BAB 17
Kelas 5 Ar-Raudhah kini gamat ya amat sebab kelas perakaunan sudah tamat. Killer
subject tu! Nasib baik cikgu perempuan tapi garang dia bukan main!
Salah sikit je kena
rotan tak pun kena potong markah for exam. Hai.. sabar aje
la.
Masing-masing sudah kecoh untuk pulang. Semua sudah siap berkemas. D adalah
manusia pertama kemas barang dulu. Macam la aspuri tu ada kaki, berjalan
tinggalkan dia. Bila tegur, dia akan jawab, “Aku tak sabar nak mandi. Berpeluh
melekit! Yeww! Banyak bakteria!” dan selepas itu aku tidak lagi
menegur. Sindir banyaklah!
“Wana, aku nak tanya sikit boleh?” soalku teragak-agak.
Wana yang baru memasukkan buku latihan bahasa Melayu ke dalam beg menoleh.
“Apa? Bunyi macam skema je.”
Aku tersengih. “Lebih kurang la.”
“Soalan formal ke tak?”
“Emm tak.”
“Okey. Cakaplah.”
“Kenapa kau asyik gaduh je dengan Syafiq? And why you called him apek?”
soalanku itu berjaya menarik mata Wana memandang ke arahku. Soalan yang aku
ingin tanya akhirnya terluah dari mulut setelah sekian lama.
Wana menjulingkan mata ke atas. “Kenapa kau nak tahu?” dia mengambil lagi
beberapa buah buku di atas meja.
“Tak adalah. Kau kan dah kenal sejak form 2 lagi. Tapi
yang aku pelik, korang tak pernah sebulu. Apesal? Kelas sama tapi selalu
bergaduh.” tanyaku tak ubah seperti paparazi. Gali jangan tak gali bak kata Kak
Ogy.
Wana memasukkan buku yang terakhir ke dalam beg sebelum zip beg tersebut.
Kemudian dia duduk di kerusi sebelahku.
“Apek tu memang suka cari masalah dengan aku. Dari dulu lagi dia memang tak
puas hati dengan aku. Entah sebab apa aku tak tahu. Dan sebab aku bagi gelaran
apek ialah aku pernah nampak dia pakai seluar pendek dengan t-shirt lusuh
kat Mahkota Parade. Dengan rambut tak bersikat, serabai gila. And you
know what, dia memang betul-betul nampak like apek!”
“Hahahaha!” aku menekup mulut menahan tawa. Wana juga ketawa apabila
mengingatkan kisah lalu. Serius tak boleh lupa! Mati-mati ingatkan apek gila
sesat dalam mall rupa-rupanya Syafiq.
Ketawa kami berjaya menarik perhatian D, Aisyah dan Iman yang sedang
berbual.
“Oit! What story?” D terus mendekati kami yang berada di
belakang. Aisyah dan Iman hanya memandang sebelum menyambung kembali perbualan mereka.
Entah apa lah yang mereka bualkan itu. Tampak serius sangat.
Aku dan Wana tersengih.
“Tak ada apa la. Just laugh for fun. Kan nak balik ni.
Meregangkan otot mulut.” Ucapku berahsia. Wana tersenyum. Otot mulut? Ada ke?
Apa-apa aje la Mai!
D menarik muka. “Ceritalah!”
Aku dan Wana serentak menggelengkan kepala. Rahsia tetap rahsia!
Cemberut wajah D. Air mineral di ambil lalu diteguk. Merajuk ler tu.
Kring! Kring!
Akhirnya bunyi yang kami nanti telah berdering. Semua bersorak riang untuk
pulang. Kami berlima bangun lalu berjalan ke pintu kelas.
“Wana, Syafiq kata dia suka kau!” jeritan Putera menghentikan pergerakan
lima gadis. Empat orang sudah tercengang manakala seorang lagi sudah beku bak iceberg.
“Woi! Memandai kau je!” berang Syafiq yang sedang mengemas buku. Dia
memandang tajam Putera yang tersengih macam kerang busuk. Mulut macan puaka!
“Really? Oh my God!” Iman terus menjerit.
Aku tersenyum nakal di sebelah Wana. Aisyah dan D buat give me five!
“Fuyoo! Phewitt!” mulalah bising kelas ni dengan suara budak asrama. Siapa
lagi kalau bukan kami!
Namun Wana masih berdiam diri. Langsung tak pusing! Berdiri tegak macam
tiang bendera kat dataran sekolah! Dadanya dihambat sesuatu.
“Betul Wana. Dia dah lama simpan perasaan pada engkau!” ucap Putera lagi
nada mengusik. Keningnya diangkat beberapa kali terhadap Syafiq. Saja nak
kenakan apek ni!
“Woit! Mulut kau memang nak makan penumbuk aku kan!” Syafiq segera bergerak
ke arah Putera lalu dipukul-pukul teman itu dengan buku Sejarah tingkatan 5.
Dipicit-picit mulut Putera kerana keceluparannya itu. Sesuka hati mak bapa tiri
laki mak dia je cakap macam tu. Mulut tak ada insurans! Kepala Putera disekeh
beberapa kali. Telinga Putera dipulas beberapa kali sehingga merah.
“Sakitlah!” jerit Putera meminta tolong. Khairul tergeleng. Hakim hanya
melihat. Itulah dia! Pandai-pandai buat onar.
“Fiq, dah la. Mati juga anak orang tu kang.” Aisyah menegur.
Putera mengangguk setuju dengan Aisyah namun hatinya masih mahu menyakat
Syafiq.
“Wana, tengok pakwe kau ni!” Putera menjerit lagi.
“Shut up!” jeritan Wana berjaya menghentikan pergelutan dua teruna
itu. Wana memandang tajam ke arah mereka berdua sebelum berjalan pulang ke
asrama dengan lajunya. Dia menolak pintu kelas dengan kasar membuat semua
terpaku.
