BAB37
WAKTU menginjak ke angka 10.30 malam. Lagi
setengah jam, semua pelajar asrama diminta menutup lampu. Masa untuk tidur!
Sedang aku leka membuat kerja sekolah, tiba-tiba terasa nak terkucil saat itu.
Ahh! Kacau lagilah. Time macam nilah nak pergi tandas. Inilah padahnya minum
air banyak sangat! Aku memang pantang jumpa air masak.
“Mai, nak pergi mana?” tanya Wana di meja studi
bila melihat aku berdiri laju sambil mengenakan tudung pada muka.
“Nak pergi tandas. Tak tahan la.” Kataku
tergesa-gesa. Cepat saja aku berdesup ke tandas di hujung blok.
Wana ketawa melihat gaya larianku yang
terkepit-kepit kaki menahan rasa nak terkucil itu. Dia menyambung semula kerja
sekolahnya yang terbengkalai.
Selesai saja aku berhadas, aku terus keluar dari
tandas. Sambil berjalan, aku memandang ke langit melihat bulan. Tiada apa yang
perlu ditakutkan pada waktu malam kerana setiap blok dipasang dengan dua lampu
kalimantang. Malah dekat tandas juga disediakan lampu. Cekalkan hati sajalah.
Baca doa pendinding. Yang penting hati tetap dengan Allah.
Telefon berbunyi membuatkan langkahku terhenti
di situ. Aku mengeluarkan telefon dari poket seluar trek. Pantas aku menilik
skrin telefon yang menyala dan memekak dengan lagu dari kumpulan Westlife.
Farhan???
Apa dia mahu call malam-malam ni? Nak cari gaduh lagi? Ke nak sakitkan hati aku
lagi? Aku memejamkan mata. Butang
telefon warna merah ditekan. Hmmph! Padan muka kau!
Aku berjalan semula menuju ke dorm. Namun
langkahku terhenti sekali lagi bila handphone
mendendangkan lagu. Bingit! Heee.... mamat ni memang tak faham bahasa ke?!
Aku mengetap bibir sebelum menarik nafas
panjang. Butang answer ditekan. Telefon didekat ke telinga beralas tudung.
“Hello apa kau nak?” sapaku dengan kasar.
“Assalamualaikum.” Terdengar perlahan suaranya
ditalian.
Aku menelan liur. Opss! Lupa pulak. Sorry.
“Waalaikumussalam. Nak apa call malam-malam buta ni?” ujarku kasar.
Farhan diam.
Aku mendengus bosan. “Kalau call semata-mata nak jadi orang bisu
baik tak payah la! Buang kredit je!” bidasku lagi bila dia senyap dan sepi di
talian tanpa sebarang kata selepas mengucap salam.
‘Alah Mai... dia kaya. Kalau kredit habis boleh
minta top up lagi. Berkepuk-kepuk
duit dia.’ Kata hatiku.
“Kau marahkan aku?” soalan Farhan buat aku
terdiam. Kelu lidah untuk menjawab. Haa... apalagi tunggu Mai? Bukan ke ni yang
kau tunggu? Kau tunggu dia pujuk kau? Ngeee....
“Mai....”
Aku tersedar dari lamunan. Telefon didekat ke
telinga semula. “Bila masa aku marahkan kau? Tak ada maknanya!”
Terdengar ketawanya di sana. Aku mengetap
bibir. Eee! Tengok tu! Bukan nak pujuk, tapi boleh gelak pulak? Angin betullah,
gerutu hatiku. Tanpa sedar, aku mahu dipujuk sebenarnya.
“Kalau kau tak marah kenapa kau buat perangai
masa dekat perpustakaan tadi?” tanya Farhan lagi. Kali ini lembut aje suaranya.
Aku membisu. Alahai, tetiba je jadi manja
mengada ni kenapa Nur Saffiya Humairah oi? Menjangkit Aina la ni!
“Aku tahu aku silap. Kadang-kadang aku tak
sedar apa yang aku cakap telah melukakan hati orang lain. Tapi aku tak pernah
memaksudkannya. Aku tahu ada antara kata-kata aku buat kau tersinggung tapi
sungguh aku tak pernah terniat nak sakitkan hati kau. Aku harap kau faham.” Terus saja dia mematikan telefon bimbit tanpa sempat aku membalas.
