BAB
20
BEG
baju di zip selepas memasukkan kesemua baju dan seluar serta beberapa barangan
lain. Buku-buku di atas meja belajar disusun rapi kemudian di masukkan dalam
satu plastik besar dan diikat ketat. Si dia meletakkan plastik itu dalam laci
meja belajar yang tersedia khas. Siap di mangga lagi takut hilang! Tempat
paling selamat untuk tinggalkan barang. Berani curi kerat tangan!
“Han,
dah siap ke?” tegur Izuan yang bersenang lenang di atas katilnya. Earphone di tanggalkan dari telinga. Mata
memandang tunak ke arah jiran hadapan katilnya.
Farhan
mengesat peluh di dahi kemudian melabuhkan punggung di atas katil. Handphone dicapai. Mesej yang masuk dilihat satu
per satu.
“Finish.”
Izuan
bangun dari pembaringan lalu bergerak ke katil milik Farhan. Dia dengan selamba
duduk berhadapan dengan sepupu lelakinya itu.
“Masa
cuti ni kan?” soal Izuan terus.
Farhan
yang sedang membelek handphone mengangkat muka lalu mengerut dahi.
“Apa
yang cuti?”
Izuan
tersenyum sinis sambil memeluk tubuh. “Engaged with her.” Katanya
perlahan kerna takut didengari orang lain. Lambat laun benda ni akan tersebar
luas juga kan?
Farhan
mengeluh. “Dah tahu lagi mahu tanya?” sindirnya. Semak la Wan ni! Dah tau nak
tanya lagi?! Kang aku suruh telan earphone tu baru tau! gumam Farhan.
Izuan
ketawa. “Chill, bhai. Takkan marah kut? Relax la.”
“Macam
mana nak relax? Kau ingat
senang ke?” dengus Farhan. Dia meraup muka dengan tapak tangan.
“Bukan
kau kata yang kau nak berkorban?”
“Memang
la. Tapi masalahnya sekarang ni budak tu yang nak di tuttt dengan aku tu budak yang paling aku
menyirap sekali dalam dunia.”
Izuan
ketawa. “Hey, apesal pulak nak menyirap segala ni? Kau jangan lupa, dia teman
sepermainan kita tau. Sama-sama main dengan kita waktu kecik dulu. Main tepi
parit, pondok-pondok, galah panjang, banyak lagilah. Kenangan weh! Kalaulah dia tak pindah
waktu dulu, agaknya kau, dia dan aku kamceng kut! Macam ni ha....!” Izuan
merapatkan jari telunjuk kiri dan jari telunjuk kanan. Kemudian kedua jari itu
ditarik menunjukkan keakraban persahabatan. Masakan Farhan mudah lupa tentang
kawan sekampung, sepermainan? Kalau Izuanlah, dia teruja giler sebab nak jumpa kawan lama! Kawan lama
tu pulak budak satu sekolah dengannya. Budak baru sekolah ni lagi! Ingin saja
dia memberitahu kepada Humairah bahawa dia adalah Izuan, teman sepermainan
dikampung dulu. Tapi Farhan lain pulak!
Farhan
terdiam. Benar apa yang diperkatakan Izuan tapi hatinya masih belum boleh
menerima. Its so complicated!
“Tapi
hati aku macam tak boleh nak terima dia, Wan.” keluh Farhan.
Izuan
mengerut dahi. “Kenapa pulak?”
“Sebab
pertama dia, dia adalah budak perempuan yang lemparkan duit kat muka aku
bersaksikan adik dia, Diyana.” Farhan membentak. Teringat peristiwa lama
membuatkan dia geram.
Izuan
tersenyum. “Sebab tu je?”
“Amboi
ayat! ‘Sebab tu je?’ Ayat yang bisa menaikkan kemarahan aku!” Farhan menjeling
Izuan.
Izuan
sengih. Tu pun nak sentap! Apalah ketua pengawas kita ni kan?
“Kau
lupakan aje la hal tu. Tak ke mananya nanti. Bukan boleh bawa masuk court pun.”
Farhan
menjeling lagi.
“Back-up nampak?” perli Farhan.
“Taklah.
Menyebelah.” Jawab Izuan selamba.
Farhan
mencebik. Tak aci! Macam ni sepupu? Izuan apabila berdua dengannya, dia akan
selamba saja berkata tapi di hadapan orang ramai, dia kurang bercakap.
“Sebab
lain?” Izuan menyoal lagi. Tak puas hati kalau Farhan tak bagitahu sebab lain.
Takkan sebab tu je kut?
Farhan
terdiam. “Sebab perjanjian...” keluhnya. Dia meraup muka perlahan.
Izuan
senyap. Faham dengan perasaan sahabatnya. Akan tetapi dia pasti ada hikmah
disebalik semua ini. Farhan memang seorang anak yang baik. Biarpun tampak
garang, tegas dan serius pada wajah namun hatinya baik. Ada kisah di sebalik
semua itu. Nak bertunang dengan gadis bukan pilihan hati. Nak lagi budak
perempuan tu rakan sepermainan yang lama tak jumpa dan budak tu adalah budak
yang pernah lemparkan duit pada muka handsomenya.
Teringat Izuan wajah gadis bernama Maira sewaktu kecil dulu. Comel tetapi
comot! Walaupun nampak gagah seperti tapi hati tetap perempuan biasa. Mudah
menangis! Sebabnya kena buli dengan dua orang budak hensem ni. Ops riak pulak!
Izuan menyengih. Serta merta Izuan teringat sesuatu.
“Patutlah!”
Izuan spontan memetik jari membuatkan Farhan tersentak.
“Kau
ni kenapa, Wan?” pelik Farhan. Tiba-tiba je petik jari.
“Patutlah
semenjak dua ni bila jumpa kat padang waktu latihan, dia asyik lari je bila
nampak kau. Bila nampak kau aje terus pandang tempat lain and duduk jauh-jauh. Mungkin dia dah ada something-something tak dengan kau? Apa orang kata ek? Tak
keruan...! Hahaha!” Izuan
gelak.
Farhan
mencebik. Tak keruan wak lu! Amenda entah mamat ni.
“Dia
sebenarnya nak lari daripada kena denda dengan aku,” dalih Farhan.
“Yeke?”
usik Izuan.
Farhan
memejamkan mata sesaat. “Jangan cerita lagi boleh tak? Aku penat. Nak rest kejap. Jangan lupa kejut aku kalau parents aku dah datang!” Farhan terus
membaringkan tubuh di katil membiarkan Izuan terpinga-pinga.
