Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Friday 2 August 2013

Ketua Pengawas VS Tunang 43

BAB 43

PAGI yang indah dengan kicauan burung. Langit cerah bersama awan biru yang menyejuk mata. Mata aku sudah lebam seperti mata panda akibat terlalu banyak mengeluarkan mutiara jernih. Limited edition tau! Tersangatlah susah nak keluar, tup-tup mengalir deras tanpa amaran. Biarpun aku bakal didenda, tetapi semangat untuk meneruskan aktiviti kem ini masih segar dalam jiwa. Siap kau, memerang! Akan aku perang habis-habisan dengan kau orang berdua! Kalau aku kena cuci baju, kau orang berdua pun kena cuci jugak! Hatiku mendongkol geram. Hutang darah mesti dibayar darah! Wah, ganas bunyinya Mai!

Pagi-pagi lagi kami disuruh bersukan untuk memantapkan stamina dalam badan. Bernanah jugalah telinga mendengar sindiran pedas dari Abang Radzi yang mengetuai acara aerobik tanparela ini. 

“Lembik! Awak semua ni tak makan berapa hari ini? Gaya macam puasa enam bulan direct tanpa ponteng je. Bersemangat sikit bila bersenam. Keluarkan peluh degil dalam tubuh debab, gemuk gedempol awak tu!" aku rasa aku tahu siapa yang Abang Radzi maksudkan. Selang dua pelajar di belakang aku terdapat beberapa pelajar yang agak comel. Jahat tau Abang Radzi ni. Nak tegur pun agak-agak la. Kecik hati Mardiah, salah seorang rakan comel yang aku kenali.

"Badan dah gemuk, tak nak bersukan! Lepas tu happy dapat serangan jantung! Janganlah terlalu lemah dan terlalu mengikutkan nafsu makan saja! Macam mana nak menjayakan misi dalam Kem Bina Semangat kalau awak tak semangat! Dalam kem ini bukan saja kena mantapkan semangat tapi kena tahu cara nak berdiet dengan betul. Jangan gelak bila abang bercakap di depan! Fokus! Laju lagi lari stempat tu!”

Dia kata happy dapat serangan jantung? Dia pernah kena heart attack sampai gumbira, terlompat-lompat macam kanak-kanak Ribena? Dah tu ada tertulis ke dalam borang pengisian menyatakan tentang program diet ni? Cakap lebihlah abang hensem ni. Nasib baik hensem. Kurang sikit perasaan marah tu.

Kami memulakan perjalanan menghala ke titian kanopi tetapi sebelum sampai ke situ, terdapat beberapa halangan berpagar, tak pagar sangatlah. Pagar rumput! Kami dipaksa merangkak di bawah dawai besi. Serius gila! Entah bila abang-abang FRIM ni siapkan dawai untuk kami pun tak tau. Kami bukannya askar mahupun polis hutan. Kami pelajar sekolah tau! Dah tu perempuan lagi. Habis badan diseret tanah lembab! Urgh! Selepas merangkak, kami disuruh berlari dalam tayar hitam entah siapa punya kena kokah sambil berpegangan tangan rakan. Lari selaju yang boleh! Syarat jangan jatuh. Aku mengekek ketawa kerana ada beberapa adegan lucu yang dilakukan rakan sepasukanku. Ada yang terjatuh terduduk dalam tayar, ada yang tertonggeng, ada yang tergelak-gelak tak hingat dunia. Namun selagi tak dapat perfect 100%, abang-abang FRIM ni takkan bagi lepas ke aktiviti lain. Macam-macam! Sesudah melakukan aksi itu dengan bersungguh-sungguh, kami disuruh pergi ke air terjun. Kepala masing-masing sudah memikir tentang mandi-manda! Rupa-rupanya sangkaan kami meleset apabila Abang Radzi menyuruh kami mencari guli di dalam air. Cari guli?! Sebesar-besar benda dalam dunia, guli disuruh kami cari?! Sekecil-kecil benda itu?! Tak masuk akal betullah! Ini kem mendera ke kem bina semangat? Semangat yang dituju tak juga naik tapi semangat membako abang-abang FRIM ni memang naik mendadak sampai tercabut spring thermometer!

