BAB33
KEADAAN kembali seperti sedia kala. Aku sudah boleh sekolah dan berkawan seperti biasa. Erk?! Ingat Mai ni kena perintah berkurung ke terkena penyakit wabak? Apa-apa je dia ni kan? Namun pesanan doktor sentiasa terpahat diingatan. Cewahh! Tak boleh blah ayat kan? Buku kerja Matematik dibuka. Tajuk Straight Line dicari dan soalan satu dibaca. Sambil itu jari bergerak menconteng di atas kertas kosong.
“Mai, hang study apa?” Iman mencetuskan perbualan bila dorm sunyi tanpa suara.
“Math. Awat?” balasku tanpa memandangnya. Butang kalkulator ditekan.
Iman mengeluh. Buku latihan akaun ditutup. “Bosanlah!”
Aku mengangkat muka. Wajah monyok Iman ditenung. “Kalau bosan pergilah exercise. Tak pun kau gelek la dekat katil tu. Kau kan ratu gelek mengalahkan Mas Idayu,” sempat aku menyindirnya.
Iman mencebik. “Tu pun tak best la. Mood gelek tak mai. Aku nak hang out kat luar. Dapat angin. Jom belajar kat luar, Mai.” Pinta Iman secara tiba-tiba.
Aku mengangkat semula wajah memandang dia sekejap sebelum menunduk buat kerja kembali.
“Malas. Aku lebih suka duduk dekat dorm. Nak angin? Kipas banyak dalam dorm. Sekarang angin kuat sampai masuk melalui tingkap dan pintu dorm yang terbuka luas. Tak hujan just mendung je. Kau buka mulut besar-besar then masuklah angin.” Cadangku tanpa melihat Iman yang sudah bertambah monyok. Macam tikus mondok je!
Iman cepat baling pemadam ke arahku. Sempat aku mengelak sambil ketawa.
“Its not funny, Mai. Aku serius ni.” geram Iman.
“Aku serius la ni.” jawabku acuh tak acuh.
“Mai!!”
“Kau nak suruh aku buat apa, Cik Iman oii?” kali ini aku memberi fokus sepenuhnya pada dia. Serius benar wajahnya tika ini.
Wajah Iman bertukar ceria bila aku berkata begitu. “Keluar jom?”
Aku buat muka. Agak dah! “Tak nak!” tegasku lantas menunduk semula.
“Alaa... jomlah. Lagipun kau kena juga keluar. Dah dua hari kau keluar dari wad. Tak ingat doktor pesan apa? Kena selalu ambil angin supaya kepala tak stress. Lupa ke kawan?” Iman mengingatkanku.
Aku mengeluh malas. “Aku tak nak keluar la. Tak faham bahasa ke? Memang doktor suruh aku keluar. Aku pergi balik sekolah dikira keluar juga. Jangan nak mengada ajak aku! Sekali lagi, MALAS!”
Eee! Nak je aku sekolahlah si Iman ni balik. Susah sangat ke nak faham? Kalau nak keluar pergi sendirilah! Aku boleh hidup seorang diri dekat dorm ni. Buang masa la. Banyak kerja sekolah belum siap nak jenjalan!
Iman bangkit dengan tudung ditangan. Katilku dituju. Tanganku serta merta ditariknya membuatkan aku terkejut.
“Weh! Apa ni? Aku tak nak la!” marahku. Aku katuk juga dengan pen ni kang!
“No excuse! Keluar juga. Jangan degil. Aku report dekat tunang kau kang baru tau!” ugut Iman.
Aku membeliakkan mata. “Eh! Sejak bila kau buat perjanjian dengan dia?” sejak bila pulak Iman pandai mengugut ni?
Iman tersengih comel. “Sejak kau keluar dari wad!”
***
BEBERAPA pelajar sedang enak belajar di Astaka Seri Dewi. Mereka berkumpulan belajar dengan gelak tawa dan bertepuk tampar. Lepas tu siap main kejar-kejar lagi keliling pondok cendawan.
“Ahh! Bestnya dapat duduk luar! Tambah dengan cuaca mendung dan angin sepoi-sepoi bahasa buat hatiku berlagu riang,” Iman mula bermadah pujangga.
Aku menceber. Sepoi-sepoi konon! Sepak-sepak kang baru tau! Sesuka hati dia je bawa aku ke sini. Buku latihan Math dibuka semula. Kertas kosong itu mula dipenuhi dengan contengan kira-kira.
