Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Thursday 29 August 2013

Ketua Pengawas VS Tunang 45



SATU GERAKAN menyedarkan aku dari lena yang panjang. Aku bingkas bangun dan menjauhkan diri sebaik saja melihat tanganku terletak elok di dada Farhan manakala kepalaku terlentok di bahunya. Farhan pula tidur bersandar di sebatang pokok. Keletihan agaknya. Aku memandang sekeliling. Gelap! Entah jam berapa aku pun tak pasti. Satu perkara yang aku kesali ialah tidak memakai jam tangan dan tiada touchlight! Mata yang perit kugosok perlahan. Tak dapat tidur nyenyak kerana takut lembaga itu datang dan aku sentiasa tersentak ketika mahu melelapkan mata. Dan entah macam mana aku boleh terlelap di bahu Farhan aku pun tak pasti. Hesh! Kalaulah dia perasan mahu pedas berapi mulutnya nanti. Baik aku ambil langkah awal menjauhi segala anggota tubuhku darinya.

Bunyi menggeliat menandakan Farhan terjaga. Aku pusing memandangnya sekilas. Mata yang tadinya besar kukecilkan sedikit. Apa tu? Macam ada air yang mengalir di kepalanya saja. Aku amati dengan mata terbuntang. Jari telunjuk terangkat menghala ke arahnya. Mulut ternganga. Oh my Allah!

Farhan kehairanan. “Kenapa?” keluar juga suara emasnya dan agak seksi didengari.

“Dahi kau berdarah!” jeritku namun cepat aku tutup mulut dengan tangan kanan. Spontan Farhan meraba dahi. Darah yang likat tadi kini menjadi beku. Kesan darah jelas di tapak tangannya.

“Macam mana boleh berdarah?” soalku teragak-agak. Eee seram! Apa yang Farhan buat sampai berdarah ni?

“Kena pukul dengan benda keras.” Jawapannya membuatkan aku ternganga lagi. Kena pukul? Dengan lembaga itukah?

“Kau-kena-pukul-dengan-siapa?”

“Tak tahu. Sedar-sedar je aku terbaring. Dan berdarah.” Kepalanya disentuh sedikit. Kadang-kadang dia mengaduh kesakitan apabila terpegang tempat yang berdarah itu. Aku yang tengok pun sudah gerun. Terkejip-kejip mata tengok Farhan menekan dahinya. Aku mengesat tangan yang berdebu pada seluar. Terasa bonjolan di dalam kocek membuatkan aku pantas menyeluk tangan ke dalam. Sehelai sapu tangan warna ungu cair bercorak bungaan kecil hadiah pemberian Yana aku serahkan pada jejaka di hadapanku ini.

Farhan tersentak. Keningnya diangkat sebelah. Aisey, dalam keadaan macam ni pun sempat lagi dengan kening terjongket sebelah dia tu. Ke tak sanggup nak terima sapu tangan perempuan yang ada bunga-bunga ni? Hello! Aku pun ada citarasa tau dengan bunga-bungaan. Percakapan je nampak gangster tapi hati cute.

“Lap dahi kau tu. Takkan nak biarkan darah macam tu je?” nasihatku diterima baik oleh Farhan. Aku membetulkan duduk memandangnya sesudah Farhan merendahkan ego mengambil tuala bunga-bunga itu. Sesekali angin meniup membuatkan aku menggosok tangan dan berpeluk tubuh. Farhan kulihat sudah selesai mengesat darah yang masih bersisa di dahinya. Mata Farhan terangkat merenungku tajam. Aku menelan liur. Aisey, apa pulak tenung-tenung semacam ni?

“Kau macam mana boleh ada dekat sini?” soalnya padaku.

“Aku tak tahu. It just... susah aku nak terangkan! Complicated! Tak tahu apa yang aku tengok tu betul ke tak! Yang aku tau aku dah jauh tersesat dekat dalam hutan ni. Nasib baik kau jumpa aku. Kalau tak tak taulah macam mana aku sekarang. Entah hidup entahkan tidak.” Nafas dihela. Sejujurnya aku bersyukur kerana masih bernafas dalam dunia ini. Terlalu ngeri apa yang aku lalui sebentar tadi. Entah sampai bila kejadian ini akan berlanjutan aku tak pasti. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.

“Kau kena pukul juga ke?” mata Farhan mengecil merenungku.  Aku menggeleng.

“Dah tu?”

Aku terpaksa menceritakan apa yang berlaku. Dari A sampai Z tiada satu pun yang missed. Bukti tu! Farhan buat pertama kalinya tekun mendengar bicaraku. Dia tak menyampuk walau sepatah ayat pun. Sesekali dia mengangguk.

“Sekarang ni macam mana?” soalku setelah lama berdiam diri. Duduk berdua dengan Farhan menimbulkan perasaan aneh dalam jiwa. Renungannya berbeza dari biasa. Seakan meresap masuk ke sanubari. Dan tanpa kami sedari aku berbual panjang dengannya berlainan dari biasa. Mungkin kerana dia seorang saja yang ada dalam hutan ini bersama denganku membuatkan aku rasa senang dan lega. Dan kerana keadaan masih gelap! Bulan juga tidak kelihatan. Janganlah hujan! Mana kami nak berteduh?

“Kita cuba cari jalan. Tapi sebelum tu aku kena cuci luka dekat dahi ni dulu.” Katanya seraya bangun. Punggung seluarnya ditepuk. Aku juga ingin bangun mengikutinya tapi sakit di perut membuatkan aku terduduk kembali. Perut yang tiba-tiba mencucuk itu kutekan perlahan.

“Kenapa, Mai?” cemas nada suara Farhan.

“Sakit... urgh!” jawabku sambil memejam mata. Rasa sakit yang menjalar tidak dapat kutahan. Kudratku tidaklah sekuat lelaki. Teringat kejadian perutku disepak semalam membuatkan perutku kembali mencucuk-cucuk. Airmata yang mengalir kubiar tanpa diseka. Tekak tiba-tiba mula. Lalu tanpa amaran aku memuntahkan air di tanah.

