Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Saturday 16 March 2013

Ketua Pengawas VS Tunang 34


BAB34

HARI yang ditunggu telah pun tiba. Selepas saja loceng berbunyi maka tamatlah sesi persekolahan tetapi pelajar tidak dibenarkan balik lagi kerana hari ini adalah hari kokurikulum. Jadi semua kena hadir untuk dapatkan tandatangan guru bertugas setiap badan beruniform, kelab dan persatuan, dan permainan.

“Ahh! Leganya aku rasa. Serabut kepala belajar.” Syafiq menyandarkan badan ke tiang dewan terbuka dalam keadaan duduk.

“Dah nama pun student, memang kena belajarlah.” Khairul menyampuk. Dia bersila di depan Syafiq yang beruniform Pengakap. Khairul pula menyarungkan uniform Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

“Nasib baik kita dapat excuse hari ni kan? Kalau tak memang kena berkawadlah aku dengan bebudak pengakap tu.” Keluh Syafiq dengan mata terpejam. Ngantuk bebenor nampaknya! Padahal bukan buat apa pun.

Khairul ketawa. “Chill la. Gaya macam kau sorang je kena. Aku pun kena jugak. Itulah untungnya masuk kelab under Farhan.” dia terus ketawa. Syafiq tersengih. Ada betul jugak! Bila dengan Farhan, mereka akan ‘terselamat’ dari melakukan latihan kawad yang memenatkan.

“Haa! Apa benda yang under Farhan?” sergah Wana di belakang Syafiq. Terkejut mamat tu!

“Assalamualaikum,” perli Syafiq sengaja. Khairul sudah tersengih.

“Waalaikumussalam. Aku ada dengar korang sebut nama Farhan tadi. Apa dia? Cerita la...” pinta Wana dengan muka comel. Syafiq terpanar. Aksinya tersangatlah comel!!! Geram abang dibuatnya yang oii!

Khairul menyengih, “Hehe... kalau aku cakap kang Mai marah pula.” Sengaja dia menguatkan suara. Aku yang sedang berjalan menuju ke situ menjeling. Marah? Tak kuasa!! Tak serik-serik dia orang ni mengacau aku.

“Pasal Mai toksah risau. Aku tahu macam mana nak dinginkan hati dia yang panas macam kawah gunung berapi tu.” Mengekek-kekek mereka ketawa membuatkan hatiku jadi panas.

“Ewah! Ewah! Macam apa? Kawah gunung berapi? Nak rasa ke lava-lava gunung berapi singgah di kepala?” aku menunjukkan penumbuk. Rasa nak ketuk je mereka ni! Pantang aje nampak muka aku, mesti mengusik tak sudah! Kalau tak disebabkan Wana tarik aku masa habis kelas tadi, jangan harap aku nak jejakkan kaki ke sini. Peduli apa kalau Farhan marah. Kalau dia marah, aku bagitahu aje pada Aunty Hanani a.k.a bakal ibu mertuaku. Hihi...

Serentak mereka menggeleng. Tayang muka simpati.

“Assalamualaikum geng!” muncul Aizat berpakaian seragam kadet polis dengan dua buah kotak di tangan. Dia duduk sebelah Khairul. Kotak-kotak itu diletakkan atas lantai.

“Kau nak kita main kat sini? Tak ada tempat lagi ‘cantik’ dan ‘menarik’ ke?” perli Syafiq. Kami terburai ketawa mendengarnya.

Aizat mencebik. “Bukan aku. Han yang suruh. Kalau kau nak, cakap dekat dia sendiri. Aku penat nak patah balik jumpa dia. Lagipun aku nak kena jumpa Cikgu Samad lepas ni. Aku hanya hantar benda ni atas amanah Farhan. Cikgu-cikgu pun dah tahu korang dekat sini kalau ada apa-apa hal.”

“Okeeyyy....”

Lebih kurang dua minit kemudian, pelajar-pelajar yang memasuki pertandingan ini mula menunjukkan diri. Mereka bersalaman dengan aku dan Wana memandangkan kami kakak senior. Yang lelaki bersalaman dengan Syafiq dan Khairul memandang mereka lebih tua. Baik bebudak ni! Sejuk hati.

“Pasangan macam mana?” tanya Wana.

Aizat terdiam sejenak. “Korang main sesama sendiri dululah. Kalau Han datang kang, nanti dia ubah la sendiri. ” Putusnya.

“Okey aku chow dulu! Bye...” Aizat bersalam dengan Khairul dan Syafiq lalu pergi dari situ. Mustahak agaknya sampai tak nyempat nak pergi!




SUDAH setengah jam aku menghadap benda yang sama tapi tak masuk-masuk juga dalam kepala. Tetap blur dan confuse!

“Aku tak faham kenapa yang queen ni boleh makan semua buah catur kecuali king? Dan kenapa dia hanya boleh kepung tapi tak makan king?” sudah berulang kali dia bertanya dan berbuih mulut Wana menjawab. Tapi aku tetap tak puas hati lalu bertanya lagi.

“Lagi satu, kenapa menteri tak boleh gerak serong? Kenapa depan, belakang, kiri dan kanan je? Hah? Kenapa?” bertubi-tubi aku menyoal. Wana sudah pegang kepala. Uhh! Fed upnya!!!

“Kau ni kan Mai! Teruk betullah! Kalau kau tanya aku, memanglah aku tak dapat nak jawab sebab dah itu syarat permainannya. Kau tanyalah dekat orang yang cipta permainan ni. Tentu dia ada sebab tersendiri!” bidas Wana.

Aku menopang dagu. “Aku tak minat! Sebab tu aku tak boleh masuk dengan chess ni. Kau ajarlah macam mana sekalipun, aku tetap tak boleh masuk.”

“Kau boleh main. Minat tak minat itu lain cerita. Sekarang kau kena belajar. Macam mana nak masuk bertanding kalau kau tak pandai gerakkan buah catur? Farhan bukan dah ajar kau ke hari tu? Takkan kau tak ingat lagi?” Wana membetulkan tudung hitamnya.

Aku menggeleng. Macam mana nak ingat kalau kepala aku ke lain, tangan ke lain!

“Walau satu langkah pun?” Wana sudah tercengang. Aku mengangguk laju.

Oh my goodness!” terlopong dia. Gilalah Humairah ni! Takkan satu cara main yang Farhan ajarkan tak ingat? Banyak makan semut ke apa? Lepas pengsan terus terpadam segala memori. Bahaya ni! Khuatir pula terdelete memori yang lain pula.

“Aku bosan!” jeritku sekuat hati hingga mengejutkan rakan yang lain.

“Bosan pun nak beritahu ke?” satu suara kedengaran buat kami semua kalih pandang. Rasa tercekik tulang ikan bila si dia sudah datang dengan gayanya tersendiri. Berpakaian lengkap uniform kadet polis siap berey di kepala cukup menggugat jantungku ini. Sungguh macho, stail dan memang tak dinafikan.....handsome! Awesome!

“Eh, kenapa pasangan lain-lain?” tegur Farhan dengan dahi berkerut. Wajahnya tampak tegang.

Adik-adik junior sudah berasa takut dan gerun. Mereka menunduk aje. Takut dengan panahan mata Farhan! Apa nak takut dik? Dia pun manusia jugak.

“Aizat yang suruh. Lagipun kau tak ada. Tadi lupa nak tanya. Kita orang main je la.” Jawab Syafiq menenangkan keadaan.

Farhan terdiam lalu menganggukkan kepala. Dia meletakkan beg di atas pentas. Satu persatu nama yang ditulis pada sekeping kertas A4 putih ditenung dengan buku kokurikulum di sebelahnya. Nak tengok betul ke tidak ada orangnya! Takut cabut je. Selepas melihat kertas itu, dia datang ke tempat di mana kami semua bermain catur. Tengah-tengah dewan terbuka tu! Conquer habis! Padahal tak lebih sepuluh orang pun.

“Masing-masing ikut pasangan yang telah ditetapkan hari tu.” Arahnya. Dengan sekali kata saja, mereka yang berkenaan bangun mendapatkan pasangan masing-masing.

Wana sudah duduk setentang Syafiq, musuh plus pojaan hati dalam hati. Khairul dengan pasangannya. Dan pelajar lain juga dengan pasangannya. Aku??? Memang kena berpasangan dengan si ketua pengawas tulah jawabnya!

Farhan duduk berhadapan denganku. Dia menyusun semula buah catur ditempat asal. Selepas itu dia mengangkat muka memandang aku.

“Kau mula dulu.” Ujarnya.

Aku menopang dagu, menggerakkan bidak. Farhan juga menggerakkan buah catur yang sama. Aku gerakkan pawn yang lain pula. Farhan menggerakkan kuda. Aku menggaru kepala. Tak tahu nak gerak yang mana. Buah catur berupa kuda aku gerakkan. Farhan menggerakkan bidak lain. Aku terdiam. Kuda aku gerakkan.

Ngapp!!

Sekali kena makan dengan bidak Farhan. Huwaaa!!!!! Aku gerakkan menteri.

Ngapp!!

Sekali lagi kena makan dengan kuda Farhan. aku ternganga. Huwaaaaaa!!!!! Apa sudah jadi???? Aku pening!!!

“Humairah..” tegur Farhan bila melihat aku mendiamkan diri tanpa menggerakkan mana-mana buah catur.

“Farhan, serius aku tak boleh masuk dengan mainan ni.” aku membuat pengakuan setelah beberapa minit berdiam diri tanpa menggerakkan mana-mana buah catur. Perasaan malu yang menebal aku letak di tepi. Biarlah dia nak gelak ke nak apa ke yang pastinya aku memang dah tak boleh nak masuk lagi dah. Kepala aku jadi sakit semula.

“Kenapa?”

“Aku tak boleh main. Aku tak boleh masuk langsung. Hati aku tak menyebelahi aku untuk permainan ni. Tolonglah Farhan, aku tak nak masuk bertanding.” Rayuku penuh mengharap. Sahamku jatuh berdebuk-debuk seperti buah yang sudah ranum di dahan. Pertama kali aku merayu dengannya sebegini. Aku merendahkan ego pada pemuda yang telah kulemparkan wang ke mukanya suatu ketika dulu.

Farhan memandang aku dengan pandangan mempesona. Seulas senyuman terukir di bibir bikin aku terpanar.

“Hanya kerana kau takut dan tak yakin pada diri sendiri buat kau nak undur diri?”

Aku menikus.

“Humairah, kalau kau tak minat langsung dengan game yang ‘bodoh’ ni, kau masih tetap boleh main. Minat tolak ke tepi. Siapa kata tak minat bermakna tak boleh main? Ya! Memang betul kalau kita minat sesuatu benda, kita akan lakukan kerja tu dengan bersungguh-sungguh. Disebabkan minat! Tapi cuba kau buka mata, buka hati menerima permainan catur ini walaupun kau tak minat. Lama kelamaan kalau kau dah pandai main, kau akan jadi gian untuk bermain. Dan secara tak langsung kau akan minat main game ini. Tak susah mainnya kalau kau fokus. Bukan mata ke sini tapi fikiran dan hati ke lain.” Lembut Farhan bercakap hari ini buat aku rasa terharu. Feeling habis weh! Terpukau dengan kelembutan dia hari ini.

“Sekarang kau dah nampak apa kesalahan kau bila aku makan buah catur engkau?” tanya Farhan lagi.

Aku mengangguk. Ya! Aku dah nampak. Tapi suara langsung tak keluar dari mulut.

“Okey, aku bagi chance kau makan buah catur aku.”

Maka bermulalah permainan catur yang ‘boring’ itu. Farhan menunjukkan step by step cara-cara untuk menggerakkan buah catur dan mengumpan pihak lawan. Sekali aku gerak, aku makan bidak Farhan. Sekali lagi gerak, aku makan kuda Farhan. Yeah!! Aku tersenyum gembira bila sudah boleh bermain catur.

Farhan tersenyum nipis bila aku menepuk tangan keriangan. Hatinya memang tercuit habis dengan keletah Humairah yang menjadi manja secara tiba-tiba selepas berjaya main chess. Allahuakbar!

Okay, time’s up!” ujar Farhan memecah kesunyian di dewan terbuka.

“Boleh balik sekarang. Buku koko nanti ambil pada Abang Aizat.” Jelas Farhan terutama kepada adik-adik junior. Setelah mengemas barang, mereka beransur pulang.

“Uit,” cuit Wana.

Aku yang baru sahaja menghabiskan air mineral memusing kepala. “Apa?”

“Bukan main happy kau hari ini? Ada apa-apa ke?” Wana menjongket kening.

Aku mencebik. Korek rahsia orang aje tau! “Aku setiap hari happy. Tak ada apa-apa pun.” Balasku selamba.

Wana menjuihkan bibir. “Kau jangan nak tipu aku la. Aku nampak kau bukan main gumbira tadi tepuk tangan.”

Aku tersenyum apabila mengingatkan perkara tadi. Serius aku mula suka dengan catur!

“Salah ke aku tepuk tangan?”

Hey deyyy! Apesal kau ni pending tetiba?” Wana menepuk dahi. Rosak kawan aku!

Aku tersengih. Saja je! Mana boleh bagi Wana tahu isi hati aku. hihi...

“Kau demam ke Wana?” tegur Khairul dari belakang. Syafiq berjalan dengan Farhan sambil berbual apa entah.

Wana menggeleng. “Mana ada aku demam?” runsing dia sekejap.

“Dah tu yang pergi pegang dahi tu kenapa?”

“Salahke?” bengang Wana. Aku dan Khairul ketawa mengekek. Haha! Padan muka kau.

“Oit, jom balik.” Ajak Syafiq mendahului kami. Khairul membuntutinya bersama Wana. Aku bergerak perlahan kerana terasa pening-pening lalat. Farhan yang berada di belakang memerhati saja langkahku yang kian perlahan.

“Pening lagi ke?” soal Farhan prihatin. Pada tunangnya, ada sambungan sikit. Hihi...

Aku mengangkat muka terkejut. Eh? Bila masa dia ada dekat sebelah? Bukan dia dah jalan dengan Syafiq ke tadi? Aku menggaru kepala.

“Mai...”

“Err... haah. Pening sikit.” Ujarku tergagap-gagap.

Farhan membuka beg sekolahnya dan mengeluarkan satu bar coklat Cadbury. Disuakan coklat itu padaku.

Aku tergamam. Hulurannya dipandang sepi. Apa motif ni awak bagi kita coklat?

“Ambil aje la. Tadi Cikgu Namisah kasi aku. Makan coklat ni. Bertambah pening kau nanti susah pula.” Kata Farhan lagi.

Aku mengangguk perlahan. Coklat Cadbury dengan hazelnut yang menjadi kegemaranku dipandang. Macam tau-tau je yang aku suka kacang hazel! Rezeki jangan ditolak, mahu jangan dicari bak ayat P.Ramlee dalam filem Madu Tiga.

“Kau ada laptop kan?” soalan Farhan bikin aku terpinga-pinga. Pembalut coklat aku buang ke dalam tong sampah berdekatan.

“Ada, kenapa?”

“Ada game chess?”

Aku mengangguk. Memang ada tapi aku tak pernah buka pun! Dah tak reti main, buat apa nak dibuka kan? Baik main Solitaire. Lagi best! Tapi lepas ni aku akan sentiasa buka game chess. Sebabnya aku dah tahu main! Yeah! Rasa nak lompat bintang kat sini.

“Balik karang rest dulu. Jangan bagi stress kepala tu. Banyakkan minum air masak. Lepas makan, makan ubat. Lepas tu pergi mandi then rehat. Kalau tak sihat juga, call aku bagitahu. Faham?” satu per satu Farhan senaraikan untuk aku. Macam aku penting sangat. Eh! Pentinglah sebab aku kan tunang dia. Hekhek! Mai.... dah ada apa-apa ke? Hatiku mula mengusik diriku.

Aku sekadar mengangguk saja. Wajah dipaling ke kanan. Tak sanggup nak tengok dia walaupun seinci. Sebabnya? Jantungku mula berdegup kencang. Darahku menjadi gemuruh. Terasa sejuk tangan biarpun cuaca panas. Satu rasa meresap masuk ke dalam pembuluh darah. Rasa bahagia.... rasa selamat di sisi dia....

Dari jauh, enam pasang mata memandang tunak ke arah kami berdua. Senyuman tersungging di bibir. Khairul dan Syafiq melagakan thumbs up. Wana berasa gembira dan lega.

“Aku rasa Farhan memang dah tangkap cintan la. Kau tengoklah, mana pernah dia berjalan dengan perempuan macam tu. Siap bagi coklat lagi untuk Mai. Fuhh! Sure budak perempuan sekolah frust tertonggeng tengok. Lebih-lebih lagi Diva Babe dan kuncu-kuncunya.” Ujar Syafiq beria.

“Hmm, aku pun rasa macam tu. Luaran dia nampak tegas, serius tapi dalaman dia ada taman ma...” jawab Khairul pula. Mata masih mengintai pasangan sejoli itu.

Guys, kau koreklah rahsia Farhan. Aku pula korek rahsia Mai. Amacam?” Cadang Wana.

Empat pasang mata bersinar-sinar bak iklan Colgate. Mereka mengangguk lalu tersenyum. Set!

“Ni apehal tak balik lagi?” sergah Farhan bila terlihat akan tiga orang rakannya yang masih berdiri di celah-celah pokok bunga berdekatan pagar sekolah.

Terperanjat mereka bertiga! Dua jejaka tersengih manakala seorang dara menunduk malu. Aku pandang bersama kerutan di dahi. Sambil itu coklat pemberian Farhan dipatahkan lalu disuap ke dalam mulut. Hmm... sedap!

“Aaa... nak... nak balik la ni.” tergagap-gagap pula si Syafiq ni. Takut kantoi pulak! Mereka bertiga cepat-cepat jalan meninggalkan Farhan. Aku ditarik sama oleh Wana untuk pulang ke asrama dalam keadaan terpinga-pinga. Coklat dipegang erat agar tidak jatuh. Kang kempunan nak makan coklat hasil pemberian tunang err.......tersayang! Teettttt!!!!

Farhan mencerunkan mata. Tahu sangat taktik budak-budak ni. Intai la tu! Hesh! Macam tak ada kerja lain nak dibuat gamaknya. Sibuk sangat dengan hal orang! omel dia dalam hati.




p/s: hai semua... here new entry... sory klu entry tak best...  J