“Mai, janganlah buat kerja sekolah je. Kau sepatutnya menghayati keindahan alam di sini sambil memejam mata tau.” Kata Iman bangga.
“Haah. Menghayati keindahan alamlah sangat kan?
Homework tak siap kau yang kena denda
ke? Banyak songeh pulak! Aku dah ikut ni dah kira bersyukur tau!” ujarku sinis.
Iman tersengih. Sempat dia buat peace no war pada aku. Aku jelingnya.
Huh!
“Hey guys!”
satu suara menegur dari arah belakang. Aku buat derk. Dengar suara pun dah tau. Iman membalas sambil tersenyum
melambai-lambai.
“Apesal tak ikut Wana, Mai? Tak sihat lagi ke?”
soal Putera mengambil tempat setentang denganku.
“Malas.” Jawabku selamba.
“Malas? Ke malu?” usik Putera. Iman sudah
menaikkan thumbs up.
“Apa ke halnya aku nak malu? Doktor dah suruh
aku stop aktiviti buat masa ni supaya
sakit kepala aku sembuh. Gunakanlah masa ni untuk belajar.” Bidasku tanpa
melihatnya. Mata sekejap merenung buku latihan dan kertas conteng itu. Salah
kira lah pulak!
“Eleh! Ayat macam nak cover something je.” Putera angkat kening.
Aku buat memek muka. “Cover apa ya, Tuan Muda Putera Muiz Durani?” panjang namanya
kusebut.
“Bangga aku nama sedap aku disebut!” Putera membetulkan
kolar baju t-shirt. Bangga dia
sekejap. Chait!
“Mai ni Putera, kalau kau paksa tak jalan,
apatah lagi kena sogok duit belum tentu dia nak buka cerita pasal feeling dia tu.” Iman bersuara sinis.
“Oit! Rasuah apa?” pecah ketawa kami.
“Putera!” kedengaran suara agak ramai
dibelakangku memanggil nama mamat depan aku ni.
“Bhai,
sinilah.” panggil Putera. Hmm... bertambah riuhlah meja cendawan ni nampaknya.
Geng aspura dah berkerumun dekat sini.
“Hai Iman. Hai Mai. Buat apa dekat sini?” soal
Hakim mengambil tempat di sebelah Putera.
“Main masak-masak. Tak nampak ke?” kataku
sinis. Pecah ketawa mereka semua. Eee! Kan dah bingit telinga aku. Nak release tension konon! Menambah tension aku adalah!
“Mai ni sekarang dalam mood angrybird. Salah cakap sikit je, habis kena fire punya.” Usik Iman.
Aku mengetap bibir. “Kau nak makan selipar saiz
6 ke, Iman?”
Iman menjelir lidah lalu ketawa. Eee!!!!!
“Relax
la, Mai. Kan doktor cakap jangan marah-marah. Kau tu ada migrain. Kang nanti
sakit, masuk wad lagi. Farhan juga kena temankan. Kesian dia tau. Semua kerja
tak jalan sebab kena jaga kau.” Khairul sudah lari di belakang Syafiq yang
ketawa terbahak-bahak dengan kawan-kawan yang lain.
“Khairul!” bentakku geram.
Ketawa bergema di pondok cendawan itu. Pelajar
yang buat studygroup tadi menoleh ke
arah kami.
“Shh! Korang ni teruk tau! Budak lain nak study. Diamlah!” marahku lagi. Mereka
segera menghentikan tawa. Khairul juga sudah duduk ditempatnya. Saja nak bagi
aku anginlah dia orang ni!
“Rajin kau Mai buat kerja sekolah? Yang Iman ni
apesal tak buat homework? Dah siap
ke?” soal Syafiq.
Belum sempat Iman menjawab, aku dahulukan.
“Kerja sekolah melambak-lambak dekat dorm. Si
Iman ni yang tarik aku ke sini. Katanya nak ambil angin. Padahal aku tahu kerja
sekolah dia pun banyak belum buat. Lepas tu nak suruh aku tutup buku
semata-mata menghayati keindahan alam semula jadi. Gaya macam dia yang akan
jadi penyelamat tika aku kena berdiri atas kerusi nanti.” Bebelku panjang.
Sindir sekali bah!
Iman tersengih malu bila Humairah menceritakan
segalanya. Hiks! Udah-udah ler tu
Mai. Malu aku tau!
“Iman buat macam tu sebab nak suruh kau cepat
sembuh.” Ujar Khairul seperti menyokong Iman tanpa sedar. Rakan-rakan yang lain
sudah bersiul nakal.