Farhan terkejut. Segera dia menepuk belakang tubuhku. “Kau okey, Mai?”

Aku menggeleng. Dan aku termuntah lagi di atas tanah itu. Lemah sangat. Tak berdaya nak tahan lagi dah. Farhan tanpa bicara terus saja mengangkat tangan kiriku lalu dilingkarkan pada bahunya. Tangan kanan Farhan menyauk pinggangku. Tubuhku dipapah. Aku mengikut saja ke mana tarikan tangannya. Aku dibawa ke tepi kawasan air terjun setelah beberapa minit berjalan. Mujur telinga Farhan cekap menangkap bunyi kocakan air. Aku didudukkan di atas batu sederhana besar selepas membasuh muka dan tangan sementara Farhan mencuci kepalanya. Opss! Bukan dahi sahaja. Dia mencuci badannya sekali. Tak sejuk ke mandi waktu-waktu macam ni?

‘Hesh mamat ni! Kalau nak mandi tu bagi petanda la dengan aku dulu.’ Gerutu hatiku. Sambil itu aku memandang kiri kanan depan belakang. Takut-takut lembaga tadi ada di belakangku. Memerah muka memandang Farhan yang begitu selamba membuka baju tanpa memandang kiri kanan. Dia asyik menyental tangan dan menyiram air pada badan. Sesekali dia memandang aku yang tidak jauh daripadanya. Badan putihnya kelihatan bersinar pada waktu malam. Tiada cacat cela. Tampak dadanya bidang dan ada la beberapa ketul muscle yang timbul pada lengannya. Tapi dia tetap tak boleh kalahkan The Rock, pojaan hatiku.

Cepat-cepat aku mengalih pandang apabila matanya memandang tepat ke arah sini. Dan seperti tahu-tahu, si dia berjalan menuju ke mari membuatkan jantungku berdebar tak menentu mengalahkan pengantin baru! Kompang bertalu-talu! Dengan tanpa pakaian pada tubuhnya kecuali seluar trek membuatkan aku beberapa kali menelan liur. Seriau!

“Tak nak mandi ke?”

Aku menoleh ke kiri. Farhan sudahpun duduk di sebelahku. T-shirt dilap pada badan kemudian diperah dan disangkut pada dahan pokok yang sudah kering daunnya. Sweater coklat disarung pada badan. Zip dinaikkan sampai atas. Kelakuannya menarik perhatianku. Begitu lama aku merenung segala gerak badannya. Tampak dia lebih fresh dan macho apabila tidak menyikat rambut dan berpakaian seperti biasa. Nampak Farhan cute sangat!

“Aku tau aku handsome. But please jangan tunjuk yang kau tergoda dengan cara aku.” nada riak dan bangga diselitkan dengan sindiran begitu memanaskan wajah aku. Aku memaling muka ke sebelah kemudian mencebik.

“Perasan!” terpacul ayat itu keluar dari bibir mungilku.

Farhan menoleh sambil tersenyum. Ahh cair lagi hati ini. “Tak nak bersihkan badan supaya segar ke?” soalnya lagi.

“Sakit perut la. Susah nak jalan.” Dia angguk mengerti.

Dua minit kemudian...

“Farhan...” panggilku setelah lama mendiamkan diri.

“Hmmm?”

“Berapa lama lagi kita dekat sini?”

“Aku pun tak tahu.” Balasan selamba Farhan menaikkan darah manis aku.

“Kau kan terror? Takkan kau tak boleh cari jalan keluar?” soalku tak puas hati. Selamba je mamat sebelah aku ni. Tak risau langsung yang dia sesat di dalam hutan. Farhan jongket bahu. Aku merengus. Main-main tau budak ni!

“Aku tanya kau satu soalan boleh?” malam yang sungguh bertuah kerana selama ini tidak pernah dia bercakap dengan nada seperti itu. Agaknya ada meteor jatuh ke bumi malam ni kot. Tak pun kerana pukulan tadi telah mencabut salah satu skru di kepalanya.

“Soalan apa?”

“Kenapa kau terima bila keluarga aku datang hantar rombongan meminang kau di kampung?”

Adehh... Soalan cepumas! Tercekik aku mendengarnya. Apa kes memalam buta cakap hal ni? Aku ingat dia nak cakap benda lain. Aku telan liur. Wajah Farhan yang sedang merenungku kukerling sekilas. Debaran bergema di dada. Terus saja aku berasa sangat sejuk seperti dalam peti ais mama. Soalan Farhan kubiar tergantung tanpa jawapan. Biar kau terseksa menunggu! Ha ha!

“I’m waiting...” meleret suaranya menggetarkan sukmaku. Tangan digenggan erat bagai menyalur kekuatan. Seksi pulak dengar suara dia malam ini. Sesak nafas aku dibuatnya. Abang Farhan oi, kenapa malam ini awak berlainan sekali ya? Nafas ditarik panjang. Ya Allah, susahnya nak jawab.

Baru saja nak buka mulut, terdengar derapan kaki memijak ranting kayu. Cepat-cepat aku menutup mulut. Farhan mengisyaratkan agar aku diam. Aku merapatkan kedudukan dengannya. Farhan mengangkat kening. Pandangan ‘takut ke cik adik?’ dihantar padaku. Dan aku membalas ‘later okey! Ada orang lain selain kita dekat sini, cik abang!’ dengan mata terbuntang besar. Farhan tersenyum sinis. Dah sah la tu dia kutuk aku! Cis!

