Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Monday 15 April 2013

Ketua Pengawas VS Tunang 40


BAB40


SEMUA pelajar asrama tingkatan 5 sedang mengemas barang masing-masing atas arahan Cikgu Namisah dan Cikgu Samad memandangkan bas sudah tersedia di perkarangan Astaka Seri Dewi. Dengan sekali arahan, kami semua diminta berkumpul di dataran sebentar untuk taklimat ringkas. Pelajar luar asrama yang mengikuti perkhemahan ini juga sudah menunggu di dataran kecil seawal 7 pagi tadi.

“Baiklah, sekejap lagi kita akan mulakan perjalanan ke FRIM Kepong dimana lokasi itu menjadi tempat sesi perkhemahan kita. Jadi saya berharap sangat anda semua jaga kelakuan masing-masing. Jaga diri dan yang paling penting, jaga imej sekolah kita. Pastikan anda semua tidak membuat kecoh apabila sampai di sana. Ingat, situ tempat orang. Hormati tempat orang. Faham?”

“Faham, cikgu!!!” dengan lantang kami semua menjawab pertanyaan Cikgu Namisah. Bersemangat!

“Baiklah. Semua beratur di tepi bas. Saya nak check nama dan selepas itu awak semua boleh naik dan duduk diam-diam dalam bas.” Tegas suara Cikgu Samad.

Semua pelajar beratur dengan beg setia dibahu atau dijinjit dengan tangan. Kami berada di barisan belakang bersama dengan geng aspura. Riuh mulut dengan suara-suara mereka yang nyata gembira dan tidak sabar mahu bercamping.

Girlsplease jangan naughty-naughty eh?” usik Hakim.

“Eh, hello! Siapa yang naughty? Hang pa tu yang nakal. Jangan cuba-cuba nak kenakan kami, padah akibatnya nanti.” Ugut Iman.

“Apa akibatnya?” selamba Syafiq bertanya. Hek eleh, nak ugut orang konon! Tak padan dengan kecil!

“Kalau korang usik kita orang dekat kem, putus kawan!” ternganga geng aspura mendengar dari mulut comel itu.

“Biaq betui? Janganlah macam tu!” bantah Khairul. Aduh... kusut lagu ni!

Iman sengih comel. “Tak dak la. Saja ja kenakan hang pa.” Iman dan D terkekeh-kekeh ketawa sehingga tidak sedar bodyguard kami sudah segunung asap kemarahan.

“Aku ni kalau tak kerana sabar, dah lama aku aqiqahkan korang tau! Goreng kunyit lagi sedap!” geram Putera. Tangan ditumbuk-tumbuk. Benda macam ni pun boleh dibuat main? Heee! Hakim menyabarkan Putera yang menggila itu. Alah, saja je.

Aku, Wana dan Aisyah menggeleng saja melihat gelagar mereka. Apa pun tak boleh! Aku pandang ke depan semula sambil berpeluk tubuh menunggu giliran untuk naik bas. Dan masa itu juga, kami berlima ternampak Ammy dan diva-divanya tiba.

“Korang, cuba tengok tu.” Unjukku pada mereka dengan mulut memuncung. Semua memandang tunak ke depan.

“Maaf, cikgu. Saya terlambat. Jam habis bateri.” Dengan lemah-lembut Ammy cakap. Cikgu Namisah dan Cikgu Samad pandang Ammy dan gengnya atas bawah sebelum mengangguk membenarkan mereka.

Thanks, teacher.” Dengan gembira Ammy dan kengkawannya melenggok tubuh berjalan sehingga ke belakang dan secara tak langsung, matanya tertunak anak mataku yang kebetulan memerhatikan cara mereka berjalan.

“Apa pandang-pandang? Ada hutang?” sinis Ammy berkata disambut ketawa mengejek diva-divanya.

