Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Saturday 27 April 2013

Ketua Pengawas VS Tunang 41


BAB41

“PAGI ini kita akan mulakan jungle tracking. Tapi sebelum itu kita akan memanaskan badan dulu supaya otot-otot awak semua ini tak tegang masa berjalan dalam hutan. Izuan, Farhan, Khairul dan Aizat sila tampil ke depan.”

Dengan sorakan yang kuat dari pelajar-pelajar, mereka berempat tampil ke depan dengan penuh gaya dan personaliti. Semua macho-macho dan stylo!

Selepas saja kami buat warming up, cikgu-cikgu menyuruh kami berkumpul mengikut kumpulan masing-masing seperti semalam. Aku dan Aisyah sudah berdiri dalam kumpulan kami yang diketuai Farhan kerana majoriti semua menyokong penuh dia menjadi ketua. Izuan menjadi penolong. Dalam pada masa yang sama, Ammy dan Adryana menjeling tajam anak mataku yang kebetulan terpandang mereka. Serta merta cabaran semalam terpahat di ingatan.

“Baiklah. Kamu semua mesti ikut pada peta yang cikgu dah bagi ni ya? Peta ini ada pada setiap penolong ketua kumpulan kamu semua. Setiap tempat yang kamu dah lalu, kamu mesti pangkah dengan tanda X. Itu bermaksud awak telah habiskan check point pertama dan seterusnya. Faham semua?” lantang Cikgu Samad bersuara.

“Faham, cikgu!” kami serentak menjerit. 120 orang jerit, memang kuatlah kan? Itu pun dikira sedikit kalau tak campur dengan the real form five sebanyak 600 lebih pelajar.

Segala keperluan dibawa setiap seorang. Mana tahu ada emergency case ke kan? Biskut-biskut dan air mineral sudah selamat dalam beg sport milikku. Tak ketinggalan juga mp3 dan earphone. Tempat melepaskan tekanan!

“Aku terasa macam kita masuk Amazing Race je.” Ujar Aisyah sewaktu kami sedang berkemas di khemah.

Aku tergelak kecil. “Baru feel, Syah. Lagipun kalau datang hutan tak buat aktiviti macam ni tak seronoklah. Dah nama pun Kem Bina Semangat, kan? Mesti yang mencabar buat kita semua.”

Aisyah angguk. Teriakan Hakim membuatkan kami menoleh. Lambaiannya sudah cukup kami fahami. Aktiviti dah nak mula. Cepat-cepat aku dan Aisyah memasuki barisan di belakang Hakim dan Khairul. Entah kenapa perutku tiba-tiba saja buat hal. Rasa sakit yang mencengkam sama seperti aku datang bulan. Aku mencongak.

‘Dua minggu lepas dah datang. Takkan ni tanda-tanda nak datang lagi? Isk! Mungkin sakit sebab tak sarap macam selalu agaknya. Yalah, tadi aku makan biskut je.’ Getus hatiku.

“Okey, semua dah ada? Kita akan mulakan jungle tracking tapi sebelum tu kita tukar kedudukan. Lelaki dalam 3-4 orang sebagai penjaga dekat belakang.” Pinta Izuan.

Khairul dan Hakim membantu menyusun pelajar-pelajar seperti yang diperkatakan Izuan. Beg aku ditarik Hakim agar beratur di depan dua orang pelajar perempuan yang tak dikenali rapat tapi kenal muka aje la memandangkan pernah nampak dekat sekolah.

“Nak tarik tu kasi salam dululah! Rosak beg aku!” rungutku. Hakim sengih.

Sorry, Mai. Nak cepatlah.” Aku mencebik. Aisyah tersenyum-senyum di sebelah. Sesudah siap barisan dengan pelajar lelaki menjadi penanda dan penghujung, kami memulakan aktiviti ini. Kami kumpulan pertama yang berjalan meredah hutan. Dengan peta yang diberikan Cikgu Namisah, kami sudah berjaya melepasi check point pertama. Anak panah berwarna hijau yang dipacakkan pada tanah dicabut oleh Farhan.

“Tanda X.” Suruh Farhan. Izuan angguk. Marker merah dikeluarkan lalu menanda pada peta itu.

“Farhan, I penatlah. Rehat dulu boleh tak?” Ammy merengek di belakang saat kami baru saja hendak melangkah ke depan.

Farhan merenung Izuan sebelum mengangguk. “Rehat 10 minit.” Katanya. Semua sudah terduduk di rumput menghijau. Peluh yang menitis di dahi dikesat dengan hujung tudung. Aisyah menyuakan air mineral padaku. Aku tersenyum lalu mengambilnya. Baru saja meneguk kali pertama, perutku kembali sakit seperti tadi. Spontan tangan kiri menekan perut beralaskan cardigan kelabu.

“Kenapa Mai?” soal Aisyah tatkala dahiku berkerut. “Sakit perut?” tekanya lagi. Aku angguk.

“Kenapa tak cakap? Bawa minyak tak?” soalnya cemas. Aku menggeleng sambil tersenyum tawar.

“Sikit je ni. Biasanya makan sedap tapi pagi tadi makan biskut. Tu yang perut terperanjat agaknya.” Aku cuba bergurau. Aisyah tergelak.

Stand up, guys! Kita nak teruskan perjalanan!” arah Izuan dengan suara tegas. Kami berdiri semula. Perjalanan dimulakan kembali. Entah macam mana aku terperasan Ammy dan Adryana sudah berada di barisan paling hadapan. Eh? Tadi bukan dia orang di belakang ke? Hmm, saja nak menggedik+menggatal! Benci! Aku ketap bibir. Eh? Kenapa kau nak cemburu Mai? Hatiku tersentap seketika.

Langkah kami terhenti tatkala terlihat akan satu anak sungai yang mengalir di sebelah sana tetapi pandanganku tertancap pada jalan yang bakal kami tempuhi. Mak aih, cerun tu! Tertelan air liur dibuatnya. Aku berfikir sejenak. 

Guys, listen. Kita semua akan melintasi anak sungai di bawah sana tu tetapi kita kena lalu cerun ini dulu. Hati-hati sebab tanah lembik. Ada dua orang akan bantu korang di bawah kalau apa-apa terjadi.” Kata Izuan sambil kerling Farhan yang sudah bersedia di sisinya. Fahamlah mereka bahwa ketua pengawas sekolah itu yang akan menjadi ‘penyelamat’ jika berlaku apa-apa dibawah.

Farhan sudah turun ke bawah dengan selamba tanpa jatuh mahupun tergelincir. Gaya dia turun juga menarik. Macam main ice-skatting!  Alah, dia lelaki tak apa! Habis kami yang perempuan ni takkan nak turun gaya macam tu? Dahlah cerun, kalau jatuh confirm ‘cantik’ baju dan seluar nanti! Aiseh, kerja gila! Izuan dan Hakim menjaga di atas manakala Farhan dan Khairul menunggu di bawah.

Seorang demi seorang turun ke bawah dengan berbekalkan semangat gigih. Perasaan takut tu jangan cakaplah! Memang menyelubungi jiwa beb! Bila sampai turn pelajar lelaki depan kami, dengan selamba dia menggelongsor turun ke bawah sambil menjerit gembira. Seakan tidak peduli pada pakaiannya yang sudah bercapuk dengan tanah merah. Tercengang kami semua.

“Selambanya!” terpacul ayat itu dari bibirku.

Izuan menoleh lalu tersenyum padaku. “Ready, Mai?” tanya dia. Aku angguk. Aisyah di sebelah juga angguk. Tapi gementar tu memang ada la! Kami mencantumkan jemari. Erat! Gaya macam nak berpisah je. Hehe.

Good luck, girls. Jangan risau. Semua akan okey. InshaaAllah.” Hakim memberi kata-kata semangat.

Aku angguk lalu membuat lambang okey dengan jari sambil tersengih comel.

“Pegang kayu tepi ni. Turun perlahan-lahan.” Pesan Izuan. Dengan bismillah, aku perlahan-lahan bergerak ke batang pokok yang berdekatan sebagai tempat untuk aku bertahan sebelum turun ke bawah. Adakalanya aku hampir tergelincir namun pantas aku memeluk batang pokok yang berdekatan. Farhan dan Khairul memerhati dari bawah. Bersiap siaga jika berlaku sebarang kecederaan. Dan kalau boleh aku nak Farhan yang selamatkan aku kalau apa-apa berlaku. Aku terjatuh dan Farhan menangkap lalu kami berpelukan. Happy endingMuehehe.

Dengan kepayahan akhirnya aku berjaya turun dengan selamat. Farhan merenungku namun aku tidak membalas pandangannya lalu kukalih wajah Khairul yang tersenyum sambil menaikkan thumbs up. Aku masih ingat amaran Ammy supaya jangan dekati Farhan. Biar Ammy tahu aku pantang dicabar. Biar Farhan yang terhegeh-hegeh dekat aku! Muahaha!

“Cayalah, Mai! Ini baru betul minah brutal!” sempat Khairul memerliku. Aku mengetuk kepalanya. Mengaduh dia! Padan muka! Berani kata aku brutal? Aku brutal luaran, dalaman comel tau! Cute sangat! Muehehe.

Selepas aku, giliran Aisyah pula dan dia turun dengan selamatnya cuma sewaktu hendak turun itu, kakinya tergelincir sedikit membuatkan langkahnya tidak teratur dan hilang keseimbangan badan. Mujur ada Khairul sempat menyambut dengan memegang lengan baju Aisyah memandangkan kawanku itu jatuh ke arah di mana Khairul berdiri iaitu di sebelah kanan Aisyah.

“Okey, Syah?” tanyaku. Aisyah tersenyum seraya angguk kepala. “Okey!” dia buat lambang okey dengan jari. Tudung sarongnya dibetul sedikit.

“Yang dah sudah boleh menyeberang anak sungai. Hat-hati kalau pijak batu. Licin.” Arah Farhan sambil menarah matanya padaku yang kebetulan melihatnya. Matanya seakan berkata bahwa dia sentiasa memerhatikanku. Wah!!! Rasa nak terbang di awangan sambil mengibarkan rambut. Streettt!!! Radio rosak. Hilang angan-angan!

Baru saja kaki hendak menyentuh air, terdengar satu jeritan membuatkan kami yang berada di bawah berpaling.

“Farhan, tolong I!!!”

Kami mendongak ke atas lalu terlopong. Ammy sudah berguling-guling di cerun itu sambil menjerit. Ingat main gelongsor dekat Sunway Lagoon ke? Habis baju, seluar dan wajahnya berceloreng dengan tanah lembab. Rambut hitamnya juga sudah bercorak cantik dengan tompokan tanah dan daun-daun yang terkait bersama ranting-ranting kayu. Sebijik macam orang asli! Orang asli pun lagi lawa daripada dia! Make-up baik punya.

Aku ternganga manakala Aisyah menekup mulut dengan tangan kanan. Kedengaran gelak tawa dari rakan-rakan sekumpulan yang berada di belakang kami. Khairul menghamburkan gelak sekuat hati sambil menekan perut. Farhan menunduk menyembunyikan ketawa disebalik topi yang dipakai akan tetapi dia tetap menyambut Ammy memandangkan Ammy sudah tergolek seperti bola di kakinya sambil mengaduh kesakitan. Pasti tubuh badannya sakit dan lebam-lebam. 

“Mama... sakit...” rengek Ammy seperti anak kecil. Dia pantas menilik tubuh badan. Hampir pengsan bila mendapati tangannya luka. Mahu meraung aja dirinya saat itu. Dia mahu pulang!

 “Darah? Mama, Ammy nak balik!” Ammy menghentakkan kaki. Khairul cuba merapatinya namun Ammy melarang menyentuhnya lalu mengherdik Khairul. Dia memandang Farhan meminta simpati. Tangannya yang luka dipandang dengan rasa tak percaya.

Farhan mendekati gadis itu lalu memegang lengan Ammy yang berlapik sweater pink. Dia menarik Ammt bangun lalu memapah ke satu batu yang agak besar berdekatan tempat mereka berdiri. Ammy yang tidak berupaya untuk berjalan, memeluk tubuh Farhan dan jalan terhincut-hincut sedikit menuju ke arah batu besar itu. Berderau darah Farhan bila terasa tangan Ammy melingkar di lehernya. Nasib baik tak terpelecok! Farhan menilik ke bawah dan dia faham. Farhan mendudukkan Ammy. Beg yang dipakai diletakkan di tepi lalu mencari ubat. Cecair kuning dikeluarkan lalu ditekap pada kapas. Telapak tangan Ammy yang berdarah itu ditekap dengan tisu basah dahulu dan perlahan-lahan dia merawat luka Ammy menggunakan kapas yang bercampur ubat itu.

