Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Monday, 6 January 2014

Ketua Pengawas VS Tunang 57

BAB57

TIADA sebarang aktiviti untuk pelajar tingkatan lima kerana peperiksaan percubaan sedang giat berjalan. Maka masa terluang itu diisi dengan aktiviti menelaah buku dan membuat ulangkaji untuk kertas periksa yang bakal menyusul. Lagi dua jam saja nak buka puasa. Tak sabar! 

Hola!”

“Shhh!” D termalu sendiri. Opsss… lupa pulak waktu apa dan di mana sekarang. Segera dia berlari menuju ke meja di mana rakan-rakannya berada.

“Lambat kau D. Ke mana tadi?” bisik Iman ditelinga.

“Aku balik dorm sekejap sebab….” D mengeluarkan sesuatu dari poketnya. “Taraa!” gajet canggih ditayang pada Wana, Iman dan Aisyah yang bagai terkeluar biji mata. Hanya seorang saja yang buat tak tahu. Tekun belajar.

“Kau gila ke apa? Mana boleh bawa masuk handphone! Bak sini.” Wana hendak mencapai telefon itu tapi dilarikan laju oleh D. D menjelir lidah. Tak dapat! Wana geram. Meja dihentak!

“Ala, okey apa kalau bawa benda tu. Boleh dengaq lagu.” Iman sengih. Wana membulatkan mata. Tertelan liur Iman. Alamak, kakak exco dah marah.

“Boleh buka tapi volume paling slow. Jangan sampai yang lain dengar especially penjaga perpustakaan. Grup kita je.” Aisyah meleraikan kekusutan. 

Wana pandang Aisyah tajam. Berani kau sebelahkan mereka? Mata Aisyah menjawab… its okay la, sis. Dengaq lagu ja. Pandai-pandai la cover

“Okey!” girang D. Dia mencari folder all song dan kemudian kedengaran satu lagu yang biasa diputarkan stesen radio. 

Kami meneruskan pelajaran seperti biasa. Lagu bertukar ganti. Kami semakin khusyuk dengan studi. Betul-betul fokus ni. Siapa kata budak bawahan tak boleh score? Boleh je kalau struggle gila-gila. Tengoklah, kami akan buktikan yang budak kelas bawahan akan dapat lebih A daripada kelas atas! Tinggi punya tekad. Cuma penyakit M (malas) je yang selalu melanda diri. Payah nak buang sejak kecik.

“Geng,” bisik D. Lapan biji mata terangkat. “Tengok sana.” Mulutnya dimuncungkan sebelah kanan. Geng aspura selang dua meja dari kami melambaikan tangan. Erk! Macam mana dia orang boleh ada dekat situ? Tadi masuk tak perasan pun. Tulah, tekun sangat tadi! 

"Rajin pulak datang library," kedengaran suara Wana mengutuk. Aku tahan gelak. 

Kami merenung kertas yang dipegang Putera. Allah, aku tak nampak apa yang ditulis. Kecik bebenor! Makin lama makin halus pulak. Hesh Putera ni! Tulislah besar-besar sikit. Sudahlah guna kertas A4 putih. Tulis comel-comel, halus-halus. Berkali-kali mata digosok akan tetapi semakin lama semakin kecik. Ish, aku dah rabun ke?

“Korang, bebudak aspura ajak studi sama-sama esok dekat astaka. Nak tak?” bling bling mata D. Gatal betul anak dara seorang ni. Dan barulah aku faham apa yang ditulis. Hesh, lain kali cakap aje la. Senang! Ops tak boleh juga sebab ni kawasan larangan bersuara. Tak boleh buat bising! Berapa banyak simbol ‘senyap’ di setiap rak dan dinding perpustakaan. Tak terkira kut!

Wajah Iman ceria semacam. “Set! Aku setuju!” cepat-cepat dia tutup mulut bila suaranya terkuat sedikit. Mujur petugas tidak nampak. Kalau tak dah tentu kena halau.

“Wana? Syah?” tanya D. Wana angkat bahu sebelah. Terserah! Wa ikut je. Wa talak kesah ooo... Aisyah angguk. Settle tiga orang. “Mai?” soal D pada seorang gadis yang menunduk aje sedari tadi. Tak berbunyi suara langsung. Best sangat ke belajar akaun tu? Naik juling mata pandang benda yang sama. Kira-kira pulak tu. Urgh! Bukan minat aku...