Aku berpeluk tubuh. “Mata adalah anugerah Allah untuk melihat. Jadi apa masalahnya kalau aku pandang ciptaan Tuhan Yang Maha Esa? Salah?” ujarku selamba.

Ammy dan gengnya kelu lidah. Sekali kena perli daa!

“Oh cikgu! Yang sebetulnya bukan jam bateri saya mati tetapi saya yang malas nak bangun awal. Kebiasaannya saya bangun pukul 11 pagi. Itu pun kalau bibik saya kejutkan. Oh cikgu yang handsome, cantik serta menawan, maafkanlah saya cikgu!” Iman memulakan drama terbaiknya sehinggakan pelajar-pelajar di hadapan kami mengekek-kekek ketawa.

Ammy sudah berasap satu badan. D yang melihat tersenyum sinis. Dia juga ingin menambah rencah. Dia berdeham sebelum menonjolkan lakonannya.

“Eh, awak jangan cuba nak menggatal dengan suami saya ya! Tengok dulu diri awak tu siapa. Doktor, lawyer, majistret? Kalau setakat anak datuk bandar, saya tak pandang walau sebelah mata.” D bercekak pinggang serupa Mak Dara yang berlakon dalam filem Ibu Mertuaku. Dia memainkan watak sebagai Cikgu Namisah yang pertahankan suami terchenta!

“Hahaha!!” tergelak besar kami semua di belakang sehinggakan Cikgu Namisah dan Cikgu Samad panjangkan leher ke arah sini. Beberapa pelajar turut menoleh sama.

“Kauuu!!!” Ammy meluru ke tempat D namun ditahan pengikutnya. D dihalang oleh Iman dan yang paling best, geng aspura turut mengepung kami.

Whoa whoaGirls, behave yourself.” Tegas amaran Khairul.

“Siaplah kau dekat sana nanti!” bentak Ammy.

Kami buat-buat tak tahu dan korek telinga. Gaya Ammy bercakap seorang diri. Ammy ketap bibir. Diva-divanya segera menyuruh dia beratur di belakang. Ammy geram lalu menghentakkan kaki beratur di barisan paling belakang.

Girlsplease jangan bidas apa-apa sekarang. Kan kita nak happy-happy bercamping. Biarkan je la dengan dia orang tu. Tak payah layan.” Tegah Syafiq. Rimas pula kalau asyik fighting mulut je. Bingit! Tapi kalau dia dengan Wana tu tak apa. Hehe!

Baru saja Iman membuka mulut untuk menjawab, satu tubuh muncul dari arah mana entah lepas tu mencelah perbualan kami buat aku tergamam. Pantas aku pandang body bas di sebelah.

Guys, nanti ambil seat paling belakang. Aku dah cop dekat situ.” Pesan Farhan sambil memperkemas topi putih yang dipakainya.

Roger, sir!” serentak bebudak aspura dan rakan-rakan perempuanku membuat tabik hormat padanya. Tanpa diduga, Farhan membalas tabik hormat tersebut. Ketawa kecil terbit antara kami. Saat itu matanya tertancap padaku yang kebetulan mencuri-curi tengoknya. Aku cepat-cepat pandang tempat lain bila ternampak matanya seperti tersenyum padaku. Mai, behave

***

Sepanjang perjalanan ke FRIM Kepong yang tak berapa nak jauh jugalah dari sekolah, kami turut diberi taklimat ringkas mengenai apa aktiviti di sana. Dalam banyak-banyak aktiviti yang aku suka seperti jungle tracking, canopy walkway dan sebagainya, ada satu aktiviti yang aku paling tak suka sekali. Permainan burung hantu! Sehari sebelum pulang semula ke sekolah dan ini merupakan aktiviti terakhir bagi menamatkan Kem Bina Semangat ini, cikgu-cikgu yang terlibat bersama pihak yang bertanggungjawab mengawasi kami akan mengadakan permainan itu untuk memantapkan lagi semangat untuk berjalan waktu malam terutama dalam hutan.

