BAB 16
Kringg!!
Kringg!!
Loceng
berbunyi menandakan waktu rehat. Aku seperti biasa mengemas peralatan yang
menyemakkan mata atas meja. Wana dan D juga melakukan perkara yang sama. Ikut
aku ler tu! Setelah selesai, kami bergerak ke
kantin. Aku hanya mendiamkan diri dan hanya sesekali sahaja bersuara. Mereka
juga tampak pelik dengan perangaiku. Tapi aku buat-buat tak perasan. Wana mahu
bertanya namun di diamkan saja. Namun terdetik di hati Wana akan perubahanku
ini. Pasti pasal hari tu! Tekanya.
Hampir
5 minit kami berjalan dari kelas akhirnya tiba juga di kantin. Macam jauh pulak
rasa. Wana pun apa lagi. Mintak order, sayang-sayangku!
"Mai,
macam biasa. Mee goreng + telur goreng + air cincau(ais) = RM3.00." cekap
Wana memainkan peranan.
Aku
pun menghulurkan duit. Sememangnya Wana tahu apa yang aku suka dengan apa yang
aku tak suka. Bagus betul! Senang hidup aku kalau si Wana ni jadi maid aku. Ha
ha ha!
“Syah?”
Wana memandang Aisyah.
“Tak
apa. Aku bawa bekal.” Balas Aisyah menunjukkan bungkusan roti coklat miliknya.
Wana
mengangguk.
"Okey.
Korang cari tempat. Iman and D, lets
go! Kita kasi gegar kantin hari ni. Ayuh kawan-kawan! Kiri kanan! Kiri
kanan!" gaya Wana dah macam komander badan beruniform! Aku dan Aisyah
tergelak tengok gelagat dia orang. Memang gila-gila! Aku dan Aisyah mencari
tempat duduk kosong untuk duduk. Biasanya satu meja tu kami conquer! Suasana sepi seketika.
"Mai,
kenapa sejak dua menjak..."
"Tiga
menjak empat menjak lima menjak enam menjak dan bermenjak-menjak.." sampuk
aku membuatkan Aisyah menggutis lenganku.
Aku
hanya ketawa bila melihat dia memuncungkan mulut. Nampak comel.
"Tak
payah la kau buat muka takde vitamin
tu, Syah. Ni apehal siap semenjak dua menjak dan bermenjak-menjak ni? Kau nak
tanya apa?" selamba aku berkata membuatkan Aisyah tersenyum.
"Nak
tanya ni. Apesal diam je? Selalunya suara kau berbual tak pun suka bergosip. Sejak
balik dari cuti seminggu ni, perangai kau dah berubah." luah Aisyah.
Aku
tersenyum.
"Apa
yang berubah? Aku still sama okey. Masih lagi Saffiya Humairah
yang dulu. Yang otaknya gila-gila sama korang. Macam mana kau kata aku berubah
pulak? Hish tak faham la aku." jawabku sambil menggelengkan kepala. Mata
kualihkan ke arah pokok bunga yang diletakkan di tepi longkang.
'Cantik
pulak aku tengok pokok bunga ni. Warna warni. Lip lap lip lap gitu!' getus
hatiku.
"Hmm..
sabar aje la dengan kau Mai." keluh Aisyah sambil buat muka simpati.
Aku
berpaling sambil tersenyum nakal. 'Aik? Give
up ke?' ketawa kecil tercetus
dalam hati.
Aku
tahu apa soalan yang ingin ditanya Aisyah. Pasti mengenai perjumpaan aku dengan
bakal ‘mertua’ yang entah jadi ke tidak tu. Memang mereka semua sudah tahu
mengenai perkara itu. Perjumpaa dengan pihak lelaki. Namun terkesan aku dengan
sikap Aisyah yang tak suka memaksa. Baginya jikalau tuan empunya badan tak
suka, dia tak akan bertanya lagi tapi dia akan membuat memek muka. Janganlah
diungkitkan hal lepas. Sungguh seksa hatiku ini!
Teringat
akan wajah Farhan bersilih ganti dengan Amirul sewaktu di kampung membuatkan
aku sakit hati, menyampah, benci! Tak tahu kenapa. Masa nak bergerak masuk ke dewan
tadi pun aku terserempak dengan Farhan di pintu utama. Namun aku buat tak tahu
dan memandang ke tempat lain. Entah rasa sakit hati sangat bila pandang muka
dia selepas seminggu sesi perjumpaan antara kami bersama keluarga. Buat masa
sekarang ni hanya Wana saja yang tahu mengenai perkara ini dan aku mengharapkan
dia merahsiakan perkara ini. Aku tidak akan sesekali memberitahu kepada yang
lain andai belum tiba waktunya.
Tak
lama kemudian, Wana, D dan Iman datang membawa makanan aku dan Aisyah.
"Nah
makanan wajib kau. Kau tau tak Mai, makcik kantin tu bila nampak muka aku je,
terus dia kata.. mee goreng dengan telur kan?" Wana membuat gaya Makcik
Bedah.
Aku
dan Aisyah ketawa melihat gelagat Wana. Mee goreng kali ni nampak menyelerakan
dengan warna merah. Pedas!
Nyum!
Nyum!
Aku
menadah tangan lalu membaca doa makan. Bukan doa masuk jamban! Doa masuk jamban
tu Iman yang baca. Boleh pulak tersasul.
Sedang
aku bersemangat makan mee goreng made
from makcik kantin a.k.a Makcik Bedah, seorang budak lelaki
agak rendah dan aku amat pasti dia junior kami memandangkan tali kad matrik berwarna kuning. Dia menghampiri meja kami lalu menghulurkan
sepucuk surat terus kepadaku yang baru nak menyuap mee ke mulut.
Aku
memandang dengan perasaan pelik.
"Dik,
hantar surat bukan kat sini. Sini kantin untuk makan. Bukan hantar surat. Nak
hantar surat, pergi kat pejabat pos ye.
Nak hantar surat dengan hantar adik sekali pun boleh." selorohku disambut
ketawa besar oleh kawan-kawanku.
Budak
lelaki itu turut sama tergelak.
"Bukan,
kak. Saya nak hantar surat ni pada akak. Ada orang suruh saya sampaikan."
ujar budak lelaki yang bernama Qayyum itu. Dia tersenyum hingga menampakkan
lesung pipit di sebelah kiri.
“Siapa
suruh?”
“Entah.”
Qayyum mengangkat bahu.
Aku
mengerutkan dahi. Takkan tak kenal kut?
“Kalau
tak kenal macam mana adik boleh terima aje surat ni daripada orang tu? Kut-kut
dia penjahat ke? Tak takut?” aku menyuarakan rasa tak puas hati.
Qayyum
terkulat-kulat di situ. Uiks, garangnya kakak ni! Habislah aku kejap lagi.
Terdetik hatinya.
“Tak
apa, dik. Jangan layan kakak ni. Dia memang macam ni. Penyakit angin kus-kus
dia dah sampai.” Pantas Wana mencelah.
Aku
ternganga. Angin kus-kus? Kurang asam kau Wana!
Qayyum
tersengih. Takut dia nak bersuara. Kakak ni memang garang! Macam manalah abang
tu boleh suka kat kakak ni? Pelik Qayyum. Tapi memang betul kata abang itu.
Kakak ni memang cantik!
“Qayyum
boleh balik sekarang.” Ujarku setelah berdiam diri terlalu lama.
Qayyum
berjalan menjauh dari meja kami dan hilang di blok tingkatan 3.
Aku
memandang surat itu dengan perasaan berbalam.
'Sape yang nak bagi surat kat aku? Secret admirer ke?' hatiku berkata-kata.
“Mai,
bukalah cepat! Manalah tahu secret
admirer bagi.” jerit D
kegembiraan.
Hati
yang panas mula sejuk. Secret admirer? Betul ke? Aku ada secret admirer? Wah!!
Hati mula bersorak keriangan.
“Mai!
Bacalah cepat!” gesa rakan-rakanku. Makanan yang terhidang depan mata tak
dihiraukan lagi. Masing-masing tertumpu pada surat ditanganku.
Perlahan-lahan
aku buka sampul berwarna hijau itu. Macam tau-tau je aku
suka warna hijau!
"Mai,
cepatlah! Tengok sape yang bagi." gesa Iman dengan muka
teruja.
Aku
menjelirkan lidah.
“Sibuk
je!”
Iman
memuncung.
"Haah
la Mai. Bukalah cepat! Kita orang pun tak sabar nak tau. Mana tahu kalau-kalau special yang bagi ke kan?" kata Wana
tersenyum meleret. Ada makna pandangan dan senyuman dia tu!
Aku
hanya menjeling. Perkataan special tu macam semacam je bunyinya!
“Siapa
special? Apesal kami tak tahu?” D
menyampuk. Pandangan bersilih ganti antara aku dan Wana. Aisyah dan Iman
berminat nak tahu.
Wana
mengangkat bahu. Senyuman nakal tersungging di bibir.
“Mai?”
“Percayalah
cakap Wana tu. Mana ada la!” bantahku. Wana ni memang nak kena! Aku
menjelingnya tajam.
Sampul
berwarna hijau itu aku buka perlahan-lahan. Macam nak bagitahu wasiat je! Ada
sepucuk surat berwarna putih lagi di dalamnya. Membazir betul! Ternganga aku
membaca bait-bait ayat dalam kertas itu.
SAYA SUKAKAN AWAK. SUDIKAH AWAK MENJADI KEKASIH HATI SAYA?
(TH)
Erk? Siapa pulak TH ni? Apesal la
tak bagi nombor? Kan senang aku nak bercakap. Ni just bagi nama samaran. TH pulak tu! Tabung
Haji ke apa? Tun Hussein? Lain!
“Beb,
siapa?” soal Wana tersengih nakal. Dia masih menunggu. Air soya dalam gelas
diteguk sedikit.
“Nah!
Baca sendiri!” aku terus menyerahkan surat itu kepada Wana. Kawan-kawanku yang
lain terus berkerumun ke tempat duduk Wana. Tersenyum lebar mereka apabila
membaca surat itu.
Aku
menyambung kembali suapan ke mulut.
Seketika
kemudian....
“Wow!
TH!” mereka ketawa terbahak-bahak.
Aku
malas ambil pusing. Lantak kau orang la. Korang cari la TH dalam sekolah ni.
Kalau dapatlah!
“Ehem!
Ehem!” Iman sudah berdeham sambil tersenyum-senyum. Dia kembali ke tempat
duduknya disebelahku.
“Surat
cinta...” meleret-leret D berkata.
“Dalam
diam pulak tu.” ucap Aisyah sambil mengangkat keningnya beberapa kali. Bibir merah
jambunya menguntum senyuman.
“Daripada
TH. Siap melamar lagi tu! Sudikah awak menjadi girlfriend saya? Wah! Sweetnya!” sakat D.
Meledak
tawa mereka berempat. Aku buat tak dengar aje. Mee disuap ke dalam mulut.
“Diam-diam..
sudah pandai... memberi surat cinta... berani-berani.. lamar Maira bersaksi
kita semua...” Wana mula mengalunkan lagu Diam Diam Jatuh Cinta dendangan
Ramlah Ram tapi versi sendiri. Perosak lagu betul!
Aku
menutup telinga apabila semua rakanku menyanyikan lagu tersebut.
Pelajar-pelajar yang berdekatan dengan meja kami hanya melihat dengan pandangan
tak mengerti. Ada juga yang menjeling tajam. Ada yang buat tak endah. Dan ada
yang tersenyum. Barangkali gelihati kut.
“Dah
lah weh! Orang tengok la.”
marahku sengaja. Senyuman aku sembunyikan. Mana boleh tunjuk kan? Entah hati
tiba-tiba berbunga riang. Siapa TH agaknya? Kalau dia prince charming sekolah ni kan bagus except mamat berlagak tu! Ah sudah! Mai nak jadi
macam D pulak dah.
“Ececececehh...
malu ler tu!” usik Wana.
Aku
buat tak tahu. Mee goreng aku suap ke mulut lagi. Tak baik biarkan makanan
terdedah. Nanti syaitan makan.
“Hai..
untung badan. Baru beberapa bulan jadi student kat sekolah ni dah dapat surat chenta. Dari secret admirer pulak tu!” sakat Iman. D pantas
mengiakan.
“Betul
tu. Dalam diam Mai diperhatikan oleh jejaka bernama TH. Aku rasa dia memang dah
lama tangkap cintan la dekat kau, Mai. Perhatikan kau siang dan malam. Oh sweetnya!” D mengambil peluang mengusik.
Aisyah
dan Wana ketawa melihat wajahku yang mula memerah.
“Beb,
tengok! First time in my life.
Mai blushing...” Wana
terus menyakat.
“Wooooo!”
Aku
terus menutup muka dengan tapak tangan membuatkan mereka ketawa besar.
“Wo!
Wo! Whats up girls?”
muncul Khairul bersama rakan-rakannya di meja kami membuatkan semua terkejut.
Aku
tidak menjawab. Hanya melahap makanan di depan mata. Minta-minta la dia orang
tak cakap. Mati aku!
“Ehem!
Ehem!” Iman berdeham kecil.
“Tadikan...”
D memulakan bicara. Senyuman nakal menghiasi bibir merahnya.
Aku
pantas menjegilkan mata membuatkan D menelan liur. Sengihannya terus mati.
“Err.. sorry. Aku tak boleh cakap.”
Ucap D gugup. Panahan mata Humairah boleh buat dia pengsan!
Khairul
mengangkat kening. Rakan-rakan yang lain turut sama berbuat demikian.
“Why? Tadi bukan main kecoh korang.”
Sampuk Putera di sebelah Hakim. Bahu Hakim dijadikan tempat landing tangan. Mereka yang sedang enak
membeli makanan daripada makcik kantin terdengar suara orang ketawa dan
mengusik. Dan salah satu suara itu membuatkan mereka berpaling untuk melihat.
Siapa lagi kalau bukan suara Iman, si cilik anak kelahiran Kedah.
Wana
dan Aisyah menyenggol lengan masing-masing membuatkan kaum lelaki pelik. Tetiba
senyum apa kes?
“Baik
korang cakap. Ni apehal sengih-sengih macam kerang busuk ni?” Syafiq bersuara.
Lebih kepada amaran!
Wana
berdeham sebelum memulakan bicara. “Tadi ada budak under kita datang. Nama dia Qayyum. Dia
berikan satu surat untuk Mai.” Satu per satu kisah dibongkar.
Aku
sudah menunduk malu. Terasa malu nak angkat muka bila pelajar lelaki tercengang
sambil melihat diriku.
“Really?!”
terlopong mulut pelajar lelaki.
“Kau
dapat surat cinta Mai? Daripada siapa?” bertubi-tubi soalan dari Syafiq.
Aku
hanya menjongket bahu. Tak nak cakap! Sambil itu mataku tak lepas memandang ke
arah kawan-kawanku yang dari tadi tersengih-sengih. Aku rasa macam nak makan
aje dia orang tu! Kejam tak?
“Untung ler...” Hakim menyakat. Putera
di sebelah tersenyum nakal. Siap bersiul lagi tu!
Aku
mencebik. “Tak ada maknanya!”
“Banyak
maknanya...” usik Hakim lagi dengan senyuman. Aku menjelirkan lidah. Hakim
ketawa mengekek.
Putera
bersiul nakal. Keningnya diangkat beberapa kali.
“Pergh!
Baru sekolah sini tak sampai lima bulan dah dapat surat. Aku yang sekolah sini
daripada form 1 tak pernah pun dapat surat. Sedih..
sedih...” Syafiq membuat muka sedih.
“Sabarlah, bro..” Hakim menenangkan Syafiq
yang konon-kononnya sedih. Pigidah!!
Menangis konon!
Putera
dan Khairul ketawa.
“Kau
rasa-rasa siapa Mai?” pertanyaan Khairul aku balas dengan gelengan. Manalah aku
tau! Kalau tau, buat apa cakap secret
admirer? Aduhaii... bengap jugak dia orang ni kadang-kadang!
“Manalah
aku tau!” bidasku tanpa memandangnya.
“Aku
rasakan, aku tahu siapa yang bagi.” Ucapan dari minah Kedah membuatkan semua
mata kalih pandang ke arahnya. Tersenyum-senyum minah Kedah ni!
“Siapa?”
soal Khairul tak sabar.
“Sibuklah
kau ni!” marahku.
Khairul
tersengih. “Excited la.”
Aku
menjuihkan bibir. Pasal aku semua excited!
Entah pape entah.
“Aku
rasa budak tu mesti ada kena mengena dengan kita dan rapat dengan kita. And dia selalu ushar Mai tanpa kita sedari,” kata-kata Iman membuatkan semua
ketawa.
Iman
memuncung.
“Apesal
korang gelak?” dia mengetap gigi. Dia orang ni memang tau! Asal aku cakap je
mesti gelak!
“Ayat
kau amat lawak.” Kata Syafiq selamba. Kuku di jemari kiri dibelek.
“Fiq!”
jerit Iman.
“Like budak tadika. Budak tadika punya
ayat pun lagi cantik daripada kau. Sedap je dengar. Ayat kau bikin telinga aku
sakit tau tak?” Pedas Hakim menyindir. Dia sengaja mengorek telinga beberapa
kali. Niat di hati mahu mengenakan Iman.
Iman
ternganga.
Sekali
lagi kami semua ketawa. Aku juga tak lepas peluang. Lawak betullah budak-budak
ni. Ada je part usik-mengusik.
Khairul memeluk tubuh sambil tersenyum geli hati.
“Jahat
tau korang ni!” Iman nak menangis.
“Habis
kau tu tak jahat?” tempelak Syafiq. Panahan tajam dituju pada Iman.
Iman
tercengang. Jari telunjuk dituding pada dada. “Apesal aku pulak?”
“Cara
kau cakap macam nak kata ‘kami’.” Hakim bersuara.
Iman
mengangkat kening. “Terasa ke? Korang kan yang bagi surat ni? Baik cakap!” Iman
serkap jarang.
“Hah?!”
Empat anak tekak terjojol keluar.
“Cik
Iman, kau nak cakap budak yang bagi surat tu from
us la ye?” soal Putera
terasa. Suka-suka hati main tuduh orang! Tembak kang hilang kepala!
“Maybe.
Mana tahu korang minat si Mai ni secara diam-diam kan? Who knows...” jawab Iman
selamba.
Wana
dan Aisyah tersenyum. Layan aje la! Bebudak ni memang suka memekak. But funny!
“Kalau
aku suka kat Mai ni, aku tak payah bagi surat la. Baik aku jumpa dia aje. Lagi
senang. Duduk sekelas pulak tu. Tempat duduk tak jauh. Berapa saat je pun dah
sampai. Apa barang bagi surat!” cebik Putera.
Kaum
Adam mengangguk menyetujui.
“Eleh...
cakap lebur la korang ni. Dalam hati sebenarnya tak pun. Penakut! Sebab tu
gatal-gatal jadi secret
admirer.” Kutuk D pula.
Kaum
Adam membulatkan mata. “Hello! Excuse us!” serentak mereka bersuara.
“Jangan
tuduh melulu ya, Cik Iman Nasuha.” Tegas Khairul.
“Whatever!”
Iman meletakkan tangan di dada, mata ke atas!
Aku,
Wana dan Aisyah ketawa melihat gaya Iman. Tak percaya, cuba korang buat tangan
di dada mata ke atas. Memang buruk gila!
