"Pyan, tolonglah aku!" Danish mengongoi di hadapan
Suffiyan. Wajahnya yang seakan mahu menangis itu dipertunjukkan kepada
sepupunya. Minta belas kasihan!
Suffiyan bergerak ke sudut lain. Rimas! Itulah perkataan yang
sesuai buatnya. Dari tandas lagi dia diekori oleh seseorang dan ternyata orang
itu adalah sepupunya. Dan permintaannya sungguhlah buatkan dia rasa tercekik.
Nasib tak makan ikan!
"Pyan, please!"
rayu Danish.
"Aku bukan tak nak tolong tapi aku mesti jujur dalam
melaksanakan tugas sebagai pengawas. Aku tak nak dikatakan bersubahat."
terang Suffiyan. Dia mahu Danish mengerti. Bukan mudah untuk memegang amanah
ini.
Danish tidak mempedulikan itu semua. Baginya jikalau sepupu itu
dapat membantu dirinya maka dia antara orang yang sangat gembira. Sudah lama
mereka berkenalan. Almaklumlah, sepupu! Tapi memang benar apa yang dikatakan
Suffiyan sebentar tadi. Tugas pengawas berbeza dengan pelajar biasa.
Tanggungjawabnya lebih berat. Dia perlu mengimbangkan antara tugasnya sebagai
pengawas di sekolah dan pelajar biasa di rumah. Dari apa yang Danish tengok,
Suffiyan mampu menampung kedua-duanya. Jadi apa yang tak boleh?
"Pyan, aku minta tolong sangat-sangat dengan kau. Aku merayu
dengan kau... Kalau kau nak aku melutut sekarang pun aku sanggup.." Danish
bingkas melutut.
Suffiyan tercengang. Sampai begitu sekali rayuannya??
"Pyan... kau tak kesian ke kat sepupu kesayangan kau ni?"
rayu Danish sambil mengerdipkan mata.
Suffiyan mencebik. Kesayangan sangatlah, kan? Selalu buatkan aku
pening ada lah! Haih.
"Tolong ea, Pyan..." pinta Danish lagi.
Suffiyan menyandar di sofa. Penghawa dingin yang dipasang tidak
terasa kesejukannya. Dia dalam dilema. Mahu memilih antara tugas dan sepupu?
Dia pening. Sungguh! Inilah masalah paling rumit yang dia hadapi buat masa ini.
Lebih besar dari masalah negara!
Danish mengambil tempat di sebelah sepupunya itu. Wajah Suffiyan
yang penuh dengan kebingungan dipandang. Bersyukur Danish kerana sepupunya itu
satu sekolah dengannya. Jikalau tidak, rasanya dia sudah lama dibuang sekolah.
Atas pertolongan Suffiyan, selaku penolong ketua pengawas di sekolah ini, banyak
rahsia Danish dan kawan-kawan disimpan dengan baik. Dia mempercayai sepupunya
itu berbanding rakan sendiri. Bukan apa, sejak kecil lagi dia tahu bahawa
Suffiyan memang pandai menyimpan rahsia.
Pyan memahami dirinya!
"Pyan..." rengek Danish persis anak kecil. Bahu Suffiyan
ditolak perlahan. Hujung lengan kemeja Suffiyan ditarik-tarik manja.
Suffiyan mencelikkan mata. Kepalanya terasa berdenyut. Sekilas dia
menoleh ke arah sepupunya yang masih merenung dirinya. Mata kuyunya jelas
menunjukkan dia tidak sihat. Tak nampakkah Danish? Aduii...
"Better kau
terus terang. Tak adalah susah sampai macam ni."
"Kau gila?! Lepas tu semua orang kecam aku! Muka aku masuk
suratkhabar. Nama sekolah tercemar. Nama bapak aku naik pulak! Tak pasal-pasal
aku terus popular."
bengang Danish. Agak-agak la wei.
"Kalau dah tahu perkara macam tu mungkin berlaku, yang kau
teruskan niat tu kenapa? Sengaja nak cari penyakit! Orang guna cat untuk
cantikkan rumah tapi kau simbah cat kat kereta. Kereta dah memang ada cat
tersendiri tau tak?" bebel Suffiyan. Kepalanya dipicit jemari runcing.
Pening sangat ni! Panadol ada tak?