Aku menggeleng tanpa melihat. Jemari kanan semakin laju menulis manakala jemari kiri ligat menekan butang kalkulator.

“Mai, serius la.” Bentak Iman. Fikirnya aku main-main.

Kepalaku dongak tepat ke arah mereka sebelum gelengan diberikan buat kali kedua. "Tak nak." Mereka mengeluh hampa.

“Apesal kau tak nak pulak? Kau segan eh ada tunang kau sekali? Alah macam tak biasa. Selalu kut kalau kita buat studygroup dia memang ada. Tak pernah tak missed.” usik D. Aku buat dono je. Langsung tak membalas usikan yang tak bawa apa-apa makna.

“Mai, please. I’m begging you. Tolonglah terima pelawaan diorang. Rindu dowh nak studi sama-sama dengan our bodyguard. Kau tak rindu momen tu ke?” Iman menyusun sepuluh jari. Merayu sangat-sangat.

Aku tetap tak nak! Kalau ada mamat tu, memang sah aku tak akan pergi! Dulu lain, sekarang lain.. tak sama lagi dah.

"Selfishnya minah sorang ni. Keras kepala betul." Iman mengutuk aku sambil mencebik tak puas hati. Apa entah angin Mai lately

"Wei, kita orang okey. Jadi!" D sengaja cari nahas. 

Aku tutup buku. “Jangan buat aku naik angin. Aku dah cakap tak nak tu tak nak la! Tak faham bahasa ke?" bengangku tiba-tiba. Mereka tergamam. Buku yang berselerakan aku kemas lalu dipangku ke dada setelah mendapat pelepasan dari petugas library. Mata yang memandang perlakuanku tidak dihiraukan.

Empat kepala pandang pemergian Humairah dengan renungan pelik. Mereka berpandangan sebelum menoleh ke arah geng aspura di sebelah sana. Mata Hakim bertanya… kenapa? Mereka berempat menggeleng.. tak tahu! Adalah tu yang merunsingkan kepala Mai sampai dia berkelakuan sedemikian. Kali kedua Mai meradang di perpustakaan…




AKU tidak pulang terus ke dorm. Langkah kian mendekat ke taman bunga yang sering didiami pekebun dan makcik tukang sapu. Selalu juga bertegur sapa dengan mereka. Mereka pun ramah dengan aku. Namun hari ini mereka tidak duduk di kawasan itu. Ada kerja agaknya. Stepping stone ke taman bunga itu aku jejak dengan pelbagai rasa. Mendung saja hari ini tapi tidak hujan sejak pagi tadi. Alhamdulillah sejuk sikit. Buku kerja dan segala peralatan aku letak di bangku panjang. Kaki bergerak ke deretan bunga yang menenangkan jiwa. Bunga orkid aku sentuh dengan jari telunjuk kanan. Cantik! Patutlah Yana suka. Apabila tiba di kawasan bunga mawar, langkahku mati.

“Assalamualaikum mawar…” sapaku lembut. Seakan mendengar, bunga mawar bergoyang terangguk-angguk seakan memahami dan menjawab salamku. Sihat sejahtera bunga tersebut. Mekar mewangi dengan merah pekatnya. Ada dua ros di taman ini. Satu ros putih dan satu ros merah. Ros putih juga tak kurang cantiknya tapi kebanyakan orang kata ros putih untuk orang mati. Semua tu karut! Habis tu bunga ros merah untuk orang bercinta saja? Orang buta? Orang pekak macam mana pulak? Apa bunga sesuai untuk mereka? Bunga tahi ayam agaknya. Macam-macam fiil zaman sekarang. Suka-suka saja matchkan bunga dengan manusia. Pada pandangan aku semua bunga sesuai untuk manusia. Bukan ros saja. Tapi pilihan setiap gadis mestilah ros. Itu memang tak dinafikan. Kalau aku pun sama juga. He he he! Sejambak kasi buat peluk tidur.

“Hai… khusyuk nampak membelek ‘Kak Ros’.” Satu teguran melenyapkan segala angan. Aku toleh belakang. Luqman Harez bersandar di tiang sambil berpeluk tubuh. Senyuman tak lekang di wajah lelaki itu.

“Err hai… sorry baru perasan. Dah lama ke awak dekat situ?” soalku menutup malu. Haiya…dia ada pulak!