“Aku rasa kita takkan menang punya,” gumamku apabila melihat pelajar lelaki sudah menjerit berulang kali mengatakan mereka telah jumpa guli yang dicampak dalam air ini. Dan suara yang menjerit itu amat aku kenali. Suara Khairul, Hakim, Putera, Affendi dan beberapa pelajar lelaki yang lain. Jumlah guli semuanya ada 50 tetapi yang perlu dicari hanyalah 20. Azab tau nak cari 20 biji guli! Ingat senang ke?! Abang-abang FRIM ni siap bentang tikar sambil mencekik cekedis lagi. Gaya duduk santai gila dengan bercermin mata hitam. Auwww! Gerammmm!!!

Aisyah tergelak kecil. “Aja-aja fighting, Mai!” aku mencebik.

Sesudah mendapat jumlah guli yang diidam-idamkan abang FRIM ni, kami disuruh menukar baju. Huh! Patutlah dia suruh bawa baju dan seluar lebih. Ada rancangan ghupa-ghupanya! Ingat disuruh bermandi-manda. Spoil mood je!

Acara seterusnya adalah acara yang ditunggu-tunggu. Titian kanopi! Bagi yang kecut perut, kecut anak tekak and whatever kecutlah sudah berlari ke belakang. Muka tak rela dipamerkan. Aku rasa aku je yang bersemangat nak lalu kat sini! Muka berseri macam baru lepas makan pati buah prun macam dalam iklan tv tu.

“Cikgu, tak ada acara lain ke selain daripada melalui jambatan yang macam nak runtuh ni?” Widad menelan liur. Aiseh, mahu sebulan aku tekujat ataih katil aspuri. Jalan pandang atas, jambatan goyang-goyang. Kalau tengok bawah, gayat. Camno?

“Titian kanopilah yang paling ditunggu-tunggu oleh kami para guru. Kami nak lihat bagaimana awak mengenepikan rasa takut dengan melalui jambatan ini. Awak semua kena berfikiran jauh. Kalaulah ada sesuatu bencana berlaku dan hanya ada satu jalan keluar saja. Jalan itu adalah titian seperti ini. Awak mesti fikir hidup atau mati. Memang benar Tuhan yang mengetahui segala-galanya. Tapi Tuhan memberi kita akal untuk berfikir. Cari ikhtiar. Mahu tak mahu awak kena lalu juga demi menyelamatkan diri. Buang rasa ego, takut semua tu. Jadikan perkhemahan kali ini sebagai titik permulaan berani dalam diri awak. Mana tahu suatu hari nanti ada antara awak semua ni yang jadi askar atau polis. Lagi dahsyat cara training mereka.  Jadi, kuatkan semangat! Bayangkan awak sedang cuba untuk selamatkan girlfriend atau boyfriend awak yang berada di seberang sana. Demi nyawa!” sempat Cikgu Samad berjenaka .

Kami tersengih. Demi kekasih? Kalau menyelamatkan perempuan sesuailah. Macam filem Hindustan. Tapi kalau sebaliknya itu rasa pelik sikit. Perempuan selamatkan lelaki? Perempuan lebih gagah dari lelaki? Lelaki buat apa? Terbaring lemah di seberang sambil melambaikan tangan untuk kali terakhir? -Menangis mendayu-dayu menunggu kekasih tiba? 

Wisel ditiup. Maka bermulalah seksaan untuk kami. Ada yang pejam mata sambil tangan memegang kejap jaring-jaring dan pemegang. Rata-rata pelajar yang sedang berjalan di atas canopy walkway adalah perempuan dan hanya suku-suku je pelajar lelaki by group yang telah diasingkan oleh Abang Johan. Terjerit-jerit mereka menahan rasa gayat dan marah pada student lelaki kerana menggoyangkan titian kanopi itu. Pelajar lelaki pula terbahak-bahak ketawa malah sengaja menggoyangkan lagi jambatan macam nak runtuh tu. Siap lompat-lompat macam beruk matyeh! Meraung kawan-kawan aku dekat atas tu! Kang terbobos pulak papan tu kat situ.

