Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Thursday 20 February 2014

Ketua Pengawas VS Tunang 60 dan 61

BAB 60

Keesokan hari…

Belum sempat kami menjejakkan kaki ke lantai kelas, kedengaran suara riuh dari dalam kelas. Kelihatan rakan-rakan sekelas sedang berebut di papan kenyataan. Macam lebah nak hisap madu! Lebah pun tahu berdisiplin tau! Ini orang tarak reti apa itu beratur. Haiyaa

“Wei, apahal ni?” Hakim menyuruh mereka ke tepi. Dah la ganggu orang nak jalan. Kesesakan lalu lintas!

“Ni haa… dia orang tak nak beratur.” Adu Anisa. Hakim serta merta cair. Alahai… comelnya dia. Tak jadi nak marah.

“Yeke? Isk! Apalah korang ni.” Hakim memarahi yang lain. Gatal betul mamat seorang ini! Dia menoleh ke arah Anisa lalu senyum sipu-sipu. Gedik!

Uweekk! Nak muntah aku! Jangan nak buat aksi 18SC kat sini pulak,” Syafiq segera menjauhkan mereka berdua. Hakim buat muka bengang. Cis! Kacau daun la. Anisa sudah ketawa kelucuan. Yang lain buat isyarat padan muka. Ada yang beransur pergi dan ada yang masih berdiri di situ semata-mata nak tengok isi yang tertulis dalam kertas tersebut.

“18SC? Apatu?” Iman blur. D sengih je kat sebelah. Sah tak faham minah ini.

“18SC tu berkaitan aksi cinta, sayangku Iman.” Khairul menyampuk. Iman pula yang tersipu-sipu. Putera pula buat gaya nak muntah.

Uwekkk!” cepat saja kepalanya dilibas fail Khairul.

Putera memainkan peranan menjauhkan Khairul dari Iman juga. Dah berbaik, menggedik pulak! Eee berbulu mata.

“Jangan nak mula, Khai.” ugut Putera. Khairul mencebik. Suka hati la!

“Khai kau tak marah pulak?” Hakim tak puas hati. Aku je kena. Ewah! Ewah! Ini tidak adil!

“Dah! Sudah! Tutup cerita! Sekarang apahal sampai berebut bagai nak jatuhkan papan kenyataan yang tak kukuh ni?” aku menukar topik asal bersama muka serius.

“Tadi ada budak kasi kertas. Tu yang dia orang berebut nak baca.” Aku mengambil kertas yang disua Anisa.

 Saya tidak dapat memasuki kelas kamu hari ini kerana ada urusan penting. Jadi, saya telah menyiapkan empat set kertas soalan Add Math. Kamu akan menjawab dua set soalan hari ini pada waktu Pendidikan Islam (Ustazah Haslinda) dan dua set lagi pada waktu Bahasa Melayu (Puan Namisah). Saya sudah berunding dengan mereka. Kamu dikehendaki jawab SEMUA soalan ini dan HANTAR pada Ustazah dan Cikgu Namisah. Tiada terkecuali! Kamu semua tidak dibenarkan :
1.   Meniru.
2.   Membuat bising.
3.   Tidak dibenarkan keluar waktu tersebut.
4.   Meminjam alatan rakan.
5.   Tidak dibenarkan TIDUR!

#Ingat! Esok dah periksa Add Math! Dapat markah kurang, siap!


Uikss… siap ada peringatan lagi tu… menyeramkan…. Nota tragis!

“Alaaaa, aku baru terfikir nak tidur waktu tu!” Rusuk Putera disiku Hakim.

“Tidur aje tau! Fikirlah. Kita nak periksa esok. Lagi dua exam berat, bhai. Pecah kepala wok!” Hakim menggaru kepala.

“Macam mana ni?” Iman sudah monyok muka. Khairul jongket bahu.

“Aduhai… kepala otak dah tepu dengan add math la,” keluh Syafiq. Dekat rumah add math. Dekat sekolah add math. Mana-mana pergi mata asyik nampak function je! Berpinau mata gua.

“Ingat kau seorang je?” perli Wana. Syafiq jeling. Sibuk je nak sama-sama!

“Kalau 1 set tu boleh kira okey. 2 set tu.. err... sempat ke nak siapkan dalam sejam?” soal Aisyah gelisah. Dia tiada masalah untuk menjawab kerana matematik tambahan merupakan subjek kegemarannya. Tapi yang merisaukan adalah dua set. Satu set sudah makan masa hampir 45 minit. Dua set? Sah-sah tak siap separuh. Ni ada lagi dua set waktu Bahasa Melayu. Pengsan!

