Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Thursday, 24 April 2014

Teaser Bab 7

“Fareez!” panggilku nada berbisik.

Dia toleh sambil jongket kening.

“Tolong akak, boleh?”

“Tolong apa?” berkerut dahi.

“Tolong jadi boyfriend Kak Mai hari ini!”

“Hah???” Jatuh rahang Fareez. Gila!

“Kak Mai, kalau angah tahu ni mati Reez kena sembelih tahu tak?” gumam Fareez. Apalah dosa aku sampai kena berlakon jadi pakwe tunang abang sendiri pulak ni??? Memanglah dulu dia ada hati nak mengurat gadis comel itu akan tetapi kini hatinya sudah berpaut pada sang adik kepada tunangan abang ngah. Bukan tunang angah!

“Alaaa… tolong kejap je. Please!” Heh! Kalau tak kerana terjumpa mamat psiko dekat kafeteria ini, tak mungkin aku nak berpasangan dengan Fareez. Solo lebih baik!

“Tapi Kak Mai…” belum apa-apa lagi aku dah potong cakapnya.

“Hari ini aje. Tolonglah akak!” aku mengongoi depannya. Fareez garu kepala. Runsing! Apa sudah jadi ini?

“Cuba akak cerita dekat Reez. Kenapa sampai akak upah Reez jadi pelakon ekstra ni? Payment pun tak dapat. Tenaga yang habis.” Omelnya. Saja mengusik.

Aku mencekak pinggang. “Heh! Itu yang difikirkan! Akak minta tolong sebab akak nak elakkan diri dari terus dikacau orang la. Bukan sebab apa pun.” Tak ingin la akak nak kat kau… kata-kata itu bersambung di hati.

“Kacau orang? Sape yang kacau akak?” Whoa! Bahaya ni. Selalu angah yang jadi penyelamat. Ini angah tak ada pulak! Aku ke yang kena ganti? Aiseymen…

“Iya. Ada budak gila mana entah nak ngurat. Dah tu asyik menyebok je. Mana akak pergi dia ada.” Keluhku.

“Hensem tak budak tu?” usik Fareez. Aku mencebir.

“Zero!”

“Mana yang paling hensem? Angah atau budak gila tu?” duga Fareez.

Aku tersentak. Alahai… dia tanya pulak! Jantung tiba-tiba berdebar tak menentu. Dah tentulah Farhan paling hensem! Ececehhh… ngaku pula kau Mai? Kenyataan!

“Tolong eh jadi pakwe sementara akak.” Laju aku menukar topik. Ada yang muka merah seminggu nanti kang.

Fareez menjuih bibir. Cis! Suka mengelak. Sama je macam angah. Hailah… bilalah dia orang nak mengaku suka masing-masing? “Yelah. Reez tolong tapi dengan syarat.”

Bulat bebola mataku. “Apa?”

Fareez sengih nakal. “Reez pernah berjanji dengan angah dulu. Apa-apa berlaku, Reez kena cerita dengan angah. Jadi untuk scene hari ini, Reez kena cerita dengan angah. Lebih-lebih lagi Kak Mai tunang angah. Reez tak mahu ada cerita lain pulak timbul kata Reez tergila-gilakan tunangan abang sendiri.” Jelas Fareez nyata.

Terkedu! Tergamam! Terlopong! Tak tahu nak cakap apa. Betul ke dia dan Farhan berjanji? Air liur ditelan kesat. Aduhai… macam mana ni? Keluar dari mulut buaya masuk pulak mulut singa! Tapi aku tak cukup masa. Tak ada pilihan lain!

Jap jap! Satu je nak tanya sementelah hati meronta-ronta ingin tahu.


Adakah Fareez mengetahu perihal pemutusan tertutup kami berdua? Kalau dilihat dari sisi keluarga, nampaknya mereka tidak tahu lagi perkara ini sebab mereka masih melayan aku dengan baik. Kalau tak, pasti dah ada dah acara tarik-tarik tudung dan penampar Jepun! Fareez rapat dengan Farhan. Mungkinkah dia dah tahu hal sebenar?

8 comments:

  1. Tengkiu..tangjat tengok byk betul rini...tengkiu sangat2!!

    ReplyDelete
  2. Hahah ni mesti ternampak baihakki poyoss tuh kan miss cs??? Fareez jd mangsa! Hahah miss nak lg tau... I'm always waiting for your story... sume best3 belaka! ^_^


    -fazira-

    ReplyDelete
  3. Bila nk buat bab 7 dan seterusnya miss cs......

    ReplyDelete
  4. saya suka back ground cantik.

    ReplyDelete
  5. akak writer nk lagi...rindu la kt mai n farhan..nk lagi.. please!!!

    ReplyDelete
  6. Bila up date ni miss cs dh x sabar ni bab seterus nya....

    ReplyDelete