Farhan mengisyaratkan aku bangun dan mengikutnya menyusup masuk ke hutan semula. Bersedia berkhidmat untuk lari! Aku menuruti perintahnya. Hujung sweaternya kupegang sambil mengikuti langkahnya yang laju dan senyap seperti mahu mencuri barang dekat rumah orang! Sebatang pokok yang besar menjadi tempat kami berteduh dan berlindung kerana dedaun disekitar situ besar-besar dan pasti boleh melindungi tubuh kami berdua yang comel-comel, kecik-kecik ni. Badanku kembali menggigil ketakutan seperti pertama kali. Perut yang tadinya okey kembali mencucuk-cucuk semula. Seakan mengerti yang tuannya sedang diancam dan diburu. Farhan disebelah pantas menyuruh aku menunduk tatkala derapan kaki itu kian mendekat dan mendekat. Pinggangku dipaut erat dengannya. Aku mengetap bibir. Dari celahan daun-daun lebar itu, kelihatan kasut but seperti orang pergi berkebun disarung pada kaki lembaga itu. Kasut itu jugalah yang telah hinggap di perutku! Dan apa yang menakutkan aku ialah hujung mata parangnya yang tajam dan berkilat berada hampir dengan kami berdua. Aku tertelan liur. Gigi diketap kuat. Farhan disebelah kupandang. Pandangan mata ‘aku takut’ kuhantar padanya. Pandangan sayu dan jelas kelihatan mata bergenang.

Farhan angguk. Dia tahu kerana dapat dia rasakan badan Humairah menggigil. Badan Humairah dirapatkan lagi padanya. Matanya memerhati kasut but yang masih belum bergerak itu. Satu perlakuan yang cepat dan pantas berlaku depan mata. Darah memancut keluar. Namun Farhan tahan dengan sabar. Dia pejam mata serapatnya. Aku menutup mulut. Tak percaya dengan apa yang aku lihat tadi. Dahi Farhan terkena hujung mata tajam parang lembaga itu apabila lembaga itu melibaskan parangnya ke daun-daun yang menyemakkan mata. Aku menggeleng kepala. Tangisan kutahan dengan menyumbat gumpalan tudung ke dalam mulut.

“Hish!” terdengar rengusan kasar dari lembaga itu. Dia kemudian berjalan meninggalkan kawasan itu dan pergi ke jalan timur.

Aku mengesat air mata di pipi. Kepala ditoleh ke sebelah. Farhan sedang menunduk. Bila dia angkat kepala, darah sudah mengalir hingga keseluruhan wajahnya. Aku menggigit bibir. Tindakan drastik dariku. Tuala di dalam genggaman Farhan kutarik lalu kusapukan pada muka Farhan. Kasihan dia. Baru mandi sudah bau darah kembali. Farhan kena lebih teruk dari aku! Farhan hanya diam dan menuruti perlakuanku.

“Siapa lembaga tadi, Farhan? Kenapa dia buru kita?” aku bertanya selepas lama kami berdiam diri. Lembaga itu juga sudah jauh entah di mana.

“Aku tak tahu, Mai...” lemah suara Farhan menjawab pertanyaanku. Dia tersandar lemah di batang pokok. Kain tadi dilap pada muka. Farhan memegang dengan jari luka itu. Mujur saja tidak mengena mata. Cepat dan tangkas!

“Aku tak kira! Aku nak cari jalan balik! Aku tak nak duduk dekat sini lagi. Aku tak nak bercamping lagi! Aku nak balik!” raungku bagai nak gila.

“Mai, jangan jerit. Nanti dia dengar.” Tegah Farhan perlahan.

“Aku nak balik...” air mata yang tadi terhenti kini bergenang semula dan merembes keluar dengan laju. Lutut kurapat ke dada. Muka disembam ke situ. Aku hambur segala tangisan yang tak terluah dengan kata-kata. Mama... nama itu muncul di benak hati.




(Sewaktu Humairah dan Farhan baru saja didapati hilang di kem)


MASA semakin berubah. Jam dinding dikerling. Cawan dan pinggan yang sudah dibasuh dikeringkan sekejap sebelum dilap menggunakan kain lap yang sudah tersedia. Saat Puan Husna mengambil cawan untuk disimpan dalam kabinet, entah bagaimana cawan itu terlepas dari jemari runcingnya lalu pecah di lantai.

Prangg!

Kelam kabut abah dan Yana ke dapur. Kelihatan mama sedang mengutip kaca-kaca tersebut.

“Ya Allah! Macam mana boleh pecah ni, Husna?” cemas abah. Tangan isterinya yang terluka dan kesan darah jelas kelihatan menambahkan lagi kerisauan dalam hatinya.

“Tadi Na nak simpan cawan ni dalam kabinet. Tiba-tiba je menggelongsor jatuh. Agaknya Na tak lap betul-betul. Licin lagi. Tu yang pecah.” Ujar mama menerangkan keadaan sebenar. Dia tidak memberitahu kepada suaminya bahwa hatinya dilanda sesuatu yang aneh. Hanya menganggap itu salahnya kerana tidak membuat sesuatu kerja dengan teliti.

“Biar Yana tolong mama.” Yana membawa pengaut sampah. Kaca-kaca tadi dikutip lalu diletak ke dalam pengaut itu.

“Meh abang tengok tangan Na tu.” Abah menarik tangan mama. Darah masih menitis. Ubat gamat yang berada di atas kabinet sebelah radio dicapai. Tutup botolnya dibuka. Baru saja hendak menyapu pada jari isterinya yang luka, telefon rumah tiba-tiba berdering. Abah dan mama berpandangan sesama sendiri. Abah meletakkan ubat gamat di atas meja lalu bergerak meninggalkan dapur.

Mama memegang dada. Entah kenapa jantungnya tiba-tiba saja berdegup kencang. Dadanya dihambat sesuatu. Dia mengalih pandang pada Yana yang sedang menyapu lantai. Pandangannya beralih pula pada sang suami yang memunculkan diri di dapur. Wajah abah keruh dan pucat.

“Siapa telefon, bang?” tanya mama lembut. Sambil itu dia mengambil alih tempat suaminya, menyapu sedikit minyak gamat pada jari yang luka tadi.

Abah mengangkat muka. Terketar-ketar bibirnya hendak menjawab. Yana juga menunggu jawapan abah. Agak pelik kelakuan abah hari ini.

“Abang?”

“Cikgu sekolah Mai telefon.” Tertelan air liur dia. Nyata sukar sekali untuk dia menyebut perkataan itu.

Puan Husna kerut dahi. Dia pandang Yana sebelum suaminya. “Kenapa mereka telefon? Ada apa-apa berlaku dekat Mai ke?” soalnya bertubi-tubi. Yana meletakkan pengaut dan penyapu di tepi pintu dapur belakang sebelum merapati kedua-dua orang tuanya.

