BAB 19
AKU
mengelap rambut yang basah dengan tuala putih. Jam loceng Hello Kitty di atas
meja belajar kupandang. 5.30 petang! Waktu istirehat untuk penghuni asrama.
Pukul 6.30 dah kena turun pergi makan di dewan makan. Maka ada satu jam la kami
berehat-rehat. Nasib baik latihan sukan habis awal!
Aku
duduk di katil kepunyaanku. Lihat di katil sebelah kanan, Aisyah sedang melipat
baju dan seluar yang baru diambil dari ampaian. Rajin betul minah ni. Kukerling
jiran disebelah kiri pula. Wana hanyut dengan lagu yang terpasang ditelinganya.
Mentang-mentanglah dah buat spotcheck hari tu, senang lenang dia dengar lagu
ya? Aku menggeleng kepala.
“Korang!”
muncul D dan Iman dengan muka berseri-seri. Apa taknya? Baru mandi kan?
“Assalamualaikum,”
perliku. Aisyah menahan tawa. Wana tidak langsung ambil kisah. Dunianya hanya
pada Ipod.
“Ops! Sorry waalaikumusalam.” Iman tersengih malu.
D mengambil tempat duduk disebelah Aisyah.
“Syah,
minta satu ehem!” D
berbisik di telinga Aisyah. Namun dia tidak tahu aku masih dapat mendengarnya.
Aku teramat faham maksudnya.
“Kau
punya habis eh?”
“Haah.
Aku ingat dia datang next week tapi tak sangka cepat gila.” D
menggaru kepala. Satu sifat D yang kami kenal ialah dia suka garu kepala. Dalam
susah ataupun senang, dia mesti akan garu kepala. Nak kata tak ada kutu, Wana
dan Iman sudah kerjakan kepalanya minggu lepas. Siap beli sikat kutu sebab nak
pastikan! Sekali tengok tak ada. Bila ditanya D menjawab itu memang habitnya. Tak boleh nak buat
apa dah!
Aisyah
melipat t-shirt lengan panjang yang penghabisan lalu meletakkan baju dan seluar
tersebut di dalam almari. Kemas aje orang bernama Aisyah Raudhah ni. Suka
tengok! Tulisannya juga cantik, kemas dan tersusun. Pendek kata perfect la!
“Nah.”
Aisyah menghulurkan ehem itu kepada D. D menyambut dengan
senyuman lebar.
“Thanks!”
dia berlari ke pintu dorm untuk ke bilik air.
“Cepat
nanti bocor pulak! Susah nak berus!” perliku sengaja. Aisyah ketawa. D
menjelirkan lidah.
“Yelah.”
Dia terus berdesup pergi.
“Korang
hari ni no homework, right?”
Iman bertanya memecahkan kebisuan. Entah tiba-tiba hari ni semua orang tak nak
bercerita. Tak seperti selalu.
“Adalah!”
jawab Wana.
Aku
kalih pandang. “Eh! Hidup rupanya. Ingatkan dah terbang ke angkasa lepas.”
Sindirku.
Wana
menjegilkan mata. “Walaupun aku dengar lagu tapi telinga aku tajam tau!”
Aku
menjuih bibir.
“Tak
sangka kau ada telinga bio-nik,
Wana.” Iman gelak kuat.
Aku
dan Aisyah juga tak ketinggalan. Seronok dapat kenakan Wana. Hahaha!
“Sampai
hati korang gelakkan aku...!” cemberut wajahnya.
“Nak
ngadu kat Syafiq eh?” usikanku berjaya membuatkan air muka Wana berubah.
“Weh!
Apa ni?” marah Wana. Sejak Wana menerima hadiah dari Syafiq kelmarin, kami
selalu mengusiknya. Ada aje part usikan yang membuatkan air muka Wana
berubah. Wana sudah boleh menerima kehadiran Syafiq ke? Terdetik
soalan itu di hati masing-masing.
Kami
ketawa sakan. Nah! Sebut pasal Syafiq terus malu-malu! Nasib baik orang lain
tak dengar memandangkan blok ini hanya terdiri dua dorm saja. Dindingnya juga
kedap udara. Maka tak ada apa yang nak dirisaukan. Apa nak takut? Dalam dorm ni
cuma ada kami bertiga saja. Empat orang lagi pelajar yang berkongsi dorm dengan
kami sudah bergerak ke dorm sebelah untuk berborak dengan kawan mereka. Mereka
tak rapat sangat dengan kami melainkan seorang budak junior, Nana. Hari ni Nana
ada kelas tambahan memandangkan dia bakal menduduki PMR. Kami pula tiada kelas
tambahan untuk hari ni sebab cikgu nak balik cepat. Katanya nak tengok sinetron
Upik Abu dan Laura! Cikgu layan ka? Aiyoyo...! Dan kami terus buat
latihan sukan. Itu pun cepat! Rezeki Allah... oleh berehat hari ini.
“Dulu
Mai sekarang Wana pulak dah!” Iman ketawa mengekek.
“Iman,
baik kau tutup mulut longkang kau tu!” ugut Wana. Aik, marah ke kak? Atau suka?
Hati macam mengiyakan. Benarkah aku sudah jatuh....? Bisik hati Wana.
“Itulah.
Dulu suka kenakan aku. Sekarang turn kau pulak. Padan muka!” aku menaikkan
ibu jari.
“Mai,
jangan sampai aku buka hikayat kat sini kang! Nak semua tahu ke?”
Aku
menelan liur. Mak aih...! Jangan ler...!
Aku menggeleng laju. Isyarat diam aku tunjukkan padanya. Wana, kau memang nak
makan kaki aku kalau buka hikayat tu!
“Hikayat?
Apa tu hikayat?” tanya Aisyah memandang aku dan Wana silih ganti. Iman lantas
berlari lalu duduk di birai katilku. Wajahku ditatapnya dengan penuh minat.
“Haah.
Apa weh? Ceritalah!” gesa
Iman.
Aku
mengetap bibir. Aduhai.. masak aku macam ni! Rahsia nak bocor la pulak! Macam
mana ni? Wana kukerling. Tengok tu! Sempat lagi dia senyum. Suka la tu tengok
aku macam ni! Siap kau...!
