Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Saturday 17 August 2013

Ketua Pengawas VS Tunang 44

p/s : assalamualaikum korg! ada bad news! haritu laptop miss hang pastu rosak dannnnn..... semua bab yg miss dh siapkan dlm lappy HILANG!!! Warghhhh!!! Nak nanges!Bkn mss miss je. Gambar2 pun lenyap! Huwaaa!!! Sedih smpi demam miss dibuatnya. Nak kena buat balik penat. Dahlah panjang. Huwaaa... Yg kat bawah ni yg miss sempat save dlm pendrive. Yg lain hancurrr! Korg baca je la eh... miss kt sini pun xde line nk online. Sakit hati dgn lappy ni! Merajuk kejap! :(


BAB 44

“CIKGU suruh cari kayu, bukan cari jalan nak jatuh dekat lelaki.” Sindiran itu menusuk masuk ke corong telinga menghentikan pergerakan tanganku. Bukan menusuk telinga bahkan mencucuk dalam kalbu. Dengan laju aku memusingkan badan menghadap si dia yang sedari tadi memerhati setiap gerak geriku. Perisik Cikgu Adibah! Mana aje aku pergi mesti akan diperhati oleh dia. Dan hati aku sangat sakit sekarang!

“Kau sibuk kenapa? Suka hati akulah!” keras nada suaraku.

Farhan tersenyum sinis. Dia memeluk tubuh. Matanya menilikku atas dan bawah bikin aku seram sejuk. Meremang bulu roma aku. Heee! Aku cucuk juga mata dia jadi Kassim Selamat! Hatiku mendongkol geram.

“Aku kena sibuk sebab aku ditugaskan untuk mengawasi kau. Ia amanah. Dalam hutan macam ni apa-apa kemungkinan boleh terjadi. Tapi janganlah sampai nak berasmaradana tak bertempat. Jagalah air muka tu sikit. Takkan dah lupa status yang kau pegang sekarang?” Farhan menyindir.

Aku menganga mulut ingin protes. Tangan dicekak pada pinggang. “Mulut kau tu jaga sikit eh! Bila masa aku buat kerja macam tu? Tadi aku tersadung! Hariez kebetulan lalu dekat situ dan bantu aku. Takkan sebab dia tolong aku, kau tuduh kami berasmaradana dekat sini?!” berangku. Sengaja aku tidak menyentuh perihal status. Bengang gila dengan jejaka bernama Tengku Amirul Farhan Tengku Umar ini!

“Bela nampak?” kening Farhan terangkat sebelah. Matanya tajam merenungku.

“Aku bela pasal kami tak bersalah! Don’t judge us because that coincidence!”

You’ve talking too much. Macam nenek kebayan. Sekarang habiskan kerja dan ikut aku balik ke khemah.” Arahan yang paling malas aku nak dengar. Kejap! Tadi dia kata apa? Nenek kebayan? Ewah! Ewah! Sesedap rasa je gelar aku macam tu! Tembak dengan Vektor baru tau!

Kayu dikumpul kemudian dipikul dicelah-celah ketiak. Sesungguhnya aku rasa nak meraung je dekat sini! Apa punya tunanglah dia ni! Sampai hati dia suruh aku pikul kayu-kayu ni seorang diri. Kayu yang agak berat dibawa oleh seorang gadis comel seperti aku? Tak vogue langsung! Nasib baik aku jenis yang suka lasak. Hee! Mulut ni ringan je nak buka cerita pada Aunty Hanani. Dada bagai nak meletup mengeluarkan lava. Farhan dengan enaknya berjalan melenggang sambil tangan menyisip dalam poket seluar. Mukanya tenang tak rasa bersalah. Sesekali dia menoleh ke belakang melihat aku. Aku sumpit jugak mamat ni karang.

Tekak rasa dahaga secara tiba-tiba. Aku melihat sebelah kiri. Anak sungai yang mengalir deras. Langkahku terhenti di situ. “Farhan, aku haus.” kataku.

Farhan menoleh. “Aku tak bawa air.” Balasnya sambil mengangkat bahu.

Cepat jari telunjukku menghala ke sebelah kiri. Kepala Farhan turut berkalih. “Bahaya la. Curam tu tajam.” Tegahnya. Ahh! Aku peduli apa. Yang penting aku dahaga dan nak minum air itu. Air yang tampak tenang itu kupandang. Nampak lazat! Nyam nyam!

