PAGI
nan indah. “Pagi ni kita bersenam dulu yuk!”
Ashraff mengetuai acara
aerobik-tak-berapa-nak-sama-sangat. Macam-macam gaya disuruh buat. Bukan banyak
peluh keluar, tapi banyak gelak! Entah apa-apa entah Ashraff. Dia siap suruh
kitorang gelek dan kalau boleh lembut mengancam bak Mas Idayu. Gila!
“Kau hendak sangat kena
sembelih, Ashraff?” tempikku kasar. Burung yang baru hinggap didahan pun cabut
lari bila dengar suara guruh aku tau! Ini yang nak marah ni.
“Entahnya. Nak bagi
pinggang aku patah teruk? Ingat aku punya kidneys
ni ada jual kat pasaran gelap?” Bengang Iman. Heh!
“Tak mau buat la. Segan,”
tutur Aisyah lembut.
“Gila ke hapa budak ni!”
Wana membentak. Ada yang bakal di tinju kang.
Ashraff menyengih. “Haa
boleh pun bersuara. Tadi muka berkerut je. Macam banduan tahanan tau tak. Aku
saja buat gitu nak tengok respon korang. Ni mesti tak suka exercise pepagi, kan? Mana tak lemak spare part melambak. Pemalas bersenam.” Rakan-rakan lelaki ketawa
terbahak-bahak sampai terduduk menahan perut tegang.
Kami yang perempuan dah
naik hantu. Asap kepul-kepul atas kepala. Lemak spare part?! Tak nampakkah kami punyalah langsing?! Kuajaq ler tu! Dedaun kering sekitar kami
kaut kemudian lempar atas kepala bebudak lelaki yang syok ketawa tak ingat
dunia.
Terdiam mereka. Uh! Kami
pula yang gelak! Haha.
“Wei, ape ni?” marah Putera. Rambutnya penuh daun. Terasa keras di kepala
buat dia sentuh menatang itu. Ranting
kayu? Pun dibaling? Sadis!
“Kitorang takde pun baling apa-apa
kat korang,” cemik Khairul. Habis baju kena kesan tanah. Baru mandi tak sampai
setengah jam kot.
Kami berlima sengih busuk.
“Alololo… sedih lahai. Tu la. Gelakkan kitorang lagi. Itu baru sikit balasan.
Lain kali buatlah selalu gelak kuat-kuat dalam hutan. Biar gajah, singa,
harimau, serigala semua keluar.” Wana tayang isyarat padan muka.
Bebudak aspura mencebik.
“Usik sikit touching lebih. Girls always like this. Boring.” Ejek
Syafiq.
Wana pantas cekak pinggang.
“Hey, kau jangan nak mula perang ea!” Kecik besar kecik besar aje tengok apek
ini.
“So?” Syafiq tenang berpeluk tubuh. Jom cucuk temperature dia!
Wana dah berasap satu
badan. Berkepul-kepul keluar dari celah lubang terbuka. Memang ada yang bakal
jadi lauk santapan malam! Mata Syafiq dan Wana berlaga bagaikan arus elektrik.
“Calm dow, guys.” Kami cepat meleraikan bahang-bahang perang dunia
kesepuluh mereka itu.
“Okay now aktiviti apa yang nak dimula dahulu?” Aku pantas mengubah
topik. Makin dibiarkan makin menjadi-jadi pula budak dua ekoq tu. Kang tak
pasal-pasal ada kes gorilla dan tarzan dalam hutan. Famous Cherating you alls!
“Kita pusing-pusing kat
kawasan hutan berdekatan sahaja hari ini. Explore
apa yang patut. Tengok selok belok hutan. Esok baru start jungle trekking and
another games.”ujar Ashraff dengan kening terangkat berkali-kali.
“Another games?” soalku terasa rahang nak jatuh bergolek. Mainan
amenda pulak ni?! Cukuplah aku terdera malam semalam dengan permainan sengal ya
amat. Ni nak tambah lagi?? Mama, Mai
nak balik!
“Nak suruh kami kalah lagi?
Gitu?” sindirku. Urat-urat muka menegang.
“Jangan kata games hantu-hantu ea. Aku sekeh kau 44
kali sehari,” ugut Wana keras. Pantang tau!
