BAB 18
Wana
menyapu kelas. Aku mengelap tingkap yang berdebu. D pula membersihkan papan
hitam di depan beserta pemadam papan hitam. Iman pula? Hanya memegang penyodok
di pintu kelas.
“Iman,
apa kata kalau kau tolong aku lap tingkap yang sangat kotor ni daripada tayang
muka kat pintu kelas.” Sinis kata-kataku membuatkan yang lain ketawa.
Iman
mencebik. “Hari ni aku bertugas as pemegang penyodok sampah aje okey.”
“Kira
nak kata kau model penyodok sampah la?” usik D.
Pecah
lagi tawa dalam kelas ini.
“Aisyah
tu tak bertugas kau tak cakap pulak? Pilih kasih betul!” bidas Iman dengan
muncungnya. Saja je pagi-pagi buat kecoh! Selalu macam ni setiap pagi jikalau
mereka bertugas. Ada aje senda gurau dan sindiran yang merapatkan hubungan
persahabatan. Dah biasa dan tak best kalau tak meriah tanpa sindiran!
“Syah
kan dah jadi pengawas + setiausaha badan pengawas = exco pengawas. Fahamkan equation ni dan tiada istilah pilih kasih.”
Kata Wana pula yang sedang menunduk menyapu sampah di bawah meja pelajar
lelaki. Penuh dengan sampah! Dalam meja lagi teruk. MasyaAllah! Dah berminggu-minggu
tak buang sampah ke apa? Macamlah tong sampah tu jauh nun kat New Zealand sana.
Pergi belakang sekejap then buang. Habis cerita! Tak sampai berapa
saat pun. Macam-macam sarang boleh buat. Dasar lelaki pemalas! Omel Wana dalam
hati. Meja jantan bernama Syafiq itu digeledah dengan hidung ditutupi tudung
putihnya. Busuk! Macam manalah budak ni tahan duduk kat sini? Naik loya tekak
aku!
Iman
menjuihkan bibir. “Alangkah indahnya kalau aku jadi pengawas. Tak payah
bertugas kelas. Kan bagus.” Katanya perlahan.
Serentak
kami memandang ke arahnya sebelum ketawa terbahak-bahak. Iman mengerutkan dahi.
Kena sampuk ke apa ketawa pagi-pagi macam ni?
“Kau?
Nak jadi pengawas? Mimpi je la..” ejek Wana sambil ketawa.
“Apesal
pulak?” bentak Iman.
“Orang
nak jadi pengawas mesti rajin buat kerja, pandai mengatur masa, berkebolehan
dalam mengawasi sesuatu dan memikul amanah yang diberikan guru. Kiranya
pengawas ni orang kedua selepas guru. Orang terpenting!” Jelasku sambil memerah
kain buruk yang sudah bertukar hitam. Dia orang memang tak akan lap tingkap
kecuali aku aje. Menyirap betul! Nasib baik aku rajin. Bangga sekejap. He he he!
“Aku
pun boleh apa!” Iman tidak mengalah. Kakinya dihentak beberapa kali di lantai.
“Kau
tak boleh. Cikgu pengawas pun reject kau awal-awal.” Sampuk D sambil
mengetuk pemadam papan hitam di tempat yang dikhaskan untuk menghilangkan kapur
yang melekat.
Iman
mengetap bibir. “Apesal kerempeng? Aku tak layak?” memang cari nahas tau
kerempeng ni!
“Memang
tak layak. Dah lah malas buat kerja. Asyik pegang penyodok tu je. Tak gerak
mana-mana. Latihan selalu tak siap. Itu pun tiru jawapan aku. Kalau aku tak
bagi, confirm meraung satu KL.” Sakat Wana.
Iman
ternganga. Sadis sungguh ayatnya!
“Lepas
tu suka buat muka. Comel konon! Lagi pun nak jadi pengawas mestilah tinggi dan
bentuk badan yang menarik. Kau dah la pendek. Kemetot pulak tu!” kutukku
selamba. Dalam hati nak tergelak tengok muka cemberut Iman. Chill, Man! Gurau aje.
Iman
terlopong.
“And
the last one is kau pemalas
dan kuat tidur! Selalu makan kuaci sebelum tidur. Sangat teruk! Ish! Ish! Ish!”
D turut join. Kepalanya
digeleng beberapa kali.
Iman
menggigit bibir lalu menjuihkannya. Chait! Korang kalau tak kenakan aku satu
hari tak sah! Tak apa! Aku akan buktikan. Tekadnya.
“Cakap
aje la korang jealous dengan impian aku tu!” Iman bangga.
Kembang kempis hidungnya.
Kami
ketawa besar.
“Jeles? Excuse me. Not me okay!” tegas Wana. Dia
kembali menyapu.
“Aku
pun!” kataku terus mengelap tingkap.
“Me
too!” sampuk D. Dia juga turut sama menyambung kerjanya yang terbantut.
Iman
menjeling mereka tajam.
“Aku
akan pastikan yang satu hari nanti aku akan pegang jawatan pengawas!” tekad
Iman kuat.
“Jangan
mimpilah. Hari tu tak akan datang sebab kita dah tahun akhir. Lepas form 5 kita akan masuk universiti or matrikulasi. Jadi istilah nak pegang
jawatan pengawas serta merta terbatal.” Keterangan seorang pemuda menyerap
masuk ke telinga kanan Iman. Macam bunyi keretapi tu! Trennnnnnnn.....!