“Lamalah juga. Sempat dengar awak beri salam dekat ros merah tadi. Saja tak nak ganggu.” Dia kenyit mata.

Aku tergelak kecil. Eh, dia ada eh tadi? Aiseh malu pulak aku. “Saya kalau dah pegang sesuatu memang tak pandang keliling dah.” Jelasku menutup malu.

Its okay. Saya faham. Awak buat apa dekat sekolah petang-petang macam ni? Bukan sepatutnya ada dekat asrama? Studygroup eh?” ya Allah banyaknya soalan. Aku angguk iakan sahaja.

“Awak?”

“Saya baru lepas practice kompang dengan Cikgu Hanif.” suara Luqman Harez.

Uh…“Ada pertandingan kompang ke? Sekarang kan musim trial. Bulan puasa pulak tu.”

“Yup. Memang puasa tapi hidup mesti diteruskan! Hari Selasa depan competition. Masa tu free dan nasib tak ada periksa untuk music class.” Oh! Baru aku teringat minggu depan budak sains tulen periksa fizik, kimia dan biologi. Aku pun tak ada periksa waktu tu. Emm… boleh tak kalau saya nak tengok awak main kompang nanti? Saya pun teringin sebenarnya. Tak pernah tengok orang main kompang. He he he.

“Jomlah tengok saya main kompang.” Aik? Dia dengar ke kata hati aku tadi?

Boleh ke?

“Boleh je kalau sudi nak tengok saya buat persembahan.” Erk! Dia dengar lagi…

“Tapi awak tak ada exam ke? Addmath hari apa?” prihatin benar dengan diriku. Petah pula tu.

Aku geleng. “Nope. Addmath hari Rabu. Tapi tak tahulah pulak kalau awak main kompang sampai pagi rabu.” Luqman Harez tertawa dengan seloroh bersahajaku.

“Okey. Boleh je. Datanglah. Bawa kawan-kawan sekali. Lagipun kalau awak ada saya lagi bertambah semangat pukul kompang.”

Kami sama-sama ketawa.

“Ehem!” tawa kami mati tiba-tiba. Gulp! Luqman Harez membetulkan diri. “Okeylah awak. Saya balik dulu. Jangan lupa Selasa.” Dia kenyit mata kanannya. Aku mengangguk sambil ketawa kecil. Nakal betul! Luqman Harez terus berlalu ke arah motorsikal LC miliknya. Tak tahan kut tengok mata singa jadian!

“Kalau nak bercinta sekalipun, jangan dalam kawasan sekolah. Lebih-lebih lagi sekarang bulan puasa. Tahan sikit nafsu tu.” Pergh! Pedas gila sindiran dia. 

Tenang Mai! Jangan lawan. Api kalau lawan api juga, meletup sekolah karang. Tapi nak lawan dengan angin kentut pun tak apa. Lebih afdal! Eceh, pandai cakap aku! Kau tu bercinta balik dengan si gedik tu apa kes? Salah orang cepat je smash, salah sendiri tak sedar pulak!

Aku buat-buat tak perasan ada manusia di situ. Buku kuangkat lalu letak di dada. Tanpa rasa bersalah aku meninggalkan dia keseorangan. Makin lama aku makin menyampah melihat mukanya.

"Sayang..."

Emm... baru cakap. Dah tiba manusia yang paling 'dikehendaki' polis. Bulu romaku meremang sendiri. Geli! Geli! Makin laju langkah kaki ke pintu pagar sekolah.



PROGRAM malam berjalan seperti biasa. Solat sunat terawih. Semua penghuni asrama diwajibkan turun padang. Nak pahala atau tidak bak kata Cikgu Namisah. Mestilah nak! Kata ustazah, solat sunat menampal mana-mana yang terlopong dan lompang dalam solat fardhu yang kita tinggalkan secara tak sengaja ataupun sengaja. Wallahualam. Kami menunaikan solat penuh khusyuk dan tawaduk tanpa sebarang gangguan. Merdu suara Ustaz Asmawi mengalun ayat-ayat suci Al-Quran, lancar dan fasih. Bagi gadis mahupun yang sudah beristeri, ciri-ciri suami seperti Ustaz Asmawi sangat diharapkan dalam sesebuah perkahwinan. Sesudah kami berwirid dan sedikit ucapan dari ustaz dan ustazah mengenai adab lebih-lebih lagi sekarang musim peperiksaan. Tak lupa juga mengingatkan peserta pertandingan hafazan. Alhamdulillah aku sudah menghafal beberapa potongan ayat surah An-Nisa’ iaitu berkisar tentang wanita. Setelah dikaji dan dibelek tafsir Al-Quran pada masa lapang, baru aku sedar khilafku sebagai seorang wanita. Tentang auratnya, tentang adab percakapannya dan pelbagai lagi. Sedikit sebanyak ilmu bertambah dan mataku celik pelan-pelan. Dari situ penampilanku berubah sedikit demi sedikit. Tidak terlalu mendadak. Cuma aku sekarang mula menyukai baju kurung dan kalau boleh nak sentiasa pakai sampai dipandang pelik oleh rakan-rakan yang lain. He he he... 

