BAB 59
KERETA diparkir di
Petronas. Papa Umar pergi ke kaunter bayaran untuk isi minyak. Mama Nani pula
sedang tidur di kerusi sebelah pemandu. Farhan pun sama. Perlahan-lahan aku
buka pintu kereta. Angin agak kuat dari arah selatan buat t-shirt lengan
panjang aku beralun. Mujur tudung aku semat pada baju supaya tak bergerak.
Langkah diatur menuju ke tandas.
Muka kucuci bersih menghilangkan
rasa kantuk. Mahu saja aku tidur dalam kereta tadi. Tapi kerana ada ‘orang tu’
buat aku tak jadi nak lena. Karang terlentok sana terlentok sini, air liur basi
menjejes buat naya aje. Keluar sahaja dari tandas perempuan, figura tubuh seseorang
yang memakai topi sedang menyendeng di dinding sambil berpeluk tubuh.
Terperanjat aku. Matanya tajam merenung.
“Kau buat apa dekat
sini?” Aku hairan bin pelik. Buta ke? Tak reti beza simbol tandas lelaki dan
perempuan?
“Dah habis?”
Aku angkat kening. Sangat
menepati soalan! Orang tanya dia, dia tanya orang balik. Apalah yang dia buat
dekat tandas perempuan ini. Mengekor aku ke? Tapi tadi bukan dia tidur ke dalam
kereta? Ah! Pening la nak fikir.
“Lain kali nak keluar
bagitahu aku,” ujar Farhan sambil berjalan seiringan.
“Aku pergi tandas je.
Bukan lari,” cebikku. Farhan menoleh. Aku buat tak tahu dan pandang deretan
kereta yang memarkir depan kiosk.
Dada dihambat debar setiap kali dia tenung sebegitu. Pada waktu itu aku
sentiasa mengingatkan diri bahawa dia milik orang lain. Hati kembali layu.
Papa Umar sudah
bersedia di dalam kereta. Mama Nani terjaga dari kantuk. MPV bergerak perlahan menyusur
keluar ke lebuhraya semula. Haih… lambat lagi nak sampai. Aku tak mau dah duduk
dalam kereta ini lagi. Nak meletup rasa! Keluhku di hati.
KELAS AM berjalan
lancar. Mujur tidak bergabung memandangkan pelajar sains tulen sedang menghadapi
kertas trial subjek Fizik. Kalau
boleh aku mahu lari dari bertembung dengannya. Sangat menyesakkan dan
merimaskan! Huh! Aman hidup minggu ini.
“Hai, ceria semacam
je muka. Ada apa-apa ke?” usik D. Aku senyum saja.
“Setahu aku orang
yang ceria ini dia tak puasa. Betul tak?” Iman menyampuk membuatkan aku
terbatuk kecil.
“Haa… betul tekaan
aku. Kau period eh?” Iman berbisik.
Tak mahu bebudak lelaki dengar. Naya je. Jatuh reputasi. Malu bergunung-gunung
nanti.
Aku ketap bibir.
“Hee! Ada yang nak kena backhand ni
karang,” Iman sengih sambil buat simbol keamanan.
“Dah berapa hari
dah?” Iman masih menyakat. Aku rampas pemadam dari tangan D lalu baling tepat
di hidungnya.
“Aduh! Sakitlah! Kot
ya pun janganlah kena dekat aset terpenting aku,” Iman memarahi Humairah. Jari
mengurut batang hidung. Kasi tegak balik. Nanti Khairul tak pandang susah
pulak…
Aku mencebik meluat.
“Eleh… tak hilang punya perhatian Khai kalau hidung kau senget sebelah la.”
Ujarku sinis sambil mengemas segala kertas dan kemudian dimasukkan dalam fail
mengikut subjek. Semakin dekat SPM, semakin banyak kertas cikgu beri. Semuanya
latih tubi memandangkan kami dah kehabisan topik dalam buku. Cuma sekarang kami
sentiasa membuat revision dan sentiasa
mengulang subtopic yang menjadikan
markah kami rendah sewaktu peperiksaan.
“Patahkan terus
hidung dia, Mai. Taklah sentiasa mendongak ke langit aje kalau berjalan.” Ejek
D. Iman pantas melibas bahu D dengan kotak pensil Wana. Laju sahaja tangan dia
mencapai.