Danish mencebik. Bebel pula pakcik ni! Orang minta tolong, dia
bagi ceramah! Bla... bla... bla...
"Kau tahu macam aku anti gila dengan cikgu papan tu
kan?"
"Cikgu Laila..." Suffiyan perbetulkan. Sakit telinga
dengar sepupu asyik sebut gelaran guru wanita anak dua itu.
"Argh! Whatever...
kau tahu kan macam mana? Dia mana suka tengok aku senang. Kau ingat lagi kes
bola sepak bulan lepas? Dia sengaja nak kenakan aku. Dah betul-betul aku
jaringkan gol, dia pergi cakap dengan pengadil, aku sepak anak buah kesayangan
dia lepas tu kata aku main tipu. Memang aku rasa macam nak.... eii!"
Danish mengepal penumbuk. Mahu saja guru kurus melidi itu dikenakan secukupnya.
Geram di hati tak dapat di bendung lagi. Tapi mengingatkan tak elok buat orang
tua begitu, dia patahkan niat.
Suffiyan cuba menenangkan Danish. Namun kepalanya semakin
memberat. Sakit kepala tak dapat ditahan lagi. Tiba-tiba badannya melurut jatuh
ke bahu Danish yang masih menggumam seorang diri.
Danish kaget.
"Pyan!!!"
***
Penyapu diletakkan kembali ke tempat asalnya. Selesai sudah
tanggungjawabnya membersihkan kelas hari ini. Nampaknya dia sudah boleh pulang.
Kerja semua dah selesai! Hoorey...
Boleh makan! Ibu dah janji nak buat nasi tomyam campur hari ini!
Buku-buku dikemas dan dimasukkan ke dalam beg sandang ungu. Iman
bangun lantas menuju ke suis kipas dan lampu di penghujung berdekatan pintu
kelas. Setelah memastikan semua tiptop,
dia bergerak ingin meninggalkan kelas. Namun dia tidak jadi keluar kelas
apabila ternampak kelibat Tonjang yang berjalan memasuki pintu kelas hadapannya.
Wajahnya sangat menyeramkan.
Iman mengundurkan langkah satu per satu. Jantungnya tiba-tiba
berdegup kencang.
"Hai si cantik manis... nak balik dah ke? Janganlah balik
dulu. Meh la borak-borak dulu. Kita
buat ringan-ringan dulu ke..." Tonjang menghampiri sambil tersenyum nakal.
Matanya tertacap pada tubuh Iman. Atas bawah dilihatnya berkali-kali. Senyuman
kian melebar.
Masak kau budak! Hari ni kau jadi makanan aku! Tonjang berkata
sinis di dalam hati.
Iman menelan air liur. Ringan-ringan? Allahuakbar....
"Kau... kau.. nak buat apa ni?" gagap Iman bersuara.
Unduran langkah kian laju. Perasaan takut menyelubungi diri. Sudahlah dia
seorang diri di dalam kelas ini. Semua pelajar sudah pulang kecuali dirinya
yang terpaksa bertugas membersihkan kelas. Berpeluh melekit tubuhnya tika ini.
Tonjang tersenyum nakal. "Kau rasa aku nak buat apa?"
Tonjang mendekat. Mahu tergelak dia bila melihat Iman seperti tidak cukup
langkah. Meja dan kerusi orang lain dilanggarnya sampai senget benget susun
atur.
Iman serasa mahu berlari keluar dari kelas ini. Anggapan negatif
kini melayar di ruangan mata. Tanpa sedar, mereka berdua kini sudah berada di
bahagian belakang kelas. Mata Iman tertacap pada penyapu yang baru sahaja
diguna sebentar tadi. Bila Tonjang semakin mampir, terus digapai penyapu itu
lalu dihalakan kepada Tonjang. Senjata!
Tonjang terkejut. Wooo...
lagi sikit nak kena mata. Dahlah hujungnya tajam. Boleh buta aku dibuatnya!
Matanya merenung tajam Iman.
"Berani dekat, aku pukul kau!" jerit Iman.
Terketar-ketar bibir dan tangannya menahan rasa gementar.
Tonjang tergelak besar. Tangannya diluaskan sebesar-besarnya.
"Berani ke kau nak pukul aku? Tak takut nanti kau masuk
penjara sebab kau cederakan aku? Hah?" cabar Tonjang.