Ashraff sengih lebar
sebelum menggaru tengkuk. Dia seakan teragak-agak nak mengungkap tapi bila
tengok muka kawan-kawan macam beruk nampak tenuk sedang enak menelan pisang.
Tenung tajam oww! Oh, mata korang ni betullah ada laser…
“Erm… if i said…yes?”
“Ashraffffff!!!”
“Wei, azab la pakai ni.
Sakit tau kepala aku.” Ashraff merungut geram. Ranting dan daun mencucuk dahi
dan kepalanya. Minta maaf pun tak dilayan. Sedihnyaaa…!
Aku yang berada dua langkah
di belakangnya senyum sinis seraya berkata, “Lain kali buatlah lagi ya, Encik
Ashraff. Syah relahati bikin mahkota dari alam flora khas buatmu seorang.”
Sekali lagi ketawa pecah. Ashraff
ketap bibir. Geram! Farhan yang berada di depan turut ukir senyum segaris.
“Handsome la, Ash. Nampak charming
sangat,” usik D. Pipi Ashraff panas membahang. Dia tunduk ke bawah. Eheks!
Malu-malu kucing ke?
“Uuuuuu… Ash dah pandai
jiwang karat. Pipi kaler pink oik!”
sakat Hakim tak lepas peluang. Ketara kot perubahan budak sorang ni. Dah pandai
malu-malu gajah.
“Aku rasa macam secocok
korang berdua. DianAshraff=Diana+Ashraff. So
sweet,” ejek Khairul sebaik berhenti di air terjun.
D pantas meluru ke arah
Khairul yang baru selesai melipat kaki seluar. Masa untuk berendam dan membalas
dendam! Yeah! Tanpa Khairul sedar, D
tahu-tahu saja sudah ada di belakang. Belum sempat Khairul pusing, terasa diri
melayang.
Bedebush!
“So sweet, kan? Mandi air terjun?” perli D. Dia kesat tangan di
seluar. Puas hati!
“Siap kau eh, D!” Khairul
meluru naik. D cepat-cepat lari. Dah main kejar-kejar pula berdua sebab nak tolak
masuk dalam air. Yang kesiannya, Iman. Terpaksa jadi orang tengah. Antara kawan dan buah hati. Tsk tsk…
Sambil-sambil itu, aku
merakam beberapa gambar menarik. Alam semulajadi. Melihatkan akar-akar pokok yang
besar membuatkan aku terdiam kelu seketika. “Besarnya ciptaanMU.” Tak terfikir
bagaimana akar sebesar itu boleh hidup dan membiak di seluruh hutan. Kekuasaan
Tuhan tiada tandingan. Manusia terbatas akalnya.
“Mai, hang tak mau main ayaq
ka?” Iman dah start loghatnya. Aku
menggeleng. Nak mandi ramai-ramai? Aje gila la kan. Malu setahun tak hilang
agaknya.
“Ke kau malu sebab Farhan
pun ada kat sini. Sporting la, Mai.
Kau kenal diaorang macam mana. Luar dan dalam.” Iman menekan ayat ‘kenal’ bagi
meyakinkan Humairah.
Aku kelu. Terdiam di situ
tidak bergerak. Fikiran melayang pada kata-kata Iman. Betul juga. Aku dah kenal
mereka. Sejak dari sekolah. Perangai semua dah masak. Mereka ibaratkan kawan
perempuan kaum yang perlu dilindungi. Tak pernah sejentik pun mereka menyentuh
seinci tubuh kami. Sebab itulah aku sayang sangat-sangat dengan persahabatan
ini. Tetapi… hubungan tetap hubungan.
“Okey la. Tapi aku tak
mandi tau.” setujuku. Mereka bersorak keriangan. Aku senyum nipis.
Kaki juntai di air jernih.