Okay girls, its your turn.” Abang Johan mempersilakan aku lalu dengan membongkokkan sedikit badannya. Wah! Dah macam pengawal istana pula aku tengok Abang Johan ini. Senyuman kuukir sebelum mengucapkan terima kasih. Aku berjalan perlahan-lahan bagi menghayati keindahan alam semulajadi di FRIM Kepong ini. Sungguh lama aku tidak menjejakkan kaki ke sini. Terdapat pelbagai perubahan. Kalau dulu pandangan dilitupi dedaun menghijau. Sekarang tidak lagi. Makin maju. Khayalanku terbantut apabila terdengar suara katak menjerit-jerit minta tolong. Ammy dah terduduk sambil tangan memegang tepi jambatan ini.

“Han, please help me! I takut!” jerit Ammy serasa mahu menangis. Gaya merangkak pun ada juga. Hailah... ini namanya diva? Diva tahi kucing! Penakut! Terasa canopy walkway ini bergoyang kuat membuatkan aku cepat memegang pemegangnya. Huh! Apalagi, terpekik-pekik dia dekat belakang disambut dengan ketawa besar rakan-rakan yang lain.

“Kata diva. Takkan la canopy walkway pun nak takut. Ya tak, Kim?” sindir Khairul yang berada di belakangku. Suaranya sengaja dikuatkan bagi tuan empunya badan dengar.

Hakim angguk. “Betul! Betul! Betul!” lolipop dikulum dalam mulut. Hakim menggoyangkan jambatan itu lagi dengan kuat membuatkan Ammy terhuyung hayang. Aku yang pada mulanya berani kini menjadi takut kerana perbuatan tak bermoral kawan aku! Aku pantas menepuk bahu Hakim dengan kuat.

“Aduh! Sakitlah Mai!”

“Kalau nak goyangkan tu pandang kiri kanan dulu la! Kau tak nampak aku dekat sini ke?” mencerlung mata merenung Hakim. Eee! Kecik besar je aku tengok mamat satu ini. Hakim tergelak besar.

“Takut ke?” usik Hakim. Aku menjeling.

“Aaa...!” Ammy menunduk sambil meraung. Tangannya menggapai apa saja yang dekat dengannya. “Farhan! Tolonggggg! I nak jatuh! I tak nak mati! Hannnn!”

Aku buat muka. Apa cakap pasal mati ni? Hailah minah. Dalam hutan macam ni boleh cakap benda cenggitu. Baru saja aku hendak melangkah setapak ke depan, bau haruman minyak wangi menusuk ke hidung. Badanku tegak berdiri. Nafasku bagai terhenti. Satu susuk tubuh melepasiku lalu memapah Ammy yang seperti terkena sawan itu. Ammy pun dengan mengada memeluk tubuh penyelamatnya membuatkan hatiku mendidih panas.

Genggaman tangan semakin dikepal erat. Sungguh la aku berasap dekat sini. Dengan perasaan geram, marah, cemburu, benci dan apa-apa saja yang sama waktu dengannya, aku berjalan ke depan melepasi mereka. Sengaja aku melanggar bahu Ammy dengan kasar. Mengaduh dia kesakitan. Farhan memerhatikan saja lagakku dengan kening terangkat sebelah.

Tanpa disedari, perbuatanku itu menimbulkan pertanyaan dalam hati Khairul dan Hakim yang juga berada di situ. Khairul dan Hakim memandang dengan tanda soal banyak di kepala. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum menoleh ke arah Farhan dan Ammy yang seperti pasangan kekasih. Berbulu mata menengoknya!