Izuan
mendengus. Nak elak pulak? Tak apa. Izuan menumbuk perut Farhan sebelum blah ke katil sendiri. Bibirnya
terkumat-kamit berkata tentang Farhan. Jangan ingat kau boleh terlepas dari
aku, Han. Akan kuselam hatimu sampai ke lubuk paling dalam. Wah! Boleh jadi
budak sastera walaupun ambik sains tulen! Hahaha!
Izuan merepek sendiri.
Farhan
melihat dari ekor mata. Dia tersenyum sendiri.
***
“OPAH!!”
jeritku apabila kaki menjejak tanah. Setelah tiga jam meredah lebuhraya yang
dibasahi dengan hujan serta beberapa kemalangan berlaku membuatkan kami
terkandas di situ, akhirnya kami selamat tiba dengan jayanya. Indahnya dunia!
Seorang
perempuan tua yang umurnya hampir mencecah 65 tahun sedang menyapu sampah
terkejut. Dia mengangkat kepala memandang seorang gadis yang sedang melambai
tangan terhadapnya. Mulut serta merta terlopong.
“Ya
Allah!” ucap opah gembira. Senyuman serta merta terukir di bibir.
“Opah!”
“Ya
Allah! Cucu aku dah balik!” Opah melepaskan penyapu lidi di tanah. Dia berjalan
laju ke arahku. Tubuhku dipeluk erat. Dahiku dikucup mesra dan seterusnya pipi.
Aku membalas pelukannya.
“Rindu
opah!” ucapku tak terkata. Wajah disembam ke dada opah. Opah tersenyum.
“Sayang
cucu opah ni.” Aku tersenyum riang. Suka dengar pujian opah. Macam budak-budak
je gayanya.
“Mak,”
mama menghampiri opah lalu bersalam dengannya. Aku melepaskan pelukan, memberi
laluan kepada mama. Takkan nak kedekut pula kan? Opah mendakap tubuh mama dan
mencium dahi serta pipinya. Kasih opah tiada tolok bandingnya. Kasih sayang
diberikan sama rata kepada anak, menantu dan cucu-cucunya.
“Makin
lawa menantu mak ni.” Puji opah. Mama tersenyum malu. Dia menundukkan kepala.
“Mana
ada, mak. Na biasa-biasa saja.” Mama merendah diri. Opah tersenyum mesra. Sesuatu
yang dia suka tentang Husna adalah sikap merendah dirinya. Oleh kerana itu
hatinya tertawan meminang Husna untuk anak lelakinya, Emran Syakir.
“Opah!
Yana dah balik!” giliran Yana pula menjerit setelah keluar dari kereta. Aku
menepuk dahi. Adeh... adik aku ni pun nak juga!
Opah
ketawa. “Yana cucu opah yang disayangi.” Yana juga memeluk tubuh opah. Achik
turut tidak terkecuali. Berlari-lari dia semata-mata kerana opah. Kami bertiga
berpelukan bersama opah. Abah yang baru mengeluarkan beg-beg dari bonet
tersenyum seraya menggeleng. Mama juga tersenyum ceria. Senang hati mereka
melihat keakraban kami bersama opah. Kalaulah tokwan masih ada, pasti lagi
meriah. Tapi sayangnya yang pergi tidak akan kembali lagi.
“Mak,”
abah menyalami opah. Sama seperti mama dan kami, opah memeluk dan mencium wajah
anak lelakinya. Sayang sungguh opah pada kami.
“Jom
masuk dalam. Opah masak istimewa tau hari ni.” Ujar opah gembira. Kami
melangkah ke tangga batu yang diukir cantik. Rumah kampung yang dibina pada
zaman dulu masih kukuh dan cantik sehingga sekarang. Laman rumah bersih tanpa
dedaun gugur. Pangkin yang dibina tokwan masih tersedia di bawah pokok mangga
di hujung sana.
Istimewa?!
Semua sudah tersenyum lebar. Fikiran sudah teringat akan satu benda.
“Yeke?
Opah masak apa?” Achik terus bertanya. Matanya bersinar bagaikan kilauan emas.
Kalau opah masak, semua best!
Kena dengan citarasa. Maksudnya, makan sekali nak lagi!
Opah
tergelak. Kepala achik diusap penuh kasih.
“Opah
masak asam pedas Johor. Suka tak?”
Kami
ternganga. Asam pedas Johor? Walaweh...!
amat ditunggu-tunggu selama ini. Kecur liur mengingatkan menu opah. Dah lama
tak makan. Memang mama ada buat tapi tak setanding opah. Ala... makanan semua
sama aje. Yang penting bila perut dah lapar semua sedap kan? Kayu dengan batu
pun korang nak telan kan?
“Nakkkkkkkkkk!!”
serentak cucu opah menjerit. Opah menutup telinga sambil ketawa. Abah dan mama
menggeleng kepala. Dah start dah! Perangai mereka tak pernah
berubah bila sampai di kampung.
“Jom
masuk.”
***
“BILA
dia orang nak datang sini?”
Kami
sekeluarga berkumpul di ruang tamu. Tv kecil 21 inci dilihat beramai-ramai.
Abah pernah menyusul cadangan mahu membeli tv baru untuk opah namun ditolak
lembut. Katanya inilah peninggalan arwah tokwan kepadanya. Kenangan ketika
bersamanya. Biarlah sampai dia meninggal sekalipun, tv kecil ini tetap ada.
Jangan dibuang.
“Lebih
kurang dua atau tiga hari lagi sampailah, mak.” jawab abah hormat. Opah
menganguk memahami cucu-cucunya yang duduk di permaidani dilihat.
“Fiya
dah sedia ya nak bertunang?” tanya opah nada mengusik. Aku memuncung bila
diketawakan Yana dan achik. Abah dan mama pun join sekaki.
“Fiya
tak ada pilihan, opah.” Fiya? Nama itu adalah nama gelaran yang sering diucap
arwah tokwan suatu ketika dulu. Oleh kerana opah terdengar tokwan memanggilku
aku begitu, dia pun turut sama memanggil aku dengan nama Fiya dari perkataan
Saffiya kerana nama Saffiya diberikan oleh tokwan waktu aku lahir. Sweet kan? Heee...
