Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Saturday 23 March 2013

Teaser kpvst 2


TEASER BAB38


Perkara : KEM BINA SEMANGAT SMK TENGKU ARIS ADIWIRA
Tarikh : ... (Sebelum Ujian Bulanan 2)
Tempat : FRIM Kepong.

Semua pelajar tingkatan 5 berkerumun di depan papan kenyataan setelah pengumuman dibuat sebelum rehat tadi. Berasak-asak dan tolak menolak berlaku! Beratur tak boleh ke? Hmm... macam budak darjah 1!

“Heee.... tak sabar pulak aku nak pergi sana!” D sudah teruja gila.

 “But kita kena kerja keras lepas balik camping because ada ujian bulanan minggu depannya.” Ujarku senada. Sengaja spoil mood dia. Alah.. mengusik apa salahnya! Hikhik...

D muncung. “Isk! Jangan la ingatkan aku! Baru nak happy-happy pasal camping!” dia menampar lenganku.

Aku ketawa. Aik? Cakap gitu pun tak boleh ke? Hmm.... ni mesti malas nak baca buku! Sama la dengan aku. Hehe...

“Tapi camping kali ini seriously tak best.” Muncul Wana dari arah belakang lalu berdiri di sisiku. 

Aku mengerling fail dipegangannya. Catur! Ahh!! Nak pitam! Cepat-cepat aku memandang pokok bunga mawar merah yang kembang mekar di sebelah.

“Apesal pulak?” D kerut dahi.

“Korang lupa ke semua form five wajib turun means si Diva Babun tu pun ada sekali, kan?”

D cepat menepuk dahi. “Haah la. Hish! Spoil mood je.” Bentak D.

“Alah... apa nak takut? Dia serang, kita baling bom bebanyak. Doa la banyak-banyak tak satu kumpulan dengan dia.” Kataku bagi semangat. Dalam hati, aku pun tak suka dengan si Ammy tu! Terasa aura geli dan loya bila berada dekat dengannya. Semua cas negatif!

Hello! Excuse me! Diva Ammylea nak lalu okey! Ke tepi!” suara gedik kedengaran membuatkan kami bertiga memandang ke arah pelajar-pelajar yang berasak tidak jauh dari tempat kami berdiri. Ada yang menjelirkan lidah bila ternampak muka Diva Babe. Ada yang suka terkinja-kinja bila nampak Diva Babe. Manusia pelbagai ragam!

“Baru cakap dah sampai orangnya tak jauh dari kita.” Bisikku. Wana dan D buat muka meluat. Serentak, tangan di dada mata ke atas!

“Euuww... Ammy, kita kena bercamping? I tak rela you. Habislah kulit I. Nanti jari I kasar. Boyfriend I mesti tak suka punya. Hmmm....” adu Melissa manja.

“Haah la, Mel. Habis kotor badan kita nanti kan? Euuww... gelinya... tak suka!” Rini menjerit gedik.

Wana menjelirkan lidah. “Aku rasa macam nak lempang je minah-minah tu! Kalau adik aku, memang aku benam muka dalam kolah masjid! Geli sana geli sini!” gerutunya. Meluat sungguh! Tonyoh dengan cabai baru tau.

“Hmmph! Kalau adik aku memang kena terajang habis la. Nak buka mulut pun susah sebab sengal-sengal dekat pipi. Menyampah gila! Ingat diva sangatlah?!” kutuk D bertubi-tubi. Wana dan D claps hand kemudian gelak besar.

Aku hanya mampu menggeleng. Apa-apa je la bebudak ni!

“Ammy, budak yang berani cari pasal dengan you ada dekat sinilah.” Rini mencuit bahu Ammy sambil berbisik.

Ammy menoleh ke arah yang ditunjuk Rini. Matanya kecil besar melihatkan gadis-gadis itu sedang bergelak ketawa. Dia melangkah ke arah itu diikuti pengikutnya tanpa kami sedari. Pelajar-pelajar lain sudah kembali mengerumuni papan kenyataan tersebut.

“Hmm... girls, nampaknya peluang untuk I rapat dengan Farhan semakin cerah dengan adanya camping, kan?” Ammy sengaja berkata sedemikian bila berdiri berdekatan dengan kami. Dia mengubah ayatnya tadi. Saja nak kasi minah perampas tu angin!

Kami bertiga memusingkan kepala memandangnya yang sedang tersenyum sinis. Kening serta merta terangkat sebelah. Mahu cari pasal ka?

“Haah, Ammy. Kesian budak perampas tu, kan?” ejek Shereen membuahkan tawa gedik mereka.
Emm... nak cari pasal ya? Baiklah!!! Wana dan D menutup telinga serapat-rapatnya. Aku pula yang blur tengok aksi mereka. Dah apa pulak pe’el kengkawan aku ni??

“D, kau ada dengar tak langau bercakap?” tanya Wana pura-pura tak tahu. Wajahnya juga jelas kelihatan terkejut.

What??! Langau??! Ammy mengetap bibir geram.

