Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Thursday, 24 April 2014

Prince Charming + Budak Nakal + Suami? Bab 5


Baju sekolah yang sudah siap digosok disarung ke tubuh. Tali leher diikat kemas menampakkan lagi kesegakan. Kad matriks di pin pada tali leher. Kemas! Danish sentiasa menjaga penampilan biarpun rekodnya buruk. Apa yang penting? Penampilan! Perfume Hugo Boss disembur ke seluruh badan. Wangi seyh! Danish turun laju ke bawah untuk menikmati sarapan. Dia ingin keluar lebih awal dari bertembung dengan papa kerana sakit hatinya semalam masih lagi dirasai. Khuatir dia tidak dapat menahan kesabaran bila berdepan dengan bapanya. Buat pertama kali Muhammad Rayyan Danish bangun awal untuk ke sekolah! Rekod cemerlang setakat ini...

Dengan beg sekolah yang tersangkut di bahu, Danish melangkah menuju ke dapur. Kelihatan Puan Kiara sedang membancuh air. Air apa pun tak tau! Danish duduk di salah satu kerusi set lapan. Tangannya menuang jus oren yang tersedia di atas meja ke dalam gelas. Roti bakar di ambil dari piring lalu di gigit perlahan. Nikmatnya!

"Main telan aje. Doanya mana?" sindir Puan Kiara.

Danish tersengih malu. Roti diletakkan kembali kemudian tangannya diangkat untuk membaca doa.

"Mama bermimpi ke?" ujar Puan Kiara tiba-tiba. 

Danish mengerutkan dahi. Apa yang mama mimpi? 

"Mimpi apa, ma? Mimpi peluk anaconda ke?"

Puan Kiara membulatkan mata. Apa kaitan dengan anaconda pulak? Danish ketawa mengekek.

"Bukanlah! Hisy kamu ni! Hari ni ada apa-apa ke? Awal bangun. Biasanya anak mama ni paling liat nak bangun awal. Suka berlingkar atas katil macam ular sawa. Matahari dah terpacak atas kepala baru bangun." sinis  Puan Kiara. Tangannya ligat mengacau air kopi di dalam teko warna perak. Dia mahu melihat reaksi anaknya.

Wajah Danish mula cemberut.

Puan Kiara menekup mulut menahan tawa apabila melihat wajah anak bongsunya keruh. Usikannya berjaya membuatkan Danish memasamkan muka. Dia paling suka mengusik sementelah Danish juga suka menyakatnya ketika waktu lapang.

Puan Kiara bergerak ke meja makan. Teko air kopi diletakkan bersebelahan dengan jag berisi jus oren. Melihat gelas Danish yang sudah kosong membuatkan Puan Kiara menuang lagi jus oren ke dalamnya.

"Haish! Merajuk pula anak manja mama ni..." Puan Sri Kiara mencuit hidung anaknya. 

Danish mengelak. Muncung mulutnya sedepa. Tak suka tau! Merajuk dengan mama! Roti di gigit lagi.

Puan Kiara tergelak kecil. Hai.. macam-macam kerenah anaknya itu. Terfikir dia seketika. Bagaimana Danish bila sudah bekerja dan bakal berkahwin nanti? Adakah perangai manjanya akan pudar? Adakah Danish seperti ini lagi? Puan Kiara mengeluh perlahan. Roti yang berada di piring di ambil lalu disapu dengan Nutella.

Pin! Pin!

Bunyi hon membantutkan sesi renungan mesra dua beranak itu. Danish bangun dari kerusi. Roti yang belum habis disumbat ke dalam mulut semuanya. Terbuntang biji mata Puan Kiara. 

"Danish, makan pelan-pelan. Nanti tercekik!" memang masin mulut kerana tak semena-mena Danish tersedak. Puan Kiara cepat-cepat menyuakan gelas berisi jus oren kepunyaannya. Danish minum dengan rakus. Nasib baik tak tumpah air itu ke baju putihnya. Kalau kena, hilang hensem aku!

"Okay, ma. Nish pergi dulu." Danish menghulurkan tangan untuk bersalam. Puan Kiara menyambutnya lantas tubuh anaknya dipeluk erat. Danish mengucup lembut kedua-dua pipi dan dahi mamanya tanda sayangnya dia kepada wanita itu.

Danish berlari ke luar rumah. Kasut hitam di dalam rak kasut diambil lalu disarung. Talinya diikat kemas. Terserlah kehenseman Danish dari atas sampai bawah. Smart gila beb!

"Pergi dulu, ma. Bye..." laung Danish yang sudah pun menaiki motosikal itu. Helmet dipakai dan talinya disemat ketat. Karang jatuh siapa nak tanggung? Aku jugak!

