Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Thursday, 24 April 2014

Prince Charming + Budak Nakal + Suami? Bab 4



Motor jenama LC diparkirkan elok di sebelah kereta Proton Inspira milik ibu. Helmet dibuka perlahan. Sebelum turun, sempat lagi Danish membetulkan rambutnya yang tersedia pacak itu. Wow! Handsome!

Dia berjalan ke pintu rumah lalu dipulas tombolnya perlahan. Melihatkan semua orang mungkin berada di atas, Danish mengambil keputusan untuk terus naik saja ke bilik. Pintu rumah ditutup perlahan sehingga tidak mempamer sebarang bunyi.

Anak tangga pertama dipijak Danish. Sedang dia melangkah ke anak tangga kelima, kedengaran pintu bilik di aras itu dibuka. Danish ingin melarikan diri namun tidak sempat kerana namanya terlebih dahulu dipanggil.

Tuan Othman berjalan menuju ke arahnya. Pandangan tajam diberikan. Danish menekurkan muka ke lantai. Takut!

"Naik mandi, solat asar. Lepas tu turun bawah, makan. Ada benda nak bincang nanti!" Serius sekali bunyi membuatkan bulu roma Danish meremang.

Ah! Mesti ada yang papa nak buat ni! Hati Danish menggerutu.

Namun kerana ketaatan pada bapa, dia hanya mengangguk saja walaupun bukan dari keikhlasan jiwa. Dia berlalu ke bilik dengan perasaan yang geram. Beg sekolah di campak entah ke mana entah. Esok pagi baru cari! Rambutnya diramas kasar. Dengan perasaan malas, Danish menanggalkan pakaian sekolah lantas ke bilik air untuk membersihkan badan. Hanya itu cara meredakan tekanan perasaan. Air!

***

"Papa tengok perangai kamu makin lama makin teruk. Apa nak jadi dengan kamu, Danish? Kamu nak jadi samseng ke? Nak sangat?!" Tuan Othman memulakan operasi. Sudah lama dia memendamkan semua ini. Berbuih-buih mulut dia dan isterinya menasihati Danish namun balasan yang diharapkan cukup menyedihkan hati mereka berdua.

Danish membisu. Bantal empat segi kecil yang dijadikan hiasan sofa dipeluk erat sambil bersila. Sejak papa mula berceramah, dia hanya mendiamkan diri. Sama seperti apa yang dilakukan di sekolah. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Puan Kiara merenung ke arah dua lelaki tersayang. Dia juga sama seperti Danish. Baginya mendiamkan diri adalah lebih baik. Dia tidak mahu menambah ketegangan dalam masalah suami dan anaknya. Jikalau dia menyampuk, mungkin perbincangan ini tidak selesai malah makin bertambah tegang.

"Jawab, Danish! Kenapa diam?!" soal Tuan Othman lagi.

Danish masih lagi membatu diri.

"Abang, jangan tinggikan suara. Nanti abang sakit." nasihat Puan Kiara. Dia bimbang dengan kesihatan suaminya. Doktor menasihatkan supaya kawal kemarahan juga dari mengalami sebarang tekanan kerana ia boleh menaikkan semula darah tingginya. Malah Tuan Othman bisa mendapat sakit jantung jika berterusan.

"Abang dah tak boleh tahan, Ara. Selama ni apa yang kita buat, kita cakap, mana dia dengar! Telinga dia macam letak kat lutut! Nak kata banyak tahi telinga, setiap bulan ada buat check-up. Nak kata pekak, alhamdulillah masih baik. Tapi, perangainya tetap sama! Tak berubah langsung! Apa nak jadi, Ara?" Tuan Othman mengendurkan suara. Bernada menyesal. Apakah kerana sifat dia sewaktu kecil dahulu kini diikuti anak pula? Ya Allah, bantulah aku... Aku mahukan anak soleh dan solehah... Yang boleh membantu aku, bapanya serta isteriku, ibunya... Tak kira di dunia mahupun di akhirat kelak...

Puan Kiara segera menggosok dada sang suami apabila Tuan Othman melabuhkan punggung di sebelah isteri tercinta.

"Dah lah tu, bang. Nanti abang sakit. Masuk hospital lagi kan susah. Dah lah."

Tuan Othman menggeleng. Dia tidak mahu mengalah seperti sebelum ini. Biarlah jika dia dimasukkan ke wad sekalipun asalkan masalah anaknya dapat diselesaikan. Hatinya takkan tenang.