Iman menelan air liur lagi. Berani ke aku? Nanti aku masuk penjara
macam mana? Family aku lagi? Sekolah? Ya Tuhan... apa
yang aku nak buat ni?
Peluang ini diambil Tonjang untuk menerkam Iman. Lantas tubuh
kecil itu dipeluk erat sewaktu Iman tampak berkhayal. Terjerit Iman ketakutan.
Penyapu di tangan terlepas ke lantai. Iman berusaha sedaya upaya melepaskan
diri. Namun Tonjang tidak pernah membuka ruang buatnya. Puas sudah dia menolak
tubuh lelaki itu namun pegangan dan pelukannya cukup kuat dan kejap. Dia tidak
bisa melawan tubuh Tonjang yang lebih besar darinya. Dia menjerit sampai suara
serak namun tiada sesiapa yang dengar dan mahu memberikan pertolongan. Keseluruhan
wajah Iman menjadi sasaran ciuman rakus Tonjang yang selama ini gila bayang.
Mimpinya jadi kenyataan! Kulit Iman begitu mulus dan lembut bak sutera. Itu
yang buatkan dia geram!
Iman mengelak ke kiri dan ke kanan. Sedaya upaya dia menepis namun
pipinya mula terasa pijar pabila ditampar lelaki jahanam itu. Iman menangis di
dalam hati.
'Ya Allah selamatkanlah aku daripada dinodai... Berikanlah aku
kekuatan untuk melepaskan diri ini...' rintih Iman. Air mata sudah mengalir di
pipi. Saat ini dia terbayang wajah ibu yang penuh dengan kasih sayang, wajah
ayah yang penuh dengan harapan menggunung dan wajah adiknya yang masih kecil.
Ibu.. ayah... ampunkan Iman...
Iman kekurangan tenaga. Lemah tubuhnya saat ini. Tenaga wanita
tidak sama seperti tenaga lelaki. Baru kini dia tersedar, alangkah ruginya
kerana tidak mempelajari ilmu mempertahankan diri. Jikalau tidak, pasti dia
telah membelasah teruk lelaki jahanam ini. Iman mulai pasrah. Semakin kuat dia
meronta, semakin lemah tubuhnya.
"Hoi!! Kau buat apa ni, bodoh?? Lepaskan dia Tonjang!"
suara jeritan seseorang menghentikan perbuatan Tonjang. Iman sudah lemah. Air
mata mengalir deras bak sungai yang mengalir. Terbaring dirinya di atas lantai
selepas pautan dilepaskan.
Tonjang menelan air liur. Alamak? Mati aku!
"Danish!" Tonjang terkejut.
Danish berjalan lalu mencekak leher Tonjang. Tubuh Tonjang ditolak
sehingga ke papan kenyataan di belakang. Bengis wajahnya menakutkan Tonjang.
"Kau buat apa?! Nak rogol?! Hah?! Kau nak buat macam mana kau
buat dekat perempuan lain?!" tempik Danish kasar. Dia tak peduli tentang
siapa manusia di hadapannya. Perbuatan yang sangat memalukan dan menjatuhkan
maruah lelaki. Lagi-lagi itu adalah sahabatnya! Di hadapan mata pulak tu! Kali
ini dia dah tak peduli. Banyak kali beri nasihat tak jalan. Ini sahaja jalan
terakhir! Tak kiralah apa nak jadi sekalipun. Dia tak mahu bersubahat dengan
perosak wanita!
Tonjang terkulat-kulat menahan sakit bila lehernya dicengkam kuat
oleh Danish. Puas ditolak tangan yang gagah berurat itu namun langsung tidak
terdaya melawan kekuatan tubuh badan Danish yang menekan tubuhnya ke papan
kenyataan.
"Tak... tak... aku tak buat apa-apa pun." bohongnya. Masih menegak benang yang basah! Makin kuat cengkaman Danish sejurus dia berkata demikian. Tercungap-cungap dia bernafas.
"Kali ni aku tak boleh sabar lagi! Aku memang betul-betul tak boleh terima dan tak
boleh maafkan kau! Kau dah lebih! Kau memang nak kena Tonjang!!"
jerit Danish sekuat hati.
Tonjang menelan liur. Apakah maksudnya?
p/s : Here new entry. Edit version.
No comments:
Post a Comment