Sejuk! Lepas puas berjalan lihat sekitar kawasan yang berdekatan dan tempat jungle trekking, kami berehat sebentar
di sini. Kelihatan rakan-rakan yang lain bukan main gumbira mandi. Perasaan seronok membuak di dada. Kat kolej mana
dapat semua ini. Iman, D dan Wana awal-awal tercebur dalam air sebab geng-geng
nakal iaitu Syafiq, Khairul, Putera, Hakim dan Ashraff menyimbah air ke muka
dan seluruh badan gadis bertiga itu sampai lencun. Syafiq paling kuat menyakat
dengan menarik kaki Wana sampai seluruh badan masuk dalam air. Kemudian gelak
terbahak-bahak. Mahu minah tu tak marah! Berperang jugalah di situ.
Aku geleng kepala. Tsk tsk
tsk! Kamera di tangan aku angkat lalu merakam gambar mereka. Gambar Aisyah
sedang tersenyum melihat rakan-rakan lain turut aku rakam. Terkejut dia!
“Curi-curi ea?” Dia mencuit
pinggangku. Aku mengelak sambil tergelak.
“Bila lagi nak ambik. Izuan
dah lama nak gambar kau, Syah. Inilah masanya.” Keningku dijongket
berkali-kali.
Pipi Aisyah merona merah.
Pantas lenganku dicubit. “Isyh apa ni!” marahnya. Aku ketawa mengekek. “Malu
ea? Izuan dah lama suka kat kau tau, Syah.” Usikku. Makin ketara perubahan di
raut wajah gadis putih bersih itu. Menebal malu kut. Dia menggutis lengan dan
pinggangku untuk menyembunyikan keresahan di tapak hati. Aku gelak lagi.
“Syah, aku nak ambik gambar
kat situ jap tau. Kau duduk sini ea.” Pintaku selepas tawa reda. Aisyah angguk mengia.
Langkah kuhala arah kawasan
strategik untuk mengambil gambar. Tambahan pula dekat sangat dengan penuruan
air terjun namun kawasan itu amat dalam. Sangat cantik untuk jadi gambar
kenangan. Kamera didekat ke mata belah kanan. Klik! Klik!
Kemudian aku pusing
membelakangi gunung air terjun lalu menangkap gambar sendirian. Syok sendiri! Macam-macam
gaya aku buat. Budak tak pernah jumpa kamera macam inilah jadinya! Haha! Mulut
muncung bak Donald Duck, mulut senget, sengih nampak gigi, senyum tutup mulut,
kerut hidung, kerut kening dan pelbagai lagi sebelum dikejutkan dengan dehaman
seseorang. Kerana terkejut membuatkan aku bingkas berpaling ke belakang.
Shocked!
Erk?! Dia?! Macam mana dia
boleh ada kat situ? Bukankah tadi dia ada bersama-sama dengan yang lain? Konspius aku seketika. Ternganga mulut.
Jari telunjuk kugigit menghilangkan gusar dan debaran di dada.
“Walau secantik mana pun
suatu tempat……..”
“Kau nak cakap apa
sebenarnya?” potongku laju. Aku yakin sangat apa yang keluar dari mulutnya itu
pasti ayat yang bakal merobek hati perempuan aku.
Farhan terdiam sejenak.
Muka serius Humairah dipandang sebelum bersuara. “…kalau muka dah buruk, gambar
yang diambil tu pun tetap tak akan cantik. Sama aje buruknya.” Dia menyambung
ayat yang terbantut dek teguranku tadi.
Zapppp!
Tersentap!
Kata-katanya seperti racun yang telah disuntik ke dalam setiap pembuluh darah.
Bagai dada ditikam bertubi-tubi menggunakan belati. Hampir saja kamera canggih
pemberian mama dan abah pada tanggal 4 Jun tahun lepas iaitu pada hari lahirku
terlepas mudah namun teriakan D di balik sana membuatkan aku tersedar kembali di
alam nyata. Bibir terbuka ingin membalas sesuatu namun ianya tersangkut di
kerongkong.
Tanpa
membalas apa-apa tohmahan, aku berpaling lalu meneruskan langkah kaki. Namun
tak sampai tiga langkah, aku berhenti dan menoleh.
“Aku
tahu aku hodoh. Aku tak cantik. Muka buruk. Segala serbi tak sempurna depan
mata kau.”
Farhan
tergamam.