Abah kelihatan berat sekali mahu menyebut. “Mai... anak kita hilang, Husna!” abah terduduk di atas lantai marmar itu. Mama terlopong besar. Yana tergamam. Achik yang baru tiba di dapur untuk meneguk segelas air sejuk terkedu.




“WAN! Kau nak pergi mana?” jeritan Aizat menggamit perhatian semua yang ada di situ. Hairan dia melihat Izuan berpakaian lengkap bersama touchlight di tangan kirinya. Topi dikepala dibetulkan.

“Aku nak cari Han!” tegas suaranya. Terbuntang biji mata semua yang memandang. Mereka segera merapati Izuan yang bersiap sedia untuk pergi bila-bila masa saja.

“Kita tunggu kat sini aje, Wan. Biar pihak berkuasa yang mencari.” Ujar Syafiq bernada memujuk.

“Aku tak peduli! Aku tetap nak cari Han!”

“Tak payahlah, Wan. Duduk aje la dekat sini dengan kami semua.” Kata Khairul pula.

Izuan menggeleng kepala. Tidak setuju sama sekali dengan ajakan Khairul. “Aku tetap nak cari dia sampai jumpa. Apa nak jadi pun jadilah! Aku tak peduli. Yang penting aku nak cari Farhan dan Humairah! Korang kalau nak duduk sini, berbual kosong, bergelak ketawa, terpulang!”

“Wei, kau gila ke nak cari seorang diri? Dalam hutan yang gelap macam ni? Kita sendiri pun tak tahu dia ada dekat mana. Fikir dulu sebelum buat sesuatu, Wan.” bantah Aizat sekeras-kerasnya. Kalau tadi jantungnya berdegup kencang tatkala mendengar khabar yang Humairah hilang, hatinya cuak. Belum sempat debarannya reda, berita kehilangan Farhan menambahkan lagi degupan kencangnya hinggakan Izuan hampir rebah di sisinya. Kalau dia turut sama tidak bertenaga, sudah lama dia rebah bersama Izuan.

Mencerlung mata Izuan menahan api kemarahan. Sesiapa pun tidak pernah melihat Izuan sedemikian. Kecut perut gadis-gadis yang meminatinya termasuklah Diva Babe. “Habis tu kau nak kita tercongok je dekat sini tanpa berbuat apa-apa?! Kau nak biar je Farhan dengan Humairah sesat dalam hutan tu terus sampai bila-bila?! Kau nak ke kita kehilangan kawan?! Manusia jenis apa kau ni?!” bentak Izuan geram.

Aizat mengangkat tangan. Nampaknya Izuan sudah salah faham maksudnya. “Bukan macam tu maksud aku. Sekarang ni pihak berkuasa suruh kita berkumpul dekat sini ramai-ramai. Biar mereka uruskan. Kita berdoa supaya Farhan dan Humairah dapat dicari dan diselamatkan. Pihak berkuasa tak mahu salah seorang daripada kita pulak yang hilang.” Aizat membetulkan salah faham Izuan.

Kesemua pelajar yang ada di situ terdiam melihat pertelingkahan antara penolong ketua pengawas dan hot student. Sesiapa pun tidak berani menyampuk. Pelajar perempuan menggigil tubuh badan apabila melihat secara langsung perubahan ketara wajah Izuan yang selama ini diam dan suka senyum itu. Pelajar lelaki pula bertindak mendiamkan diri.

Izuan ketawa jengkel. “Cakap aje la yang kau takut nak masuk dalam hutan ni seorang diri, kan? Bukan anak jantanlah namanya, Zat. Dasar penakut!” dia mencemuh Aizat buat pertama kalinya.

Aizat bengang. Kolar baju Izuan ditarik merapatinya. Matanya merenung tajam anak mata Izuan yang tersentak dengan kelakuan tidak disangka-sangka itu. Pandangan berapi Aizat dipandang tajam. Putera, Syafiq, Hakim, Khairul dan Asyraf segera bangun. Pelajar-pelajar yang lain turut sama bangun apabila melihat keadaan semakin genting. Iman, D dan Aisyah yang berada tidak jauh dari kumpulan pelajar lelaki tercengang melihat keadaan itu. Wana di ribaan Aisyah hanya mampu memandang. Sedihnya belum hilang.

“Wei, apa korang ni? Dah lah. Malu orang tengok.” Pujuk Putera. Dia cuba meleraikan bunga-bunga pergaduhan jejaka berdua ini. Aizat menolak kasar tangan Putera yang cuba merungkai cekak tangannya pada kolar baju Izuan dan tanpa sengaja telah menepis topi milik Putera.

“Cakap baik sikit eh, Wan! Aku bukan penakut tapi aku tak nak antara kita pulak yang hilang! Bila-bila je aku boleh masuk dalam hutan dan sesat macam dia oranglah Wan, tapi aku sayangkan persahabatan kita. Aku tak nak ada di antara kawan aku pulak yang hilang! Hilang terus tanpa khabar berita! Kau nak ke macam tu?!” tengking Aizat sekuat hati.

Izuan terdiam. Aizat melepaskan kolar baju Izuan dengan nafas kencang. Bahu Hakim dan Khairul yang berada di belakangnya dilanggar sekuat hati lalu berjalan masuk ke khemah. Dia perlu meredakan kemarahannya. Tiba-tiba dia boleh naik angin padahal selama ini dia selalu bersabar dan berfikir. Segera bibirnya beristighfar. Tangan meraup muka. “Apa aku dah buat Ya Allah?” soal Aizat sendiri.

“Err.. aku pergi tengok Aizat.” Ujar Syafiq. Hakim dan Asyraf membuntutinya. Tinggallah Izuan, Khairul dan Putera di situ bersama seratus lebih pelajar.

“Wan, kami faham kalau kau nak selamatkan Farhan dan Mai tapi boleh tak kalau kau pergi esok pagi? Bila matahari terbit?” cadang Khairul mencuba nasib. Takut-takut kalau muka encem dia pulak yang kena debik.