“Balik khemah karang minumlah air.” larangnya senada.

Aku tetap menggeleng. Nak air tu jugak! Mood mengada timbul. Kalau Ammy boleh bermanja dengan dia kenapa aku tak boleh kan? Aku lagilah berhak nak ngengada dengan dia. Err, kenapa tetiba kau jadi gedik Mai? Aku terkebil-kebil.

Farhan mengeluh sebelum menggaru kepala. Tangan dicekak pada pinggang sebelum mata melilau kiri kanan.

“Tunggu kejap aku cari daun. Jangan ke mana-mana. Tunggu aku yang ambilkan.” Farhan menghilang sebaik saja aku menoleh. Entah ke mana dia pergi aku pun tak tahu. Aku duduk di bawah pokok sambil mata merenung ke depan. Dua minit, dia tiada. Aku bersila. Empat minit, juga sama. Aku menongkat dagu. Lima minit, tiada perubahan. Aku bengang!

“Lambatlah mamat ni! Tunggu dia bertahun! Entah-entah dia kenakan aku. Sesi balas dendam! Ahh! Pedulikan mamat tu. Yang penting aku nak minum air! Kalau aku pengsan, siapa yang susah?” omelku. Kayu yang berikat itu kuletakkan di tepi pokok daun kesum. Harum je bau. Seluar dilipat hingga betis. Lengan baju kusingsing ke paras siku. Dengan perlahan aku turun ke bawah. Curamnya nampak begitu tajam sekali. Entah siapalah korek tanah dekat sini. Hish! Dengan berhati-hati aku melangkah. Baru saja aku hendak melangkah kaki kiri, terasa olengan membuatkan aku terjatuh di situ tanpa sempat mengimbangkan badan.

Gedebuk! Gedebuk!

“Humairah!” 



"KENAPA kau degil sangat ni? Kan aku dah cakap duduk aje dekat situ. Yang kau pergi juga kenapa?"

Marah Farhan. Mukanya yang putih menjadi kemerahan seperti udang panggang. Sambil dia marah, tangannya tetap laju bergerak mengurut kakiku yang terseliuh akibat terjatuh di tepi sungai sewaktu hendak melangkah untuk menghilangkan dahaga.

"Aku tunggu kau lambat. So aku pergi je la!" aku tidak mahu mengalah.

"Kan aku dah cakap yang aku pergi ambil air. Kau tu tak sabar-sabar. Dah terjatuh, terseliuh, baru nak duduk diam!" bidas Farhan lagi.

Aku memuncung. Merajuk ah macam ni. Selalu sangat dia marah aku. Bukan aku sengaja pun nak terjatuh. Dah nak jatuh, kan? Bukan aku control! Tak sengaja hokey! Dia pula membebel aje dari tadi memarahi aku mengalahkan mama. Ni yang nak mengadu dekat Mama Hanani ni. Uhuk! Uhuk!

"Cakap sikit merajuk. Tegur sikit muncung." sindir Farhan.

Aku memalingkan muka ke arah lain seraya memeluk tubuh. Benci! Merajuk satu jam dengan kau! Hmmph!

Dalam masa yang sama Farhan serasa mahu ketawa melihat gaya merajuk Humairah seakan kanak-kanak kecil. Saja je dia cakap macam tu. Tak tahu pula tunangnya itu sekarang agak sensitif. Bukan dia tidak perasan setiap kali Ammylea dekat dengannya, wajah Humairah bertukar warna. Dan kadang kala dia suka menguji Humairah dengan menyindir dan memerli. Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu. Siapa tak sayang kekasih hati, beb!

"Aku tak nak kau rapat dengan sesiapa lepas ni."

Kata-kata yang terbit dari mulut Farhan kupandang dengan tanda tanya. Serius benar air mukanya tika ini. Wajah Farhan yang menunduk itu kutenung dengan rasa hairan.

"Apesal pulak? Habis tu, macam mana dengan kawan-kawan aku?" 

Eee! Entah apa-apa entah! Aku nak berkawan pun dia tak kasi? Ni sudah lebih. Kau ingat aku ni banduan, kena perintah berkurung? Aku dengan kau bukan ada pertalian apa-apa pun. Setakat bertunang bukan tiket kau untuk mengurung aku macam burung dalam sangkar. Lainlah kalau kita sudah diijabkabulkan. Bebelku dalam hati.