"Abang rela masuk hospital asalkan dapat selesaikan masalah anak kita ni, Ara. Entah jin mana yang rasuk dia sampaikan dia degil dengan kita. Abang dengan kakak kamu yang lain tak pernah buat perangai macam ni. Tapi papa hairan sungguh dengan kamu. Kamu belajar dari mana semua ni Danish? Kawan-kawan, kan?" soal Tuan Othman terhadap Danish yang sejak tadi hanya mendengar.

Danish tersentak bila namanya dipanggil.

"Mana ada, pa."

"Mana ada?! Kalau tak ada, kenapa kamu sanggup buat macam tu?? Kamu tahu tak yang perbuatan kamu dan kawan-kawan kamu terhadap Adam boleh membawa kepada kematian. Kamu tak pernah fikir ke?!!" tengking Tuan Othman lagi.

Puan Kiara memegang lengan suaminya supaya bersabar.

Danish menekur kepala kembali. Puan Kiara mengeluh perlahan. Entah bila semua ni akan berakhir. Ya Allah, Kau berikanlah jalan penyelesaian untuk masalah ini.

"Nish buat macam tu sebab dia yang kacau Nish. Kacau port rasmi Nish dengan kawan-kawan." balas Danish tidak mengalah. Tanpa sengaja, Danish telah membocorkan rahsianya kepada mama dan papa. Hati Danish membara apabila papanya terus-terusan menjunjung nama Adam. Dasar budak lembik! Hari ini saham kau naik! Tapi esok lusa belum tentu, Adam.

"Oh.. kacau port kamu. Sebab itu kamu selalu ponteng? Begitu?” duga Tuan Othman.

Danish segera bangun. Malas mahu mendengar ceramah yang mengusutkan fikiran. Dia berkira-kira mahu beredar dari situ untuk mengelakkan diri dari terus disiasat papanya bagaikan polis pencen. Karang entah apa lagi yang terlepas dari mulutnya. Langkahnya mati tatkala nama dipanggil.

"Muhammad Rayyan Danish, mulai hari ini papa akan bekukan kad kredit kamu..."

Danish terkedu. Bulat matanya. Apekah???

"...motor kamu papa tarik balik. Kuncinya ada pada papa."

Danish membuat pusingan maut. Gugusan kunci yang berada di tangan Tuan Othman dipandang dengan riak tidak puas hati.

"Apa ni, pa?!"

Tuan Othman tersenyum sinis.

"Kalau kamu nak kembali 'isteri' kesayangan kamu ni balik, kamu kena berubah sikap. Kali ini papa takkan tertipu dengan setiap perbuatan kamu. Mata-mata papa sentiasa memerhatikan kamu. Papa nak kamu berubah sikap. Kamu kena ingat, kamu sudah dewasa. Kamu sudah 17 tahun. Bukan budak usia 7 tahun! Ada akal fikiran yang waras! Jadi, gunakanlah dengan sebaik mungkin. Ingat! Kalau nak, ubah sikap. Jikalau kamu tak ubah juga dan masih lagi tetap dengan perangai nakal dan jahat kamu itu, papa ada satu rancangan yang paling bagus untuk Nish..." Tan Sri Othman menayang gugusan kunci itu kepada Danish yang sudah tercengang dengan mata terbeliak. Senyuman sinisnya dipamerkan untuk membakar jiwa anaknya. Dia tahu Danish pantang dicabar. Dengan ini dia senang hati mengambil peluang yang ditunggu-tunggu.

Danish terus beredar ke bilik dengan perasaan geram sambil menghentakkan kaki. Hatinya berbakul-bakul amarah. Meja solek yang disusun cantik dengan pelbagai aksesori lelaki, ditolak geram ke bawah sehingga berterabur. Memang dah marah sangat tu!

Danish segera menarik keluar telefon yang berada di poket seluar pendeknya lalu menelefon seseorang. Talian bersambung dan Danish terus bercakap dengan orang yang berada di talian itu. Dia memerlukan seseorang untuk melepaskan tension!

***

Iman merebahkan badan ke katil. Fuh! Lega sungguh rasanya bila dapat baring di tilam empuk yang menjadi igauan sejak pulang petang tadi. Sengal pinggangnya apabila selama satu hari suntuk ini, dia melakukan kerja seperti buruh. Bersama kakinya yang luka. Nasib baik dia sempat cover pergerakan kaki apabila berjalan depan keluarga. Dah la balik tadi dia terus diserbu bermacam-macam soalan dari ibu dan ayah. 'Okey sekolah?' 'Macam mana penerimaan semua orang?' 'Suka?' Ditambah lagi dengan rengekan adik mengajak bermain badminton pada petang hari namun cepat saja ditolak Iman dengan alasan penat walhal kakinya sedang sakit. Sungguh kudrat telah berkurangan. Ini semua berpunca dari mamat gila tu! Hish! Iman merenung siling bilik. Lama.