“Yelah, Wan. Esok je la kau cari dia orang. Kami pun akan cari dua orang tu esok. Kita sama-sama. Sekarang dah pukul 1 pagi dah ni. Apa kata kau berehat dulu. Kau pun tak sihat sangat. Tunggu la esok eh?” Bahu Izuan ditepuk mesra oleh Putera. Izuan memandang kedua orang rakannya bersilih ganti sebelum tersenyum. Dia angguk kepala.

Putera dan Khairul menghela nafas lega. Ucapan alhamdulillah terbit dari bibir. “Jom tengok Aizat.” Ajak Khairul mesra.

“Err nantilah. Aku nak masuk khemah dulu.” Izuan menolak. Selebihnya dia tidak mahu berhadapan dengan Aizat. Dia belum bersedia. Rasa bersalah melilit tangkai hati apabila dia mencemuh Aizat sebegitu sedangkan selama ini dia tidak berkata perkataan yang buruk kepada rakan-rakan.

Mereka menjongket bahu. “Okey nanti kau datanglah khemah kami.” Mereka berdua berlalu meninggalkan Izuan. Sambil melangkah, Putera memegang kepala. Serta merta dia teringat. “Eh? Mana topi aku?” dia berpusing ingin mencari topinya yang terjatuh sewaktu Aizat menolak tubuhnya. Dia menoleh ke belakang ingin mencari. “Eh?!” derapan kakinya terhenti di tanah. Dia kaku.

Langkah Khairul juga terhenti. Dia memandang Putera. “Apehal kau?”

Putera berdecit. Dia merengus kasar sebelum pandang Khairul sinis. “He’s gone!” Mata Khairul terbuntang besar sebelum menggelengkan kepala.

‘Izuan, kau memang tak makan saman!’



“YANA, SARA LEKAS!” jerit abah di bawah. Setelah mendapat berita tentang kehilangan anak mereka, Husna seperti hilang akal. Dia meraung dan menangis sebanyak mungkin. Bibirnya hanya menyebut Humairah. Dari tadi dia menangis dan terus menangis tanpa henti. Opah turut sama berada di rumah itu sementelah diberitahu oleh Syakir mengenai kehilangan cucunda tersayang di tapak perkhemahan. Dikerahkan anak saudaranya, Leman supaya menghantar dia ke rumah anaknya. Kebetulan rumah Leman berdekatan saja dengan rumah Syakir, anaknya. Walaupun sudah jauh malam, akan tetapi dia masih gagah berjaga. Semuanya kerana Fiya, cucunda terchinta!

Yana dan achik berlari turun setelah siap memakai tudung. Ketakutan adalah perkataan paling tepat untuk mereka sekeluarga. Sedari tadi tiada siapa bersuara. Masing-masing menikus. Hanya tangisan bergema dalam rumah ini. Abah menghidupkan enjin kereta lalu kereta Proton Perdana itu meluncur laju membelah jalanraya.




"FARHAN, kita dekat mana ni?" soalku gelisah. Dahlah gelap! Waktu malam memanglah gelapkan? Apa punya ayatlah! Aku mengetuk kepala dengan tangan. Nyamuk yang menghurung ingin menghisap darah kutepuk-tepuk sekuat hati. Hish!

“Hutan.” Jawab Farhan selamba.

Aku mengetap gigi. Eee.. aku tahulah dekat hutan! Masalahnya sekarang ini kita dah sampai mana? Aku gigit juga manusia ni kang! Dahlah tengah lapar ni. Perut pula mencucuk tidak henti. Badan juga semakin lama semakin berbau masam.

‘Tulah! Tadi mamat tu suruh mandi tamau. Jual mahal.’ Kata hatiku yang satu.

‘Alah... kalau dah berpeluh tu busuk balik ler jawabnya. Baju tu tetap masam mengalahkan asam jawa dekat rumah.’ Sebelah hati lagi bersuara.

Aku mendekatkan ketiak ke hidung. Euww! Masamnya. Patutlah mamat tu suruh kau mandi tadi Mai. Agaknya dia dapat bau badan kau yang ‘harum’ sesangat ni!

Farhan sedari tadi hanya senyap tanpa bicara. Dua puluh patah aku tanya, sepatah je dia jawab! Memang hangin satu badan aku.

“Aku rasa kita makin jauh je dengan dia orang.” Kataku sebak. Huwaaa! Mama! Mai sesat! Mai nak balik!! Gerenti lepas ni taubat aku nak ikut pergi perkhemahan lagi. Aku lebih rela tekan tubi dari ikut! Promise!

“Dah tahu lagi mahu tanya ke?” pedas betul ayat yang dilontarkan dari mulut ketua pengawas ini. Tadi okey aje. Bukan main berlembut dengan aku. Sekarang ni bertukar mood pulak! Sewel ke apa? Sedang berjalan, Farhan tersepak sesuatu. Segera dia menunduk. Dedaun yang menutupi benda itu dialihkan. Senyuman mekar di bibir. Touchlight kepunyaannya! Aku yang kehairanan pun turut sama menyibukkan diri menjengah dibalik bahunya.

“Apatu?”

Farhan berpaling. “Touchlight!” lampu suluh itu diangkat.

“Urgh! Ingat apa tadi.” Cebikku. Aku merehatkan badan ke batang pokok. Sambil itu jariku bermain dengan hujung tudung. Pukul berapa agaknya sekarang ni? Ahh! Ruginya aku tak pakai jam tangan! Rengusku tak puas hati.

Farhan turut sama merehatkan diri. Punat touchlight cuba ditekan. Menyala. Dia menekan kembali. Lampu malap. Bagus! Touchlight hidup. Farhan memerhati sekeliling. Seketika  badannya terus tegak. Matanya mengecil memandang kawasan itu. Seperti ternampak sesuatu yang misteri!

“Kenapa wei?” soalku pelik. Kelakuan Farhan mencurigakan. Serta merta badanku gementar tak menentu. Mata aku melilau memandang sekeliling. Air liur sudah bertong-tong aku telan.

