Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Monday 18 March 2013

Ketua Pengawas VS Tunang 36


BAB36

DUNIAKU kembali aman seperti dulu. Kini tiada lagi latihan untuk catur, sukan dan bla bla bla. Sejak insiden hari itu, aku tidak lagi bersemuka dengan Farhan. Serasa hati bagai disiat-siat mengenangkan ayatnya tempoh hari. Jadi aku mengambil jalan lain untuk dipertemu dengannya. Ada juga mesej daripada Izuan yang mengatakan tentang perangai pelikku secara tiba-tiba. Mana tak pelik kalau kawan-kawan tengah sedap lepak, aku terus blah dari situ naik ke dorm! Memang aku tak boleh tengok muka mamat tu. Sakit hati!

“Mai, awat mengelamun je ni?” tepukan yang kuat di bahu buat aku tersedar. Pantas aku mengangkat muka memandang Iman yang sudah duduk di sebelah bersama buku ditangan.

“Tak ada apa-apa.” Jawabku seperti biasa.

Iman mencebik. “Ingatkan tunang la tu,” sindirnya.

“Jangan sebut pasal dia boleh tak!” marahku tiba-tiba.

Iman terkejut. Bukan dia saja malah beberapa pelajar sekelasnya juga turut berada dalam perpustakaan ini tersentak mendengarnya. Hilang fokus membaca. Nasib baik rakan sekelas sendiri. Kalau campur kelas lain memang haru jadinya!

Aku bangun menuju ke rak buku bahasa Melayu fiksyen di bahagian belakang. Terdapat beberapa buah novel di rak itu untuk pembaca. Aku membeleknya dengan kasar, kemudian meletakkannya semula. Juga kasar. Aku cari novel lain sehingga hati terasa puas.

“Man, apesal dengan Mai tu?” D yang baru tiba terus bertanya berbisik pada Iman.

Iman mengangkat bahu. “Tiba-tiba je angin. Aku rasa dia gaduh dengan Farhan la. Tadi aku saja je cakap ingat tunang la tu, tiba-tiba dia marah. Terkejut aku.” cerita Iman perlahan.

“Aku rasa dia ada masalah la. Tak pernah dia jadi macam ni.” Kata D. Iman mengangguk. Dia terus memulakan pembacaannya. D juga sama. Buku karangan dibelek. Tajuk mengenai keusahawanan dicari untuk mengarang essay.

“Assalamualaikum!” terdengar suara orang memberi salam buat semua penghuni perpustakaan menoleh lalu menjawab.

Khairul dan kroni-kroni sudah tiba. Bertambah sengihan di bibir tatkala wajah Iman menyapanya. Terus dia mengambil tempat depan Iman yang sememangnya kosong.

“Hai, Iman.” Khairul kenyit mata.

Iman menjegilkan mata. “Kau tahu kita dekat mana sekarang?”

“Perpustakaan.”

“Tahu peraturan perpustakaan?”

“Tahu.” Angguknya.

“Apa?”

“Tak boleh buat bising.” Jawab Khairul selamba. Itu pun nak tanya ke? Adik dia yang masih tadika pun boleh jawab. Kacang je!

“Dah tu lagi mahu bising? Diam-diam sudah!” marah Iman perlahan.

Khairul menjuihkan bibir. Nak bermesra pun tak boleh! Kedekut Iman ni tau.

Syafiq, Hakim, Putera dan pelajar lelaki kelas mereka mengambil tempat di meja sebelah. Masing-masing tekun membaca buku. Memandangkan hari ini Cikgu Namisah ada hal yang tak boleh dielakkan maka kami semua disuruh pergi ke perpustakaan dan diganti dengan cikgu praktikal.

“Aisyah, Wana dengan Mai mana? Tak nampak pun. Ponteng ke?” tanya Khairul setelah mendapatkan buku dari rak.

“Wana dengan Aisyah pergi bilik guru, Cikgu Samad panggil. Mai ada je kat sini.” Balas Iman tanpa memandang Khairul.

Khairul kerut dahi. Dia memandang sekeliling. Jangan kata batang hidung, bayang pun tak ada! Iman ni betul ke tak betul?

