BAB 35
OKEY, hari yang dinanti-nanti tiba jua. Hari
penamat untuk segala-galanya. Pertandingan MUM (Minggu Uji Minda) akan
berlansung hari ini. Berdebar dadaku tatkala melihat ramai pelajar dari sekolah
lain hadir ke sekolah ini. Semuanya nampak macam terror, dalaman tak tahu lagi tapi aku yakin mereka yang datang
semua ini tentunya pandai bermain catur. Handal-handal belaka!
“Wana, aku takutlah. Entah macam mana nanti aku
main. Malulah. Nak baliklah.” Ujarku seraya mengundur langkah.
Wana segera menarik lengan baju sekolahku
berada disisinya.
“Relax
okey. Kita main dekat sekolah sendiri. Bukan dekat sekolah orang. Apa nak
takut? Kau main macam yang Farhan ajar la. Kan ke kau dah terror? Malah lebih terror
dari aku lagi,” kata Wana sedikit bangga.
Humairah sekarang sudah pandai bermain catur.
Beberapa kali dia asyik kalah bila Humairah ajak dia berlawan. Rasa marah tu
ada juga la. Tapi dia sedar, buat apa nak marah? Ini satu petanda yang baik.
Humairah benar-benar suka dengan catur!
Aku mengeluh. “Itu masa lepas. Sekarang ni nak
lawan dengan budak yang aku rasa lagi hebat dari aku. Lagi pandai dari aku. Aku
takut aku yang akan menyebabkan sekolah kalah. Buat sekolah malu.” Rasa nak
terkucil. Menahan rasa gemuruh, sejuk dan menggigil. Gementar? Jangan cakaplah!
Semua ada. Tetiba pula perut meragam. Alahai... sabarlah perut.
Wana menggeleng. “Mai, buat apa kau nak takut?
Adatlah kalau kalah masa bertanding. Itu semua ketentuan Allah. Kalau dia
izinkan kita menang, kita menang. Kalau kalah, tak apa. Mungkin bukan rezeki
kita. Mana tahu hari lain rezeki kau pula sampai.” Tenang Wana berbicara bikin
aku terpegun. Wana sudah menjadi seperti Aisyah. Terasa setiap kata-katanya
meresap masuk ke dalam atma. Sangat tenang.
Aku mengangguk perlahan. Jemari digenggam erat.
Sejuk!
Selang beberapa minit, muncul Cikgu Namisah dan
peserta yang memasuki acara MUM ini.
“Okey, tadi saya dah cabut undi. Kita round ke 2.” Ujar Cikgu Namisah.
Alamak! Round
2 ke? Alahai... lemah lutut aku. Lembik je rasa. Macam jelly.
“Nanti dia akan bunyikan loceng sebanyak tiga
kali. Kali pertama, masa mula. Kali kedua, masa round 1 tamat. Kali ketiga, mulalah game untuk round ke 2
pula. Dan seterusnya begitulah.” Jelas guru wanita itu lagi.
Semua mengangguk faham. Kringg!! loceng pertama
dibunyikan. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan pusingan pertama sudah
memasuki dewan dan acara pun bermula.
“Cikgu mahu kamu semua bertenang. Tak ada
apa-apa yang perlu ditakutkan. Main macam biasa. Anggap orang dihadapan kamu
itu adalah komputer. Macam main dalam komputer. Main biasa saja. Jangan gelabah
dan banyakkan selawat. InsyaAllah akan berjaya. Cikgu doakan.” Cikgu Namisah
merenung satu per satu wajah pesertanya. Macam nak pergi berperang pula! Haah,
berperang main chess!
“Haa... lagi satu cikgu nak khabarr berita gembira
pada kamu semua.”
Semua merenung muka guru wanita yang sedang
tersenyum-senyum itu. Benak masing-masing dipenuhi dengan persoalan.
“Kalau menang, cikgu akan belanja kamu semua
makan di luar.” Kami menjerit keriangan. Huhu! Sukanya... boleh keluar!
“Kalau kalah.....” semua sudah kecut dan
terdiam bila cikgu berkata dengan nada semacam.
“Kalau kalah kenapa cikgu?” tanya Syafiq
pantas. Tidak bersabar lagi. Kena denda kut, telah hatinya.
Cikgu Namisah tersenyum. Saja je dia buat
gimik. Kasi suspen. “Kalau kalah, cikgu tetap belanja makan juga.”
Kami mengeluh lega. Ingat apa cikgu nak cakap
tadi. “Cikgu ni! Suka buat suspen.” Omel Wana sambil mencebik.
Tergelak Cikgu Namisah. Kepala Wana digosok.
***
Kring!!