“Tulah pasal. 1 jam kot! Bukan 1 hari. 4 set pulak tu.” D memuncung.

“Aik Mai. Diam je kau?” semua mata menala ke arahku.

“Kau terima je? Hebat! Yelah. Budak pandai. Mestilah serba boleh. Pejam mata sebelah dah siap setengah jam.” Putera menyindir bersahaja. Aku menjelingnya tajam. Tumbuk kang hilang gigi!

“Mai…”

“Aku tak dapat la nak tengok Harez main kompang nanti,”

Duhhh….!”

Lohh… ku pikir apa tadi. Tu je?”

“Yelah. Tulah.” Bidasku geram. Isk! Dia orang ni sangat tak memahami. Bukan senang nak tengok tau. Lagipun dah janji dengan Harez. Kesian dia. Mesti tercari-cari mana aku.

“Eh cik kak ooi.. esok dah trial AM. Kau boleh pentingkan kompang?” Putera ternganga. Tak percaya! Aku mencebik. Suka hati la!

“Aku selalu main kompang, kau tak pernah tengok pun.” Hakim memuncung mulut.

“Kau bukan main kompang tapi kau ‘kompangkan’ orang adalah.” Semua tertawa dengan kata-kataku. Hakim bukan nak main betul-betul tapi dia mengerjakan adik-adik junior dengan kompangnya. Sangat tak patut! Apa punya abanglah macam ni…

‘Maaf Harez,’ bisik hati kecilku.




TENGKU Hadzriq berjalan bersama rakan-rakannya menuju ke perpustakaan atas arahan guru bertugas. Pada waktu itu pelajar kelas lain baru sahaja keluar daripada perpustakaan. Sedang sibuk menyarung kasut dan sebagainya. Lorong itu menjadi sempit sedikit. Eriq menenggek selama di atas tembok. Tidak mahu dirinya dilanggar kerana dia masih dalam proses. Tubuhnya juga masih belum elok lagi.

Kebetulan waktu itu, dia ternampak figura seseorang sedang enak bergelak ketawa di rak kasut. Penuh gedik dan mengada! Rasa marahnya membuak-buak dalam dada namun pesanan lelaki itu masih kukuh dalam ingatannya. Segera dia melarikan wajah dari dilihat perempuan itu. Giginya berlaga sesama sendiri.

Selepas selesai menyarung kasut, gadis itu bersama rakan-rakannya mula mengatur langkah. Setiba di belakang pelajar lelaki yang membelakanginya, namanya disebut.

Good job, Ammy.”

Ammy tertoleh. Siapa yang panggil nama dia? Eriq perlahan-lahan pusing. Matanya menikam anak mata Ammy yang jelas tergugat dan ketakutan. Pertama kali Eriq memandang serius mukanya.

“Kau… kau cakap apa?”

“Aku cuma cakap good job,” Eriq membalas senada. Tangannya di depangkan atas tembok. The Naughty Boy come back!

Ammy makin tak keruan. “Apa maksud kau?”

Eriq senyum. Senyuman yang teramat berbeza. Tidak seperti sebelumnya. “Tahniah sebab dapat Farhan.” Ammy tersenyum lega. Huh! Ingat apalah tadi.

“Tengoklah siapa. Tengku Ammylea Ruhaila. Tak macam orang tu. Sampai sekarang masih tak dapat-dapat Si Humairah tu. Upss!” Ammy pura-pura menutup mulut dengan dua jari. Ter…lanjur cakap depan yang tak sepatutnya.

Tapi yang menghairankan Eriq tidak terasa malah masih mampu tersenyum. Kalau dulu, Eriq seperti orang gila yang terkejar-kejar dirinya. Ah! Malas nak layan. Dia tidak mahu fikir mengenai Eriq lagi. Tumpuannya kini pada sang ketua pengawas.

Emm thank you by the way. I have to go. Nak jumpa chenta hati,” Kata Ammy berlagak. Dia mengajak rakan-rakan Diva Babe berlalu dari situ. Makin lama makin menyampah tengok Eriq. Buat sakit hati je!

Panas Eriq di situ. Kalau tak kerana larangan dan amanat, dah lama dia tumbuk muka Ammy! Geram. Marah. Mengamuk. Semua bercampur menjadi satu.