“Kau back-up
Iman ea?” usikku tersenyum nakal.
Khairul menggelabah. “Ma...mana ada.”
Sanggahnya. Alamak! Terkantoi pulak!
“Sudahlah, bhai.
Semua orang boleh nampak kau dah syok dengan Iman.” Putera menepuk bahu Khairul
yang sudah kemerahan mukanya. Pecah ketawa kami sekali lagi.
Iman terus melakukan serangan menghempuk bahu
Putera dengan buku latihanku berkali-kali. Geram punya pasal!
“Sakitlah weh!”
Putera sedaya upaya mengelak. Namun itu tidak mematahkan semangat Iman.
“Assalamualaikum semua,” muncul Wana bersama
air mineral ditangan. Dia duduk disebelahku. Salamnya dijawab semua.
“Wana! I
love you,” selamba Hakim berkata. Namun perutnya cepat disiku Syafiq sambil
merenung tajam.
“Apa benda kau merepek ni, Kim?” Wana mengesat
peluh dimuka.
“Lambat pergi mana?” sampuk Iman setelah
selesai ‘membahan’ Putera. Dia menumpang meneguk air mineral Wana. Penat
kerjakan Putera yang mulut tempayan itu!
“Tadi cikgu panggil. Ada hal sikit. Malam ni
ada program kan? Korang pakai baju apa?” baru Wana teringat.
“Bikini!” serentak ketawa meledak kuat. Aku dan
Iman membuntangkan mata sebesarnya. Haip!!
Ada yang nak kena hentam ni!
Gigi Wana berlaga sesama sendiri. “Aku tanya
baik-baik, jawab la baik-baik!” bentaknya kasar. Orang tengah penat boleh pulak
buat lawak.
Para jejaka menyusun sepuluh jari. Macam hari
raya pulak! “Mestilah pakai baju Melayu. Apalah kau ni Safwana oii.” senak
perut Hakim gelak banyak.
“Kalau kau nak pakai baju tu pun okey jugak.
Boleh cuci mata.” Sengaja Putera menyakat. Pantas botol air mineral singgah di
kepalanya. Memang hari ini hari mengerjakan Putera Muiz Durani. Wana menjeling
tajam.
“Warna apa?” tanya Wana lagi dalam nada marah.
Tengah tahan marah tu! Jaga-jaga nanti exco aspuri marah!
“Tak sure
lagi. Tengoklah malam karang. Korang pula pakai baju warna apa?” tanya Khairul
kepada anak-anak dara ini.
Kami serentak mengangkat bahu. “No idea!”
“Tak apa. Nanti mesejlah.”
‘Baju sama? Ahh! Ni yang malas ni!’ gerutu
hatiku.
***
SETELAH SELESAI mandi, kami semua bersiap untuk
menghadiri program di dewan. Aku tidak mahu menyertai pakaian sama warna yang
dianjurkan oleh mereka dan geng aspura. Malas nak boria! Pening kepala
dibuatnya. Macam nak pergi majlis kahwin je baju nak sama warna. Wekk!
“Apalah kau ni Mai! Pakailah sama. Baru feel!” Suruh D.
Aku menggeleng laju. Katakan tidak pada boria! Haha..
“Hmm... suka hati kaulah. Asalkan pakai baju.
Jangan berbikini sudah la. Mau terbeliak biji mata bebudak aspura nanti.”
Sempat Iman menyakat. Meledak tawa dalam dorm ini. Aisyah yang dengar hanya
tersenyum. Aku jeling.
Setelah dua minit memilih baju dalam almari
pakaian, akhirnya aku mengambil satu baju yang menjadi kegemaranku sejak dulu
kini dan selamanya. Wah!
“Agak dah! Baju tu juga yang dia nak pakai.”
Ujar Wana sinis sambil menyandar di pintu almarinya dengan berpeluk tubuh.
Aku menjeling. “Suka hatilah!”
DI ASPURA pula, suasana yang tenang bertukar
riuh bila Ashraff tiba-tiba memekik.
“Baju warna apa aku nak pakai ni???” riuh
rendah dorm Cekal dengan suara petirnya hingga mengganggu orang lain nak
bersiap.
“Pakai aje la sama warna dengan kami. Habis
cerita. Bebudak sebelah pun pakai sama colour
jugak.” Kata Izuan. Tika itu dia sedang mengenakan butang baju cekak musang
berwarna maroon. Memang kacak
habislah jejaka idaman gadis malaya ni! Opss, bukan malam ni tapi sepanjang
masa. Hehe!