“Wei! Wei! Pencilbox aku tu!” Wana cuba menenangkan
tapi keadaan menjadi semakin gamat. Beberapa pelajar mengalih pandang pada meja
kami. Adeh… malunya dia orang adegan wrestling.
Sangat tak sesuai untuk pelajar sekolah!
“Kau memang! Jaki
dengan aku!”
“Korang, sudahlah!”
“Mana ada aku dengki
dengan kau. Kau je yang perasan.” D menjelir lidah. Sengaja menghangat suasana.
Bukan dia tak tahu Iman pantang kalau dirinya dipertikaikan. Lebih-lebih lagi
bertajukkan ‘Khairul’.
“D! Jangan sampai aku
cekik kau!”
“Girls, apesal ni? Come on,
okay. Hormat sikit student yang
tengah exam. Jangan buat perangai
macam kebudak-budakan.” Tegang suara Khairul membuatkan semua diam kelu. Lidah
yang tadinya sibuk bergerak kini membisu. Lebih-lebih lagi kekasih hati… Iman!
“Mana ada kita orang
buat apa-apa. Just bergur…”
“Shut up, Nurin Aiman Nasuha! Jangan menyampuk bila aku bersuara!”
Nada suara Khairul menaiki satu anak tangga ke atas lagi, menikuskan Iman dari
berkata apa-apa. Tertunduk malu di kerusinya. Khairul melepaskan lelah dan
duduk kembali di kerusi.
Aku, Wana, Aisyah dan
D memerhati saja kelakuan Iman. Seolah-olah dia menyimpan sesuatu. Iman
membetulkan duduk lal membuka buku rujukan Bahasa Inggeris. Helaian pertama
diselak perlahan sambil badan dirapatkan ke meja. Selepas meletakkan kepala
atas buku tersebut, dia diam menelaah.
Bulat mata kami
melihatnya. Iman menangis??!
“AKU berharap sangat pass fizik.” Ujar Aizat.
“Jangan terlalu
berharap kalau tiada dorongan usaha.”
“Aku dah cuba sedaya
dan semampu aku. Selebihnya aku berserah. Aku berdoa masa cikgu tanda kertas
aku, biarlah dia dalam mood tenang and happy after.”
“Trial je ke?” Farhan mengusik.
“Of course the time the real SPM too, bro.” Aizat mengerling. Farhan
senyum sahaja. Matanya tiba-tiba menangkap kelibat seseorang yang baru memasuki
bilik kompang. Matanya menghadap Aizat semula.
“Zat, kau pergi
tengok blok B2. Aku dapat aduan port situ
‘panas’ balik.” pinta Farhan.
“Kau tak pergi
sekali?” Farhan angguk. “Aku ada hal lain. Apa-apa roger aku. Bawa dua tiga orang backup.”
Aizat jongket bahu. “Suit yourself. Aku chow dulu.”
“Hati-hati.” Pesan
Farhan lagi pada anak buahnya. Aizat angguk dan tunjuk simbol ‘ok’. Kemudian
dia berlalu pergi sambil diperhatikan mata tajam ketua pengawas hingga hilang
dari pandangan.
Farhan mengubah
haluan menghala ke bilik kompang yang bersebelahan dengan bilik bersukan atau
lebih dikenali sebagai mini gym. Tempat lepak yang amat digemari pelajar
sekolah ini. Perjalanannya diperlahankan. Berhampiran dengan bilik kompang terdapat
tangga menghubungkan makmal komputer 1 dan 2 di tingkat atas. Farhan segera memanjat
tangga. Dia melonjak badan atas tembok yang selalu dijadikan tempat bersidai
budak-budak nakal. Fuhh! Seriau rasa. Siapa yang tengok bawah confirm akan rasa gayat dan mungkin
tidak dapat mengimbangkan diri lalu terjatuh dari tingkat tinggi itu. Tetapi
tidak pada lelaki bernama Tengku Amirul Farhan. Dia selamba menenggek. Dari
situ dia dapat melihat dengan lebih jelas apa yang berlaku dalam bilik kompang.
Matanya mengecil
melihat budak lelaki yang dia aim
sejak berbulan lalu. Hatinya sentiasa tak sedap apabila memandang seraut wajah
itu. Seakan ada muslihat yang cuba disembunyikan disebalik wajah tidak
bersalahnya. Orang kata muka suci.