Dush!
Dush! Kepala macam kena hentak dengan bola bowling.
Iman kelu lidah. Perlahan-lahan dia berpaling ke kanan. Kelihatan susuk tubuh
Hakim and the geng sudah tiba. Terserlah gigi putihnya
yang tersusun rapi. Di belakang Hakim terdapat beberapa pelajar kelas
Ar-Raudhah yang baru tiba dengan beg sekolah. Masing-masing menekup mulut
menahan tawa yang bakal meletus.
Kami
yang berada di dalam kelas segera berpandangan sekali lagi sebelum ketawa
terbahak-bahak. Wana terduduk kerana terlalu banyak ketawa. Aku menekan perut.
Manakala D pula sudah terduduk di kerusi guru.
Iman
terkedu. Tergamam dengan kata-kata Hakim sebentar tadi sebelum berpaling
melihat rakan-rakannya yang sudah gila ketawa.
“Korang!!!!!!”
nampaknya jeritan Iman mampu menggegarkan bangunan ini.
“Hahaha!!!”
serentak semua ketawa terbahak-bahak.
IMAN
masih lagi merajuk dengan kami. Khairul yang datang mengusiknya juga tidak
dilayan. Garu kepala mamat tu!
“Apesal
tu?” tanya Khairul tampak blur bila huluran salamnya tidak dijawab Iman
malah dia menutup telinga dengan tangan. Apa kena dengan pujaan hatinya?
“Dia
ada masalah mental.” Jawab Wana selamba.
“Wana!”
semua menjerit.
Aku
memukul bahunya. Tak baik betul! Wana gelak.
“Korang
janganlah main-main. Apesal tu? Gaduh ke? Monyok je aku tengok. Selalu dalam
kelas ni dia yang paling bising. Suara dia dengar sampai dua batu. Ini tak.
Senyap je. Apesal?” tanya Khairul masih tidak puas hati.
Kami
berempat tersenyum. “Jangan risau. Kejap lagi dia pasti akan datang ke sini.”
Jawabku yakin. Choki-choki aku suap ke dalam mulut. Nyam! Nyam! Kalau cikgu
disiplin nampak ni, alamat kena ketuk ketampi la kat pentas bersaksikan orang
ramai.
Khairul
pening. “Hah?”
“Kita count sama-sama ya.” D bersuara.
Semua
pakat mengira dengan jari. Khairul memerhati walhal fikirannya penuh dengan
tanda tanya. Apalah minah-minah ni nak buat?
“Satu...”
“Dua...”
“Tiga...”
“Empat...”
“Lima...”
“Enam...”
“Tujuh...”
“Lapan...”
“Sembilan...”
“Sepuluh.....!”
Serentak
itu Iman bangun dari kerusi yang di dudukinya. Dia bergerak ke tempat di mana
kami berada. Khairul tercengang. Tak berkelip memandang Iman. Dahi berkerut.
“Korang,
pinjam latihan Sejarah semalam. Tak sempat nak buat la.” Pinta Iman dengan muka
comel.
Serentak
itu kami tergelak besar sehinggakan satu kelas memandang ke arah kami
dibelakang ini.
Iman
dan Khairul terlopong. “Weh! Apehal gelak pulak? Aku buat lawak ke?” Iman
menggaru kepala. Biol apa kawan-kawan aku ni? Aku minta buku latihan pun nak
gelak ke? Buntu Iman.
Kami
masih lagi ketawa. Khairul sekadar melihat. Benaknya masih berfikir sesuatu.
“Korang,
cepatlah! Nanti cikgu datang.” Gesa Iman sambil menadah tangan.
Aku
mengeluarkan buku dari beg sekolah lalu diberikan kepadanya. Sisa tawa masih
ada. Iman terus bergerak ke tempat duduknya lalu memulakan pekerjaan seperti
biasa. Copy and paste!
Khairul
memandang Iman dan kami bersilih ganti. “Korang.....”
“Kami
dah kenal dia sangat, Khai.” D memotong.
“Since
form 3.” Sampuk Wana pula.
“Dan
aku baru faham perangainya since
this year, Khairul Nazmi.”
“Betul!
Betul! Betul!” balas Aisyah seperti Upin Ipin.
Khairul
terdiam sesaat sebelum tersenyum. “Korang memang rakan yang memahami...”
Kami
ketawa.
***
Kini
hidup kami berempat kembali ceria, gila-gila dan happening! Bergurau senda dan
bergelak ketawa bersama-sama. SPM nak dekat tapi gelak banyak! Apalah punya
budak kan? Teruk betul.
“Bangun
kelas! Assalamualaikum, cikgu.” Tiba-tiba saja Khairul berkata begitu
membuatkan semua orang segera bangun dan mengucapkan salam. Oh! Kelihatan Cikgu
Namisah berada di depan. Ternampak
saja rotan ditangannya membuatkan semua orang menelan liur. Itu bukanlah
petanda yang baik!
“Waalaikumussalam.
Duduk.” Jawab Cikgu Namisah. Dia meletakkan buku-bukunya di meja dan kemudian
berjalan dari meja ke meja. Tangan diletak di belakang badan bagai guru besar
lagaknya.
“Baiklah.
