantik. Sama aje buruknya.” Dia menyambung ayat yang terbantut dek teguranku tadi.

Zapppp!

Tersentap! Kata-katanya seperti racun yang telah disuntik ke dalam setiap pembuluh darah. Bagai dada ditikam bertubi-tubi menggunakan belati. Hampir saja kamera canggih pemberian mama dan abah pada tanggal 4 Jun tahun lepas iaitu pada hari lahirku terlepas mudah namun teriakan D di balik sana membuatkan aku tersedar kembali di alam nyata. Bibir terbuka ingin membalas sesuatu namun ianya tersangkut di kerongkong.

Tanpa membalas apa-apa tohmahan, aku berpaling lalu meneruskan langkah kaki. Namun tak sampai tiga langkah, aku berhenti dan menoleh.

“Aku tahu aku hodoh. Aku tak cantik. Muka buruk. Segala serbi tak sempurna depan mata kau.”

Farhan tergamam.

“Aku sedar siapa diri aku.” Aku ukir senyum pahit lantas berlalu dari situ. Tak sanggup nak menunggu lebih lama. Setitis… dua titis.. kini lebat pipi dengan basahan air mata. Mengapa kau kejam pada aku, Han? Dosa aku yang dulu tidakkah mahu kau ampunkan? Mengapa mahu memanjangkan persengketaan kita? Aku dah cukup terdera dengan lidahmu, setiap perbuatanmu malah senyuman yang menguntum di bibirmu. Semuanya ada maksud tersendiri. Apa sebenarnya yang kau nak dari aku, Farhan? Hati merintih pedih.




Malam kedua…

SUASANA tenang. Angin malam menghembus lembut ke tubuh kami membuatkan setiap seorang menyelimuti badan menggunakan gebar atau sweater. Macam kat Cameron Highlands pulak!

“Ada seorang awek ni. Konon dia paling hot la kat kolej aku. Bla… bla.. bla..” Riuh Putera bercerita sambil didengari Ashraff, Hakim dan Khairul. Sesekali terdengar mereka berempat gelak. Entah apa yang gelihati entah. Pasal fomfuan kemain diorang tau!

Sekumpulan lagi mengelilingi unggun api. Aisyah dan D sedang masak air manakala Aizat sibuk menterbalik kayu api. Rancak mereka berbual kosong mengenai life masing-masing.

Aku merapati Wana yang asyik melihat Syafiq memetik gitar. Dari pengamatanku, mereka sebenarnya mempunyai hubungan istimewa tapi tampak seperti kawan guna mata kasar. Akan tetapi kalau lihat dari mata hati, mereka mempunyai perasaan saling menyukai antara satu sama lain. Cuma tak ditonjolkan saja. Gaduh sentiasa memang wajib dalam kehidupan seharian! Haha.

“Uiks,” bisikku. Wana mendongak. “Dah hafal kod?” perliku. Wana menyengih.

“Aku ingat mana yang senang je. Yang panjang-panjang, susah sikit. Cuma…”

“Cuma?”

Wana dah sengih kerang busuk. “Lagu Sahabat dah khatam.” Kami menekup mulut menahan ketawa dari berderai. Cis budak ni! Lagu tu pulak diingatnya. Hmm… lagu kenangan!

“Mai, tak mau sumbang suara lagi kah?” tanya Syafiq.

No way!” bangkangku keras. Takde maknanya nak nyanyi lagi. Taubat dah. Syafiq gelak halus.

Tak sampai beberapa minit, Izuan pun hadir bersama teman sehidup semati. Blueekk! Sape lagi kalau bukan si mamat senget! Ke mana pergi mesti berdua. Penakut kut! Aku menjeling tajam sebaik pandangan kami bertemu.

“Han, kau tak pernah keluarkan single solo. Apalagi..” Terjongket kening Syafiq kepada Farhan yang baru duduk bertentangan denganku. Banyak-banyak tempat, depan aku jugak nak duduk?? Urgh!

Farhan hulur tangan kanan. Semua pandang pelik. “Lah… tadi kata nak suruh aku keluarkan album.” Ujarnya tenang.

“Yeay!” Mereka bersorak keriangan. Syafiq segera beri gitar. “Wei, Farhan nyanyi!” Syafiq menjerit kuat membuatkan semua rakan berkumpul ke mari.