Tercengang aku mendengar luahan hatinya. Entah
kenapa terbit rasa bersalah dalam hati kerana syak yang bukan-bukan tentang
diri dan percakapannya. Mungkin benar Farhan tidak memaksudkannya. Tapi
kata-katanya yang tidak sengaja tempoh hari telah menghiris hati ini. Tanpa
sedar, agak lama dia berdiri di situ.
PAGI yang indah dengan kicauan burung tidak
dapat membuatkan hati Humairah lega. Teringat perbualan antara dia dan
tunangnya bikin hati rasa tak tenteram. Betul ke apa yang dia cakap semalam? Aku
masih berfikir.
Aku melangkah masuk ke kelas yang sunyi tanpa
suara pelajar. Almaklumlah, aku orang pertama yang masuk. Rakan-rakan aku yang
lain belum naik lagi. Jalan terkedek-kedek!
Aku meletakkan beg di kerusi bersama fail hitam
di atas meja. Aku duduk perlahan di kerusi. Memopad
dikeluarkan bersama pen hitam lalu dimasukkan dalam kocek baju kurung. Perhimpunan
harian akan bermula tak lama lagi. Entah apa yang cikgu nak sampaikan aku
sendiri tak tahu. Tapi bersedia ajelah untuk mencatat. Itukan satu amalan
murni!
Tanpa memandang, aku mengambil fail hitam lalu
kuletak di bawah meja. Namun aku mulai berasa pelik bila failnya tak muat dan
terlebih ke luar. Aik? Selalu muat aje. Takkan ada sampah kut? Semalam baru aku
bersihkan.
Aku pantas meraba dibawah meja. Macam ada
benda! Fikirku. Aku mengeluarkan ‘benda’ tersebut.
Coklat??? Siapa pulak yang rajin bagi coklat
dekat dia ni? Aku pandang sekeliling. Mana tahu ada orang tengah intip ke kan? Rasa
hairan bercampur pelik. Ada orang silap letak ke? Aku tersandar di kerusi
sambil membelek coklat yang di balut cantik dengan pembalut lutsinar berbunga
kecil beserta reben. Satu kertas yang dilipat kecil menarik perhatianku. Aku
mengambil kertas yang terselit dicelah reben lalu dibaca.
From someone that always looking at you.
-MAN-
Terkedip-kedip mata aku merenung kertas itu. Siapa
pulak budak MAN ini? Misteri betul! Laki ke perempuan? Haisy, kalau dah MAN mestilah laki! Aku ada peminat ke? Ke ada kawan-kawan
aku nak kenakan aku tapi aku sampai dulu dari mereka! Semalam memang aku yakin
tak tinggal satu apa pun barang dekat bawah meja. Ayat MAN ni buat aku seram sejuk. Selalu tengok aku? Oh mama! Mai diintai!
Bunyi riuh di pintu kelas membuatkan aku
merenung ke situ. Wana, Iman, D, Aisyah dan beberapa pelajar kelasku sudah
sampai. Cuma yang belum nampak muka geng aspura aje. Dia orang memang biasa
lambat!
“Ai Mai... siapa bagi coklat pagi-pagi ni? Siap reben lagi tu?”
tegur Wana bersama senyuman nakal.
Aku mengangkat bahu. Wana mengambil coklat dan
nota kecil itu dari tanganku. Dia membaca penuh khusyuk.
“Wow! Siapa MAN?” tanya Wana juga keliru.
Aku sekali lagi mengangkat bahu. Aku dah memang
tak tahu. Barangkali secret admire.
Telah hatiku. Secret admire? Tak
sangka! Hehe....
“Eh, kau pegang apa tu Wana?” soal Iman bila
ternampak ada sesuatu di tangan Wana. Segera dia, D dan Aisyah mendekati kami
berdua di belakang.
“Ni ha. Ada budak bagi pada Mai. Sweet tak? Coklat tu.” Usik Wana
mengerlingku. Aku mencebik. Sweet? Uweekkk!