“Dia dekat rak belakang bahagian novel.” Kata Iman lagi seakan mengerti apa yang difikirkan Khairul.

“Khai,” bisik D.

Khairul angkat kening.

“Aku sarankan kau jangan cakap dengan Mai buat masa sekarang ni.” jelas D.

“Apesal pulak?”

“Dia tengah bad mood.”

Lagi berkerut dahi Khairul. “Pasal apa?”

“Kami rasa pasal Farhan. Sebab tadi Iman ada sentuh perihal tunang. Then dia marah. Terus pergi belakang.” Kata D lagi.

Khairul terdiam. “Gaduh ke?” tanya dia lagi tak puas hati.

Serentak dua gadis mengangkat bahu. Lagi Khairul pelik. Dia berpura-pura tekun membaca buku apabila mata tertancap pergerakan Humairah sedang berjalan ke meja itu. Senyuman terukir di bibirnya namun langsung tidak dibalas Humairah. Cis! Buat penat je aku sedekah dekat dia, kutuk Khairul.

Loceng berbunyi menandakan tamat waktu bahasa Melayu. Kami mengemas segala buku yang berada di atas meja dan menyusun kerusi. Selepas itu kami beratur di meja kecil sebelah pintu untuk menurunkan tandatangan pada buku berwarna merah sebagai kehadiran kami ke perpustakaan ini.

Buku nilam diletak atas rak kasut. Kasut yang berada di rak ditarik perlahan. Baru saja menyarung kasut kaki kanan, terdengar suara pelajar lain di belakang. Cepat-cepat aku menyarungkan kasut kaki kiri. Kawan-kawanku sudah siap memakai kasut. Aku bangun untuk mengambil buku nilam di atas rak tadi.

Serentak sepasang tangan mengambil buku tersebut mendahuluiku. Aku tergamam. Melihat manusia di hadapan menambahkan kebencian yang mencambah dalam jiwa. Terus aku menarik buku nilam itu dengan kasar tanpa melihat mukanya. Aku sengaja mengesat buku nilam itu pada hujung bajuku tanda jijik dan kotor dengan kasar.

Nyata muka Farhan berubah sama sekali. Dan aku terus berjalan meninggalkannya yang mungkin terasa dengan kelakuanku tadi.




“KENAPA ni?”

Pertanyaan dia tidak kujawab malah aku membuat kerja lain. Aku nakkan ketenangan. Aku tak mahu diganggu. Siling atas kutenung.

“Mai, kalau ada masalah jangan diam macam ni. Ceritalah pada aku. Mana tahu aku boleh tolong.” Kata D menjurus nada memujuk.

Aku kaku di katil. Earphone dibetulkan di telinga. Volume dikuatkan.

D mengeluh kecil bila aku berkeadaan begitu. Dia terus membuat kerjanya tanpa mempedulikan aku yang termenung merenung mp3.

Wana, Aisyah dan Iman muncul di muka pintu. Mereka meletakkan baldi di tempat biasa dan bergerak ke katil D. Mereka menggunakan bahasa isyarat bertanyakan perihal aku yang moody sejak pulang dari perpustakaan. Oppss! Bukan sejak perpustakaan tapi sejak mereka memenangi pertandingan catur. Humairah tampak berubah. Lebih senang mendiamkan diri dan termenung daripada berbual dengan mereka.

“Mai...” panggil Wana. Tidak bersahut. Aik? Takkan tak dengar kut? Selalunya walaupun telinga kena sumbat dengan earphone namun dia masih bisa menjawab sahutan.

“Aku dah kata.” Balas D.

“Apesal dia jadi macam tu? Selalu tak pun.” Pelik Aisyah.

D mengangkat bahu. “Psstt...” semua memalingkan muka bila terdengar bunyi itu. Wajah D dipandang. “Aku rasa dia gaduh besar dengan Farhan.”

Tiga kawan terdiam sejenak. Masih memikir apa yang diperkatakan D. Gaduh besar? Tak mungkinlah. Farhan steady aje. Tak nampak pun muka macam orang bergaduh. Ada juga mereka perasan Humairah akan cepat-cepat tukar jalan lain bila nampak muka ketua pengawas sekolah itu.

“Nantilah kita tanya dia. Sekarang bagi dia tenangkan fikiran dulu.” Ujar Aisyah. Kawan yang lain mengangguk setuju.

***

“APA kata korang?” soal Iman kepada jejaka-jejaka edisi tak terhad itu.

“Aku nak tanya Farhan tapi selalu tak ada ruang. Dia busy memanjang.” Luah Aizat.

“Tapi kenapa Mai tetiba nak merajuk pulak? Bukan ke lepas menang catur, dia happy gila?” tanya Hakim hairan.

“Itulah yang kami pelik,” kata D.

Semua terdiam. Masalah! Nak cari punca perubahan Humairah sangatlah menyeksa jiwa raga. Apa kerja semua tak boleh buat, tak boleh fokus sebab fikiran asyik teringat akan gadis comel itu.

“Aku rasalah kan... Farhan ada cakap something yang buat dia terasa kut.” Suara Aisyah yang merdu memecahkan suasana bisu sebentar tadi.

Masing-masing menghadap wajah putih bersih itu. Ya tak ya juga! Ada juga betulnya kata-kata Aisyah.

“Aku pun rasa macam tu. Sekarang ni dia dah jarang bercakap even dalam kelas pun. Rindu pula dengan suara dia.” Semua mengangguk setuju dengan kata-kata Putera.

“Dan yang paling aku confuse sekarang ni kenapa dia tak lekang dengan mp3? Itu yang aku tertanya-tanya. Mana-mana dia pergi pun mesti dengan mp3. Kalau dulu mana ada dia pegang benda alah tu selalu. Ni sampai ke jamban pun bawa!” Ujar Wana tak puas hati.

Semua jejaka mengerut dahi. “Dia nak lepaskan rasa kut dekat mp3 tu. Biasalah. Dengar lagu kan boleh tenangkan fikiran.” Balas Khairul bersahaja. Dia mengambil choki-choki kepunyaan Iman dengan selamba. Sikit pun Iman tak tepis. Ni sayang lebih ni! hihi...

“Oookkeyyy... aku nak assume something. Korang tahu lagu apa yang dia selalu dengar tak?” pertanyaan Putera membuatkan anak-anak dara itu menunjukkan memek muka pelik.

“Penting ke nak tahu dia suka dengar lagu apa?” balas Iman acuh tak acuh.

“Entah Putera ni. Tak masuk akal la!” bidas D pula.

Girls, dari situlah kau akan dapat tahu apa yang dia alami. Aku ada terbaca satu artikel dekat majalah. Seorang perempuan yang ceria akan bertukar muram dan menjadi pendiam bila ada sesuatu berlaku pada diri dia. Like clash or something else. Dan yang selalu menjadi peneman dia adalah lagu. Lagu memainkan peranan. Kalau orang tu dengar lagu happy-happy means dia okey. Kalau dengar lagu yang agak-agak menghala ke arah kesedihan dan meruntun hati... means....”

Means memang dia ada masalah hati atau lebih tepat percintaan.” Aizat memotong bicara Putera. Tepat!

Putera memandang Aizat dengan rasa tak percaya. “Dude, kau baca juga ke majalah tu?”

Aizat mengangguk. “Adik aku ada bagitahu aku. Dan aku pun ada baca sikit-sikit.”

Putera melayangkan give me five pada Aizat. Tak sangka Aizat pun ada baca! Respect!

Yang perempuan ternganga. Benarkah? “Betul ke fakta tu?” macam bohong je!

Putera mengangkat bahu. “Itu wallahualam. Aku cuma cakap aje. Kalau auta, salahkan majalah tu dan bukannya aku. Aku cuma baca dan sampaikan saja apa yang aku baca.”

Mereka termenung. Kalau betullah kata-kata Putera dan Aizat, maknanya Humairah sedang mengalami krisis alam percintaan? Ya ke? Ragu-ragu pula mereka.

“Farhan selalu dengar lagu tak? Lagu apa?” tanya Wana.

Teruna-teruna itu tersentak. “Kenapa tanya?”

