Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Sunday, 16 February 2014

Ketua Pengawas VS Tunang Bab 59

BAB 59

KERETA diparkir di Petronas. Papa Umar pergi ke kaunter bayaran untuk isi minyak. Mama Nani pula sedang tidur di kerusi sebelah pemandu. Farhan pun sama. Perlahan-lahan aku buka pintu kereta. Angin agak kuat dari arah selatan buat t-shirt lengan panjang aku beralun. Mujur tudung aku semat pada baju supaya tak bergerak. Langkah diatur menuju ke tandas.

Muka kucuci bersih menghilangkan rasa kantuk. Mahu saja aku tidur dalam kereta tadi. Tapi kerana ada ‘orang tu’ buat aku tak jadi nak lena. Karang terlentok sana terlentok sini, air liur basi menjejes buat naya aje. Keluar sahaja dari tandas perempuan, figura tubuh seseorang yang memakai topi sedang menyendeng di dinding sambil berpeluk tubuh. Terperanjat aku. Matanya tajam merenung.

“Kau buat apa dekat sini?” Aku hairan bin pelik. Buta ke? Tak reti beza simbol tandas lelaki dan perempuan?

“Dah habis?”

Aku angkat kening. Sangat menepati soalan! Orang tanya dia, dia tanya orang balik. Apalah yang dia buat dekat tandas perempuan ini. Mengekor aku ke? Tapi tadi bukan dia tidur ke dalam kereta? Ah! Pening la nak fikir.

“Lain kali nak keluar bagitahu aku,” ujar Farhan sambil berjalan seiringan.

“Aku pergi tandas je. Bukan lari,” cebikku. Farhan menoleh. Aku buat tak tahu dan pandang deretan kereta yang memarkir depan kiosk. Dada dihambat debar setiap kali dia tenung sebegitu. Pada waktu itu aku sentiasa mengingatkan diri bahawa dia milik orang lain. Hati kembali layu.

Papa Umar sudah bersedia di dalam kereta. Mama Nani terjaga dari kantuk. MPV bergerak perlahan menyusur keluar ke lebuhraya semula. Haih… lambat lagi nak sampai. Aku tak mau dah duduk dalam kereta ini lagi. Nak meletup rasa! Keluhku di hati.



KELAS AM berjalan lancar. Mujur tidak bergabung memandangkan pelajar sains tulen sedang menghadapi kertas trial subjek Fizik. Kalau boleh aku mahu lari dari bertembung dengannya. Sangat menyesakkan dan merimaskan! Huh! Aman hidup minggu ini.

“Hai, ceria semacam je muka. Ada apa-apa ke?” usik D. Aku senyum saja.

“Setahu aku orang yang ceria ini dia tak puasa. Betul tak?” Iman menyampuk membuatkan aku terbatuk kecil.

“Haa… betul tekaan aku. Kau period eh?” Iman berbisik. Tak mahu bebudak lelaki dengar. Naya je. Jatuh reputasi. Malu bergunung-gunung nanti.

Aku ketap bibir. “Hee! Ada yang nak kena backhand ni karang,” Iman sengih sambil buat simbol keamanan.

“Dah berapa hari dah?” Iman masih menyakat. Aku rampas pemadam dari tangan D lalu baling tepat di hidungnya.

“Aduh! Sakitlah! Kot ya pun janganlah kena dekat aset terpenting aku,” Iman memarahi Humairah. Jari mengurut batang hidung. Kasi tegak balik. Nanti Khairul tak pandang susah pulak…

Aku mencebik meluat. “Eleh… tak hilang punya perhatian Khai kalau hidung kau senget sebelah la.” Ujarku sinis sambil mengemas segala kertas dan kemudian dimasukkan dalam fail mengikut subjek. Semakin dekat SPM, semakin banyak kertas cikgu beri. Semuanya latih tubi memandangkan kami dah kehabisan topik dalam buku. Cuma sekarang kami sentiasa membuat revision dan sentiasa mengulang subtopic yang menjadikan markah kami rendah sewaktu peperiksaan.

“Patahkan terus hidung dia, Mai. Taklah sentiasa mendongak ke langit aje kalau berjalan.” Ejek D. Iman pantas melibas bahu D dengan kotak pensil Wana. Laju sahaja tangan dia mencapai.