“Korang
nak tahu tak.... Mai ni kan sebenarnya....”
“Wana!”
jeritku.
Wana
ketawa terbahak-bahak. “Tahu takut!”
Aku
mengecilkan mata. Jahat tau! Kalau nak kenakan pun janganlah libatkan ‘perkara’
tu!
“Apa
semua ni? Mai kenapa? Ada benda yang kami tak tahu ke?” Aisyah menyoal disambut
anggukan Iman.
Aku
semakin gelisah. “Err.. tak ada apa-apa la. Wana saja je main-main.”
“Yeke?”
Iman merenung tajam anak mata ini membuatkan aku tak keruan. Ya Allah,
tolonglah hambaMU ini.
“Betul
tak ada!” aku meyakinkan dirinya.
“Mai,
baik kau ca...” belum sempat Iman menyambung ayat, telefonku berbunyi.
Aku
segera bangkit. Huh! Lega. Nasib baik kau bunyi, telefon! Kalau tak, mati
kejung aku kejap lagi! Gerutu hatiku.
Aisyah
dan Iman menghela nafas. Ingat dapat tahu news tapi spoil pulak! Wana ketawa melihat wajah
cemberut Iman.
Aku
buat tak endah dengan rakan-rakan. Mata melihat alat telekomunikasi. Nama
‘Mama’ tertera di skrin. Aku mula tak sedap hati. Ada apa mama telefon? Penting
ke? Dua hari lepas mama sudah telefon tanya perkhabaranku. Takkan hari ni nak
telefon lagi kut? Duit makan dah bank-in oleh abah semalam. Abah hantar mesej
beritahu. Kenapa ya? Cepat-cepat aku menekan butang hijau.
“Mai
sihat sayang?” tanya mama setelah berbalas salam.
“Alhamdulillah.
Mama?” tanyaku berbasi-basa.
“Sihat
juga. Mai busy ke? Mama ganggu ke, sayang?”
Aku
duduk bersila di katil. Rakan-rakan kukerling sekejap. Iman sudah kembali ke
katilnya. Aisyah mengemas buku di meja belajar kemudian berjalan ke muka pintu
dorm. Nak pergi tandas la tu! Wana pula kembali mendengar lagu di Ipod
miliknya.
“Takdelah,
ma. Tengah rest kat katil ni. Ada apa, ma?” Kenapa
mama telefon ni? Ada hal penting ke? Soalan itu aku sambung dalam hati.
“Ni
mama nak cakap sikit. Err.. benda ni... penting jugalah...” terhenti-henti
percakapan mama. Badan terus tegak. Aiseymen,
kebetulanlah pulak! Air liur ditelan.
“Penting?”
dahi kukerutkan.
“Hmm.
Mai tengah duduk dengan kawan ke sekarang ni?” soal Puan Husna di talian.
Aku
mengangguk. Eh! Mama bukan nampak pun. Silap! “Dia orang buat hal sendiri.
Masing-masing kat katil sendiri. Kenapa mama?” balasku. Kenapa mama ni? Siap
tanya aku dengan kawan aku pulak? Benda penting apa sampai macam ni? Mama dapat
jumpa Perdana Menteri ke? Ke mama dapat jumpa Lady Gaga? Pertanyaan demi
pertanyaan berselirat dalam otak.
“Mai,
mama cakap ni Mai jangan melenting ya sayang?”
Kata-kata
mama agak menggerunkan jiwa. Berdebar-debar pula jantung kala ini. Berita tak
baik ke? Mama jangan takutkan Mai!
“Opah
sakit ke, ma?” soalku cemas. Jantung tiba-tiba berdegup kencang.
Terdengar
tawa mama di talian. Ish mama ni! Sempat gelak tu! Jantung dah la tak seia
sekata.
“Mama...”
rengekku.
Iman
menekup mulut menahan tawa. Gelihati tengok gaya manja Mai. Dengan keluarga
aje dia dapat lihat Humairah berkata begitu. Dengan orang lain? No way! Wana
senyum. Dia menyambung kembali tugasannya.
“Sorry.
Bukan pasal Opah sayang. Opah dan semua orang sihat walafiat. Jangan risaulah.”
“Habis
tu pasal apa?” aku kembali lega. Huh! Mama ni suka buat suspen tau! Hari-hari
kalau mama buat macam ni mahu aku duduk dalam hospital kerana lemah jantung.
Wad first class aku tempah. Hahaha!
“Ni
pasal Mai....”
Hmm...
pasal aku ke? Ingat pasal apa tadi. Ni mesti cakap nak bawak pergi
jalan-jalankan? Hari tu mesti tak sempat nak cakap. Yelah... beberapa hari lagi
akan ada cuti. Seminggu pulak tu! Makanya, mama dengan abah mesti dah planned tempat yang best-best. Aku ketawa dalam
hati. Hoorey!
“....dan
pasal pertunangan Mai....” Sambung Puan Husna.
Aku
terlopong. “Apa mama???!!!!!!!”
***
“SERIUS
Mai?”
Soalan
D membuatkan semua tarik nafas. Aku sudah mengeluh. Tersandar lemah badan ini
di kepala katil. Wana dan Aisyah merapati lalu mengambil tempat di kanan dan
kiriku.
“Dah
Mai cerita tadi kan, mestilah serius. Apalah kau ni D! Berapa banyak kali nak
kena bagitahu?” marah Iman.
D
mencebik. Ek eleh! Marah aku pulak! Dah aku tak faham, aku tanyalah! Tu pun
salah ke? Lagi pun siapa suruh rahsiakan benda alah ni. Kan dah kena soal jawab
dengan mamarazi! Omel D dalam hati.
“Mai,
kau tak apa-apa?” Wana mengusap bahuku perlahan.
Aku
memejamkan mata. Allah! Hanya Tuhan saja yang tahu berat beban yang kupikul
sekarang ni. Pinjamkanlah kekuatan kepada hambaMU ini, ya Allah. Aku mohon
padaMU. Aku tak berdaya. DugaanMU terlalu berat untuk diriku. Rintihku.
“Mai,
janganlah macam ni. Kau kena kuat.” Aisyah memberi kata-kata ransangan.
“Aku
dah tak boleh kuat dah, Syah. Aku dah agak lambat laun benda ni akan terjadi
pada aku. Dan paling tak tahan waktunya adalah semasa aku tengah belajar
sekarang.” Lemahku berkata.
Aisyah
dan yang lain memandang simpati terhadap diriku ini. Mereka terkejut apabila
mendengar Humairah menjerit tadi sewaktu sedang berbual dengan mamanya. Lemah
jantung melihat Humairah yang tak serupa orang tadi! Dan perkhabaran yang
diterima dari mulut Humairah sendiri mampu membuatkan mereka tercekik dan sakit
jantung.
“Pihak
lelaki desak atau pun family kau?” soal D terus.
Aku
mencelikkan mata. “Aku tak tahu.”
Masing-masing
mengeluh. Tak tahu nak buat apa lagi.
“Mai,
aku nak tanya. Tapi soalan ni agak pedas sikit. Harap kau jawab dengan jujur.”
Semua
memandang ke arah D dengan tanda tanya. Aku dapat agak soalan yang akan
dikemukakan. Allah, bantulah aku...!
“Apa
kena kau ni D?” bingung Wana.
“Kenapa
kau tak pernah beritahu kami pasal ni? Aku faham kalau kau nak rahsiakan benda
ni sebab itu hak peribadi engkau but
why you’re hiding these
from us? Sebab benda ni dah pecah depan kita orang? Kau tak percayakan
kami?” D tidak mengendahkan Wana malahan dia terus menujukan soalan yang agak
sentap kepadaku.
“D,
tak baik la.” Tegur Iman.
“Tak
baik? Weh, kita kawan kan? Kau lupa ke apa yang
kita janjikan dulu? Kita pernah berjanji akan sentiasa bersama tak kisah susah
atau senang. Dah lupa? Kau mungkir janji, Mai!” Bidas D geram.
Aku
terasa mahu menangis bila dituduh sebegitu. ‘Maafkan aku D. Aku tak dapat
ceritakan semua benda. Aku terpaksa sembunyikannya selama ni. Aku tak bersedia
lagi untuk beritahu pada korang. Aku sendiri terluka dengan apa yang terjadi.
Ini bukan pintaku! Kalaulah kau tahu kejadian sebenar, pasti kau akan turut
sama merasainya.’ Rintihku.
“Diana!”
Mencerlung mata Wana memandang D. Kenapa timbulkan lagi masalah? Cukuplah Mai
dah terseksa dengan masalah dia. Kalaulah kau tahu perkara sebenar, pasti kau
akan terperanjat beruk! Bengang Wana.
“Mulut
tu jaga sikit!” keras suara Wana.
“Why?
Nak salahkan aku pulak? Tak betul ke? Aku sayangkan persahabatan kita. Aku
ceritakan masalah aku kat kita semua bila aku down gila.Tapi kau, Mai? Apa yang kau buat?
Sorokkan hal ni. Sorok dari semua orang. Yeah,
its a privacy and as friends, kami tak layak ambil tahu! Macam tu ke?
Selama ni kau anggap kami ni apa, Mai? Boneka? Bila nak main, kau tarik kami.
Bila dah bosan, kau tinggalkan kami. Like
that huh?” D tersenyum sinis. Dalam hatinya membara mengenangkan perangai
Humairah. Aku sayangkan kau tapi ini yang kau balas?! Kau khianati janji!
“Puteri
Diana Munirah, behave yourself!
Jangan tambahkan kekusutan Humairah. Kita sebagai kawan kena bantu dia hadapi
masalah ni. Bukan menimbulkan lagi masalah. Jangan dipertikaikan perkara lepas.
Sekarang kita kena bantu Mai menghadapi krisis ni. Tolonglah.” Nasihat Aisyah.
Dia kasihan melihat Humairah yang tak habis-habis di serbu dengan pertanyaan
dan kata-kata sinis D. Mengapa D berubah sedemikian? Tidak kasihankah dia
melihat apa yang dilalui Humairah? Walaupun Aisyah juga baru mengetahu perkara
ini tapi dia faham perasaan gadis itu. Tampak jelas Humairah tertekan dengan
apa yang berlaku. Ini bukan kerelaan hatinya! Aisyah yakin.
D
terdiam sesaat. “Fine! Korang bantulah Mai. Aku tak nak! Sebabnya dia
tak pernah cerita masalah dia pada aku. Simpankan sajalah, Mai sampai bila-bila
pun! Korang baik sangat kan? Korang aje la yang bantu dia. Jangan libatkan aku
dalam hal ni!” D terus bangun keluar dari dorm dengan perasaan marah,
meninggalkan kami berempat yang tergamam.
“Semua
salah aku...” air mata sudah bergelinangan di tubir mata. Tak sampai dua saat,
mutiara itu gugur.
***
KEINDAHAN
ciptaan Tuhan aku lihat di jendela. Mengenangkan nasib diri yang bertimpa-timpa
dengan masalah dan perhubungan dengan D juga semakin kendur. Sudah dua hari aku
dan D tidak bertegur sapa. Semasa di kelas pun, D sikit tak toleh ke belakang.
Dia suka buat hal sendiri. Sampaikan waktu rehat pun dia sanggup makan di taman
mini berdekatan kolam ikan. Saat aku mahu bercakap dengannya, D pasti akan
mengelak dan membuat kerja lain. Aku tidak dipedulikan. Aku bagaikan patung di
hadapannya. Tampaknya kesalahan yang aku sudah lakukan memberi impak yang besar
padanya.
“Mai,
termenung jauh nampak?” tegur Aisyah sambil duduk di katilnya. Tudung hitam
yang tersarung di kepala di tanggalkan lalu disangkut pada hanger. Rambutnya diikat ekor
kuda menyerlahkan lagi keanggunannya.
Aku
tersenyum cuma. “Tak adalah. Saja tengok panorama kat luar tingkap ni.”
Aisyah
tersenyum juga. “Haah kan? Melihat keindahan ciptaan Tuhan yang pelbagai buat
hati rasa tenang dan damai. Besar sungguh kuasanya sehinggakan boleh mencipta
bumi yang indah, pokok-pokok, langit, laut, bulan, bintang dan selainnya.”
Aku
mengangguk mengerti. Memang benar apa yang diperkatakan Aisyah. Betapa besar
rahmat yang dikurniakan Allah kepada hamba sekalian alam.
“Kadang-kadang
aku sendiri terfikir macam mana Allah jadikan semua ni. Namun aku tak ada
jawapannya, Mai. Puas aku fikir siang malam. Sampai aku tanya umi dan walid
aku. Dia orang pun tak tahu tapi dia orang kata itulah kekuasaan Allah yang tak
dapat ditandingi sesiapapun makhluk ciptaannya.”
Aku
mendengar saja kata-kata Aisyah. Memang betul. Aku juga pernah terfikir benda
yang sama sehinggakan aku memarahi otak kerana tak dapat jawapan untuk itu.
Masa tu budak lagi! Sekarang dah besar, dah tahu tentang semua ni sikit-sikit.
Keluarga dan para guru disekolah banyak mengajar. Rakan-rakan juga turut
membantu.
“Habis
tu apa kata kau pulak?” soalku.
Aisyah
tersenyum. Manis sangat.
“Aku
terdiam masa tu. Tak tahu nak cakap apa dah. Cuma aku teringat satu pesanan umi
yang membuatkan aku kagum sehingga ke hari ini.” Kata-kata Aisyah menarik
minatku.
“Apa?”
“Hanya
perkataan ‘Kun fayakun’. Maka jadilah ia. Kau nak tahu tak, dulu masa aku kecil
dalam lapan sembilan tahun macam tu la, aku sebutlah ‘Kun fayakun’ macam yang
umi aku sebut tu. Tapi tak jadi apa-apa. Banyak kali aku sebut dan tak hasilnya
tetap tiada. Aku tanya kat umi, kenapa tak jadi apa-apa? Umi aku jawab, hanya
Allah yang berkuasa. Kita manusia, hanya makhluknya saja. Walau kita ucap
sejuta kali ke berbillion kali ke tetap takkan jadi apa yang kita mahukan. Masa
tu baru aku tersedar, sungguh besar kuasa Allah SWT. Hanya perkataan tu saja
DIA boleh mencipta apa jua yang DIA mahukan.” Aisyah memejamkan mata.
Aku
tersenyum melihatnya. Aisyah ni boleh jadi ustazah lepas habis sekolah nanti.
Kata-katanya penuh makna dan penghayatannya menyeluruh. Kalau sebut tentang
sesuatu pasti akan relate dengan agama. Aku ingin sekali menjadi
seperti Aisyah. Kuat, tabah, cekal dan sentiasa sabar dalam menghadapi dugaan.
Beruntungnya gadis bernama Aisyah ini. Teringat pula pesanan Opah di kampung.
“Jikalau
kita berada dalam kesusahan mahupun kesenangan, hendaklah kita mengadu pada
Allah. Bukan pada manusia mahupun haiwan. Mengadulah pada Allah kerana setiap
apa yang kita lakukan berkaitan dengan Allah. Bersyukur pun kita ucap nama
Allah. Kita bersedih pun ucap nama Allah. Jangan pernah lupakanNYA. Jangan
bongkak, takbur, riak, bangga diri kerana itu tergolong dalam syirik khafi. Itu
semua akan membuatkan Allah tidak memberkati hidup kita. Allah mendengar setiap
permintaan kita. Ingat, Allah tak pernah makan, tak pernah tidur. DIA sentiasa
memerhatikan kita dari atas. DIA tengok, umat aku ni selalu minta doa pada aku.
Perangainya elok, tutur katanya lembut, hormat ibu bapa, akhlak mulia.
Senang-senang saja Allah makbulkan doa kita. Dan senang juga masuk syurga. Tapi
ingat, senang juga umatnya masuk neraka. Tanpa Allah, kita takkan wujud di alam
yang fana ini, cu. Maka hargailah dan syukurilah nikmat pemberianNYA.” Pesan
Opah suatu masa dulu.
“Mai...”
Aisyah memetik jari membuatkan aku tersedar.
“Mengelamun
pulak ya?” usik Aisyah.
Aku
tersengih malu. Kantoi pulak! Aisyah bangun dari katil. Tudung hitam disarung
kembali ke kepala.
“Aku
nak buang air kejap. Nak ikut?” ajak Aisyah.
Aku
menggeleng. “Nak pergi bilik air pun nak ajak orang ke?” sindirku.
Aisyah
mencubit pipiku sebelum bergerak ke bilik air. Aku ketawa kecil. Nakal betul
Syah ni! Tahu la pipi aku chubby!
Ops, jangan bangga Mai.
Aku
mencapai Mp3 di bawah bantal. Butang on kutekan. Lagu tema movie Lizzie McGuire, What Dreams Are
Made Of dipopularkan penyanyi antarabangsa, Hillary Duff berkumandang di
telinga. Bosan bila ditinggalkan seorang diri dalam dorm. Wana dan Iman pergi
main bola jaring. Aisyah pula pergi toilet lepas pulang dari discussion pasal pengawas. Siapa lagi leadernya kalau bukan Farhan!
Ahh! Nama itu yang kuingat. Nama yang membuatkan hidupku tunggang langgang dan
hubungan dengan kawanku, D. Aku memejam mata ingin merehatkan minda.
Bunyi
tapak kaki manusia mencelikkan mataku. Kelihatan D berjalan ke almarinya. Ya
tak ya juga! Satu hari suntuk aku tak tengok dia. Kat sekolah memang tak
bertegur la. Lepas tu aku balik aspuri dengan member yang lain. D tidak kelihatan tadi.
Melihatkan
D baru membaringkan tubuh, aku melangkah ke arahnya.
“D...”
panggilku perlahan. D membuka mata.
“Kau
masih marahkan aku?” aku bertanya perlahan. Sebak pun ada.
D
tidak menjawab sebaliknya memusingkan tubuh ke kanan. Bantal empat segi diletak
ke telinga. Barangkali tidak mahu mendengar apa yang akan aku ucapkan.
Aku
menahan sendu. Kelakuan D mengguris hati. D tak seperti dulu. D sekarang adalah
D yang bisu dan sentiasa mengelak dari kami. Aku bangun dari katilnya lalu
berjalan ke katilku semula. Air mata yang mengalir kusapu dengan jari.
‘Sampai
hati kau D...!’ hatiku menangis.
D
melihat dari celahan bantal yang menutupi muka. Sayu hatinya melihat Humairah
mengesat air mata di pipi. Rasa bersalah melilit tangkai hati.
‘Maafkan
aku, Mai.’ Mutiara jernih mengalir jua.
***
“MAI,
kau nak naik dah ke?” soal Wana ketika kami berada di astaka selepas penat
bermain bola jaring pada hari berikutnya.
“Hmm...
penatlah. Letih. Nak naik mandi lepas tu gosok baju dengan tudung. Malam ni kan
ada program.” Ucapku mendatar. Oh, baju kurung lagi! Tak apa. Bisik hatiku. Suprise!
“Oh!
Hmm tak apalah. Kau naiklah dulu. Kami nak duduk sini kejap. Nanti aku naik.”
Ujar Wana bersama anggukan yang lain.
Aku
menjulingkan mata ke atas. “Whatever.” Aku terus berlalu pergi. Entah
apalah budak ni nak buat kat astaka. Tak penat ke? Selalu lepas main terus
masuk dorm. Ni tak. Ahh! Mandi aje la. Aku terus mendaki anak tangga untuk ke
dorm.
“Mana
minah sekor ni? Lambat macam siput ar.” rungut Iman. Tangan yang
gatal digaru. Kemudian tengkuk pula dan seterusnya pipi.
“Sabarlah.
Ada kejap lagi tu. Kalau dah sampai kang, sesah terus. Kau garu aje la tempat
yang gatal tu dulu.” selamba ayat Wana. Dia membuang ranting kayu yang terlekat
pada seluar trek hitamnya.
Iman
terkedu. Cis! Sempat lagi dia kenakan aku!
“Hah!
Itu pun dia.” Aisyah menunjukkan sekumpulan pelajar perempuan yang baru saja
habis bermain badminton. Ni budak-budak dorm sebelah ni! Jaja, Widad dan
beberapa pelajar yang dikenali melambaikan tangan ke arah mereka bertiga
kecuali seorang. Semua kalih pandang kepada minah bertiga di cendawan.
“Hah!
Tu pun budaknya. Iman pergi tarik dia ke sini!” arah Wana.
Iman
membuat tabik hormat, sedia menjunjung perintah. Dia berlari ke arah D yang
sedang bergelak tawa dengan Widad. Eh! Eh! Boleh pulak gelak-gelak? Dengan kami
masam mencuka aje! Ni yang nak marah ni! Sabar Iman.
“Apa
ni?” marah D. Lengannya yang ditarik Iman ditepis beberapa kali namun tak
berjaya. Jaja, Widad dan beberapa rakan lain sudah mendahului D ke dorm. Nak
tak nak terpaksa la dia berjalan mengikut langkah Iman. Mereka berdua menuju ke
satu pondok cendawan warna coklat. Kelihatan Wana dan Aisyah menunggu dengan
sabar. Sampai saja di sana, D disuruh duduk dengan kasar.
“Nah!
Apalagi? Jom sesah!” Iman
menyinsing lengannya.
D
membulatkan mata lalu menelan liur. Sesah? Oh my...! Habislah aku!
“Apa
kena kau ni, Iman oii? Apesal kau nak kerjakan budak ni pulak? Adoi....” Wana
memegang kepala. Pening ada kawan macam ni!
Aisyah
menahan tawa. Iman mengerut dahi.
“Bukan
kata nak sesah dia ke tadi?” Iman blur.
“Bukanlah!
Kita nak bincang. Sesah dengan
cara bincang. Diskus!” Wana menjegilkan mata kepada Iman.
Iman
mencebik. Marah pulak? Tembak dengan senapang gajah baru tau! gumamnya.
“Okey, firstly kami ada hajat besar dengan kau, D.”
Aisyah memulakan bicara bila semua mata memandang ke arahnya.
“Hajat
apa?” soal D.
“Hajat
untuk berkawan seperti biasa semula.” sampuk Wana pula.
D
ketawa jengkel.
“Bukan
kita kawan ke?”
“Memang
berkawan tapi tu dulu sebelum hal Mai berlaku. Kau dah tak cakap dengan kita
orang lagi sekarang. Dah buat hal sendiri. Dekat sekolah buat macam tak kenal
sampaikan budak aspura tanya dan beberapa cikgu tegur.” Geram Iman. Mahu
ditumbuk minah depan ni! Lepas tu buat sambal tumis! Nyum nyum...! Iman
melalut.
D
tersenyum sinis. “Kan aku dah cakap. Aku tak nak terlibat dalam hal Mai. Korang
tak faham bahasa ke?”
Wana
seraya berdiri. “Eh minah ni! Kang ada yang kena lepuk dengan aku kang!”
berangnya.
D
terperanjat dengan suara keras Wana. Jantungnya berdegup kencang mendengar
suara Wana seakan-akan marah. Tambahan lagi gayanya macam nak belasah
orang. Oh no...! Mana boleh seorang
lawan tiga? Tak aci betullah dia orang ni! Suka buli aku macam ni...! bebel D.
“Wana, calm down. Jangan
terburu-buru.” Aisyah menarik Wana supaya duduk semula.
“Entah!
Tadi kata tak nak sesah sekarang dia pulak lebih-lebih.”
gerutu Iman.
“Eh
Iman! Kau boleh diam tak?! Aku dah la tengah baran ni. Tak habis-habis dengar
kau mengomel!” bentak Wana. Memang cari nahas la minah Kedah ni!
Iman
memalingkan muka. Hmmph!
Malas nak layan. Asyik aku aje yang kena! Nyampah mak....!
D
dan Aisyah yang melihat berusaha menahan ketawa. Kang kalau terlepas naya je!
“Kalau
korang nak bergaduh jangan panggil aku ke sini.” D mencelah.
Automatik
Wana dan Iman senyap. Aisyah tersenyum.
“Okey
apa kata korang terus cakap tentang tujuan korang panggil aku. Tak payah nak
buat iklan. Buang masa.” Serius wajah D. Dia memeluk tubuh.
“Kenapa
kau buat Mai macam tu? Kau tak kesiankan dia ke?” soalan pertama Aisyah
menyentak tangkai hati D.
Terlerai
pelukan tangan di tubuhnya.