“Kau tunggu langit tinggi ke rendah, perempuan. Jangan harap kau boleh terlepas!” tekad Eriq serius memaknakan kata-katanya.





“CIKGU, saya ada benda nak beritahu. Mengenai bilik kompang.”

Terangkat kepala Cikgu Badri dari menulis. Dia bersandar sambil tangan melurutkan cermin mata ke batang hidung. Matanya merenung pelajar di hadapannya itu atas dan bawah.






LOCENG sekolah kedengaran. Semua berpusu nak pulang ke rumah dan tidur! Rizulfikri berlari laju ke tempat biasa. Peluh yang membasahi tubuh tidak dipedulikan. Pintu bilik pengawas diketuk tiga kali dan ditolak perlahan.

“Assalamualaikum,” sapanya lemah.

“Waalaikumsalam. Masuklah,” sahut Izuan. Rizulfikri duduk dengan termengah-mengah. Dia bersandar seraya memejam mata rapat. Fuhh! Macam masuk marathon.

“Kau lari ke tadi?” tanya Izuan tanpa melihat.

“Hmm,”

“Patutlah..”

Rizulfikri tarik nafas panjang. Matanya meliar memandang sekeliling. “Han mana?”

Gents,” balas Izuan pendek.

“Kau bawa tak benda yang Han suruh tu?” Rizulfikri angguk. Beg sandangnya diletak atas meja. Sebuah kamera video canggih dikeluarkan bersama sebuah pita rakaman suara.

“Boleh tak kalau aku nak berbuka? Haus sangat ni,” Rizulfikri rasa nak meraung. Dahaga yang amat sangat! Skip sekejap, tetapi nak puasa balik tu yang azab tu. Ya Allah!

Izuan mencebik. “Siapa suruh kau lari? Ada kita orang suruh? Tak ada, kan? Jalan macam biasa sudah. Bukannya bilik pengawas ni ada kaki nak berjalan. Dah! Sekarang jangan buang masa. Aku nak tengok bukti tu.” arah Izuan.

Rizulfikri mengajuk percakapan rakannya sambil menekan satu butang pada alatan canggih tersebut. Izuan menayang penumbuk. “Ini apa yang aku dapat pagi tadi. Gambar memang terang. Tetapi suara tak berapa nak clear sebab diorang buka kipas angin kuat sangat. Arah bertentangan. Angin menderu,” jelas Rizulfikri.

Izuan mengembung pipi sambil mata menala ke arah skrin kecil itu. Tangannya dijadikan tongkat untuk letak dagu. “Pita rakaman?”

Yup!” Rizulfikri pantas menghidupkan pita rakaman zaman ayahnya. Walaupun nampak buruk tetapi klasik dan antik. Sangat berguna! Suara memang jelas kedengaran. Mereka berdua diam mendengar.

Izuan menyandar badan ke kerusi. “Aku tak sangka dia sanggup buat macam tu,” luah Izuan setelah melihat video itu sebanyak tiga kali.

“Nampak je innocent tapi hati busuk! Macam bangkai!”

Rizulfikri tersenyum sinis. “Manusia, Wan. Inilah dia bila tiada iman dalam jiwa. Setakat mulut menyebut memang senang. Tapi dalaman kita ni, makanan rohani tak ada tak guna juga. Bila hati dah dihuni iblis, secara automatiknya dia akan ikut kehendak syaitan. Syaitan dah control. Diri tu dah jadi kuli. Macam lembu kena cucuk hidung. Dia takkan puas selagi tak dapat apa yang dihajati.”

Izuan melepas lelah. Memang betul apa kata Rizulfikri. Semuanya kerana iman. Bila goyah sikit saja, syaitan mula mengacau. Menghasut anak cucu cicit Adam sampai mati.

“Telahan aku silap selama ini. Han lebih pandai membaca air muka seseorang.” Rizulfikri setuju dengan kenyataan Izuan.

Krekk

Serentak mereka berdua menoleh terkejut. Figura Farhan kelihatan di muka pintu. Dan…….. erk? Cikgu Badri? Apa dia buat dekat sini? Farhan dan Izuan dah sepakat ke nak kenakan dia ke? Peluh mula menitis di dahi Rizulfikri apabila mata guru lelaki itu tertancap pada barang-barang kepunyaannya. Izuan tenang sahaja di sebelah. Mereka berdua bersalaman dengan guru tersebut. Gementar tubuh Rizulfikri.

“Cikgu Badri nak tengok video tu,” ujar Farhan serius.