D angguk, “Kan kan kan? Bukan setakat langau aje tapi aku ada bau something la. Bau tahi kucing! Siapa la berak merata-rata dekat sini, kan? Tadi masa kita berdiri dekat sini tak ada pulak. Tetiba je hidung aku terbau smelly. Yekk! Busuk gila!” D kepit hidung menggunakan ibu jari kanan dan telunjuk kanan.

Kini bukan Ammy sorang saja malah pengikutnya juga sudah berlaga gigi. Rasa amarah membuak-buak dalam jiwa.

“Kau tak dengar atau bau apa-apa ke, Mai?” Wana menyenggol lenganku.

“Ada. Aku dengar bunyi mesin padi. Gegegegege!” kami ketawa terbahak-bahak + ketawa mengejek. Sengaja!!!

Ammy menggenggam tangan. Mahu saja dia menumbuk Wana namun pengikutnya pertahankan dirinya. Segera dia menyuruh Ammy pergi dari situ.

“Korang akan menyesal satu hari nanti!” jerit Ammy yang kian jauh.

Kami buat dono. Masing-masing menarik nafas lega. Langau dah terbang ke tempat lain!

“Dia sendiri cari pasal dengan kita, kita pula yang akan menyesal? Entah pape entah minah-minah tak cukup akal tu!” bebelku. Wana menyokong kata-kataku.

“Aman hidup aku bila dia orang blah.” Kata D lega. Dia mengusap dada.

“Betul! Betul! Betul!” Wana setuju.

“Bunga yang kembang mekar pun boleh layu sekelip mata kalau dia lalu.” Aku berayat puitis.

Ecececeh... main ayat-ayat jiwang pulak kawan kita seorang ni, kan? Sejak bilalah agaknya, kan?” usik Wana. D sudah ketawa mengekek-kekek.

Aku menjeling. Salah ke? Aku buat muka bila Wana dan D tayang muka nakal. Hish! Mencik tau! Aku segera berjalan ke kelas meninggalkan mereka yang terkocoh-kocoh mengejar langkah ayunan lajuku ini. Padan muka!






DI SUATU tempat yang terlindung dek bangunan besar, Ammy melepaskan marah dan geram yang membuak di dada sekuat hati. Meja dan kerusi yang sudah rosak makin dirosakkan olehnya dengan menendang sekuat hati hinggakan ada kerusi yang patah.

“Ammy, cool down okay. Nanti rosak imej you kalau ada orang nampak you buat perangai macam ni.” pujuk Melissa.

“Argghh!! I benci mereka!” sekali lagi meja lama menjadi sasarannya namun ia hanya sia-sia bila kakinya sendiri yang sakit akibat tersalah tendang hingga terkena paku karat.

“Auchh!” Ammy sudah terduduk di tepi menahan sakit di kaki. Oh mama! I’m injured!

“Ammy!!” mereka menyerbu ke arah ketua mereka. Rini yang baru nak pegang kaki Ammy ditepis kasar. Terkulat-kulat Rini memandang Ammy yang memerah muka.

“I tahulah nak uruskan kaki I. Jangan sibuk!” marah Ammy. Rini akur lalu menunduk.

“Ini semua perempuan tu punya pasal! Kalau tak, you tak akan jadi macam ni Ammy.” Shereen sengaja mencetuskan kemarahan Ammy pada gadis tidak berdosa itu.

“Hmm! Memang betul kata you Shereen. Perempuan perampas tu yang buat kaki I cedera!” nah! Betulkan apa yang dibilang? Ammy akan mengatakan ini salah Humairah juga.

“Habis you nak buat apa dekat Humairah? Nak curi tudung dia lagi?” Adryana menyoal.
Baru saja Ammy nak jawab, satu suara kedengaran mengejutkan mereka semua.

“Aku boleh tolong korang.” Tengku Hadzriq atau lebih dikenali dengan panggilan Eriq muncul bersama kuncu-kuncunya.

Ammy terlopong. Eriq dipandang atas bawah. “You?? Nonsense!”

Eriq tersengih. “Aku boleh tolong kau macam mana nak dapatkan Farhan sepenuhnya. Lagipun segala hal Farhan tersisip kemas dalam poket aku. Apa saja kau nak tahu, aku boleh bagi.” Ujar Eriq lagi. Kali ini dia pasti Ammy akan bersetuju. Umpannya Hanyalah Farhan dan dia akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan Humairah!

Ammy terdiam. Pengikut-pengikut Diva Babe sudah berbisik sesama sendiri. Satu cuitan di bahu buat Ammy menoleh ke kiri.

“I rasa baik you join dengan dia. Takkan you tak nak dapatkan Farhan? Well, dia tahu semua tentang Farhan. Mana ada orang berani datang jumpa you kalau nak main-main?” provok Adryana.

Ammy mengerlingnya sekilas sebelum mempertimbangkan pelawaan Eriq.



Setelah dua minit berlalu...

“Okey I setuju tapi bersyarat!” ujar Ammy serius.
Eriq tersenyum lebar seraya menganggukkan kepala. Tunggu, Humairah! Aku akan dapatkan kau! 


p/s: sorry klu ada typo error... sje bg teaser coz nk tggu full bab tak dpt kut... hehe sorry... busy yang... silalah baca klu sudi :)