Farhan berdecit. "Kawan-kawan yang aku kenal, aku tak kisah. Tapi yang aku tak kenal, jangan cuba-cuba nak rapat dan berkawan baik. Aku tak suka!" Tegas dia lagi.

Aku mula menghidu sesuatu bersama kerutan di dahi. Adakah dia...? "Are you jealous?"

Mata Farhan terangkat merenung mataku. Lama dan dalam tenungannya. Ya, Mai. Aku cemburu bila kau rapat dengan Luqman Harez, bukannya aku. Sepatutnya aku yang dapat perhatian kau, bukannya Luqman Harez. Aku tunang kau! Membuak-buak dada Farhan.


"Aku jeles? Dalam mimpi aje la." begitu selamba Farhan mengucapkan kata-kata itu tanpa memikirkan ada hati yang kecewa apabila ayat itu diucapkan.




MALAM menjelma juga menandakan satu hari telah pun berlalu. Apakah yang kita lakukan pada waktu siang? Tanya sama diri bukan sama pokok. Setelah selesai solat isyak, kami semua berkumpul.

“Baiklah. Sedar tak sedar kita sudah berada di sini selama tiga hari. Dan selama tiga hari juga awak semua menjalani latihan. Macam mana rasa?” tanya Cikgu Samad.

“Penat!”

“Letih!”

Best!”

Boring!”

Berbagai-bagai jawapan diterima. Cikgu Samad tersenyum. “Baiklah. Seperti yang kamu semua tahu, kita ada satu lagi aktiviti untuk menamatkan aktiviti ini. Adakah awak ingat apa yang saya cakapkan sewaktu kita di dalam bas tempoh hari?”

Putera melayang tangan ke udara. “Main burung hantu!”

“Pandai, Putera. Malam ini kita akan bermain permainan burung hantu. Are you ready, students?”

Yes, sir!”

Not enough strong. Are your ready, students?”

Yes, sirrrrrrr!!!!” bergegar hutan mendengar jeritan gabungan suara 120 orang pelajar.


SEBELUM memulakan permainan, kami diberi taklimat secara ringkas mengenai permainan tersebut. Burung hantu dan mangsa! Setiap peserta akan berpasangan mengikut jantina masing-masing. Salah seorang dari mereka harus menjadi mangsa iaitu duduk diam sambil menutup mata. Mereka akan dibariskan dengan pelajar yang lain, yang turut sama memegang watak mangsa sambil bersila menunggu kedatangan pasangannya untuk dibawa pulang ke titik permulaan dengan mata tetap terpejam. Syaratnya haruslah memejam mata. Jangan sesekali membuka mata! Dan akulah yang kena duduk bersila itu! Wana akan menjadi burung hantu, mencari aku dalam kegelapan. Dan sewaktu pasangan kita datang, kena bagi kata kunci. Alahai, siap password bagai! Passwordnya ialah papan dan batu. Salah seorang harus menyebut perkataan itu. Jikalau pasangannya menjawab beerti betullah itu rakan mereka. Jikalau tidak jawab, apakah itu? Jeng jeng jeng! Jarak antara kami adalah dalam 50 meter. Serius darah penakutku datang tanpa diundang. Seriau weh! Dahlah dalam hutan. Gelap pula tu! Mama, Mai nak balik!

“Jangan sesekali buka mata kamu. Patuhi syarat yang disuruh. Faham? Kamu jangan khuatir. Abang serta kawan-kawan abang ada sekitar sini memerhatikan kamu semua.” Sejurus Abang Johan berkata demikian barulah nafas legaku kembali. Tapi sekejap saja selepas terdengar bunyi burung hantu yang real punya. Badan terus menggigil. Aku pejam mata rapat-rapat. Tetapi mataku tetap degil seperti tuannya. Mata kucelikkan setelah lima minit terpejam. Aku pandang kanan. Ayuziana menggenggam tangan. Matanya dipejam serapat yang mungkin. Aku toleh ke kiri pula. Iman juga sama. Menutup mata dengan tangan sambil diperhati abang FRIM yang memakai baju putih sepasang di sebelahnya kirinya. Siap berkopiah putih lagi tu.  Aku tersenyum. Abang FRIM pun main sekali! Cayalah. Aku pandang depan semula.