‘Mungkin itu perasaan
kau je tak? Kau cemburu sebenarnya bila tengok dia bersama perempuan yang ada
kaitan dengan kau, bukan?’
‘Mana ada. Aku memang
betul dapat rasakan dia sorok sesuatu.’
Peluh yang mengalir sangat
berbaloi bagi Farhan apabila terpandang akan suatu perbuatan yang tidak
sepatutnya, di dalam bilik tersebut. Walau dari kejauhan namun matanya tetap
tajam dan bisa kelihatan. Salah satu nikmat yang Allah berikan padanya.
Senyuman sinis mengukir di bibir. Memang seperti yang dijangkakan. Firasatnya
kuat mengatakan lelaki itu amat berbahaya untuk didekati. Patutlah aura panas
je sewaktu melintasi atau nampak dia.
‘Itu cemburu la tu,
bhai.’ Hati berkata.
‘Itu sixth sense la, Mr. Hati.’ Ujar akal
pula.
Farhan malas ambil
pusing dengan apa yang digaduhkan hati dan akal. Pokok pangkalnya sekarang ini
dia mesti cari jalan supaya lelaki sebegini dijauhkan dari perempuan itu. Perbuatannya
harus dibongkarkan dengan kadar segera. Mindanya terus teringat pertandingan
kompang yang bakal diadakan hari Selasa yakni esok.
Bunyi loceng kedengaran,
menyedarkannya. Cepat-cepat dia turun dari tembok berkenaan lalu memanjat anak
tangga menuju ke hujung makmal komputer 2. Di situ ada lagi satu tangga untuk
turun ke bawah. Farhan harus segera pulang ke kelas untuk menyambung
peperiksaan.
KAMI berjalan pulang
ke asrama puteri dengan lenggang kangkung. Fail yang menimbun di tangan
menambah lagi rasa lemah dan malas nak bergerak. Boleh tak kalau aku merangkak?
Agak-agak hilang tak penat?
“Aku hauslah,” rengek
D.
“Ooi, makruh ingat
minum.” balasku.
“Kalaulah dapat air
sirap bandung + ABC waktu-waktu macam ni alangkah heaven nya hidup…”
“Dah! Dah! Makin melalut
kau ni. Jom balik! Jalan cepat!” arah Wana. Makin dilayan, makin menjadi-jadi
Puteri Diana ni. Aisyah dan Iman sudah mendahului di hadapan sana.
“Wana, aku singgah
kedai sat. Nak beli pen la.” Ujarku
tiba-tiba. Teringat alat tulis sudah kehabisan dakwat. Langkah Wana dan D
terhenti.
“Emm yalah. Aku balik
dulu.” Aku angguk malas. Kami berubah haluan. Kedai runcit jadi sasaran. Aku ke
bahagian belakang sekali. Rak pelbagai jenis pen tersusun rapi. Aku mencari pen
yang biasa digunakan. Faber Castle tahan lama. Kemudian liquid paper. Hari tu dah kena rampas! Sangat sebal. Yang rampas tu
si ketua pengawas pulak tu. Lagilah sebal bergunung! Dengan muka kerek dia lagi
masa cekup liquid paper aku waktu tu.
Urgh! Nak je gusti dia...!
Tiba sahaja di
kaunter bayaran, terdengar seorang gadis menyoal taukeh kedai. “Uncle, ada handyplus tak?”
“Ada. Mahu berapa?”
“Sekotak.” Dalam pada
masa yang sama, beg duit gadis itu terjatuh di kaki aku sewaktu dia sibuk
mengeluarkan duit. Dengan baik hati aku memungut. Bahunya kusentuh.
“Err… awak?” gadis
itu menoleh. Aku merenungnya lama. Matanya… seperti pernah dilihat. Seakan pernah
jumpa. Wajahnya … tapi di mana eh?
“Ya?”
“Oh … err ni. Beg
duit awak terjatuh tadi,” Aku menyuakan purse
kuning padanya.
“Terima kasih. Saya betul-betul
tak perasan tadi. Terima kasih banyak-banyak,” bersungguh dia mengucap ayat
tersebut. Aku tersenyum.
“Emm by the way, rasa macam pernah jumpa la your face sebelum ni.” Eh? Dia pun sama?
“Emm tulah. Saya pun
rasa benda yang sama. Muka awak familiar.”