“Kak, pergi DM.” Cuitan bahu menyedarkan aku dari mengelamun. Terus saja aku angkat kaki. Malu! Malu! Aku seorang je dok tercongok di tikar sejadah dengan telekung masih belum tertanggal padahal yang lain sudah beratur ke dewan makan! Kawan-kawan aku? Dia orang awal-awal lagi dah serbu dewan makan. Moreh tak baik dilewatkan, kata Iman. Aku sekeh juga kepala dia kang! Oh ya, mengenai hal petang tadi di perpustakaan mereka meminta maaf pada aku sebab memaksa aku dan takkan halang aku. Tapi kalau aku berubah fikiran mereka sokong 300%! Chait! Jangan harap nak ubah.




JUADAH malam ini hanyalah mee goreng dan beberapa kuih muih. Tu pun dah syukur. Dekat dorm masa berbuka puasa maghrib tadi, juadahnya nasi hujan panas. Terkaku seketika bila terkenang sewaktu majlis pertunanganku, opah, mama, Mama Nani dan kengkawan bertungkus lumus menyiapkan nasi hujan panas. Hanya kerana perkara itu… Tapi bila difikir semula, aku rasa aku nak tamatkan sahaja hubungan yang terjalin. Aku tak mampu nak handle status ‘tunangan orang’ lagi. Terlalu muda! Dan rasa nak enjoy tu terhalang dengan sendiri. Mana-mana pergi kena jaga air muka tunang. Rasa letih kerana hati dan perasaan terlibat sama. Asyik dipermainkan dan sentiasa kecundang. Yang merana dan merasa lebih teruk, aku. Dia tak apa-apa pun! Tu yang buat aku geram!

“Mai, kok ye pun kau geram sesangat tak usah ler ketuk tangan ketua pengawas kita ni dengan senduk mee.” Ujar Syafiq bersama sengihan. Kedengaran tawa membingitkan telinga.

Erk! Terketuk tangan siapa tadi???

Bibir digigit. Kepala ditekur ke lantai. Aku cepat-cepat letak senduk dalam tray. Memerah muka menahan malu mendengar usikan dan ketawa yang begitu galak. Ish! Macam mana aku boleh tak perasan dia kat depan aku je? Aku tunduk aje sewaktu melintasi mereka yang menyaksikan kejadian tak sengaja tadi. Masih lagi terdengar usik menyakat dari mereka buat aku rasa nak benam je muka dalam tanah. Malu mak! Cup cup! Tapi bagus juga. Dendam dan kemarahan aku terbalas sikit. Yes!

“Kau sengih-sengih ni dah kenapa?” tegur Wana.

Aku gigit bibir. “Nothing.” Aku duduk dengan tenang di sebelah Aisyah lalu mengelap garfu plastik dengan tisu. Bismillah dibaca dan satu suapan terus ke dalam mulut.

“Hai korang…” panggil D yang terlebih ramah! Aku menjeling pemuda-pemuda yang baru duduk di meja cendawan sebelah meja kami. Sibuk je! Carilah port lain. Hmm... dah namanya geng. Apa nak buat...

“Hai... eh, Kak Humairah ada dekat sini jugak. Sukanya! Sukanya!” Khairul menyakat aku dengan aksi yang sungguh memalukan. Terkinja-kinja! Budak tadika pun tutup muka dengan jari comel mereka, tak tahan tanggung malu nampak orang tua tak sedar diri macam Khairul ni.

Aku mencemik dan mengajuk percakapannya. Iman dah pandang semacam. Sakit hati beb!