“Lagu apa, bro?” soal Hakim tak sabar. Julung-julung kali Farhan mahu menyedekahkan suara pada kitorang. Selalu jika disuruh, pasti mengelak.

Farhan tidak menjawab sebaliknya mula bermain dengan tali gitar. Perlahan-lahan rentak bertukar menjadi sebuah intro yang mendayu. Semua tekun melihat. Tak sabar! 

“Dah lama tak berjumpa… rindu rasa hati… ingin ku bertemu denganmu… biarpun hati ini menyatakan benci… namun hakikat kau masih ku sayang…”

Subhanallah! Suara yang sama sewaktu aku curi-curi dengar di rumahnya dua tahun lepas. Di rumah mewahnya. Kemerduan petikan gitar dan nada suara bagaikan bersatu. Mata tak lepas memandang raut tenang Farhan.

“Mengapa kita berjumpa… dan mengapa kita bercinta… niat hatiku nak kekal lama… hidup denganmu wahai kasih… niat hatiku tak nak berpisah… apakan daya jodoh tiada…”

Saat itu, dia mencelik mata. Merenung tepat anak mataku yang kebetulan melihatnya tak berkelip. Satu getaran terasa di hati. Sambil menyanyi, dia langsung tak kedip mata. Terus-terusan merenung. Seolah-olah meluah hasrat hati melalui melodi. Terasa hanya ada kami sahaja di situ.

“Mungkinkah bersatu kembali…” Farhan menamatkan muzik yang dicipta sendiri.

Semua menepuk tangan. Gegak gempita hutan seketika dengan kekecohan mereka. Farhan senyum lalu menunduk sedikit kepala tanda terima kasih dan hormat. Dia mengerlingku. Cepat-cepat aku paling muka ke arah lain. Tak sanggup bertentangan mata lagi.

“Mai, Farhan dah nyanyi untuk kau. Kau tak nak nyanyi untuk dia pulak ke?” Khairul mengusik nakal.

Semua bersiul nakal. Wana menyenggol pinggangku. Aku tepis kasar. “Kalau dah muka pun buruk, suara pun dah confirm-confirm buruk juga. Aku tak nak malukan diri sendiri lagi.” sindirku lantas bangkit menuju khemah.

Mereka terpinga-pinga. Saling berpandangan. Rata-rata mereka jongket bahu dan hairan.

“Kenapa dengan budak tu?” Masing-masing pelik dengan tingkah laku Humairah sebentar tadi. Seperti menyindir seseorang tapi tak diketahui siapa.

Namun lain bagi Farhan. Dia jelas terkedu. Sentap hati! Sindiran sinis Humairah begitu dia fahami. Dituju khas buatnya kerana kejadian siang tadi. Kejadian yang dia sendiri tak sangka akan terjadi! Han, harapan kau makin pudar. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan yang binasa! Padan muka kau. Kutuk hati Farhan.


p/s : assalamualaikum... soooooory lama tak update. lama ke? hehehe. miss busy gila skg tp belum tahap kurang siuman lg laa :p . miss skg tgh siapkan kueh raya. yep! kueh raya ya. persediaan awal. ada sedara tempah kueh lg. x sempat nak pegang lappy, buka twitter, buka blog, check email. klu boleh pun waktu mlm. masa di LIMIT kan! :'(  minta maaf byk2 buat korg tertunggu-tunggu. here new entry. hope enjoy. segala kekurangan akan dibaiki dr semasa ke semasa, sy budak baru belajar :) 


10 comments:

  1. a-yo~~~farhan...mai dah merajuk(nyanyi)..habislah ko..

    ReplyDelete
  2. waaa... nak nangesss !!! nak lagi.. lagi.. lagi... :'(

    sob2...

    ReplyDelete
  3. ayat farhan..perghhh! haruslah mai sentap..

    ReplyDelete
  4. Farhan ego tau.. lps tu dia mkn haty blik....cptlah skit miss nk lagi pleasa....

    ReplyDelete
  5. Miss cs bla nk sambung cerita.... xsabar nk baca

    ReplyDelete
  6. Miss cs .. update lah byk2 ckit

    ReplyDelete
  7. Alaaa..nk lagi....syok cite ni smpai snggup x tdo mlm utk bce cte ni dr awal....sgt2 mnyukai watak farhan n mai....luv it..

    ReplyDelete
  8. paan sih farhan

    ReplyDelete
  9. paan sih farhan

    ReplyDelete