Suffiyan membunyikan hon tanda untuk beredar. Nasib baiklah sama sekolah dengan Danish. Jika tidak, entah dengan dia sekali lambat datang sekolah!

Puan Kiara melambai mesra ke arah mereka berdua. Tersenyum dia melihat keletah anak muda itu. Dia tidak kisah anaknya pergi bersama Suffiyan, anak kepada kakak sulung suaminya. Malah hubungan mereka dengan Suffiyan cukup rapat. Jadi dia tidak bimbang jika anaknya bersama anak saudaranya itu. Namun Puan Kiara tahu, Suffiyan banyak memberi contoh dan tauladan yang baik buat Danish. Sedikit sebanyak ilmu yang diberikan telah mengubah kehidupan anaknya itu sedikit demi sedikit. Cuma hobi nakalnya itu masih belum berkurangan. Bermacam idea dan cadangan diusul namun masih tidak berjaya.

Puan Kiara masuk ke dalam rumah. Semasa dia hendak ke dapur, terlihat kelibat suaminya yang baru turun. Puan Kiara tersenyum manis. Dia pernah membaca satu petua yang terdapat dalam majalah Wanita. Penulis itu berkata bahawa sekiranya mahu rumah tangga lebih harmoni dan bertambah manis, senyuman penyeri dihadiahkan tidak kira sama ada yang perempuan ataupun lelaki. Dengan itu, ia boleh menambahkan kasih sayang yang sudah terbina bersama api cinta yang tak pernah padam. 

Tuan Othman membalas senyuman isterinya. Menawan sekali. Bagaikan madu yang fresh!

Mereka berdua berjalan ke dapur. Tuan Othman duduk di tempat biasa manakala Puan Kiara mula menjalankan tugas sebagai seorang isteri. Makan minum suaminya perlu dijaga dengan rapi. Bukan sahaja suaminya malah anak-anaknya juga perlu dilihat juga bagi yang masih belum berkahwin dan bekerja. Ini juga salah satu petua yang di baca olehnya.

"Siapa yang ambil Danish tadi?" Tuan Othman bersuara. Dia menghirup perlahan air kopi yang baru dituangkan isterinya. Dia melihat segalanya dari tingkap bilik. Namun dia masih mahu bertanya. Dia tahu kenapa Danish keluar lebih awal hari ini. Hal semalam masih lagi belum selesai. Tapi itulah yang terbaik.

"Siapa lagi kalau bukan anak saudara kita. Macamlah abang tak tahu." bidas Puan Kiara. Matanya sengaja dikerdipkan beberapa kali untuk menggoda suaminya. Niat mengusik suaminya menggebu di dada. Pagi-pagi ini makin kuat pula niat menyakat. Mana tahu kalau Danish bisa mendapat adik lagi. He he he!

Tuan Othman tersenyum lalu menggelengkan kepala. Isterinya sentiasa menggoda dan manja. Dengan dirinya saja! Bukan dengan orang lain. Perwatakan Puan Kiara berubah apabila berada luar dari kawasan rumah. Dia nampak matang dan seorang yang pandai mengawal diri. Profesional! Manakala di rumah, perwatakannya bertukar menjadi seorang yang manja, menggoda dan juga menjadi seorang ibu yang penyayang. Anak-anak dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang.

"Nanti ya, Ara. Tunggu abang habis makan dulu."

Balasan Tuan Othman mengundang tawa Puan Kiara. Gelak mereka berdua bergema di sekitar dapur itu.

***

Iman berjalan memasuki kawasan sekolah perlahan-lahan. Pintu pagar telah dilepasinya. Hari ini hari kedua dia bersekolah di sekolah itu. Banyak yang dia belajar. Antaranya belajar membasuh motor! Peristiwa semalam masih lagi terpahat dalam ingatannya dan tak mungkin akan dilupakan dengan sewenang-wenangnya. Huh! Kenangan pahit!

Dia melalui kawasan taman bunga untuk lebih dekat ke tingkat kelas. Bau mawar harum menyenangkan minda. Bangunan yang menempatkan kelasnya berada di belakang bilik guru. Cuma kelasnya terletak dihujung bangunan berwarna ungu itu. Dia belum ketemu dengan sahabat baiknya, Syasya kerana mungkin gadis itu telah berada di kelas atau belum hadir lagi.

Iman sempat memberi salam pada makcik pakcik yang menyiram pokok bunga di taman itu. Patutlah bunga segar-bugar. Rupa-rupanya makcik pakcik menyiram air terlebih dari had! Iman bergerak lebih cepat kerana takut lambat masuk ke kelas.

Sedang dia berjalan menuju ke tangga, tiba-tiba langkahnya terhenti serta merta. 

Freeze!

Jantung seakan terhenti berdetak. Kaki tetap tak bergerak walau satu cm! Dah macam tiang bendera pun ada juga! Oh Tuhan! Habislah...

Danish yang sedang duduk melepak di tangga bersama rakannya yang lain juga tergamam. Rokok di tangan terlepas. Pandangannya terpaku pada tubuh kurus yang berada di hadapannya itu.

Iman berasa takut. Menggigil tubuhnya melihat enam pelajar lelaki sedang menghisap rokok. Pandangan mereka juga sangat menggerunkan. Iman nekad melarikan diri. Dia berlari selaju mungkin untuk menghindarkan diri dari mamat gila itu! Kakinya yang sakit bagaikan telah sembuh sepenuhnya! Tangga di sebelah hujung bangunan dinaiki. Aduh... kenapa mesti bertembung dengan diorang pagi-pagi macam ni? Aduhai... masak aku kat kelas nanti! keluh Iman.

Aniq, Lalok, Tonjang, Razif dan Alif mengerutkan dahi. Mungkin masih pelik kenapa gadis itu lari? Tetapi dia juga terperanjat sewaktu gadis itu melalui kawasan ini. Mahu report pada guru disiplinkah? Atau mahu memberitahu kepada pengawas mengenai perbuatan mereka? Bukankah semua guru sudah tahu tentang mereka? Eh.. eh.. tapi budak tu bukan ke budak semalam yang langgar Danish?

"Itu bukan budak semalam ke yang langgar....."  ayat Aniq tergantung. 

Kelima-lima sahabat memandang sesama sendiri sebelum terjurus ke arah ketua mereka.

"Aah. Itu kan budak yang langgar kau Nish sampai jatuh tangga..." mengekek-kekek mereka ketawa mendengar ayat yang dilontarkan oleh Alif.

Danish jegil mata. Cis! Buek malu yo!

"Tapi kenapa dia lari? Takut ke?" sambung Alif lagi.

"Mungkin nampak hantu kot!" lancang mulut Lalok berbicara. Tanpa kata, ketukan kuat di kepala Lalok membuatkan dia mengaduh kesakitan. Razif tenung tajam.

"Agak-agak ler bro. Sekarang siang. Bukan malam." Razif berang. Boleh pulak mamat ni cakap pasal hantu. Dia tak tahu ke yang aku sekarang tengah takut? Tubuhnya mula menggigil. Main hantu-hantu pula!

Danish sekadar melihat sahaja gelagat kawan-kawannya yang mula sibuk dengan statement Lalok. Pasal hantu pun jadi nak takut ke? Adeh... jiwa lembut betul kawan-kawan aku ni! Rokok Dunhill dihisap lagi.

"Nish, kau apehal diam jek hari ni? Eh, kau tak nak 'usik' ke budak baru tu? Fresh apa! Bergetah tu." Tonjang sudah tersenyum nakal. Mereka yang lain juga tersenyum-senyum. Namun tidak pada Danish.

"Aku tahu apa yang aku buat. Aku tak mainlah kalau nak usik benda yang bukan betul-betul milik aku. Sejahat-jahat aku, tak adalah pulak aku merosakkan maruah anak orang." sinis Danish. Memang betul. Danish tidak pernah mengusik anak dara orang biarpun dia terlalu nakal. Dia masih tahu dosa dan pahala. Gadis-gadis itu yang mampir rela namun Danish menolak kasar. Apa celop?!?

Tonjang terdiam. Tepat mengenai batang hidung sendiri! 

Danish bangkit dari duduk. Rokok yang masih berbaki lagi disuakan kepada Aniq. Macam biasalah! Share rokok. Beg hitam biru di ambil lalu dia berjalan menaiki anak tangga ke kelas meninggalkan semua. Danish kadang-kadang malas nak layan sahabat-sahabatnya bila perkara sebegitu timbul. Kalau perkara lain okey.  Tapi kalau nak rosakkan anak dara orang? Oh my... not him okay. Danish masih waras lagi. 


Namun ada sesuatu yang membuatkan dia keliru. Mengapakah dia berasa berdebar setiap kali dekat dengan budak baru tu? Jampi apakah yang dilakukan minah tu sampaikan bisa menggugat jiwa kentalnya? Danish malas untuk memikirkan semuanya. Dia terus berjalan menuju ke kelas. Subjek Pendidikan Islam akan bermula sebentar lagi. Danish perlu bersiap sedia. 

No comments:

Post a Comment