BAB57
TIADA sebarang aktiviti untuk pelajar tingkatan lima
kerana peperiksaan percubaan sedang giat berjalan. Maka masa terluang itu diisi
dengan aktiviti menelaah buku dan membuat ulangkaji untuk kertas periksa yang
bakal menyusul. Lagi dua jam saja nak buka puasa. Tak sabar!
“Hola!”
“Shhh!” D termalu sendiri. Opsss… lupa pulak waktu apa
dan di mana sekarang. Segera dia berlari menuju ke meja di mana rakan-rakannya
berada.
“Lambat kau D. Ke mana tadi?” bisik Iman ditelinga.
“Aku balik dorm sekejap sebab….” D mengeluarkan sesuatu
dari poketnya. “Taraa!” gajet canggih ditayang pada Wana, Iman dan Aisyah yang
bagai terkeluar biji mata. Hanya seorang saja yang buat tak tahu. Tekun
belajar.
“Kau gila ke apa? Mana boleh bawa masuk handphone! Bak
sini.” Wana hendak mencapai telefon itu tapi dilarikan laju oleh D. D menjelir
lidah. Tak dapat! Wana geram. Meja dihentak!
“Ala, okey apa kalau bawa benda tu. Boleh dengaq lagu.”
Iman sengih. Wana membulatkan mata. Tertelan liur Iman. Alamak, kakak exco
dah marah.
“Boleh buka tapi volume paling slow. Jangan sampai yang
lain dengar especially penjaga perpustakaan. Grup kita je.” Aisyah meleraikan
kekusutan.
Wana pandang Aisyah tajam. Berani kau sebelahkan mereka? Mata Aisyah menjawab… its okay la, sis. Dengaq lagu ja. Pandai-pandai la cover.
Wana pandang Aisyah tajam. Berani kau sebelahkan mereka? Mata Aisyah menjawab… its okay la, sis. Dengaq lagu ja. Pandai-pandai la cover.
“Okey!” girang D. Dia mencari folder all song dan
kemudian kedengaran satu lagu yang biasa diputarkan stesen radio.
Kami meneruskan pelajaran seperti biasa. Lagu bertukar
ganti. Kami semakin khusyuk dengan studi. Betul-betul fokus ni. Siapa kata budak
bawahan tak boleh score? Boleh je kalau struggle gila-gila. Tengoklah, kami
akan buktikan yang budak kelas bawahan akan dapat lebih A daripada kelas atas!
Tinggi punya tekad. Cuma penyakit M (malas) je yang selalu melanda diri. Payah
nak buang sejak kecik.
“Geng,” bisik D. Lapan biji mata terangkat. “Tengok
sana.” Mulutnya dimuncungkan sebelah kanan. Geng aspura selang dua meja dari
kami melambaikan tangan. Erk! Macam mana dia orang boleh ada dekat situ? Tadi
masuk tak perasan pun. Tulah, tekun sangat tadi!
"Rajin pulak datang library," kedengaran suara Wana mengutuk. Aku tahan gelak.
"Rajin pulak datang library," kedengaran suara Wana mengutuk. Aku tahan gelak.
Kami merenung kertas yang dipegang Putera.
Allah, aku tak nampak apa yang ditulis. Kecik bebenor! Makin lama makin halus
pulak. Hesh Putera ni! Tulislah besar-besar sikit. Sudahlah guna kertas A4 putih. Tulis comel-comel, halus-halus. Berkali-kali mata digosok
akan tetapi semakin lama semakin kecik. Ish, aku dah rabun ke?
“Korang, bebudak aspura ajak studi sama-sama esok dekat
astaka. Nak tak?” bling bling mata D. Gatal betul anak dara seorang ni. Dan
barulah aku faham apa yang ditulis. Hesh, lain kali cakap aje la. Senang! Ops
tak boleh juga sebab ni kawasan larangan bersuara. Tak boleh buat bising! Berapa banyak simbol
‘senyap’ di setiap rak dan dinding perpustakaan. Tak terkira kut!