Teringatkan kejadian petang tadi membuatkan hatinya mendongkol geram. Segala sumpah seranah diberikan kepada lelaki itu namun ia hanya melantun di dalam hati saja. Tidak berani dia bangkitkan dihadapan mamat gila itu setelah apa yang dia rasakan sewaktu Danish merapatkan badannya dengan diri Iman.

Membahang wajah Iman apabila teringatkan kejadian tadi. Iman bangun dari pembaringan. Teddy bear yang terletak elok di atas katil dicapai lalu ditumbuk-tumbuk mukanya. Hidung patung itu ditonjol-tonjol sehingga penyek. Matanya juga dikutil-kutil Iman.

"Kau kan memang sengaja nak cari nahas dengan aku, mamat gila!" Iman berkata-kata dengan patung tidak bernyawa itu. Ditumbuk-tumbuk muka teddy bear itu bagi menghilangkan kepuasan.

"Disebabkan aku terlanggar kau pun, kau buli aku!! Tak patut kau tau tak!" Iman terusan-terusan menumbuk patung tidak bernyawa itu. Dia berhenti melakukan perbuatan itu setelah berasa penat.

Tapikan, kenapa perasaan aku tak menentu bila dekat dengan dia? Adakah aku sudah jatuh cin...

Ahh! Jangan kau peduli pasal mamat gila tu, Iman. Dia dah dera kau! Kau tak ingat apa yang dia dah buat kat kau?! Dia buli kau! Jangan kau berangan nak jatuh cinta dengan dia! Baru aje pun masuk sekolah. Gatal! 

Iman cepat-cepat tersedar dari lamunan. Buat apa nak fikir pasal mamat tu? Buang karan jek!

Setelah merasakan badan terlalu penat, Iman mengambil keputusan untuk melelapkan mata. Sempat dia berdoa di dalam hati supaya esok dia tidak perlu berdepan dengan karenah mamat gila yang entah apa-apa itu. Buat kesekian kalinya, Iman tidur lebih awal pada malam ini.

***

Puan Kiara berasa gundah bila anak lelakinya tidak turun makan. Sudah jam 10 malam namun kelibat anaknya masih lagi tidak kelihatan. Semasa makan dengan suaminya, Danish tidak turun sekali. Tuan Othman hanya membiarkan. Makan seperti biasa. Puan Kiara tahu anaknya berkecil hati dengan papanya berkenaan kunci motor dan kad kredit.

Setelah siap mengemas meja makan, Puan Kiara menjenguk Danish di kamar. Tuan Othman pula sedang membaca di bilik bacaan dan tidak mahu sebarang gangguan. Pintu bilik diketuk perlahan.

Tuk! Tuk!

Tidak sampai sepuluh saat, pintu itu dibuka sedikit. Danish menjegulkan muka sahaja. Masam!

"Boleh mama masuk?" tanya Puan Kiara lembut.

Danish mengangguk tanda merelakan. Pintu dibuka seluasnya untuk Puan Kiara masuk. Setelah masuk, Danish tutup kembali pintu itu lantas dikunci dari dalam. Dia tidak mahu papanya masuk. Hati masih sakit!

Puan Kiara duduk di birai katil bersebelahan anaknya. Danish duduk perlahan-lahan dan termenung. Tangan anaknya dipegang lalu diramas perlahan. Danish membiarkan. Selesa sungguh bila mama buat begitu. Terasa seperti sewaktu kecil dulu.

"Kenapa tak turun makan?" soal Puan Kiara.

"Tak lapar." balasnya pendek.

Puan Kiara tersenyum.

"Masih marahkan papa lagi?"

Danish menghela nafas. Kemudian dia menggeleng. Puan Kiara tahu semuanya. Dari riak wajah dia sudah tahu, anaknya terasa.

"Danish tahukan papa buat bersebab. Papa dan mama nak yang terbaik untuk Danish." Puan Kiara cuba menasihati.

Danish senyum sinis. "Untuk kebaikan? Mama tak rasa apa yang Nish rasa. Nish rasa sakit dengan apa yang papa buat. Macam mana Nish nak pergi sekolah kalau kunci motor Nish papa dah rampas?!" Danish sebal. Dia mengepalkan penumbuk. Tangannya direntap dari pegangan mama.

Puan Kiara menggeleng. "Bukan macam tu, sayang. Papa buat semua tu supaya Danish berfikir apa salah Danish. Ingat balik. Refresh your memory. Selama ni papa dah nasihat, Nish tak mahu dengar. Papa cuba berlembut, ikut kata Danish tetapi Danish ambil kesempatan itu dengan buat benda yang papa tidak suka. Kali ini papa perlu tegas. Danish kena berubah. Sayang mama ni dah besar. Dah tak boleh buat perangai lagi. Nanti macam mana sayang nak kahwin?" Puan Kiara menyelitkan usikan. 