Hari ini kita akan berbincang mengenai karangan bahasa Melayu tetapi
sebelum itu saya nak check buku latihan satu demi satu. Saya nak
tengok latihan yang saya bagi dua hari lepas. Adakah sudah siap? Dah siap
bagus. Kalau tak siap tak apa. Akan ada habuannya nanti. Letak buku atas
meja sekarang. Saya nak check.”
Ucap Cikgu Namisah tegas.
Kami
cepat-cepat mengeluarkan buku yang Cikgu Namisah perlukan di atas meja.
Sememangnya Cikgu Namisah merupakan cikgu yang tegas dan agak garang tetapi
hatinya baik. Kalau semua mendengar katanya, maka dia akan sentiasa berbuat
baik. Kalau ada di antara pelajar yang tidak mengikut arahannya, maka keluarlah
taring dari celahan gigi.
Cikgu
Namisah mengambil rotan panjang yang sudah hancur pada pangkalnya. Siapa tak
siap, habislah! Sebat! Cikgu memeriksa setiap buku secara terperinci
sehinggakan ada sedikit teguran yang membuatkan kami yang lain kelam kabut
membetulkannya semula sebelum diperiksa oleh guru wanita tersebut.
“Tarikh
kenapa tak tulis? Ke awak tulis atas angin?”
“Cuba
tulis betul-betul. Silap ejaan ni. Betulkan balik.”
“Kecil
sangat tulisan awak ni. Awak ni dah la nak SPM. Kalau kertas awak tu dapat pada
pemeriksa yang baran dan pemarah, silap sikit dah potong markah apatah lagi
tulisan kecil macam ni. Confirm dia bagi 0 untuk kertas awak. Nak?
Besarkan tulisan lain kali!”
“Mana
pergi huruf I? Cuba awak eja balik perkataan KAKI. Betulkan semula!”
“Ini
pun sama! Tarikh tak ada! Awak ingat cikgu rajin nak tuliskan untuk awak?”
bebel Cikgu Namisah.
Rotan
masih setia di tangan kanannya. Buat masa ini aku tidak lagi mendengar bunyi
rotan dihempas pada meja. Dia sudah berada di meja sebelah yang menempatkan dua
orang pelajar di bahagian belakang sebaris dengan mejaku dan Wana. Aku
memeriksa buku buat sekelian kalinya. Mana tau kut tersalah eja lagi ke? Nanti
kena tegur lagi.
“Humairah!”
Terkejut
aku apabila namaku dipanggil. Hampir terbang buku latihan di tangan. Mahu gugur
jantung aku kalau kena sergah macam ni selalu! Wajah Cikgu Namisah yang garang
pada hari ini aku tatap dengan ketakutan. Buku latihan aku serahkan kepadanya.
Dia memeriksa dengan betul. Sekejap matanya di kecilkan dan sekejap dahinya
berkerut. Aku menelan liur.
“Bagus,
Humairah. Teruskan usaha.” Pujinya.
Aku
tersengih. Huh! Lega.
Giliran
Wana pula diperiksa. Wana juga sama sepertiku. Dipuji kerana dapat menyiapkan
kerja sekolah dan kemas. Tersengih kami berdua di belakang.
“Diana
atau lebih dikenali Princess D! Mana buku awak?” soal Cikgu Namisah
garang. Semua pelajar menoleh ke arah D.
D
tersengih sambil menggaru kepala.
“Tertinggal
kat aspuri, cikgu.” Jawab D ketakutan.
“Apa?
Tertinggal?!” mencerlung mata Cikgu Namisah memandang D yang terkulat-kulat. D
menelan liur. Habislah aku! Desis hatinya.
"Kenapa
tinggal? Nak suruh kucing baca ke?" sindirnya membuatkan seisi kelas
ketawa. Namun tawa cepat dimatikan bila rotan dihempas pada meja.
"Diam!"
marah Cikgu Namisah. D menunduk. Air liur ditelan kesat.
“Berdiri,
Diana!” arah Cikgu Namisah.
D
perlahan-lahan bangkit dari kerusi.
“Hulur
tangan.”
Perlahan
D menyerahkan tangannya kepada Cikgu Namisah. Aku memejamkan mata tatkala
mendengar bunyi rotan sebanyak dua kali. Kalau bunyi dah kuat, maka tentulah
sakitkan? Dapat aku lihat D menahan kesakitan itu namun dia tetap menundukkan
wajah. Wana menarik nafas. Dadanya digosok perlahan.
“Lain
kali tinggalkan lagi, Diana. Saya ingat nak rehatkan rotan saya yang dah uzur
ni tapi nampaknya tak boleh kalau begini perangai awak.” Sindirnya.
D
masih menunduk. Air mata bertakung di tubir mata. D berusaha menahan
titisan dari gugur. Hatinya dicekalkan.
‘Salah
aku. Cikgu tak salah. Semua salah aku.’ D memujuk diri.
“Awak
berdiri sampai habis waktu saya.” Cikgu Namisah memberikan arahan. Nak tak nak
D terpaksa berdiri sampai habis kelas cikgu bahasa Melayu itu.
Cikgu
Namisah bergerak ke tempat orang lain pula. Iman dan Aisyah hanya memandang
simpati terhadap D. Kami dapat rasai kesakitan yang dialami D. Aku yang berada
di belakangnya dapat melihat dia menekan perlahan tapak tangannya yang
merah. Mesti ada kesan! Fikirku.
“Helena,
mana buku awak?”