Wajah Iman ceria semacam. “Set! Aku setuju!”
cepat-cepat dia tutup mulut bila suaranya terkuat sedikit. Mujur petugas tidak nampak. Kalau tak dah tentu kena halau.
“Wana? Syah?” tanya D. Wana angkat bahu sebelah.
Terserah! Wa ikut je. Wa talak kesah ooo... Aisyah angguk. Settle tiga orang. “Mai?” soal D pada
seorang gadis yang menunduk aje sedari tadi. Tak berbunyi suara langsung. Best
sangat ke belajar akaun tu? Naik juling mata pandang benda yang sama.
Kira-kira pulak tu. Urgh! Bukan minat aku...
Aku menggeleng tanpa melihat. Jemari kanan semakin laju
menulis manakala jemari kiri ligat menekan butang kalkulator.
“Mai, serius la.” Bentak Iman. Fikirnya aku main-main.
Kepalaku dongak tepat ke arah mereka sebelum gelengan
diberikan buat kali kedua. "Tak nak." Mereka mengeluh hampa.
“Apesal kau tak nak pulak? Kau segan eh ada tunang kau
sekali? Alah macam tak biasa. Selalu kut kalau kita buat studygroup dia memang ada. Tak pernah tak missed.” usik D. Aku buat dono je. Langsung tak membalas
usikan yang tak bawa apa-apa makna.
“Mai, please. I’m begging you. Tolonglah terima
pelawaan diorang. Rindu dowh nak studi sama-sama dengan our bodyguard. Kau tak rindu momen tu ke?” Iman
menyusun sepuluh jari. Merayu sangat-sangat.
Aku tetap tak nak! Kalau ada mamat tu, memang sah aku tak akan pergi! Dulu lain, sekarang lain.. tak sama lagi dah.
"Selfishnya minah sorang ni. Keras kepala betul." Iman mengutuk aku sambil mencebik tak puas hati. Apa entah angin Mai lately.
Aku tutup buku. “Jangan buat aku naik angin. Aku dah cakap tak nak tu
tak nak la! Tak faham bahasa ke?" bengangku tiba-tiba. Mereka tergamam.
Buku yang berselerakan aku kemas lalu dipangku ke dada setelah mendapat
pelepasan dari petugas library. Mata yang memandang perlakuanku tidak dihiraukan.
Empat kepala pandang pemergian Humairah dengan renungan
pelik. Mereka berpandangan sebelum menoleh ke arah geng aspura di sebelah sana.
Mata Hakim bertanya… kenapa? Mereka berempat menggeleng.. tak tahu! Adalah tu
yang merunsingkan kepala Mai sampai dia berkelakuan sedemikian. Kali kedua Mai
meradang di perpustakaan…
AKU tidak pulang terus ke dorm. Langkah kian mendekat ke taman bunga yang sering didiami pekebun dan makcik tukang sapu. Selalu juga bertegur sapa dengan mereka. Mereka pun ramah dengan aku. Namun hari ini mereka tidak duduk di kawasan itu. Ada kerja agaknya. Stepping stone ke taman bunga itu aku jejak dengan pelbagai rasa. Mendung saja hari ini tapi tidak hujan sejak pagi tadi. Alhamdulillah sejuk sikit. Buku kerja dan segala peralatan aku letak di bangku panjang. Kaki bergerak ke deretan bunga yang menenangkan jiwa. Bunga orkid aku sentuh dengan jari telunjuk kanan. Cantik! Patutlah Yana suka. Apabila tiba di kawasan bunga mawar, langkahku mati.
“Assalamualaikum mawar…” sapaku lembut. Seakan
mendengar, bunga mawar bergoyang terangguk-angguk seakan memahami dan menjawab
salamku. Sihat sejahtera bunga tersebut. Mekar mewangi dengan merah pekatnya.