“Entah! Bising je tau. Carinya tidak.” Sampuk
Aizat yang sedang membetulkan rambutnya sebelum memakai songkok. Samping
kotak-kotak warna putih dibetulkan sedikit. Betul macam gaya nak raya! Tapi itu
yang seronok! Hmm, harap-harap ada yang berkenan. Hihi...
Ashraff akhirnya berlalu ke almarinya mencari
baju untuk dipakai. Tak lama selepas itu Farhan mula masuk ke dorm itu. Meja
belajarnya dituju dan pen dalam mug
kecil diambil lalu disangkut pada kocek bajunya. Buku nota kecil diambil.
“Siapa yang dah siap turun bawah berkumpul
dulu.” Arah Farhan. Beberapa pelajar junior yang sudah lengkap berpakaian
mengikut arahannya. Tinggallah abang-abang form
five yang tak sudah-sudah menghandsomekan
diri.
“Aku perasankan, ada orang tukan, macam nak
pergi bernikah je. Handsome habis!”
usik-mengusik kedengaran dalam dorm ini.
Farhan buat tak layan. Sejak mengetahui yang
dia sudah bertunang, asyik saja dia dibahan oleh mereka semua. Namun gurauan
dan usikan itu akan ada bila hanya mereka yang berkenaan saja yang berada di
situ. Kalau ada orang lain, mereka tidak akan sesekali menyentuh hal itu.
Hormat akan pendirian Farhan. Farhan pun macam redha je bila kena usik. Cool habis! Dalam hati ada taman ler tu.
“Haah la. Tak lama lagi merasalah kita nasi
minyak.” Sakat Aizat pula sambil memasukkan tangan dalam kocek baju Melayu.
“Aku pelik kenapa kau tak nak pakai sama warna
dengan kami?” soal Ashraff tak puas hati. Ingat nak pakai sama tapi ada pulak
manusia yang tak suka. Gel rambut dipicit pada telapak tangan kemudian disapu
pada rambut. Kasi pacak sikit!
Farhan yang sedang membetulkan songkok hitam di
kepala menoleh. “Hijau penyejuk mata. Lagipun baju warna maroon aku tinggal dekat rumah.” katanya selamba.
“Ooo.....” mereka mengangguk faham. Rupanya
bukanlah Farhan tidak mahu berpakaian sama mereka cuma bajunya tiada warna
tersebut. Dan memang benar, hijau penyejuk mata. Sejuk mata pandang abang ketua
pengawas ni! Kalaulah mereka perempuan gedik, sudah lama ngorat tapi abang kita
pulak dah bertunang. Hmm, kalaulah Diva Babe tau ni mau mengamuk sakan kut!
“Turun bawah yuk!” ajak Aizat.
***
PROGRAM motivasi diri dan kecemerlangan murid
bagi pelajar asrama berakhir dengan jayanya. Selepas mendapat pamplet dari penganjur, pelajar asrama
dibenarkan makan. Masing-masing sudah memegang perut seawal masuk ke dewan.
Melihat menu yang terhidang di atas meja panjang buat kami teguk liur.
“Memang masin mulut aku. Tengok! Sekali nasi
minyak daaa...” sengih Aizat hingga ke telinga.
“Hebat kau meneka, Zat.” Syafiq menepuk bahu
Aizat, bangga.
“Hello
boys, kasi cepat sikit ek? Berderet budak belakang korang nak makan.” Tegur
Iman di laluan sebelah.
Para jejaka itu mengangkat muka dan tersenyum.
“Wow! Cun habis kakak Kedah kita ni.” usik Hakim sengaja memanaskan hati
Khairul yang mencuka wajah. Khairul masa mula-mula nampak Iman terpaku habis.
Iman tersenyum bangga. “Tengok oranglah!”
tudungnya dibetulkan agar nampak cantik.
“Haah. Tengok oranglah sangat. Kau cakap orang
memang pandai. Cuba kau tengok budak belakang kau? Berderet nak makan.” D
mengajuk balik ayat Iman sebentar tadi. Dia sudah berdiri di hujung meja
menunggu Iman yang tak habis mencedok.
Meledak tawa abang-abang form five yang membingitkan telinga. Beberapa pelajar lain
tersengih.