Danish tiba-tiba ketawa. Kahwin? Belum sampai tahap tu lagi kot...

"Mama nak tanya boleh sayang?" 

Danish mengangguk dengan senang hati. Memang dengan mama, Danish berasa tenang. Mama melayaninya dengan penuh lembut. Sentiasa memanjakan dirinya. Sebab itulah Danish senang meluahkan perasaan kepada Puan Kiara. Walaupun fasal papa!

"Kenapa Danish sanggup buat macam tu pada Adam? Apa salah dia?" Puan Kiara bertanya lembut namun ayatnya pedas dan tegas.

Danish terdiam.

"Nish tak puas hati dengan dia. Dia selalu aje sibuk pasal Nish. Nish benci dengan dia! Selalu menyibuk. Kalau boleh semua hal Nish dia nak tahu, nak korek! Dasar busybody! Pondan! Lembik!" bentak Danish. Dia tu spy papa... kata-kata itu bersambung dalam hatinya.

"Danish, tak baik cakap macam tu. Mama tak ajar cakap benda tu kan. Adam hanya menjalankan tanggungjawab dia sebagai pengawas aje. Dia mesti jujur." Puan Kiara masih lagi berlembut.

“Tapi Nish tak suka, mama!” dengus Danish.

“Danish, tolong mama sayang. Tolong beri kerjasama pada papa dan mama. Mama nak anak bongsu mama ini berjaya dalam hidup. Mama tahu dan mama percaya, Nish tak akan buat benda yang bukan-bukan. Tetapi nakalnya aje yang terlebih.” Puan Kiara mencuit hidung Danish. Manja!

Danish menoleh memandang seraut wajah wanita yang sangat dia sayang. Wajah yang bersih dan putih itu dipandang lama. Mama memang cantik. Sangat cantik! Matanya bundar, keningnya terukir cantik, bulu matanya lentik, hidungnya mancung dan bibir yang seksi. Ditambah pula dengan sifat lemah gemalai, kemanjaannya cukup mengagumkan Danish. Itu belum dicampur dengan senyumannya. Pasti cair! Danish kalau boleh ingin mencari wanita sama seperti mamanya yang cukup memahami dirinya. Danish tersenyum meleret.

Puan Sri Kiara pelik. Anaknya boleh pula tersenyum bila disoal. Apa lawak sangatkah soalannya?

"Nish.." Tap! Puan Kiara memetik jari.

Danish tersedar. Dia sengih malu. Puan Kiara turut tersenyum sambil menggeleng.

"Berangan ya! Ingatkan siapalah tu. Mesti girl....."

"Oh stop, ma! Not now! Nish tak berminat!" Danish segera mengangkat tangan. Dia cukup tidak suka dengan topik ini. Mengganggu emosi. Girlfriend boyfriend... Danish mengejek dalam hati.

"Okaylah... mama nak masuk tidur. Nish pun jangan tidur lambat tau. Esok nak sekolah. Nish pergi dengan siapa esok?" tanya Puan Kiara seraya berdiri. Dia dapat mengagak jawapan anak lelakinya.

Danish turut berdiri sama. 

"Dengan Suffiyan." jawabnya yakin. 

Puan Kiara tersenyum lagi. Tangannya dihulurkan lalu Danish menyambut dengan senang hati. Dahi anaknya dikucup lama. Memang kebiasaan dia akan mengucup dahi anaknya sebelum tidur. Memang Danish anak manja!

Danish menuju ke katil selepas mamanya keluar dari bilik. Dia membaringkan tubuh ke tilam empuk. Fikirannya terawang akan gadis petang tadi. Dia tersenyum. Telefon bimbit ditepi katil diambil. Punat ditekan lalu pergi ke bahagian yang tersimpan video. Danish ketawa mengekek pabila melihat wajah masam Iman yang sedang mencuci motosikalnya. Namun ketawanya mati bila terpandangkan air mata yang membasahi pipi gadis cantik itu. 

'Eh! Kenapa pulak aku mesti sedih? Dia dah langgar aku. So, memang patut pun aku buli dia kan?' Hati Danish berbisik.

'Tapi kau tak kesian ke dengan kaki dia tu?' sambung lagi hatinya. 

Danish bungkam.


Semakin lama mata Danish semakin memberat dan akhirnya terlelap dengan lampu tidur yang terpasang serta telefon bimbitnya yang terbuka. Persoalan masih lagi belum dijawab.

No comments:

Post a Comment