Dia tidak menjawab sebaliknya merenung sekeliling dengan pandangan yang tajam. Sebijik seperti perisik! Macam dalam cerita CSI Miami tu. “Nothing.” Balas Farhan bersahaja. Dia kembali bersandar pada pokok setentang denganku. Lampu picit dipusing-pusingkan. Aku mencebik. Entah pape entah dia ni. Saja nak menakutkan aku! Gigit kang baru tau!

“Mai...” tegur dia saat keadaan sunyi sepi. Bunyi unggas saling bersahutan. Berselang seli dengan suara katak dan cengkerik. Kadang-kadang kedengaran suara orang mendayu-dayu di corong telinga. Bulu romaku tegak berdiri. Dan nyamuk pun sibuk nak interframe mengganggu kedaulatan diraja aku!

“Kau tak jawab lagi soalan aku.” Matanya terarah ke sini.

Aku menampar pipi. Hesh nyamuk ni! Aku spray kau dengan Ridsect baru tau. “Soalan apa? Kau ada tanya ke?” aku kerut dahi. Pipi kanan pula kena tampar. Hesh! Ada yang nak kena sembelih nyamuk ni! Bengangku.

“Kenapa kau terima rombongan meminang aku?” haa ambik kau! Direct punya soalan! Soalan yang tadi cuba aku elakkan akhirnya jatuh ke riba aku bedebuk-debuk. Ouh, ayat metafora terlebih!

Aku berdeham menghilangkan gusar di dada. Debaran kian terasa. “Err... aku terima... sebab... aaa... sebab...”

“Aku tak rasa ada antara ahli keluarga kau yang berpenyakit gagap.” perli Farhan tanpa sempat aku menghabiskan ayat.

Cis! Tak agak-agak nak menyembur aku la mamat ni! Aku menyilangkan tangan ke tubuh. “Aku terima sebab keluarga.” Jawapan selamat.

Farhan merenungku pedas. Aku telan liur. Aiyoyo... boleh pengsan aku dengan panahan mata dia! “I don’t think so that is the correct answer. I know that you hidden something from me.” Dia senyum senget. Sinis!

Speaking pulak dah! Aduh, mamat ni macam tahu-tahu je. Ada sixth sense ke? Boleh baca isi hati aku. Wah bahaya! Sama je macam Wana! Main terjah je perasaan aku. “Itulah jawapan sebetulnya, Encik Farhan oi. Tak ada maknanya aku nak sembunyikan apa-apa dari engkau. Tapi kalau aku sembunyikan sekalipun aku peduli apa. Kau tak ada hak nak tahu. None of your business.” kataku selamba.

Farhan mencebik. Eleh, ingat aku nak sangat tahu ke? Aku cuma nak hilangkan bosan je. Dah tak ada modal nak berbual, tiba-tiba saja soalan itu terlintas di kepala. Dia kembali dengan putaran touchlight ditangan.

"Kalau aku mati, kau akan menangis tak?" entah tiba-tiba terpacul soalan itu keluar dari bibirnya.

Aku tersentak. "Apa ni cakap pasal mati? Next topic please!"

Farhan tersenyum sendirian. Aku semakin tidak selesa tatkala mata itu merenungku. Renungan lembut dan mendamaikan. Belum pun reda jantungku ini, pandangan seksi Farhan menambahkan heartbeat aku.

"Saja je cakap." perlahan Farhan bersuara. Keadaan menjadi sunyi semula.

Aku termenung sendirian. Memintal hujung tudung dengan perasaan berbalam. Sudah jauh kami berjalan tapi tak jumpa-jumpa jalan balik. Huwaa! Nak je aku meraung dekat sini tapi aku takut lembaga berkasut but itu tahu di mana kami berada. Sehingga kini aku masih tertanya-tanya siapakah lembaga itu. Kenapa dia seperti memburu kami berdua? Dan kata-kata Farhan masih terngiang-ngiang dibalik tudung yang dipakaiku ini. Apakah maksud ayat dia tadi?

Kriuk kriukkk....

Aku gigit lidah. Erk! Time-time macam ni boleh pulak kau bunyi! Farhan tersenyum dari jauh. Dia menyeluk poket sweater. Sebungkus plastik kecil dikeluarkan. “Mai!” panggilnya. Aku menoleh. Dia membaling benda itu kepadaku. Aku menyambut dengan kerutan penuh di dahi. “Apa ni?”

Farhan jongket bahu. Aku menampar nyamuk di tangan sebelum membuka bungkusan kecil itu. Senyuman menghiasi bibir. Biskut! Aku pandang Farhan yang memejam mata sambil memegang lampu picit itu dengan kejap. Biskut kering itu kugigit sesudah membaca basmalah. Emmm... lazatnya subhanallah! Bila perut dah lapar, makanan yang tak sedap serta merta menjadi sedap. Aku mengangkat muka ingin mengucapkan terima kasih namun kata-kataku termati.

Lembaga itu  sudah berada di belakang pokok yang sedang Farhan sandar. Dia mengangkat tinggi parang tajamnya. Seperti tahu apa yang ingin dia lakukan, cepat aku memekik.

“Farhan! Belakang kau!” jeritanku menyedarkan Farhan. Dia pantas bangkit meluru ke arahku apabila menyedari lembaga itu menghampirinya.

“Bitch!” dengus kasar lembaga itu apabila parangnya mengenai tanah dan bukannya badan Farhan. Kami berdua bingkas berdiri. Aku menyembunyikan diri di belakang tubuh Farhan. Gigil dan gementar kurasakan ketika ini. Tiada tempat lagi untuk kami lari. Di belakangku pula ada tebing curam yang maha tajam. Hesh! Ni yang aku nak report ni. Apesal banyak sangat curam dekat sini? Siapa yang ‘rajin’ sangat mengorek tanah dekat sini?

“Mana kau nak pergi budak? Nak lari lagi? Huh!” lembaga itu bertanya kepada kami. Dia tersenyum seraya menjilat parangnya. Amat mengerikan. Dan menjijikkan!