Semua
kini memandang ke arah fanatik kumpulan Diva Babe. Helena mengeluarkan bukunya
dengan gedik. Aku rasa macam nak lempang aje minah ni bertubi-tubi! Biar
pengsan tak pun koma. Meluat sungguh!
“Nah,
cikgu.” Penuh manja Helena berkata sambil menyerahkan buku latihannya kepada
Cikgu Namisah. Dia melenggokkan tubuh badannya demi meraih perhatian. Senyuman
tak lepas dari bibir merahnya.
Semua
pelajar yang tidak menyukai Helena berasa geram melihat kelakuannya. Gedik nak
mampus! Dia ingat Cikgu Namisah layan ke budak tak cukup sifat macam tu? Kirim
salam la! Cikgu Namisah layan semua sama rata. Kecuali budak-budak lelaki yang
memang minat dengan Helena serta kawan-kawannya. Ada kat kelas ni. Jangan kata
tak ada!
“Hmm.
Bagus, Helena. Awak patut dijadikan contoh. Semua latihan saya siap. Bagus.
Siap dengan frasa menarik.” Puji Cikgu Namisah.
Helena
tersenyum lebar sampai ke telinga. Kembang semangkuk bila dipuji guru wanita
itu. Semua atas hasil usaha sepupu dungunya. Kalau tak dikerah semalam, takkan
dia mendapat pujian sebegini daripada guru wanita ini.
“Kelas,
saya mahu kamu contohi Helena untuk minggu ini. Jadikan dia role model kamu. Kalau ada apa-apa yang tak tahu,
boleh rujuk pada Helena. Kalau tak faham sangat, baru jumpa saya. Dalam buku
latihannya terdapat beberapa kosa kata menarik untuk diletakkan dalam karangan
kamu nanti.” Terang guru tersebut.
“Terima
kasih, Helena.” Cikgu Namisah tersenyum pada Helena seraya memulangkan buku
tersebut kepada tuannya. Dia berjalan ke meja seterusnya.
Helena
tersenyum megah. Dia memusing ke belakang. Senyuman sinis dilemparkan kepada
kami berlima.
Aku
menjelirkan lidah. Bangga la tu! Menyampah! Gunting mulut baru tau! Sempat aku
menjeling Helena dengan tajam.
Wana
menjulingkan mata sambil tangannya diletakkan pada hidung. Kemudian dia menolak
hidung ke atas memerli Helena. Ingat aku hairan sangat ke dengan dia? Pigidahhh!
Nak rujuk pada dia, minta maaf! Tunggu aku tak kentut seminggu baru aku jumpa
dia!
Helena
mencerunkan matanya. Berani dia buat muka buruk dia kat aku? Helena geram.
Pandangan di sasarkan pula pada Iman di meja sebelah. Azab betul duduk dekat
dengan minah ni.
Iman
juga melakukan perkara yang sama seperti Wana. Banyak kali dia buat aksi
menggunakan hidung untuk mengenakan Helena kembali. Cheq paling menyampah dengan orang yang
suka bermegah-megah. Kalau kena sembelih hidup-hidup memang baguih! Gerutu hati Iman.
Helena
mengetap bibir. Iman pun sama aje macam Wana! Asyik dia aje yang terkena. Dia
menoleh ke arah Aisyah yang tekun membelek buku latihannya. Helena tersenyum.
Hanya Aisyah saja tidak akan membalas kata-kata sinisnya seperti selalu.
Barangkali takut dengannya.
Aisyah
yang berasa dirinya dipandang segera mengangkat muka. Terlihat akan senyuman
sinis Helena bersama kening sebelah kanan yang diangkat tinggi membuatkan
Aisyah tersenyum.
Helena
kerut dahi. Budak ni boleh senyum pulak? Aku buat lawak ke? Dia kembali memandang
Aisyah yang sedang menulis sesuatu pada kertas A4. Kemudian kertas itu diangkat
membuatkan Helena dapat membacanya dengan terang dan jelas.
TOLONG JANGAN BUAT KENING MACAM TU LAGI. SERIOUSLY KAU
TAK AKAN SETANDING ZIANA ZAIN! :p
IKHLAS: AISYAH RAUDHAH.
Helena
ternganga membaca bait-bait ayat itu. Sekali kena kutuk daaaa...! Dia
tak sangka sependiam Aisyah, sekali dia berkata berbisa badan menanggungnya.
Rupa-rupanya Aisyah bukanlah calang-calang orang yang boleh Helena kenakan
sesuka hati. Cis! Dia lagi yang terkena.
Pandangan
Helena kini tertumpu pada D yang sedang berdiri pada tempatnya. Idea nakal
mencerna di minda. Tahu la apa aku nak buat! Tekadnya bersama senyuman. Dia
memfokuskan ke hadapan apabila Cikgu Namisah sudah berada di depan.
“Baiklah.
Saya dah lihat semua latihan awak. Agak memberansangkan. Syabas. Awak dah
menunjukkan peningkatan yang baik terutama Helena dan kawan-kawan. Bagus! Dan
Puteri Diana Munirah, awak boleh duduk sekarang. Ingat, jangan tinggalkan buku
lagi. Bukan subjek saya saja tetapi untuk semua subjek. Saya berkata ni bukan
untuk Diana saja tapi untuk semua. Saya dah tegaskan bahawa tiada pilih kasih
dalam kelas yang saya ajar. Kalau awak beri respon yang baik, saya akan baik
dengan awak. Kalau awak beri respon yang tidak baik, saya juga akan memberi
respon yang tidak baik. Fair
and square.” Nasihat Cikgu Namisah.