Sekejap!

Abang FRIM? Pakai baju putih? Kopiah putih? Bukankah abang-abang itu memakai baju hitam dan tertulis FRIM Kepong pada belakang baju tersebut? Aku pandang semula ke arah Iman.

Tiada! Lelaki berpakaian putih itu tiada!

Apa yang aku lihat tadi? Darah mencacak naik ke kepala. Seriau darahku. Peluh memercik ke muka dan badan. Badan menggigil tak menentu. Adakah itu... hannn?? Mataku tertunak pada seseorang di depan. Dia sedang berjalan menuju ke arahku. Matanya menikam mataku. Allahuakbar! Matanya merah! Pakaiannya sama seperti bayangan lelaki yang aku sangkakan abang FRIM tadi. Aku yang takut terus saja memejam mata serapat yang mungkin. Tidak sesekali aku celik mata. Agak lama juga kami begitu sehingga terasa tanganku dipegang mengejutkanku. Tanganku ditarik menandakan aku disuruh bangun. Wana! Nama itu muncul di fikiran. Nafas lega kuhela. Cepatnya budak ni sampai? Getus hatiku.

Password?” soalku perlahan.

Diam. Hatiku diterpa rasa gusar. Serta merta aku gementar.

“Cakaplah password!” aku mendesak. Juga sama. Diam! Aku geram. Tangan digoncang kuat. Tetap tiada balasan. Hanya tangannya menarik tanganku yang masih pejam mata serapat mungkin. Aku hanya mengikuti langkah dimana tangan itu menarik tanganku. Syarat dalam permainan ini ialah aku harus pejam mata sehinggalah kami tiba di tapak permulaan semula.

“Wana, jawablah! Jangan diam!” marahku. Tetap sama! Ya Allah, apakah ini manusia ataupun...? Fikir positif, Mai! Mungkin Wana saja kenakan kau. Takkan kau tak kenal lagi perangai Wana tu macam mana. Dia memang suka sakat orang tak kira waktu. Bisik hatiku.

Setelah agak jauh berjalan, tanganku dilepaskan. Yeah! Aku dah sampai ke petak permulaan. Kami menang! Dengan gembiranya aku buka mata bersama senyuman melakar di bibir.

Gelap! Senyuman pudar. Aku terkebiil-kebil sendirian. Hati diterpa rasa kurang enak. Eh? Dekat mana ni? Mana kawan-kawan aku? Mana khemah-khemah? Aku pusing 360 darjah. Semuanya pokok? Mana petak permulaannya? Ini bukan dekat kem! Ini...  sudah jauh ke dalam hutan! Aku sudah sesatkah? Wana! Mana Wana? Aku mencari Wana. Sekitar situ aku berpusing mencari rakan karibku. Tidak ketemu.

“Wana! Wana! Mana engkau?! Jangan main-mainkan aku! Wana!” aku kehabisan tenaga untuk menjerit. Tekak perit. Seram sejuk kurasakan. Kalau bukan Wana yang tarik tangan aku, habis tu siapa?

Angin malam itu lain daripada biasa. Bunyinya juga seperti seseorang sedang meniup ke telingaku. Tiupan yang agak menyeramkan. Segera aku memeluk tubuh. Sedang aku cuba untuk menenangkan hati yang takut dan gusar, satu lembaga muncul di depan mata bersama sebilah parang. Senyumannya mengerikan. Aku mengecilkan mata sebelum terlopong luas. Allahuakbar!



Di khemah...




“Tak ada, cikgu! Kami tak jumpa dia langsung!”

“Tandas?”

“Dah check. Kosong!”

“Masa awak pergi dekat situ Humairah langsung tak ada?”

“Ya, cikgu!”

“Khemah?”

“Pun tak ada!”

“Awak tak nampak ke mana pelajar itu pergi, Radzi?” soal Cikgu Samad tegas.

“Saya langsung tak nampak. Ada 6 orang berjaga di sekitar situ dan 5 orang lagi jaga di petak permulaan. Kami memerhati segenap ruang. Pada pukul 10 malam, saya kira pelajar yang ada di situ. Genap! Saya telah memberi tugas pada orang bawahan saya untuk mengawasi pelajar-pelajar. Pada pukul 10.30 malam saya diberitahu bilangan pelajar masih sama. Saya ada bertanya pada orang-orang saya. Mereka kata tiada seorang pun yang bangun. Johan duduk di atas pokok, memerhati keadaan di bawah. Lebih dekat dengan pelajar-pelajar ini. Fikri dan dua orang lagi berjaga di setiap sudut, di bahagian daun-daun yang melebar dan terlindung. Saya jaga di bahagian belakang pelajar-pelajar itu bersama seorang lagi rakan, Fahmi. Mustahil dia pergi ke tandas kerana keadaan sangat gelap dan mereka tiada touchlight.” Jelas Abang Radzi.

“Mana Mai pergi? Aku risau je ni. Walaupun hutan ni nampak je kecil tapi kita tak tahu isinya.” Wana meraup muka. Ya Allah, selamatkanlah kawanku!

Semua keluh-kesah. Humairah hilang! Kecoh di khemah ini. Tiada seorang pun yang bangun sewaktu permainan itu dijalankan. Iman yang duduk di sebelah Humairah juga tidak tahu. Dia sempat terlelap di situ sambil bersila. Tersedar apabila suara Abang Johan menyuruh mereka berdiri dan pulang ke khemah.

“Cikgu! Cikgu!” laungan daripada pelajar-pelajar lelaki yang sedang berlari dipandang kami semua. Hati diterpa rasa hairan. Iman dan D merapatkan jemari mereka sebagai kekuatan. Hati semua yang ada di situ berasa kurang enak. Seperti ada berita buruk. Harapnya anggapan mereka salah.

“Kenapa dengan kamu ni Hakim, Putera, Syafiq? Kenapa berlari-lari ini? Tarik nafas dulu. Tenangkan diri kamu.” tanya Cikgu Asmawi. Bahu pelajar itu dipegang. Mata yang ada yang di situ memfokuskan pada Hakim yang tercungap-cungap.

Hakim menarik nafas. “Farhan, cikgu. Farhan hilang!”

“Farhan hilang?!” semua mulut terbuka lapang. Izuan yang berada disebelah Aizat sedari tadi serasa mahu pitam. Dadanya dihambat rasa curiga dan ketakutan. Ya Allah, apakah yang sedang terjadi ini? Allahuakbar! Wana sudah tidak mampu mengimbangkan badan lalu terjelepok di tanah. Airmatanya kembali merembes. Ujian apakah yang menimpa kami, Ya Allah? Pandangannya semakin lama semakin kabur dan akhirnya gelap.

“Wana!”





“ALLAH...” Dahinya yang berdarah disentuh dengan jari. Sewaktu ke tandas tadi, dia terasa seperti diekori dan diperhatikan. Sesudah berhadas, dia berjalan ke khemah semula. Semasa berjalan, tiba-tiba saja belakang badan dan dahinya dipukul lalu dia tidak sedar diri. Sedar-sedar saja dia berada di bawah pokok. Touchlight dicari. Tiada! Topi yang dipakai turut sama hilang entah tercampak di mana. Dia cuba bangun dengan memegang batang pokok secara perlahan-lahan. Darah likat mengalir tanpa henti. Bersama keperitan dan kesakitan, dia menyusur ikut gerak hati.




“TOLONG!” aku menjerit sekuat hati. Kaki penat berlari terpaksa aku gagahkan jua agar dapat mengelakkan diri dari lembaga itu. Lembaga itu tetap mengekoriku. Langkahnya kian laju. Wajahnya bengis dan senyumannya cukup mengerikan. Berderau darahku. Aku memecut sederas mungkin namun tenagaku tidak sekuat tenaga lelaki. Kakiku terasa lembik dan lemah. Aku keletihan. Terasa semakin jauh ke dalam hutan. Apa-apa pun tiada padaku waktu ini. Hanya hati yang cekal. Allah, selamatkan aku.

Satu rentapan kuat dipergelangan tanganku membuatkan aku hampir terjatuh ke belakang. Lembaga itu! Aku cuba meleraikan pautannya. Kami bergelut. Parangnya aku tendang jauh ke sebelah kiri. Lembaga itu marah. Dia menolakku jatuh lalu menendang perutku. Senak perut aku dibuatnya. Dia memusingkan badan, berjalan ke arah parangnya. Kesempatan ini aku ambil untuk lari darinya. Perut yang sakit tidak membantutkan aku untuk lari daripada lembaga tak guna itu! Aku berlari sejauh yang mungkin. Apabila terasa jauh daripadanya, aku bersandar di bawah sepohon pokok. Dedaun yang lebar dan besar dijadikan sebagai pelindung. Derapan kaki kedengaran membuatkan aku pantas mencangkung perlahan-lahan. Mulut ditekup dengan tangan agar tidak mengeluarkan bunyi. Kelihatan dari celah-celah daun itu, lembaga tersebut mencariku. Mungkin untuk diratah, dibakar dan kemudian dimakan! Kedengaran dengusan kasar yang keluar dari mulutnya. Dia kemudian bergerak meninggalkan kawasan itu. Aku terduduk lemah. Tangan ditekap ke dada. Sesungguhnya aku takut. Jantung berdegup kencang mengalahkan kuda. Perut yang sakit akibat ditendang tadi kutekan perlahan. Allah! Sakitnya... siapakah lembaga itu? Dan kenapa dia seperti hendak membunuh aku? Allah, lindungilah hambaMU ini. Andai ini yang terakhir, ampunkan semua dosaku ya Allah. Kesal timbul dalam diri. Aku tidak sempat memohon ampun pada keluarga terutama mama dan abah. Bagaimana tanggapan mereka nanti? Apakah mereka sempat melihat aku yang masih hidup ataupun jenazah yang sudah siap dikapankan?

Dalam sibuk memikir, satu sentuhan di bahu kiri membuatkan aku bingkas berpusing untuk lari. Tetapi jemari itu cepat saja menangkap jemari kiriku. Cepat aku merungaikan pegangan itu tetapi dipegang kejap olehnya. Jantung berdegup kencang. Allah! Mulutku cepat ditutup dengan tangannya apabila aku hendak menjerit.

“Mai?” suaranya perlahan seperti menahan sakit.

Pergelutan terhenti. Aku mengecilkan mata. Merenung wajah yang sedang berkerut itu. Aku amati lama. Suaranya seperti aku pernah dengar. Seperti aku kenali. Matanya yang sedari tadi berkerut menahan sakit kini memandangku. Pandangan yang sama! Aku cepat tutup mulut supaya tidak menjerit. Takut didengari lembaga tadi.

Farhan!

Cecair jernih bergenang di tubir mata. Terketar-ketar tanganku. Bibir tak terucap. Jantung bagai terhenti. Farhan terdiam lama. Matanya tetap merenungku. Tanpa kata, aku terus merangkul tubuhnya tanpa sempat dia membuka mulut. Sekejap saja baju Farhan basah kerana mutiara jernihku. Farhan terkelu. Kami hanyut dalam dakapan itu.

“Jumpa?” tanya Cikgu Namisah kerisauan apabila melihat Cikgu Samad dan beberapa pelajar yang mengikutinya pulang ke tapak perkhemahan. Gelengan yang diterima membuatkan mereka mengucap panjang.

“Macam mana sekarang? Apa kita nak buat?”

Cikgu Samad merenung isterinya sebelum memandang yang lain. Nafas ditarik. “Kita tunggu sehingga hari esok. Jikalau mereka tak muncul juga, kita akan buat repot polis. Keluarga Humairah dan Farhan perlu dihubungi dengan segera.” Semua bersetuju dengan jawapan itu.




p/s : miss mungkin ambil masa utk siapkan balik mss kpvst... so klu miss xde dlm blog ni faham2 la eh... mood merajuk! touching! :(

14 comments:

  1. Ala...dik rindu la nanti ngan mai n farhan.. Tapi per pun harap miss dpt siapkan dengan cepat next entry...

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak bace bab 45... best!

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Aku pun oi seram sejuk ja aku baca chapter ni

      Delete
    2. Samaa..btw aku dari 2022 HAHAHAHA

      Delete
  4. ni kali kedua tau aq baca KPVST , tp still takut dgn chapter nih 😭

    ReplyDelete
  5. plis aku sorg" ja ni huwaaa

    ReplyDelete
  6. hai saya dri 2017 . 2022 baca balik HAHHAA

    ReplyDelete