Erk! Nak pengsan!

“Baiklah. Sekarang kita sudah sampai. Kemaskan barang awak semua dan turun lekas.” Arah Cikgu Samad.

Kami mengikut saja apa kata cikgu. Sesudah semua turun dari bas, bas-bas SMK Tengku Aris Adiwira bergerak meninggalkan kami yang terpinga-pinga melihat keadaan sekeliling. Memang hutan! Beberapa pelajar merungut terutama Diva Babe kerana mereka akan tidur bersama nyamuk mulai malam ini.

“Beri perhatian!” tepukan berkali-kali dari Cikgu Namisah selaku guru penasihat merangkap bimbingan untuk perkhemahan ini bersuara. Semua memandang tiga lelaki yang bersama baru muncul di sebelah Cikgu Samad itu. Sangat kacak, tough, macho dan maskulin! Beberapa pelajar berbisik sesama sendiri dan tersenyum gatal.

“Sekarang awak ikut Cikgu Samad ke lokasi perkhemahan. Ikut dengan barisan dan jangan pergi ke tempat lain. Ingat, ni hutan!” Cikgu Adibah selaku guru penasihat bersuara tegas.

Kami semua mengangguk saja. Memanglah ni hutan. Dah tu ingat apa? Hutan main-main? Hutan olok-olok? 

Sesudah memacakkan khemah seperti yang disuruh cikgu, kami disuruh berehat dahulu sebelum abang-abang pekerja FRIM Kepong ini membawa kami bersiar-siar sekejap.

“Wana, bak air sikit. Aku hauslah!” pinta D tak terdaya.

“Pasang khemah pun penat ke?” perli Wana. Tapi dihulurkan juga botol mineral kepada D yang nampak macam dah nazak sangat nakkan air. Diteguk sampai habis sebotol!

“Apesal tak bawa air, D?” soalku.

“Tertinggal dekat katil aspuri la.” Jawabnya termengah-mengah. 

“Nanti dia bahagikan kumpulan ke kita bergerak saing?” tanya Aisyah di sebelahku. Dia menghulurkan biskut lemak peket kecil padaku kemudian Iman, D dan Wana. Alas perut! Sebenarnya lapar dan nak nasi! Hehe!

“Mungkin kut. Tengoklah nanti.” Balasku seraya mencekut satu biskut.

“Harap-harap kita sekumpulan dengan our bodyguard, kan?” pohon Iman dengan mata bersinar.

“Hmm... betul! Dan aku nak leader kita semestinya Farhan!” D bersemangat. Hampir tersedak aku mendengarnya. Aisyah disebelah sudah tersenyum-senyum.

Baru aje nak meneguk air mineral, terdengar suara ejekan dari arah bertentangan. Serentak kami angkat kepala. Erk!

“Hmm... kesian sangat dengar, kan? Terlalu berharap nak join dengan team Farhan. Hey girls, jangan mimpilah. Aku yang akan masuk dalam team Farhan because aku kan girlfriend dia yang paling dicintai. So semestinya dia akan pilih aku.” Ammy mengibarkan rambut panjangnya dengan bangga. Pengikutnya juga tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh memerhatikan kami.

Kami mencebik. “Hmm, ada hati juga nak join team Farhan. Sape yang kesian sekarang ni? Mengata dulang paku serpih. Lepas tu sendiri jawablah.” Sindir Wana tanpa melihat.

“Haah, kan? Bukan tadi dia kata jangan terlalu berharap ke? Apesal tadi aku dengar si langau ni pulak yang macam berharap sangat? Musykil!” D menyampuk sambil menopang dagu.

Ammy terkedu. Toing! Toing! Aih... terkena balik! Baru saja dia hentak membalas sindiran bebudak berlima di depannya, suara Cikgu Adibah sudah kedengaran. Pantas kami bangkit menuju di mana pelajar-pelajar berkumpul.