Semua
pelajar 5 Ar-Raudhah menganggukkan kepala.
“Ingat
Diana?”
D
mengangguk.
“Baik
awak boleh duduk. Sekarang keluarkan kertas kajang dan catat apa yang saya nak
perkatakan. Kemudian awak akan buat satu karangan dan hantar pada saya. Siapa
tak hantar akan dikenakan tindakan disiplin kerana ingkar arahan guru.”
Kini
kami semua memberikan sepenuh perhatian pada setiap butir bicara guru tersebut
sehinggalah kelasnya tamat.
***
Loceng
terakhir untuk sesi persekolahan hari ini telah berbunyi. Maka tamatlah sesi
pembelajaran semua pelajar sesi pagi. Semua pelajar mengemas beg untuk pulang.
Aisyah,
Iman dan D berkumpul di meja belakang sementara menunggu aku dan Wana mengemas
buku. Kata nak balik saing kan?
“Oit!
Tak nak balik ke geng belakang?”
Teguran
Khairul membuatkan kami berlima mengalihkan pandangan.
“Ni
tunggu minah dua ekoq ni. Lambat betoi!” rungut Iman.
Tung!
Tung!
Kepala
Iman diketuk dengan botol air milikku.
“Adoi!
Sakitlah!” aduhnya.
Aku
tersenyum sinis. “Rungutlah lagi lain kali. Kau tak ingat time kau lambat, aku sanggup tunggu sampai
makanan habis kat dewan makan. Tak ingat?” sindirku.
Iman
tersengih malu. Ops! Terbuat kakak ni marah pulak.
“Sorry.”
Dia tersengih.
Aku
mencebik. Fail kulekat di dada. Lihat di sebelah, Wana juga siap kemas beg. Jom
balik!
“Jom!”
Kami
berlima berjalan menuju ke pintu kelas beramai-ramai bersama kaum Adam yang
duduk di aspura. Macam biasalah kan? Khairul and
the geng merupakan bodyguard kami. Ha ha ha!
Namun
akibat perasaan hasad dengki, badan D ditolak kuat oleh seseorang membuatkan D
terlanggar meja pelajar paling hadapan yang dekat dengan pintu. Sikunya
terhentak kuat pada meja tersebut.
“Ops! Sorry terlanggar ya, budak kena rotan.” ujar
Helena sengaja. Suaranya lembut dan semerdu tapi tetap kalah dengan buluh
perindu.
Kami
ternganga memandang D dan Helena. Kurang ajar betul minah ni!
“D
kau tak apa-apa?” cemasku. Pantas tubuh dan tangannya kubelek.
D
berdiri tegak. “Tak. Aku okey je.” Dia memegang siku yang terasa sakit akibat
terlanggar meja.
Pantas
kami berpaling ke arah Helena dan kuncu-kuncunya. Perghh! Siap bergelak ketawa
tu. Memang biadap!
“Kau
ni memang kurang ajar kan? Dasar perempuan sombong, tak tahu minta maaf!”
Wana meluru ke arah Helena namun tangannya dipegang Aisyah dan Iman.
“Jangan,
Wana. Nanti jadi kes besar.” Pujuk Aisyah. Selaku pengawas, dia perlu
memastikan tiada pergaduhan berlaku. Kalau terjadi juga, ini akan menjadi kes
berat dan mereka akan dihukum di bilik tahanan. Dia tak mahu rakan-rakannya
terlibat dalam apa-apa kes pun.
Helena
ketawa sinis bersama rakan-rakannya.
“Tengok
tu, girls.
Macam seladang kelaparan.” Sekali lagi mereka ketawa.
“Woi!
Mulut kau tu boleh jaga tak? Kau tu seladang memandai nak mengata orang! Jangan
sampai aku pecahkan bibir merah kau yang bergincu tu.” Ugut Syafiq membuatkan
Helena dan yang lain kalih pandang. Dia panas hati.
Kelihatan
kaum Adam tersangat marah dengan kelakuan tak sopan Helena. Khairul berpeluk
tubuh. Hakim mempamer riak serius. Putera membuat muka jelek.
“Tengok
tu, girls! Ada back-up. Tak sangka aku Si
Syafiq ni bela perempuan tiga suku macam Wana ni. Kesian. Macam tak ada
perempuan lain lagi nak dibuat kekasih.” ejek Helena. Memang ini yang dia
inginkan. Kemarahan dari mereka yang menjadi musuhnya. Peluang yang ada tidak
akan sesekali dilepaskan! Biar mereka rasa! Itu tekad Helena.
“Haah
kan? Memang kesian.” Kata Fetty pula. Sekali lagi ketawa meledak dari mulut
mereka.
Wana
berang. ‘Perempuan tiga suku?’ hatinya membara. Dia ingin mendekati Helena dan
menumbuk muka perempuan tu namun tangannya dikunci oleh Aisyah dan Iman.
“Kau!!!”
Syafiq ingin menampar mulut Helena dan Fetty namun ditahan oleh Hakim dan
Putera. Khairul cuba menenangkan Syafiq.
Helena
dan gengnya ketawa lagi. Sungguh menjengkelkan!
“Pakwe
dan makwe sama aje. Macam seladang! Sangat sesuai. Dua-dua tak betul! Tiga
suku!” ejeknya lagi.
"Mulut
kau memang macam puaka kan? Dasar mulut longkang!" kutuk Putera. Aisyah
menegur Putera agar menjaga kata-kata. Namun dia tak endahkan. Dia nak join sekali. Mana boleh tak back-up kawan! Lagipun teringin nak
berbalas 'pantun' dengan Helena.
Helena
panas. Kurang ajar Putera! Pantas dia menuding jari telunjuk dengan kuku yang
panjang macam kuku hantu ke arah Putera.
"Kau
jangan main api dengan aku, Putera!”
“Memang
aku tak main api sekarang ni. Kau ni buta la. Aku tengah bercakap dengan kau
sekarang bukan main api. Mata kau letak kat mana? Tak tahu beza orang tengah bercakap
dengan main api? Macam manalah kau boleh lulus BM? Pelik aku.” selamba Putera
berbicara.
Helena
menggigit bibir. Kami tersenyum sinis.
“Ingat
Putera! Walau apa sekalipun, kau tetap tak setanding aku!” Helena menutup
malunya dengan menyindir Putera sekali lagi.
Putera
ketawa mengejek. "Memang la aku tak setanding kau. Sebab kau tu beruk dari
hutan, aku manusia. Tak sama. Tak setanding. Tak sesuai!"
Kami
ketawa sakan. Adeh... lawak! Helena mengepal penumbuk. Rakan-rakannya juga
marah. Berani mempermainkan dirinya?
"Aku
tau kenapa kau marah, Putera. Kau pun sama macam Syafiq kan? Minat dekat
perempuan tiga suku ni!" Helena sengaja menyimbah minyak ke api. Dia
tersenyum sinis.
Wana
membuntangkan mata. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. "Kau memang nak
rasa penyepak aku kan?!"
"Kau
memang dah lebih!" Putera mula menyinsing lengan baju. Perbuatannya
membuat Hakim menahan diri Putera dari berbuat apa-apa. Mamat ni dah naik hantu
nampak gayanya!
Helena
buat aksi jelik. Dalam hatinya ketawa tak berhenti. Ini yang dia mahukan!
“Apa
sebenarnya masalah kau Helena? Yang kau sakit hati sangat dengan kami kenapa?”
Aisyah menyoal secara lembut. Kalau aku, sekeh aje kepala dia tu! Biar wayar
betul sikit. Ikut landasan.
Helena
tersenyum sinis. “Aku? Sakit hati dengan korang? Huh please!”
dia buat muka meluat.
“Dah
tu yang hang dok langgar D pasai pa? Hang buta ka?
Tak nampak kami nak keluaq? Ka hang rabun? Tapi aku tak rasa hang rabun. Hang sebenarnya buta!” kutuk Iman
bertubi-tubi membuah tawa kami semua.
“Hahahahaha!!!”
Sengaja
gelak kuat-kuat. Tampak perubahan pada wajah Helena. Temannya yang lain
menyabarkan hati ketua mereka. Tahu panas pulak? Ingat tak tahu.
"Shut up!" jeritnya. Kami
tersenyum sinis. Aku dan D bosan nak tengok perbalahan ini. Hey dey,
bila nak settle daaaaa?
“Korang
jangan ingat korang tu dah bagus sangat okey! Aku yang paling bagus. Tak ingat
Cikgu Namisah cakap tadi? Aku role
model untuk minggu ni. Nak
tak nak korang kena dengar dan ikut cakap aku.” Arah Helena bangga. Tudung
pendeknya ditarik sehingga bahu. Panas ler tu! Kalau orang yang tak pernah
amalkan bertudung, memang dia akan berasa tak selesa.
Kami
membuat aksi muntah. Para kaum Adam membuat muka meluat. Dengar cakap dia????
Oh noooooo!!!
Aku
menjulingkan mata ke atas seraya meletakkan tangan di dada. “Please la!” D ketawa kecil. Kelakar tengok
gaya Mai!
Helena
mengecilkan mata.
‘Ingat
aku takut? Tak okey! Lawan matalah kalau berani!’ Gerutu hatiku.
“Ikut
cakap hang?
Mati hidup semula aku tak nak!” kata Iman selamba.
Helena
merungkaikan tangan yang memeluk tubuh. Pandangan dicerun pada Iman. Budak
kecik ni mesti nak melawan! Tak padan dengan kecik!
“Betul
tu. Kalau nak kena ikut cakap kau, kena tunggu aku tak kentut selama 10 hari.”
Balas Wana pula. Dia tersenyum sinis sambil memeluk tubuh.
“Hahaha!!!”
semua ketawa mendengar syarat yang dikenakan Wana.
Helena
geram.
“Exactly kami akan buat demonstrasi tak pun
mogok untuk tak ikut cakap kau. Titlenya
ialah Kami Tak Mahu Role Model Dari Perempuan Gedik.” sampuk Putera disokong
oleh kami semua.
Aisyah
terdiam tidak terkata. Nak menegur, dia orang tak makan saman. Tengok dan
dengar aje la. Asal tak bertumbuk sudah.
“Betul!
Betul! Betul!” Hakim buat suara Upin dan Ipin.
Helena
mengetap bibir. Aku nak kenakan mereka, mereka kenakan aku balik! Kurang ajar.
Marahnya Helena dalam hati.
“Korang,
dah la. Jom balik. Aku penatlah.” Ujar D setelah lama berdiam diri. Penat nak
tengok dia orang berdebat. Sikunya pula berdenyut nyilu. Harap tak apa-apa.
“Okey
jom balik. Buang masa aje bertekak dengan minah tak sedaq diri ni. Cakap main lepas. Aku pun
penat nak menghabiskan air liuq.”
Ujar Iman selamba. Dia membetulkan tali beg sekolah di bahu.
“Korang
dah give up? Hai...
cepatnya give up kan? Ini ke namanya lima sekawan jiwa
kental? Mudah mengaku kalah? Mana prinsip hidup kau orang ni hah?” Helena masih
mahu menyakitkan hati kami. Selagi mana terdaya, selagi itulah dia akan cuba
untuk menyakitkan perasaan mereka. Bak kata pepatah alang-alang menyeluk
perkasam biar sampai ke pangkal lengan.
Khairul
berdeham. “Helena Maria, nama sedap tapi sayangnya hati busuk. Kerja kau suka
menyakitkan hati orang lain dan membangkitkan perasaan marah terhadap diri
orang lain. Agaknya kau kat rumah macam ni kut? Entah-entah dengan mak ayah pun
kau tinggikan suara, cakap sinis, gelak jahat. Macam tu ek?” Khairul mula
bersuara sambil berpeluk tubuh. Mahu menyedarkan seseorang tidak semestinya
dengan cara kasar. Kita kena guna cara halus. Tapi bukan main bomoh. Pendekatan
psikologi.
“Kau
jangan nak kaitkan mak ayah aku dalam hal ni, Khairul! Nahas kau nanti.” ugut
Helena.
“Oh!
Tahu takut pulak? Habis tu kau ugut dia orang ni tak apa pulak? Langgar orang
tanpa sebab tak apa? Ucap minta maaf pun susah? Adakah nak ucap word sorry memakan masa selama 20 jam? Tak sampai
dua saat la weh. Habis tu kau tak
kira betapa penatnya malaikat yang mencatat amalan buruk engkau mengutuk dan
menyakiti kaum kau sendiri? Tak fikir?” sampuk Hakim pula. Kalau nak ceramah
orang, serah aje pada Ustaz Hakim dan Ustazah Aisyah.
Helena
terdiam. Kata-kata Hakim meresap masuk dalam jiwanya apatah lagi perkataan
malaikat.
“Dah
lah weh. Layan pun tak
guna. Tembak tak boleh. Buat sakit hati je. Jom balik. Nanti warden marah pulak balik lambat padahal tak
ada kelas tambahan. Jangan dilayan minah tak betul ni. Nanti kita jadi tak
betul. Jom blah!” aku
menarik tangan D seraya keluar dari kelas 5 Ar-Raudhah. Kami berdua menyusuri
tangga untuk keluar dari bangunan tingkatan lima ini. Angin luar menyejukkan
sedikit hati yang panas tadi.
“Oh
lega!” aku mendepakan tangan. Biar angin masuk dalam hati. Ada ke? Melalut
pulak Mai ni kan? Kepala pun dah biol sebab layan minah tak betul tu tadi.
D
ketawa melihat gelagatku. Sikunya tidak nyilu seperti tadi.
“Korang
tunggu la!” jeritan dari arah belakang menghentikan langkah aku dan D.
Kelihatan
Iman, Aisyah, Wana, Khairul, Putera, Hakim dan Syafiq berlari-lari anak ke arah
kami.
“Kuatnya
angin.” Iman berkata sejurus keluar dari bangunan tingkatan
5. Tudungnya ditiup angin. Iman membetulkan kembali. Khairul memandang
dalam diam.
“Haah
la. Macam nak hujan je gayanya.” Ujar Putera pula. Tangannya di tadah atas
angin.
“Tapi
aku suka sangat kalau hujan. Dapat sejukkan perasaan marah pada minah bengong
tu.” luah Wana. Dia menghirup udara dengan tenang.
“Bengong
pun kau layan juga,” perli jejaka bernama Syafiq.
Wana
memusingkan kepala. “Kau jangan nak cari pasal dengan aku, apek!”
“Aku
tak cari pasal tapi pasal cari aku.” Syafiq merenung Wana. Tangan di masuk
dalam poket seluar. Tampak macho!
Wana
mencemik. Hmmph! Pantas
dia memusingkan kepala memandang ke arah lain. Hai hati.. redakanlah jantungku
ini. Kenapa bila pandang wajah Syafiq hatiku jadi tak menentu? Tadi pun dia dah
rasa lain. Kenapa Syafiq back-up dirinya? Hati
kecil Wana bertanya.
“Dah start dah. Telinga aku sakit la dengar orang
bergaduh. Nak rest la!” D menjerit. Sikunya tidak
berdenyut lagi seperti tadi. Alhamdulillah. Sekejap saja sakitnya.
Kami
ketawa.
“Okey
jom balik. Kakak kita ni tak sabar nak mandi. Maklumlah bakteria banyak
sangat!” usikku.
D
membulatkan mata. Pantas pinggangku dicuitnya. Terkekeh-kekeh aku ketawa. Kami
berjalan dengan perasaan gembira. Entah kenapa bila dengan kawan, feel seronok datang tanpa diundang. Bila
dengan Helena, feel marah datang. Memang menyampah dengan
minah tu! Ya Allah, jauhkanlah kami dari godaan syaitan yang mahu memecah
belahkan umat Islam.
“Syah!”
teriak Syafiq membuatkan langkah Aisyah dan Iman terhenti. Wana, aku dan D
sudah jauh ke depan. Aisyah dan Iman segera berpatah balik ke arah
jejaka-jejaka hot ini.
“Ada
apa?”
“Err..
boleh sampaikan benda tak?” pinta Syafiq malu-malu. Aisyah dan Iman
berpandangan.
"Benda
apa, bro?"
soal Khairul pelik.
"Err..."
Syafiq kelu lidah.
“Bro,
apehal muka kau merah ni?” tegur Putera di sebelah. Tampak jelas muka Syafiq
merah bagai udang di panggang. Cuaca redup je. Rasa angin lagi. Tak panas pun!
“Haah.
Kenapa ek?” Iman menyoal.
Syafiq
menggaru kepala. “Aku nak kau tolong sampaikan maaf dekat Wana.” Sejurus dia
berkata sedemikian mukanya bertambah merah apabila diusik oleh sahabat-sahabat.
“Ehem...
ehem... hai gatal pulak tekak aku ni sekarang.” Hakim mengurut lehernya
perlahan.
“Phewitt!”
Putera bersiul nakal.
Aisyah
dan Iman tersenyum nakal. Khairul ketawa sakan.
“Korang
ni dah kenapa? Aku just cakap maaf je kan?” bengang Syafiq.
Hakim
ketawa nakal. "Kita orang tak cakap apa-apa pun. Aku cuma cakap gatal
tekak. Putera bersiul je. Aisyah, Iman and
Khai just laughing. Yang kau nak bengang kenapa?" Hakim selamba. Nak uji
mamat ni senang je!
Syafiq
terkedu. Alamak! Malunya....! Muka bertambah merah membuatkan semua ketawa.
Nah! Betulkan? Dia je yang malu-malu. Dah suka tak nak mengaku. Patutlah
tadi kemain back-up Wana.
"Dah
lah!" marah Syafiq mahu melindung hatinya yang rawan. Sebenarnya dah
kantoi dengan member sendiri!
“Maaf
je ke?” usik Aisyah. Iman ketawa
kecil.
Syafiq
menarik nafas sekejap sebelum membuka zip beg Billa Bongnya dan mengeluarkan
sekotak hadiah sederhana kecil siap bersampul. Semua memerhati gerak geri
pemuda tersebut. Kotak itu diserahkan pada Aisyah. Semua tercengang.
“Bagi
kat dia eh?” pinta Syafiq malu-malu.
“Woooooo!”
Bunyi
suara mengusik menderu masuk dalam telinga Syafiq. Masak aku kali ni!
“Sejak
bila ni, bro?” tanya
Khairul sengih nakal. Jari telunjuk diketuk pada pipi beberapa kali seperti
sedang memikir sesuatu.
"Sejak
bila apa?" Syafiq pura-pura tak faham. Pantas bahunya ditumbuk Hakim.
"Tak
payah nak kona jauh-jauh la, bhai." sindirnya.
"Mana ada aku bawa kereta?" Syafiq sengaja keluar topik.
"Habis hadiah tu apa? Kau jangan nak tukar topik pulak," Khairul berkata.
“Mana
ada apa-apa la. Saja je bagi.” Dalih Syafiq.
“Yeke?”
sakat Putera. Kening di angkat.
“Yelah.
Kawan je pun.”
“Tapi
kenapa Wana aje? Aku ni dah berkawan dengan kau lama since form 1, tak pernah pun kau kasi aku hadiah. Birthday pun tak ingat.” Makin galak Hakim
mengusik.
Syafiq
tertunduk malu.
“Haaaaa!
Syafiq dah ada something-something dengan Wana!” semua ketawa melihat
gaya malu-malu kucing Syafiq. Hailah... ada sebab rupanya ya?
“Dah
lah. Aku nak masuk dulu. Jangan lupa bagi, Syah.” Syafiq terus berlalu
meninggalkan lima orang rakan yang tak habis-habis menyakatnya. Syafiq berjalan
menuju dorm beserta senyuman. Hati terasa lapang tiba-tiba. Bunga-bunga cinta
mula berputikkah?
“Aku
tak tahulah pulak mamat tu tangkap cintan dengan Wana. Hailah... kalau tak
perangai malu-malu kucing dia tadi, sampai ke sudah kita semua tak tahu.” Hakim
menggeleng kepala bersama senyuman. Syafiq! Syafiq!
“Aku
rasa dia dah lama pendam la. Cuma tak tahu nak meluahkan pada siapa. Tup tup hari ni suruh kirim hadiah pada pujaan
hati. And kantoi depan kita. Hati dia dah
tak boleh pendam lagi kut.” ujar Khairul.
Iman
bersuara, "Tadi korang perasan tak yang dia back-up Wana gila-gila? Aku terkedu weh!"
Semua
mengangguk mengiakan.
“Hmm
tu la. Tak sangka betul kan? Okey la korang. Aku balik dulu eh? Nanti dia
orang kat dorm tanya pula. Bye,
korang! Jumpa kat padang petang ni. Assalamualaikum.” Pamit Aisyah lalu
melangkah pergi meninggalkan kaum lelaki bersama Iman.
“Waalaikumusalam.”
jawab tiga jejaka. Dan mereka berjalan memasuki asrama putera setelah dua orang
gadis itu hilang bayangnya di aspuri.