“Aku
sedar siapa diri aku.” Aku ukir senyum pahit lantas berlalu dari situ. Tak
sanggup nak menunggu lebih lama. Setitis… dua titis.. kini lebat pipi
dengan basahan air mata. Mengapa kau kejam pada aku, Han? Dosa aku yang dulu
tidakkah mahu kau ampunkan? Mengapa mahu memanjangkan persengketaan kita? Aku
dah cukup terdera dengan lidahmu, setiap perbuatanmu malah senyuman yang
menguntum di bibirmu. Semuanya ada maksud tersendiri. Apa sebenarnya yang kau
nak dari aku, Farhan? Hati merintih pedih.
Malam
kedua…
SUASANA
tenang. Angin malam menghembus lembut ke tubuh kami membuatkan setiap seorang
menyelimuti badan menggunakan gebar atau sweater.
Macam kat Cameron Highlands pulak!
“Ada
seorang awek ni. Konon dia paling hot
la kat kolej aku. Bla… bla.. bla..”
Riuh Putera bercerita sambil didengari Ashraff, Hakim dan Khairul. Sesekali
terdengar mereka berempat gelak. Entah apa yang gelihati entah. Pasal fomfuan kemain diorang tau!
Sekumpulan
lagi mengelilingi unggun api. Aisyah dan D sedang masak air manakala Aizat
sibuk menterbalik kayu api. Rancak mereka berbual kosong mengenai life masing-masing.
Aku
merapati Wana yang asyik melihat Syafiq memetik gitar. Dari pengamatanku,
mereka sebenarnya mempunyai hubungan istimewa tapi tampak seperti kawan guna
mata kasar. Akan tetapi kalau lihat dari mata hati, mereka mempunyai perasaan saling
menyukai antara satu sama lain. Cuma tak ditonjolkan saja. Gaduh sentiasa
memang wajib dalam kehidupan seharian! Haha.
“Uiks,”
bisikku. Wana mendongak. “Dah hafal kod?” perliku. Wana menyengih.
“Aku
ingat mana yang senang je. Yang panjang-panjang, susah sikit. Cuma…”
“Cuma?”
Wana
dah sengih kerang busuk. “Lagu Sahabat dah khatam.” Kami menekup mulut menahan
ketawa dari berderai. Cis budak ni! Lagu tu pulak diingatnya. Hmm… lagu
kenangan!
“Mai,
tak mau sumbang suara lagi kah?” tanya Syafiq.
“No way!” bangkangku keras. Takde maknanya
nak nyanyi lagi. Taubat dah. Syafiq gelak halus.
Tak
sampai beberapa minit, Izuan pun hadir bersama teman sehidup semati. Blueekk! Sape
lagi kalau bukan si mamat senget! Ke mana pergi mesti berdua. Penakut kut! Aku menjeling
tajam sebaik pandangan kami bertemu.
“Han,
kau tak pernah keluarkan single solo.
Apalagi..” Terjongket kening Syafiq kepada Farhan yang baru duduk bertentangan
denganku. Banyak-banyak tempat, depan aku jugak nak duduk?? Urgh!
Farhan
hulur tangan kanan. Semua pandang pelik. “Lah… tadi kata nak suruh aku
keluarkan album.” Ujarnya tenang.
“Yeay!”
Mereka bersorak keriangan. Syafiq segera beri gitar. “Wei, Farhan nyanyi!”
Syafiq menjerit kuat membuatkan semua rakan berkumpul ke mari.
“Lagu
apa, bro?” soal Hakim tak sabar. Julung-julung
kali Farhan mahu menyedekahkan suara pada kitorang. Selalu jika disuruh, pasti
mengelak.
Farhan
tidak menjawab sebaliknya mula bermain dengan tali gitar. Perlahan-lahan rentak
bertukar menjadi sebuah intro yang mendayu. Semua tekun melihat. Tak sabar!
“Dah
lama tak berjumpa… rindu rasa hati… ingin ku bertemu denganmu… biarpun hati ini
menyatakan benci… namun hakikat kau masih ku sayang…”
Subhanallah!
Suara yang sama sewaktu aku curi-curi dengar di rumahnya dua tahun lepas. Di rumah
mewahnya. Kemerduan petikan gitar dan nada suara bagaikan bersatu. Mata tak
lepas memandang raut tenang Farhan.