“Okk oww...”
***
Wana menghempaskan tubuhnya di atas katil. Beg yang disandang pada badan di
letakkan di tepi katil dengan kasar. Nasib tidak ada siapa di dalam dorm
memandangkan ada antara mereka mengikuti kelas tambahan di sekolah. Wana meraup
mukanya. Hati menjadi marah dengan kelakuan mereka sebentar tadi. Lebih-lebih
lagi ayat yang diucapkan oleh Putera. Ayat yang membuatkan dia membenci seorang
bernama lelaki! Lelaki yang hanya bermanis kata tapi sebenarnya sangat pandai
memainkan hati perempuan! Tiba-tiba terasa matanya bergenang. Segera dia
hapuskan sebelum orang lain melihatnya. Wana seorang yang kuat! Wana seorang
yang berjiwa kental! Wana tak mudah menangis! Wana happy-go-lucky!
Wana seorang.... Semakin ditahan air mata itu semakin laju ia mengalir
menyebabkan Wana menyembamkan muka ke bantal. Esakan kedengaran di dorm itu.
Tanpa teman itu sedari, kami berempat melihat apa yang berlaku. Terpaku
kami melihat Wana, seorang gadis yang berjiwa kental dengan mudah mengalirkan
air mata. Hanya kerana perkara tadi.
“Abang suka Aliyah...” ayat itu diucapkan oleh Raimi, seorang pelajar
lelaki yang menjadi kegilaan ramai di sekolah itu. Siapa yang tak mahu dengan
Raimi Azlan? Seorang pelajar yang bijak, datang dari keluarga mewah, sentiasa
mendapat tempat teratas di kelas dan merupakan pelajar cemerlang. Dengan
jawatan yang disandang olehnya sebegai kapten bola sepak, pasti semua orang
tertawan apatah lagi raut wajahnya yang semula jadi kacak membuatkan
gadis-gadis tak tidur malam. Suaranya? Penuh kelembutan dan merdu bak buluh
perindu. Senyuman sentiasa menguntum di bibir merahnya.
Seorang gadis bermata coklat tercengang mendengarnya. Hatinya berbelah
bahagi. Suka? Gembira? Happy? Marah? Sedih? Dia tidak tahu. Yang
pasti dia tidak tahu hendak membalas apa kepada lelaki di hadapannya itu.
“Abang suka awak, Aliyah Safwana.” Ucap Raimi lagi dengan senyuman menggoda
yang bisa mencairkan hati perempuan yang memandang.
Aliyah tertunduk malu. Mukanya memerah. Kata-kata Raimi meresap ke dada
hingga ke lubuk hati yang paling dalam.
“Liya pun sukakan abang juga...” dengan perlahan Aliyah berkata namun tajam
di pendengaran telinga Raimi.
Raimi tersenyum menggoda. Cincin yang berada dalam genggaman disarungkan ke
jari manis milik Wana.
Aliyah terpaku. Ada rasa bahagia menyelinap di tangkai hati. Macam dah
berkahwin pulak!
“Sekarang, bersaksikan cincin ni, Nur Aliyah Safwana menjadi milik Raimi
Azlan.” Ucapan yang dinantikan oleh setiap insan akhirnya tercetus jua di bibir
merah milik Raimi.
Aliyah menunduk sambil menganggukkan kepala. Malu nak bertentang mata
dengan jejaka paling kacak di sekolah ini. Senyuman Raimi mampu membuat semua
gadis masuk hospital sakit jiwa!
“Aliyah!” jeritan seorang gadis membuatkan si dia memalingkan wajah.
Termengah-mengah teman itu berlari menuju ke arahnya. Aliyah memandang pelik.
“Kau ni dah kenapa?” soalnya.
Teman itu menarik nafas kemudian lepas. Dia meneguk air liur sebelum
memulakan bicara.
“Aku dengar kau dengan Raimi dah couple secara rasmi ek?”
soal Arini, rakan sekelas Aliyah yakni kawan baiknya.
Aliyah hanya tersenyum.
“Woi! Aku tanya kau senyum pulak! Betul ke tak?” tanya Arini lagi meminta
kepastian.
“Hmm..” jawab Aliyah perlahan. Dia menundukkan kepala menyembunyikan
wajahnya yang sudah kemerahan.
Badan Arini terus tegak. Macam tiang bendera!
“Betul?!” jerit Arini.
Aliyah mengerutkan dahi. “Iyalah. Kenapa pulak dengan kau ni?” Hairan betul
Aliyah!
“Tahniah!!” Arini terus memeluk tubuh Aliyah. Bibirnya tak sudah menyebut
tahniah. Aliyah membalas dengan senyuman.
“ITULAH budaknya.” Kata seorang perempuan kepada kawannya bila terlihat
akan tubuh Aliyah yang melalui jalan itu.
Aliyah yang terdengar bisikan tersebut terus memandang ke arah mereka yang
berbisik-bisik dari tadi. Pelajar perempuan yang melihat Aliyah berbuat
demikian terus melarikan diri.
Aliyah pelik. Tadi masa dia lalu di depan tandas wanita, beberapa pelajar
memandang serong kepadanya. Ada yang tersenyum sinis. Ada yang berbisik. Dan
ada yang menjelingnya tajam.
Ahh! Lantaklah! Yang penting aku tak ganggu orang. Aliyah terus melangkah
menuju ke kelas. Setibanya di kelas, semua pelajar memandangnya dengan
pandangan serong. Ada yang sengaja melanggarnya sehinggakan dia hendak jatuh.
Ada yang berbisik-bisik sambil menjelingnya. Ada juga pelajar lelaki yang
tersenyum sinis melihatnya. Aliyah memandang dirinya atas dan bawah. Rasanya
dia tak pakai baju terbalik!