“Kalau Mai join Diva Babe kau jugak yang panasaran.” Wana memerli sedas. Aku naikkan thumbs up padanya. Good job girl! Curi satu karipap dari pinggan polistrene Wana. Wana jegil mata.

Bebudak aspura ketawa. Eee… menyakitkan hati betul! Mesti gelakkan aku. Choii! Jangan sampai aku hilang mood nak makan. Harap-harap dia orang tak bocorkan rahsia ‘senduk’ aku tadi.  Kalau bocorkan, aku ketuk kepala diorang dengan senduk tadi!

“Kalau Mai yang masuk, confirm aku suruh mak aku masuk meminang terus. Tak mau tunggu-tunggu dah. Mau sesak nafas.” Sampuk Putera. Mereka ketawa lagi termasuklah rakan-rakanku. Gigi diketap geram.

“Wei, kau gila ke? Dia tu dah ada tunang. Dengar dek mamat tu, kena pancung kau nanti.” Ujar Hakim membelaku. “Tapi… aku tak boleh bayangkan kalau Mai macam tu. Fuhh! Sure tak tidur malam dowh…” Eee…! Otak kuning betullah mamat ni. Sekor-sekor nak cari pasal dengan aku ni gamaknya! Nak kena silat petala lima belas aku ke?

Mereka gelak lagi. Kali ini lebih kuat dan aku tak boleh tahan!

Can you guys please shut up?!” bengangku jadinya. 

Mereka terdiam. Iman dan Aisyah menggosok lengan dan bahuku, meminta aku bertenang. Tapi hati tak boleh tenang. Apatah lagi dikaitkan dengan mamat entah apa-apa tu! Benci la.

“Mai… sorry ar. Kami gurau je pun. Tak payah ambik serius.” Syafiq memohon maaf.

Hmmm…guraulah sangat! Tahu takut. Tak kenakan aku satu hari tak sah korang ya. Dan mereka terus berbual kosong. Aku terus suap nasi dengan lahapnya.

Tit tit… Cepat-cepat aku keluarkan handphone dari kocek baju kurung.

Salam. What’s ur decision?

Salam. Decision what?

Tiba-tiba je tanya keputusan. Apahal?

Selasa. Kompang.

Oh… tapi bukan aku dah cakap ke dengan dia tentang keputusan aku? Pekak ke tak dengar.

Kan sy dah bgtau kat awak ptg td.

Ada eh? Tak igt la. Hehehe…

Aku tersenyum. Saja la tu nak bermesej-mesej dengan aku… aku pun melayan mesejnya yang banyak ke arah muzik dan pertandingan kompang. Terperanjat aku bila dia mengetahui aku sertai pertandingan hafazan. Aku tanya dia dari mana dia dapat tahu, dia kata rahsia. Ceh! Masa terus berjalan dan berjalan.




LAMPU dorm ditutup. Gelap. Dia berjalan ke katil dan terus merebahkan badan. Mata merenung siling. Termenung memikir nasib sendiri. Semua sudah tidur. Jam menginjak ke angka 1 pagi. Hanya matanya saja yang belum boleh lelap. Esok ada peperiksaan lagi. Keluhan berat dilepaskan. Telefon dicapai. Gambar-gambar lama ditelek tanpa rasa. Slaid seterusnya. Dia terpegun. Terdiam. Benarkah ini gadis yang diutuskan buatnya? Kenapa perasaan itu sekejap hadir dan sekejap berlalu pergi meninggalkan dia terpinga-pinga sendiri. Hati dan perasaan sendiri tak pasti. Tapi melihat dia dengan orang lain aje dah buat dia bernanah. Lebih-lebih lagi bila nampak dia bersama Luqman Harez, pelajar kacukan. Nak kata cemburu, macam tidak je. Yakah? Nak kata bercinta, pun tidak. Tak ada rupa langsung! Betul?Kawan? Aku anggap dia kawan ke? Selalu bercakaran kalau ketemu tu adalah! Musuh? Lebih tepat!

Bila perasaan itu hadir usah diketepikan kelak merana sendiri ~ pujangga cinta

Boleh pakai ke kata-kata pujangga yang tak berapa nak cinta ni? Tapi dia baru je umur belasan tahun. Kerja pun tidak. Masih lagi dibawah tanggungan mama papa. Nak sara anak orang? Diri lepaslah. Cari kerja apa pun tak kisah asal halal. Takkan nak bagi anak orang makan pasir kut. Kikis batu bata rumah setiap masa kalau lapar, gitu? Tengok sekeliling, ramai anak muda bercintan-cintun tanpa hala tuju. Termasuk Farhan. Apa tujuan sebenarnya bercinta? Pernah tanya diri sendiri? Kenapa kita bercinta, dari zaman kanak-kanak lagi dah pandai? Edaran zaman katanya. Dunia maju, anak muda pun mestilah advance. Malulah kalau tak bercouple bagai. Kuno bak kata orang yang sedang hangat bercinta. Dan yang bujang pun terpengaruh. I love you… you love me… awak suka saya tak? Saya suka awak sangat-sangat! Nanti dah besar kita kahwin, kay? Awak, awak sudi tak jadi isteri kita? .......

Farhan tersenyum sendirian. Waktu kanak-kanak dia pernah mengucapkan salah satu ayat keramat itu pada seorang budak perempuan. Sampai pernah terkiss pipi budak perempuan tu. Menangis dibuatnya. Balik rumah bagitahu Tok Qud. Sudahnya dia didenda ‘bersilat’ di kebun Tok Qud. Habis segala rumput disabit. Tak kena marah pun! He he he…

Hancummm! Farhan terbersin. Dan juga tanpa sengaja jarinya tertekan butang send. Terbeliak biji mata! Farhan bangun dari katil. Alamak! Macam mana ni???

Sending message…. Completed!

Tergaru-garu kepala. Ah! Pening. Apa aku nak buat ni? Terhantar pulak! Mesti dia syak yang bukan-bukan. Aduhhh aku tertekan je pun. Bersin la punya pasal. Sudahlah TERhantar gambar yang tak sepatutnya! Gambar tu dah la gambar private. Mati mati! Jantung berdetak hebat. Peluh membasahi tubuh. Fuhh, gabra punya pasal! Baik ambil langkah segera. Tidur!

Selimut ditarik laju lalu menyelimuti tubuh. Sekejap saja dah serupa hantu bungkus! Ops… handphone off!

                                 


Bunyi mesej masuk mengganggu ketenteraman aku nak berdating dengan komik. Komik?! Ya, Humairah memang suka baca komik pagi-pagi buta dengan hanya bertemankan touchlight.  Mana tak rabun! Jangan tanya kenapa sebab ianya hobi! Dalam malas dan sibuk dengan komik Cinta Si Penghantar Burger, telefon dibawah bantal digapai. Siapalah yang kacau aku ni pepagi buta ni? Tak reti sleep sleep ke? Eleh, cakap orang. Kau pun sama, hatinya berdesis. 

Folder inbox ditekan. Gulp! Terbuntang biji mata aku! Seram sejuk dibuatnya. What is this? Gambar cantuman photoshop yang telah diubahsuai atau erti kata lain edit, antara aku dan ‘dia’ sewaktu pertunangan kami terpapar di skrin. Terkebil-kebil biji mata dan mulut sudah tertentu ternganga. Aku semak nama dan nombor telefon si penghantar.

Gulp sekali lagi! Mamat Senget… atau erti kata lain > Tengku Farhan ler.


Apahal pulak dia hantar mesej bergambar ni? Apa motif? Berkerut dahi memikir tujuan lelaki itu. Tak tidur-tidur lagi ke? Dah pukul 1 lebih kut. Dan hati terus tertanya-tanya apakah makna disebalik gambar yang dipost pada aku ini… gambar itu kutenung lama. Komik dibiarkan. Cantik jugak aku pakai baju ni, he he he! Puji diri sendiri nampak! Gambar itu aku besarkan sedikit untuk membaca ayat di bahagian bawah. Kalau dulu aku boleh nampak tapi sekarang kurang nampak. Kena cari speck ni. Menggunakan jari, ungkapan itu dapat kubaca dan tanpa kata terus bikin aku terkedu + tergamam. Demam seminggu! Jantung berdegup laju.


 Just one step closer… J



p/s : here new entry... thanks pd yg still menunggu :) maaf kalau ada kekurangan... 

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila masa pulak miss delete???? aduhai... tak fhm betullah dgn blog 2014 ni -_- ...

      @secretlife : miss dah baca komen awak di yahoo.com ... thanksmy dear... nnt rajin2 la komen lg... miss balas di yahoo ^^

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete