Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Tuesday 23 April 2013

Teaser - Cerun (kpvst 4)




Teaser ni maybe ada dlm bab yg bakal dipost... hehehe... sorry tau coz miss byk kerja la... jgn mrh eh... 




Langkah kami terhenti tatkala terlihat akan satu anak sungai yang mengalir di bawah. Mak aih, cerun tu! Sangat mencabar!

Guys, listen. Sini ada cerun. Hati-hati sebab tanah lembik. Ada dua orang akan bantu korang di bawah kalau apa-apa terjadi.” Kata Izuan. Farhan sudah melompat turun ke bawah dengan selamba tanpa jatuh pun. Alah, dia lelaki tak apa! Habis kami yang perempuan ni takkan nak lompat macam tu? Dahlah cerun, kalau jatuh confirm ‘cantik’ baju dan seluar nanti! Aiseh, kerja gila! Izuan menjaga di atas manakala Farhan dan Khairul menunggu di bawah.

Seorang demi seorang turun ke bawah. Perasaan takut tu jangan cakaplah! Memang menyelubungi jiwa beb! Bila sampai turn pelajar lelaki depan kami, dengan selamba dia menggelongsor turun ke bawah sambil menjerit gembira. Tercengang kami semua.

“Selambanya!” terpacul ayat itu dari bibirku.

Izuan menoleh lalu tersenyum padaku. “Ready, Mai?” tanya dia. Aku angguk. Aisyah di sebelah juga angguk. Tapi gementar tu memang ada la! Kami mencantumkan jemari. Erat! Gaya macam nak berpisah je. Hehe.

“Pegang kayu tepi ni. Turun perlahan-lahan.” Pesan Izuan lagi. Dengan bismillah, aku perlahan-lahan bergerak ke kayu kecil yang telah dipasang siap untuk menuruni cerun curam ini. Farhan dan Khairul memerhati dari bawah. Bersiap siaga jika berlaku sebarang kecederaan. Dan kalau boleh aku nak Farhan yang selamatkan aku kalau apa-apa berlaku. Muehehe.

Dengan kepayahan akhirnya aku berjaya turun dengan selamat. Farhan merenungku namun aku tidak sesekali membalas pandangannya tetapi kukalih wajah Khairul yang tersenyum sambil menaikkan thumbs up. Aku masih ingat amaran Ammy supaya jangan dekati Farhan. Biar Ammy tahu aku pantang dicabar. Biar Farhan yang terhegeh-hegeh dekat aku! Muahaha!

Selepas itu giliran Aisyah pula dan dia turun dengan selamatnya cuma sewaktu hendak turun itu, kakinya tergelincir sedikit membuatkan langkahnya tidak teratur. Nasib baik Khairul sempat menyambut dengan memegang lengan baju Aisyah.

“Okey, Syah?” tanyaku. Aisyah tersenyum seraya angguk kepala. “Okey!” dia buat lambang okey dengan jari. Baru saja aku hendak melangkah ke anak sungai itu, terdengar satu jeritan membuatkan kami semua memandang ke atas.

“Farhan, tolong I!!!”

Kami mendongak ke atas lalu terlopong. Ammy sudah berguling-guling di cerun itu sambil menjerit. Ingat main gelongsor dekat Sunway Lagoon ke? Habis baju, seluar dan wajahnya berceloreng dengan tanah lembab. Rambut hitamnya juga sudah bercorak cantik dengan tompokan tanah dan daun-daun yang terkait bersama ranting-ranting kayu. Sebijik macam orang asli! Orang asli pun lagi lawa daripada dia! Make-up baik punya.

Aku dan Aisyah ternganga. Kedengaran gelak tawa dari rakan-rakan yang berada di belakang kami. Khairul menghamburkan gelak sekuat hati. Farhan menunduk menyembunyikan ketawa tetapi dia tetap menyambut Ammy memandangkan Ammy sudah tergolek seperti bola di kakinya sambil mengaduh kesakitan. Pasti tubuh badannya sakit dan lebam-lebam. 

Farhan memegang lengan Ammy yang berlapik sweater pink itu lalu memapah Ammy ke satu batu yang agak besar di situ. Ammy yang tidak berupaya memeluk tubuh Farhan dan jalan terhincut-hincut sedikit menuju ke arah batu besar di tepi. Hatinya gembira tidak terperi biarpun kesakitan yang menimpa diri terasa menyengat. Farhan mendudukkan Ammy. Beg yang dipakai diletakkan di tepi lalu mencari ubat. Ubat sapu dikeluarkan. Telapak tangan Ammy yang berdarah itu ditekap dengan tisu basah dan perlahan-lahan dia merawat luka Ammy. Ammy pula menjadi semakin mengada-ada dengan menggunakan modal sakit sebagai tempat untuk menarik perhatian jejaka idamannya. 

Tanpa disedari kelakuan mereka menimbulkan satu rasa menjerut dalam hati seseorang. Biarpun mereka tidak rapat, akan tetapi dia dapat merasainya. Rasa pedih dan kecewa. Rasa hatinya digores lumat.

7 comments: