Hanya di contengangadisbiasa.blogspot.com

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut, singa laut, ikan jaws pun ada!” -FARHAN

“Adeh…keluar dari mulut buaya, masuk pulak mulut pedas abang pengawas ni! Tension!” -MAIRA

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak! Eh silap! Pangkal lengan!” –HADZRIQ

“Usaha tangga kejayaan! I akan pastikan Farhan akan bersujud di kaki I!” –AMMY

♥Penghuni Blog♥

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers semua :) Semoga Allah sentiasa memberikan keizinan kepada Miss menulis di blog ini. Its 2017 now! Thanks baca karya-karya yang ada dalam blog ini dari mula dicipta hingga kini. Miss terlalu banyak kekurangan dalam menyajikan karya terhadap readers semua. Banyak cerita dan idea merapu serta 'meraban' dari Miss (ikut kepala otak yang gila ini) Thanks pada yang still membaca walaupun ada bahasa Miss yang tunggang langgang. InsyaAllah akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa :D Kalau ada terkurang atau terlebih, ampun dan maaf dari Miss ya :) Sayang korang! Pstt... Miss masih aktif di Facebook. Blog ini sudah dibuka semula. Bagitahu yang lain, okayh!

Thursday 28 March 2013

Teaser Kasih Tidak Berbalas 1


TEASER KASIH TIDAK BERBALAS (bab ni time depa dh bercerai... Izzat mai dtg jumpa Afira minta smbg balik hubungan depa...huhu... sorry kalau tak best :))






“Maafkan abang,”

Ucapan maaf dari lelaki itu buat aku tergamam. Setelah melalui hidup bersamanya dulu, tidak pernah aku dengar dia mengucapkan ayat itu. Hanya perkataan benci yang selalu diwar-warkan ketika bersama. Sudahnya dia menjadi lali dengan ayat itu meskipun setiap malam dia akan menghabiskan masa tidur dengan linangan air mata tanpa henti.

Aku memusing badan menghadapnya yang sedang merenungku tidak berkelip. Matanya cukup menikam. Mata yang buat aku jatuh cinta pada suami sendiri. Mata yang buat aku tersungkur dalam cinta durinya. Sangat susah digapai. Dalam hatinya ada seorang saja perempuan bernama Alina. Tiada yang lain! Dan perkara itulah yang menyebabkan aku membuat keputusan mengundurkan diri.

“Awak tak buat salah pada saya. Kenapa perlu minta maaf?” kataku senada. Menahan rasa dalam hati. Sungguh dia rindu akan panggilan itu setelah sekian lama berjauhan. Namun dia perlu sedar, panggilan itu tidak boleh memberikan apa-apa makna buat dirinya lagi kerana hubungan mereka sudah putus 3 tahun lepas.

“Afira…” Izzat bergerak selangkah ke depan namun pantas kutahan dengan tangan membuatkan langkahnya terhenti di situ.

“Sini pejabat. Tak boleh rapat-rapat. Lagipun kita tak ada apa-apa hubungan. Tolong jangan dekat dengan saya.” Kataku tegas tanpa memandangnya.

Izzat terpanar. Sungguh hatinya terasa dengan kata-kata lontaran dari mulut gadis itu. Ya! Dia harus akui yang dia sudah tiada apa-apa pertalian dengan gadis itu sementelah dia sendiri telah melafazkan ayat yang cukup perit itu bersaksikan ahli keluarga mereka. Padahnya dia sendiri menderita. Ditinggalkan gadis yang begitu mencintai dirinya, menerima dia seadanya sewaktu bernikah dahulu namun kerana keegoan membuatkan si isteri membuat keputusan. 

“Afira, tak bolehkah Fira terima abang seperti dulu? Terima kasih sayang abang, terima cinta abang?” rayuan Izzat hamper membuatkan aku menangis.

“Terima awak seperti dulu?” aku ketawa jengkel. “Macam mana saya nak terima awak sedangkan awak begitu benci akan diri saya? Macam mana awak nak saya terima cinta awak sedangkan kasih saya yang dulu tak pernah berbalas? Hanya air mata yang saya dapat sepanjang hidup sebumbung dengan awak. Hanya penghinaan awak yang saya terima sepanjang masa. Hanya kebencian awak yang saya peroleh setiap malam.” aku membelakanginya, menghadap bangunan yang menjadi kebanggaan negara Malaysia.

“Saya sedar siapa diri saya, Encik Amier Izzat. Seorang perempuan yang tak layak menerima cinta dari lelaki kacak dan hebat seperti awak. Saya hanya seorang perempuan yang mentah. Budak mentah yang tak tahu apa-apa tentang perkahwinan. Tapi saya mencuba untuk menerima awak sebagai suami saya seikhlas hati. Saya cuba untuk terima hakikat yang awak adalah pasangan yang dijodohkan Allah kepada saya. Setiap malam saya berdoa pada Allah agar membuka pintu hati awak menerima saya seadanya sebagai seorang isteri yang sah. Tapi layanan awak pada saya seperti saya ni perempuan tak bermaruah, seperti yang awak pernah gelarkan pada saya dulu. Semakin hari semakin bertambah benci awak pada saya dan menganggap bahawa saya penyebab awak tak dapat berkahwin dengan Kak Lina. Kenapa setelah saya meninggalkan bumi Malaysia selama 3 tahun awak tak meminang Kak Lina? Sedangkan waktu itu awak sudah boleh kembali menjalin hubungan dengan Kak Lina dan kita tak ada apa-apa ikatan lagi. Kenapa awak masih merayu dengan perempuan tak bermaruah ini lagi?” luahku padanya tanpa henti.  Tanpa diduga air mata mengalir di pipi tanpa sempat aku mengesatnya terlebih awal.

Perit! Sebak! Amat pedih bila kukenang semua ini. Ingin saja aku berlari dari menghadap lelaki yang pernah mendapat tempat di hati. Ingin saja aku mati saat ini daripada hidup yang penuh dengan kenangan pahit. Tersiksa zahir batin. Mengungkap di sebalik tirai kamar yang luarannya nampak suci tetapi dalamannya begitu menyakitkan. Dada ini yang menanggung segala-galanya. Jikalau tidak kerana iman, aku takkan berdiri tabah seperti ini.

Izzat terduduk lesu. Air mata jantannya gugur di hadapan perempuan yang dulunya digelar perempuan tak bermaruah. Perempuan yang akan meragut segala hartanya hanya dengan menikahinya. Tetapi tanggapannya salah! Tersangat salah! Mendengar luahan sebak dari bibir gadis itu membuatkan hatinya bernanah dengan rasa bersalah yang menggunung. Siapa kata lelaki tidak menitiskan air mata? Datanglah beribu mana pun lelaki paling gagah di dunia namun bila ada sesuatu yang menjentik tangkai hatinya, pasti air mata akan menonjolkan diri.

Sesungguhnya manusia akan merasai keperitan bila sesuatu yang berharga hilang dari hidupnya. Manusia akan lebih menghargai bila orang yang disayangi pergi meninggalkan dirinya yang terlalu ego akan cinta dalam diam. Inilah yang dinamakan sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. 


p/s: saja bg teaser...... Dya dgn Asha tak ada....... bercuti! Miss aje yg tak bercuti :( so, enjoylah ya... kalau tak best jgn mrh tau... hehe