Mata Cikgu Badri memerhati saja gerak-geri Rizulfikri yang resah tak menentu seperti membuat kesalahan dan sekarang sudah tertangkap!

“Siapa punya kamera video ni?” suara garau dan tegas itu mula memetir.

Rizulfikri perlahan-lahan angkat tangan kiri. Rendah je! Separas dada. Air liur ditelan kesat. Fuhh! Menggigil siot. Terkantoi dengan cikgu disiplin! Bawa barang ‘haram’ ke sekolah. Uwaaa! Matilah hamba…

Tajam mata Cikgu Badri merenung Rizulfikri atas bawah. Watch you after this!



“KORANG, Sabtu ni kita buka puasa dekat luar nak?”

“Kat mana?”

D gosok dagu. Berfikir. “Korang nak makan yang camner?”

“KFC!” laju Iman bersuara.

“Hesh! Tamau fastfood. Cari makanan yang mengenyangkan la,” Wana meningkah sambil melipat kain.

“Nasi?” Aisyah mencadang. Wana angguk. Yes! Nasi okey! Iman disebelah dijeling.

“Alaaa hari-hari makan nasi. Bosan ar. Jom la makan benda lain.” Rengek Iman tak puas hati.

“Eh! Hello! Kau sedar tak selama ni kau makan apa? Aku tengok dua kali tambah nasi masa berbuka. Bosan pulak dia,” getus Wana geram.

“Kenny Rogers pun okay what.” Ujarku tiba-tiba. Iman sudah sengih lebar.

“Kos sekepala?” Wana sengaja membuat nada memerli. Aku sengih je. Sekali kena perli daaaa....

“Haah. Okey memang okey tapi fulus kita tak tahu sorang berapa,” D juga perasan akan hal itu. Makan memang sedap tetapi nak bayar tu satu hal! Kopak duit nanti. Bulan ni masyukkk kurang sikit berbanding bulan-bulan sebelumnya. Elakkan pembaziran kata mak ayah. Bulan puasa, kan?

“Alaaa korang jangan risau la. Khai ada card KRR. Abang dia kasi kat dia. Boleh tanya dia nanti,” laju saja Iman menjawab. Pantang ada nama Khairul, senyum sampai terkeluar gusi.

“KRR?” Aisyah blur. Iman keluh. “Kenny Roger’s Roasters.” Penat nak ulang banyak kali.

“Emm yalah kalau dah macam tu. Sambil-sambil tu survey tempat lain juga. Mana tau lebih sedap dari KRR si Iman tu.” ejekku.

Terletus ketawa kami. Iman memuncung mulut. Merajuklah tu! Hmm

Tit.. tit...

Aku bingkas bangun mencapai telefon di atas meja. Wayar charger aku cabut dan tutup suisnya. 1 message? Tanpa menunggu lama aku terus membuka.

Salam awak dtg x td? Sy x nmpk awak lgsg

Aku gigit bibir. Emm… dia dah mesej dah. Apa nak jawab ni?

Salam sorry awak. Sy tak dpt dtg. Cikgu tak kasi keluar kelas. Kena buat ulangkaji utk exam esok. Sorry sgt2…

Owh its okay… sy fhm J

Aku mengeluh lega. Dia bagi smiley bermaksud dia tak marah aku la tu, kan? Huh… nasib baik. Tulah, lain kali jangan berjanji setia sangat. Kan dah mungkir janji. Hati mengutuk tuan.

“Aik senyum sorang-sorang nampaknya. Sape yang mesej tu?” usik Aisyah.

“Adalah,” aku jongket kening berkali-kali. Aisyah senyum sambil geleng kepala.

“Eleh main rahsia-rahsia pulak. Ingat orang tak tahu ke?” Wana menyampuk.

“Cakap je la kau cemburu Wana.” Gadis itu mencemik meluat.

“Cemburu? Aku? Tolonglah,” bidas Wana tidak mengalah.

“Dah! Dah! Tidur! Esok nak periksa.” Kata-kata arahan dari Aisyah membuatkan kami semua akur. Lampu dipadam.

Lima minit….

“Korang,”

“Hmm…”

“Tidurlah D.”

I just want to say goodluck for tomorrow.” Kata D bersungguh.

“Hmm…”

“Dah tidur.” Suruh Wana. D buat muka kelam. Isk! Cakap sikit pun tak boleh.