Muka Iman merona merah. Cepat-cepat dia
mencedok lauk dan mencekut buah limau sebelum duduk di atas tikar sebelahku
bersama D. Aisyah dan Wana datang dengan membawa minuman untuk kami.
“Eh, korang ada perasan something tak?” soalan Wana buat kami kerut dahi.
“Apa?” Iman yang sedang mengigit ayam masak
merah bertanya.
“Cuba kau cari baju yang sama dengan Mai.”
Mereka memusing kepala dan badan mencari
siapakah gerangan yang memakai baju sama warna dengan Humairah. Ramai pakai
baju warna hijau malam ini. Tapi siapa?
“Ada memang ada tapi bukan yang kita kenal.” D
menghirup air di cawan polistrene.
Wana berdecit. “Adalah. Cari aje. Aku dah jumpa
tadi. Memang korang akan terperanjat beruk punyalah!” katanya bersungguh.
Aku pandang pelik. Apa kejadahnya nak suruh
orang cari budak sama baju dengan aku? Tak ada kerja ke minah ni? gumamku. Nasi
disuap ke dalam mulut buat kali kedua.
D dan Iman mencari lagi sampai tak terjamah
hidangannya. Aku pandang mereka lalu menggeleng. “Makanlah. Tak payah sibuk nak
cari. Entah-entah Wana saja kenakan korang.”
“Oii! Mana ada. Betullah tadi aku nampak.
Sedondon habis weh. Rugi kalau korang
tak tengok.” Wana menghasut.
Aisyah di sebelah sudah tersenyum. Aku masih
lagi tak faham. Tapi aku buat dono. Melantak lagi bagus!
“Oh my
Goddddd!!!!!! I see!!! I knew it!!!” jerit Iman mengejutkan
kami semua yang berada di situ. Ada pelajar menoleh dan berbisik. Aku menjentik
dahinya.
“Auchh!” Iman menggosok dahi.
“Cuba jangan jerit macam tu. Buat malu oranglah
kau ni.” marahku. Iman mencebik.
“Siapa Iman?” tanya D teruja. Wan sudah
tersenyum nakal. Aisyah menunduk aje. dalam menunduk terselit senyuman. Aku aje
blur. Entah apa-apa entah dia orang
ni!
Iman terdiam sejenak sebelum tersenyum lebar.
“Patutlah Wana bersungguh tadi. Rupa-rupanya memang special gila orang tu!” Wana mencacakkan thumbs up sama Iman.
“Siapa??” D menggoncang bahu Iman. Desperate sangat nak tahu gamaknya si
Diana ni.
“Siapa lagi kalau bukan..." belum sempat Iman menyambung kata-katanya, satu suara kedengaran.
“Kak Wana! Kak Wana!” seorang budak berlari-lari anak ke arahnya lalu terduduk di sebelah Wana kepenatan.
“Haa... Ila, kenapa ni?” tanya Wana.
Budak bernama Ila itu termengah-mengah untuk
bercakap. Kami yang tengok dia pun mengah juga. Ila menarik nafas panjang
sebelum bersuara.
“Tadi Abang Hakim ada pesan. Budak catur lepas
makan kumpul dekat luar dewan. Ada hal penting katanya.” Ucap Ila lega. Amanat dah
disampaikan. Pheww! Berpeluh dia.
“Abang Hakim? Hakim Badri ke?” Wana bertanya
lagi. Entah siapa Hakim dia tidak tahu. Punya ramai naka Hakim dalam dunia ini.
Kalau Hakim Badri memang dia tahu. Si Hakim pengawas rakan sekelas tu ler! Kawan sendiri.
Ila mengangguk laju.
“Okey terima kasih, Ila.” Ila bangun berlalu
dari situ. Dia duduk kembali di tikar hujung tempat kawan-kawannya.
“Mai, ingat! Jangan nak mengelat!” pesan Wana
berbaur ugutan.
Aku menelan liur. Alamak! Baru je berniat nak
balik sekarang. Kacau betullah! Apesal tak nak cakap esok je? Apesal nak malam
ni? Isk! Suka bikin hati aku gundah la. Aku makan dengan rakus. Geram!
***
“ESOK hari Rabu kumpul dekat dewan terbuka. Aku
ada hal nak settle kejap dengan kadet
polis masa tu. Aku serahkan amanah pada Aizat untuk awasi korang. Kalau aku
dapat tahu ada yang cuba nak ponteng, tahulah akibatnya nanti.” Pesan Farhan
serius dan tegas. Aura ketua pengawas berada di sekeliling kami.
