Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Thursday, 9 January 2014

Coming Soon ~



Part 1

“NAK tau tak ciri-ciri lelaki idaman aku?”

“Teringin jugak nak tau taste kau. Lubang hidung kembang sebelah maybe?” bercanda Wana. Dia ketawa terbahak-bahak.

Aku ketap bibir. Ada yang makan selipar jepun aku ni karang! “Wana….” Bergetar nada suaraku, begitu mudah difahaminya. Segera dia buat isyarat zip mulut. Takut!

"Aku suka lelaki yang pakai cap, pakai t-shirt berkolar especially warna coklat + krim + hitam and baju Melayu lengkap bersampin dan bersongkok. Tak kisah teluk belanga atau cekak musang. Jangan cekak buaya atau naga sudah."

"Memilih," komen Wana. 

"Diamlah!" 

"Seterusnya aku suka lelaki yang pandai menunggang kuda! Nampak awesome sesangat!" aku membayangkan putera raja ataupun abang-abang hot yang sedang menunggang kuda di pantai. Aww!

"High taste betul." Wana menggeleng lagi. Aku buat tak tahu dan terus bercerita.

"Next, I like lelaki yang pandai berenang."

"Dan terakhir sekali... aku suka lelaki yang suka memanah." Aku toleh lalu senyum pada Wana.

"Kenapa memanah? Menembak tak nak? Atlit Sukan Sea?"

"Kau sedar tak, menunggang kuda, berenang dan memanah adalah salah satu kesukaan Nabi Muhammad. Mengikut sunnah tapi malangnya aku sampai sekarang tak reti belajar berenang." keluhku.

"Fobia gitu?"

Aku angguk. "Exactly. Pernah lemas dan terhanyut. Mujur ada yang mulia hati selamatkan aku. Nasib baik tak jauh. Kalau tak mungkin aku tak ada depan mata kau sekarang." aku senyum pahit. Kebenaran sukar diungkap....

Wana menggosok belakang tubuhku. "Tak apa, Mai. Tak dapat ikut semua, jangan tinggal semua. Kau pilih mana yang lebih sesuai dan layak buat kau. Kita ada pilihan masing-masing kan. Tapi still berlandaskan syariat Islam." ujarnya.

"Ni aku nak tanya." "Dalam banyak-banyak taste yang kau cakap tu, ada pada Farhan tak?"

Aku terdiam. Terkebil-kebil biji mata. Hati serba tak kena. "Err... entah." aku jongket bahu. Wana angkat kening.

"Takkan kau tak tahu kut?" desak Wana lagi. Apa punya tunanglah dia ni... dah lama kut bertunang.

"Aku tak tahu dan aku tak nak ambik tahu hal dia. Past is past." Wah! Speaking London nampak gayanya. Boleh masuk Oh! My English.

"Mai, walau apa pun yang terjadi jangan sesekali kau lenyapkan, kau sisihkan dia. Even dia tak tahu and jauh dari sini tapi kau still ada hubungan dengan dia. Kau masih lagi tunangan dia." nasihat Wana sebelum berlalu pergi.

Kau masih lagi tunangan dia! Kau masih lagi tunangan dia! Kau masih lagi tunangan dia!

Aku menutup telinga lalu menunduk. Mutiara jernih mula bergenang di tubir mata. Kebenaran yang sangat pahit untuk ditelan....





Part 2

"NAMA aku Baihakki. Korang boleh panggil aku apa-apa panggilan tetapi bukan Aki." 

Dia merenung seseorang yang berada di hadapannya. Cuma meja yang memisahkan. Bila gadis itu mengangkat muka, spontan dia mengenyitkan mata. 




p/s : haaa ni entri saja2 miss masukkan... mmg ada tp bkn dlm kpvst... ni entri baru utk... err novel baru maybe? hehehe doakan berjaya eh? :) 

p/s : Baihakki is awesome! Upss... jgn mrh fans Farhan... haha

p/s : errr jgn tnye bab 58 dulu eh... miss skg 'honeymoon' dgn Baihakki.... ekeke >_<

4 comments:

  1. tak sabar nak tunggu.. miss prince charming+budak nakal+suami tak de sambungannye ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'aa la,dh lama x de entry pasl prince charming+budak nakal+ suami... x sabar..

      Delete
  2. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no. 96
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Saya akan tungu Bab 58 dan seterusnya miss cs

    ReplyDelete