“Fareez!” panggilku nada berbisik.
Dia toleh sambil jongket kening.
“Tolong akak, boleh?”
“Tolong apa?” berkerut dahi.
“Tolong jadi boyfriend
Kak Mai hari ini!”
“Hah???” Jatuh rahang Fareez. Gila!
“Kak Mai, kalau angah tahu ni mati Reez kena sembelih
tahu tak?” gumam Fareez. Apalah dosa aku sampai kena berlakon jadi pakwe tunang
abang sendiri pulak ni??? Memanglah dulu dia ada hati nak mengurat gadis comel
itu akan tetapi kini hatinya sudah berpaut pada sang adik kepada tunangan abang
ngah. Bukan tunang angah!
“Alaaa… tolong kejap je. Please!” Heh! Kalau tak kerana terjumpa mamat psiko dekat kafeteria
ini, tak mungkin aku nak berpasangan dengan Fareez. Solo lebih baik!
“Tapi Kak Mai…” belum apa-apa lagi aku dah potong
cakapnya.
“Hari ini aje. Tolonglah akak!” aku mengongoi depannya.
Fareez garu kepala. Runsing! Apa sudah jadi ini?
“Cuba akak cerita dekat Reez. Kenapa sampai akak upah
Reez jadi pelakon ekstra ni? Payment
pun tak dapat. Tenaga yang habis.” Omelnya. Saja mengusik.
Aku mencekak pinggang. “Heh! Itu yang difikirkan! Akak
minta tolong sebab akak nak elakkan diri dari terus dikacau orang la. Bukan sebab
apa pun.” Tak ingin la akak nak kat kau… kata-kata itu bersambung di hati.
“Kacau orang? Sape yang kacau akak?” Whoa! Bahaya ni. Selalu
angah yang jadi penyelamat. Ini angah tak ada pulak! Aku ke yang kena ganti?
Aiseymen…
“Iya. Ada budak gila mana entah nak ngurat. Dah tu
asyik menyebok je. Mana akak pergi dia ada.” Keluhku.
“Hensem tak budak tu?” usik Fareez. Aku mencebir.
“Zero!”
“Mana yang paling hensem? Angah atau budak gila tu?”
duga Fareez.
Aku tersentak. Alahai… dia tanya pulak! Jantung
tiba-tiba berdebar tak menentu. Dah tentulah Farhan paling hensem! Ececehhh…
ngaku pula kau Mai? Kenyataan!
“Tolong eh jadi pakwe sementara akak.” Laju aku menukar
topik. Ada yang muka merah seminggu nanti kang.
Fareez menjuih bibir. Cis! Suka mengelak. Sama je macam
angah. Hailah… bilalah dia orang nak mengaku suka masing-masing? “Yelah. Reez
tolong tapi dengan syarat.”
Bulat bebola mataku. “Apa?”
Fareez sengih nakal. “Reez pernah berjanji dengan angah
dulu. Apa-apa berlaku, Reez kena cerita dengan angah. Jadi untuk scene hari ini, Reez kena cerita dengan
angah. Lebih-lebih lagi Kak Mai tunang angah. Reez tak mahu ada cerita lain
pulak timbul kata Reez tergila-gilakan tunangan abang sendiri.” Jelas Fareez
nyata.
Terkedu! Tergamam! Terlopong! Tak tahu nak cakap apa. Betul
ke dia dan Farhan berjanji? Air liur ditelan kesat. Aduhai… macam mana ni? Keluar
dari mulut buaya masuk pulak mulut singa! Tapi aku tak cukup masa. Tak ada
pilihan lain!
Jap jap! Satu je nak tanya sementelah hati
meronta-ronta ingin tahu.
Adakah Fareez mengetahu perihal pemutusan tertutup kami
berdua? Kalau dilihat dari sisi keluarga, nampaknya mereka tidak tahu lagi
perkara ini sebab mereka masih melayan aku dengan baik. Kalau tak, pasti dah
ada dah acara tarik-tarik tudung dan penampar Jepun! Fareez rapat dengan
Farhan. Mungkinkah dia dah tahu hal sebenar?
Tengkiu..tangjat tengok byk betul rini...tengkiu sangat2!!
ReplyDeleteHahah ni mesti ternampak baihakki poyoss tuh kan miss cs??? Fareez jd mangsa! Hahah miss nak lg tau... I'm always waiting for your story... sume best3 belaka! ^_^
ReplyDelete-fazira-
Bila nk buat bab 7 dan seterusnya miss cs......
ReplyDeletewa..cptlah update
ReplyDeletesaya suka back ground cantik.
ReplyDeleteakak writer nk lagi...rindu la kt mai n farhan..nk lagi.. please!!!
ReplyDeleteBila up date ni miss cs dh x sabar ni bab seterus nya....
ReplyDeleteBab seterusnya????????
ReplyDelete