Ada dua ros di taman ini. Satu ros putih dan satu ros merah. Ros putih juga tak
kurang cantiknya tapi kebanyakan orang kata ros putih untuk orang mati. Semua
tu karut! Habis tu bunga ros merah untuk orang bercinta saja? Orang buta? Orang
pekak macam mana pulak? Apa bunga sesuai untuk mereka? Bunga tahi ayam agaknya.
Macam-macam fiil zaman sekarang. Suka-suka saja matchkan bunga dengan manusia.
Pada pandangan aku semua bunga sesuai untuk manusia. Bukan ros saja. Tapi
pilihan setiap gadis mestilah ros. Itu memang tak dinafikan. Kalau aku pun sama
juga. He he he! Sejambak kasi buat peluk tidur.
“Hai… khusyuk nampak membelek ‘Kak Ros’.” Satu teguran
melenyapkan segala angan. Aku toleh belakang. Luqman Harez bersandar di tiang
sambil berpeluk tubuh. Senyuman tak lekang di wajah lelaki itu.
“Err hai… sorry baru perasan. Dah lama ke awak dekat
situ?” soalku menutup malu. Haiya…dia ada pulak!
“Lamalah juga. Sempat dengar awak beri salam dekat ros
merah tadi. Saja tak nak ganggu.” Dia kenyit mata.
Aku tergelak kecil. Eh, dia ada eh tadi? Aiseh malu
pulak aku. “Saya kalau dah pegang sesuatu memang tak pandang keliling dah.”
Jelasku menutup malu.
“Its okay. Saya faham. Awak buat apa dekat sekolah petang-petang macam ni? Bukan
sepatutnya ada dekat asrama? Studygroup eh?” ya Allah banyaknya soalan. Aku angguk
iakan sahaja.
“Awak?”
“Saya baru lepas practice kompang dengan Cikgu Hanif.”
suara Luqman Harez.
Uh…“Ada pertandingan kompang ke? Sekarang kan musim
trial. Bulan puasa pulak tu.”
“Yup. Memang puasa tapi hidup mesti diteruskan! Hari Selasa depan competition. Masa tu free dan nasib tak ada
periksa untuk music class.” Oh! Baru aku teringat minggu depan budak sains
tulen periksa fizik, kimia dan biologi. Aku pun tak ada periksa waktu tu. Emm…
boleh tak kalau saya nak tengok awak main kompang nanti? Saya pun teringin
sebenarnya. Tak pernah tengok orang main kompang. He he he.
“Jomlah tengok saya main kompang.” Aik? Dia dengar ke
kata hati aku tadi?
Boleh ke?
“Boleh je kalau sudi nak tengok saya buat persembahan.”
Erk! Dia dengar lagi…
“Tapi awak tak ada exam ke? Addmath hari apa?” prihatin
benar dengan diriku. Petah pula tu.
Aku geleng. “Nope. Addmath hari Rabu. Tapi tak tahulah
pulak kalau awak main kompang sampai pagi rabu.” Luqman Harez tertawa dengan
seloroh bersahajaku.
“Okey. Boleh je. Datanglah. Bawa kawan-kawan sekali.
Lagipun kalau awak ada saya lagi bertambah semangat pukul kompang.”
Kami sama-sama ketawa.
“Ehem!” tawa kami mati tiba-tiba. Gulp! Luqman Harez
membetulkan diri. “Okeylah awak. Saya balik dulu. Jangan lupa Selasa.” Dia
kenyit mata kanannya. Aku mengangguk sambil ketawa kecil. Nakal betul! Luqman
Harez terus berlalu ke arah motorsikal LC miliknya. Tak tahan kut tengok mata
singa jadian!
“Kalau nak bercinta sekalipun, jangan dalam kawasan
sekolah. Lebih-lebih lagi sekarang bulan puasa. Tahan sikit nafsu tu.” Pergh!
Pedas gila sindiran dia.