Gadis itu senyum
lagi. “Takkan awak dah lupa? Kan kita pernah berlanggar dekat pasar malam? Yang
kuah asam pedas tertumpah tu?”
Aku cuba mengingati. Kejadian
pasar malam... kuah asam pedas tertumpah… pasar malam… asam pedas ikan
tenggiri! Mataku membulat. Kutenung semula raut wajah perempuan dihadapanku. Betullah!
Perempuan nilah yang tumpahkan asam pedas dekat baju Farhan!
“Haa… ingat! Ingat! Sorry ambik masa nak fikir,” talarku
sambil sengih. Kedengaran deheman dari taukeh kedai. Opss! Baru perasan. Cepat-cepat
aku lunaskan bayaran. Dia juga sama. Kemudian kami keluar sama-sama dari kedai
tersebut.
“Emm sembang punya
sembang sampai terlupa nak tanya nama. Saya Naza. Nazatul Shyafiqa.” Dia menghulur
tangan.
“Saya Maira. Saffiya
Humairah.” aku menyambutnya dengan senang hati.
“Okeylah, Maira. Nanti
ada masa kita jumpa, kay. Jangan sombong
tau. Tegurlah kalau ternampak Naza,” usik Nazatul. Macam dah kenal lama je!
Aku tergelak kecil. “Okay,
awak pun sama.” Kami mengubah haluan. Dia menaiki kenderaan manakala aku
berjalan kaki. Nazatul Shyafiqa! Sedap nama. Secantik orangnya. Peramah pula
tu. Ah! Lupa nak tanya. Kenapa dia menangis masa Farhan tarik tangan aku dekat
pasar malam tu eh? Tiba-tiba aku mengetuk kepala. Isk! Apahal pula aku nak
sibuk? Biaq pilah. Kaki terus melangkah ke depan tanpa melihat sepasang mata
bagai nak terjojol keluar di pintu pagar sekolah. Jantungnya tiba-tiba berdegup
kencang. Kakinya terasa lemah hendak berdiri tegak. Sedari tadi dia memandang
keasyikan gadis berdua itu berbual. Seperti sahabat lama yang sudah lama tidak
berjumpa. Siapa tahu hatinya menggelegak dengan kejutan.
JADUAL peperiksaan pelajar
sains tulen di board dipandang sepi. Hatinya
masih lagi teringat akan kejadian tadi. Macam mana Mai boleh kenal Naza? Dah tu
siap berborak, bergelak ketawa lagi. Diorang ada apa-apa ke? Ke Naza dah cerita
semuanya? Ah! Kusutlah. Time-time
macam ni pula dia muncul. Muncul time
raya Cina tahun depan tak boleh ke?!
Ingatan Farhan
tercerna kembali. Ah! Macam mana aku boleh lupa yang Naza tu belajar di Sekolah
Perempuan Convent dekat sini jugak! Melihat keadaan tadi Farhan sudah rasa
sesuatu yang tak baik bakal berlaku. Dia meramas rambut dan muka.
‘Han, apesal kau
fikir yang bukan-bukan ni? Tak baik tau. Fikirlah positif. Mungkin dia dah
berubah,’
Farhan memejam mata. Berubah?
Betul ke dia berubah? Atau sekadar bermuka-muka? Andai perkara yang tak diingini
berlaku, macam mana dengan keluarga? Lebih-lebih lagi Mai. Dia boleh terima ke?
“Bro,” bahunya
ditepuk seseorang. Farhan celik mata.
“Wassup? Macam ada masalah besar je?” tepat sekali jangkaan Izuan
apabila Farhan mengangguk kepala. Patutlah dok tenung macam nak tembus je papan
tu.
“Memang big prob!”
“Tak nak share dengan aku? Like usual?” Izuan bertolak ansur.
“She’s coming back!” ujar Farhan perlahan. Izuan kerut dahi.
“Who’s? She?” Siapa pulaklah malaun
yang dimaksudkan sepupu dia ini?
Farhan menoleh seraya
senyum sinis. “Guess what?”
Izuan menggaru
kepala. Adeh… disuruh tekalah pulak. Siapa yang dah datang balik ni? Setahunya
kalau yang ‘datang’ balik ni tentu yang dah lama tak muncul… like…
Membuntang biji
matanya. “Nazatul?!” Farhan tidak membalas sebaliknya merenung ke depan. Tampak
jelas Farhan terluka dari mata hazelnya.