“Sakit, Han.” Adu Ammy sambil mencemik. Serius dia tak menduga dia akan jatuh tergolek macam tu. Ingat nak buat aksi yang biasa-biasa aja. Akan tetapi malang tak berbau. Dia tergolek jatuh seperti bola sepak di kaki Farhan. Jatuh depan kekasih hati?! Serius dia malu tahap gaban! Tambahan lagi rakan-rakan sekumpulan mentertawakan dirinya. Adryana, ahli Diva Babe juga tidak melepaskan peluang untuk menggelakkan dirinya. Sangat kurang ajar! Tahulah dia nak mengajar nanti.

“Tahanlah sikit. Macam mana nak baik kalau tak dirawat luka ni. Buka kasut!” arah Farhan. Ammy menunduk ingin menanggalkan kasut sport Nike pinknya. Dalam pada itu, dia mendapat satu akal. Ammy tersenyum sinis.

“Sakitlah, Han. Ammy tak boleh nak buka.” Ujar Ammy sedih. Farhan mengeluh sebelum menyambung tugasan terbengkalai gadis itu. Kasut sport di buka. Ternampak kesan darah pada stoking pink cair Ammylea buatkan dia segera mencapai kapas putih dan cecair kuning sebelum menekap pada kaki Ammy yang sudah ditanggalkan stokingnya. Ammy pura-pura sakit sangat padahal ingin mengambil kesempatan. Dia meletakkan tangan di bahu Farhan. Farhan hanya mampu membiarkan saja. Niat dia membantu rakan sepasukan. Tidak mahu dilabel sebagai sombong dan pilih kasih.

Tanpa disedari kelakuan mereka menimbulkan satu rasa menjerut dalam hati seseorang. Biarpun mereka tidak rapat, akan tetapi dia dapat merasainya. Rasa pedih dan kecewa. Rasa hatinya digores lumat.

Sesudah semua ahli turun, kami semua merentasi anak sungai ini. Masa rehat diberikan kerana muka semua sudah kepenatan. Baru berapa check point je! Aku ambil tempat agak jauh dari mereka semua kerana tidak mahu mereka sedar aku sedang kesakitan. Biar aku sendiri, bawa hati yang duka ini. Jauh dari manusia. Cewahhh!

Satu derapan kaki buat aku dongak kepala. Izuan tersenyum kacak. Aku membalasnya sambil garu kening. Tanpa pertanyaan, dia duduk disebelahku. Sebungkus roti coklat disuakan padaku bersama satu air kotak Dutch Lady.

“Tak apalah. Mai dah ada spare sendiri.” Ujarku menolak hulurannya.

Nope. Mai kena makan nanti perut sakit lagi.”

Aku terpanar. Pantas aku menoleh ke arahnya. Izuan tersenyum lalu angguk.

“Eju nampak Mai asyik pegang perut sejak dari mula kita buat game ni. Baik makan. Nanti masuk angin.” Izuan seperti dapat membaca apa yang aku alami. Dia menghulurkan roti itu dekat denganku. Tanpa berkata apa-apa, aku terus mengambilnya sesudah mengucap thank you. Izuan tersenyum. Suasana menjadi sepi.

“Mai, jadi seorang ketua bukan senang tau. Dia kena bantu semua orang. Bukan seorang saja.” Tiba-tiba Izuan bersuara membuatkan aku yang sedang mencekik roti itu menoleh sekali lagi. Entah kenapa hati rasa berdebar semacam. Adakah...?

“Han kena jaga semua anak buah di bawah seliaannya. Kalau ada yang tercedera, dia kena tolong. Mai jangan ambil hati eh?” Izuan menoleh padaku.

Aku kelu lidah. Macam mana Izuan tahu? Dia perasankah apa yang berlaku tadi? Setahu aku hanya Khairul dan Aisyah saja yang nampak perubahan pada wajahku memandangkan mereka saja yang tahu hal sebenar itu. Itu pun tanpa aku sedari aku telah menonjolkan riak tak puas hati bila Ammy cuba mengambil kesempatan pada Farhan bila ternampak akan kehadiranku di situ. Lagi bertambah kegedikan dia dan sengaja mendekatkan diri serta mengaduh kesakitan padahal luka sikit aje pun!