Panggilan Arini membuatkan Aliyah tersedar. Segera dia pergi ke arah tempat
duduknya iaitu sebelah Arini.
“Nini, kenapa semua orang pandang aku semacam?” soal Aliyah tak puas hati.
Arini mengeluh lalu memandang ke arah sahabat baiknya. Bahu Aliyah
dipegang.
“Kenapa kau buat macam tu, Liya?” soalan Arini membuatkan Aliyah bingung.
Aku buat apa?
“Aku tak faham. Kau cakap apa ni? Aku mana ada buat apa-apa.” Aliyah
bingung.
“Kau jangan nak putar belit. Baik kau cakap dengan aku. Kenapa kau tulis
dan tampal kat situ? Kau tahu tak yang kau dah malukan diri sendiri. Kau
akan...” belum sempat Arini bercakap selanjutnya, Aliyah sudah memotong.
“Cop! Cop! Kau cakap apa ni? Serius aku tak faham!” Aliyah bangkang.
Arini mengerutkan dahi. “Kalau kau siapa lagi Aliyah Safwana?” mata Arini
memandang tajam Aliyah.
“Aku buat apa?!” berang Aliyah dituduh begitu. Aku buat apa?! Apa yang
minah ni merepek?
Arini mengeluh. Nampaknya Aliyah betul-betul tak tahu.
“Kau betul-betul tak tahu?” tanya Arini meminta kepastian.
Aliyah mengangguk pantas.
Arini mengeluh lagi. “Time balik ikut aku.”
KELIHATAN pelajar berkerumun di papan kenyataan di sekolah yang diletakkan
di blok A. Aliyah dan Arini segera menyuruh mereka ke tepi untuk memberi ruang.
Sesampai saja dia di depan papan kenyataan itu, Aliyah ternampak tubuh yang
amat dia kenali. Raimi!
“Ni ha! Budaknya dah datang.” Ucap salah seorang daripada pelajar lelaki
yang dia tidak kenali.
Raimi dan kawan-kawannya segera menoleh ke belakang. Aliyah melemparkan
senyuman namun tidak dibalas Raimi.
“Apa yang kau cuba buat?!” soal Raimi kasar. Tampak serius wajahnya.
Aliyah bingung.
“Buat apa? Liya tak buat apa-apa pun.” Jawab Aliyah.
Raimi mendengus kasar. Papan kenyataan di tumbuk Raimi membuatkan Aliyah
terperanjat.
“Kau tak tahu? Atau pura-pura tak tahu!” mencerlung mata Raimi memandang
pelajar tingkatan 1 di hadapannya itu.
Aliyah kebingungan. Dia tak tahu apa yang dia buat. Aku mana ada buat
apa-apa. Lagi satu dia hairan, kenapa Raimi membahasakan dirinya kau dan bukan
abang seperti selalu.
“Betul Liya tak tahu.” Tegas Aliyah.
“Kalau kau tak tahu, ni apa benda?!” Raimi mencabut kasar sehelai kertas
berwarna putih yang ditampal di papan kenyataan tersebut. Kertas itu
dilemparkan ke muka Aliyah yang tersentak. Arini dan beberapa pelajar lain
terkejut dengan kelakuan Raimi itu. Raimi tampak bengang dengan situasi
tersebut. Aliyah mengambil kertas yang baru dilempar Raimi ke mukanya. Nak
menangis pun ada kerana Raimi melakukan perkara sebegitu. Bukankah Raimi
sayangkannya?
Hampir tersembul biji mata Aliyah melihat bait-bait ayat yang dinyatakan di
dalam kertas tersebut.
Dear fans Raimi dan semua pelajar,
Akhirnya aku, Nur Aliyah Safwana dari
kelas 1 Ihsan telah berjaya merebut cinta Raimi. Setelah sekian lama berlakon
tanpa penat jemu, akhirnya Raimi masuk perangkap aku jua. Raimi telah sah
menjadi kekasih aku! Dia milik aku! Kepada fans Raimi yang membaca ni terutama
Dayana, ketua kumpulan sorak sekolah yang teramat gedik, kau dah kalah!
Hahaha... Raimi pilih aku dan bukannya kau! Raimi tak akan pilih perempuan yang
gedik macam kau! Dayana, kau tak akan mimpi dapat Raimi! Aku yang menang dalam
permainan ini!
Yang
benar: Aliyah
Aliyah hampir menangis membaca coretan itu. Bukan dia! Ini bukan dia yang
buat!
“Ini bukan tulisan Liya. Liya tak akan tulis macam ni!” bantah Aliyah.
Raimi tersenyum sinis. “Bukan kau? Habis tu siapa? Hantu? Ke kau nak cakap
Dayana yang tulis? Nak tuduh dia pulak?” balas Raimi kasar.
Aliyah pantas menggeleng. “Ada orang kenakan Liya. Bukan Liya yang tulis!”
aku tetap menyatakan perkara yang benar.
“Hey! Kau dengar sini, budak! Mulai saat ini, kau bukan lagi kekasih aku!
Kita clash! Aku tak sangka budak yang luarannya nampak baik dan
sopan rupa-rupanya seorang kaki penipu dan tukang tuduh. Aku tak sangka kau
sanggup permainkan perasaan aku. Aku ikhlas bercinta dengan kau, menerima kau
seadanya dalam hati aku tapi ini yang kau balas? Kau tuduh Dayana masuk campur
dalam permainan bodoh kau ni. Kau ingat dia apa? Segedik-gedik dia, dia tak
akan buat macam ni. Kau memang penipu!” tempik Raimi kuat di telinga Aliyah
membuatkan air mata berguguran di pipi.
Semua pelajar yang berada disitu menyaksikan kejadian tersebut. Arini tidak
dapat berbuat apa-apa. Dia sendiri tergamam. Tak terkeluar walau satu patah
perkataan di mulutnya.
