Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Tuesday, 22 April 2014

Soulmate Forever Bab 6

BUNGA-BUNGA kembang mekar mewangi di taman. Keasyikan itu dirasai pelancong luar negara hinggakan mereka memutuskan untuk menangkap gambar dan menjadikannya sebahagian kenangan manis semasa melawat negara Australia ini. Penduduk tetap di situ juga turut sama meluang masa dengan aktiviti riadah bersama keluarga. Cuma dia sahaja yang tak keluar. Cukup memandang dari kejauhan. Sejak pertama kali duduk di sini, dia tidak mahu melihat dunia luar lagi. Dunianya hanya buku, buku dan buku!

“Ayie, what’s wrong with that guy huhAlways termenung and termenung.” Sengaja Jonathan menguat suaranya agar didengari lelaki yang berada di balkoni itu.

Ayie jongket bahu dan senyum. Tahu sangat Jonathan mengusik. Maggi kari disuap ke mulut.

“Aku rasa aku faham, Ayie. Ada orang tu rindukan aweks dia lorh.”

Serentak ketawa meledak di apartment tersebut.

Pemuda itu menjeling tajam.

Come on, bro. Kalau rindu, balik la jenguk sekejap. Takkan nak tunggu bulan jatuh ke riba?” usul Jonathan.

Ayie ternganga. Uiks…. “Tau pulak hang perumpamaan tu, Jo?”

Jonathan mencemik. Apa? Ingat aku chinese aku tak tahu la apa itu perumpamaan? “Aku pun belajar dekat sekolah la, Ayie.” Bidas Jonathan sambil menjeling. Sentap hati mak!

Ayie terangguk-angguk.

“Apalah yang korang merepek ni…” pemuda yang dijadikan bahan usikan itu mengeluh lalu mengambil tempat di sebelah Ayie. Ayie mengunjuk maggi padanya namun ditolak lembut. Dia kurang minat dengan makanan segera. Kalau dah terdesak sangat baru makan! Selagi boleh dielak, akan dielak.

Jonathan senyum sinis. “Wahai Tengku, patik ni tak la pandai sangat ilmu menilik. Tapi pada pengamatan patik, Tengku ni ada penyakit. Penyakit cinta namanya.”

Terbahak-bahak Ayie dan Jonathan ketawa sampai terbatuk-batuk Ayie dibuatnya. Pemuda itu menyua sekotak tisu sambil merenung tajam. Ayie sengih malu. Tulah, gelak orang lagi. Padah batuk!

Nonsense,” luahnya perlahan. Rancangan tv langsung tidak menarik perhatiannya. Seperti biasa di apartment… melalui liku-liku sebagai salah seorang pelajar asing atau lebih tepat musafir… benarlah kata orang, negara asing walau secanggih mana pun hati tetap mahukan negara sendiri. 

Bro, aku dengan Eve pun bercinta jarak jauh la. Aku tau kau rindukan dia tapi kau ego. She’s  a girl, bro. Hati yang lembut dan mudah rapuh. Takkan dia nak mula dulu. Be gentlemen aaa… Bila kita berpeluang untuk menyayangi dia, jangan abaikan. Itu tak bersyukur namanya.”

Lancar sekali bahasa Jonathan. Fasih sungguh dia bercakap macam anak Melayu tanpa pelat walhal anak kacukan Cina India. Gaya Jonathan seperti pakar perunding motivasi pulak!

“Aku tak faham apa yang kau cakap, Jo.” Dalih Farhan berkerut dahi. Jari diurut ke pelipis. Sungguh dia bingung!

Jonathan kelihatan mengukir senyum nakal. “Cantik juga budak tu. Apa nama dia?” Masih tak jemu nak mengorek rahsia.

“Budak mana pulak ni?” Mukanya diraup perlahan. Aduhai… lepas ni kena siapkan kerja. Tak sempat dah nak buka internet macam bulan lepas. Kalau buka pun untuk pelajaran. Dah tak ada masa nak main game dan berchatting seperti di awal kemasukan. Minggu depan exam.  Lepas tu ada tugasan luar... Fuhh double penat! Pertanyaan Jonathan terus lenyap dari ingatan.

“Alaa… jangan la nak sorok-sorok. Aku cerita kat kau tentang Eve, kau kenalah cerita pasal budak tu.” desak Jonathan.

‘Eh! Ada pulak main paksa-paksa.’ Gumam Ayie. Namun demi jaga hati kawan, dia membisu sahaja.

Farhan ketawa kecil seraya menggosok perlahan mata kacaknya. “Serius kau gila, Jo! Aku tak faham satu apa pun.” Dia melayan saja. Entah apa-apa entah mamat kacukan ini meraban. Budak mana entah tetiba. Kepala masuk air ke?

Jonathan jongket bahu. “Jangan ingat aku tak tahu la, dude. Budak perempuan pakai tudung biru tu sebenarnya awek kau, kan?”

Tersentak! Terdiam! Pandangan Jonathan yang sedang tersenyum nakal dibalas riak tanda tanya. Perempuan tudung biru? Terasa semacam aura di sekeliling ... Entah mengapa hatinya bergetar tak menentu… tiba-tiba…

“Aku TER-nampak gambar dia masa aku pinjam phone kau hari tu.” Jonathan menyengih lagi.

Farhan bersandar di kerusi lalu mencongak. Pinjam? Ya kelmarin dia pinjamkan telefon pada chinese guy itu kerana telefon Jonathan tertinggal di rumah. Waktu itu mereka di dewan kuliah. Jonathan meminjam untuk menelefon profesor mengenai assignment. Tapi tak sangka pulak Jonathan nampak. Arghh!

“Tak payah nak merepek yang bukan-bukan, Jo.” tegas Farhan. Wajahnya berubah tegang.

“Suka hati kau la nak kata apa. Tapi yang pasti itu memang girlfriend kau, kan? Seluruh ahli keluarga kau aku kenal, Farhan. Kau cuma ada seorang adik perempuan dan seorang kakak ipar. Mana ada orang lelaki letak gambar sepupu dalam handphone?” selar Jonathan lagi. Haagen Dasz disuap nikmat.

Ah, gasak! Makin berdebar jantungnya. Dia jelas terpempan. Pemuda kacukan itu pandai menilik. Mata Farhan merenung tajam lelaki di hadapannya. Adakah dia lihat kesemuanya? Jangan buat kacau! Bertan-tan air liur diteguk rakus menghilang debar dan ragu-ragu dalam jiwa.

Woo! Aku faham maksud mata kau. Aku tak tengok semuanya erk. Aku tengok wallpaper je. Tu pun ternampak masa nak off phone kau.” Terang lagi nyata Jonathan berkata. Dia tak mahu dilabel penggodam harta orang. Dia bukan begitu. Hanya ternampak gambar gadis comel bertudung biru itu sedang buat simbol peace sambil duduk di atas sofa selepas wallpaper Farhan dan adik perempuannya berlalu pergi. Slide kiranya! Pada pengamatannya, lokasi dalam gambar tersebut seperti di sebuah rumah. Yang pasti bukan rumah Farhan. Hatinya tertarik untuk bertanya pada tuan empunya telefon bimbit. Jelas riak Farhan agak tersentap apabila dibentang soalan itu. Apakah benar? Tapi selama ini lelaki itu hanya diam dan langsung tak menyentuh perihal perempuan.

 “Betulkan dia awek kau?” duga Jonathan. Apek ni memang tak kenal erti putus asa!

Ayie yang tidak mengetahui apa-apa hanya mendengar sambil menyuap lagi baki maggi ke dalam mulut. Lapar bebenor mamat Sungai Petani ini! Tapi, uikss… Farhan ada kekasih? Tak pernah tahu pun. Busy semedang dengan kerja. Sebut aweks pun tak penah! Tak nampak pun bekas ketua pengawas sekolah itu ada ciri-ciri sedang dilamun ombak rindu gelora cinta! Cool bersahaja. 

 “Aku masuk dalam dulu. Nak buat kerja.” Dia bertindak angkat kaki ke kamar beradu. Meninggalkan dua orang sahabat yang terpinga-pinga. Sungguh dia tidak betah menghadapi persoalan demi persoalan. Dia sudah berjanji dan bertekad dalam hati tak akan menyebut hal nan satu itu lagi. Tujuan dia ke sini untuk belajar! Dan setelah dua tahun berlalu, ia boleh dikategorikan ‘lupa sebentar’ dengan kenangan lalu.

Tetapi hari ini kehidupannya berubah. Jonathan berjaya mencungkil kembali rasa yang tertanam jauh di lubuk hati paling dalam setelah sekian lama.

Mampukah dia melupakan?

Atau sebenarnya masih belum dapat melupakan kerana dek kesibukan melampau sebagai seorang pelajar?

Farhan bergerak ke meja belajar. Paperwork yang bergulung dibuka. Maju ke hadapan, Han! Jangan toleh belakang lagi. Ini keputusan kau! Pilihan kau! Dia sendiri minta putus, kan?! Hati beria berkata. Sudahnya dia melupakan apa yang bermain di minda dan meneruskan pekerjaan.

Di ruang tamu sekangkang kera itu pula lain ceritanya. Jonathan masih mengerut dahi memikir masalah sahabat mereka yang sorang ini. Pelik benar kelakuan selepas dia bertanya mengenai gadis bertudung biru tadi. Dia pandang Ayie yang baru selesai menghabiskan makanan.

“Kau tak rasa ke yang dia tu ada problem? Nak mengaku girlfriend sendiri pun susah.” Gumam ‘apek’ tu.

“Setiap manusia ada masalah, Jo. Dan tak semua akan luah pada orang masalah yang dialami. Itu dinamakan privasi. Masalah peribadi yang hanya tuan empunya badan boleh selesaikan. Dan juga yang boleh cerita! Lebih baik jangan desak budak tu. Takut dia terasa dan ingat kita nak busybody walhal niat kita cuma nak menolong…” pesan Ayie lagi seraya bangkit membawa mangkuk ke sinki.

Jonathan termangu sendirian. Dia overkah?



p/s : Assalamualaikum.... Maaf ya dah lama tak masuk kat sini... Miss busy sgt3! Lagipun miss baru lepas interview so byk benda nak kena prepare.... Internet pulak kalah siput. Siput lagi laju rasanya! Herherher... Maaf eh dah lama tak layan chitbox, balas komen... Bukan sombong tapi tak sempat dan internet bermasalah. Ampun dear... Ampun hehehe.... Hope enjoy dgn entry baru ini... InsyaAllah akan cuba up entry laju3 selepas ini jika diizinkan internet :)

No comments:

Post a Comment