“Perubahan dikenalpasti.” Kata Hakim.



DENDA sudah menanti sejak kami semua pulang ke khemah masing-masing. Suara Cikgu Adibah bak halilintar mengejutkan kami semua. Nama aku dan diva itu diteriak. Tak pernah seumur hidup aku dimalukan sebegini. Aku dan Ammy diarahkan untuk membasuh segala periuk di sungai. Mahu tak mahu terpaksa juga kami terima. Ini adalah satu arahan! Cepat buat, cepat habis! Tak memasal aku jadi famous di kem ini. Huh! Daripada yang tak kenal terus mengenali aku.

Aku menyinsing lengan baju hingga ke siku. Seluar kulipat hingga betis. Kemudian aku mencangkung. Sabut kepala yang berada di sekitar situ aku ambil lalu aku tonyohkan pada periuk bersama air sungai.

Oh man! Cuci pakai tu? Euww! I hate that!” pekik Ammy.

“Dah kau yang cari pasal dengan aku, sekarang terimalah denda ni dengan hati yang terbuka, Cik Ammylea.” Perliku tanpa memandang raut wajahnya yang bertukar menjadi hijau. Adik beradik The Hulk!

“Hey! Siapa yang cari pasal dengan siapa? Kau tu yang curahkan air panas dekat baju aku! Sepatutnya kau seorang je yang kena!” bentak Ammy.

“Siapa yang tarik aku dari arah belakang masa aku berjalan?” soalku mendongak memandangnya serius. Serius aku rasa nak benam muka tak malu minah sorang ni dalam air. Biar menggelupur! Geram!

Ammy terkulat-kulat menjawab. Baru saja hendak buka mulut, suara Cikgu Adibah bergema kembali membuatkan aku dan Ammy terperanjat. Nasib baik tak tercebur dalam sungai ni. Aku mengurut dada. Kerja diteruskan.

“Kenapa tak mulakan lagi, Ammylea? Awak nak tunggu siapa? Kawan awak datang bawa berus periuk? Tak pun tunggu orang gaji buatkan untuk awak? Buat sekarang!” tegas suara Cikgu Adibah sambil mencekak pinggang. Matanya yang sedia bulat dibulatkan lagi agar besar. Bukan big mahupun bigger tetapi biggest!

Ammy menghentakkan kaki di atas tanah tanda geram. Dia perlahan-lahan ke arah batu sederhana besar sebelum meletakkan periuk. Sabut kelapa yang berdekatan diambil. Lalu dengan muka tak rela dia menggosok periuk tersebut.

‘Gosok pun nak kena ayu-ayu? Menyampahnya aku tengok. Heee! Ringan je tangan aku nak lempang muka dia!’ Getus hatiku.

“Cikgu, saya tak nak buat benda ni!” jerit Ammy. Burung yang terbang rendah terkejut dek suara Ammy lantas terbang tinggi semula. Baru bercadang nak berehat sekejap untuk minum air. Gangguan mental!

“Jangan nak banyak bunyi! Siapa suruh kamu berdua bergaduh semalam? Inilah padahnya. Lain kali buatlah lagi, ya? Tapi bagus juga. Tak payah saya dengan cikgu-cikgu lain buat kerja ini. Awak berdua dah pun volunteer.” sindiran Cikgu Adibah menusuk ke kalbu. Cis! Bukan salah saya, cikgu. Salah perempuan macam beruk matyeh ni! Dia punca! Aku membentak dalam hati. Periuk kucuci bersungguh-sungguh. Aku bayangkan muka minah yang perasan diva itu ditonyoh-tonyoh olehku.

“Bukan saya yang mulakan dulu tapi dia!” Ammy menuding jarinya ke arahku.

Aku jongket kening. “Siapa suruh kau tarik aku dari belakang? So, siapa yang mulakan dulu? Dari situ pun kau tak boleh nak fikir siapa salah sebenarnya. Isk! Isk! Isk! Kesian. Ada otak letak dekat lutut. Macam tulah jadinya sekarang. Bengong! Sengal!” balasku tak mahu mengalah.