Raimi ketawa menyindir melihat air mata yang mengalir dari tubir mata
Aliyah. “Kau tak payah nak berlakon lagilah, Liya. Aku tak akan tertipu dengan
kau!” dia kemudian menarik tangan Aliyah yang menggengam kertas putih tersebut.
Jari manis yang tersarung cincin ditarik oleh Raimi.
“Cincin ni hanya untuk perempuan baik-baik dan layak aje! Kau tak layak!”
kutuk Raimi lagi seraya meninggalkan Aliyah dan Arini di situ. Rakan-rakan
Raimi dan pelajar-pelajar lain yang berkerumun tadi terus beransur meninggalkan
Aliyah dan Arini.
Aliyah terduduk di situ. Dia menangis hiba dengan kejadian yang tidak diingini.
Arini pantas memeluk tubuh Aliyah yang menangis tak henti-henti.
‘Kasihan kau, Liya. Kau dipermainkan manusia dengki.’ Rintih Arini.
SELEPAS kejadian tersebut, semua pelajar memandang serong kepadanya. Ada
yang menjauhkan diri dan mengatakan dia gila. Aliyah hanya diam.
Pada suatu hari, sewaktu dia hendak ke kantin membeli makanan, dia
ternampak kelibat Raimi dan kawan-kawannya di kantin. Aliyah mahu bertemu
dengannya dan mengatakan perkara sebenar namun langkahnya dihentikan serta
merta tatkala tubuh seorang perempuan menghalang pandangan matanya.
Kelihatan Dayana dan rakan-rakannya duduk di sebelah Raimi. Paling
mengguris hatinya adalah bila Raimi tersenyum dan ketawa bila bercakap dengan
Dayana. Saat Aliyah mahu berpaling, dia terkaku. Raimi juga terkaku. Pandangan
mereka bertemu. Namun pantas Raimi berpaling ke wajah Dayana lalu tersenyum.
Robek hati Aliyah. Terasa dia dipermainkan oleh lelaki. Aliyah pantas mengorak
langkah meninggalkan kantin. Tempat yang dituju kini adalah tandas.
Aliyah duduk seorang di dalam tandas pelajar perempuan. Dia menangis
semahunya. Hati perit mengenangkan sikap Raimi tadi. Inilah rasanya bila cinta
ditolak, malah dikhianati oleh kaum sendiri. Aliyah pantas menyeka air mata
bila terdengar pintu tandas dibuka. Kedengaran beberapa pelajar perempuan
sedang bergelak tawa. Aliyah mendiamkan diri. Tak mahu orang lain tahu bahawa
ada seorang hamba Allah dalam tandas ini yang sedang menangis.
“Untunglah kau dapat pikat dia,” ucap seorang gadis.
“Hmm.. kalau tak idea nak kenakan budak Aliyah tu, tak mungkin aku dapat
Raimi.” Jawab seorang lagi gadis yang Aliyah kenal sangat-sangat suaranya.
Dayana! Idea?!
Aliyah bangun dari mangkuk jamban tatkala namanya disebut.
“Hebatnya kau. Cemburu aku!” ujar lagi seorang gadis yang Aliyah cam iaitu
Fatin.
Kedengaran tawa besar di dalam tandas ini. Aliyah merapatkan telinga ke
pintu tandas. Ingin mendengar butir-butir bicara mereka. Hatinya berasa amat
geram! Dia memasukkan tangan dalam kocek baju. Teringatkan dia ada membawa
bersama benda itu, maka ia amat penting sekarang. Segera dia mengeluarkan
sesuatu dari kocek bajunya. Sesuatu butang ditekan pada ‘benda’ itu.
“Hebatkan idea aku? Tengok oranglah! Yang Raimi pun bodoh pergi percaya
bulat-bulat apa yang tertulis kat kertas tu. Konon cinta sejati! Menyampah aku!
Tapi pasal tulisan tu aku berterima kasih sangat-sangat kat kau, Fatin. Kalau
kau tak tiru tulisan dia, tak mungkin kita dapat menjayakan misi ni. Aku
bahagia sangat! Akhirnya aku dapat juga Raimi!” Dayana ketawa besar diikuti
yang lain. Kemudian kedengaran pintu tandas dibuka dan suara mereka hilang
begitu saja.
Aliyah perlahan-lahan membuka pintu tandas yang menjadi tempat menyoroknya
tadi. Dia akan berjumpa dengan Raimi dan menyatakan perkara yang sebenar. Tapi
sebelum tu dia kena berjumpa dengan Arini dan menerangkan hal ini. Handphone yang
berada di tangan kanan digenggam erat. Rahsia akan terbongkar tak lama lagi
namun hati Aliyah dihambat rasa sedih. Kesian Raimi kerana ditipu Dayana.
Sewaktu menunggu kedatangan ayah di bus stop, Aliyah di datangi
oleh sekumpulan gadis yang Aliyah amat pasti dan kenal akan wajahnya.
“Hey budak! Kau jangan ingat Raimi akan tergilakan kau! Raimi hanya layak
untuk perempuan cantik seperti aku!” Dayana menolak tubuh Aliyah sehingga
terduduk di hadapan bus stop sekolah itu. Namun malang tidak
berbau bila dahi Aliyah terkena tiang yang ada paku berkarat. Darah menitis di
jubin. Dayana dan rakan-rakan mereka terkejut. Menggigil tubuh Dayana bila
melihat akan keadaan Aliyah yang berdarah itu. Segera dia berlari pergi dari
situ.
‘Ayah, sakit...’ rintih Aliyah.
“BETUL ke apa yang aku dengar?” soal Arini terkejut.
Aliyah mengangguk.