Opah
mengangguk seraya senyum. “Fiya dah tahu benda tulah ya?” soalan opah
membuatkan semua pandang termasuk diriku. Buletin Utama tidak dihiraukan
lagi. Persoalannya sekarang ni tentang pertanyaan opah. Abah dan mama mula
berpandangan. Wajah mereka berubah sama sekali.
“Tahu
benda apa, opah?” tanyaku tidak mengerti. Bunyi semacam je. Muka mama dengan
abah pun dah berubah. Kenapa ya? Apa dah berlaku? Macam ada rahsia yang
disembunyikan dari kami anak-anak.
Opah
kerut dahi. “Aik? Kata dah tahu?” dia memandang mama dan abah seketika sebelum
wajah cucunya.
“Err...
macam ni, mak. Errr....” abah teragak-agak mahu berkata. Opah memandang tajam
ke arah abah.
“Kamu
tak beritahu lagi ya, Syakir?!”
Abah
tertunduk lalu menggelengkan kepala. Wajah ibu yang menyesal tidak
dipandang.
Opah
menyandarkan badan di kerusi.
“Habis
tu macam mana Fiya setuju dengan semua ni?” keluh opah. Dahi yang berlapis
diurut perlahan.
Mama
bingkas bangun lalu mengambil tempat di sebelah opah. Tangan opah digenggam.
“Mak,
Na dengan Abang Syakir tak cakap bersebab.” Ujar Puan Husna perlahan.
“Sebab
apa?!” marah opah. Kami sebagai anak terperanjat. Mama menunduk. Air mata kini
bertakung di tubir mata. Tinggal sesaat untuk mengalir. Sebak mengenangkan diri
sendiri.
Abah
menarik nafas.
“Kami
tak berupaya nak cakap, mak. Kami takut.” Jawab abah lembut. Dia tidak akan
sesekali meninggi suara ketika bercakap dengan emak biarpun ada kata-kata
mengguris hati.
Opah
terdiam. “Sampai bila nak simpan? Dah nak bertunang dah pun. Kenapa kamu tak
beritahu mak awal-awal kalau dah jadi benda macam ni?” opah mula naik angin.
Mama
masih menunduk. Tak berani mengangkat muka. Kami yang melihat juga tercengang.
Hanya kerana perkara itu, mama dimarahi opah dan terperasan kami akan mutiara
jernih yang mengalir di pipi mulus mama. Kenapa mama boleh menangis sampai
macam tu? Opah juga marah-marah. Kenapa ni???
“Maafkan
Na, mak. Ampunkan Na...” mama merayu memohon maaf dari opah. Tangan opah
dikucup perlahan. Terasa sejuk tangan opah bila terkena air mata Husna. Opah
pantas mendakap tubuh mama.
“Mak
bukan marah tapi mak menyesal. Kenapa tak kasi tahu mak awal-awal? Kenapa
biarkan benda ni berlarutan? Sampai bila nak berlarutan? Tunggu Fiya dah
kahwin? Dah beranak pinak dengan budak tu baru nak bagitahu? Kamu sedar tak apa
yang kamu cuba buat ni?” berjela soalan opah. Namun tangan tuanya masih memeluk
mama. Mama menangis dalam pelukan opah. Opah amat menyayangi keluarganya. Dalam
marah terselit sayang.
Kami
terlopong. Sampai macam tu sekali mama menangis. Aku kaget. Mama tak pernah
menangis sebegini rupa. Biasa tengok mama menangis bila tengok drama Melayu. Time tu memang tangkap leleh. Selalu kena
sakat dengan abah. Tapi sekarang ni menangis kerana ‘perkara’ tu. Perkara apa
tu???
“Maaf
menyampuk tapi Fiya masih tak faham. Kenapa mama menangis? Kenapa opah cakap
pasal ‘perkara tu’? Ada apa-apa yang Fiya tak tahu ke?” aku mulai curiga. Yana
dan achik menunggu balasan dan jawapan.
Abah
menyauk rambut ke belakang. Opah sudah mengeluh. Mama menahan sendu.
“Mai...
sebenarnya...” tersangkut-sangkut abah untuk bercakap.
“Sebenarnya
apa, abah?” aku terus menyoal. Riak serius dipamerkan. Adakah kena mengena
dengan diriku? Desis hatiku.
Abah
terdiam. Nafas ditarik. Sekejap dia memandang isteri tercinta kemudian ibu
tersayang dan mata kembali tertarah kepadaku.
“Pertunangan
ini berlaku disebabkan janji. Suatu perjanjian.”
Kata-kata
abah membuatkan aku membuntangkan mata. Mulut ternganga tak percaya. Jantung
berdegup lebih kencang dari selalu. Kata-kata abah dari betul-betul
memeranjatkan aku.
“Apa
abah?!”
Abah
terdiam sebelum menganggukkan kepala. Bibirku diketap kuat. Tangan menggigil.
Badan bergetar hebat. Mata menyala dengan api kemarahan. Menunggu balasan abah
yang tersangkut-sangkut sangat menakutkan. Ya Allah, anggaplah ini suatu mimpi.
Bukan realiti.
“Betul,
sayang.”
“Maksudnya...
pertunangan ni... kerana perjanjian? Macam tu?” soalku menahan perit di hati.
“Betulkan
abah?” aku menyoal lagi apabila tiada jawapan dari ayah tercinta. Ayah yang
dihormati. Ayah yang ditakuti. Dan ayah yang bijak menyimpan rahsia!
“Mai...
abah...” cepat aku memintas kata-katanya.
“Selama
ni abah tipu Mai?!” jeritku.
Opah,
mama, abah, Yana dan achik terdiam. Tidak sepatah pun kata-kata dilontarkan.
Hanya kipas angin yang uzur kedengaran. Bunyi cengkerik kedengaran di luar rumah.
Angin menerobos masuk melalui jendela yang terbuka tidak mampu menyejukkan hati
yang sudah berapi.
“Kenapa
diam?! Betulkan apa yang Mai cakap? Abah tipu Mai? Patutlah Mai dapat rasa lain
sangat bila Uncle Umar datang rumah kita hari tu malah
bila abah menyuarakan supaya Mai perlu bertunang dengan gaya memaksa. Mai rasa
hairan. Mai pelik! Dan patut Mai rasa kenal sangat dengan budak nama Amirul.
Tengku Amirul Farhan anak Tengku Umar! Dia orang sekampung dengan kita, teman
sepermainan Mai masa kecik dulu dan Uncle Umar kawan baik abah kan? Dan abah dah
berpakat dengan Uncle Umar untuk satukan Mai dengan anak dia
waktu Mai kecik? Waktu Mai tak tahu apa-apa? Macam tu?! Abah jual anak abah
sendiri?!”
“Saffiya
Humairah!!” suara tinggi opah kedengaran. Aku terus memegang dada. Jantung
berdetak lebih laju daripada biasa. Bagai baru lepas masuk marathon. Kepala berdenyut kuat
membuatkan aku berasa pening. Pening memikirkan perkara yang tak diingini
berlaku. Bahang kian terasa. Nasib baik opah memintas cepat, jikalau tidak
entah apa lagi yang aku hamburkan kepada abah.
“Walau
macam mana sekalipun Fiya marah dengan abah, marah dengan apa yang abah dah
buat, Fiya tak boleh cakap dengan suara yang tinggi. Itu abah Fiya. Tanpa abah
dan mama, Fiya takkan ada kat dunia ni. Fiya ingat pesan opah dulu kan? Kalau
nak masuk syurga, jangan sesekali bercakap dengan suara tinggi apabila
berhadapan dengan ibu bapa. Fiya nak jadi anak derhaka ke?” soal opah tegas.
Aku
terdiam. Marah membuak di dada. Tetapi aku tetap pertahankan. Kepala di tekur
ke permaidani yang sudah uzur dan pudar warnanya. Ada benar kata opah. Aku mahu
menjadi penghuni syurga tapi bagaimana aku mahu menahan sabar bila dapat tahu
semua ini sudah dirancang bertahun lamanya tanpa pengetahuanku? Bagaimana bisa
tenteram hati ini kalau selama ini ditipu bulat-bulat oleh abah dan mama yang
sangat disayangi? Memaksa untuk bertunang pada usia muda dengan cara memaksa
tanpa kerelaan hati adalah kerana sebuah perjanjian? Perjanjian menjual anak
sendiri?
Mama
merapatkan dirinya dengan diriku. Yana bangun mengganti mama di sebelah opah.
Achik hanya membisu di tempatnya. Abah mulai risau. Opah menenangkan Yana yang
duduk disebelahnya. Opah tahu Husna pasti dapat melakukan sesuatu. Dia juga
tahu bagaimana hati cucu perempuannya.
“Mai...”
panggil mama.
Aku
tidak menoleh walau sedikit pun. Masih terasa hati. Sebak. Sedih. Perit. Pedih.
Semua bercampur menjadi satu. Menerima hakikat yang sukar. Mengetahui semua ini
satu pembohongan. Ditipu hidup-hidup. Jiwa terseksa. Hati dikoyak rabak.
“Mai...
mama minta maaf.” Air mata mama jatuh di seluar tidur warna putih milikku.
Terasa hangat sekali. Aku mendiamkan diri. Biarpun bersalah kerana telah
membuat mama mengalir mutiara jernih termahal di dunia, tetapi aku tetap tidak
menyahut. Hati masih pedih. Jiwa terluka.
‘Kenapa
nak minta maaf sedangkan mama dah buat hati anak mama hancur?’ hatiku
berkata-kata sendirian. Bagai sudah tak tertanggung sakitnya. Air mata menurun
laju ke pipi.
“Mama
minta maaf sebab tak bagitahu Mai tentang perkara ni. Mama dan abah tak
bersedia untuk beritahu. Mama takut Mai tak boleh terima seperti apa yang
berlaku sekarang. Kalau Mai nak tahu, mama dan abah terpaksa buat semua ni
untuk membalas jasa.” Mama mula menjelaskan perkara sebenar.
“Uncle Umar banyak menolong abah waktu abah
dalam kesusahan. Waktu abah bertugas sebagai anggota polis di kota dulu, Uncle Umar yang banyak tolong mama dan Mai
serta adik kat kampung. Waktu abah kesempitan wang, Uncle Umar yang banyak menolong kami. Gaji
polis waktu itu tidak banyak, Mai. Kalau tak kerana Uncle Umar, kita takkan duduk di rumah yang
tersergam indah kat Kluang tu. Uncle Umar tak sedikit pun merungut malah
sentiasa membantu. Masa tu tokwan dan opah juga tidak mempunyai banyak duit.
Nenek dengan Tok Ayah pun tak cukup duit nak bantu. Kalau tak ada Uncle Umar, mungkin adik Mai tak ada kat
dunia ni. Mungkin Mai tak dapat tengok Yana.”
Aku
terpempan. Syahdu mendengar cerita yang terbit dari mulut mama. Apakah maksud
mama aku tak dapat jumpa Yana? Adakah waktu itu mama sedang menghamilkan Yana?
Tertanya-tanya aku dalam hati. Sekilas aku menjeling mama sedang mengesat air
matanya sebelum meneruskan cerita.
“Abah
malu bila orang kampung mengata abah yang bukan-bukan. Meminta-minta, menumpang
nasib orang, padahal kerja sebagai anggota polis. Pangkat abah masa tu kecil,
Mai. Tak cukup nak tanggung kita sekeluarga dengan gaji yang ada. Dengan duit
nak beli susu, duit bayaran untuk bil hospital, ubat lagi, mama masa tu pula
terpaksa diberhentikan kerja kerana kilang buat roti terpaksa ditutup. Banyak
masalah kami hadapi, Mai. Mama segan bila Uncle Umar selalu membantu kita.” Mama
mengesat air mata sebelum menyambung kembali.
“Setiap
bulan dia akan balik ke kampung untuk beri duit pada mama dan abah. Aunty Hanani pun ada bagi duit pada mama.
Mama menolak tapi dia tetap hulur. Mama malu, Mai. Mama segan sangat. Orang
mengata kami. Orang mengejek kami. Tapi abah dan mama diamkan saja. Tak pernah
walau sekalipun kami membalas setiap umpatan dan cacian orang kampung. Abah pernah
berjanji mahu membalas jasa Uncle Umar tapi dia tak mahu, nak. Dia hanya
mahukan Mai dan Amirul ditunangkan. Itu saja permintaannya sebagai gantian
membalas budi. Abah menolak, nak. Masa tu Mai kecik lagi. Belum tahu tentang
semua ni. Abah dan mama tak nak Mai jadi taruhan. Uncle Umar tidak mahu apa-apa dari kami
selain menyatukan anaknya dengan Mai. Dia kata yang dia tak akan terima apa-apa
barang seperti duit atau apa saja melainkan persetujuan menyatukan anak-anak.