Izuan pula terlopong
besar. Oh… my…! Memang problem besar
punya!
“APA yang dimenungkan
tu, abang?” Mama menegur abah di laman.
“Tak ada apa, Na. Abah
teringatkan anak kita. Rindu mereka.” Lirih abah.
“Na pun rindu mereka
juga. Kalaulah musim cuti, dah lama kita bawa. Tapi Mai tengah exam. Na tak nak dia terganggu. Yana dan
achik pula sekolah. Na tak mahu mereka terlepas pelajaran penting.” Mama
menjelaskan perkara sepatutnya.
Abah menghela nafas. “Hmm.
Entah macam manalah keadaan dia dekat rumah Umar tu. Dapat sesuaikan diri ke
tidak. Dilayan baik ke tidak…”
“Sejak bila abang tak
percayakan sahabat baik abang ni?” Mama kerut dahi. Lain benar percakapan
suaminya.
Abah menarik nafas
lalu dihembus perlahan. “Abang bukan tak percaya. Tapi bila difikir semula,
kita ni sebenarnya dah menyusahkan mereka sekeluarga. Entah selama sebulan ini,
mereka tak selesa dengan anak kita. Entah mereka rasa terganggu. Abang rasa
bersalah pula.” Luah abah sayu.
Mama mencantumkan
jarinya ke jemari abah yang sudah menampakkan usia tuanya. “Abang, Na tak rasa
dia orang macam tu. Na baru je Skype
dengan Yana dan Sara beberapa hari lepas. Mereka kata mereka dilayan baik oleh
Umar dan Nani. Dijaga dengan baik. Umar selalu mengingatkan mereka yang mereka
bertiga itu amanah oleh kita sementara kita disini. Na harap abang jangan
bersangka buruk. Na yakin anak-anak kita gembira di bumi Malaysia.” Mama cuba
menyalur semangat abah yang mula terkulai layu semenjak berada di bumi Eropah
ini. Siapa tak rindukan anak. Berbuka puasa dan solat terawih bersama. Tapi
demi menjenguk saudara sedarah dan sedaging yang terbaring lesu di katil,
mereka sanggup berpisah.
“Abang harap pun
begitu jua,” abah senyum pahit.
PETANG itu, kami
dipanggil ke surau untuk berlatih. Walaupun ada Al-Quran di surau, tetapi aku
lebih selesa menggunakan sendiri punya kerana banyak tanda-tanda dan aku senang
faham berbanding Al-Quran yang lain.
“Saya mahu kamu semua
berlatih lagi. Fathiah, kamu betulkan harakat. Qamarina, kamu betulkan bacaan
kamu. Dan yang lain-lain, walaupun saya tak sebut nama bukan beerti kamu sudah
cukup bagus. Perbaiki lagi tahap kelancaran suara. Biar jelas sebutan. Ingat ya,
kamu salah menyebut ayat dalam Al-Quran, maknanya sudah menjadi lain. Walaupun ini hanya pertandingan untuk bulan puasa, tapi itu dikira satu ibadah. Baiklah, kita akhiri
dengan surah al-asr.”
Aku duduk lalu menyarung
kasut di luar surau. “Syah, nanti tolong ajar bahagian tajwid ya?” ujar gadis
bernama Qamarina kepada Aisyah yang baru sahaja duduk di sebelah aku. Aisyah
angguk dan senyum manis.
Aisyah siap memakai
kasut hitamnya. Dia merenung aku. Aku angkat sebelah kening.
“Mai, aku nak kena
jumpa Farhan sekejap. Ada mesyuarat pengawas. Kau balik seorang tak apa, kan?”
soal Aisyah lembut.
Aku angguk memahami. “Tolong
bawakan Al-Quran aku sekali,” pintanya. Aku ambil lalu dilekapkan ke dada. Membawa
kitab suci perlu berhati-hati.
“Baik-baik tau.” Pesannya
lagi. Aduhai… gaya macam aku kena berjalan sejauh 50 kilometer je. Aku angguk
malas. “Iya Buk Syah,” perliku mendatar. Aisyah senyum lucu. Pipiku dicubit
mesra. Dia bergerak ke timur, aku ke barat.