“Wan!” teriak Khairul dari sebelah sana. Izuan bangun sambil mengibas punggung seluarnya yang kotor. “Jangan lupa makan, Mai.” Pesannya lagi sebelum meninggalkan aku yang terkebil-kebil.

Baru saja nak menyuap roti ke dalam mulut, satu suara menegur. “Huh, nasib baik Farhan tolong I kan, Ad? Dia pegang tangan I. Dia tolong letakkan ubat pada tangan dan kaki I. Lepas tu dia tenung I. Emm, I rasa macam nak peluk je dia tadi tau? Mujur je ada manusia lain dekat situ. Kalau tak, dah lama I kiss Farhan tau?” Ammy bercerita pada Adryana dengan suara yang kuat. Sengaja kuatkan suara sebab ternampak si perampas itu berdekatan dengan mereka.

Aku bangkit ingin pergi ke tempat Hakim yang sedang melepak dengan Aisyah dan Khairul namun langkahku ditahan bila beg sportku ditarik kuat oleh Adryana.

“Apesal kau bangun? Sakit hati?” ejek Ammy.

Aku buat bodoh. Tangan Adryana yang masih memegang beg kutepis kasar buatkan gadis itu mengaduh kesakitan. “Tangan kotor kau tu tak berhak pegang beg aku. Bertambah kotor.” Aku buat gaya buang debu hama pada beg.

Ammy ketap bibir. Adryana pamer muka geram. Ammy yang baru buka mulut terdiam sebelum menjerit. Tiba-tiba saja dia buat-buat sakit dan meraung buat aku tergamam.

“Apahal ni?” muncul satu suara buat bulu romaku tegak berdiri.

“Farhan... tengok dia ni.” Ammy memuncung mulut padaku yang masih terpinga-pinga. Drama apakah ini?

“Dia tolak I! Dia kata I menggedik dengan you padahal I memang tengah sakit. Dia kata I sengaja jatuhkan diri dekat cerun tadi. You gila ke? Buat apa I nak sakitkan diri sendiri semata-mata?” Ammy mula buat drama bikin aku terpanar habis. Sanggup dia menipu?! Kurang ajar punya perempuan!! Bila masa aku cakap macam tu?! Patutlah muka dia berubah sama sekali tadi! Rupa-rupanya dia dah rancang bila nampak airmuka Farhan memandang ke sini. Aku mengepal tangan erat. Tak guna!

“Humairah?” Farhan tenung aku bagai nak telan. Aku pantas menggeleng. “Aku tak cakap apa-apa pun!” aku cuba meyakinkan dia.

Ammy pantas bertindak. “Dia tipu! Dia cakap tadi! Tak percaya tanya Ad. Ad nampak segalanya!” Adryana pantas angguk kepala bersungguh-sungguh. Membantu menjayakan misi mengenakan Humairah.

Aku ternganga. Kejamnya mereka menuduh aku! Aku memandang Farhan. “Sumpah aku tak cakap apa-apa pun, Farhan! Dia orang tipu! Dia tuduh aku!” bersungguh aku meyakinkan Farhan yang tampak seperti curiga denganku.

“Dia tipu!” Ammy masih dengan lakonannya. Air mata yang mengalir di pipi dikesat. Jelas sekali senyuman yang terpancar di bibir Adryana.

“Dah dia memang sakit, yang kau tak puas hati kenapa, Humairah?” Farhan tanpa amaran telah menyerangku dengan soalan yang menyesakkan dada. Aku terpanar.

She’s injured! Tolonglah jangan nak buat kecoh! Kalau kau yang jatuh pun aku akan tolong jugak! Tak payahlah buat perangai macam budak kecik!” marah Farhan bertalu-talu. Tubuhku terhinjut menahan kemarahannya. Sungguh aku terkejut. Tak pernah dia memarahi aku sebegini rupa. Aku tak sangka.

Aku tergeleng-geleng dengan rasa tak percaya. Aku menjadi sebak. Tak sangka yang dia akan termakan kata-kata Ammy dan Adryana. Dan tak kusangka yang dia akan menuduhku membuat kecoh sehinggakan ahli yang lain memerhatikan gelagat kami.

“Han, aku tak pernah cakap macam tu...” aku hampir menangis. Seriously! Bukan main-main. Hati aku retak habis! Kalau macam ni gayanya, aku rela putuskan hubungan yang terjalin ini. Aku rela!!!

Farhan merenung tajam anak mataku buat aku lemah. Ammy dan Adryana sudah menaikkan thumbs up secara perlahan sambil tersenyum sinis. Aku menarik nafas panjang. Positif, Mai!

“Okey, kau terima bulat-bulat cakap dia tapi kau tak terima penjelasan aku. Adilkan?” aku tersenyum sinis. Farhan tampak berubah wajahnya. Seakan dia baru tersedar. Nak sedar apa? Kata-kata yang meluncur keluar tidak boleh ditarik dan ditelan semula.

“Kau... memang ketua yang adil.” Ucapku lima patah seraya berlalu pergi ke sebelah Aisyah.

Dari kerlinganku Farhan seperti baru tersedar akan kesilapannya dengan meraup muka. Namun semuanya sudah tidak bermakna lagi. Aku sudah tawar hati.



p/s: boleh terima tak bab ni? ekeke... sorry klu tak best... jgn mrh miss tau... klu typo error tu paham2 je la eh? hehe... lagi satu nk habaq, miss ad edit skit teaser cerun yg lepas tu... hehe hope enjoy!

22 comments:

  1. best tpi knp pendek sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendek ke? maybe miss byk cut kut... tu yg nmpk pendek tp klu tgk dkat mic.word pnjg gila... hehe... next entry miss kasi pnjg skit eh... tq baca :)

      Delete
  2. nak lagi..........................! siyes best! sakit hati lak dengan farhan.. hish!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha cool ika_comel... jgn mrh2 nnt tak comel dah ^^

      Delete
  3. Miss nak smbgn lagi...x puas baca tau..
    Bila nk msk bab sesat tu..
    Cepat sikit tau upkan next n3

    ReplyDelete
  4. Tul tu sakit hati tul ngan farhan tu... Geram lak ngan si ammy and ad.. Rasa nk ketuk jer diaorg tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab sesat maybe dlm 2-3 bab lg... inshaaAllah ^^ ketuk guna apa dkat ammylea dan adryana tuu? ekeke...

      Delete
  5. Nak lagi... nak lagi... nak lg la..
    Farhan tu marah2 psl dia jeles nmpak mai ngan izuan ke??

    ReplyDelete
  6. Saya tetap sokong farhan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe Farhan mst bangga klu tahu Fira sokong dia... ekeke (kalaulah Farhan wujud kan? bayang aje la eh? ekeke ^^)

      Delete
    2. insyaallah wjud cma wlu rupa brbeza tp prwatakan hmpir sma..hehe nma pn sma :p hehe

      Delete
  7. sakit hti tol time farhan mrahkan mai... n,benci thap babun dkat c ammy bencong bajet pink.. rsa mcm nak timbus je kpala dy tu..
    btw, love this story sbb mcm mirip dgn novel favret sya, hot gimmick ;) farhan - haridz hakkam (ayez) , mai - natasya shakila (asya) ..kena-2 lgi nma ayah asya H.G dgn ayah mai sma,, emran syakir :D .. nma kazen izuan tu pn sma..ada adek yg suka dgn mai,parents kwan baik,dri kcik diorang kwan,cumanya eju dgn han pmbuli, eju H.G dgn ayez tak..tpi dri segi jlan crita,ada prbezaan sdikit.. ni romantik,.. i like 10bintang. hrap dicontinue critanya :)

    ReplyDelete
  8. Best Nye cerita dia.., nk lgi

    ReplyDelete
  9. BEST TAHAP MAKSIMUM NI..
    I WANT MORE AND MORE!

    ReplyDelete
  10. miss, blh tk klw saya nk print utk diri sy sendiri yg baca. sbb sy skit mata n cpt penat bila baca kt hp... so i decide utk print utk sy baca.. minta izin na

    ReplyDelete
  11. Diva sngt², menyampah aku tgk geng ammy ni

    ReplyDelete
  12. EI kecik besaq " jaaa aq tgok' si diva tuh !!

    ReplyDelete
  13. terngis douh psal han marah mai 😫

    ReplyDelete
  14. Han kenapa marah mai woiii...ammy ni kalau aku ketuk guna tong gas..sakit tak?

    ReplyDelete