Semua tertoleh ke arah dewan tertutup tatkala
loceng itu kedengaran lagi. Bagi peserta round ke 2, kami menadah tangan
mengaminkan doa yang dibaca ketua pengawas kami iaitu Farhan.
“Good
luck!” Cikgu Namisah memberi semangat.
Kaki kanan dimulakan terlebih dahulu untuk
masuk ke dewan. Macam nak ambil periksa SPM pula rasanya. Jantung makin lama
berdegup kencang. Tangan makin sejuk jadinya. Peluh merintik di dahi. Menggigil
tubuh badan bila disuruh duduk di tempat yang ditetapkan. Berhadapan pula
dengan pelajar lelaki yang kurasakan agak hebat kerana dari gayanya saja aku
sudah tahu, aku pasti akan kalah. Berjuang Humairah! Ingat step yang diajar!
Kring!!
“Bismillahirrahmanirrahim.”
“ALHAMDULILLAH,”
Kami menjulang piala yang berkilau itu dengan
megah ke dada langit yang kebiruan. Betapa syukurnya kami kerana telah berjaya
memenangi acara keseluruhan bagi pertandingan MUM ini. Syukur padamu Ya Allah.
Berkat keizinanMU kami berjaya.
“Tahniah!” Cikgu Namisah tiba bersama suami
tercinta, Cikgu Samad. Senyuman melebar di bibir kedua-dua orang guru itu.
“Cikgu!!!” aku dan Wana berlari lalu memeluk
tubuh Cikgu Namisah. Gembiranya bukan kepalang. Terasa sejuk dan damai bila
kepala diusap. Cikgu Namisah tak ubah seperti seorang ibu.
“Cikgu, kami dah menang. Dapat piala, sijil dan
wang tunai setiap seorang. Cikgu kena tunaikan janji,” usik Khairul disambut
gelak ketawa semua orang di situ. Cikgu Samad turut tergelak mendengar usikan
anak muridnya itu.
“Aik? Dah dapat duit setiap seorang pun masih
nak kena belanja ke?” usik Cikgu Namisah tersenyum.
“Cikgu!!!!!”
Tergelak guru wanita itu bersama suaminya.
“Cikgu tak lupa. Lepas balik sekolah ni siap.
Cikgu ambil lepas kamu semua dah solat zohor. Boleh?”
“Boleh!!!!!” kami menjerit kesukaan. Piala
dijulang ke atas. Awan, lihatlah. Kami sudah menang! Kami juara! Terasa nak je
jerit pada langit. Terasa seperti awan tersenyum melihat kegembiraan kami di
bawah ini.
Kami merakamkan pelbagai aksi dan pose menarik apabila Cikgu Samad minta
bergambar beramai-ramai. Memang gila-gilalah semua orang! Yang terlebih gila
ialah aku! Haha! Dalam pada itu aku
sempat menoleh ke belakang. Farhan yang terasa diri ditenung terus mengangkat
wajah. Anak mata kami bertemu. Satu senyuman menghiasi wajah. Senyuman ikhlas
dari hati. Klik! Klik!
***
RIUH. Itulah ungkapan yang sewajarnya diberikan
kepada kami. Satu KFC ini boleh dengar suara kami yang riuh rendah minta itu
dan ini. Berbual macam tak pernah berjumpa. Mengalahkan pasar malam lagaknya.
Cikgu Namisah dan Cikgu Samad melayan saja
kepala otak gila-gila kami ini. Ada saja modal yang keluar dari mulutnya
mengenakan kami. Bertambah riuhlah suasana di premis ini dengan gelak ketawa
dan sesi berbahas antara lelaki dan perempuan.
“Hmm, lepas ni bolehlah cikgu ambil kamu semua
masuk acara berbahas pula. Nampak berkeyakinan aje.” usik Cikgu Namisah seraya
menghirup perlahan air bergas itu.
Kami tergelak kecil. “Cikgu kalau nak ambil
boleh, tapi saya awal-awal surrender.
Kita kasi Humairah ni masuk. Dia memang berbakat. Almaklumlah, dia kan pernah
menjuarai pidato di sekolah lama dulu.” Khairul mengenyitkan mata bila aku
menayangkan penumbuk padanya.
“Haah, cikgu. Masukkan sekali Farhan ni haa.
Dia orang berdua ini memang berbakat. Farhan pun banyak kali menang pidato
kan?” Syafiq mempromosikan Farhan pula.
Aku yang sedang menggigit paha ayam terkedu.
Aik? Dia pun pernah masuk pidato juga? Tak percaya ni! Musykil! Tapi tengok
gaya cakap dan lenggok badan macam ya. Hmm, beruntungnya badan. Semua pakej
ada. Siapalah yang akan dapatkan dia ni agaknya. Beruntung sangat orang tu. Hihi...
“Hmm... memang betullah kamu berdua ada
persamaan. Elok kahwin aje.” sakat Cikgu Samad menambah rencah gelak ketawa
kami.
Aku ternganga. Alahai! Dah nak masuk isu
sensitif la pulak. Farhan juga tampak tergamam dengan kata-kata yang
dilontarkan oleh guru bahasa inggeris itu. Serentak kami memandang antara satu
sama lain.
Khairul, Syafiq dan Wana sudah ketawa
mengekek-kekek. Niat dihati ingin mengenakan mereka berdua termakbul jua.
Hmm... kalaulah cikgu dua orang ni tahu hal sebenar memang tersemburlah air
sarsi KFC ini. Mahu terkejut beruk jadinya! Tak apa, bila tiba masanya akan
terbongkar jua lah rahsia yang tersimpan kemas ini. Tunggu!
“Hmm... saya setuju. Kahwinkan aje.” sampuk
Cikgu Namisah beserta sengihan nakal. Dia dapat rasakan ada yang cuba
disembunyikan daripadanya tentang perhubungan dua orang pelajarnya tapi dia
tidak mahu syak wasangka pada anak muridnya. Kalau betullah tekaannya, dia
hanya mendoakan yang baik-baik saja.
Aku dan Farhan meneguk liur! Oh mannn!!! Dah masuk isu yang harus
dielakkan sama sekali. Cinabeng betullah
kawan-kawan aku ni! Mangkuk ayun + mangkuk tingkat! Rasa nak je aku
tonyoh-tonyoh mulut cabul dia orang ni dengan tulang ayam! Tak boleh simpan
rahsia langsung! Tembak dengan M16 baru tahu! Tak pun baling bom jangka dalam
mulut. Meletup-letuplah kau! Hmmph!
***
PANGGILAN telefon dari ibu kesayangan
melebarkan senyuman Farhan. segera dia menekan butang menjawab.
“Waalaikumussalam. Angah sihat, mama. Baru
lepas makan KFC.” Kata Farhan selepas berbalas salam. Aunty Hanani awal-awal
lagi sudah tahu akan perihal kejayaan anaknya itu kerana Farhan acapkali
menghantar mesej dan panggilan telefon buatnya di Johor. Ahh! Rindu benar pada
anak keduanya itu. Walhal baru saja berjumpa minggu lepas.
“Alhamdulillah. Kenyang perut anak mama.
Sekarang ni angah tengah bersiar-siar ya?” tanya Aunty Hanani.
“Haah, ma. Cikgu bawa pusing-pusing dekat mall ni. Release tension sekejap.” Tergelak Farhan membuatkan mamanya turut
sama ketawa. Siapa kata Farhan tak tension?
Dengan jawatan yang disandang buat dia sentiasa tertekan dengan tuntuan kerja
yang banyak namun dia harus berusaha melakukan sebaik mungkin dan memperbanyak
selawat kepada junjungan nabi.
“Han,
minggu ni mama ingat nak buat majlis sikit. Doa selamat untuk Farhan
dan Humairah hadapi peperiksaan besar. Angah tak kisah kan?” soal Aunty Hanani.
Farhan terdiam sejenak. “Minggu ni ke mama?”
“Yelah. Minggu ni kan angah balik. Papa dengan
mama nak buat sebelum terlupa. Nanti mama nak bagitahu bakal keluarga mertua
angah. Tapi mama khabarkan pada angah dululah. Macam mana Han?”
Farhan memejamkan mata sebelum menarik nafas
panjang. Benda baik, apa salahnya. “Boleh, mama. Baik untuk mama dan papa, baik
untuk angah juga.” Putusnya.
Betapa gembira hati mama Farhan mendengar
luahan sang anak itu. Farhan anak yang baik. Dan dia mengharapkan Farhan dapat
memberi sinar kebahagiaan dalam keluarga ini sementelah apa yang telah
dilakukan oleh Firhad bertahun-tahun lamanya. Namun dia percaya, dengan
kekuasaan Allah, semua boleh terjadi dan dia berharap sangat agar Firhad pulang
ke pangkuan keluarga.
Bunyi suara gelak ketawa di belakang membuatkan Farhan tersentak. Dia cepat menoleh ke belakang. Humairah sedang bergelak ketawa dengan
Wana dan beberapa pelajar junior.
“Angah, Maira ada di situ ke?” soalan mamanya
menyentakkan lamunan dia sekali lagi.
“Apa, mama?”
“Humairah ada di situ ke? Mama macam terdengar
suara dia.”
Farhan menelan liur. Alamak! Macam mana mama
boleh cam suara tunang aku ni? Hebat mama! Boleh cam biarpun dia hanya ketawa.
Cayalah mama! I’m salute for you!
“Han! Isk! Apesal diam tiba-tiba ni?” bebel
Aunty Hanani ditalian. Geram rasa bila anaknya itu mendiamkan diri. Entah-entah
dia membebel tadi Farhan tidak dengar. Isk!
Farhan menggosok tengkuk perlahan. “Tak ada
apa, ma.”
“Panggil Maira, mama nak cakap dengan dia.”
Arahan dari mem besar sudah keluar. Perut Farhan rasa tak sedap. Entah apa yang
mama nak cakap dengan budak tu nanti.
“Han........” meleret panggilan Aunty Hanani
membuatkan Farhan akur. Dia bergerak ke arah di mana aku sedang bersandar di
dinding kedai baju sambil bermain mp3.
“Mama nak cakap,” huluran yang begitu pantas
mengejutkan aku. tegak terus badan!
“Apa ni?” pelikku. Apesal mamat ni tiba-tiba
bagi handphone pulak? Gila ke apa? Kut ya pun nak jual telefon tak payah la
dekat aku. Tahulah handphone mahal!
Farhan mengetap bibir. Isk! Geram pula aku
dengan dia ni. dia membuka mulut namun suara tidak terkeluar sama sekali. Aku
mengamati betul-betul mulutnya. Ma.... ma.... nak..... ca.... kap....!
Zapp!!! Aku dapat tangkap. Aunty Hanani
nak cakap dengan aku? Really? Oh mann!!! Darah gemuruh sudah datang. Apa aku
nak buat ni?!
Farhan tetap menghulurkan telefon itu padaku.
Matanya mencerun tajam padaku bila aku menolak telefonnya.
Isk! Suka paksa-paksa. Debik kang!
Aku berdeham sekejap, “Assalamualaikum, aunty.”
Sapaku.
“Waalaikumussalam.
Apa pula aunty? Mama, sayang.” Tergelak Aunty Hanani di talian.
Aku terkedu. Alahai.... mama ke? Mama!! Tolong
Mai!
“Biasakan lidah dengan panggilan mama, sayang.
Bukan lama mana pun. Kan tak lama lagi Maira akan jadi menantu mama juga.”
Lembut wanita itu berbicara.
Aku terpegun. Alangkah indahnya kalau semua
wanita seperti mama dan Aunty Hanani. Bila berbahasa, pasti akan terpegun dan
tak terkata mendengarnya.
“Emm... baiklah, mama.” Ungkapanku itu berjaya
menarik perhatian Farhan yang sedang berdiri tidak jauh dariku. Tersentak dia
mendengar ucapan itu. Bagai ada magnet menariknya untuk mendekati Humairah yang
tidak sedar akan kehadirannya kerana membelakangi tubuhnya.
Suara Humairah yang tenggelam timbul itu cuba
dihayati. Tidak sedar tubuhnya begitu rapat dengan belakang Humairah.
“InsyaAllah, mama. Bye... assalamualaikum.” Aku terus memutuskan talian selepas wanita
itu menjawab salamku. Lega hati bila sudah tamatkan panggilan telefon. Fuhh!
Soalan cepumas adik beradik cepugangsa bikin lutut aku terketar-ketar.
Aku menarik nafas sebelum memusingkan badan.
“Oh mak kau meletup!” melatah aku kerana terperanjat. Alangkah terkejutnya aku
bila ada satu tubuh begitu dekat di belakangku dan sedang merenungku tajam.
Hampir saja aku pengsan akibat terkejut. Isk!
“Nah,” aku menyerahkan telefon mahal kepada
tuan punya badan semula.
Farhan mengambil namun mata masih tertancap
pada wajahku buat aku gerun.
“Mama cakap apa dengan kau?” entah kenapa
tiba-tiba dia jadi serius aku tidak mengerti. Dekat sekolah okey aje! Semalamlah.
“Tak ada apa-apa.” Jawabku tidak memandang
mukanya. Fokusku hanya pada mp3 ditangan.
“Mustahil tak ada apa-apa. Siap panggil mama
lagi,” Terasa seperti disindir membuatkan aku pantas mengangkat muka. Mata
Farhan masih merenungku. Entah kenapa hatiku terasa pedih dengan kata-katanya.
Hati mulai sebak.
“Aunty yang suruh. Bukan aku!” terus aku pergi
dari situ memasuki kedai baju. Aku mendekatkan diri dengan Cikgu Namisah dan
Wana yang sedang mengacu pakaian ke tubuh. Aku pura-pura membelek pakaian
membelakangi mereka walhal ketika itu aku sedang mengesat air mata.
p/s: marathon buat ni... hihi... hope sukakannya! :) love you all! muahhh :D
p/s: bab 36 lain kali... pnat jari menaip... hihi