Dalam pada waktu itu,
mataku tertancap pada seraut wajah yang sedang leka berbual di bawah pokok sambil kedua-dua
belah tangannya diseluk dalam poket seluar hitam. Sesekali dia tersenyum dan
tergelak. Entah apa yang diborak aku pun tak tahu. Boleh pula gelak! Selalu muka serius 24/7. Sedang
memikir, dia turut melebarkan pandangan padaku. Tertangkap! Pandangan yang
menggerunkan dan tajam! Jantungku laju saja berdegup. Mencicit aku lari balik
asrama. Kenapa renungan dia berbeza? Mata dia seakan memberitahuku sesuatu. Seperti
memberi amaran. Ah! Mainan aku aje tu. Sudah! Lupakan. Kejap lagi ro-call. Tak sabar nak berbuka. Yeeehaa!
p/s : assalamualaikum wbt... err hye! dah lama tak ada kt sini kan? hehe sorry... first, miss takde internet. second, bile ade internet, miss tak boleh masuk terlalu byk sbb die akan 'hang'... so miss kena masuk one by one... limit! internet dah tak macam dulu lagi... third, busy dgn hal keluarga... fourth, sorry again :(
Teaser Bab 60
TENGKU Hadzriq
berjalan bersama rakan-rakannya menuju ke perpustakaan atas arahan guru
bertugas. Pada waktu itu pelajar kelas lain baru sahaja keluar daripada
perpustakaan. Sedang sibuk menyarung kasut dan sebagainya. Lorong itu menjadi
sempit sedikit. Eriq menenggek selama di atas tembok. Tidak mahu dirinya
dilanggar kerana dia masih dalam proses. Tubuhnya juga masih belum elok lagi.
Kebetulan waktu itu,
dia ternampak figura seseorang sedang enak bergelak ketawa di rak kasut. Penuh gedik
dan mengada! Rasa marahnya membuak-buak dalam dada namun pesanan lelaki itu
masih kukuh dalam ingatannya. Segera dia melarikan wajah dari dilihat perempuan
itu. Giginya berlaga sesama sendiri.
Selepas selesai
menyarung kasut, gadis itu bersama rakan-rakannya mula mengatur langkah. Setiba
di belakang pelajar lelaki yang membelakanginya, namanya disebut.
“Good job, Ammy.”
Ammy tertoleh. Siapa yang
panggil nama dia? Eriq perlahan-lahan pusing. Matanya menikam anak mata Ammy
yang jelas tergugat dan ketakutan. Pertama kali Eriq memandang serius mukanya.
“Kau… kau cakap apa?”
“Aku cuma cakap good job,” Eriq membalas senada. Tangannya
di depangkan atas tembok. The Naughty Boy
come back!
Ammy makin tak
keruan. “Apa maksud kau?”
Eriq senyum. Senyuman
yang teramat berbeza. Tidak seperti sebelumnya. “Tahniah sebab dapat Farhan.”
Ammy tersenyum lega. Huh! Ingat apalah tadi.
“Tengoklah siapa.
Tengku Ammylea Ruhaila. Tak macam orang tu. Sampai sekarang masih tak
dapat-dapat Si Humairah tu. Upss!”
Ammy pura-pura menutup mulut dengan dua jari. Ter…lanjur cakap depan yang tak
sepatutnya.
Tapi yang
menghairankan Eriq tidak terasa malah masih mampu tersenyum. Kalau dulu, Eriq
seperti orang gila yang terkejar-kejar dirinya. Ah! Malas nak layan. Dia tidak
mahu fikir mengenai Eriq lagi. Tumpuannya kini pada sang ketua pengawas.
“Emm thank you by the way. I have
to go. Nak jumpa chenta hati,” Kata
Ammy berlagak. Dia mengajak rakan-rakan Diva Babe berlalu dari situ. Makin lama
makin menyampah tengok Eriq. Buat sakit hati je!
Panas Eriq di situ. Kalau
tak kerana larangan dan amanat, dah lama dia tumbuk muka Ammy! Geram. Marah.
Mengamuk. Semua bercampur menjadi satu.
“Kau tunggu langit
tinggi ke rendah, perempuan. Jangan harap kau boleh terlepas!” tekad Eriq serius
memaknakan kata-katanya.
akhirnya masuk jua
ReplyDeleteAkhirnya..miss,bab 60 jgn lmbat ok..crte miss mmg best..
ReplyDeleteMASIH PANJANG LAGI KE CERITA DIA .
ReplyDelete