“Wei! Wei! Pencilbox aku tu!” Wana cuba menenangkan tapi keadaan menjadi semakin gamat. Beberapa pelajar mengalih pandang pada meja kami. Adeh… malunya dia orang adegan wrestling. Sangat tak sesuai untuk pelajar sekolah!

“Kau memang! Jaki dengan aku!”

“Korang, sudahlah!”

“Mana ada aku dengki dengan kau. Kau je yang perasan.” D menjelir lidah. Sengaja menghangat suasana. Bukan dia tak tahu Iman pantang kalau dirinya dipertikaikan. Lebih-lebih lagi bertajukkan ‘Khairul’.

“D! Jangan sampai aku cekik kau!”

Girls, apesal ni? Come on, okay. Hormat sikit student yang tengah exam. Jangan buat perangai macam kebudak-budakan.” Tegang suara Khairul membuatkan semua diam kelu. Lidah yang tadinya sibuk bergerak kini membisu. Lebih-lebih lagi kekasih hati… Iman!

“Mana ada kita orang buat apa-apa. Just bergur…”

Shut up, Nurin Aiman Nasuha! Jangan menyampuk bila aku bersuara!” Nada suara Khairul menaiki satu anak tangga ke atas lagi, menikuskan Iman dari berkata apa-apa. Tertunduk malu di kerusinya. Khairul melepaskan lelah dan duduk kembali di kerusi.

Aku, Wana, Aisyah dan D memerhati saja kelakuan Iman. Seolah-olah dia menyimpan sesuatu. Iman membetulkan duduk lal membuka buku rujukan Bahasa Inggeris. Helaian pertama diselak perlahan sambil badan dirapatkan ke meja. Selepas meletakkan kepala atas buku tersebut, dia diam menelaah.

Bulat mata kami melihatnya. Iman menangis??!



“AKU berharap sangat pass fizik.” Ujar Aizat.

“Jangan terlalu berharap kalau tiada dorongan usaha.”

“Aku dah cuba sedaya dan semampu aku. Selebihnya aku berserah. Aku berdoa masa cikgu tanda kertas aku, biarlah dia dalam mood tenang and happy after.”

Trial je ke?” Farhan mengusik.

Of course the time the real SPM too, bro.” Aizat mengerling. Farhan senyum sahaja. Matanya tiba-tiba menangkap kelibat seseorang yang baru memasuki bilik kompang. Matanya menghadap Aizat semula.

“Zat, kau pergi tengok blok B2. Aku dapat aduan port situ ‘panas’ balik.” pinta Farhan.

“Kau tak pergi sekali?” Farhan angguk. “Aku ada hal lain. Apa-apa roger aku. Bawa dua tiga orang backup.”

Aizat jongket bahu. “Suit yourself. Aku chow dulu.”

“Hati-hati.” Pesan Farhan lagi pada anak buahnya. Aizat angguk dan tunjuk simbol ‘ok’. Kemudian dia berlalu pergi sambil diperhatikan mata tajam ketua pengawas hingga hilang dari pandangan.

Farhan mengubah haluan menghala ke bilik kompang yang bersebelahan dengan bilik bersukan atau lebih dikenali sebagai mini gym. Tempat lepak yang amat digemari pelajar sekolah ini. Perjalanannya diperlahankan. Berhampiran dengan bilik kompang terdapat tangga menghubungkan makmal komputer 1 dan 2 di tingkat atas. Farhan segera memanjat tangga. Dia melonjak badan atas tembok yang selalu dijadikan tempat bersidai budak-budak nakal. Fuhh! Seriau rasa. Siapa yang tengok bawah confirm akan rasa gayat dan mungkin tidak dapat mengimbangkan diri lalu terjatuh dari tingkat tinggi itu. Tetapi tidak pada lelaki bernama Tengku Amirul Farhan. Dia selamba menenggek. Dari situ dia dapat melihat dengan lebih jelas apa yang berlaku dalam bilik kompang.

Matanya mengecil melihat budak lelaki yang dia aim sejak berbulan lalu. Hatinya sentiasa tak sedap apabila memandang seraut wajah itu. Seakan ada muslihat yang cuba disembunyikan disebalik wajah tidak bersalahnya. Orang kata muka suci.

‘Mungkin itu perasaan kau je tak? Kau cemburu sebenarnya bila tengok dia bersama perempuan yang ada kaitan dengan kau, bukan?’

‘Mana ada. Aku memang betul dapat rasakan dia sorok sesuatu.’

Peluh yang mengalir sangat berbaloi bagi Farhan apabila terpandang akan suatu perbuatan yang tidak sepatutnya, di dalam bilik tersebut. Walau dari kejauhan namun matanya tetap tajam dan bisa kelihatan. Salah satu nikmat yang Allah berikan padanya. Senyuman sinis mengukir di bibir. Memang seperti yang dijangkakan. Firasatnya kuat mengatakan lelaki itu amat berbahaya untuk didekati. Patutlah aura panas je sewaktu melintasi atau nampak dia.

‘Itu cemburu la tu, bhai.’ Hati berkata.

‘Itu sixth sense la, Mr. Hati.’ Ujar akal pula.

Farhan malas ambil pusing dengan apa yang digaduhkan hati dan akal. Pokok pangkalnya sekarang ini dia mesti cari jalan supaya lelaki sebegini dijauhkan dari perempuan itu. Perbuatannya harus dibongkarkan dengan kadar segera. Mindanya terus teringat pertandingan kompang yang bakal diadakan hari Selasa yakni esok.

Bunyi loceng kedengaran, menyedarkannya. Cepat-cepat dia turun dari tembok berkenaan lalu memanjat anak tangga menuju ke hujung makmal komputer 2. Di situ ada lagi satu tangga untuk turun ke bawah. Farhan harus segera pulang ke kelas untuk menyambung peperiksaan.



KAMI berjalan pulang ke asrama puteri dengan lenggang kangkung. Fail yang menimbun di tangan menambah lagi rasa lemah dan malas nak bergerak. Boleh tak kalau aku merangkak? Agak-agak hilang tak penat?

“Aku hauslah,” rengek D.

“Ooi, makruh ingat minum.” balasku.

“Kalaulah dapat air sirap bandung + ABC waktu-waktu macam ni alangkah heaven nya hidup…”

“Dah! Dah! Makin melalut kau ni. Jom balik! Jalan cepat!” arah Wana. Makin dilayan, makin menjadi-jadi Puteri Diana ni. Aisyah dan Iman sudah mendahului di hadapan sana.

“Wana, aku singgah kedai sat. Nak beli pen la.” Ujarku tiba-tiba. Teringat alat tulis sudah kehabisan dakwat. Langkah Wana dan D terhenti.

“Emm yalah. Aku balik dulu.” Aku angguk malas. Kami berubah haluan. Kedai runcit jadi sasaran. Aku ke bahagian belakang sekali. Rak pelbagai jenis pen tersusun rapi. Aku mencari pen yang biasa digunakan. Faber Castle tahan lama. Kemudian liquid paper. Hari tu dah kena rampas! Sangat sebal. Yang rampas tu si ketua pengawas pulak tu. Lagilah sebal bergunung! Dengan muka kerek dia lagi masa cekup liquid paper aku waktu tu. Urgh! Nak je gusti dia...!

Tiba sahaja di kaunter bayaran, terdengar seorang gadis menyoal taukeh kedai. “Uncle, ada handyplus tak?”

“Ada. Mahu berapa?”

“Sekotak.” Dalam pada masa yang sama, beg duit gadis itu terjatuh di kaki aku sewaktu dia sibuk mengeluarkan duit. Dengan baik hati aku memungut. Bahunya kusentuh.

“Err… awak?” gadis itu menoleh. Aku merenungnya lama. Matanya… seperti pernah dilihat. Seakan pernah jumpa. Wajahnya … tapi di mana eh?

“Ya?”

“Oh … err ni. Beg duit awak terjatuh tadi,” Aku menyuakan purse kuning padanya.

“Terima kasih. Saya betul-betul tak perasan tadi. Terima kasih banyak-banyak,” bersungguh dia mengucap ayat tersebut. Aku tersenyum.

“Emm by the way, rasa macam pernah jumpa la your face sebelum ni.” Eh? Dia pun sama?