Ammy tampak berang. Dia menghentakkan periuk itu tanpa sengaja membuatkan suara Cikgu Adibah memetir lagi. Kali ini bukan burung lari, dengan ikan-ikan pun lari!

“Awak nak rosakkan periuk saya ya, Ammylea? Sudah! Basuh lekas! Jangan nak bertengkar! Kalau saya dengar kamu berdua bergaduh lagi, saya gandakan denda kamu. Mengerti?”

Terus Cikgu Adibah berlalu dari situ meninggalkan kucing dan tikus yang menunggu masa untuk bercakaran. Meow!

Ammy menjeling tajam kepadaku membuatkan aku tersenyum sinis. “Makin kau jeling, makin hodoh muka.” Perliku sekali lagi dengan bersahaja. Sebenarnya ingin membalas rasa sakit hati tentang kejadian tadi. Huh!

Ammy berdiri sambil bercekak pinggang. “Kau jangan nak cari pasal dengan aku, Humairah! Kau belum kenal lagi aku siapa!”

Aku buat derk. Tangan kiri mencapai periuk yang ketiga untuk dicuci. Periuk sejak mula datang tak pernah dibasuh! Haiyoo... nasib baik dapat orang rajin macam aku ni. Cun pulak tu! Sempat puji diri sendiri.

“Kenal sangat. Seorang budak perempuan yang datang dari negara Afrika dan bermastautin di sini kerana ingin menggoda anak Melayu yang tulen dan asli. Pure punya!” aku serasa mahu tergelak melihat muka Ammy yang bertukar merah itu. Asap berkepul-kepul keluar macam serombong keretapi. Tetapi wajahnya bertukar kepada senyuman sinis membuatkan aku kehairanan.

“Aku tahu kenapa kau jadi macam ni. Kau cemburu dengan aku, kan? Sebab aku dapat peluk Farhan tadi. Kau langsung tak dapat.” Dia menebak rambut ke belakang.

“Ada aku kisah? Kau nak peluk ke kau nak cium ke terpulang tapi kau lupa satu perkara. Mata-mata yang melihat tak semestinya akan berdiam diri. Aku ada terdengar bebudak sekolah kita mengata tentang kau. Well, kau tahu sajalah kan kalau nama kau disebut. Hanya 1% saja akan membela kau. 99% lagi akan mengutuk kau. Itu perkara normal yang berlaku dalam sekolah kita.” Dengan selamba aku berkata tanpa mempedulikan Ammy yang sudah seperti singa kelaparan. Bila-bila masa saja hendak menerkam mangsa di depan mata. Tapi dia tak tahu mangsa depan mata dia tu ada tali pinggang hitam! Sekali tendang nun sampai ke planet Marikh kau duduk nanti.

“Kau memang nak kena dengan aku!” Ammy mara ke depan. Agak-agak dia sudah mendekatiku, dengan segera aku menyimbah air ke mukanya. Opss bukan muka tapi seluruh tubuh! Haa ni baru mandi!

Ammy telopong. Dia melihat bajunya basah. Seluarnya juga. Dia pegang rambut. Basah kuyup! “Humairahhhhhh!!!!”

Aku ketawa besar. Lidah dijelir padanya.



TUALA dibahu kulapkan pada muka. Mahu beristirehat seketika sebelum masuk waktu asar. Orang kata jangan tidur selepas waktu asar 40 hari berturut-turut, takut nanti jadi gila. Baik tidur selepas waktu zohor. Selamat.

“Man, kalau dah asar kejut aku. Nak tidur kejap.” Ujarku pada Iman yang enak membaca novel sampai tak sedar.

“Humairah!” suara petir itu kedengaran sekali lagi membuatkan aku mengeluh kepenatan. Aku bingkas bangun lalu mencapai tudung putih yang kupakai untuk hari ini. Zip khemah ditarik. Kepala kujengul keluar. Tubuh Cikgu Adibah yang sedang bercekak pinggang ditenung sambil tersengih.