“Kurang ajar punya Dayana! Memang gila la perempuan tu! Harap aje muka lawa
tapi fikiran cetek. Bila tengok kau dah berdarah tahu pulak lari!” berang
Arini. Kalaulah Dayana ada di depan mata dia, mahu ditenyeh dengan batu lesung
kat rumah. Biar penyek! Sanggup dia sakiti kawan karibnya.
“Dah lah. Yang penting aku tak apa-apa.” Ujar Aliyah meredakan Arini yang
seperti orang gila.
“Mana aku tak marah kalau kawan aku kena macam ni! Tak apa. Tunggu aje la
masa akhir sekolah nanti.” Tekad Arini. Dia akan membalas balik perbuatan
Dayana.
Aliyah hanya menggeleng. Dia menyentuh sedikit dahinya yang bertampal plaster.
Sewaktu di klinik, doktor memberitahu bawah dahinya terkena benda tajam
sehingga tergarit. Ayah cukup takut bila Aliyah terkena macam tu. Namun Aliyah
hanya menjawab dia terjatuh kerana pening malangnya dahi dia terkena paku itu.
“Kau betul-betul nak buat macam tu ke Liya? Kau serius nak bagi kat Raimi?
Tak takut yang dia akan sembur kau balik?” Arini masih was-was. Perkara kedua yang
membuatkan dia datang ke sini adalah berkenaan Raimi.
Aliyah mengangguk lagi.
“Tapi aku akan bagi setelah aku keluar dari sekolah ni dan masa hari
terakhir sekolah pada kau. Masa tu dia orang belum habis exam lagi
kan? Kau bagi pada hari terakhir dia orang dah habis exam SPM
la. Kau boleh tolong aku?” Aliyah bersuara setelah lama membisu.
Arini memandang Aliyah. Kesian pada gadis itu. Dikenakan oleh senior
sendiri kerana iri hati dan cemburu dengan apa yang dia miliki.
“Kau betul-betul nak pindah sekolah?” tanya Arini sebak.
Aliyah menoleh lalu tersenyum sedikit. “Aku kena ikut ayah aku. Lagipun ini
peluang aku untuk berjauhan dengan dia dan lupakan semuanya. Aku tak nak duduk
di bumi Melaka buat masa ni.”
Arini tidak dapat menahan tangis. Air mata berjurai-jurai jatuh di pipi.
Aliyah kaget.
“Kenapa pulak ni?” tanya Aliyah blur.
“Nanti aku tak ada kawan lagi nak ajak berbual, bergaduh, bermain. Kau dah
pindah,” tersedu-sedu si Arini ni.
Aliyah menepuk bahu kawannya perlahan-lahan. “Kan kawan-kawan lain ada. Apa
nak risau? Lainlah macam aku yang memang tak ada kawan langsung kecuali kau
aje.” Balas Aliyah.
Semakin lebat tangisan Arini membuatkan Aliyah terus memeluk tubuh
sahabatnya itu.
“Dah lah. Nanti tak comel.” Usik Aliyah dengan suara keanak-anakkannya.
Arini ketawa sambil memukul bahu Aliyah. Aliyah tertawa namun kedengaran
hambar.
“Kau nak lupakan Raimi?” Arini masih bertanya namun teragak-agak. Takut
Aliyah kecil hati.
Aliyah terdiam. Pandangan dilontar ke hadapan. Melihat kereta yang lalu
lalang di depan rumahnya.
“Kalau boleh, aku nak lupakan semuanya Nini. Kalaulah ada ubat dalam dunia
ni yang boleh hilangkan segala kenangan pahit ni, pasti aku akan telan. Lagipun
aku bukan sesiapa untuk dia. Aku tak layak.” Aliyah tersenyum tawar.
AKHIRNYA, masa yang di tunggu tiba jua. Hari perpisahan bagi pelajar
tingkatan 5 kerana SPM sudah habis. Bersuka ria lah mereka! Arini terdengar
jeritan mereka sewaktu berada di tangga dan semua pelajar turun dengan laju
untuk pulang. Seksa dah habis!
Arini berjalan dengan pantas menuju ke kelas di mana Raimi berada. Dia
melihat beberapa orang pelajar sudah keluar dari situ. Hatinya dilanda
kerisauan. Takut dia tak sempat sampaikan amanat orang. Dengan berpakaian
t-shirt sekolah dan seluar trek, Arini melangkah laju.
Arini menjengukkan kepala ke dalam kelas 5 Intelek 1. Ternampak Raimi
sedang berkemas. Begitu juga rakan-rakan mereka yang sibuk bercakap itu dan
ini. Arini menarik nafas sebelum pintu kelas di ketuk perlahan.
Tok! Tok!
Raimi dan beberapa pelajar lelaki menoleh ke pintu. Arini berjalan masuk
selepas memberi salam memandangkan semua yang ada dalam tu orang islam.
Dia menuju ke tempat di mana Raimi duduk. Arini menghulurkan satu surat
beserta satu handphone. Raimi memandang pelik gadis dihadapannya
itu.
“Apa ni?” soal Raimi.
“Surat dan handphone untuk Abang Raimi,” jawab Arini lurus
membuahkan tawa rakan-rakan Raimi.
“Siapa bagi, dik? Aik, adik nak bagi surat cinta pada Abang Raimi ek? Adik
pun minat Abang Raimi ke? Sanggup tu musim cuti datang sekolah semata-mata nak
bagi surat cinta pada Abang Raimi. Takut tak sempat ya?” usik seorang pelajar
lelaki yang bernama Alif. Rakan-rakannya ketawa lagi.
Arini tersenyum seraya menggeleng. “Dari orang lain. Saya hanya menjalankan
amanah.” Jawab Arini jujur.
“Daripada siapa? Kenapa tak bagi masa persekolahan lepas?” soal Alif
berminat.
“Masa tu surat ni belum sampai pada saya lagi. Dan orang itu amanahkan pada
saya supaya sampaikan pada abang bila abang habis exam.” Jawab
Arini lagi.