“Emm tulah. Saya pun rasa benda yang sama. Muka awak familiar.”

Gadis itu senyum lagi. “Takkan awak dah lupa? Kan kita pernah berlanggar dekat pasar malam? Yang kuah asam pedas tertumpah tu?”

Aku cuba mengingati. Kejadian pasar malam... kuah asam pedas tertumpah… pasar malam… asam pedas ikan tenggiri! Mataku membulat. Kutenung semula raut wajah perempuan dihadapanku. Betullah! Perempuan nilah yang tumpahkan asam pedas dekat baju Farhan!

“Haa… ingat! Ingat! Sorry ambik masa nak fikir,” talarku sambil sengih. Kedengaran deheman dari taukeh kedai. Opss! Baru perasan. Cepat-cepat aku lunaskan bayaran. Dia juga sama. Kemudian kami keluar sama-sama dari kedai tersebut.

“Emm sembang punya sembang sampai terlupa nak tanya nama. Saya Naza. Nazatul Shyafiqa.” Dia menghulur tangan.

“Saya Maira. Saffiya Humairah.” aku menyambutnya dengan senang hati.

“Okeylah, Maira. Nanti ada masa kita jumpa, kay. Jangan sombong tau. Tegurlah kalau ternampak Naza,” usik Nazatul. Macam dah kenal lama je!

Aku tergelak kecil. “Okay, awak pun sama.” Kami mengubah haluan. Dia menaiki kenderaan manakala aku berjalan kaki. Nazatul Shyafiqa! Sedap nama. Secantik orangnya. Peramah pula tu. Ah! Lupa nak tanya. Kenapa dia menangis masa Farhan tarik tangan aku dekat pasar malam tu eh? Tiba-tiba aku mengetuk kepala. Isk! Apahal pula aku nak sibuk? Biaq pilah. Kaki terus melangkah ke depan tanpa melihat sepasang mata bagai nak terjojol keluar di pintu pagar sekolah. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Kakinya terasa lemah hendak berdiri tegak. Sedari tadi dia memandang keasyikan gadis berdua itu berbual. Seperti sahabat lama yang sudah lama tidak berjumpa. Siapa tahu hatinya menggelegak dengan kejutan.



JADUAL peperiksaan pelajar sains tulen di board dipandang sepi. Hatinya masih lagi teringat akan kejadian tadi. Macam mana Mai boleh kenal Naza? Dah tu siap berborak, bergelak ketawa lagi. Diorang ada apa-apa ke? Ke Naza dah cerita semuanya? Ah! Kusutlah. Time-time macam ni pula dia muncul. Muncul time raya Cina tahun depan tak boleh ke?!

Ingatan Farhan tercerna kembali. Ah! Macam mana aku boleh lupa yang Naza tu belajar di Sekolah Perempuan Convent dekat sini jugak! Melihat keadaan tadi Farhan sudah rasa sesuatu yang tak baik bakal berlaku. Dia meramas rambut dan muka.

‘Han, apesal kau fikir yang bukan-bukan ni? Tak baik tau. Fikirlah positif. Mungkin dia dah berubah,’

Farhan memejam mata. Berubah? Betul ke dia berubah? Atau sekadar bermuka-muka? Andai perkara yang tak diingini berlaku, macam mana dengan keluarga? Lebih-lebih lagi Mai. Dia boleh terima ke?

“Bro,” bahunya ditepuk seseorang. Farhan celik mata.

Wassup? Macam ada masalah besar je?” tepat sekali jangkaan Izuan apabila Farhan mengangguk kepala. Patutlah dok tenung macam nak tembus je papan tu.

“Memang big prob!”

“Tak nak share dengan aku? Like usual?” Izuan bertolak ansur.

She’s coming back!” ujar Farhan perlahan. Izuan kerut dahi.

Who’s? She?” Siapa pulaklah malaun yang dimaksudkan sepupu dia ini?

Farhan menoleh seraya senyum sinis. “Guess what?”

Izuan menggaru kepala. Adeh… disuruh tekalah pulak. Siapa yang dah datang balik ni? Setahunya kalau yang ‘datang’ balik ni tentu yang dah lama tak muncul… like

Membuntang biji matanya. “Nazatul?!” Farhan tidak membalas sebaliknya merenung ke depan. Tampak jelas Farhan terluka dari mata hazelnya.