“Untung la ada secret admire. Dapat coklat pulak tu!” D pula menyakat.
Aku menjuihkan bibir. “Korang nak coklat tu
ambil je la. Aku tak nak.” aku mula berdiri.
Wana pantas menahan. “Eh! Coklat ni kau punya.
Dah dia serahkan pada kau kan? Ambil je la.”
“Masalahnya aku tak kenal dia siapa. Mana tahu
entah-entah dia dah jampi serapah coklat ni lepas tu suruh aku makan.” cabul
sungguh mulutku ini kan? Padan mukalah pada siapa yang terasa. Huhu...
“Janganlah fikir yang bukan-bukan.” Geram Iman.
Tak sayang mulut ke Humairah ni?
“Nah! Ambil ni simpan then makan. Sayang tau. Coklat tu mahal. Hargai pemberian
orang.” Aisyah menyerah semula coklat itu ke tangan Humairah yang tampak bosan.
Kemudian dia, Iman dan D bergerak keluar dari bilik darjah menuju ke tapak
perhimpunan. Aisyah perlu menjaga lorong A hari ini mengikut jadual pengawas
yang ditetapkan. Hanya Wana dan aku saja yang tinggal. Pelajar lain juga sudah
keluar.
“Wana....”
“Hmm,”
“Kau rasa siapa yang bagi?” pertanyaan Humairah
mengerutkan dahi Wana yang sedang mengeluarkan buku nota dari dalam beg.
“Sorry
aku tak tahu.” Dia mengangkat kedua belah tangan. Serius dia tidak tahu!
“Tak apalah.” aku meletakkan semula coklat di
bawah meja lalu bergerak keluar dari kelas. Perhimpunan hampir bermula.
***
KELAS Pendidikan Islam telah tamat. Kini masa
untuk subjek Sejarah pula. Ahh! Mabuk macam ni. Periksa bulanan kedua makin
hampir. Lepas tu pertengahan tahun. Lepas tu ada periksa sekali lagi then terus gerak gempur. Selepas itu
percubaan SPM dan the real SPM came. Rasa tak percaya tahun ni nak
hadapi peperiksaan yang besar! Rasa macam semalam aku baru masuk tingkatan 1.
“Ehem! Aku dengar cerita ada orang dapat coklat mahal.
Bolehkah aku tahu siapa gerangannya?” muncul Hakim dari pelusuk mana entah,
datang menyakatku yang mengelamun.
Aku menjelingnya. “Sibuk je!” aku pura-pura menulis pada memopad.
“Kalau kau, mesti kami akan sibukkan diri
walaupun kami terlalu sibuk dengan kerja.” Hakim tersengih minta pelempang.
Aku menjulingkan mata. Oh God! Berbelit-belit cakap! Pening kepala aku! “Macam tak ada kerja lain kan? Pergilah sana. Sibuk kacau aku!” aku
menghalaunya secara terhormat. Hoho!
Hakim mencebik. “Yelah... dah dapat coklat
terus halau aku. Tak apa. Biarlah aku bawa diri yang terluka dek dihalau oleh
rakan yang sangat aku sayangi separuh jiwa raga....”
Pantas saja pemadam singgah di kepalanya buat
Hakim mengaduh kesakitan. “Sakitlah Mai!”
Aku menjegilkan mata. “Mengada eh!”
Hakim ketawa mengekek-kekek. Senang hati dapat
dengar suara Humairah. Rasa persahabatan itu semakin rapat. Mai sudah okey!
“Beb, aku ada dengar cerita dekat bilik guru
tadi. Cikgu Sharina nak buat Kem Bina Semangat.” Ujar D sambil memandang aku
yang sedang menulis pada memopad. Entah apa minah ni tulis.
“Ya ke?” kataku berminat.
“Yelah... aku ada dengar lagi cikgu cakap semua
budak form five wajib turun.” Katanya
lagi.
“Semua budak form
five?” terbeliak biji mata aku.
D mengangguk pelik. Kenapa nak besarkan mata pulak?
Aku cakap sekerat form five ke tadi?