“Jangan membebel. Tidur.” Wana bersuara lagi. D tutup mulut. Eh? Aku cakap ke tadi? D cepat-cepat bungkuskan diri dalam selimut. Seram pulak. Sekejap sahaja dia sudah lena.




BAB 61

PETANG Jumaat. Aku merebahkan badan ke katil yang tak berapa nak empuk sangat ini. Uh! Periksa percubaan dah habis. Pertandingan pun dah tamat. Dalam masa dua minggu ini, aku bagai terkejar-kejar waktu. Pagi, periksa. Petang, ada latihan. Malam, solat terawih. Dugaan – puasa. Betul-betul meletihkan.

“Tahniah Kak Humairah.” ucap Nana di tepi katilku.

Thanks, Nana. Nana orang ke lima belas yang cakap macam tu.” Nana tergelak besar. Orang ke lima belas? Macam-macam la kakak angkatnya itu.

“Mai…”

Aku yang baru nak lelapkan mata terus terbantut. Darah mencacak naik ke muka. “Apalagi?!”

Wajah Aisyah terjegul di muka pintu dorm. “Warden nak jumpa. Jom turun.”

“Hah? Nak jumpa? Kenapa pula?” kalutku tiba-tiba. Aku mana ada buat salah.

“Ni pasal outing. Jom la. Yang lain dah ada kat bilik warden.” Aku merengus lemah. Baru nak rehat, terpaksa berjalan semula.

“Berapa ramai yang outing ni?” Warden bernama Rogayah itu menyoal dengan suara garang. Tanya macam nak cari gaduh je! Serammmm!

Wana tunjuk lima jari. Kemudian tunduk semula. Takut dengan panahan laser Cik Rogayah. Boleh dapat nightmare!

“Sampai pukul berapa nak outing ni?” soalan agak sinis dan menyindir. Namun jarinya ligat mencatat di buku tebal berwarna coklat itu.

“Err… lepas buka, kami singgah masjid or mana-mana surau then kami balik aspuri semula.” Gugup Wana menjawab.

“Nilah dia budak zaman sekarang. Niat sebenar lain, tapi mulut cakap lain. Mentang-mentang asrama bagi pelepasan boleh outing sampai pukul 9 hari Sabtu, berjalannnnnn selagi mampu. Buat muka baik nak minta pelepasan keluar. Lepas tu naik tocang! Cakap sajalah nak jumpa pakwe. Nak dating. Tak payah nak berdolak dalih lagi.” Entah apa yang warden itu melalut kami terpaksa menadah telinga.

Pakwe? Dating? Aku ketap bibir. Eee suka-suka dia je tuduh macam tu. Selama duduk di asrama tak pernah kami keluar sampai waktu malam tau. Ni baru sekali. Isk! Cabut gigi palsu tu karang.

“Kalau saya tahu muka kamu berlima ni tak ada pukul 9 nanti, siap! Nah ambik ni. Dah! Keluar!”

Bengkek hati kami berlima. Rasa muka ni macam kena tonyoh dengan cili padi hijau. Dahlah buat cara menghalau. Tak boleh cakap baik-baik sikit ke? Muka semua jangan cakaplah. Berubah 360 darjah! Semuanya kerana kata-kata Cik Rogayah tadi.

“Ni buat aku malas nak keluar lagi dah lepas ni.” ujar D kelat. Matanya merenung jauh ke depan.

“Betul! Aku tak nak jumpa dia lagi. Kalau nak keluar pun aku akan minta kebenaran Cikgu Namisah je. Dengan budak lain okey. Apesal dengan kita dia nganjing gila-gila? Ni first time kot kita keluar sampai malam. Si Tasha, Billa dan Wani tu keluar banyak kali boleh pulak! Masa terlarang pun selamba je muka! Tak ada rasa bersalah pun. Tak pulak dia marah! Eee!” geram Iman. Genggaman tangan kiri ditenyeh pada tapak tangan kanan. Gaya macam tumbuk sambal belacan!

“Mungkin mood dia tak baik hari ini. Kita pula yang kena tempias.” Aisyah meredakan suasana.

“Ah! Dia memang macam tu la, Syah. Muka kita ni memang dia anti. Dah banyak cerita aku dengar pasal dia tu. Tapi aku buat pekak je.” Gumam D lagi. Betul-betul marah budak seorang ni.

“Dah la. Tak payah fikir pasal tu. Sekarang kita dah dapat kebenaran keluar. Iman, dah tanya budak laki?” Wana mengalih topik.