Tenang Mai! Jangan lawan. Api kalau lawan api juga, meletup sekolah karang. Tapi nak lawan dengan angin kentut pun tak apa. Lebih afdal! Eceh, pandai cakap aku! Kau tu bercinta balik dengan si gedik tu apa kes? Salah orang cepat je smash, salah sendiri tak sedar pulak!
Tenang Mai! Jangan lawan. Api kalau lawan api juga, meletup sekolah karang. Tapi nak lawan dengan angin kentut pun tak apa. Lebih afdal! Eceh, pandai cakap aku! Kau tu bercinta balik dengan si gedik tu apa kes? Salah orang cepat je smash, salah sendiri tak sedar pulak!
Aku buat-buat tak perasan ada manusia di situ. Buku
kuangkat lalu letak di dada. Tanpa rasa bersalah aku meninggalkan dia
keseorangan. Makin lama aku makin menyampah melihat mukanya.
"Sayang..."
Emm... baru cakap. Dah tiba manusia yang paling
'dikehendaki' polis. Bulu romaku meremang sendiri. Geli! Geli! Makin laju
langkah kaki ke pintu pagar sekolah.
PROGRAM malam berjalan seperti biasa. Solat sunat
terawih. Semua penghuni asrama diwajibkan turun padang. Nak pahala atau tidak
bak kata Cikgu Namisah. Mestilah nak! Kata ustazah, solat sunat menampal
mana-mana yang terlopong dan lompang dalam solat fardhu yang kita tinggalkan
secara tak sengaja ataupun sengaja. Wallahualam. Kami menunaikan solat penuh
khusyuk dan tawaduk tanpa sebarang gangguan. Merdu suara Ustaz Asmawi mengalun
ayat-ayat suci Al-Quran, lancar dan fasih. Bagi gadis mahupun yang sudah
beristeri, ciri-ciri suami seperti Ustaz Asmawi sangat diharapkan dalam
sesebuah perkahwinan. Sesudah kami berwirid dan sedikit ucapan dari ustaz dan
ustazah mengenai adab lebih-lebih lagi sekarang musim peperiksaan. Tak lupa
juga mengingatkan peserta pertandingan hafazan. Alhamdulillah aku sudah
menghafal beberapa potongan ayat surah An-Nisa’ iaitu berkisar tentang wanita.
Setelah dikaji dan dibelek tafsir Al-Quran pada masa lapang, baru aku sedar khilafku
sebagai seorang wanita. Tentang auratnya, tentang adab percakapannya dan
pelbagai lagi. Sedikit sebanyak ilmu bertambah dan mataku celik pelan-pelan.
Dari situ penampilanku berubah sedikit demi sedikit. Tidak terlalu mendadak.
Cuma aku sekarang mula menyukai baju kurung dan kalau boleh nak sentiasa pakai sampai dipandang pelik oleh rakan-rakan yang lain. He he he...
“Kak, pergi DM.” Cuitan bahu menyedarkan aku dari
mengelamun. Terus saja aku angkat kaki. Malu! Malu! Aku seorang je dok
tercongok di tikar sejadah dengan telekung masih belum tertanggal padahal yang
lain sudah beratur ke dewan makan! Kawan-kawan aku? Dia orang awal-awal lagi
dah serbu dewan makan. Moreh tak baik dilewatkan, kata Iman. Aku sekeh juga
kepala dia kang! Oh ya, mengenai hal petang tadi di perpustakaan mereka meminta maaf pada aku sebab memaksa aku dan takkan halang aku. Tapi kalau aku berubah fikiran mereka sokong 300%! Chait! Jangan harap nak ubah.