Hati sudah berbunga riang! Yeah! Nak ada Kem Bina Semangat! Sukanya aku! Dah
lama tak pergi camping! Rindunya...!
“Bila nak buat?” tanyaku tak sabar.
D mengangkat bahu. “Aku terdengar je tadi.
Buatnya tak tahu bila. Tunggulah dia orang inform.”
Aku mengangguk. Oh mama! Mai rindu bercamping!
“HAN,” tegur Izuan ketika berada di bilik
pengawas.
“Hmm,”
“Kau ada dengar pasal Kem Bina Semangat?”
“Ada.”
“Betul ke nak buat this year?”
“Memang akan dibuat this year tapi tak tahu bila. Lepas ujian bulanan kut.” Katanya
tanpa memandang. Mata masih fokus pada kertas ditangan.
Izuan terangguk bak burung belatuk. Dia
menggapai kerusi lalu duduk berhadapan Farhan yang sibuk menilik kertas
tersebut. Nama budak bermasalah kut! Telahnya.
“Err.. Han...” panggil Izuan lagi.
“What?”
“Kau ada dengar cerita pasal Mai tak?”
Mata Farhan terangkat memandang Izuan yang
tersenyum di depannya. Dadanya tiba-tiba dihambat sesuatu.
“Pasal apa?”
“Tadi, bebudak kelas akaun cakap kat aku yang Mai ada dapat
satu coklat. Dia orang kata dari secret
admire. Namanya MAN.” Izuan sengaja
menekan perkataan peminat rahsia itu. Mahu melihat reaksi Farhan!
Farhan buat memek muka sebelum angguk kepala menunduk
memandang kertas semula. Izuan pelik. Aik? Takkan tak ada sikit rasa cemburu
kut? Ke tak ada perasaan mamat ni?
“Oi buddy!
Ada orang bagi tunang kau coklat!” Izuan menyedarkan Farhan.
“Lantak dialah! Apahal aku nak kena sibuk
pulak?” balas Farhan bersahaja.
Izuan memejam mata. “Kau tak cemburu ke? Sikit
pun tak?”
Farhan ketawa mendengar kata-kata sepupunya.
“Jeles? Buat apa? Tak ada masa eh. Sorry.”
“Han, jangan main-main! Aku takut kau melepas
aje nanti. Mai tu ramai peminat.” Ugut Izuan. Main-main pulak mamat ni!
Farhan tetap steady. Malah bukan kudis baginya bila Humairah menerima hadiah like coklat or etc. Lantaklah! Bukan urusan aku pun.
“Wan, yang terima tu diri dia. Bukan aku. Buat
apa aku nak sibuk fikir pasal dia? Banyak lagi kerja aku nak kena buat la.” Ujarnya.
Izuan kemam bibir. Cis! Ayat tak teragak-agak
langsung! Dengar dek Humairah, menangis dia tau! Terus putus tunang. Masa tu tiada maaf bagimu!
“Jangan lain di mulut lain di hati, Han.” Sinis
bicara Izuan.
Farhan tersenyum kacak. Tidak termakan langsung
apa yang sepupunya itu lontarkan. Bahkan dia boleh tersenyum! Mendengus lagi
Izuan. Geram!
“ABANG, dah settle. Upah?” Pinta budak lelaki berpakaian seragam sekolah itu. Tika itu dia berada di makmal lama mengambil upah dari seorang abang yang kacak kerana telah meletakkan bungkusan coklat di bawah meja Humairah.
Pemuda itu menganggukkan kepala. Dia menyerahkan
duit RM2 kepada budak lelaki tersebut seperti yang dijanjikan.
“Thanks.”
Katanya sambil mengusap kepala budak tersebut. Budak lelaki tersebut terus
berlalu dari situ selepas menyalami tangan abang tersebut. Nanti boleh simpan dalam tabung burger! Yeah!
“Selamat tak ada siapa tahu!” ujar dia tersenyum lalu bergerak meninggalkan makmal lama itu selepas melihat
keadaan sekeliling clear. Dan dia pasti tiada siapa tahu akan rahsia ini!
p/s: ni aje yg mampu miss buat... sorry
klu xbest :)