Iman menggeleng lemah. “Nanti la aku tanya. Sekarang takde mood.” Sudahnya kami berlima berjalan seiringan menuju ke tangga dorm. Hati masih terasa dengan kata-kata warden sebentar tadi.





BERITA yang baru diterima dari ‘puteri-puteri kesayangan’ , yang disampaikan oleh Khairul menjadi perbualan mereka malam itu.

“Aku tak sangka pula Cik Gayah tu garang. Hari tu jumpa okey je. Siap senyum lagi. Cakap pun lembut mengalahkan wanita melayu terakhir.” Kata Ashraff di katil.

Waktu itu ramai yang lepak di koridor selepas selesai solat terawih. Meluangkan masa dan mengambil nafas segar mungkin.

“Budak handsome, tergoda la dia.” semua ketawa mengekek mendengar kata-kata Aizat. Ashraff buat muka menyampah.

Choi! Kalau muda aku boleh bertolak ansur lagi. Ini dah separuh abad tau tak? Eeee tak nak aku,” mati-mati Ashraff menidakkan. Minta dijauhkan!

“Jangan, Ash. Cakap tu satu doa. 40 kali kau sebut tak nak, takut dia jodoh kau nanti. Jangan main-main.” Gertak Hakim lalu ketawa besar.

Ashraff menjulingkan mata ke atas. Sumpah tak nak cakap lagi! Waktu itu juga muncul wajah yang ditunggu-tunggu. Farhan melangkah masuk sesudah salamnya dijawab mereka.

“Lambat kau. Pergi mana?” Izuan bertanya.

“Ada hal sikit.” Songkok hitam diletak atas meja. Dua butang baju teratas dibuka lantas menanggalkan pakaian Melayu tersebut. Tee leher bulat disarung ke tubuh. Dia rebahkan badan ke katil. Mata terpejam rapat.

“Han,” spontan matanya celik.

“Esok outing dengan jiran sebelah. Tadi Iman dah mesej aku.” Ucap Khairul.

“Pukul berapa?”

“2 pm.” Matanya merenung siling. 2 petang…… nak tengok bilik tu pukul 12 sebab budak-budak tu dah balik. Tengok video tu lagi… sempat ke?

“Han?”

“Hmm…”

“Kau setuju tak?” soal Putera. Diam je mamat seorang ini.

“Diorang berlima ke?”

“Haah ler. Takkan terpisah kot budak-budak tu.” mereka sengih. Farhan senyum.

“Kenapa kau tanya? Takut buah hati kau tak ikut sekali gitu?” sakat Aizat. Farhan buang pandang ke arah lain. Mereka senyum meleret. Pandai malu-malu pulak ketua pengawas ini!

Of course la, Zat. Abang mana boleh lupakan his ‘adik’. Haha!” bergegar dorm dengan gelak tawa mengusik Hakim. Farhan buat dono dan terus tidur. Bantal kepala ditekup ke muka. Dia simpan senyum.





SEMENTARA menunggu giliran mandi, aku menggosok blaus biru dan seluar slack hitam. Tak berani nak pakai slack putih. Takut terlepas di saat genting! Tudung rona biru lembut aku padankan dengan blaus. Nampak kelainan ton warna.

Dalam pada itu, telefon berbunyi menandakan ada mesej masuk. Dengan langkah tergesa-gesa aku menutup suis seterika. Telefon atas meja dicapai.

Salam Mai. Sorry kacau. Wan just nak tnye. Tema Mai hari ni apa?

Aku kerut dahi. Eh? Apasal Si Izuan ni tiba-tiba nak tahu pulak? Hmm layankan aje. Setidaknya tak la aku bosan menunggu minah-minah tu mandi. Tema ya…

Salam. Mai guna blue day. Nape?

Nope. I’m just asking you. Nak sama hari ni. Hehe

Aku tersenyum kecil. Nakal budak ni! Semakin hari semakin suka aku dengan Izuan. Suka that’s mean kawan sahaja. Dalam diam dia kuat menyakat. And of course jenis kawan yang setia. Izuan sudah dianggap seperti abang sendiri. Minta pendapat dan adakala minta tunjuk ajar. Meluah perasaan? Never and never! Takkan sekali-kali.

“Mai, turn kau.” laungan si anak gorilla, Wana, menyentak khayalan. Segera aku bangkit.

“Yaaaaa!”