JUADAH malam ini hanyalah mee goreng dan beberapa kuih
muih. Tu pun dah syukur. Dekat dorm masa berbuka puasa maghrib tadi, juadahnya nasi hujan panas. Terkaku seketika bila terkenang sewaktu majlis pertunanganku,
opah, mama, Mama Nani dan kengkawan bertungkus lumus menyiapkan nasi hujan
panas. Hanya kerana perkara itu… Tapi bila difikir semula, aku rasa aku nak
tamatkan sahaja hubungan yang terjalin. Aku tak mampu nak handle status
‘tunangan orang’ lagi. Terlalu muda! Dan rasa nak enjoy tu terhalang dengan
sendiri. Mana-mana pergi kena jaga air muka tunang. Rasa letih kerana hati dan
perasaan terlibat sama. Asyik dipermainkan dan sentiasa kecundang. Yang merana
dan merasa lebih teruk, aku. Dia tak apa-apa pun! Tu yang buat aku geram!
“Mai, kok ye pun kau geram sesangat tak usah ler ketuk
tangan ketua pengawas kita ni dengan senduk mee.” Ujar Syafiq bersama sengihan.
Kedengaran tawa membingitkan telinga.
Erk! Terketuk tangan siapa tadi???
Bibir digigit. Kepala ditekur ke lantai. Aku
cepat-cepat letak senduk dalam tray. Memerah muka menahan malu mendengar usikan
dan ketawa yang begitu galak. Ish! Macam mana aku boleh tak perasan dia kat
depan aku je? Aku tunduk aje sewaktu melintasi mereka yang menyaksikan kejadian
tak sengaja tadi. Masih lagi terdengar usik menyakat dari mereka buat aku rasa
nak benam je muka dalam tanah. Malu mak! Cup cup! Tapi bagus juga. Dendam
dan kemarahan aku terbalas sikit. Yes!
“Kau sengih-sengih ni dah kenapa?” tegur Wana.
Aku gigit bibir. “Nothing.” Aku duduk dengan tenang di
sebelah Aisyah lalu mengelap garfu plastik dengan tisu. Bismillah dibaca dan
satu suapan terus ke dalam mulut.
“Hai korang…” panggil D yang terlebih ramah! Aku
menjeling pemuda-pemuda yang baru duduk di meja cendawan sebelah meja kami.
Sibuk je! Carilah port lain. Hmm... dah namanya geng. Apa nak buat...
“Hai... eh, Kak Humairah ada dekat sini jugak. Sukanya!
Sukanya!” Khairul menyakat aku dengan aksi yang sungguh memalukan. Terkinja-kinja!
Budak tadika pun tutup muka dengan jari comel mereka, tak tahan tanggung malu
nampak orang tua tak sedar diri macam Khairul ni.
Aku mencemik dan mengajuk percakapannya. Iman dah
pandang semacam. Sakit hati beb!
“Kalau Mai join Diva Babe kau jugak yang panasaran.”
Wana memerli sedas. Aku naikkan thumbs up padanya. Good job girl! Curi satu
karipap dari pinggan polistrene Wana. Wana jegil mata.
Bebudak aspura ketawa. Eee… menyakitkan hati betul!
Mesti gelakkan aku. Choii! Jangan sampai aku hilang mood nak makan. Harap-harap dia orang
tak bocorkan rahsia ‘senduk’ aku tadi.
Kalau bocorkan, aku ketuk kepala diorang dengan senduk tadi!
“Kalau Mai yang masuk, confirm aku suruh mak aku masuk
meminang terus. Tak mau tunggu-tunggu dah. Mau sesak nafas.” Sampuk Putera. Mereka
ketawa lagi termasuklah rakan-rakanku. Gigi diketap geram.
“Wei, kau gila ke? Dia tu dah ada tunang. Dengar dek
mamat tu, kena pancung kau nanti.” Ujar Hakim membelaku. “Tapi… aku tak boleh
bayangkan kalau Mai macam tu. Fuhh! Sure tak tidur malam dowh…” Eee…! Otak
kuning betullah mamat ni. Sekor-sekor nak cari pasal dengan aku ni gamaknya!
Nak kena silat petala lima belas aku ke?