Wana mengeluh, “Kalau dia pun perangai sama dengan Humairah baru kita boleh buat analisis. Atau lebih tepat, krisis alam percintaan!”

Terangguk-angguk mereka memahami apa yang diperkatakan oleh Wana.

Okay set! Balik ni kalau line clear kita jalankan operasi.”

Mereka semua mengangguk laju. Yakin! Misi pasti berjaya!

***

MASING-masing memandang antara satu sama lain. Isyarat mata diberikan tanda memulakan misi.

“Ehem!” Iman berdeham. Katil Mai dituju dengan mulut terkumat kamit membaca doa pelembut hati.

“Err... Mai...” panggil Iman setibanya dia disisi katilku. Aku mengangkat muka memandangnya. Kening diangkat.

“Minta tolong boleh?”

“Tolong apa?”

“Temankan aku pergi toilet.” Pinta Iman.

Aku mengerut dahi. “Pergi toilet pun berteman? Selalu pergi okey je. Ajaklah D. Aku malas.” Kataku acuh tak acuh. Mata memfokus pada buku latihan Add Math di atas katil. Sambil itu earphone ditelinga dibetulkan.

Iman menggaru kepala. Dia menoleh ke belakang melihat teman-teman. Wana, D dan Aisyah menyuruh dia menggesa Humairah. Iman mengeluh perlahan. Nafas ditarik.

“Mai... temankanlah aku.” mengongoi Iman di katilku.

“Malaslah.”

“Jomlah temankan aku. Selalunya D, Aisyah dengan Wana temankan aku. Kau belum pernah temankan aku malam-malam. Kau sayang aku kan? Temankanlah aku...” rayu Iman. Moga-moga rayuannya berjaya mencairkan hati Humairah yang tiba-tiba jadi iceberg! Entah hantu setan mana yang masuk dalam badan Humairah ni hingga dia jadi macam ni.

Aku memejam mata. Isk! Kacau je orang tengah sedap-sedap buat kerja. Aku bangun dengan malas. Tudung yang tersangkut di tingkap aku capai lalu kusarung ke muka.

“Cepatlah!” gesaku. Iman terus membuntutinya dari belakang. Thumbs up dinaikkan pada tiga rakannya yang lain. Kemudian dia menghilangkan diri ke bilik air.

Come!” pantas Wana, D dan Aisyah mencapai mp3 di atas katil Humairah. Earphone yang terpasang didekatkan pada lubang telinga. Lagu pertama didengar dengan penuh khusyuk.

Membuntang mata dia mendengar lagu tersebut. Wajah D dan Aisyah yang tertanya-tanya dipandang dengan rasa tak percaya.

“Lagu apa, beb?” tanya D tak sabar.

First, Unbreak My Heart.”

Kata-kata Wana membuatkan D ternganga. Aisyah terkelip-kelip merenung Wana.

What?!” menjerit D terkejut. Pelajar yang berada dalam dorm yang sama memandang D. D tersengih malu. Dia meminta maaf kerana telah menganggu sesi pembelajaran mereka. Wajah Wana ditenung semula.

Second, You by Nur Jannah Alia.” Ujar Wana lagi. Sambil itu matanya sesekali menoleh ke arah pintu dorm. Mana tahu kut-kut Humairah dengan Iman dah sampai ke kan? Mampus mereka nanti!

Third ada?” soal Aisyah perlahan.

Wana mencari lagu seterusnya. “Dadali - Disaat Aku Mencintaimu.”

Tercengang mereka berdua mendengarnya. Sungguh tak sangka! Humairah bukan stok pemudi jiwang yang layan lagu-lagu cinta cenggini. Dengar lagu yang mendayu-dayu? Tapi kenapa lagu-lagu yang dia dengar melalui earphone ini lebih menjurus kepada cinta? Adakah ini bermakna Humairah telah........ dan apa yang Putera cakap petang tadi...... benarkah?

Bunyi suara semakin hampir membuatkan mereka lekas-lekas berlalu ke meja studi selepas meletakkan earphone dan mp3 ke tempat asal. Masing-masing konon-kononnya tekun membuat kerja sekolah. D mengira dengan jari. Konon buat latihan Matematik. Wana membelek buku latihan Sejarah. Aisyah pula pura-pura menekan butang kalkulator mengira untuk subjek perakaunan.

Dari lirikan mata mereka, Humairah sudah duduk di katilnya semula dan memasang earphone kembali ke telinganya. Dia menunduk menyambung kembali tugasannya yang terbengkalai.

Mereka akan beritahu pada geng aspura akan perkara ini! Itu tekadnya.





BULAN kelihatan sangat cantik menerangai malam yang gelap. Bintang kelihatan berkerdipan di dada langit. Farhan merenung lama ke arah ciptaan Allah itu. Hatinya rasa tak tenteram. Tidak tahu kenapa. Dia mengingati kembali perlakuan Humairah di perpustakaan. Mengapa Humairah tampak begitu membencinya? Adakah dia telah membuat salah atau melukakan hati gadis itu? Mungkin apa yang diperkatakan olehnya tempoh hari sewaktu di KFC melukakan hati Humairah secara tidak sengaja? Atau ada kata-kata mama yang menjentik tangkai hatinya?

Farhan buntu. Handphone ditangan di tenung dengan perasaan berbalam. Sungguh dia rasa tak sedap hati. Tidak pernah dia merasa kesakitan seperti ini setelah bertahun-tahun lamanya. Kalau dulu dia merasa kepedihan ini sewaktu ditinggalkan Nazatul tapi kali ini dia merasa sekali lagi. Lagi pedih sehingga ke lubuk hati. Kali ini dengan Humairah, tunangannya. Nazatul sudah dibuang jauh dari ingatan. Dia tidak mahu mengingati semua itu lagi. Apa yang dia mahukan adalah perangai Humairah yang dulu. Yang suka cari gaduh dengannya. Yang suka menjeling, mencebik dan menjuihkan bibir padanya. Tapi kelakuan Humairah di perpustakaan bikin dia terasa sangat-sangat.

‘Apa salah aku Ya Allah?’ rintih hatinya sendirian.

Dari jauh Izuan merenung perbuatan Farhan. Gaya betul macam frust bercinta. Termenung sana, termenung sini. Pandang bulan bintang lepas tu handphone. Betul-betul macam orang baru lepas clash! Dia tahu segala-galanya yang berlaku. Humairah telah ceritakan semuanya pada dia petang semalam melalui khidmat pesanan ringkas setelah dia mendesak agar memberitahu perkara sebenar. Dan dia pasti Humairah menangis ketika menghantar mesej tersebut. Namun dia telah berjanji pada Humairah supaya tidak menceritakan pada sesiapa pun. Hanya Allah, dia dan Humairah saja yang tahu. 

Tetapi dia tidak sampai hati melihat aksi Farhan. Farhan sepupu merangkap teman karibnya. Humairah pula teman sepermainannya. Mana satu yang dia harus pilih? Dia juga buntu.

“Han, jom masuk.” ajak Izuan.

Farhan berpaling lalu menggeleng. “Kau masuk tidur dulu. Aku nak duduk sini. Kejap lagi kalau aku mengantuk, aku masuk tidurlah. Jangan risau.” Ujarnya senada.

Izuan mengangkat bahu. Dia terus masuk ke dalam dorm. Dibiarkan Farhan bersendirian dengan merenung bintang. Moga Farhan dan Humairah akan kembali seperti sedia kala.



p/s: aiyoo.. mai dh merajuk... hihi... mcm mne farhan pujuk agaknya ek? ke xpujuk langsung? Nntkn bab seterusnya ya... kikiki.... dan siapakah nazatul? jeng jeng jeng! ;)



Teaser BAB 37

Telefon berbunyi membuatkan langkahku terhenti di situ. Pantas aku menilik skrin telefon.

Farhan???

Apa dia nak call malam-malam ni? Nak cari gaduh lagi?! Ke nak sakitkan hati aku lagi?! Tak puas ke menyeksa jiwa raga aku?! Aku  memejamkan mata. Butang telefon.............



p/s: sikit je teasernya... hihi.... tunggu ya... :)