Aku menjuihkan bibir. Cis! Sindir aku ler tu. Dia ni kan pantang ada peluang
je mesti sindir tak pun perli aku. Menyirap betul! Aku report dekat bakal mertua baru tau.
“Dengar tu, Mai.” Bisik Wana ditelingaku. Cepat
aku menggutis lengannya. Mengaduh dia kesakitan.
“Okey, boleh bersurai.”
Pelajar-pelajar junior yang turut serta sudah berlalu pergi. Tinggallah akak dan
abang form five yang berbual tak
ingat dunia di tepi dewan. Nasib baik ada lampu. Terang sikit!
“Eh, kejap! Korang perasan sesuatu tak?”
persoalan yang dilontarkan Ashraff membuatkan semua memandang tunak anak
matanya.
“Perasan apa?” Syafiq jadi kurang sabar.
Ashraff tersenyum nakal sambil mengerling ke arah kami yang berdiri tidak jauh dari mereka.
“Aku perasan, ada someone yang pakai baju sama warna dengan Abang Farhan kita la.”
“Mana? Mana?”
Semua mata mencari siapakah yang memakai baju
yang sama dengan Farhan. Mata mereka tertancap pada Wana dan aku yang sedang
bersandar di pintu dewan.
“Mai???” serentak mereka menyebut kecuali
seorang.
Aku terkedip-kedip memandang mereka yang tampak
terkejut dan tercengang. Apahal pulak ni?
“Korang berpakat nak pakai baju sama eh?” usik
mengusik kedengaran di luar dewan ini.
Aku menilik baju dibadan. Selepas itu aku
merenung pula Farhan yang berdiri tidak jauh dariku. Gulp! Oh my Goddd!!! Haah la! Sama! Apesal boleh
sama ni????? Patutlah Wana ada cakap masa makan tadi. Rupanya memang betul! Cis!
“Hello, aku tak ada main pakat-pakat eh! Jaga
sikit mulut tu!” bidasku kasar. Menutup suatu rasa dalam hati yang mula bercambah.
“Iya ke?” Putera sengaja mengusik hatiku yang
baran.
“Patutlah tak nak pakai sama dengan kami. Rupa-rupanya
dah pakat nak pakai baju sama warna dengan tunang.” Aizat menyenggol lengan
Farhan mendiamkan diri sedari tadi.
“Entah-entah dia saja je cakap baju maroon tertinggal dekat rumah walhal nak
tutup rahsia la tu.” Ashraff sudah ketawa sakan bersama yang lain.
“Hmm... aku pun rasa macam tu. Memang sepadan
la korang berdua ni. Bagai pinang dibelah dua.” Khairul bersuara seraya
mengangkat kening padaku. Sengihan nakal tersungging di bibir.
Eee!!! Bagai pinang dibelah dua??? Please la! Macam princess dengan beruk mat yeh je aku rasa! Tak sesuai.
Aku terus angkat kaki berlalu dari situ. Wana
mengejar aku yang sudah jauh ke depan bersama ketawa. Benci! Benci! Suka tau
dia orang kenakan aku. Mama!!! Mai nak balik!!! Nak je aku meraung dekat sini.
“Alahai... merajuk la pulak. Han, nampaknya tugas
kau kena pujuk.” Hakim jongket kening. Saja je tu! Tapi teruk betulkan mereka
ni. Orang lain yang usik, orang lain yang kena pujuk!
“Mestilah kena pujuk kalau tak nanti kena marah
dengan bakal mertua. Farhan kan calon menantu yang baik.” Barulah Izuan bersuara
setelah dua gadis itu pergi. Dari tadi dia sudah perasan. Dan dia tahu Farhan
juga perasan kerana sepupunya itu tersenyum aje bila ternampak diri Humairah
sewaktu masuk ke dalam dewan untuk ceramah. Malam nanti dia mahu mesej
Humairah. Nak usik Humairah! Hehe...
“Haaaa.....” semua sudah tersenyum nakal dan
ketawa. Farhan masih lagi steady
dengan muka beku dia tu. Dalam hati siapa yang tahu betapa girangnya dia. Senyuman
tersungging sedikit tanpa disedari sesiapa pun.
p/s: hai semua... maaf ye coz miss tak balas chat.... byk hal skrg.... dgn kelas memandu lg... almaklum ler, bru nk belajar... hehe tp kpvst tak dilupakan.... penat buat tau! hewhew.... hope enjoy k? sorry kalau tak best dan menepati citarasa anda semua :)