“Sepatutnya kau dah mampus bila aku hentak kayu dekat dahi kau! Tapi nyawa kau ni memang liat, kan? Tak cukup dengan hentak, aku pukul badan kau. Pun tak jalan juga! Agaknya kau memang ditakdirkan akan mati di parang aku. Hahaha!” lembaga itu ketawa besar.

Aku kecut perut. Semakin kuat genggaman tanganku pada baju Farhan. Gementar aku tak usah cakaplah. Dah macam orang kena penyakit parkinson pun ada jugak! Spontan aku merangkul tangan pada tubuhnya.

“Kau siapa? Apa yang kau mahu dari kami?!” Farhan memberanikan diri bersuara.

Lembaga itu gelak lagi. “Aku nak apa? Aku nak koranglah! Aku nak daging korang! Dah lama aku tak makan daging manusia. Mesti enak... hahaha!”

Daging? Apa dia ingat badan aku ni lembu ke sesuka hati nak makan?! Ini bikin panas! Aku melangkah berdiri di depan Farhan. Entah dari mana semangat itu muncul aku tidak tahu. “Hei orang gila! Kau ingat kami ni apa?! Binatang al-an’am yang boleh kau makan sesuka hati?! Banyak binatang dekat dalam hutan ni apesal kau tak sembelih?! Apesal manusia yang kau nak makan!? Berdosa besar tahu tak?! Kau tak tahu hukum hakam ke apa?!” semburku tanpa melihatkan keadaan itu bertukar menjadi panas.

Farhan dibelakang menepuk dahi. Aduhai... tak kena dengan situasi la sayang oi! Kalau aku buat sesuatu yang tak diduga jangan tanya kenapa. (lebih kepada ehem ehem... hehehe)

Makin kuat ketawa lembaga itu daripada tadi. Kecut perutku kembali. Cepat saja aku melangkah ke belakang tunangku semula. Farhan menggeleng. Apa pun tak boleh! Dah ‘membebel’ dekat ‘orang gila’ ni sesuka hati lepas tu takut menyorok dekat belakang dia. Yang kena settle dia jugak!

“Aku suka perempuan macam kau. Dah lama aku tak ‘merasa’ perempuan. Mungkin sebelum kau mati, kau kena hiburkan aku dulu. Sampai aku puas!” dia kembali serius. Parangnya dipusing-pusingkan. Lagak orang profesional.

Aku gigit lidah. Buku lima dikepal erat. Amboi amboi amboi! Ingat aku pelacur ke apa?!

“Okey. Kau boleh ‘rasa’ dia, tapi...” Farhan menyinsingkan lengan sweater hingga ke siku.

“...kau kena langkah mayat aku dulu.” Ucapnya tegas. Dan dia juga sudah siap pasang kuda-kuda. Ouh, inilah masanya aku boleh lihat dia bersilat! Aku tersenyum. Mai, please jangan gedik. Kau dan dia dalam bahaya sekarang. Pesan hatiku. Senyuman pudar.

Lembaga itu tergelak besar. Macam sawan pun ada juga. Parangnya dihala ke arah Farhan. “Kau nak lawan aku? Belum sempat kau bagi satu tumbukan, nyawa kau melayang dekat parang aku.” Ujarnya bangga diri.

Farhan tersenyum sinis. “Kita tengok. Kalau aku kalah, kau boleh ambil perempuan ni. Kalau kau kalah, jangan sesekali mengganggu kami! Seinci tubuh kau tak boleh dekat dengan kami!” jerkahnya.

Aku tergamam. Ayat Farhan itu seakan machine gun yang bersedia untuk menembak bertalu-talu di telinga. Geram dihati tak dapat dibendung. Sesuka hati mak bapa tiri laki mak dia je nak jual-jual aku dekat lembaga menjijikkan ini! Ingat aku ni barang dagangan ke?! Wah wah! Masa ni bukan saja nak lebamkan biji mata lembaga itu malah aku nak buat lelaki bernama Tengku Amirul Farhan ini jadi bisu terus! Genggaman tangan dikepal erat.

“Mari lawan dengan aku, budak. Kau tak kenal siapa Apit Kochai!”

Farhan tersentak. Berderau darahnya mendengar nama itu. Bukankah itu nama penjenayah yang disyaki polis atas tuduhan membunuh seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dua tahun lepas? Ouh rupa-rupanya dia menyembunyikan diri di sini! Farhan geleng kepala.

“Mari budak...” gamit lembaga itu seperti memanggil kanak-kanak kecil untuk diberi lolipop.

Farhan langkah dua tapak ke depan. Lembaga itu membuka bajunya yang sudah lusuh dan koyak lalu dicampak ke tepi dengan kasar. Aku terlopong. Tatu dibadannya penuh hingga ke pusat. Dan ada kesan parut di bahagian dada kirinya. Astaghfirullahalazim! Mengucap panjang aku.

“Aku rasa aku tak perlukan teman baik aku ni untuk berlawan dengan budak macam kau. Budak mentah! Tak macho la kalau aku gunakan senjata sedangkan kau tak guna apa-apa. So, here you are.” Parang pusakanya dicampakkan di tanah. Belum apa-apa Apit Kochai mengambil kesempatan pukul curi terhadap Farhan yang berpaling memandang aku di belakang. Tetapi Farhan cekap menangkap buku lima Apit. Dia memusingkan tangan Apit ke bawah. Lutut Apit ditendang kuat membuatkan lelaki itu jatuh terduduk kesakitan.

“Jangan cuba-cuba bermain api, kelak memakan diri.” Ujar Farhan senada.

Apit bangkit semula. Dia menggeliat membetulkan otot-otot yang kejang akibat tendangan Farhan. Dia memusingkan badan sebelum menghulurkan kaki untuk menendang tetapi pantas Farhan elak. Sipi saja mukanya akan terkena dengan kasut but penjenayah itu. Kaki Apit dipegang sebelum dihentak dengan tangannya sekuat hati. Apit terduduk sekali lagi ke tanah. “Bitch!” Apit merengus kasar. Dia menyeret kakinya ke kaki Farhan. Farhan terlentang di tanah. Kesempatan ini diambil Apit. Dia menerkam Farhan. Penumbuk hinggap di muka tunang kesayanganku itu. Darah meleleh keluar dari celah mulutnya.

“Farhan!” jeritku ketakutan.

"Haha! Kau tak kenal siapa aku lagi! Satu manusia pun takkan terlepas dari aku apatah lagu budak mentah macam kau ni!" pipi kiri Farhan pula ditumbuk. Makin bertambah darah yang mengalir di celahan bibirnya. Aku mengetap bibir. Ya Allah, selamatkan Farhan!

Farhan bingkas menendang Apit. Dia kemudian duduk di atas badan Apit sebelum melayangkan penumbuk ‘balas dendam’ kepada Apit Kochai, penjenayah yang disyaki. Tak cukup dengan muka, perut Apit pula ditumbuk Farhan berulang kali hingakan Apit terdampar lemah. Tendangan terakhir daripada Farhan dilayangkan ke 'senjata' lelaki itu.

"Arghh!" Apit mengaduh kesakitan yang teramat.

‘Apalah punya gangster! Kena tumbuk dengan remaja lelaki macam Farhan pun boleh lemah? Ni bukan gangster tapi hamster!’ sempat aku mengutuk Apit Kochai. Tapi aku bersyukur alhamdulillah yang Farhan masih lagi bernyawa. Hampir putus nafas aku melihat dia berdarah begitu. Hari ini memang hari berdarah. Dahi Farhan yang luka masih belum sembuh kini ditambah dengan penumbuk dari penjenayah namun Farhan masih gagah berdiri. Syukur padamu Ya Allah.

Farhan mengesat darah yang mengalir dari bibirnya dengan tangan seraya berdiri. “Jangan berani ganggu kami lagi!” ugut Farhan bernada marah. Dia berpaling lalu melangkah ke arahku. Aku mengeluh lega melihat Farhan masih berkeadaan baik. Baru tiga langkah Farhan berjalan, Apit berdiri dengan tangan memegang parangnya di belakang. Matanya pedas berapi memandang lenggok tubuh Farhan. Mataku terbuntang besar. Mulut terbuka luas.

Dan Apit sudah bersedia untuk membaling parang itu ke arah sini yakni ke tubuh Farhan yang masih tidak sedar kerana fokusnya hanya pada aku.

“Farhannnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!”





“HAN! HAN!”

Merata dia mencari Farhan akan tetapi masih juga belum ketemu. Sudah sejam dia menyusup masuk dalam hutan ini. Tapi satu petunjuk pun tiada ditemui. Entah di mana pasangan itu berada. Izuan terduduk keletihan sambil bersandar di sebatang pokok. Lampu picitnya dihala sekeliling. Mana tahu jikalau terjumpa dengan Farhan mahupun Humairah. Keluhan kasar dilepaskan.

“Mana kau, Han?!” marah Izuan bercampur sedih. Hatinya digaru rasa bersalah. Kalaulah dia temankan Farhan ke tandas, tak mungkin perkara sebegini akan terjadi. Tak mungkin Farhan hilang! Semuanya salah dia! Semuanya berpunca dari dia! Rumput ditarik kasar berulang kali. Kaki menghentak ke tanah seperti anak-anak kecil tidak dapat apa yang dihajati. Apa yang dia nak cakap dengan Aunty Nani kalau Farhan tak dijumpai? Bagaimana dia hendak menghadapi kenyataan itu kelak? Bagaimana hidupnya pada masa akan datang jikalau satu-satunya sepupu kesayangan dia tiada disisi? Selama ini Farhanlah yang paling banyak membantu dia tak kira masa. Semua orang pasti perasan yang Izuan selalu bantu Farhan jikalau apa-apa berlaku akan tetapi sebenarnya Farhanlah yang paling banyak membantu Izuan dalam segala hal. Kerna itulah Farhan satu-satunya abang, sepupu dan teman yang paling dia sayang.

“Han, kau dah janji dengan aku yang kau nak sambung study  dengan aku! Jangan buat aku macam ni Han...” air mata lelakinya menitis ke tanah. Wan, kau kena kuat! Kau kena cari mereka berdua sampai jumpa! InshaaAllah berkat usaha pasti berjumpa! Itu yang ditanamkan dalam hatinya.

Izuan bangkit sambil mengesat airmatanya. Baru saja dia hendak melangkah ke barat, terdengar sahutan dan jeritan tenggelam timbul. Langkahnya mati. Melilau mata Izuan mencari dari mana datangnya bunyi itu. Atau itu hanya mainan jiwa.

“Farhan!”


Suara itu... suara Humairah! Mencerlung matanya. Izuan amati betul-betul. Dia menajamkan telinga. Dadanya berdebar kencang. Sekali lagi suara itu berbunyi. Dan Izuan terus berlari laju ke arah timur.


p/s : assalamualaikum :) hai... ni dia entry trbaru.. sorry ya coz miss masukkan lewat... nk edit dia punyalah lama.. pheww! hope enjoy... ada antara teaser yg ada kt dlm blog ni miss ubah 'banyak' disebabkan cite kalini BERBEZA dgn yg DULU(ex-entry yg terdelete dgn lappy mengong ni!)  hope enjoy ya :) klu xbest mrh lappy, jgn mrh miss ekeke

10 comments:

  1. Menarik....best best best... Nk lg dik. Cepat sikit tau add n3 baru. X sabar nk tau yg smbgn ni.

    ReplyDelete
  2. bestbest . miss add new n3 cepatcepat taw . hee

    ReplyDelete
  3. intresting....cpat sambung...xckup nafs dah nie...xcited sudah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedut oksigen bebanyak klu takcukup nafas.. haha inshaaAllah sis ^_^

      Delete
  4. ehh... Farhan kena parang??? klu nak Mai yg kena psl nak selamatkan Farhan bleh tak? hehe... saje nak tengok Farhan panic camne. asik nak maintain cool je si Farhan tu. Nak gak tau camne Farhan menggelabah risaukan Mai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tggu smbgn ea... hehehe thanks 4 reading sis ^_^

      Delete