“Kau
tak ada perasaan sayang akan sahabat ke, sahabat?” Iman pula. Perkataan
‘sahabat’ ditekan.
D
terkedu.
“Atau
kau dah terikut-ikut dengan kata-kata hasutan Diva Babe?” Giliran Wana pula.
“Wo!
Wo! Jangan tuduh melulu eh!” bantah D. Sesuka hati tuduh aku macam tu. Ikut
Diva Babun tu? Kirim salam la. Iman masih kukuh di dada. Akal masih waras lagi!
“Dah
tu kau diam aje tandanya betullah kan?” selar Iman. Dia menyilangkan kaki.
Penat duduk macam tadi. Aku rasa macam nak baring aje! Letih sangat ni. Nasib
baik tak ada latihan sukan today.
Kalau tak berdouble letih! Omel Iman.
D
menjeling. Sibuk aje!
“Aku
sakit hati dengan apa yang dia dah buat.”
“Hey,
dia tak cerita hal peribadi pada kau, kau nak sentap sampai tak bertegur
apesal?” bengang Wana. Entah pape entah budak nama Diana ni! Hal tu
bukan nak amek hati. Amenda entah!
D
mengeluh.
“Aku
rasa aku bukan kawan yang baik untuk dia. Jadi buat apa aku ambil tahu pasal
dia lagi. Dia pun dah tak perlukan aku.” Terang D.
Serentak
tiga dara menepuk dahi.
“Ya
Allah! Kenapa kau fikir bukan-bukan D oii? Bawa mengucap weh! Bila masa pulak Mai tak
perlukan kau? Dia perlukan kita semua la!” Iman memegang dahi. Boleh demam aku
macam ni!
“D,
jangan terlalu menghukum. Kau tak tahu cerita sebenar. Kami pun tak tahu cerita
sebenar. Tapi setidak-tidaknya jangan menunjukkan yang kau tak puas hati masa
dia tengah susah hati. Dia tertekan tahu tak? Tolonglah, D. I’m begging you.” Aisyah
merayu.
D
terpanar. Aisyah sanggup merayu kerana tak mahu kami terputus persahabatan. D
rasa bersalah.
“Kalau
korang semua nak tahu, aku dah lama tahu hal ni.” Wana berkata membuatkan
mereka hampir tercekik.
“What?!!”
serentak tiga dara berdiri mencerun ke arah Wana.
“Aku
dah tahu lama sebelum kita balik rumah 2 minggu lepas.” Sambung Wana.
“Sampai
hati kau tak bagitahu aku...! Macam ni kawan?” Iman memeluk tubuh. Oh my...! Ni yang nak merajuk
ni!
“Jahatnya
kau...!” D punya turn. Dia
memandang tajam Wana.
“Kenapa
rahsiakan Wana?” tanya Aisyah.
Wana
menghela nafas sebelum memulakan bicara. “Macam ni....”
***
MALAM
sudah menjelma. Para penghuni aspuri dan aspura sedang bersiap untuk ke surau
sekolah kerana majlis tahlil dan bacaan yassin selepas menyudahkan solat
maghrib. Kan hari ni hari khamis maka amatlah baik untuk sama-sama membacakan
yassin untuk para muslimin dan muslimat yang masih hidup atau telah meninggal
dunia semoga akan dikurniakan ganjaran pahala dan syurga.
“Amboi!
Serba hijau kakak kita malam ni,” usik Iman.
Aku
menjeling.
“Menjeling-menjeling
ku bertentang... mata kita sama memandang...” Iman siap menyanyi membuatkan aku
geram. Aisyah dan Wana tergelak sakan di katil masing-masing. Beberapa pelajar
lain tersenyum gelihati memandang Iman yang tak habis-habis mendendangkan lagu
tersebut. Siap menari tu yang tak boleh blah!
“Jom
turun. Nanti kena tinggal pulak.” Ajak Aisyah sudah lengkap pakaiannya. Wana
dan Iman sudah siap terlebih awal. Malas berfesyen katanya! Tapi siap
lilit-lilit selendang tu bukan fesyen ke Makcik Iman oi! Kalau Wana aku faham,
dia memang seorang yang simple.
Pakaiannya terlalu senang. Baju ungu plain berkain corak kotak-kotak dan
mengenakan tudung putih. Simple
but nice! Kena dengan jiwanya. Aisyah tak payah cakap la. Apa dia pakai
semua cantik! Jeles mak...!
“Orang
tukan tadi bukan main lagi mandi awal. Tup
tup dia yang lambat,” perli
Wana.
Aku
menjeling Wana. “Tadi emergency case la. Tak tahan!”
“Hahaha!!”
Tengok
tu, boleh dia gelakkan aku? Jahat betul! Ahh! Jahat budak jahat! Tetiba pula
lagu Stacy masuk line. Hahaha!
“Cepat
la!” gesa Iman. Dia sudah bersandar di muka pintu. Tunggu minah ni memang azab
sungguh! Padahal dia tahu Mai akan mengenakan tudung yang simple.
Aku
bergerak ke cermin yang disediakan dalam dorm ini. “Korang gerak dulu nanti aku
turun. Tunggu kat bawah.”
“Alahai
lama lagi ke kak?” usik Aisyah.
Aku
tersengih. “Lama lagilah. Ni tudung pun belum pakai lagi.”
“Okey,
lambat seminit makanan kau aku punya!” gertak Iman sambil ketawa. Wana dan
Aisyah tak terkata. Makan aje tau budak kenit ni!
Aku
membeliakkan mata. “Hey, tu kejam sangat!”
Meledak
tawa Iman. “Okey turun dulu.” Dan mereka bergerak meninggalkan dorm Angsana.
Aku lihat dari cermin, Nana, junior kami sudah siap berpakaian serta tudung dan
dia mengorak langkah meninggalkanku sendirian dalam dorm. Alahai kena tinggal
lagi! Ingat nak ajak saing...!
Aku
masih lagi belum memakai tudung. Aku ingin membuat satu kelainan. Dia orang tak
pernah nampak aku berfesyen kan? Hari ni aku nak tunjuk skill. Muahahaha! Gelak jahat aku
dalam hati.
Sedang
aku mengenakan tudung di kepala, terdengar tapak kaki manusia berjalan memasuki
dorm. Daripada cermin ini, dapat aku lihat wajah D yang siap berbaju kurung
sedang mencari sesuatu dalam lacinya. Kemudian dia berdiri di sisi katilnya.
Hairanku
dengan sikapnya. ‘Dia tunggu apa? Dah siap turunlah. Mungkin tunggu budak
sebelah kut.’ Fikirku.
Selepas
siap pakai tudung, aku melangkah ke arah pintu tanpa memandangnya.
“Mai!”
Terhenti
kakiku betul-betul di pintu. Selangkah aje lagi nak keluar. Panggilan suara
yang dah lama tak didengar.
“Maafkan
aku?” pinta D.
Aku
berpaling. Kelihatan D berjalan dari katilnya menuju ke tempat dimana aku
berdiri. Tanpa disangka, tubuhku dipeluknya erat. Terdengar sendu tangisnya di
bahuku.
“Jangan
nangis,” aku cuba memujuknya. Hailah... dah lah aku ni tak reti cara memujuk!
Hentam keromo aje ler!
“Aku
bersalah dengan engkau. Aku tuduh kau. Aku salahkan kau. Aku minta maaf, Mai.”
D tersedu-sedan.
Aku
menggosok badan belakangnya. Sebak pulak dengar apa yang dia cakap. Tambahan
pula melihat air matanya sudah membuat aku sedih.
“Aku
yang patut dipersalahkan. Aku rahsiakan ‘benda’ tu daripada korang. Memang
patut aku cerita kat korang dulu tapi aku...”
D
memintas dengan cepat. “Bukan salah kau. Its
a private. Aku yang tak faham! Aku salah!”
Aku
tersenyum lantas mengesat air matanya. “Dah tak mahu nangis. Aku ni tak pandai
pujuk orang.” D ketawa.
“Tak
apa. Maafkan aku tak?”
Aku
mengusap dagu. Memikir sama ada nak maafkan atau tak. Saja je nak main-main!
“Mai!”
cemberut wajah D.
“Hahaha!!”
“Mai...”
rengeknya. Alahai manjanya! Lama aku tak tengok dia manja-manja macam ni..!
Rindu!
Aku
tersenyum hingga menampakkan lesung pipit yang selama ini disembunyikan. “Maaf
diterima!” jeritku girang.
D
ketawa melihat gelagatku lalu memeluk tubuhku erat. Aku membalasnya dengan
senyuman.
‘Ya
Allah, aku bersyukur padaMU kerana telah menyatukan hubungan persahabatan kami
ini. Alhamdulillah...’ aku mengucapkan syukur.
"Mai..."
seru D.
"Hmm?"
aku menoleh ke arahnya.
"Kau
cantik sangat malam ni." pujinya seikhlas hati.
Aku
tersengih malu. Alahai... merah muka mak, nak oii!
***
“NAMPAK
Mai tak?” Wana menyoal Widad.
“Tak
nampak pulak. Kenapa? Bukan dia ikut korang ke tadi?” soal Widad kembali.
Wana
sudah keluh kesah. Manalah budak bertuah ni pergi? Risaukan aku aje la!
Gumamnya.
“Jumpa
Mai?” muncul Iman di pintu surau bahagian wanita.
Iman
menggeleng.
“Aduhai..
mana dia pergi? Aku dah tengok kat aspuri tapi takde!” Iman memandang
kiri kanan.
“Budak
ni bagi orang risau je la! Mana dia pergi?” Wana dan Iman bagai kehilangan anak
kecil. Mata meliar ke kiri ke kanan. Puas suah mereka mencari Humairah tapi
bayang tak nampak langsung! Kena sorok bunian ke apa?
“Assalamualaikum...!
Hai geng...!” sapa seseorang membuatkan Wana dan Iman kalih pandang. Terlopong
dia melihat sahabatnya. Kalau gajah masuk pun muat tu!
"Satu..
dua... tiga... empat...." aku mengira bilangan syaitan yang berlumba-lumba
masuk dalam mulut mereka. Automatik mereka berdua ketap mulut. Aku ketawa.
“Mai
ke?!” soal Iman tak percaya. Matanya dibulatkan lebih besar!
Aku
ketawa. Soalan tak berapa cerdik! Dalam pada waktu itu, semua tidak perasan
akan seseorang yang memerhatikan diriku ini dibalik tembok yang memisahkan
pelajar lelaki dan perempuan untuk mengambil air sembahyang.
“Apesal?
Nampak aku macam alien ke?” baju dibadan kutelek. Mana tahu kut pakai baju
terbalik ke kan tapi tadi aku tengok tak ada pulak. Cantik lagi adalah! Mai!
Kau suka sangat bangga diri. Pantas aku istighfar.
“Mai!!”
Wana melulu mendapatkanku. Tubuhku lantas dipeluknya.
“Weh! Weh! Apa ni?” rimas aku
dibuatnya.
"Gaya
aku baru balik dari haji aje. Happy sangat ni apesal?" soalku
terpinga-pinga.
Wana
terpegun. “Ayunya kau! Bila masa kau mula berfesyen ni? Cantik!” pujinya.
Aku
tersenyum malu. Alahai... malu-malu kucing pulak! Tadi D dah cakap, ni Wana
pulak! Aku rasa macam artis aje gayanya! Hahaha!
“Aku
belajar dengan adik aku, Yana.” hujung tudung aku pintal.
Wana
tersenyum-senyum. Malu la pulak Kak Maira kita ni!
“Ecececeh...
Mai dah cun sekarang ni! Hai... mesti ramai yang minat nanti.
Tengoklah! Kalah Heliza Helmi. Lelaki perempuan akan minta autograf!”
usik Iman.
Aku
menjegilkan mata. Mengekek-kekek Iman ketawa.
“Eh
Mai ke?” seorang pelajar perempuan menegur ketika menjejakkan kaki di surau.
Aku, Wana dan Iman menoleh.
“Ni
Humairah kelas 5 Al-Bukhari tu? Cantiknya kalah pelakon!” seorang lagi rakan
yang tidak dikenali menegur.
Aku
sudah menelan liur. Habislah aku kali ni....! Menyesal pulak cakap macam artis
tadi! Mulut masin sangat!