Hanya satu, mengeratkan hubungan persahabatan mereka yang terjalin setelah
sekian lamanya. Mai tahu tak, lama abah dengan mama fikir pasal ni. Arwah
tokwan dan opah pun tahu tentang perkara ni. Merekalah yang banyak bantu mama
dan abah buat keputusan. Akhirnya abah dengan Uncle Umar buat perjanjian bersaksikan
tokwan dan opah yang Mai dan Amirul akan ditunangkan apabila genap usia 17
tahun. Apabila masing-masing dah besar. Mama dan abah menyesal sebab tak
bagitahu awal-awal mengenai hal ni. Abah terpaksa, Mai. Nak bayar balik apa
yang telah Uncle Umar beri pada keluarga kita bukanlah
jumlah yang sikit.” Terhenti-henti bicara mama kerana tersedu-sedan.
“Tapi
sungguh mama dengan abah tak ada niat nak jual anak sendiri. Mama dan abah
sayang Mai sepenuh hati. Mama sayang anak mama. Sayang sangat! Tolong jangan
anggap kami nak jual Mai.” Mama menangis penuh penyesalan di sebelahku. Dia
menundukkan wajah. Pipi lencun dengan air mata deras bak sungai. Bukan pintanya
jadi begini. Ingin sekali dia memberitahu perkara sebenar waktu dulu namun
takut anaknya tidak bersedia dan takut untuk menghadapinya. Salah mereka juga
merahsiakan hal ini daripada pengetahuan anak gadisnya yang telah berusia 17
tahun. Sudah berhak mengetahui segalanya.
Abah
menunduk. Air mata bergenang. Tanpa sedar ia mengalir di pipi. Cerita lama
terbongkar jua akhirnya bersaksikan anak-anak. Cerita yang cuba diluputkan dari
ingatakan namun akhirnya terpaksa diluah untuk menerangkan kebenaran sebenar.
Tangan tua mengesat pipi yang basah dengan linangan air mata.
Yana
memeluk opah erat. Dia menangis di dada opah. Sedih melihat apa yang telah
dipertonton di hadapan mata. Mendengar cerita keperitan yang dilalui abah dan
mama membuatkan air matanya tidak pernah kering. Opah mengusap belakang tubuh
Yana. Dia juga sebak melihat menantunya memujuk cucu yang telah berjauh hati.
Mutiara jernih membasahi di pipi tua.
Achik
sedari tadi tetap mendiamkan diri. Mahu saja dia memeluk tubuh kakak sulungnya
namun ego tetap dipertahankan. Kasihan melihat kakaknya diperlaku sebegitu.
Adakah nasibnya sama seperti Kak Humairah kelak?
Mama
merenung anaknya yang menunduk sejak tadi. Terbit perasaan simpati dan kasihan
terhadapnya.
‘Ya
Allah, aku dah buat anakku terguris hatinya dengan perlakuan kami sebagai ibu
bapa. Ya Allah, aku dah buat anakku merajuk dan berjauh hati dengan kami
sebagai ibu bapanya. Ya Allah, ampunilah dosa kami kerana telah menyakitinya,
merahsiakan perkara yang perlu dia ketahui.’ Puan Husna merintih berdoa dalam
hati.
Aku
tidak berganjak walau sedikit pun. Sungguh hati berasa tak tenang melihat wajah
yang disayangi dan dicintai menitis air mata penyesalan. Mahu saja aku memeluk
tubuh mama dan abah namun apabila mengingatkan perkara itu, aku jadi marah.
Lantas aku bangun lalu mengorak langkah ke bilik tidur. Pintu dikunci. Aku
tersandar lemah di belakang pintu. Air mata merembes keluar semahunya.
“Kenapa
buat Mai macam ni?” aku menangis seorang diri.
DI
ruang tamu, keadaan menjadi sayu. Mama memeluk tubuh abah di sofa. Wajah
disembam pada dada suami. Terasa basah dan bahang dada Encik Syakir bila air
mata meresap pada baju yang dipakai. Tubuh isteri tercinta dalam pelukan
dieratkan. Belakang tubuhnya diusap perlahan.
“Na
bersalah, bang. Na buat Mai macam tu...” tersangkut-sangkut percakapan Puan
Husna diselangi sendu tangis yang tiada henti.
“Bukan
Na saja. Abang juga bersalah. Jangan salahkan diri sendiri. Kita sama-sama
sebagai ibu bapa bersalah kerana merahsiakan perkara ini. Sudahlah, Na.” Pujuk
Encik Syakir. Sayu dan hiba melihat isteri tercinta menangis. Puan Husna tidak
menjawab sebaliknya terus-terusan menangis.
Opah
memandang mereka berdua dengan perasaan berbalam. Kecewa? Sedih? Pilu?
Entahlah. Yang pasti dia tak sanggup melihat menantu dan anaknya sebegini. Dia
tidak sanggup melihat keluarga ini kucar-kacir. Yana berada di sebelah kanan
dipeluk erat bagi menenangkan diri. Achik yang berada di bawah segera bangun
lalu duduk di sebelah opah. Wajahnya disembam pada dada opah. Opah menarik
nafas.
‘Ya
Allah, selamatkanlah perhubungan keluarga ini. Janganlah hubungan ini terputus
hanya kerana perjanjian ini. Hanya KAU yang mampu mengembalikan keutuhan rumah
tangga anak cucuku ini. Amin.’ Opah berdoa.
PAGI
hari menjelma menandakan satu hari telah berlalu dan diganti dengan hari yang
berikutnya. Ada yang berkata, mulakan hidup baru dengan keesokan hari. Tapi
bagaimana aku mahu memulakan kehidupan baru sedangkan hati masih tak tenteram.
Jiwa masih terluka. Otak ligat memikir masalah yang baru menimpa. Setelah
bermunajat menghadap Ilahi malam tadi, hati berasa sangat lapang. Terasa
masalah lenyap bila berhadapan dengan Sang Pencipta. Tapi bagaimana dengan
masalah ini? Apakah kesudahannya?
“Kak,”
suara teguran seseorang menyedarkan aku dari lamunan. Pantas kepala dikalih ke
kanan. Kelihatan Yana datang bersama kain batik dan baju kurungnya. Aku
tersenyum. Yana kalau balik kampung, pakaian itulah menjadi kesukaannya. Like cewek kampung! Berbanding di Kluang, dia
hanya memakai baju t-shirt lengan panjang dan seluar trek. Sungguh berbeza.
“Apa
akak menungkan?” tanya Yana sewaktu melabuhkan punggung di pangkin sebelahku.
“Tak
ada apa.”
“Bohong.
Kalau tak ada apa, masakan Yana panggil banyak kali tadi akak tak nyahut?”
tebak Yana. Dia tersengih nakal.
Aku
menelan liur. Alamak! Kantoi pulak! Cover,
Mai! Cover.
“Yeke?
Tak perasan pulak.” Jawabku sambil membetulkan tudung yang tersedia betul.
Darah gemuruh tiba-tiba datang.
Yana
pecah ketawa. “Akak nak kelentong tak boleh. Ini Yana la, kak.” Dia tahu
kakaknya malu.
Aku
menjuihkan bibir. Bangga pulak!
“Ada
apa cari akak?”
“Saja.
Kat dalam cari tak ada, so Yana agak akak mesti pergi tempat favourite akak ni.” Jawabnya manja. Aku
mengangguk. Suasasa sepi seketika.
“Akak
masih marahkan mama dan abah ke?” soal Yana memecah kesunyian.
Aku
tersentak. Mulut dikunci rapat. Yana menanti jawapan dengan sabar. Dia sudah
berbincang dengan opah semalam untuk slow-talk dengan Kak Mai. Dia akan cuba
berbicara selembut habis untuk mencairkan hati sang kakak yang jauh merajuk.
“Akak,
Yana tahu Yana tak berhak masuk campur tapi boleh tak akak buka mata akak, buka
hati akak dan dengar luahan hati mereka. Mereka buat semua tu bersebab, kak.”
Yana cuba menarik perhatianku.
“Kau
takkan faham, Yana.” Aku menggeleng. Budak perempuan seperti Yana takkan faham
apa yang dia rasai. Apa yang dia lalui sekarang. Hidup tak sama. Biarpun rambut
sama hitam, hati tetap lain-lain.
“Memang
Yana tak akan faham kalau Yana tak dengar cerita tu semalam, kak. Tapi Yana
dengar dan lihat dengan mata dan telinga Yana sendiri. Akak sedar tak mama dan
abah menyesal sangat semalam? Dan akak sedar tak yang akak dah sakitkan hati
abah hanya dengan kemarahan akak? Mama tertekan tahu tak?” Yana semakin
menekanku.
Aku
memegang kepala. “Stop it! Akak tak nak dengar apa-apa lagi! Enough! Kalau kau datang sini,
semata-mata nak mengata akak, baik kau masuk dalam. Akak tak nak dengar apa-apa
pun!” ugutku dengan suara bergetar. Menahan sebak.
Yana
mengeluh. Kakaknya ini ada waktu keras kepala. Tapi ada waktu baik sangat.
Manusia. Lumrah kehidupan.
“Yana
minta maaf sebab bangkitkan hal ni. Tapi percayalah, kak. Mama dan abah tak
pernah terniat nak jual anak sendiri. Yana faham perasaan mama. Mama tertekan,
kak. Kalau akak tengok semalam, mama menangis mendayu-dayu. Dia cakap dia
menyesal sangat. Akak ingatkan apa yang mama kata semalam? Kalau tak kerana Uncle Umar, Yana tak mungkin ada dalam dunia
ni. Akak pun tak dapat tengok Yana, bercakap dengan Yana dan bergurau senda
dengan Yana macam sekarang. Mama dan abah tak minta jadi begini. Akak kena
ingat. Semua yang berlaku telah ditentukan. Akak cuba buat macam mana sekalipun
kalau Allah dah tentukan jodoh akak dengan Abang Farhan, akak kena terima, kena
redha. Kalau abah dan Uncle Umar tidak pernah berjumpa dan buat
perjanjian seperti apa yang berlaku, jodoh akak tetap juga dengan Abang Farhan.
Semua itu kehendak dan kekuasaan Allah.” Terang Yana bersungguh-sungguh.
Aku
mendengar saja. Tidak berniat untuk membalas, mengherdik, memarahi atau ‘me’
apa-apa pun. Ungkapan Yana sedikit sebanyak meresap masuk dalam jiwa yang parah
ini.
Yana
menyambung kembali kata-katanya bila aku tidak bersuara.
“Abah
ada cakap semalam, kalau akak tak boleh terima benda ni, abah akan cakap dengan
Uncle Umar yang majlis tu akan terbatal.” Kata-kata Yana membuatkan aku pantas
mengangkat kepala. Wajah Yana yang menunduk itu dicari. Benarkah? Abah akan
buat? Majlis akan terbatal?
“Abah
ada cakap yang dia akan bayar semua duit yang Uncle Umar pernah bagi pada
mereka dulu sebagai membalas jasa. Rumah yang kita duduk dekat Kluang tu pun
abah akan jual.” Yana berkata sebak. Dia menahan rasa. Kesayuan wajah abah dan
mama terlayar di ruangan mata.
Aku
menunduk. Ya Allah, begini hebat sekali dugaanMU. Aku dah buat abah dan mamaku
kecewa dengan sikapku sampaikan abah sanggup hendak menjual rumah keranaku. Ya
Allah, ampunilah dosaku ini.
“Kak,
akak tak sayang mama dengan abah ke?” pertanyaan Yana dalam sendu itu
mengalihkan pandanganku. Aku terdiam. Lama. Wajah Yana yang mengharap kutenung
sebelum mengukir senyuman.
“Sayang
sangat!” lantas tubuh Yana dipeluk erat. Kami menangis semahunya di situ. Waktu
itu mataku terpandang akan dua ekor burung yang berpelukan sesama sendiri. Aku
terus memeluk Yana kejap.
***
DAPUR
yang lengang dengan manusia diintai. Kesempatan ini diambil olehku
untuk meminta ampun daripada mama. Mama kulihat sibuk membancuh air oren
dalam jag putih. Aku terjengket-jengket menghampirinya sebaik melihat tiada
siapa di situ. Sejurus mendekatinya yang kini membelakangiku, aku terus memeluk
tubuh mama. Wajah disembam pada badan belakangnya.
Puan
Husna tersentak. Dia melihat sepasang tangan melingkari pinggangnya. Segera dia
berpusing. Alangkah terkejut apabila melihat Humairah yang memeluknya.
“Mama,
Mai minta ampun.” Kaki mama kucari. Mama yang tersedar hal itu terus saja
memegang bahuku. Lalu dia memaut tubuhku ke dalam pelukannya. Sesaat kemudian
terdengar tangisan mama di bahuku.
“Mama
salah, sayang. Bukan Mai. Mama minta maaf sangat-sangat.” Pinta Puan Husna.
Aku
menggeleng lemah. “Bukan salah mama. Mai salah sebab tak menilai. Mai tak
hargai apa yang mama dan abah buat pada keluarga kita. Ampunkan Mai...”
mendayu-dayu suaraku saat itu. Tangan kejap memeluk mama. Ya Allah, ampunilah
dosa-dosaku.
Tanpa
aku dan mama sedari, seluruh ahli keluarga melihat dari celahan pintu dapur.
Yana menutup mulut menahan tangis dari terdengar. Achik mengeluh lega. Abah
memejamkan mata. Opah tersenyum. Syukur alhamdulillah. Bisik hati opah.
“Abang...”
panggilan mama merungkai pelukan antara kami. Aku berpusing ke belakang.
Abah
dan semua berdiri di tangga dapur dengan wajah mengharap. Aku perlahan-lahan
mengukir senyuman.
“Abah!”
panggilku bersama air mata.
Abah
terus berlari ke arah aku dan mama lalu mendakap tubuh kami. Abah mencium
ubun-ubun mama dan aku. Yana dan achik yang melihat terus saja berlari ke arah
kami bertiga. Pelukan makin erat. Ya Allah, terima kasih kerana mengembalikan
ikatan kekeluargaan ini, ucapku dalam hati.
Opah
yang melihat tersenyum lega. Syukur alhamdulillah segalanya telah selamat dan
kembali seperti dahulu.
‘Air
dicincang tidak akan putus.’ Bisik hati opah.
***
“AMBOI,
rajinnya cucu-cucu opah ke dapur.” Tegur opah ketika Yana dan aku berada di
dapur. Mama yang sedang mencuci utensil tersenyum. Tika itu kami mahu
menyiapkan makanan tengah hari.
Aku
tersengih. Best kena puji! Lama tak dengar opah puji.
Yana
mencebik. “Opah nak tahu tak, akak kat rumah bukan rajin masuk dapur. Dalam
pukul sepuluh tak pun sebelas pagi baru bangun.” Perlinya.
Aku
menjegilkan mata. Berani kau bocorkan rahsia aku, dik! Yana buat dono.
Opah
tersenyum, “Opah tahu.” Balasnya pendek. Dia berpandangan dengan Puan
Husna
sebelum
memberi senyuman segaris.
Aku
dan Yana tercengang. Magik ni! Mana opah tahu? Takkan mama dengan abah bagitahu
kut?
“Opah
kenal cucu opah. Bukan mama atau abah yang beritahu.” Opah seakan mengerti apa
yang berselirat di fikiran.
Aku
dan Yana mengangguk serentak. Kami mula menolong opah menyediakan makanan
sementara menunggu abah dan achik turun ke dapur. Radio tua milik arwah tokwan
kini dialunkan dengan surah-surah al-quran dan doa sebelum masuk waktu solat
Zohor. Sejuk hati dan sedap aje telinga mendengar ustaz dalam radio itu
bertaranum. Berlagu-lagu suaranya.
Seketika
kemudian, abah memunculkan diri. Abah mengenakan baju Melayu teluk belanga
berwarna merah hati beserta kain pelekat. Menyala-nyala! Okey faham, hiperbola
yang sangat tinggi.
“Rajinnya
anak-anak abah ni tolong opah dan mama.” Tegur abah sambil mengusap kepala aku
dan Yana. Aku tersengih. Yana tersenyum riang. Kami membuat thumbs up sesama sendiri. Dua kali dapat pujian.
“Kat
rumah opah aje, bang. Rumah sendiri mana ada. Sampai terpacak matahari atas
kepala pun tak sedar-sedar lagi,” sindir mama selamba. Dia membawa jag berisi
air oren ke meja makan.
Serentak
aku dan Yana memuncung. Berderai tawa semua yang ada.
“Usahlah
bual-bual lagi. Meh makan ni. Nanti Kir nak pergi surau.
Takut terlambat pula.” Opah sudah bersuara. Abah sudah duduk di kepala
kerusi untuk ketua keluarga. Mama pantas mengambil senduk yang dipegang opah.
“Biar
Na yang buat. Mak duduk aje. Dari tadi mak tak duduk,” ujar mama prihatin.
Opah
tersenyum seraya duduk. “Yelah.”
“Maisarah
mana?” tanya opah bila cucu seorang lagi tidak dilihat.
“Dia
sakit perut, opah. Semalam makan asam pedas tak ingat dunia. Dah tu, Yana pula
kena temankan dia pergi tandas. Nasib baik tandas dalam rumah.” Rungut Yana.
Meledak lagi tawa semua orang.
“Kira
untung la toilet dalam rumah, kalau luar rumah macam
mana agaknya ya? Agak-agak jumpa hant...”
“Kak!”
Yana pintas memotong. Lenganku dicubit.
“Aduh!”
Semua
yang ada menggelengkan kepala. Tak sah kalau tak mengusik. Makanan telah siap
dihidang atas meja. Air juga telah dibuat. Aku mengambil tempat berhadapan Yana
yang duduk disebelah mama manakala aku duduk disebelah opah. Yana menuang air
masak dalam setiap gelas kemudian diagih-agihkan.
“Opah,
nanti Fiya nak mengaji dengan opah eh petang ni?” pintaku manja.
Mama
dan abah tersenyum bangga. Syukur anaknya membawa perubahan yang baik. Opah
senyum lalu mengangguk.
“Boleh.
Apa salahnya. Opah pun dah lama tak dengar Fiya mengaji.”
“Mana
boleh!” bantah Yana.
Semua
mata memandang ke arah adikku nombor dua. Cemberut wajah mengalahkan susu basi.
Mama dan abah saling berpandangan.
“Kenapa
Yana?” tanya opah lembut. Ingin dia selami hati cucu lagi seorang.
“Mana
aci kalau akak je yang boleh mengaji dengan opah? Yana pun nak juga!” rajuk
Yana bagai anak kecil.
Serentak
meja makan riuh dengan tawa. Aku menjelirkan lidah bila terpandang Yana. Yana
membulatkan mata. Pasal tu pun nak jeles! Apalah adik aku ni.
***
PANGKIN
merupakan tempat favouriteku
sejak kecil. Sudah tiga hari berlalu dan dalam masa tiga hari itu aku tidak
pernah missed untuk lepak di pangkin.
Setiap kali pulang ke kampung pasti aku akan duduk di port rasmi ini. Bagiku, pangkin merupakan
tempat kedua selain tepi sawah di belakang rumah kepunyaan arwah tokwan dan opah.
Hanya sawah itu saja yang tinggal. Itu tanah arwah tokwan. Opah tidak mahu
kawasan perumahan di bina atas sawah itu kerana itu satu-satunya tinggalan
suami tercinta. Ingin mengabdikan memori bersama.
“Fiya!
Fiya!” sayup-sayup suara opah memanggil membuatkan aku segera berlari ke
belakang rumah. Tempat biasa opah ada waktu sekarang. Pintu grill hitam aku tarik. Tampak opah
sedang berjalan menuju ke pintu itu.
“Ada
apa, opah?”
“Boleh
tolong tak?” pinta opah.
Aku
mengerut dahi. Lahh, nak minta tolong aje. Ingatkan ada apa-apa tadi.
“Tolong
apa, opah?”
“Tolong
belikan tepung, gula dengan garam. Opah nak buat roti canai. Boleh kita makan
nanti. Lagipun opah dah lama tak buat. Maisarah merengek tadi minta opah
buatkan.” Jelas opah.
Aku
tersenyum riang seraya melompat-lompat di hadapannya. Tangan ditepuk beberapa
kali. Yeah yeah opah buat roti canai! Yeeehhhhaaaaa!! Pinggang
digoyang ke kiri ke kanan.
Opah
ketawa melihat gelagatku. Not warna merah diberikan kepadaku. Aku terus saja
keluar dari rumah untuk ke kedai runcit. Nasib baik dah siap bertudung. Senang
sikit nak bergerak ke sana ke mari.
“Kedai
Runcit Pak Jabit.” Ujarku bila terlihat akan nama kedai. Dengan lapang hati
aku masuk ke situ. Terdapat seorang lelaki sebaya abah barangkali
berkopiah sedang duduk rehat di tempat pembayaran sambil meneguk secawan kopi.
Segera aku dekati.
“Assalamualaikum,
pakcik.” Ucapku.
“Waalaikumussalam.
Eh, anak ni siapa? Pakcik tak pernah nampak pun selama ni.” soal pakcik itu.
“Saya
cucu opah.” Jawabku mesra.
Pakcik
itu menggaru kepala. “Opah mana ya?”
“Hajah
Salmah.”
Pakcik
itu mengerut dahi sebelum menepuk meja dengan kuat. Terperanjat aku. Nasib
jantung tak gugur!
“Hajah
Salmah tu opah kamu? Lahh! Pakcik ingat siapa lah opah tadi. Jadi, kamu
anak siapa ni?” tanya pakcik itu berminat. Dia kenal dengan keluarga Hajah
Salmah. Tapi bila dah tua ni, dia lupa dengan anak-anak Hajah Salmah sekarang.
Yang dia ingat Eidris, Emran dengan Eirham. Yang lain tak berapa ingat sangat.
Terutama perempuan.
“Anak
Emran Syakir, pakcik.” Balasku lagi. Adeh... pakcik oii! Saya datang ni nak
beli barang. Bukan nak disoal siasat. Mengalahkan wartawan hiburan tau pakcik
ni!
“Oh!
Anak Emran rupanya. Pakcik dah lama tak tengok Emran tu. Dia sihat sekarang?”
ramah pakcik tersebut.
“Sihat
alhamdulillah.”
“Eh!
Lupa pulak! Kamu datang sini nak beli apa?” pakcik itu segera menukar topik.
Hah!
Tahu pun! Penat aku berdiri kat sini. Omelku.
“Saya
nak beli tepung gandum, gula dan garam. Semua 1 peket.” Terangku.
Pakcik
itu mengangguk sebelum menulis sesuatu di kertas kecil. “Tunggu kejap ya.
Pakcik pergi ambil.” Seketika kemudian pakcik itu bangun lalu bergerak ke
belakang. Aku menunggu dengan sabar. Gula-gula dalam balang lutsinar aku tenung
sebelum membuka penutupnya. Terdapat gula-gula getah, Choclairs, dan Plus. Aku
mengambil 4 biji gula getah, 4 biji Choclairs dan 2 biji gula-gula Plus perisa mint.
Dua
minit berlalu, pakcik itu kembali bersama barang yang diperlukan opah. Aku
meletakkan gula-gula yang telah diambil di atas meja untuk dibayar.
“Pakcik,
kira gula-gula ni sekali ya.” Ujarku. Pakcik itu mengangguk sebelum menekan
butang pada kalkulator yang biasa digunakan oleh peniaga. Alah, kalkulator yang
ada butang besar-besar tu! Bukan 570 punya haaa!
Sedang
pakcik itu mengira, tiba-tiba sebuah kereta warna hitam berhenti betul-betul
hadapan kedai itu. Aku buat tak tahu saja. Memandangkan kedai runcit ini adalah
yang paling dekat, maka tak hairanlah kalau ada orang yang singgah. Lebih-lebih
lagi orang-orang kampung sini. Senang. Jimat masa. Jimat petrol.
“Semua
sekali RM5.00 aje, nak.” Pakcik itu berkata.
Aku
mengeluarkan wang RM10 lalu diserahkan pada peniaga tersebut. Selepas
memulangkan duit baki, aku mengangkat plastik berisi barang tersebut lalu
keluar dari kedai. Sempat pakcik itu mengirim salam pada opah sekeluarga. Aku
tersenyum aje.
Semasa
hendak berjalan melepasi kereta hitam tersebut, langkahku terhenti tatkala
namaku disebut.
“Humairah,”
Aku
terus memusingkan kepala menoleh gerangan yang menyebut namaku. Mulut terlopong
besar. Dada berdebar. Melihat manusia yang memberhentikan kenderaan di hadapan
Kedai Runcit Pak Jabit membuatkan aku terasa mahu pengsan kat jalan ini.
Uncle Umar????!!!!
p/s:
haii.. ni entry terbaru.. kalau nk komen, kt bwh ok? mcm biasa... kalau ada
salah, harap dimaafi... hehe enjoy ye? muaaahhh!!!