“Assalamualaikum. Nama saya Radzi, staf yang bekerja di bawah FRIM. Boleh panggil Abang Radzi. Ini kawan abang, Fikri dan Johan. Mereka akan membantu abang untuk Kem Bina Semangat ini. Sebentar lagi abang dan kawan-kawan akan tunjukkan kawasan sekitar perkhemahan ini. Jadi abang akan buat dua kumpulan. Semua ni tingkatan 5 saja, kan?” tanya Abang Radzi.

“Haah.” Kami mengangguk cepat.

“Okey. Kalau macam tu 60 orang ikut Abang Fikri manakala 60 orang lagi ikut abang dan Abang Johan. Cikgu-cikgu pun sama ya.” Jelas Abang Radzi.

Semua sudah berterabur ingin memasuki kumpulan yang diingini. Aku awal-awal lagi sudah ditarik Iman dan Wana ke kumpulan Abang Radzi. Nasib baik kami berlima sempat masuk kumpulan Abang Radzi kerana waktu itu Abang Johan sedang mengira jumlah pelajar dibawah seliaannya. Dan pada masa yang sama juga kami teramatlah gembira kerana dapat sekumpulan dengan bodyguards kami. Syukur!

***

“Kamu semua selalu sebut FRIM, kan? Ni abang nak tanya. Kamu semua tahu tak apa maksud FRIM tu?” Abang Radzi menyoal. Waktu sudah menginjak ke petang hari.

“Selalu dengar tapi tak tau maksudnya. Maksudnya apa, bang?” Ashraff pula menyoal ramah memandangkan dia beratur di depan sekali bersama Izuan, Aizat dan Farhan.

“FRIM membawa maksud Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia atau dalam bahasa Inggerisnya ialah Forest Research Institute Malaysia. Ia dikenali sudah bertahun lamanya. Awak semua pun belum hidup lagi termasuklah abang.” Gurau Abang Radzi membuahkan tawa dan senyuman kami.

“Keluasan lebih kurang 500 hingga 600 hektar. Dan dekat FRIM ni juga atau senang awak sebut hutan simpan aje agar tak tergeliat lidah tu, ada macam-macam tumbuh-tumbuhan seperti flora dan fauna yang tumbuh meliar. Kamu semua juga akan jumpa haiwan-haiwan yang tak pernah dilihat sebelum ini. Contohnya seperti ini.” Abang Radzi mengangkat satu ranting kayu. Semua mata memandang tepat apa benda yang dipegang Abang Radzi. Ulat gonggok?! Aiyer! Besaqnya!

“Kamu semua tak pernah jumpa kan ulat sebesar macam ni? Semuanya ada dalam FRIM ini. Lipan gergasi, lipas dan sebagainya. Tapi berhati-hati ya. Jangan sampai membunuh atau mencederakan binatang ini. Mereka pun nak hidup juga.” Sempat Abang Radzi berpesan.

Kemudian kami meneruskan perjalanan sehingga ke satu tempat yang sememangnya paling tidak disukai semua orang tapi disukai aku. Hihi! Canopy walkway!

“Ini canopy walkway atau dalam bahasa Melayunya, titian kanopi. Kamu semua akan merasa melalui titian ini. Mahu tak mahu tetap kena lalu juga. Macam mana nak naikkan semangat dalam jiwa kalau tak melawan perasaan takut itu?” Abang Radzi sudah bertukar menjadi pakar motivasi diri. Abang Johan setia di belakang sekali mengawal kami. Selepas itu Abang Radzi membawa kami tengok tasik dragon fish. Memang jakunlah bagi siapa yang tak pernah pergi tu!

Kami sudah menjerit keriangan bila terlihat air terjun yang sangat menawan hati. Indah sungguh ciptaan Tuhan ini sehinggakan kami kelu lidah dari berkata apa-apa pun. Menghayati alam semula jadi ini sangat menenangkan hati. Namun semuanya terbantut gara-gara Abang Radzi menyuruh kami semua pulang ke tapak khemah kerana hari sudah senja. Tak apalah, esok masih ada. Nanti aku nak berendam dalam air tu lama-lama!


***
MALAM menjelma. Kami duduk mengikut bulatan bersama-sama unggun api ditengah-tengah. Cikgu Samad memberikan sedikit taklimat untuk aktiviti esok. Memandangkan pelajar agak ramai maka Cikgu Samad memberi arahan supaya membuat satu grup dengan ahli seramai 10-20 orang. Tetapi para guru bimbingan yang buat pemilihan kerana pasti pelajar-pelajar akan pilih kasih. Jadi keenam-enam guru tersebut mula membuat pilihan.

Satu per satu nama dipanggil untuk diletakkan pada grup-grup tertentu. Ada enam grup dengan ahli seramai 20 orang. Masing-masing berdoa dan menunggu dengan sabar.

“Aku harap kita tak berpecah.” Wana berbisik di telingaku. Aku angguk laju. Pun berharap begitu! Tautan jemari kami bercantum erat.

“Baiklah. Grup kedua dibawah pengawasan saya. Dengar baik-baik.” Cikgu Namisah menarik nafas. “Affendi Afifi, Nizam Jamali, Amirul Farhan,Mir Izuan, Aliff Haikal, Wassim Azhar, Hakim Badri, Qayyum Afnan, Ikhwan Hamid, Khairul Nazmi.”

Hakim dan Khairul berhigh five kemudian Izuan dan Farhan di belakang. Yang lain sudah kecut perut. Menunggu nama dipanggil untuk grup seterusnya.

“Okey yang perempuan pula... Airin Najwa, Haslina Borhan, Nur Effa, Widad Kamelia, Puteri Azwin, Saffiya Humairah....,”

Aku sudah ternganga bila namaku disebut. Syukur alhamdulillah. Erk? Tapi nanti sekejap! Kalau tak silap aku, nama mamat tu disebut juga, kan? Aku kalih ke kanan. Srappp!!! Pandangan kami bertemu. Farhan sedang merenung tajam anak mataku buat aku menggigil menggeletar. Pantas aku merapatkan kepala dengan lutut sebelum pejam mata menahan debaran yang memuncak di dada. Tangan sudah kesejukan. Terasa malam ini pasti akan hujan. Nasib baik pakai sweater. Aku menunduk saja.

“....Aisyah Raudhah, Ain Amnani, Miza Adryana dan Ammylea Ruhaila.”

Aku mencelikkan mata. Pantas kepala didongak. Pandangan terarah pada Ammy dan pengikutnya, Adryana yang sedang bersorak gembira bila dapat join seteam dengan Farhan, kekasih hatinya. Entah kenapa hati menjadi panas. Aura cemburu menguasai sekeliling. Hati yang tadi gementar kini meluap-luap dengan api kemarahan + cemburu.

Aisyah tersenyum happy di sisiku. Iman, D dan Wana pamer muka sedih. Yalah, mereka tak dapat sekumpulan dengan aku dan Aisyah. Sape tak sedih?

“Korang janganlah bimbang. Nanti kan kita bersama juga. Ingat, selagi kita hidup, kita akan bersahabat selamanya.” Entah kenapa malam ini aku menjadi seorang yang lain. Seorang yang menyerapkan semangat setiakawan kepada rakan-rakan padahal kami hanya berpisah kumpulan saja. Aiseh... boleh pula buat drama!

Semua pelajar diminta bersurai kerana malam semakin larut. Esok pagi aktiviti jungle tracking akan dimulakan. Oleh itu kami perlu bangkit awal. Sedang aku mencuci kaki di sebelah khemah, satu derapan kaki kedengaran. Aku angkat mata saat terlihat akan kasut sport pink yang dimiliki seseorang betul-betul di depanku ini.

“Hey perempuan! Kau dengar sini eh? Kalau aku dapat tahu kau cuba nak rapatkan diri dengan Farhan esok, siap kau aku kerjakan!” ugut Ammy keras.

Aku jongket kening sebelah. “Apesal? Kau dah rasa tergugat ke?” balasku selamba.

Ammy ketap bibir. Wajahnya didekatkan denganku. “Kau tak payah nak tunjuk baiklah. Kau ingat eh? Kalau aku nampak kau dekatkan diri dengan Farhan, jaga kau! Kau akan dapat balasannya nanti! Jangan berani ganggu boyfriend aku!” amaran keras dari Ammy sikit tak menakutkan aku malah aku dengan bersahaja menolak tubuhnya dengan hanya menggunakan jari telunjuk kanan saja. Apa boyfriend? Wekk! Nak muntah dengar. Ini tunang dialah! Lagi berhak tau! desis hatiku.

“Okey! Aku sahut cabaran kau! Tapi ingat, kalau dia yang datang dekat dengan aku, bukan aku yang suruh! Dia yang datang secara sukarela. Kau tak ada hak nak pertikaikan!” kataku dengan lagaknya. Tanpa menunggu balasan dari Ammy, aku terus meloloskan diri dalam khemah yang dihuni aku dan kawan-kawanku. Boleh kena sawan kalau layan perempuan macam ni!

Ammy hentak kaki. Sangat benci dengan perampas ni! Tak apa. Kau main-main dengan apa yang aku cakap, eh? Kita tengok esok. Masih beranikah kau nak main-main dengan aku?! Tunggu! Ammy berjalan mendada ke khemah yang dipacaknya siang tadi. Rancangan berlegar-legar di minda bersama senyuman di bibir.





p/s: assalamualaikum, sory sesangat.. nk msukkn entry td tup2 plak takde current. sorry again :( here new entry... jemput baca... klu takbest jgn mrh tau! :)

p/s: teaser yg dimsukkn psl SESAT tuu bab lain... ni permulaan utk camping :)

17 comments:

  1. Salam miss...suka sgt cite ni..sweet sgt...
    Tak sabar nak tggu next entry ni tau....
    Cepat update next bab tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mieza comel, tqqqq very muchhh! :D In shaa Allah klu dh siap, miss atau asha akan update ya :) tq again.

      Delete
  2. BEST CEPATLAH SAMBUNG YA TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baby mio comel, in shaa Allah akan bersambung dan diupdatekan scpt mgkin jikalau takde aral melintang :) tqqq coz baca :)

      Delete
  3. deg deg deg deg...
    panasaran lh jd nye miss..
    bile nak sambung lg ni miss..
    x nak buat dalam bentuk cetak ke.?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam miss... bile smbungannye x sbr Sgt..... thanks miss... anything miss boleh email saya...
    farzanafirzana@ymail.com
    Btw nama saya Zana or nama penuh saya Farzana.. assamlamualaikum.. :D

    ReplyDelete
  6. Sukanya baca novel nie.i very very like it..

    ReplyDelete
  7. asslm miss, bab 38 mmg tkde ke ?

    ReplyDelete
  8. best sangat citer ni....kali ke -5 dh baca..sgt recommend

    ReplyDelete
  9. Aghhh..syg la author ni..i like this story😭🤍iaghhsgaaksshjs🦋🤍ibu nk ada tunang macam humairah!!😭🤍

    ReplyDelete
  10. kitee kembalii hehehh

    ReplyDelete
  11. still layan cite sis walaupun dah 2023 sbb mmg best 👍🏻 sy akan tunggu kot ii kalau sis ade plan nk wat novel 😍 sbb mmg alur cite dy best 😍🥰

    ReplyDelete
  12. Repeat kali ke 1000x 🤣🤣 best sgt . Walaupon dh tahun 2024 still layann

    ReplyDelete