“Kenapa, cikgu?” soalku teragak-agak.


Mata Cikgu Adibah mencerun padaku. Aku menelan seram. “Pergi cari kayu api!” Mulutku terus ternganga. 



“ISK! Macam tak ada benda lain nak disuruh agaknya! Kenapa mesti aku yang kena? Mengada-ada betullah diva babun tu! Sakitlah, peninglah, loyalah! Mengalahkan orang mengandung! Tadi okey je. Dasar talam beratus muka!” bentakku sambil mata melilau mencari kayu untuk dijadikan unggun api. Kayu yang telah dikutip aku longgokkan di bawah sepohon pokok rendang. Badan disandar pada batang pokok tersebut. Fikiran terlayang pada wajah Ammy yang tersenyum gembira apabila dikecualikan dari Ops Cari Kayu. Nak je aku sumbat sport shoes saiz 6 dalam mulut dia!  

Aku mendongak ke langit tatkala terdengar bunyi kicauan burung. Nasib saja hari ini cuaca mendung. Tapi itu tak bermakna hati aku sejuk. Makin panas adalah! Terbakar kut dekat dalam ni.

Baru saja nak duduk aku ternampak beberapa batang kayu di depan mata, di sebelah pokok yang sederhana rendang. Kayunya yang sangat elok dan cantik. Eh eh? Kayu pun ada yang cantik ke Mai? Hentam sajalah labu! Aku bingkas bangun. Ingin menapak ke arah di mana kayu itu berada. Tetapi nasib aku hari ini memang malang. Agaknya sudah takdir. Aku tersepak batu yang boleh tahan besarnya hingga membuatkan aku terjelepok macam nangka busuk. Gedebuk gedebuk bunyi!

Satu pautan dicelah ketiak seperti membantuku bangun. Aku terpinga-pinga namun kubangun jua. Siapalah yang baik hati tolong aku ni? Mahu je aku bagi anugerah dekat dia! Wajah sang penyelamat itu kulihat sebaik saja dia menurunkan tangannya dari celahan ketiakku. 

Alamak!

“Err... terima kasih ya.”

Harez tersenyum seraya menganggukkan kepala. “Tak apa. Itu sudah menjadi tanggungjawab saya untuk bantu kawan yang berada dalam kesusahan walaupun bukan satu team. Anyway, saya Luqman Harez. Awak Humairah, bukan?” Ujar Harez lembut.

Aku angguk seraya tersenyum malu. Hiks! Macam manalah aku boleh tak nampak batu sebesar itu sewaktu berjalan? Tu la. Asyik fikir pasal kayu, pasal diva babun tu, pasal denda, pasal 'abang' pengawas tu buatkan aku terkhayal sambil berjalan. Buat malu je! Mujur ada jejaka bernama Luqman Harez ini yang menolong. Kelakar agaknya aku jatuh tadi. Hee! Malu malu! Tapikan ada kemusykilan di sini. Siapakah lelaki ini? Kenapa aku tak pernah nampak?

“Err... boleh tanya sikit tak?”

Harez mengangguk sambil memasukkan tangan dalam poket seluar trek kelabunya.

“Awak dari kelas mana, eh? Saya tak pernah nampak awak pun sebelum ni.” Aku bertanya dengan teragak-agak. Yalah! Dah berapa hari dekat hutan ini baru aku ternampak budak ini. Aku cuba mengingati wajah pelajar-pelajar yang tersenarai dalam kem ini. Bukan sikit tau! Tapi banyak. Tak tercapai dek akal. Aku bukan kenal sangat mereka yang menyertai kem ini. Tapi mereka kenal pulak dengan aku. Eh! Mestilah kenal selepas saja incident aku dan Ammy, kan? Terus jadi popular tanpa masuk kaca tv. Huh!