“Mengapa
kita berjumpa… dan mengapa kita bercinta… niat hatiku nak kekal lama… hidup
denganmu wahai kasih… niat hatiku tak nak berpisah… apakan daya jodoh tiada…”
Saat
itu, dia mencelik mata. Merenung tepat anak mataku yang kebetulan melihatnya
tak berkelip. Satu getaran terasa di hati. Sambil menyanyi, dia langsung tak
kedip mata. Terus-terusan merenung. Seolah-olah meluah hasrat hati melalui
melodi. Terasa hanya ada kami sahaja di situ.
“Mungkinkah
bersatu kembali…” Farhan menamatkan muzik yang dicipta sendiri.
Semua
menepuk tangan. Gegak gempita hutan seketika dengan kekecohan mereka. Farhan
senyum lalu menunduk sedikit kepala tanda terima kasih dan hormat. Dia mengerlingku.
Cepat-cepat aku paling muka ke arah lain. Tak sanggup bertentangan mata lagi.
“Mai,
Farhan dah nyanyi untuk kau. Kau tak nak nyanyi untuk dia pulak ke?” Khairul
mengusik nakal.
Semua
bersiul nakal. Wana menyenggol pinggangku. Aku tepis kasar. “Kalau dah muka pun
buruk, suara pun dah confirm-confirm
buruk juga. Aku tak nak malukan diri sendiri lagi.” sindirku lantas bangkit
menuju khemah.
Mereka
terpinga-pinga. Saling berpandangan. Rata-rata mereka jongket bahu dan hairan.
“Kenapa
dengan budak tu?” Masing-masing pelik dengan tingkah laku Humairah sebentar
tadi. Seperti menyindir seseorang tapi tak diketahui siapa.
Namun
lain bagi Farhan. Dia jelas terkedu. Sentap hati! Sindiran sinis Humairah
begitu dia fahami. Dituju khas buatnya kerana kejadian siang tadi. Kejadian yang
dia sendiri tak sangka akan terjadi! Han, harapan kau makin pudar. Kerana pulut
santan binasa, kerana mulut badan yang binasa! Padan muka kau. Kutuk hati Farhan.
p/s : assalamualaikum... soooooory lama tak update. lama ke? hehehe. miss busy gila skg tp belum tahap kurang siuman lg laa :p . miss skg tgh siapkan kueh raya. yep! kueh raya ya. persediaan awal. ada sedara tempah kueh lg. x sempat nak pegang lappy, buka twitter, buka blog, check email. klu boleh pun waktu mlm. masa di LIMIT kan! :'( minta maaf byk2 buat korg tertunggu-tunggu. here new entry. hope enjoy. segala kekurangan akan dibaiki dr semasa ke semasa, sy budak baru belajar :)
p/s : assalamualaikum... soooooory lama tak update. lama ke? hehehe. miss busy gila skg tp belum tahap kurang siuman lg laa :p . miss skg tgh siapkan kueh raya. yep! kueh raya ya. persediaan awal. ada sedara tempah kueh lg. x sempat nak pegang lappy, buka twitter, buka blog, check email. klu boleh pun waktu mlm. masa di LIMIT kan! :'( minta maaf byk2 buat korg tertunggu-tunggu. here new entry. hope enjoy. segala kekurangan akan dibaiki dr semasa ke semasa, sy budak baru belajar :)
a-yo~~~farhan...mai dah merajuk(nyanyi)..habislah ko..
ReplyDeletewaaa... nak nangesss !!! nak lagi.. lagi.. lagi... :'(
ReplyDeletesob2...
best 3x.
ReplyDeleteayat farhan..perghhh! haruslah mai sentap..
ReplyDeleteFarhan ego tau.. lps tu dia mkn haty blik....cptlah skit miss nk lagi pleasa....
ReplyDeleteMiss cs bla nk sambung cerita.... xsabar nk baca
ReplyDeleteMiss cs .. update lah byk2 ckit
ReplyDeleteAlaaa..nk lagi....syok cite ni smpai snggup x tdo mlm utk bce cte ni dr awal....sgt2 mnyukai watak farhan n mai....luv it..
ReplyDeletepaan sih farhan
ReplyDeletepaan sih farhan
ReplyDelete