Raimi dan kawan-kawannya berpandangan sesama sendiri. Dengan perlahan Raimi
mengambil surat tersebut dari tangan Arini.
“Terima kasih sebab ambil surat ni. Saya dah menjalankan amanah kawan saya
dan saya bersyukur sebab dia dah berhijrah ke tempat lain. Kalau saya di tempat
dia, saya pasti menangis sampai keluar air mata darah. Tapi dia cukup tabah
walaupun banyak dugaan datang menimpa. Saya minta izin untuk beredar. Anyway,
have a nice day after SPM.” Arini memusingkan badan melangkah pergi
meninggalkan mereka yang terpinga-pinga.
“Tunggu!” satu suara tegas menghentikan langkah Arini yang berada dekat
dengan papan hitam yang bertulis Prinsip Perakaunan Kertas 2.
Arini memusing tubuhnya semula menghadap mereka yang kebingungan. “Ya. Ada
apa?” tanya dia penuh hormat memandangkan dia pelajar paling kecil disekolah.
Raimi bangun lalu mampir ke arah gadis itu. “Siapa yang bagi surat ni?”
soal Raimi perlahan tapi amat jelas di telingan Arini kerana dia baru korek
telinga semalam.
Arini tersenyum. “Saya rasa abang tahu siapa yang bagi. Orang itu pernah
hadir dalam hidup abang biarpun sekejap. Tapi abang dah hancurkan hatinya yang
suci dengan tuduhan melulu.” Kata-kata Arini membuatkan Raimi keliru.
“Abang tak kenal. Tolong beritahu siapa yang bagi surat ni. Kalau tak abang
tak akan baca langsung!” gertak Raimi.
“Masakan abang lupa?” sindir Arini.
“Bagitahu sekarang!” ugut Raimi lagi.
Arini tersenyum tawar. Sebak dadanya ingin menyebut nama rakan baiknya.
“Nur Aliyah Safwana.” Serentak itu air matanya jatuh. Namun pantas diseka
dengan tangan.
Ternyata Raimi tersentak. Wajahnya berubah ketara.
“Saya dah bagitahu dan berharap sangat abang baca benda ni. Mungkin pada
abang benda ni nampak bodoh dan tak penting, tapi bagi saya amat penting kerana
ia ada sangkut paut pada abang. Saya minta diri. Oh ye! Sebelum tu saya nak
beritahu bahawa Dayana hanya menipu abang. Dia tak cedera pun. Yang cedera
teruk adalah Aliyah. Dahinya bergarit akibat terkena benda tajam dan yang
paling menyakitkan hati bila dapat tahu orang yang menolak itu adalah Dayana! Saya
dah beritahu perkara sebenar. Assalamualaikum.” Arini terus melangkah pergi
meninggalkan kelas 5 Intelek 1 yang senyap dan sunyi.
Raimi terkedu dengan apa yang dia dengar. Dayana yang tolak Aliyah? Tapi
Dayana kata padanya hari tu Aliyah menolaknya sehingga terjatuh. Raimi mencari
Aliyah satu sekolah namun tak jumpa. Dia juga bertanya kepada rakan-rakan
Aliyah namun tiada siapa yang tahu. Raimi keliru. Dia hanya memandang langkah
Arini yang kian menjauh. Surat berwarna putih di dalam genggamannya dibaca.
Assalamualaikum,
Liya harap abang masih kenal dan ingat
lagi Liya biarpun Liya tak rasa begitu. Liya tak pandai nak cipta ayat yang
panjang-panjang dan berbunga-bunga sebab Liya masih lagi ‘budak’. Perkara yang
Liya nak beritahu ialah mengenai Liya. Liya sudah pun berpindah ke sekolah
lain. Liya tahu abang tak ambik kisah pun pasal Liya. Liya tak kisah. Liya tahu
siapa diri ini. Liya sedar diri, abang. Tapi sebelum abang buang surat ni, Liya
nak abang bacanya sampai habis dan kemudian abang nak buang, abang buanglah.
Perkara yang Liya nak abang tahu ialah
berkenaan surat di papan kenyataan itu. Abang masih ingatkan kejadian tu? Liya
harap abang ingat sampai bila-bila sebab Liya akan kekalkan memori pahit tu
dalam otak Liya yang masih ‘budak’ ni. Sebenarnya surat tu bukan Liya tulis. Ia
ditulis oleh Fatin yakni kawan Dayana yang kini sah menjadi kekasih abang.
Kalau abang fikir Liya hanya nak berlakon dan bermain-main, bukti ada pada
abang. Liya dah suruh Arini beri handphone kepada abang.
Raimi merenung telefon bimbit yang berada di tangan salah seorang rakannya
iaitu Alif.
“Aku rasa kau kena dengar benda ni,” unjuk Alif kepada Raimi yang terdiam.
Telefon bertukar tangan. Raimi menekan butang on di telefon
tersebut dan kedengaranlah suara yang amat-amat dia kenali.
“Hebatkan idea aku? Tengok oranglah! Yang
Raimi pun bodoh pergi percaya bulat-bulat apa yang tertulis kat kertas tu.
Konon cinta sejati! Menyampah aku! Tapi pasal tulisan tu aku berterima kasih
sangat-sangat kat kau, Fatin. Kalau kau tak tiru tulisan dia, tak mungkin kita
dapat menjayakan misi ni. Aku bahagia sangat! Akhirnya aku dapat juga Raimi!”
Raimi menahan amarah dalam hati. Sampai hati Dayana buat begini pada
dirinya! Dia sangkakan Dayana ikhlas namun semuanya bohong. Dia ditipu dengan
air mata palsu Dayana! Teringat wajah Aliyah saat dia memaki hamun gadis kecil
itu. Dan terlayar wajah Dayana ketika dia menghamburkan air mata. Alif dan
rakan lain hanya memandang Raimi. Mereka sendiri mendengar suara Dayana di dalam
corong telefon tersebut.
Raimi tersedar dari khayalan. Pantas dia membaca ayat seterusnya di dalam
kertas.
Liya rasa abang dah dengarkan apa yang
Dayana cakap. Liya bukan nak perangkap mereka tapi Liya terdengar perbualan
mereka di dalam tandas. Pada waktu itu Liya berada di dalam tandas.
Mengingatkan handphone ada dalam poket baju kurung membuatkan Liya merakam
perbualan mereka. Liya minta maaf sebab Liya terpaksa buat begitu pada teman
wanita abang. Liya tak ada niat nak permainkan abang lagi. Telefon itu Liya
gunakan untuk telefon ayah Liya supaya ambil Liya disekolah pada hari itu. Dan
Liya juga mahu membersihkan nama Liya dengan tuduhan abang dulu. Dan Liya juga
ingin membongkarkan satu rahsia. Sebenarnya Dayana hanya menipu abang. Liya
tidak pernah menyentuh tubuhnya apatah lagi hendak menolaknya sehingga
terjatuh.Dayana sengaja mereka cerita supaya abang terus membenci Liya. Kalau
abang anggap Liya menipu, terpulanglah. Tapi kalau abang tanya Dayana mengenai
kejadian di bus stop sekolah dan apa yang menimpa Liya, pasti dia
tergagap-gagap. Liya teramat yakin!
Abang Raimi Azlan, di sini Liya ingin
menyatakan bahawa abang adalah orang pertama yang berjaya mengetuk pintu hati
Liya dan menerima Liya sebagai kekasih abang. Liya terharu sangat tapi apa
boleh buat. Takdir menentu segalanya.
Raimi menggeleng.
Abanglah lelaki pertama yang mengajar Liya
erti cinta dan pengorbanan. Liya tahu abang benci dengan Liya dan mungkin abang
nak buang aje kertas ni teruskan? Liya faham. Tapi Liya ada satu permintaan.
Bolehkah abang tunaikan?
Raimi pantas mengangguk.
Liya mahu Abang Raimi lupakan Liya.
Hilangkan segala memori dalam hati abang tentang kita. Takkan wujud lagi kisah
kita dalam hati dan fikiran Abang Raimi. Liya tahu yang Liya hanya bertepuk
sebelah tangan selama ini tapi sekarang Liya nak lupakan semua kenangan yang
memalukan diri Liya sebagai pelajar tingkatan 1 Ehsan. Liya hanyalah budak tak
cukup umur untuk mengenal cinta, belajar pun tak pandai dan baru berjinak-jinak
dengan sekolah menengah tapi abang berjaya ajarkan Liya semua tu. Liya hargai, Abang
Raimi.
Raimi kelu lidah.
Abang Raimi, mulai saat ini, Liya mahu
kita buat haluan masing-masing. Lupakan pelajar perempuan bernama Nur Aliyah
Safwana kerana ‘budak’ ni tak akan wujud lagi sebagai Aliyah dan tak akan
muncul dalam hidup Abang Raimi lagi. Kalau abang dah lupa awal-awal lagi,
alhamdulillah. Jika abang membenci Liya pun tak mengapa. Itu boleh menjarakkan
hubungan kita. Kalau kita terserempak di mana-mana, dan abang masih mengenali
Liya tanpa Liya sedari, Liya harap sangat Abang Raimi tak tegur Liya. Itu amat
bererti buat Liya. Itu saja permintaan Liya.
Cukuplah sampai di sini Liya membebel.
Liya tahu Abang Raimi paling tak suka bila dibebel. Abang Raimi pernah cakap
dengan Liya waktu kita baru couple. Liya ingat lagi. Again, thank you so much
Raimi Azlan untuk segala-galanya. Tak terbalas apa yang abang buat pada Liya.
Psst... oh ye! Sebelum tu Liya nak abang
pulangkan handphone tu pada Arini. Handphone tu milik Liya tapi Liya dah beri
pada Arini. Tolong ye! Last Liya minta jasa baik abang. And, have a nice day
after SPM. Hope abang berjumpa dengan orang yang bijak dan cantik serta matang
kecuali seorang budak bernama Nur Aliyah Safwana yang tak cukup umur ini.
Budak yang sangat memalukan,
Nur Aliyah Safwana
Raimi terduduk di kerusi yang berdekatan. Rasa sedih, pilu, perit ataupun
bersalah? Kertas putih terlepas dari genggaman tangannya. Dia meraup muka
perlahan.
Alif yang melihat segera mendekati. Rakan-rakannya juga melakukan perkara
yang sama.
“Aku dah lukakan hati dia. Aku dah sakitkan perasaan dia. Dia tak
bersalah!” kesal Raimi. Air mata mula meleleh di pipi bersihnya. Orang kata air
mata lelaki sangat mahal tapi bila ia berkaitan dengan wanita, air mata itu
akan meleleh keluar tanpa disedari. Baru kini dia sedar Aliyah dianiaya dan
disakiti dengan teruk dengan kata-kata dan perbuatannya.
“Dayana memang binatang!” jerit Raimi sekuat hati. Namun tiada siapa yang
dengar melainkan sahabat-sahabatnya. Kalau Dayana ada depan mata, akan dilempang
budak tu sampai lembik. Menipu dirinya dengan air mata plastik!
“Sabar...” Alif bersuara. Rakan lain mengangguk.
“Aku nak jumpa perempuan sundal tu! Dasar penipu!” Raimi bangun lalu
mengorak langkah menuju ke muka pintu namun tubuhnya cepat dipegang
rakan-rakannya. Raimi terduduk lemah.
“Sabar, Raimi. Mengucap!” tegur Alif.
“Aliyah tak bersalah! Aku yang salah sebab tuduh dia. Aku tertipu dengan
perbuatan khianat Dayana! Dayana memang binatang!!” jerit Raimi sekuat hati.
Air mata penyesalan berguguran jatuh ke lantai.
Alif menggosok bahu Raimi bagi meredakan tangisan bercampur amarah.
Raimi menarik nafas sebelum menutup mukanya dengan tangan. Kesal menggunung
dalam hati. Andai masa dapat diputarkan semula...
“Kau jumpalah Aliyah. Mintak maaf dengan dia,” pujuk Alif cuba untuk
meredakan perasaan Raimi tetapi dia sendiri buntu. Tak pernah dia melihat Raimi
sebegini lebih-lebih lagi mengenai perempuan. First time of his life!
“Dia dah tak ada kat sini, Alif. Dia dah pindah,” Raimi menggeleng kesal.
Air matanya menitik di lantai memberitahu bahawa dia menyesal yang teramat
sangat.
Alif dan kawan-kawannya mengeluh. Nampaknya mereka tak tahu nak pulihkan
keadaan. Hanya Raimi saja yang boleh pulihkan.
“DAN lepas tu Arini call aku. Dia cakap Raimi datang bagi handphone.
Dia ada tanya tentang aku tapi Arini mengelak. Lepas tu dia terus menghilang.
Sekarang Arini tak tahu dia kat mana.” Cerita Wana sambil mengelap hidungnya
yang berair dengan tisu.
“Dayana?”
“Budak tu teruk dimarahi Raimi. Arini kata dia orang clash depan
kawan-kawan Dayana dengan member Raimi masa kat kafe.
Kebetulan masa tu lepas dapat result SPM, Arini disuruh datang
oleh Raimi kat kafe tu dan dia dapat saksikan kejadian tu. Paling menakjubkan
masa Raimi tampar Dayana sekuat hati. Apalagi? Berapi la mulut Raimi maki hamun
Dayana. Bila aku dengar cerita tu aku terasa macam puas. Terasa puas sangat
bila Dayana kena tampar. Macam penderitaan aku hilang. Tapi aku tetap benci
dengan mereka.” Ujar Wana tenang.
Aku dan kawan-kawan yang lain mengangguk. Sedih sungguh cerita Wana
sampaikan Iman dan D mengalirkan air mata. Aku dan Aisyah menggeleng. Tapi
kalau hayati betul-betul memang sedih. Dianiaya dan dipermainkan oleh manusia
yang berhati busuk dan hasad dengki.
Aku menilik dahi Wana. Ya! Terdapat satu garit kecil pada dahi sebelah
kanannya tapi jikalau lihat dengan mata kasar memang tak nampak sebab ia
terselindung dibalik tudung.
“Aku tak sangka kau alami benda macam ni. Patutlah kau tak terima mana-mana
huluran salam perkenalan dari lelaki.” Ujarku sambil tersengih.
Wana tersenyum. “Setiap orang ada rahsia tersendiri kan? Tapi rahsia aku
dah pecah dengan korang. Wana menangis memang bodohkan? Tapi bila ingat balik
aku bagi surat pada dia macam apa entah. Rasa bodoh sangat! Malu gila.” Wana
menggeleng perlahan.
“Ish! Jangan cakap macam tu.” Aisyah pantas membangkang.
“Tak, Syah. Aku rasa amat memalukan budak perempuan umur 13 tahun tangkap
cintan dengan student 17 tahun.” Wana ketawa sendiri. Teringat
perbuatannya dulu membuatkan dia rasa malu yang amat sangat! Rasa nak masuk
kepala dalam baju. Tak pun benam dalam tanah.
“Mungkin masa tu kau tertekan. Dalam keadaan stress atau
emosional, kita tak dapat kawal diri kita. Itu nasib baik kau tulis surat.
Kalau kau ambik jalan mudah like terjun bangunan 88 tingkat,
macam mana? Itu tandanya iman di dada kau masih ada. Allah sentiasa melindungi
kita.” Terang Aisyah tenang.
“Hmm.. nampaknya Ustazah Aisyah sudah masuk waktu untuk bekerja,” usik Wana
mula ceria.
Berderai tawa lima sahabat. Aisyah menepuk lembut bahu Wana.
“Kau.. err.. kau... masih ingatkan dia?” soalanku berjaya menarik perhatian
Wana. Rakan yang lain juga memandang meminta jawapan. Air liur ditelan kesat.
Wana menggeleng. Nama Raimi sudah tertutup dalam hatinya.
“Itulah sebabnya kau marah dengan mamat dua ekor tadi ek? Pasal word ‘suka’?”
Iman menyoal bila melihat Wana sudah steady.
Wana mengangguk.
“Kalau aku panggil kau Aliyah boleh?” soal D nada mengusik.
Wana mencerlungkan mata. “Jangan memandai panggil aku Aliyah! Aliyah dah
berkubur. Yang hidup sekarang adalah Wana.” Tegasnya.
“Sorry...” pinta D takut. Wana tersenyum seraya menggeleng, “Tak
apa.”
“Dan sebab tu la kau berubah. Jadi perempuan yang ganas, selamba, gila-gila
dan...”
Wana pintas memotong kata-kataku, “Yup! Aku tak nak jadi Aliyah yang dulu.
Aku nak jadi Wana. Wana yang happy go lucky, Wana yang happening,
Wana yang tegas dan bukan lembik macam dulu.” Tekad Wana.
“Yeah! Wana yang bersemangat waja!” kami berpeluk sambil ketawa.
Harap-harap Wana tak alami perkara yang sama lagi. Itu doa kami! Dan baru hari
ni kami tahu yang Wana amat fobia dengan perkataan suka apatah lagi perkataan
itu diucap oleh lelaki.