Mereka gelak lagi. Kali ini lebih kuat dan aku tak
boleh tahan!
“Can you guys please shut up?!” bengangku jadinya.
Mereka terdiam. Iman dan Aisyah menggosok lengan dan bahuku, meminta aku bertenang. Tapi hati tak boleh tenang. Apatah lagi dikaitkan dengan mamat entah apa-apa tu! Benci la.
Mereka terdiam. Iman dan Aisyah menggosok lengan dan bahuku, meminta aku bertenang. Tapi hati tak boleh tenang. Apatah lagi dikaitkan dengan mamat entah apa-apa tu! Benci la.
“Mai… sorry ar. Kami gurau je pun. Tak payah ambik
serius.” Syafiq memohon maaf.
Hmmm…guraulah sangat! Tahu takut. Tak kenakan aku satu
hari tak sah korang ya. Dan mereka terus berbual kosong. Aku terus suap nasi
dengan lahapnya.
Tit tit… Cepat-cepat aku keluarkan handphone dari kocek
baju kurung.
Salam. What’s ur decision?
Salam. Decision what?
Tiba-tiba je tanya keputusan. Apahal?
Selasa. Kompang.
Oh… tapi bukan aku dah cakap ke dengan dia tentang
keputusan aku? Pekak ke tak dengar.
Kan sy dah bgtau kat awak ptg td.
Ada eh? Tak igt la. Hehehe…
Aku tersenyum. Saja la tu nak bermesej-mesej dengan
aku… aku pun melayan mesejnya yang banyak ke arah muzik dan pertandingan
kompang. Terperanjat aku bila dia mengetahui aku sertai pertandingan hafazan.
Aku tanya dia dari mana dia dapat tahu, dia kata rahsia. Ceh! Masa terus berjalan
dan berjalan.
LAMPU dorm ditutup. Gelap. Dia berjalan ke katil dan terus merebahkan badan. Mata merenung siling. Termenung memikir nasib sendiri. Semua sudah tidur. Jam menginjak ke angka 1 pagi. Hanya matanya saja yang belum boleh lelap. Esok ada peperiksaan lagi. Keluhan berat dilepaskan. Telefon dicapai. Gambar-gambar lama ditelek tanpa rasa. Slaid seterusnya. Dia terpegun. Terdiam. Benarkah ini gadis yang diutuskan buatnya? Kenapa perasaan itu sekejap hadir dan sekejap berlalu pergi meninggalkan dia terpinga-pinga sendiri. Hati dan perasaan sendiri tak pasti. Tapi melihat dia dengan orang lain aje dah buat dia bernanah. Lebih-lebih lagi bila nampak dia bersama Luqman Harez, pelajar kacukan. Nak kata cemburu, macam tidak je. Yakah? Nak kata bercinta, pun tidak. Tak ada rupa langsung! Betul?Kawan? Aku anggap dia kawan ke? Selalu bercakaran kalau ketemu tu adalah! Musuh? Lebih tepat!
Bila perasaan itu hadir usah diketepikan kelak merana
sendiri ~ pujangga cinta
Boleh pakai ke kata-kata pujangga yang tak berapa nak
cinta ni? Tapi dia baru je umur belasan tahun. Kerja pun tidak. Masih lagi
dibawah tanggungan mama papa. Nak sara anak orang? Diri lepaslah. Cari kerja
apa pun tak kisah asal halal. Takkan nak bagi anak orang makan pasir kut. Kikis
batu bata rumah setiap masa kalau lapar, gitu? Tengok sekeliling, ramai anak
muda bercintan-cintun tanpa hala tuju. Termasuk Farhan. Apa tujuan sebenarnya
bercinta? Pernah tanya diri sendiri? Kenapa kita bercinta, dari zaman
kanak-kanak lagi dah pandai? Edaran zaman katanya. Dunia maju, anak muda pun
mestilah advance. Malulah kalau tak bercouple bagai. Kuno bak kata orang yang
sedang hangat bercinta. Dan yang bujang pun terpengaruh. I love you… you love
me… awak suka saya tak? Saya suka awak sangat-sangat! Nanti dah besar kita
kahwin, kay? Awak, awak sudi tak jadi isteri kita? .......