Izuan pula terlopong besar. Ohmy…! Memang problem besar punya!



“APA yang dimenungkan tu, abang?” Mama menegur abah di laman.

“Tak ada apa, Na. Abah teringatkan anak kita. Rindu mereka.” Lirih abah.

“Na pun rindu mereka juga. Kalaulah musim cuti, dah lama kita bawa. Tapi Mai tengah exam. Na tak nak dia terganggu. Yana dan achik pula sekolah. Na tak mahu mereka terlepas pelajaran penting.” Mama menjelaskan perkara sepatutnya.

Abah menghela nafas. “Hmm. Entah macam manalah keadaan dia dekat rumah Umar tu. Dapat sesuaikan diri ke tidak. Dilayan baik ke tidak…”

“Sejak bila abang tak percayakan sahabat baik abang ni?” Mama kerut dahi. Lain benar percakapan suaminya.

Abah menarik nafas lalu dihembus perlahan. “Abang bukan tak percaya. Tapi bila difikir semula, kita ni sebenarnya dah menyusahkan mereka sekeluarga. Entah selama sebulan ini, mereka tak selesa dengan anak kita. Entah mereka rasa terganggu. Abang rasa bersalah pula.” Luah abah sayu.

Mama mencantumkan jarinya ke jemari abah yang sudah menampakkan usia tuanya. “Abang, Na tak rasa dia orang macam tu. Na baru je Skype dengan Yana dan Sara beberapa hari lepas. Mereka kata mereka dilayan baik oleh Umar dan Nani. Dijaga dengan baik. Umar selalu mengingatkan mereka yang mereka bertiga itu amanah oleh kita sementara kita disini. Na harap abang jangan bersangka buruk. Na yakin anak-anak kita gembira di bumi Malaysia.” Mama cuba menyalur semangat abah yang mula terkulai layu semenjak berada di bumi Eropah ini. Siapa tak rindukan anak. Berbuka puasa dan solat terawih bersama. Tapi demi menjenguk saudara sedarah dan sedaging yang terbaring lesu di katil, mereka sanggup berpisah.

“Abang harap pun begitu jua,” abah senyum pahit.




PETANG itu, kami dipanggil ke surau untuk berlatih. Walaupun ada Al-Quran di surau, tetapi aku lebih selesa menggunakan sendiri punya kerana banyak tanda-tanda dan aku senang faham berbanding Al-Quran yang lain.

“Saya mahu kamu semua berlatih lagi. Fathiah, kamu betulkan harakat. Qamarina, kamu betulkan bacaan kamu. Dan yang lain-lain, walaupun saya tak sebut nama bukan beerti kamu sudah cukup bagus. Perbaiki lagi tahap kelancaran suara. Biar jelas sebutan. Ingat ya, kamu salah menyebut ayat dalam Al-Quran, maknanya sudah menjadi lain. Walaupun ini hanya pertandingan untuk bulan puasa, tapi itu dikira satu ibadah. Baiklah, kita akhiri dengan surah al-asr.”

Aku duduk lalu menyarung kasut di luar surau. “Syah, nanti tolong ajar bahagian tajwid ya?” ujar gadis bernama Qamarina kepada Aisyah yang baru sahaja duduk di sebelah aku. Aisyah angguk dan senyum manis.

Aisyah siap memakai kasut hitamnya. Dia merenung aku. Aku angkat sebelah kening.

“Mai, aku nak kena jumpa Farhan sekejap. Ada mesyuarat pengawas. Kau balik seorang tak apa, kan?” soal Aisyah lembut.

Aku angguk memahami. “Tolong bawakan Al-Quran aku sekali,” pintanya. Aku ambil lalu dilekapkan ke dada. Membawa kitab suci perlu berhati-hati.

“Baik-baik tau.” Pesannya lagi. Aduhai… gaya macam aku kena berjalan sejauh 50 kilometer je. Aku angguk malas. “Iya Buk Syah,” perliku mendatar. Aisyah senyum lucu. Pipiku dicubit mesra. Dia bergerak ke timur, aku ke barat.