Harez tersenyum hingga terukir lesung pipit di pipi kirinya membuatkan aku terpanar. Jantungku tanpa kata terus berdebar sakan tak menentu. Ah sudah! Apasal jantung aku ni? Wahai encik jantung, tolonglah berdenyut hanya untuk si dia saja!

“Saya ada la dekat-dekat sini. Selalu nampak awak dengan kawan-kawan awak. Saya dari kelas Ibnu Sina, kelas Muzik.” Terang Harez lagi.

Aku angguk. Kisahnya... budak muzik? Wahh! Aku memang minat muzik tapi tak tahu macam mana nak main alat-alatnya. Bolehlah minta dia ajarkan. Muehehe... Tapi kan, aku ada kemusykilan sedikit. Berapa banyak daaa kemusykilan kau, Mai? Kenapa selama aku bersekolah di sekolah ini, aku boleh tak perasan budak ala-ala Cina ini? Mata aku rabun ke atau selama ini aku jalan pandang bawah? Sudah berapa bulan berlalu. Bukan aku tidak selalu berjalan ke kelas Ibnu Sina malah sering berulang untuk berjumpa dengan rakan-rakan. Widad, Effa dan beberapa penghuni asrama yang menjadi kenalanku turut sama dari kelas muzik. Pelik ni!

“Saya selalu perhatikan awak. Kadang-kadang saya lalu sebelah awak. Awak ada datang kelas saya tapi awak tak nampak saya. Saya duduk di hujung sekali dan saya pelajar baru. Tapi awak tak perasankan saya sebab saya tak sekacak ketua pengawas sekolah kita, tak semacho kapten hoki kita dan tak sepandai awak dari kelas atas. Saya dari kelas bawah. Tak ada siapa nak pandang. Tapi setelah sekian lama saya lihat air muka awak, jujur saya cakap saya sukakan awak.” Dengan tenang dan lancar pernafasannya, Luqman Harez menyatakan hasrat yang terbuku di dalam hati setelah sekian lama terpendam. Dengan kekuatan yang sedia ada, dia berani meluahkan.

Kenyataan yang terluah dari bibir lelaki membuatkan aku terkedu lantas tubuhku menjadi seperti jelly yang bila-bila masa saja akan jatuh tersembam ke tanah. Mujur ada Luqman Harez yang sempat memaut kedua-dua belah lenganku beralaskan sweater purple. Kakinya menahan kedua belah kakiku seperti agar-agar daripada terjatuh ke tanah.

“Humairah!!”


Satu jeritan yang maha kuat dari arah bertentangan mengejutkan kami berdua membuatkan aku memanggung kepala dan..... shocked!

Alamak! Bala dah mai...



p/s: assalamualaikum, hai semua. apa khabar? miss? alhamdulillah. cuma skg nie ada batuk2 sikit, sakit tekak dan asyik bersin aje. nak selesema kut. hehe.. anyway sorry sebab lama tak masuk sini... ada hal and byk hal nak disettlekan secepat mungkin dan miss pun nak tenangkan fikiran sekejap... so terhentilah dunia blog... okey, bab 43 dah ada. inshaaAllah bab 44 menyusul kemudian.. miss dah siapkan dah selama cuti panjang nie... =) anyway, miss asha tak dpt nak berblogging dkat sini buat masa nie sbb dia ada exam... so selama sebulan dia kena hadap buku... dia kirim salam dkat korang =) jemputlah baca entry nie ya? kalau tak best jgn mrh... =)

5 comments:

  1. Nk lagi... X sabar nak tau kesudahan ni...

    ReplyDelete
  2. nak lagi, nak lagi, nak lagi!!!

    *hentak kaki*

    huhu... rindu dgn mai n farhan... dup dap dup dap je ase ni...
    oh cik penulis... jgn la tambah sy punya debar...
    nangis saya dibuatnye nnty... <3 <3

    ReplyDelete
  3. Luqman nie ke yg bg coklat haritu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe , nnt baca la soulmate forever , baru awk tau sapa bagi Choco 😌

      Delete