RAMAI yang berdiri di bustop. Majoriti orang di situ adalah pendatang asing. Penuh tempat menunggu bas ini dengan mereka membuatkan kami berasa gerun seketika biarpun ada pengawal-tak-berapa-nak-peribadi di sekitar kami.

“Lamanya,” terpacul perkataan itu dari bibir Syafiq.

“Lama tu memang lama tapi masalah sekarang ni aku rimas!” kata-kata Iman menimbulkan tanda tanya dalam hati masing-masing.

“Ya aku tahu panas, Man.” Cebik Hakim. Hola! Orang lain pun panas juga. Tak bising pun.

“Panas memang satu hal. Kau perasan tak mamat Bangla yang duduk dekat kerusi tu. Dia asyik pandang je kat sini!”

Masing-masing menoleh ke belakang. Pemuda berbangsa asing itu turut melebarkan pandangan pada kami. Senyuman dihadiahkan pada kami.

He’s okay. Tak ada yang pelik pun.” Komen Putera.

“Kau tak nampak ke dia asyik pandang sini je?” baran Iman jadinya.

“Perasaan kau je tu. Biasalah kalau nampak perempuan.” Balas Aizat tanpa melihat. Matanya fokus pada kereta yang lalu lalang di jalanraya.

Aik, macam biasa je Zat?” usik mengusik mula kedengaran. Aizat sengih lalu menjongket kening.

Man’s life.” Tercetus tawa para jejaka-tak-hot-sangat tu. Makin mendidih Iman jadinya. D menyabarkan.

Aku yang tidak jauh dari mereka bersandar di tiang sambil menaip mesej. Waktu tu juga handphone dirampas. Aku tersentak!

“Wei, phone aku!”

Dia tidak menjawab sebaliknya memasukkan telefon dalam poket seluar jeans. Lagi ternganga aku! Tangan menadah padanya.

“Bak sini telefon aku!” radang aku menjadi-jadi.

“Kau faham maksud bahaya tak?” Farhan sinis. Aku menjeling tajam.

“Suka hati la. Tu telefon aku. Bukan kau.” pendek tapi bermakna. Farhan senyum sinis.

“Kiranya kau tak kesah la kalau ada berlaku rompakan, ragut semua tu? Tak kesah kalau tangan kau kena potong sebab nak dapatkan telefon?”

Baru aku tersedar satu perkara. Jenayah! Ya Allah, mujur je tak ada apa-apa yang berlaku tadi. Isk! Kenapalah cuai sangat Mai?

“Bak la handphone aku,” suaraku mengendur tapi masih tegas.

“Kenapa? Takut aku check telefon kau?” sarkastik balasan yang diberikan buat darahku mendidih kembali. Tetapi mengingatkan orang ramai perhati termasuk kawan-kawan aku sendiri, aku mengalah. Jaga kau kat sana! Rosak tepon aku, siap!

“Bas dah sampai,” jerit Khairul. Semua siap sedia. Farhan relax sahaja di belakang. Sebaik saja pintu dibuka, orang ramai mula berebut naik. Tubuhku terasa ditolak-tolak dan makin jauh ke belakang. Lenganku serta merta ditarik lembut.

“Tunggu dia orang naik dulu.” tegah Farhan. Aku mengeluh.

Tiba-tiba pintu bas ditutup tanpa diberitahu. Aku ternganga. What?! Wei! Wei! Bas itu bergerak meninggalkan kami berdua di bustop. Khairul, Aizat, Ashraff, Izuan, Hakim, Putera dan Syafiq yang mengambil tempat duduk di belakang sekali memandang kami dengan terpinga-pinga. Mereka menyebut-nyebut nama kami berdua tetapi sudah terlambat.

“Bas!!!!” aku menjerit sekuat hati. Sampai hati dia tinggalkan aku!!! Warghhhh!!!!! Kenapa pemandu bas tu tak nampak ada lagi dua orang belum naik???!!!! Bengangku menjadi teruk hinggakan besi-besi karat di tempat tunggu bas itu aku tending sekuat hari. Biar roboh! Biar rosak! Biar orang lalu lalang tengok! Aku sakit hati sangat!!!!

Wei! Wei! Jangan nak jadi vandelisme pulak!” marah Farhan lantas menarik lengan gadis itu. Mata Farhan mencerun tajam padaku buat aku takut. Perlahan-lahan aku duduk di bangku papan yang sudah tak serupa bangku itu!

Intro Gloves 2 Ali melalak tak ingat dunia. Aku renung saja gelagatnya yang sedang menjawab telefon.

“Hmm. Tunggu dekat situ.” Hanya itu saja yang dapat aku dengar kerana dia membelakangkan aku. Bunyi kenderaan membuatkan perbualannya tidak jelas pada pendengaranku.

Dia berpaling sambil menyembunyikan tangan dalam poket seluar semula. Aku pandang tempat lain.

“Kejap lagi bas sampai,” Sambung Farhan lagi seakan memahami isi hati ini. Masin betul mulutnya. Dari jauh aku nampak bas ting tong itu. Bingkas bangun dari duduk. Senyuman lega jelas terukir di wajah. Farhan menoleh. Dia turut tersenyum melihat aku yang baginya terlalu happy hanya kerana bas. Bukan dia tak mahu tahan teksi. Saja mendera tunang!

“Duduk sebelah aku,” pesan Farhan ketika aku mendahuluinya. Aku mencebik. Urgh! Jangan harap!

No way! Aku tak percayakan kau!” Bidasku kasar. Farhan angguk saja. Tidak marah pun. Pelik!

Mata meliar mencari tempat duduk kosong (dua) dan perempuan. Sebab? Pertama, aku lebih selesa dan selamat kalau duduk dengan perempuan. Kedua, aku nak duduk kat tepi sekali! Dapat angin free. Namun apa yang aku lihat, majoriti penghuni bas adalah lelaki dan berbangsa asing. Hanya ada dua sahaja tempat duduk di belakang yang kosong. Cepat aku ke situ. Pada waktu yang sama laluan ke tempat kosong terlalu sukar kerana lelaki Bangla itu tidak mahu bekerjasama. Bila aku tengok dia, dia sengih. Tapi dia tak nak bagi laluan untuk aku! Geram betul aku. Nak je sepak kaki dia yang berbulu tu!! Menggatal pulak dengan aku!

Excuse me,” mendengar saja suara taiko dibelakang, terus saja lelaki Bangla itu menggerakkan kakinya ke tepi. Huh! Ruang teramat besar untuk aku yang kurus ini. Terus je aku duduk di paling hujung dan Farhan di sebelah. Bengang tak sudah dengan perilaku lelaki asing tadi!

“Dalam bas ni kau seorang je perempuan. Orang yang seharusnya kau percaya hanya aku. Yang lain kau tak kenal. Jadi, apa kata aku, kau kena ikut kalau nak elak dari bahaya.”

Kata-kata Farhan seakan tamparan di muka. Baru tersedar di tempat yang aku pijak sekarang bukan seperti bumi Johor. Ia kota raya. Terlalu ramai orang yang aku tak kenal. Mujur saja aku ditinggalkan bersama dia. Kalau tak entah bagaimana aku sekarang.

Sorry,”

Pardon?” Farhan menoleh.

Sorry…” Farhan tidak menjawab sebaliknya merenung ke depan semula.

Aku diam saja. Mungkin dia terasa hati dengan kata-kata aku di awal tadi. Ah! Rasa bersalah menggunung di jiwa. Aku menyandar kepala ke tingkap.

First time dengar.”

Cepat aku pandang dia. What? Dia ada cakap apa-apa ke tadi? “Apa?”

Farhan lihat aku. Berjeda. “Ini pertama kali aku dengar kau minta maaf dengan aku. Selama ni tak pula kau cakap walaupun dah berkurun kau buat salah dekat aku.” Dalam nak rasa terharu, terbit pula rasa sakit hati. Isk! Sempat lagi menyindir!

“Kurang-kurang aku cakap okey daripada tak ada langsung!” Tak reti bersyukur betul. Farhan membalas dengan jongket kening sebelah. Geram sangat aku. Rasa ringan tangan tumbuk muka kerek tu. Baru nak berbaik dengan dia. Sebal! Dan baru aku terperasan sesuatu.

Omg!!! Kenapa baju aku sama colour dengan dia????!!!!!!!



p/s : assalamualaikum here new entry... buat yg tnye pnjg lg ke tidak kpvst ni miss pun tak tau nk ckp brpe byk bab yg tggl lg... hehehe adalah smpi 70 lebih... je! :) 

4 comments:

  1. Hmm.. entah² Izuan suruh Farhan pakai baju colour tu.. 😏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la mantap Izuan tapi sayangnya Izuan macam suka dkt Aisyah kan

      Delete
    2. Haah..izuan mcm suka dkt aisyah

      Delete
  2. HAHAHAHHA PNDAI EH IJU

    ReplyDelete