Farhan tersenyum sendirian. Waktu kanak-kanak dia
pernah mengucapkan salah satu ayat keramat itu pada seorang budak perempuan.
Sampai pernah terkiss pipi budak perempuan tu. Menangis dibuatnya. Balik rumah
bagitahu Tok Qud. Sudahnya dia didenda ‘bersilat’ di kebun Tok Qud. Habis
segala rumput disabit. Tak kena marah pun! He he he…
Hancummm! Farhan terbersin. Dan juga tanpa sengaja
jarinya tertekan butang send. Terbeliak biji mata! Farhan bangun dari katil.
Alamak! Macam mana ni???
Sending message…. Completed!
Tergaru-garu kepala. Ah! Pening. Apa aku nak buat ni?
Terhantar pulak! Mesti dia syak yang bukan-bukan. Aduhhh aku tertekan je pun.
Bersin la punya pasal. Sudahlah TERhantar gambar yang tak sepatutnya! Gambar tu
dah la gambar private. Mati mati! Jantung berdetak hebat. Peluh membasahi
tubuh. Fuhh, gabra punya pasal! Baik ambil langkah segera. Tidur!
Selimut ditarik laju lalu menyelimuti tubuh. Sekejap
saja dah serupa hantu bungkus! Ops… handphone off!
Bunyi mesej masuk mengganggu ketenteraman aku nak berdating dengan komik. Komik?! Ya, Humairah memang suka baca komik pagi-pagi buta dengan hanya bertemankan touchlight. Mana tak rabun! Jangan tanya kenapa sebab ianya hobi! Dalam malas dan sibuk dengan komik Cinta Si Penghantar Burger, telefon dibawah bantal digapai. Siapalah yang kacau aku ni pepagi buta ni? Tak reti sleep sleep ke? Eleh, cakap orang. Kau pun sama, hatinya berdesis.
Folder inbox ditekan. Gulp! Terbuntang biji mata aku!
Seram sejuk dibuatnya. What is this? Gambar cantuman photoshop yang telah diubahsuai
atau erti kata lain edit, antara aku dan ‘dia’ sewaktu pertunangan kami
terpapar di skrin. Terkebil-kebil biji mata dan mulut sudah tertentu ternganga.
Aku semak nama dan nombor telefon si penghantar.
Gulp sekali lagi! Mamat Senget… atau erti kata lain
> Tengku Farhan ler.
Apahal pulak dia hantar mesej bergambar ni? Apa motif?
Berkerut dahi memikir tujuan lelaki itu. Tak tidur-tidur lagi ke? Dah pukul 1
lebih kut. Dan hati terus tertanya-tanya apakah makna disebalik gambar yang
dipost pada aku ini… gambar itu kutenung lama. Komik dibiarkan. Cantik jugak
aku pakai baju ni, he he he! Puji diri sendiri nampak! Gambar itu aku besarkan
sedikit untuk membaca ayat di bahagian bawah. Kalau dulu aku boleh nampak tapi
sekarang kurang nampak. Kena cari speck ni. Menggunakan jari, ungkapan itu
dapat kubaca dan tanpa kata terus bikin aku terkedu + tergamam. Demam seminggu!
Jantung berdegup laju.
p/s : here new entry... thanks pd yg still menunggu :) maaf kalau ada kekurangan...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebila masa pulak miss delete???? aduhai... tak fhm betullah dgn blog 2014 ni -_- ...
Delete@secretlife : miss dah baca komen awak di yahoo.com ... thanksmy dear... nnt rajin2 la komen lg... miss balas di yahoo ^^
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletehihi
ReplyDelete