Dalam pada waktu itu, mataku tertancap pada seraut wajah yang sedang leka berbual di bawah pokok sambil kedua-dua belah tangannya diseluk dalam poket seluar hitam. Sesekali dia tersenyum dan tergelak. Entah apa yang diborak aku pun tak tahu. Boleh pula gelak! Selalu muka serius 24/7. Sedang memikir, dia turut melebarkan pandangan padaku. Tertangkap! Pandangan yang menggerunkan dan tajam! Jantungku laju saja berdegup. Mencicit aku lari balik asrama. Kenapa renungan dia berbeza? Mata dia seakan memberitahuku sesuatu. Seperti memberi amaran. Ah! Mainan aku aje tu. Sudah! Lupakan. Kejap lagi ro-call. Tak sabar nak berbuka. Yeeehaa




p/s : assalamualaikum wbt... err hye! dah lama tak ada kt sini kan? hehe sorry... first, miss takde internet. second, bile ade internet, miss tak boleh masuk terlalu byk sbb die akan 'hang'... so miss kena masuk one by one... limit! internet dah tak macam dulu lagi...  third, busy dgn hal keluarga... fourth, sorry again :(




Teaser Bab 60

TENGKU Hadzriq berjalan bersama rakan-rakannya menuju ke perpustakaan atas arahan guru bertugas. Pada waktu itu pelajar kelas lain baru sahaja keluar daripada perpustakaan. Sedang sibuk menyarung kasut dan sebagainya. Lorong itu menjadi sempit sedikit. Eriq menenggek selama di atas tembok. Tidak mahu dirinya dilanggar kerana dia masih dalam proses. Tubuhnya juga masih belum elok lagi.

Kebetulan waktu itu, dia ternampak figura seseorang sedang enak bergelak ketawa di rak kasut. Penuh gedik dan mengada! Rasa marahnya membuak-buak dalam dada namun pesanan lelaki itu masih kukuh dalam ingatannya. Segera dia melarikan wajah dari dilihat perempuan itu. Giginya berlaga sesama sendiri.

Selepas selesai menyarung kasut, gadis itu bersama rakan-rakannya mula mengatur langkah. Setiba di belakang pelajar lelaki yang membelakanginya, namanya disebut.

Good job, Ammy.”

Ammy tertoleh. Siapa yang panggil nama dia? Eriq perlahan-lahan pusing. Matanya menikam anak mata Ammy yang jelas tergugat dan ketakutan. Pertama kali Eriq memandang serius mukanya.

“Kau… kau cakap apa?”

“Aku cuma cakap good job,” Eriq membalas senada. Tangannya di depangkan atas tembok. The Naughty Boy come back!

Ammy makin tak keruan. “Apa maksud kau?”

Eriq senyum. Senyuman yang teramat berbeza. Tidak seperti sebelumnya. “Tahniah sebab dapat Farhan.” Ammy tersenyum lega. Huh! Ingat apalah tadi.

“Tengoklah siapa. Tengku Ammylea Ruhaila. Tak macam orang tu. Sampai sekarang masih tak dapat-dapat Si Humairah tu. Upss!” Ammy pura-pura menutup mulut dengan dua jari. Ter…lanjur cakap depan yang tak sepatutnya.

Tapi yang menghairankan Eriq tidak terasa malah masih mampu tersenyum. Kalau dulu, Eriq seperti orang gila yang terkejar-kejar dirinya. Ah! Malas nak layan. Dia tidak mahu fikir mengenai Eriq lagi. Tumpuannya kini pada sang ketua pengawas.

Emm thank you by the way. I have to go. Nak jumpa chenta hati,” Kata Ammy berlagak. Dia mengajak rakan-rakan Diva Babe berlalu dari situ. Makin lama makin menyampah tengok Eriq. Buat sakit hati je!

Panas Eriq di situ. Kalau tak kerana larangan dan amanat, dah lama dia tumbuk muka Ammy! Geram. Marah. Mengamuk. Semua bercampur menjadi satu.

“Kau tunggu langit tinggi ke rendah, perempuan. Jangan harap kau boleh terlepas!” tekad Eriq serius memaknakan kata-katanya. 





3 comments: