Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Tuesday 12 March 2013

Teaser kpvst 1


Teaser by Dya (miss bg . heee ....)



"...Alien datang menakluki bumi... Demi koko yang di cari-cari..."

Lagu daripada cerita animasi Boboiboy bergema di ruang tamu. Sengaja aku buka kuat-kuat sebab nak lawan anak jiran sebelah. Korang nak tahu kenapa? Sebabnya, dia buka lagu korea punyalah kuat sampai nak gugur jantung aku. Kalau boleh, nak bagi satu taman dengar! Aku ni dahlah agak kureng meminati kumpulan K-Pop ni. Setakat dengar lagu dekat radio aje. Itu pun kadang-kadang. Mungkin disebabkan aku dilahirkan dalam Malaysia, dan minat aku kepada lagu tempatan sangat menebal. So, mintak maaflah ya jiran sebelah sebab aku kuatkan volume lagu Boboiboy ni. Seri!

Sedang aku syok tengok cerita Boboiboy ni, tiba-tiba handphoneku bergegar di atas meja. Aku mengangkat dengan malas namun mata masih melekat di kaca televisyen. Tak lain ni mesti geng aku punya!

“Hello girls...” sapaku selamba.

"Assalamualaikum!" jerit orang di sana.

Aku terkejut lalu terbaling telefonku ke belakang. TERBALING okey! Terkejut punya pasal. Nasib baik baling tak jauh. Jatuh kat sofa yang aku duduk aje. Aku mengambil telefon itu kembali lalu memperlahankan volume televisyen.

"Eh, hello! Siapa ni? Apesal nak terjerit-jerit pulak ni?" marahku. Orang tengah sedap-sedap tengok cerita, dia menjerit pulak!

"Kalau dah bagi salam slow pun tak dengar, baik aku jerit aje. Buka suara tv macam nak bagi satu taman dengar." Sindirnya.

Tegak terus tubuhku di sofa. Air liur terasa kesat di kerongkong. Mamat ni...?

"Apesal diam? Terkejut aku telefon?" kata lelaki itu lagi.

Aku sekarang ni dah rasa macam nak pengsan. Terkebil-kebil mataku memandang telefon bimbit yang aku pegang sekarang ni.

"Saffiya Humairah!" volume suaranya sudah naik ke angka dua. Aku tersentak. Telefon aku jauhkan dari telinga. Eee! Suka sangat kasi tahi telinga aku cair. Telefon aku lekap ke telinga semula.

"Err... emm.. kenapa telefon?" soalku perlahan. Farhan di talian bagaikan mahu ketawa.

‘Aik? Tiba-tiba gagap?' bisik hati kecilnya.

"Aku dah ada kat depan rumah kau sekarang."

Kebabooommm!!!

Badanku terus tegak bagaikan askar wataniah yang mahu berkawad. Aku dah memang rasa nak pengsan sekarang ni! Biar betul mamat ni? Jantung aku mula berdegup kencang. Main-main ke dia ni?

"Kau bergurau kan?" suaraku agak meninggi. Terkejut beb! Nak gugur jantung!

"Bila masa pulak aku nak bergurau dengan kau. Tak ada faedah pun. Kalau tak percaya, sekejap."

'Apa mamat ni nak buat?' soalku sendiri. Masih ternanti-nanti bicara Farhan yang diam di talian. Mungkin dia nak main-main aje kut. Farhan kan pantang kalau tengok aku aman sikit sekarang ni. 

Tidak lama kemudian...

"Kak Maira! Aina kat sini! Buka la pintu!" jeritan Aina mengejutkan aku dan sekali lagi aku terbaling handphoneku dan kini sasarannya di atas karpet. Terketar-ketar tanganku menyelak langsir. Kelihatan kereta Myvi tersadai di hadapan rumah. Farhan sedang bersandar di pintu kereta.

Aku meneguk air liur. Handphone yang di baling tadi kukutip semula.

"Mati aku macam ni!"

Aku berjalan mundar mandir di depan televisyen. Nak buka pintu ke? Tak payahlah. Tapi, kalau dia tanya kenapa aku nak jawab apa? Haa.. aku cakap mama dengan abah aku tak ada! Tapi, kalau Aunty Hanani dengan Uncle Umar ada macam mana pulak? Tapi tadi macam tak ada.

Aku dah tergaru-garu kepala. Memikirkan masalah yang tidak habis-habis menimpa. Akhirnya aku membuat keputusan untuk membuka pintu dan cakap yang mama dengan abah tak ada kat rumah. Aku berlari ke atas untuk mengambil tudung. Setelah siap memakai tudung, laju aku membuka pintu rumah. Suis pintu pagar luar aku pentik. Farhan kelihatan terkejut memandang aku. Aku berjalan ke arah pintu pagar dengan perasaan berdebar-debar. Wahai hati.. bersabar!

"Err... err..." teragak-agak aku nak berkata. Farhan masih lagi merenungku. Aku tertunduk malu. Haish! Janganlah tenung aku macam tu, Farhan! Luruh jantung aku ni nanti kau boleh pasang balik ke?

Farhan yang tersedar berdeham seketika lalu bergerak ke arah pintu sebelah pemandu. Aina keluar dari perut kereta lalu berlari ke arahku. Aku tersenyum apabila Aina memeluk erat tubuhku.

“Rindu kakak!” ujar Aina seraya merangkul leherku manja.

"Hai... macam dah lama tak jumpa aje. Baru beberapa hari lepas kita jumpa kan?" usikku sambil mencubit pipinya.

Aina tergelak kecil. Farhan memandang saja perbuatanku. Dia tersentuh melihat Humairah bersama Aina. Aina tiada kakak. Hanya ada tiga orang abang dan dia saja perempuan selain mama dalam keluarga. Farhan tahu Aina mendambakan kasih sayang dari seorang kakak dan orang itu adalah Humairah.

"Abang, jom bawa Kak Maira jalan-jalan. Tadi abang dah janji." ucapan Aina membuatkan aku rasa tercekik. Aku meneguk air liur. Oh my....!!!

Farhan terkulat-kulat memandang Aina dan aku bersilih ganti.

Bila masa pulak aku berjanji nak bawak minah senget ni jalan-jalan?? Tak ada dalam skrip pun, getus hatinya. Aku menggelengkan kepala saat Farhan memandang ke arahku.

'Tolonglah jangan! Aku serik nak duduk dengan korang lagi!' hatiku menjerit.

"Jomlah, kak! Kita pergi jalan-jalan. Kita pergi makan KFC. Jomlah! Abang, bawalah Kak Maira pergi jalan-jalan!" rengek Aina. Baju Farhan ditarik-tarik.

Aku dah garu kepala. Farhan kulihat memicit micitkan dahi. Mahu tergelak aku melihat Farhan. Pening dapat adik macam ni. Manja terlebih sangat!

"Mana ada abang ajak akak pergi jalan-jalan?" Farhan semakin pusing. Permintaan adiknya bagaikan batu menghempap dirinya. Abang tak sangguplah, adik!

"Ala.. jomlah!" serentak itu suara tangisan Aina kedengaran. Aku dan Farhan mengeluh panjang. Haihh.. nasib dapat adik macam ni.

"Mai..." pinta Farhan. Aku akhirnya mengangguk jua. Aduhai.. apalah nasib aku ni? Kenapalah hati aku ni cepat sangat cair bila mendengar tangisan Aina?

Aku masuk ke dalam untuk menukar pakaian. Sempat aku berpaling ke belakang. Kelihatan Farhan sedang memujuk adiknya supaya berhenti menangis. Barangkali malu dengan orang sekeliling. Dalam diam, aku tersenyum. Tampak sweet sangat mereka berdua tu!