“Ni
ke Mai? Serius kau lawa gila malam ni!”
“Eh
ajarkanlah aku macam mana cara kau bertudung ni. Ajarlah ek? Cantik gila!”
Pelajar
perempuan berkerumun di sekeliling membuatkan aku lemas namun pura-pura
melemparkan senyuman. Haiya... inilah padahnya kalau mencuba fesyen bertudung.
Mesti akan ditegur punya! Lepas tu berkerumun macam lalat! Huwargghh! Panaslah! Yana,
tolong akak! Jeritku dalam hati.
Wana
dan Iman yang berada di tepi pagar surau hanya memerhati sambil tersengih. Aku
mengisyaratkan mereka supaya menolong namun tidak diendahkan malah Iman sempat
menaikkan ibu jari kanannya kepadaku. Ahhhh!! Asalahe punya kawan...
“Famous kawan kita sekarang, Man.”
Iman
gelak. “Tahu tak apa. Kalah artis!” Wana ketawa.
"Bahhhhhhh!!!!"
Kemunculan
D di hadapan Wana dan Iman secara mengejut membuatkan dua gadis itu terkejut
besar. Iman sudah menjerit ketakutan. Wana mengurut dada. D membuat simbol
‘good’ sambil tersengih.
“Uish!
Kau ni kalau tak muncul mengejut tak boleh ke?” marah Iman. Dadanya digosok
perlahan. Dah lah pakai serba putih! Dari tudung sampai kasut pun putih! Nak
gugur jantung. Ingat hantu mana! Dah lah malam ni malam Jumaat. Seram tengkuk!
Kalau dia gol tadi, dia datang cekik D!
"Entahnya!
Suka mengejutkan orang!" geram Wana.
D
ketawa mengekek-kekek. “Amacam? Takut tak?” usik D seraya angkat kening.
Iman
mencebik. “Kalau kau buat lagi, jangan harap dapat jumpa aku lagi kat dunia
yang fana penuh dengan keindahan alam yang mendamaikan ini...” Iman mula
berfalsafah.
D
dan Wana segera menutup telinga dengan tangan. “Jom masuk, D! Jangan layan
minah suka berangan ni!” Wana pantas menarik tangan D masuk ke surau Raudhatus
Sakinah. D ketawa mengekek-kekek.
Iman
tercengang. Berani dia tinggalkan aku kat sini?! Kurang asam! Iman ingin masuk
ke dalam namun dia terhenti bila teringat sesuatu. Dia berpusing balik ke arah
kumpulan perempuan yang mengerumuni Humairah. Lantas Iman berlari masuk ke
dalam sambil menarik tanganku dari dikerumuni pelajar perempuan. Syukurlah aku
terselamat atas bantuan Iman! Kalau tak memang nahas betul! Huh! Lega.
Aku
duduk dengan tenang di sebelah Wana di bahagian belakang sekali. Tarik
nafas! Lepas...! Tarik! Lepas...! Huh! Berpeluh-peluh...! Cantik-cantik
jadi busuk pulak dah.
Wana
ketawa melihat diriku yang bagaikan artis dikejar peminat!
"Penat
ek kak? Kesian dia kena kejar dengan fanatik." Wana mengusik.
"Diamlah!"
aku menumbuk bahunya. Wana ketawa sakan.
Aku
tersandar di dinding surau. Aduh.. masak aku macam ni! Dia orang ni memang
macam ni ke? Aku baru pakai tudung fesyen ala-ala muslimah sikit. Nampak lain
sikit. Dah macam artis datang kampung pedalaman! Taubat dah nak pakai
macam ni lagi. Esok-esok aku pakai tudung bawal biasa aje. Tak kena kejar macam
artis jumpa peminat fanatik! bebelku.
Terasa
bahu kanan dicuit membuatkan aku berpaling.
"Mai,
kau nampak anggun dengan gaya macam ni. Seriously beautiful my lady! Aku
suka." Aisyah tersenyum manis.
Aku tersengih
malu. Kepala tak gatal kugaru. "Biasa je la." Aisyah ketawa kecil. D
yang terdengar terus pusing ke belakang.
"Comel
kan kakak kita ni? Kalau headprefect nampak ni memang confirm dia ambil kau jadi tunang. Tak payah kona-kona buat dalih lagi." sakat D yang
berada di depanku. Sengih macam kerang busuk!
Iman
dan Wana mendengar terus saja mengekek ketawa. Aku panas betullah!
"D,
kau teringin nak makan penumbuk aku gamaknya!" aku menjegilkan mata ke
arahnya. Janganlah sebut nama dia! Setelah mereka semua tahu mengenai 'rahsia'
itu daripada Wana, aku kian diusik.
D
menjelirkan lidah. Aku geram betul tau! Lantas pinggangnya kucuit. Apalagi? Cik
Diana kita ni melatahlah. Makin galak Iman dan Wana ketawa sampai menekan
perut. Hailah.. sesungguhnya ini yang kami mahukan! Keceriaan kembali bersinar.
Alhamdulillah....
"Ish!
Jangan cuit situ. Sensitip!" D pula mencerlung
mata ke arahku. Aku buat dono aje. Lagi aku cuit. Terjerit-jerit D di
tempatnya membuatkan beberapa orang terdekat memandang ke arahnya. D memukul
tanganku berkali-kali. Aku tergelak aje. Tak sakit pun!
"Shhh!! Ustaz dah mula tu."
Aisyah mengisyaratkan diam. Serentak kami berempat menutup mulut.
Kedengaran
Ustaz Farid menyuruh semua duduk di tempat masing-masing. Siapa-siapa yang
membawa botol air boleh membuka penutupnya. Bacaan yassin akan dimulakan dengan
lafaz bismillahirrahmanirrahim.
Dan
semua pelajar mula membacakan yassin...
p/s:
hai smua, miss dh lme x buat psnn
kt sni kan? Hehe.. hmm psl cite kali ni sorry ya kalau x memuaskan hati... miss
buat mana yang miss terdaya... sejak minggu lepas miss buat scene ni tp xjd...
sbb tu miss msukkan yg lain dulu coz nk dpt ilham... hope pembaca dpt mnrima
dgn sabar ya thankssss...! and
soooorrry again...!