“Korang,
dah la tu. Buat apa nak gaduh. Baik kau fikir siapa yang bagi surat ni. And siapa TH. Bukan gaduh.” Tegur Aisyah
lembut sambil menggeleng.
“Betul
jugak cakap Aisyah.” Angguk Khairul.
“Siapa
ek?” Syafiq memegang dagu.
Khairul
mengerutkan dahi berfikir. Putera sempat makan. Hakim bersandar di tiang kantin.
Tangan diseluk dalam poket.
Dua
minit berlalu...
“Hah!
Aku dah dapat!” jerit Syafiq membuatkan semua pelajar yang berada di kantin
menoleh ke arah mereka. Masing-masing menepuk dahi. Syafiq memang bikin kecoh!
“Apek,
kalau ya pun nak menjerit pandang kiri kanan dulu la. Ini tempat bukan kau
punya sorang.” Kutuk Wana selamba. Air soya diteguk perlahan.
“Apek?!”
“Hahahaha!!”
pecah tawa lapan sahabat.
“Shut
up!” bengang Syafiq. Pandangan dicerunkan pada Wana. Wana hanya menjelirkan
lidah. Geram betul dia dengan gadis kelahiran Melaka ni. Nak je aku cekik dia!
Tadi Iman sekarang Wana. Memang cari penyakit dua ekoq ni!
Khairul
pantas menepuk bahu Syafiq. “Cool, brother. Wana gurau aje tu.” Dah sorang
lagi nak bertekak.
Syafiq
mencebik. Gurau pun agak-agak la! Geram ni!
Wana
menentang pandangan mata Syafiq. ‘Ingat aku takut?!’ getis hatinya.
“Okey, stop! Korang kalau berjumpa
mesti bergaduh. Control sikit, please,” ujarku sebagai orang
tengah. Rakan yang lain mengangguk mengiakan. Dia orang berdua ni memang tau! Pantang
bersua muka. Kahwinkan je baru tau!
“Sorry.
We can’t!” serentak Syafiq dan Wana bersuara.
Erk? Masing-masing menepuk dahi.
“Aku
rasa better korang bawa Wana balik kelas. Pasal Fiq
ni tahu la aku nak buat apa.” Cadang Hakim.
Aku
dan kawanku mengangguk. Kami sama-sama bangun lalu berjalan pulang ke kelas.
Hilang sudah topik yang sepatutnya dibincangkan disebabkan mereka berdua ni.
Sepatutnya misi mencari siapakah gerangan secret
admirer aku, tapi suasana
jadi tegang pulak! Wana kalau tak cari pasal dengan Syafiq memang bukan Wana
namanya.
Sempat
lagi Wana menyindir Syafiq.
“Tempat
apek bukan kat sekolah tapi kat pasar!” sindiran yang cukup pedas membangkitkan
rasa marah Syafiq namun pantas ditenangkan oleh Khairul, Putera dan Hakim.
“Cuba
istighfar. Kau ni pun satu. Buat apa nak angin dengan Wana? Kan dia gurau je.”
Hakim bersuara ala-ala ustaz.
“Aku
memang tak boleh blah dengan dia. Ada aje sindiran yang buat
aku sakit hati.” Luah Syafiq.
Masing-masing
kulum senyum. Syafiq yang perasan pantas mengangkat muka.
“Ni
apehal pulak senyum-senyum? Aku tengah serabut ni tak payah senyum-senyum!”
Bidas Syafiq kasar.
“Aku
rasa aku tahu apa masalah kau.” Tenang Khairul bercakap.
Syafiq
mengerutkan dahi. “Apa?”
“Kau
dah jatuh suka pada Wana.”
Syafiq
membuntangkan mata. “What? Aku? Jatuh suka? Pada minah tu? Oh
tolonglah!” dia buat muka meluat.
“Hahahaha!”
pecah tawa tiga sahabat.
Syafiq
pelik.
“Jangan
sembarangan cakap. Kelak dia patah balik pada kau nanti. Orang kata apa ek?
Makan tuan!” usik Putera.
Syafiq
tergamam.